4. artikel

9
MTE 3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG 3 ANDA DIKEHENDAKI MEMBUAT BACAAN DAN MENGUMPUL MAKLUMAT SERTA MENULIS SECARA KRITIKAL ARTIKEL RINGKAS MENGIKUT KEFAHAMAN ANDA BERKAITAN KONSEP MATEMATIK TAJUK NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG BERLANDASKAN SATU ATAU LEBIH BAHAN RUJUKAN. NAMUN, KESEMUA MAKLUMAT TERSEBUT HARUSLAH DIAKUI KESAHIHNNYA. SENARAIKAN SEMUA RUJUKAN SEKURANG-KURANGNYA 5. SEMUA RUJUKKAN DITULIS MENGIKUT FORMAT APA.

description

vbnhnbdfbbbdfbdsvvfdbgb

Transcript of 4. artikel

MTE 3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG

ANDA DIKEHENDAKI MEMBUAT BACAAN DAN MENGUMPUL MAKLUMAT SERTA MENULIS SECARA KRITIKAL ARTIKEL RINGKAS MENGIKUT KEFAHAMAN ANDA BERKAITAN KONSEP MATEMATIK TAJUK NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG BERLANDASKAN SATU ATAU LEBIH BAHAN RUJUKAN. NAMUN, KESEMUA MAKLUMAT TERSEBUT HARUSLAH DIAKUI KESAHIHNNYA. SENARAIKAN SEMUA RUJUKAN SEKURANG-KURANGNYA 5. SEMUA RUJUKKAN DITULIS MENGIKUT FORMAT APA.

Konsep Matematik Tajuk Nombor, Pecahan, Perpuluhan Peratusan Dan WangOleh: Narmatha Mani Maran

Pengenalan

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah satu bidang yang sentiasa menjadi bahan kajian para penyelidik. Seseorang bakal pendidik harus memahami cara mengajar yang berkesan. Mereka mesti belajar cara mengajar. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam matematik agak berbeza dengan subjek-subjek lain. Pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep di samping penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah (Souviney, 1990; NCTM, 1989; ICME, 1994; Skemp, 1987; Swetz & Tim, 1988; Cockroft, 1982; Nik Azis, 1992; Ibrahim, 1994). Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan, sama ada dari dalam atau luar negeri, yang menyentuh tentang konsep matematik dalam beberapa topik seperti nombor, pecahan, perpuluhan peratusan dan wang (Mack, 1995; Neuman, 1995; Hunter et. al, 1994; Sowder & Wheeler, 1989; Resnick et. al, 1989; Vinner & Dreyfus,1989; Wachsmuth, Behr & Post, 1985; Mokros & Russell, 1995; Aida Suraya, Syarifah Md. Nor & Habsah Ismail, 1992; Omar Hamat, 1994, Asiah Ismail, 1994). Hampir semua kajian ini menjurus kepada konsep matematik beberapa topik seperti nombor, pecahan, perpuluhan peratusan dan wang.

Konsep Nombor Nombor ialah satuentitiabstrak yang mewakili hitungan atauukuran.Simboluntuk nombor dipanggilangka. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor. Dalam penggunaan biasa, angka sering digunakan sebagai label (penomboran rumah), penunjuk susunan (nombor bersiri), dan kod (ISBN). Dalam bidangmatematik, takrif nombor telah diperluas untuk merangkumi keabstrakan sepertipecahan,nisbah, serta nombor-nombor negatif, transenden, dan kompleks. Konsep asas yang perlu dipelajari adalah kesedaran kepada bunyi nombor dan turutan nombor, mengira dan padanan satu dengan satu. Nombor boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu: i. nombor kardinal dan;ii. nombor ordinal. Nombor kardinal digunakan untuk membilang berapa banyak objek dalam satu set atau kumpulan. Memahami nombor kardinal amat penting kerana dengan adanya kebolehan menjumlah serta mengenal kuantiti sesuatu objek, murid akan dapat menggunakan nombor bulat untuk empat operasi matematik. Nombor ordinal ialah nombor yang digunakan untuk mengetahui kedudukan relatif sesuatu objek atau peristiwa.Contohnya :

