37030774-Kemahiran-Berfikir.doc

34
1 ISI KANDUNGAN Pendahuluan Konsep Kemahiran Berfikir 2 Alat-Alat Berfikir 3 Soalan alat Berfikir Soalan a) Soalan b) Soalan e) Soalan f) Soalan g) 10 11 – 12 13 – 14 15 – 17 18 – 19 20 - 23 Rujukan 24 Lampiran 25

Transcript of 37030774-Kemahiran-Berfikir.doc

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan

Konsep Kemahiran Berfikir2

Alat-Alat Berfikir3

Soalan alat Berfikir

Soalan a)

Soalan b)

Soalan e)

Soalan f)

Soalan g)1011 12

13 14

15 17

18 19

20 - 23

Rujukan24

Lampiran25

PENDAHULUAN

KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR

Selain bernafas, berfikir boleh dikatakan sebagai aktiviti yang paling acap dan wajib dilakukan oleh setiap insan berbeza dengan sebarang aktiviti lain yang hanya dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Kebolehan berfikir secara abstrak mampu untuk menjana idea-idea baharu ; yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain. Berfikir juga bertujuan untuk mencari makna. John Dewey mendefinisikan berfikir sebagai satu operasi yang menggunakan fakta sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baharu dapat dipercayai berdasarkan fakta-fakta yang sedia ada.

Berfikir melibatkan tiga komponen utama iaitu; operasi mental, pengetahuan dan sikap. Berfikir terdiri daripada operasi mental iaitu operasi yang dijalankan oleh minda. Operasi mental juga boleh dibahagikan kepada dua jenis yang umum iaitu kognitif yang meliputi kemahiran serta strategi dan juga metakognitif yang berperanan untuk mengawal serta mengarahkan proses kognitif. Metakognitif lebih dikenali sebagai berfikir tentang pemikiran (thinking about thinking) dimana ia berfungsi untuk memandu usaha seseorang manusia mencari makna khususnya dalam operasi merancang, mengarah dan turut menilai pemikirannya.

ALAT-ALAT BERFIKIR

Untuk menjadikan kita seorang pemikir yang kreatif dan kritis iaitu mampu untuk berfikir secara sistematik, berpandangan jauh serta dapat menyelesaikan pelbagai masalah memerlukan panduan atau alat-alat yang khusus. Begitu juga seorang guru memerlukan alat bantu mengajar untuk menjadikan pengajarannya menarik dan berkesan. Dalam kemahiran berfikir, terdapat alat-alat yang boleh digunakan untuk berfikir.

Edward de Bono telah memperkenalkan Program CoRT (Cognitive Research Trust ) yang dibahagikan pula kepada enam bahagian utama iaitu :

CoRT I

CoRT II

CoRT III

CoRT IV

CoRT V

CoRT VI

Dalam pendidikan khususnya, CoRT I dan CoRT IV dapat digunakan untuk melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif khususnya kepada para guru. CoRT I merupakan asas kepada program CoRT dan bertujuan untuk memperluaskan pandangan pelajar supaya lebih kreatif, konstruktif dan kritis.

Cognitive Research Trust I ( CoRT I )

Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT I ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keptusan atau untuk menyelesaikan masalah. CoRT I ini terdiri daripada tujuh teknik asas yang turut digunakan untuk mencipta peraturan baharu sebelum membuat sebarang perancangan baru dan sekaligus membuat keputusan yang bijak.

Komponen-komponen dalam CoRT I adalah :

1. PMI ( Plus, Minus, Interesting )

Bertujuan untuk meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi. Seseorang pemikir perlu mengelakkan sebarang reaksi secara emosi bagi menjamin penghasilan idea yang becapah, bernas dan berkembang. P (PLUS) : Perkara yang difikirkan positif tentang sesuatu idea.M (MINUS) : Perkara yang difikirkan negatif tentang sesuatu idea.

I (INTERESTING) : Perkara yang tidak termasuk dalam plus atau minus

tetapi menarik tentang sesuatu idea.

