Artikel Syiah

160

description

kejahatan syiah

Transcript of Artikel Syiah

Page 1: Artikel Syiah
Page 2: Artikel Syiah
Page 3: Artikel Syiah

HAKIKATSYIAH

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Page 4: Artikel Syiah

Hakcipta terpelihara. Setiap bahagian (termasuk teknik & konsep) daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, atau pun disimpan untuk

pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin bertulis

daripada pemilik hakcipta terlebih dahulu.

Diterbitkan oleh

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Jabatan Perdana Menteri

Tel : 03-2272 3137Fax : 03-2272 3216

www.muftiwp.gov.my

Cetakan Pertama 2012

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Hakikat SyiahISBN 978-983-44840-4-01. Shi’ah. 2. Islamic sects. 3. Shi’ah--Doctrines.I. Malaysia. Jabatan Perdana Menteri. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.297.82

Page 5: Artikel Syiah

KANDUNGAN

Tajuk

1KELAHIRAN ,PRINSIP DAN PEGANGAN SYIAH:SATU KAJIAN DAN PENILAIANDr .Ridhuan Jamal Al-Athrasy

SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH DANPERKAITANNYA DENGAN AHLI BAITDatuk Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh

AHLUL BAIT MENURUT PANDANGAN SUNAHDAN SYIAHDatuk Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh

AKIDAH IMAMAH DI SISI SYIAH ISNA ASHARAHDAN KESAN-KESANNYA TERHADAP PEGANGANAHLI SUNAH DAN JAMAAHDatuk Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh

PERPADUAN DI ANTARA MAZHAB SUATUFANTASI ATAU IANYA BOLEH DICAPAI?Prof .Dr .Abdul Razak Abdul Rahman As-Saadi

41

65

87

117

Muka surat

Page 6: Artikel Syiah
Page 7: Artikel Syiah

PRAKATA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, pemilik sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya serta semua umat Islam sekalian.

Buku ini menghimpunkan beberapa penulisan akademik mengenai fahaman Syiah yang terdiri daripada tulisan saya sendiri dan dua lagi merupakan kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Dr. Ridhuan Jamal Al-Athrasy yang berasal dari Jordan dan seorang lagi, Profesor Dr. Abdul Razak Abdul Rahman As-Saadi yang berasal dari Iraq semasa Seminar Pemurnian Akidah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 2007.

Buku ini diterbitkan bertujuan untuk memberi pencerahan kepada masyarakat awam yang masih ramai lagi tidak memahami prinsip-prinsip utama ajaran Syiah dan tidak mendalami pemikiran atau ideologinya yang memberi kesan terhadap pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah. Adalah diharapkan penjelasan dan penerangan di dalam buku ini dapat menambah kefahaman pembaca semua dan tidak lagi terkeliru antara perbezaan dalam perkara khilafiyyah yang diperakukan dalam Islam dan perbezaan dari sudut akidah dan pemikiran yang menyesatkan.

Kefahaman yang selaras di kalangan masyarakat amat diharapkan agar tiada lagi suara-suara simpatisan Syiah kedengaran setiap kali pihak berkuasa mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya dalam usaha membendung pengaruh Syiah di negara ini. Seterusnya, menimbulkan kesedaran bahawa setiap umat Islam perlu bertanggungjawab memelihara kemurnian akidah Islam yang sebenar agar terselamat dari kesesatan dan kebinasaan.

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan penerbitan buku ini. Moga-moga Allah SWT akan melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam usaha murni ini. InsyaAllah.

Wassalam.

Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan TehMufti Wilayah PersekutuanJabatan Perdana Menteri

Page 8: Artikel Syiah
Page 9: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 1

KELAHIRAN, PRINSIP DAN PEGANGAN SYIAH:

SATU KAJIAN DAN PENILAIAN

Dr. Ridhuan Jamal Al-AthrasyUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Page 10: Artikel Syiah
Page 11: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 3

PENDAHULUANSegala puji bagi Allah, kita memuji-Nya, meminta pertolongan dari-Nya dan meminta ampun dari-Nya. Kita berlindung dengan Allah dari kejahatan diri kita dan dari keburukan pemikiran, akhlak, dan amalan-amalan kita. Sesiapa yang dihidayahkan oleh Allah, maka tiada sesiapa yang boleh menyesatkannya. Dan sesiapa yang disesatkan-Nya, sekali-kali tidak akan dapat baginya sebarang pelindung mahupun petunjuk. Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya.

Sesungguhnya, di antara prinsip Islam yang utama itu ialah berpegang kepada tali Allah keseluruhannya dan tidak berpecah belah. Allah berfirman yang bermaksud, “ ...dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai ...”1. Allah berfirman lagi yang bermaksud, “ ...Sesungguhnya orang-orang yang mencerai-ceraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikit pun dalam (perbuatan) mereka ...”2

Umat Islam sentiasa berada di atas landasan yang digariskan Allah daripada hidayah dan pegangan agama yang benar sehinggalah kewafatan Rasulullah SAW. Keadaan ini berterusan pada masa Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar. Apabila Khalifah Uthman dibunuh dan berlaku ’fitnah’ di mana kaum muslimin berperang di dalam peperangan Siffin, lahirlah puak Al-Mariquun dan puak Al-Khawarij, sebagaimana yang telah digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda yang bermaksud, “...timbul puak pendusta ketika umat muslimin berpecah, dan mereka akan dibunuh oleh kumpulan pertama dari dua kumpulan itu dengan kebenaran...”3.

Selepas bidaah yang dilakukan oleh puak Khawarij ini timbul, terbit pula bidaah yang bersifat berpuak-puak (tasyayyu’).4 Selepas peristiwa Majlis Tahkim, timbul puak-puak baru satu demi satu. Puak-puak ini merupakan puak-puak yang keluar dari (Al-Jamaah). Pada hari ini aktiviti mereka telah pun lemah, semangat mereka menjadi pudar, pendirian mereka menjadi rapuh dan pengikut-pengikut mereka berkurangan. Penentangan mereka terhadap Ahli Sunah juga menjadi berkurangan.

1 Surah Ali-Imran: 1032 Surah Al-An`am: 1593 Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya dalam kitab Al-Zakat, bab Zikrul Khawarij dan sifat mereka.4 Ibnu Taimiyah, Ahmad bin Abdul Halim, Minhaj Al-Sunah Al-Nabawiyyah, tahqiq Dr. Muhammad Rasyad

Salim (Al-Kaherah: Maktabah Ibnu Taimiyah, 1989) Jld 1, m.s 218-219.

Page 12: Artikel Syiah

4 | Hakikat Syiah

Serangan puak Syiah pula terhadap Ahli Sunah semakin bertambah hari demi hari. Begitu juga usaha mereka untuk mengaibkan tokoh-tokoh Ahli Sunah dan usaha mereka untuk menyebarkan fahaman Syiah. Puak Syiah “Imam Dua Belas” kelihatan paling aktif dari aspek ini, dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ia merupakan satu-satunya kumpulan yang paling banyak berusaha untuk menentang Ahli Sunah, yang tidak terdapat pada puak-puak Syiah yang lain.

Aliran berpuak-puak ini (tasyayyu’), mula timbul di bandar Kufah5. Riwayat tentang Syiah ada menyebut bahawa umat Islam tidak menerima ajaran mereka ini di bandar-bandar lain melainkan bandar Kufah6. Fahaman ini kemudian tersebar ke bandar-bandar lain. Aliran-aliran lain seperti fahaman (Al-Irja’), timbul di Kufah. Fahaman (Al-Qadar), (Al-I’tizal), dan (Al-Nusuk Al-Fasid) timbul di Basrah dan fahaman (Al-Tajahhum) timbul di Khurasan.

