32261801-KERTAS-CADANGAN
-
Upload
ariff-aziz -
Category
Documents
-
view
217 -
download
1
Transcript of 32261801-KERTAS-CADANGAN
KERTAS CADANGAN
PROGRAM 3K (KEBERSIHAN KESIHATAN DAN KESELAMATANANJURAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN BAKAP______________________________________________________________________ 1.0 PENDAHULUAN
Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) .Antara program tersebut ialah Program Sekolah Bersih , Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan.Hasil kombinasi dari kempen-kempen tersebut maka terhasil Program 3K yang membawa maksud :
Kebersihan , kesihatan dan keselamatan.Program ini merupakan satu platform bagi menyebarkan informasi terkini mengenai kesihatan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bersama PIBG SK Bakap yang disasarkan kepada para pelajar dan komuniti setempat.Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup kearah yang lebih sihat.Melalui program ini juga, para pelajar dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria , amalan gaya hidup sihat dan juga tentang aspek keselamatanTiga komponen pendidikan ini amatlah penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.
1.1PROGRAM SEKOLAH BERSIH
Kebersihan merupakan asas kepada kehidupan kita,maka dengan itu Program 3K dilihat membantu menerapkan amalan kebersihan bagi memastikan persekitaran sekolah selamat,bersih dan ceria.Sekolah Selamat merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran yang mula dilaksanakan pada tahun 2002.Ia bermaksud mewujudkan satu suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria serta tenteram kepada para pelajar agar pelajar dapat belajar dengan suasana yang kondusif sesuai dengan matlamat menuntut ilmu dan kehendak proses pengajaran dan pembelajaran.. Oleh itu, Program ini dipilih bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan keceriaan sekolah.Para pelajar akan lebih bersemangat dan merasa lebih yakin ketika berada di sekolah .Suasana sekolah yang bersih,ceria dan selamat amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar.
1.2 KEMPEN CARA HIDUP SIHAT
Gaya hidup sihat menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera.Amalan gaya hidup sihat menjurus kepada kebersihan diri, permakanan yang seimbang ,senaman yang konsisten ,kemampuan menghadapi stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan bahan bagi meningkatkan kualiti hidup
.
1.3 KESELAMATAN Sekolah Selamat membawa bermaksud persekitaran sekolah yang tidak membahayakan semua warga sekolah .Konsep selamat ialah dari semua aspek seperti kawasan sekolah yang mesra pengguna,kawalan lalu lintas yang baik,bebas dari denggi dan makanan yang selamat,infrastruktur yang lengkap dan tidak membahayakan serta sikap keprihatinan setiap warga tentang aspek-aspek keselamatan .Ia amat penting dalam mewujudkan suasana sekolah yang aman, tenteram dan meyakinkan ,sesuai dengan matlamat Negara murid belajar dalam suasana yang penuh kondusif. Sekolah Selamat merupakan jaminan bagi membentuk insan seimbang dan harmonis sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.0 TUJUAN PROGRAMProgram 3K dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu,Sihat dan Progresif" melalui amalan gaya Hidup sihat.Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek-aspek kebersihan,kesihatan dan keselamatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar . Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek-aspek 3K ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah . Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah
.
2.1 RASIONAL PROGRAM 3K merupakan satu program kesihatan yang merangkumi aspek kebersihan ,kesihatan dan keselamatan untuk semua warga sekolah dan komuniti sekitar demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar , guru dan seterusnya ibubapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah , kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar dan masyarakat setempat akan dapat memupuk perasaan cintakan kebersihan serta melahirkan tanggungjawab mengenai peranan sebagai warganegara demi membantu mereka memerlukan bantuan darah,pertolongan cemas dan sebagainya.2.3 MATLAMAT PROGRAM 3K Memastikan pelajar Sekolah Kebangsaan Bakap sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal,mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas.
2.4 OBJEKTIF PROGRAM Antara objektif Program 3K ialah: Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kebersihan,kesihatan dan keselamatan.
Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial sepert peyalahgunaan dadah.
Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai Kebersihan,Kesihatan dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar dan komuniti walau d mana mereka berada.
Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan bersih,sihat dan selamat ketika di sekolah.
Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar dengan terlaksananya program ini.
Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENASIHAT
GURU BESAR SK SINGKIR
BENDAHARI
PN MUSITAH BT MAT
SETIAUSAHA PANITIA PJK
PENGERUSI
EN.AHMAD HASAN B HARUN
GURU PENOLONG KANAN HEM
TIMBALAN PENGERUSI
PN NASRI BT ARIFFIN
GURU PENOLONG KANAN 1
SETIAUSAHA
PN ROSIMA BT HJ HANAFI
KETUA PANITIA PJK
AJK
TN HJ HAMID SAAD PN NORAIN BT SALAM
PN JAMALIAH BT SIDEK
EN MUHD HANIF YAAKOB
PN AINOL BADRI BAHARI PN MARDIANA A. RAHMAN
PN RUJIAH BT IDRIS EN MUHD FARIS FAKHRURAZI
PN INTAN FARIZA BT IS
MAIL PN MUNIYATI ABD KADIR
ENCIK MUHD FADZLI SUDIN
EN SOFIAN B SHUIB
AJK PELAKSANA PROGRAM 3K
PENASIHAT Tn Hj Abd samad B SallehGuru Besar SK Singkir PENGERUSI En Ahmad Hasan B Harun Pen.Kanan HEM TIMBALAN PENGERUSI Pn Nasri Bt Ariffin Pen.Kanan Satu SETIAUSAHA Pn Rosima Bt Hj Hanafi Ketua Panitia PJK BENDAHARI Pn Pn Musitah Bt Mat AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN URUSETIA Guru Besar SKS Pn Rosima Bt Hj Hanafi Semua PK Pn Musitah Bt Mat Tn Hj Abd Hamid Saad
YDP PIBG En Muhd Fadzli b Sudin HADIAH DOKUMENTASI
Pn NorAin Bt Salam
Pn Muniyati Abd Kadir Pn Jaliliyah Bt Kadir Pn Masni Bt Idris SIARAYA PROMOSI/BANNER En Muhd Fadzli B Sudin En Muhd Faris Fakhrurazi En Hamzah B Idris Pn Siti Fatimah Jaafar JAMUAN PERALATAN Pn Che Jamaliah Sidek En Sofian Shuib Pn Mek Limah Saaud En Shuib Saad AJK PIBG Pn Sharmila Abd Rahim 8 2.
7 Cadangan Program
Program 3K ini akan dijalankan selama 3 hari berturut-turut pada 15 dan 17 November 2009 .Upacara perasmian akan dijalankan pada 15 hb November 2009 oleh Guru Besar SK Singkir. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang program 3K:
Bil
Aktiviti yang Dirancang
Agensi
/JK Pelaksana
1
Pameran
kesihatan
dan A
n
ti Rokok
Unit promosi pej Kesihatan daerah Yan
2
Ceramah Dan
Sidang Video Anti dadah
AADK Daerah Yan
dan Panitia PJK SKS
3
Senamrobik bersama komuniti
K
oordinator dari klinik Kesihatan Guar Chempedak
4
Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Hospital Daerah Yan
5
Demonstrasi Pertolongan Cemas
HDY
dan Panitia PJK SKS
6
Kempen Menderma Darah
HDY
7
Pertandingan Masakan Menu Sihat
Panitia PJK SKS
8
Gotong royong
Perdana
-
9
Pertandingan melukis dan mewarna
Panitia PJK dan AJK Program
10
Pertandingan kelas terbersih dan ceria
PIBG dan AJK program
11
Ceramah Cara menangani konflik dan stress
Kaunselor dari SMK Agama Yan
12
Demonstrasi lalulintas
Unit Trafik
Balai Polis Yan
13
Sukaneka
Panitia PJK dan AJK Program
14.
Latihan Mencegah Kebakaran
Panitia PJK dan Belia Daerah Yan