3.2 CHIU JIONG CHEE

3
REFLEKSI Saya telah mendapatkan tajuk tugasan kerja kursus subjek Pengurusan Bilik Darjah daripada pensyarah saya. Sebelum saya mendapat tajuk tugasan, saya berasa agak ingin tahu mengenai tugasan yang akan saya jalani. Selepas mendapat tugasan ini, saya berasa tidak faham mengenai permintaan yang diingini oleh tajuk. Selepas mendapat penjelasan yang jelas serta teliti daripada pensyarah, saya lebih memahami tugasan ini. Tugasan ini dibahagikan kepada dua iaitu secara berkumpulan dan secara individu. Dalam tugasan berkumpulan, saya dan ahli kumpulan saya perlu menganalisis satu artikal dan menghuraikan apa yang telah kami fahami dalam kes yang telah dikaji itu. Seterusnya, jenis konsep atau model yang perlu tahu bagi memahami dengan lebih mendalam mengenai kes tersebut. Strategi yang mungkin boleh diambil untuk membantu menyelesaikan kes yang dianalisis itu perlu difikirkan. Selepas pembahagian tugasan selesai, saya dan ahli kumpulan saya yang lain mula menjalankan tugas-tugas masing-masing. Saya dan seorang lagi ahli kumpulan telah dibahagi tugas untuk mencari strategi bagi menyelesaikan masalah yang telah dihadapi dalam kes yang telah dikaji. Pada masa ini, saya telah menghadapi masalah. Kes yang dikaji oleh kumpulan saya adalah berkaitan dengan phantom hamil. Kes jenis ini lebih kepada kes yang berjenis psikologi. Disebabkan oleh saya tidak tahu tentang psikologi, maka sukar untuk saya mendapatkan idea mengenai strategi penyelesaian masalah. Bagi mengatasi masalah yang saya hadapi ini, saya telah berbincang dengan ahli kumpulan yang lain. Mereka telah memberikan pandangan mereka kepada saya dengan besar hati. Selain itu, saya juga melayari Internet untuk mendapatkan serba sikit maklumat yang mungkin boleh diguna. Selepas mendapat bantuan daripada rakan dan maklumat yang dari Internet, saya telah berjaya menyelesaikan masalah ini dan meneruskan tugasan kerja kursus ini. Dalam menjalankan tugasan ini, saya telah mendapati kelebihan diri. Salah satu kelebihan diri saya adalah dapat memahami kes yang dikaji itu dengan cepat. Apabila mendapat kes yang perlu dikaji, selepas membacanya, 47

description

edu

Transcript of 3.2 CHIU JIONG CHEE

REFLEKSI

Saya telah mendapatkan tajuk tugasan kerja kursus subjek Pengurusan Bilik Darjah daripada pensyarah saya. Sebelum saya mendapat tajuk tugasan, saya berasa agak ingin tahu mengenai tugasan yang akan saya jalani. Selepas mendapat tugasan ini, saya berasa tidak faham mengenai permintaan yang diingini oleh tajuk. Selepas mendapat penjelasan yang jelas serta teliti daripada pensyarah, saya lebih memahami tugasan ini.

Tugasan ini dibahagikan kepada dua iaitu secara berkumpulan dan secara individu. Dalam tugasan berkumpulan, saya dan ahli kumpulan saya perlu menganalisis satu artikal dan menghuraikan apa yang telah kami fahami dalam kes yang telah dikaji itu. Seterusnya, jenis konsep atau model yang perlu tahu bagi memahami dengan lebih mendalam mengenai kes tersebut. Strategi yang mungkin boleh diambil untuk membantu menyelesaikan kes yang dianalisis itu perlu difikirkan. Selepas pembahagian tugasan selesai, saya dan ahli kumpulan saya yang lain mula menjalankan tugas-tugas masing-masing.

