31193685 Adat Resam Masyarakat Sabah
-
Upload
valarmathie-paragaspathi -
Category
Documents
-
view
90 -
download
7
Transcript of 31193685 Adat Resam Masyarakat Sabah
MASYARAKAT SABAH
KADAZANDUSUN
PENGENALAN
• Sabah yang dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu
• Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk• Lebih daripada 30 suku kaum dan kira-kira 80
dialek bahasa.• terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun,
Bajau, Murut, Kelabit, Rungus dan lain-lain
KADAZAN@DUSUN
• Penduduk majoriti negeri Sabah• Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang
Dusun• Kebanyakan daripada amalan mereka
mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme
• mereka begitu berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka
BAHASA
• kaum Kadazandusun yang mempunyai bahasanya sendiri iaitu Bahasa Kadazandusun. Bahasa ini adalah identiti bagi sukukaum Kadazandusun.
• Kadazandusun merupakan suku kaum yang terbesar di negeri Sabah. Mereka menuturkan banyak dialek dalam bahasa Kadazandusun. Walaupun terdapat perbezaan ini namun ianya masih dalam rumpun suku kaum Kadazandusun. Dengan adanya pendidikan Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah kini, maka bahasa Kadazandusun ini akan dapat di martabatkan dan dikekalkan serta dapat dipelihara daripada pupus.
KEPERCAYAAN• Pada awalnya,Kaum kadazandusun di Sabah mengamalkan kepercayaan
animisme. kepercayaan ini diwarisi berasaskan fahaman dan adat "pagan"
kaum. Bagi masyarakat kadazandusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang
bersemayam di dunia lain.
Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun, Kinorohingan merupakan
tuhan di mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan
perlindungan dari sebarang penyakit. Kinorohingan juga dapat menghalang
pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau syaitan. Masyarakat
kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung
Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau
neraka.
MUZIK TRADISIONAL• Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-
bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh.
• Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan kepada ;
• Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)• Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)• Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon
(kompang,gendang atau tontog).
GONG
• Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya
digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan
bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah
gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya.
• Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga
digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan
perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada
membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini. Gong yang
lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar,
ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.
BUNGKAU
• Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali
sebagai polod oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya,
ianya memerlukan tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di
kawasan-kawasan suku-kaum Dusun.
• Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan
memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan
bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain
boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik).
• Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta
kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam
bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan
bersih.
SOMPOTON (Erofon)
• Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat
musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang
kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua
lapisan.
• Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi
untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan
meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu
bunyian harmoni yang merdu.
• Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis.
Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka
tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari
tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta
hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.
• Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan
persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di
kalangan sukukaum Kadazandusun.
TARIAN TRADISIONAL• Setiap etnik menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan
tarian. Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-bapa/keluarga dapat menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi.
• Irama Sumazau adalah perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gong dan gendang. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.
Adat resam dan kepercayaan
kelahiran
perkahwinankematian
KELAHIRANSEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR
SEWAKTU MENGANDUNG
• Ibu yang mengandung dijaga oleh bidan.
• Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran
seorang anak.
• Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan
mengetahui tentang selok-belok perubatan masyarakat Kadazan
secara menyeluruh.
• bidan memastikan keadaan bayi berada di dalam keadaan sihat.
• Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi beberapa
pantang larang kepada ibu mengandung.
KELAHIRANSEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR
BERSALIN
- Biasanya ibu yang bersalin diberikan pantang.
- Bilangan hari berpantang bergantung kepada unsur kasta.
• Orang kebanyakan(7 hari)
• Orang yang berdarjat(21 hari)
• Orang yang berdarjat lebih tinggi(44 hari)
- Si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah
- Ibu dan anak yang baru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan
agar tidak diganggu oleh makhluk halus.
- Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan
daun-daun limau.
KELAHIRANSEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR
Pantang larang bagi ibu
-tidak boleh makan ikan yang bertulang keras
- ikan yang berduri
- nasi sejuk
-nasi bercampur air seperti bubur
Bagi bayi yang baru lahir(hari 1-7)
Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah(umpamanya ke
halaman rumah). Untuk mengelak gangguan daripada roh
jahat(Rogon Gaiyoh).
KELAHIRANSEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR
•Bidan memastikan ahli keluarga yang lain supaya pintu rumah
kediaman mereka diikat dengan sejenis daun(wongkong).
menunjukkan rumah tersebut telah menerima ahli baru.
• sahabat-handai yang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung
melainkan saudara-mara yang terdekat.
• Pada masa yang sama beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu
yang baru bersalin untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa
bersalin dahulu.
KELAHIRANSEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR
LEPAS LAHIR
•Nama diberi sebanyak dua kali(nama sementara dan nama sebenar).
• Pada hari anak dibawa keluar rumah buat pertama kalinya iaitu hari
kelapan upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat di beranda
rumah
• Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput
hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu.
• Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera
dan tatacaranya.
• Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala macam peristiwa yang
berlaku ketika anak itu dilahirkan.
KELAHIRANSEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR
Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah(Mintuhun atau Minuhun) dilakukan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri. Beberapa barang dibawa bersama iaitu;Sebuah berait(bakul) untuk disondong dan diisi dengan pelbagai alatan.Sebilah mamadik(pisau kecil) digunakan untuk menghalau Rogon Gaiyoh.Serangkai Komburongoh(jerangau sejenis rumput) yang dianggap ibu kepada segala semangat dalam upacara perubatan tradisi.Sebuah siud(tangguk). Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak itu dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijak oleh anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.
siud(tangguk)
berait(bakul)
MERISIK
MEMINANG
BERTUNANG
MAJLIS PERKAHWINAN
PERKAHWINAN
Kebanyakan orang Kadazan lazimnya berkahwin ketika umur
mereka meningkat 16 tahun atau selepas 21 tahun.
Ada juga yang berkahwin melalui perjanjian
yang dipersetujui oleh ibu bapa
kedua-dua pihak semasa
mereka masih kecil lagi.
MERISIK
Pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada
keluarga terdekat lelaki berkenaan.
Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti
dibuat pada waktu pagi.
Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang
hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa
perempuan itu sudah tidak ada.
Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada
perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia
sedang dalam pertunangan.
Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan itu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu.
Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan.
Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.
Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga).
Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi. Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan.
Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada dalam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk.
Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.
MEMINANG
Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. •Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan.
•Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sogit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu. Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki.
•Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan harian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.
Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.
Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan.
Waktu itu, wakil lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sogit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.
Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu.
Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.
BERTUNANG
MAJLIS PERKAHWINAN
Hantaran kahwin
• pelbagai jenis makanan
babi atau kerbau
Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari
sebelum berlangsungnya hari perkahwinan
binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di
rumah pengantin perempuan nanti
•alat untuk adat istiadat(tinokol)
Terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan).
•barang untuk memperteguhkan semangat(tasor).
Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak.
Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan.
Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa
pada hari perkahwinan.
Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang
Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk
memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah
kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan
kemampuan kedua-dua belah pihak.
Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara
adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-
singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin
perempuan.
Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat
belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi
agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan
malam pertama.
Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada
yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya.
Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan
itu diadakan.
Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat.
Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan
mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu
bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin
perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.
Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi
iaitu upacara menukar gumpalan nasi.
Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk
berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional
berwarna hitam.
Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan
menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur
ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu
dimakan.
Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara
tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun
dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula,
diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.
KEMATIAN
SEMASA KEMATIAN PENGEBUMIAN SELEPAS
KEMATIAN
Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan
mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh
dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut.
Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama.
SEMASA KEMATIAN
MEMBERITAHU
BERJAGA-JAGA
MONGINUPUS
Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia,
semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini
penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan
tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.
Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam
soal kematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Antaranya,
MEMBERITAHU
•Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-
apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan.
•Pekerjaan menanam padi amat dilarang.
•Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka
melakukan juga pekerjaan tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia
kerana tidak mendatangkan hasil.
•Selain itu kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula.
Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang
tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat
Kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang
pekerjaan.
Berjaga-jaga
Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan
dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian
direnjiskan dengan air wangi.
Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga
akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak
kempunan. Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya
buat seketika.
Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama
tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan.
Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan
baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing
hitam.
Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang
melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh
membunuh mereka yang berada di situ.
Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang
menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka
percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak
daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling
mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh
rnanusia.
Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun
tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah.
Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran,
yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya.
Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu
semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah
malam.
Moginupus
Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati
terhadap si mati.
Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis
sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati.
Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa
sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap
iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.
Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari
pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang
telah dimasak dimakan bersama oleh semua orang yang hadir pada hari
itu. Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan
pada kayu nesan kubur si mati nanti.
Pengebumian
Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan
menggunakan keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke
dalam kain yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan
orang ramai mengangkat mayat tersebut.
Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong, gendang,
letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara tenus
menerus sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih baik sekiranya bunyi itu
berterusan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat.
Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan
menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk
mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang
tersebut.
Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin
dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan
tanah. Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada
keluarganya atau tidak.
Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika
tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.
Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli
keluarga mereka akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan
ditutup rapat sebelum ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan
perkuburan sebuah tajau yang besar dan berukiran lebih cantik akan
diletakkan ke atas kubur.
Ada juga di kalangan masyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu
ke dalam hang lahat. Mayat yang dimasukkan ke daham tajau tidak akan
dimasukkan ke dalam kubur sebaliknya di dalam rumah beberapa hari
atau diletakkan ke sebuah pondok yang dibina. Ini adalah untuk menanti
saudara-mara yang jauh memberi penghormatan terakhir kepada mayat
tersebut sebelum dikebumikan.
Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan
yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan
perkuburan. Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan
pakaian, cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya
mengikut kemampuan dan kegemaran si mati semasa hidup.
Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama
tujuh hari berturut-turut.
Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si mati berpindah ke
tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya yang
masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik
oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda
sebanyak RM5 atau seekor ayam.
Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa
pengkebumian dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada
dalam kesedihan yang diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah
air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati mendapat
kebahagiaan kelak.