Dengan ini, fahaman, prinsip, dan pegangan Syiah tidak lahir sekaligus, tetapi berperingkat-peringkat dan lahir sedikit demi sedikit, dan seterusnya berpecah kepada kumpulan-kumpulan yang banyak. Kita akan mulakan perbincangan ini dengan beberapa pendapat golongan Syiah, dari sumber mereka yang muktabar, kemudian diikuti oleh pendapat-pendapat lain tentang Syiah. Metodologi ilmiah yang tidak berpihak, menuntut seseorang itu mengambil pandangan sesuatu kumpulan itu dahulu sebelum mengambil pendapat selain mereka.

DEFINISI SYIAHDefinisi Dari Segi BahasaIbnu Duraid (meninggal 321 H) berkata, “Fulan daripada Syiah fulan” memberi maksud fulan adalah dari mereka yang sependapat dengannya. Dalam bentuk kata kerja pula, شيع bererti menyokong. Kata kerja شيع juga bererti menolong dan bergabung7. Al-Azhari (meninggal 370 H) menyebut bahawa, Syiah ialah penolong-penolong seseorang dan pengikutnya. Sesuatu kumpulan yang bersetuju dengan sesuatu pendapat atau aliran dipanggil Syiah. Kata jamak bagi Syiah ialah شيع atau أشياع. Dalam bentuk kata kerja شيع sekiranya digunakan dengan kata objek api, ia menunjukkan makna sekiranya kita mencampakkan sesuatu ke dalam api, ia akan menyemarakkannya lagi. Dalam bentuk kata kerja yang lain,

5 Ibnu Taimiyah, Majmu’ Al-Fatawa, Jld 20, m.s 301.6 Al-Majlisi, Muhammad Bakir, Bihar Al-Anwar (Beirut: Muassasah Al-Wafa’, cet. 2, 1403H/1983M): jld.100 , m.s

259.7 Ibnu Duraid, Jamharah Al-Lughat, Jld 3, m.s 63.

Page 13: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 5

menunjukkan makna seseorang itu mengiringi seorang yang lain bagi شيعmengucapkan selamat jalan kepadanya ketika musafir. Dalam konteks makna ‘iring’ kita boleh menggunakan kata kerja شيع untuk menunjukkan makna seseorang itu mengiringi puasa bulan Ramadhan dengan puasa enam pada bulan Syawal. Bentuk kata nama شيع pula digunakan untuk makna `selepas sesuatu’ seperti esok, iaitu pada hari lusa. Penggunaan perkataan شيعة pula digunakan untuk menunjukkan makna kumpulan manusia yang saling mengikut satu sama lain. Kumpulan-kumpulan Syiah itu pula adalah beberapa kumpulan yang mana sebahagian mereka mengikut yang lain dan mereka tidak sepakat dalam sesuatu perkara8.

Al-Jauhari (meninggal 540 H) berkata, “Apabila seseorang itu تشيع, ini bermakna ia mendakwa apa yang didakwa oleh kumpulan Syiah. Semua kaum yang sepakat dalam sesuatu perkara dan mereka mengikut pendapat di kalangan mereka sendiri, mereka dipanggil شيع. Dzu Al-Rahmat pernah mengungkapkan syair 9 yang menunjukkan bahawa أشياع membawa makna rakan-rakan10.