Seterusnya, sesuatu keputusan dicapai berdasarkan penilaian tentang tajuk yang dikaji dengan mengambil kira semua perkara berkaitan idea sama ada perkara tersebut difikirkan positif, negatif mahupun perkara tersebut tidak termasuk antara keduanya namun ia perkara yang difikirkan menarik.2. CAF ( Consider All Factors )

Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan secara menyeluruh tanpa melepaskan walau satu pun faktor yang penting. Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan, keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita. Untuk tujuan ini, ia boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa kini dan masa akan datang. Menyenaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja. Setiap faktor yang disenaraikan akan dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk membuat keputusan yang sewajarnya. 3. C & S ( Consequence and Sequel )

Menjangka apa yang akan berlaku kesan daripada sesuatu cadangan atau keputusan yang dibuat. Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan mencipta, mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita dari semasa ke semasa. Kita juga perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu kesan kepada orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar. Kita perlu memikirkan beberapa perkara yang amat penting iaitu : Apakah cadangan tersebut akan berjaya ?

Apakah risiko yang mungkin dihadapi ?

Apakah kesan serta merta, jangka pendek dan jangka panjang ?

Adakah cadangan berkenaan bermanfaat ?

4. AGO ( Aims, Goals and Objectives )

Kita perlu sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal sesuatu perkara supaya matlamat akan tercapai. Oleh itu, setiap perkara yang tidak berkaitan harus diketepikan supaya tidak menjadi halangan dalam mencapai objektif. Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin kerana ia hobi kita atau kita melakukannya kerana terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat pujian dari orang ramai. Ada kalanya kita melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu ataupun untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa sebenarnya matlamat kita dalam melakukan sesuatu, ini memudahkan kita untuk mencapainya.

Dalam melaksanakan sesuatu, kita perlu berbalik kepada persoalan apakah sebenarnya AGO rancangan tersebut. Setiap tindakan serta keputusan yang diambil perlu mengambil kira adakah tindakan tersebut terkeluar dari AGO asal perancangan disamping memastikan cara bagi memastikan AGO dapat dicapai.

5. FIP ( First, Important, Priorities )

Mengambil kira perkara-perkara yang penting dan yang perlu diutamakan terlebih dahulu antara perkara-perkara yang penting tersebut bagi menentukan prioriti sesuatu perkara tersebut. Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO, timbul pula masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang ingin kita laksanakan. Untuk tujuan pemilihan ini, kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian yang lain kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak. Setelah memilih perkara-perkara yang benar-benar penting, kita perlu memastikan adakah perkara-perkara tersebut benar-benar penting. Disamping itu juga kita perlu mengenalpasti yang mana merupakan prioriti yang harus diambil tindakan segera agar perkara yang tidak sepatutnya diutamakan tetapi telah diutamakan dapat dielakkan.6. APC ( Alternatives, Possibilities, Choices )

Memikirkan beberapa perkara secara serentak disamping menentukan pilihan yang terbaik dengan mengelakkan pemikiran secara sehala sahaja.

Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan. Alat berfikir (APC) ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara dengan lebih bercapah. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea atau isu tersebut dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan. Daripada variasi pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita memilih untuk menggunakan alat FIP yang telah dibincangkan sebelum ini.

Dengan itu juga, kita akan berfikir secara kritis dan kreatif cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan setipa masalah yang timbul. Setiap cadangan juga mempunyai kemungkinan yang tersendiri dalam menjurus kepada mendatangkan kebaikan dan juga keburukan.

7. OPV ( Other Peoples Views )

Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat sesuatu keputusan bagi mengelakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri sendiri. Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita telah lakukan, terutama yang berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandangan orang lain dalam sesuatu hal yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza. Penerimaan pihak lain terhadap idea-idea kita amat penting supaya segala yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan baik dan efektif. Justeru itu, pandangan orang lain terhadap idea-idea yang telah diutarakan amat perlu sama ada ia mampu mempengaruhi orang lain atau adakah orang lain akan bersetuju dengan cadangan tersebut.

SOALAN ALAT BERFIKIR

a. Ada cadangan bagi mengatasi masalah tidak cukup bilik kuliah di Institut Pendidikan Guru supaya waktu kuliah dilanjutkan kepada kelas malam. Buat PMI.PLUSMINUS

1. Sukatan pelajaran dapat dihabiskan dengan cepat jadi guru pelatih dapat mengulangkaji pelajaran dengan lebih baik

2. Supaya guru pelatih dapat berfikir bahawa masa yang terluang tidak boleh disia-siakan dan perlu diisi dengan kerja yang berfaedah.