Bagi mereka yang menguruskan kematian, ahli keluarga wajib
menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang
menah. Selain itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau lembu.
Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke
rumah kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian
ditanggalkan dan direndam sehingga keesokan hari.
Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati di rumah, apabila
dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada
tuan punya barang.
Barang-barang atau harta benda yang ada di dalam rumah si mati pula
mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.
Makan Tiga dan Tujuh hari
Makan empat puluh Hari
Makan seratus hari
Makan tiga tahun
SELEPAS KEMATIAN
Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai beberapa tahap iaitu:
Makan Tiga dan Tujuh Hari
Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan
diadakan pada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan
tiga titik lilin ke bawah rumah melalui celah lantai.
Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan, titikan lilin sebanyak tujuh kali
pula dilakukan.
Kenduri ini hanya diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Hanya saudara-
mara dan sahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri
tersebut.
Makanan yang disediakan adalah makanan harian masyarakat Kadazan
dan tidak ada makanan istimewa yang disediakan.
Makan Empat Puluh Hari
Kenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati.
Kenduri kali ini berbeza daripada kenduri yang pertama kerana
diadakan pada waktu siang dan malam. Kenduri ini juga lebih besar
dengan memanggil seluruh keluarga yang ada pertalian dengan keluarga
si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat.
Dari segi hidangan lebih banyak, mencakupi lauk-pauk, kuih-muih dan
buah-buahan yang lazat. Nasi, daging dan buah-buahan disediakan
dengan banyak sekali untuk dijamu kepada masyarakat setempat.
Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si
mati akan pergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati
untuk menyertai kenduri tersebut. Setelah kanak-kanak itu pulang dari
perkuburan, barulah mereka yang berada di rumah si mati boleh menjamu
selera.
Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-
anak si mati mulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang
disediakan secara bergilir-gilir mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si
matinya pula dan akhirnya saudara-mara yang berdekatan.
Selepas upacara menari Semazau selesai, barulah hidangan boheh
dimakan oleh tetamu yang berada di situ.
Makan Seratus Hari
Kenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian.
Kenduri kali ini lebih besar jika dibandingkan dengan kenduri empat
puluh hari.
Jika kenduri dahulu hanya muzik dimainkan, hanya dijamukan dengan
ayam, kuih-muih atau buah-buahan, tetapi kali ini kenduri dilakukan
dengan menyembelih seekor kerbau atau lembu. Pada masa yang sama
beberapa ekor ayam turut disembelih.
Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan
penukaran pakaian putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian
berkabung keluarga si mati dengan pakaian biasa.
Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakat Kadazan.
Sebaik sahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar. Ahli keluarga
bebas memakai pakaian mengikut kegemaran masing-masing.
Dengan ini mereka percaya segala kekotoran atau bala yang terlekat pada
tubuh mereka akan hilang.
Semangat roh si mati juga akan hilang dari tubuh badan mereka.
Makan Tiga Tahun
Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah
berbanding kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan
Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan.
Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati
secara bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak
tujuh ekor ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan
lain, satu tempayan tuak, tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30
gantang kuih kelupis dan seekor kerbau disediakan.
Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan
malam. Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30
biji kelupis, seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin.
Seorang wanita yang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut
yang dijadikan pengurus yang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan
masyarakat Kadazan.
Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang
sebilah pedang. Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan
dinyalakan.
Sebaik sahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk
memanggil hantu yang hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada
di dalam talam dimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa dan
tempurung itu akan diletakkan di pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk
memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup di
situ.
Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang akan
dibunyikan mengikut nama gendang minum tapai.
Ini diikuti dengan tarian semazau yang terlebih dahulu dimulakan oleh
seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua rumah di situ.
Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan secawan
tapai kepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkan celapa yang
berisi sirih pinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazau dan
menari mengeliling hidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain.
Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh
dengan sekali teguk. Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli
keluarga dan saudara mara si mati. Selepas itu barulah terbuka kepada
orang ramai yang berada di situ.
Selain menarikan tarian semazau, acara berbahas pantun juga turut
dilakukan. Acara ini dinamakan bobogoh daham bahasa Kadazan. Mereka
akan membahagikan kepada dua kumpulan yang diketuai oleh seorang
lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya salah seorang daripada ahli
kumpulan tidak dapat menjawab pantun, mereka dikehendaki meminum
arak sekaligus.
Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu.
Talam hidangan itu diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang
dan rokok daun.
Pada waktu malam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan
dengan rancak sekali. Pada mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan
tarian semazau akan memulakan tarian dengan diikuti oleh tujuh penari
perempuan. Selepas itu barulah tarian semazau terbuka kepada penari lain
secara bergilir-gilir.
Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan
jasad yang bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati
bermakna perpisahan antara jasad dan roh berlaku.
Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang belum beragama percaya
apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan berkunjung dan berehat di
kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya.
Oleh yang demikian masyarakat Kadazan mempercayai gunung Kinabalu
adalah tempat terakhir bagi kehidupan masyarakat mereka.