Saya dan seorang lagi ahli kumpulan telah dibahagi tugas untuk mencari strategi bagi menyelesaikan masalah yang telah dihadapi dalam kes yang telah dikaji. Pada masa ini, saya telah menghadapi masalah. Kes yang dikaji oleh kumpulan saya adalah berkaitan dengan phantom hamil. Kes jenis ini lebih kepada kes yang berjenis psikologi. Disebabkan oleh saya tidak tahu tentang psikologi, maka sukar untuk saya mendapatkan idea mengenai strategi penyelesaian masalah. Bagi mengatasi masalah yang saya hadapi ini, saya telah berbincang dengan ahli kumpulan yang lain. Mereka telah memberikan pandangan mereka kepada saya dengan besar hati. Selain itu, saya juga melayari Internet untuk mendapatkan serba sikit maklumat yang mungkin boleh diguna. Selepas mendapat bantuan daripada rakan dan maklumat yang dari Internet, saya telah berjaya menyelesaikan masalah ini dan meneruskan tugasan kerja kursus ini.

Dalam menjalankan tugasan ini, saya telah mendapati kelebihan diri. Salah satu kelebihan diri saya adalah dapat memahami kes yang dikaji itu dengan cepat. Apabila mendapat kes yang perlu dikaji, selepas membacanya, saya dapat memahami kes tersebut. Dengan memahami kes yang dikaji, barulah saya dapat memikirkan strategi untuk menyelesaikan masalah yang terdapat dalam kes tersebut. Kelebihan saya yang seterusnya adalah boleh membahagikan masa dengan baik. Sementara menjalankan tugasan ini, saya juga mendapat tugasan kerja kursus subjek lain. Bagi membolehkan saya menyelesaikan semua tugasan dan menghantar pada masa yang telah ditetapkan, pembahagian masa adalah amat penting. Dengan adanya pembahagian masa, saya boleh menyiapkan semua tugas saya satu demi satu.

Setiap manusia mempunyai kelemahan masing-masing termasuklah saya. Melalui tugasan kerja kursus ini, saya turut menjumpai kelemahan diri. Kelemahan saya ialah tidak pandai mencari maklumat yang diperlukan. Tugasan ini memerlukan banyak maklumat. Hal ini demikian kerana maklumat yang banyak membolehkan saya mendapat lebih banyak idea mengenai strategi yang boleh digunakan. Bagi mengatasi kelemahan saya ini, saya perlu mendapatkan tunjuk ajar daripada rakan yang lain mengenai cara yang lebih tepat untuk mencari maklumat yang berguna. Kelemahan saya yang seterusnya adalah tidak pandai menghuraikan strategi yang terdapat menjadi lebih teliti. Huraian yang teliti membolehkan strategi yang dicadangkan itu menjadi lebih senang difahami. Bagi mengatasi kelemahan saya ini, saya telah berbincang dengan ahli kumpulan saya. Selepas perbincangan dengan mereka, saya dapat menghuraikan strategi yang ada.

Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari banyak ilmu pengerahuan. Salah satu ilmu yang telah saya belajar adalah lebih memahami mengenai psikologi. Walaupun saya tidak belajar mengenai psikologi, namun melalui tugasan ini, saya dapat tahu psikologi adalah amat diperlukan untuk merawat mereka yang telah cedera dari segi psiko.Hal ini demikian kerana terdapat penyakit yang tidak dapat dirawat melalui ubat-ubatan malah boleh dipulihkan menggunakan bimbingan psikologi. Selain itu, saya juga mempelajari pentingannya kasih sayang ibu terhadap seorang anak. Melalui kes yang saya kaji, iaitu mengenai seorang seorang perempuan yang dirogol yang kekurangan kasih sayang ibunya. Sekiranya perempuan yang dirogol tersebut mendapat kasih sayang daripada ibunya, dia tidak akan mempunyai phantom dalam fikirannya.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya lain yang telah membantu saya apabila saya mendapat masalah. Tanpa bantuan daripada mereka, saya tidak dapat menjalankan tugasan saya dengan lancar. Saya berharap agar tugasan saya pada masa akan datang dapat berjalan dengan lancar seperti tugasan kali ini.49