3. Masalah floating class tidak akan berlaku.

4. Para pensyarah dapat menyesuaikan waktu pembelajaran jika ada urusan pada siang hari.

5. Pihak pentadbiran IPG dapat menjimatkan kos tambahan seperti kos menyewa kabin dan membina bangunan baru.

6. Mendorong guru pelatih untuk berusaha bersungguh-sungguh.1. Kemungkinan terdapat guru pelatih yang sanggup ponteng kelas malam kerana keletihan pada siang hari.

2. Risiko keselamatan guru pelatih yang tinggal di luar IPG tinggi ketika mereka dalam perjalanan untuk ke kelas malam.

3. Berlaku kes kecurian barang kerana perkongsian kelas sesi pagi dan sesi malam.

4. Beban pensyarah semakin bertambah.

5. Berlaku pertembungan aktiviti luar kelas dengan waktu kelas malam.

INTERESTING1. Kelas malam dapat dijalankan dalam keadaan yang santai tidak seperti kelas pada waktu siang yang dijalankan pada waktu pejabat yang memerlukan pelajarnya memakai baju formal. Kesimpulan

Idea ini sesuai kerana banyak kebaikan dari keburukan. Dalam keadaan kekurangan bilik kuliah, guru pelatih masih dapat belajar dalam keadaan yang selesa. b. Applikasikan CAF atas cadangan untuk mengantikan elaun dengan pinjaman PTPTN kepada pelajar Institut Pendidikan Guru.Faktor-faktor

1. Kerajaan kekurangan peruntukan untuk menanggung guru pelatih berikutan masalah kemelesetan ekonomi yang melanda hari ini2. Semakin ramai peminjam yang tidak membayar hutang PTPTN selepas graduasi.3. Kerajaan ingin menjimatkan perbelanjaan Negara yang semakin kritikal pada hari ini.

4. Menyelaraskan pinjaman PTPTN bukan sahaja kepada pelajar IPTA dan IPTS, tetapi juga pelajar IPG.

5. Guru pelatih di IPG telah dijamin pekerjaan mereka selepas mereka graduasi, oleh itu sumber pendapatan mereka terjamin dan sudah tentu mereka mampu untuk membayar semula hutang PTPTN tersebut.Kesimpulan

Saya pasti kebanyakan guru pelatih di IPG tidak bersetuju dengan cadangan ini berikutan tidak mahukan hutang dalam pendidikan , riba dan sebagainya tetapi pada pendapat saya, cadangan ini amat berpatutan bagi mengurangkan risiko kerugian disamping menjimatkan kos perbelanjaan Negara. Walaupun pemberian elaun digantikan dengan pinjaman PTPTN, peluang pekerjaan bagi guru pelatih di IPG adalah terjamin dan mereka sepatutnya mampu untuk menjelaskan semula pinjaman PTPTN tersebut. Jika dibandingkan dengan graduan lepasan IPTA atau IPTS , peluang pekerjaan mereka tidak terjamin berbanding dengan graduan lepasan IPG. Graduan lepasan IPG telah dijamin peluang pekerjaan mereka dan mereka seharusnya bersyukur dan berterima kasih atas peluang yang diberikan.e. Ibu-bapa kini begitu teliti membuat pilihan tentang sekolah yang akan dihantar anak mereka bersekolah. Apakah 5 aspek yang dibuat pertimbangan. Applikasikan FIP untuk soalan ini. Beri huraian untuk jawapan anda.5 aspek penting (mengikut keutamaan):1. Akademik