Konsep Pecahan

Konsep pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda. Pecahan juga merupakan pembahagian sesuatu objek atau rajah. Pecahan ditulis dalam pasangan nombor dengan nombor di atas ialah pengangka dan nombor di bawah adalah penyebut. Lazimnya nombor ini dipisahkan dengan garisan yang melintang atau mencondong. Bagi murid Tahun Empat yang masih berada di sekolah rendah, garisan melintang digunakan supaya murid tidak terkeliru. Pecahan juga terbahagi kepada tiga iaitu:i. pecahan wajar, ii. pecahan tak wajar dan;iii. pecahan setara. Pecahan wajar merupakan pecahan yang pengangkanya lebih kecil dari penyebutnya. Pecahan Tak wajar merupakan pecahan yang pengangkanya dan penyebutnya sama ataupun penyebut lebih besar daripada pengangka. Pecahan setara merupakan pecahan yang mempunyai nilai-nilai yang sama.Bilangan pecahan merupakan bilangan yang terdiri dari dua bahagian angka, iaitu angka sebagai pembilang (numerator) dan angka sebagai pembagi (denominator) dimana kedua bahagian angka ini dipisahkan dengan simbol garis miring ( / ). Di dalam ilmu faraid, pembahagi ini seringkali disebut sebagai asal masalah atau pokok masalah. Format penulisan bilangan pecahan adalah sebagai berikut : A/B , dimana A adalah pembilang dan B adalah pembahagi.

Misalnya :

Konsep Perpuluhan

Maksud perpuluhan merupakan sistem angka yang menggunakan sepuluh sebagai asas. Ia merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan dalam bidang matematik. Perpuluhan sangat mirip dengan pecahan. Akan tetapi perbezaannya ialah bahagian penyebutnya selalunya melibatkan nombor-nombor seperti 10, 100, 1000 dan lain-lain. Dalam perpuluhan, simbol titik (.) digunakan. Simbol titik ini bertujuan untuk memisahkan angka perpuluhan daripada setiap nombor bulat di sebelah kiri titik perpuluhan.

Misalnya:

Konsep Peratusan

Perkataan percent diambil daripada perkataan Latin iaitu per centum. Manakala cent bermaksud seratus. Simbol % digunakan untuk mewakili peratus. Simbol tersebut berkemungkinan tercipta semasa abad ke-15. Menariknya, simbol % mengandungi 2 sifar seperti angka 100. Menurut Mok Soon Sang & Siew Fook Cheong (1988) konsep peratus ialah perkiraan yang dinisbahkan dengan dasar seratus untuk memudahkan perbandingan. Perbandingan di antara kuantiti yang sama jenis di mana kuantiti asas dinisbahkan sebagai seratus (Mok Soon Sang, 1988).Beberapa pendapat dan definisi lain bagi peratusan ialah :i. The term percent means parts per hundred(W. George Cathart et.al, 2006).

ii. The numerators of fractions with a denominator of 100 are called percents(Benny F. Tucker et.al, 2006).

Misalnya:

Simbol yang digunakan untuk mewakili peratus ialah %. Jadi,7 peratus boleh ditulis sebagai 7%.

Konsep Wang

Wang adalah sejenis barang atau alat yang digunakan sebagai medium pertukaran untuk mendapat sesuatu barang yang kita perlukan. Wang boleh dikenali daripada sifat fizikal (bentuk dan rupa) dan daripada nilainya. Mata wang Malaysia yang digunakan adalah dalam ringgit dan sen. Ada dua bentuk wang, iaitu wang kertas dan wang syiling.

i. 10 keping wang syiling 1 sen = 1 keping wang syiling 10 sen ii. 10 keping wang kertas 1 ringgit = 1 keping wang kertas 10 ringgit

Penutup

Memahami konsep matematik tajuk nombor, pecahan, perpuluhan peratusan dan wang dengan betul akan membantu seseorang menguasai topik matematik dengan lebih mudah dan akan dapat mengelak daripada salah pengkonsepsian. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan perlaksanaan aktiviti yang terancang, kemas dan teratur. Tiada jalan pintas (Short cut) yang akan sampai ke kemuncak kecemerlangan matematik di kalangan murid-murid. Malah sebaliknya ia merupakan 'jalan mati' yang akan menghumbang murid ke dalam gaung kebuntuan, kebencian, kebimbangan dan keresahan terhadap mata pelajaran Matematik. Oleh yang demikian, para bakal pendidik matematik seharusnya berusaha menyiap dan memperkemaskan diri dengan segala keperluan seperti pengetahuan tentang konsep matematik pedagogi dalam mengajar bidang matematik sebelum bertemu dengan anak didik masing-masing.

4