Pencapaian akademik memainkan peranan penting dalam pemilihan ke sekolah. Ini mendorong ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah tersebut kerana persepsi yang tinggi terhadap pencapaian akademik sekolah tersebut. Semakin baik pencapaian akademik sekolah tersebut, semakin tinggi persepsi ibu bapa terhadap sesebuah sekolah itu.2. Jenis sekolah Ibu bapa pada hari ini jelas peka terhadap jenis sekolah seperti Sekolah Berasrama Penuh(SBP), Maktab Rendah Sains Mara(MRSM), Sekolah Menengan Kebangsaan Agama(SMKA), dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika sekolah tersebut merupakan sekolah yang amat dikenali masyakat umum akan pencapaian yang cemerlang menjadikan ibu bapa semakin tertarik untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Ditambah pula dengan sekolah tersebut mempunyai nama yang menyebabkan semakin tinggi persepsi ibu bapa terhadap sekolah tersebut seperti SPB dan Sekolah Kluster. 3. Kemudahan Kemudahan asas yang lengkap akan mendorong ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Ini ditambah pula jika sekolah tersebut menyediakan kemudahan ICT yang serba lengkap seperti kemudahan LCD. Pada zaman moden ini kita tidak mahu berada di takuk lama. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan kemudahan ICT. Tidak kurang juga dengan kemudahan-kemudahan yang lain seperti kantin, lanskap, perpustakaan, dan taman mini bagi memastikan keselesaan anak-anak mereka belajar di sekolah tersebut.4. Budaya sekolahBudaya sesebuah sekolah banyak mempengaruhi pembentukan sikap pelajar. Oleh itu, faktor ini juga penting dalam pemilihan sekolah. Tiada ibu bapa yang mahu anak-anaknya dididik dengan sikap negatif jika manghantar anak-anak mereka ke sekolah berbudaya negatif seperti budaya membuli dan sebagainya. Sudah tentu mereka mahukan anak mereka berjaya dari segi sahsiah iaitu dengan menghantar anak mereka ke sekolah yang berbudaya positif. 5. Jarak Kebiasaannya factor ini lebih terarah kepada ibu bapa yang tiada pengangkutan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau ibu bapa seringkali sibuk dengan tugasan pada waktu menghantar anak-anak ke sekolah. Oleh itu jika sekolah itu dari rumah , ia memudahkan urusan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah.f. Pelajar Institut Pendidikan Guru tidak sepatutnya disediakan penginapan asrama. Buat satu C&S untuk jangka masa panjang mengenai isu ini

Keberkesanan cadangan itu:

Cadangan ini boleh dilaksanakan kerana sebagai guru pelatih, mereka seharusnya dilatih untuk berdikari bagi mempersiapkan diri untuk menjadi seorang guru. Kesan jangka panjang:1. Keselamatan guru pelatih akan terjejas. Risiko kemalangan juga tinggi kerana guru pelatih perlu ke IPG dengan kenderaan sendiri ataupun berjalan kaki. Kemungkinan ketika dalam perjalanan ke IPG berlaku pelbagai insiden yang tidak disangka seperti rompakan atau kemalangan. Jika berlaku kematian di luar kampus, berkemungkinan keluarga si mati tidak dapat menuntut apa-apa dari pihak IPG kerana ia dikira berlaku diluar kampus. Jika dapat pun, ia merupakan belas ihsan dari kutipan derma daripada guru pelatih yang lain.2. Saya percaya terdapat guru pelatih yang akan sentiasa datang lambat ke kelas pada waktu kuliah. Lebih-lebih lagi jika rumah sewa mereka jauh dari IPG. Tidak mustahil ketika dalam perjalanan ke IPG, berlaku kesesakan lalulintas lalu menyebabkan guru pelatih tersebut lambat untuk sampai ke kelas. Kesannya, guru pelatih itu ketinggalan untuk mengikuti sesi pembelajaran ketika belum sampai ke kelas. Ini bermakna tidak semua input guru pelatih tersebut dapat pada waktu kuliah.3. Guru pelatih dapat melatih diri untuk berdikari disamping belajar hidup bermasyarakat sepanjang menginap di rumah sewa tersebut. Mereka dapat beramah mesra dengan jiran tetangga mereka. Disamping itu, ia dapat melatih guru pelatih untuk bersedia jika mereka diposting di kawasan pedalaman seperti pedalaman di negeri Sabah atau Sarawak. . Hal ini adalah kerana apabila mereka tidak menginap di asrama, mereka terpaksa menempuh segala rutin harian secara bersendirian. Hal ini telah melatih mereka untuk lebih berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain berbeza dengan pelajar yang menginap di asrama yang sentiasa memerlukan bantuan para warden terutamaya ketika sakit. Ini mendorong mereka semakin tabah dan bersemangat untuk menjadi guru yang berdedikasi.Keputusan:Pada pendapat saya walaupun cadangan ini baik tetapi ia masih tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini berikutan kesan-kesan jangka masa panjang yang telah saya huraikan di atas. Jika hendak dilaksanakan juga, perancangan yang awal serta teliti adalah diperlukan bagi memastikan ia membawa kebaikan bagi semua pihak. g. Masalah banjir di kawasan perumahan anda sering berlaku.Anda dijemput untuk menanggotai jawatankuasa untuk menyelesaikan masalah ini. Apakah AGO jawatankuasa ini. Bahagikan masalah anda kepada 3 masalah kecil. Apakah AGO jawatankuasa anda untuk setiap masalah kecil ini?

MASALAH 1 : MASALAH KESIHATAN PENDUDUK

AIMS Mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah kesihatan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan perumahan ketika banjir sedang berlaku.

GOALS Supaya penduduk sentiasa dalam keadaan sihat sebelum dan selepas menghadapi banjir disamping menanam kesedaran diri betapa pentingnya menjaga kesihatan diri ketika banjir.

OBJECTIVES Untuk memberi bantuan perubatan kepada penduduk, misalnya memberikan pemeriksaan percuma disamping menyediakan bekalan ubat-ubatan kepada semua penduduk serta suntikan bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman.

MASALAH 2 : MASALAH RUMAH HANYUT SERTA KEHILANGAN HARTA BENDA

AIMS Mencari langkah-langkah penyelesaian yang efisien bagi mengelakkan masalah rumah hanyut serta kehilangan harta benda yang maksimum semasa penduduk dilanda banjir.

GOALS Supaya rumah tidak akan hanyut lagi ketika berlakunya banjir di kawasan perumahan tersebut pada masa akan datang.

Supaya barang-barang berharga dapat diselamatkan sebanyak mungkin dalam masa yang singkat sekaligus meminimumkan jumlah kehilangan harta benda disamping memberi pengetahuan tentang cara bertindak pantas untuk menyelamatkan barang-barang ketika banjir berlaku.

OBJECTIVES Untuk membina pagar bagi setiap sekeliling rumah sebagai langkah persediaan menghadapi banjir.

Untuk memberi bantuan bot penyelamat seberapa banyak yang boleh serta seberapa pantas yang mungkin.

MASALAH 3 : MASALAH HILANG TEMPAT TINGGAL SERTA TIADA BEKALAN MAKANAN

AIMS Mencari jalan penyelesaian yang bervariasi bagi mengatasi masalah hilang tempat tinggal serta tiada bekalan makanan ketika banjir sedang berlaku.

GOALS Supaya penduduk kawasan perumahan tidak trauma menghadapi banjir pada masa akan datang atas sebab kehilangan tempat tinggal atau dengan kata lain merempat ketika banjir sedang melanda.

Supaya penduduk menimba pengalaman serta pengajaran mengenai pentingnya pengambilan makanan yang sesuai dan bersih ketika menghadapi banjir.

OBJECTIVES Untuk menyediakan penginapan sementara seperti asrama-asrama atau sekolah-sekolah yang mencukupi kepada semua penduduk setempat sementara menanti banjir surut.

Untuk menghantar bekalan makanan serta bekalan air bersih kepada penduduk semasa banjir sedang berlaku.

RUJUKAN

LAMPIRANMencari jalan penyelesaian bagi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan perumahan.

AIMS

Supaya penduduk di kawasan perumahan akan lebih selamat terutamanya pada musim tengkujuh yang mungkin melanda paling kurang dua bulan sekali dalam setahun.

Supaya penduduk setempat lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir berlaku.

GOALS

Untuk membantu semua penduduk ketika banjir sedang berlaku.

Untuk melatih penduduk supaya tidak panik sebaliknya mengambil tindakan segera,cepat dan pantas untuk menyelamatkan diri serta harta benda ketika banjir berlaku.

OBJECTIVES

3 MASALAH KECIL

MASALAH HILANG TEMPAT TINGGAL SERTA TIADA BEKALAN MAKANAN

MASALAH RUMAH HANYUT SERTA KEHILANGAN HARTA BENDA

MASALAH KESIHATAN PENDUDUK