Ibnu Manzur (meninggal 711H) pula berkata, “Syiah ialah pengikut dan penolong bagi seseorang. Kata jamaknya ialah شياع ; atau اشياع. Asal konsep Syiah ialah sekumpulan orang; ia boleh digunakan untuk bilangan satu, dua atau ramai; sama ada lelaki atau perempuan. Walau bagaimanapun lafaz ini digunakan dengan meluas untuk menunjukkan kepada penyokong-penyokong Saidina Ali dan ahli keluarganya sehinggalah lafaz ini bertukar menjadi kata nama khas. Apabila disebut, fulan dari golongan Syiah, secara langsung ini bererti dia ialah salah seorang daripada penyokong Saidina Ali dan keluarganya. Kalau disebut, dalam mazhab Syiah, hukumnya begini ..., ini bererti dalam fahaman golongan Syiah. Asal konsep ini ialah daripada kata مشايعة iaitu mengikut dan mentaati. Ungkapan “Syiah” ini digunakan kepada sesuatu puak yang mengikut pendapat orang lain selain mereka. Apabila sesuatu puak menjadi “penyokong” (Syiah) kepada orang lain, mereka disebut dengan kata kerja تشيع. Apabila seseorang itu mendakwa dengan dakwaan puak Syiah, dia disebut sebagai شيع atau شايع dengan kata terbitan شياع. Kata kerja شيع bererti “mengikut” seseorang. Apabila disebut dalam konteks kata kerja fulan يـشايــع seseorang, ini bererti dia “mengikut” dan “memperakukan” kedudukan seseorang itu11.

8 Al-Azhari, Tahzib Al-Lughat, Jld 3, m.s 619 Diwan Dzi Al-Rahmat: m.s 4. Al-Sihah: 1240/3, Tahqiq Ahmad Abdul Ghafur Attar.10 Al-Sihah, Jld.3, m.s 1240, Tahqiq Ahmad Abdul Ghafur Attar.11 Ibnu Manzur, Jamaluddin bin Mukram Al-Ansari, Lisan Al-Arab, (Kaherah: Al-Dar Al-Misriyyah Li At-Ta’lif

Wa al-Turjumah) Jld. 10, m.s 55 مادة شياع

Page 14: Artikel Syiah

6 | Hakikat Syiah

Definisi dari segi istilah pula, “Syiah” bererti “...mereka yang menyokong Saidina Ali dan anak-anaknya, dan berpegang bahawa Imam selepas wafat Rasulullah SAW adalah khusus kepada Saidina Ali dan anak-anaknya”.

Al-Imam Al-Syahrastani mendefinisikan “Syiah” sebagai, “... mereka yang menyokong Saidina Ali, dan berpegang bahawa imam dan khalifah itu khusus bagi Saidina Ali, secara dalil nas dan melalui wasiat Rasulullah SAW, sama ada secara jelas atau sebaliknya. Mereka juga berpegang bahawa imam itu tidak akan beralih tangan kepada selain daripada anak-anak keturunan Saidina Ali. Sekiranya berlaku pemindahan kepimpinan itu kepada selain daripada keturunan Saidina Ali, maka ini merupakan satu kezaliman dari pihak yang menerima kepimpinan itu, atau sebagai suatu pelaksanaan pendekatan taqiyyah dari pihak keturunan Saidina Ali.12

PENDAPAT GOLONGAN SYIAH TENTANG KELAHIRAN TASYAYYU’Golongan Syiah tidak sepakat dalam isu ini. Kita boleh simpulkan bahawa terdapat tiga pendapat golongan Syiah tentang kelahiran al-tasyayyu’ melalui buku-buku muktabar di kalangan mereka. Pendapat-pendapat ini akan dibincangkan dengan analisa dan kritikan.

PENDAPAT PERTAMAGejala al-tasyayyu’ telah lama wujud dan telah lahir sebelum Rasulullah SAW diutuskan. Pendapat ini menyatakan bahawa tiada seorang nabi pun yang dilantik melainkan mereka diperintahkan agar beriman bahawa imam itu adalah hak Saidina Ali. Puak Syiah telah mengarang banyak riwayat untuk menyokong dakwaan mereka. Di antaranya ialah apa yang diriwayatkan di dalam buku Al-Kafi, daripada Abu Al-Hassan bahawa, “ Hak Ali menjadi imam tertulis pada seluruh kitab-kitab para nabi. Allah tidak akan utuskan seorang rasul pun kecuali dengan memberitahu tentang kerasulan Muhammad SAW dan wasiat terhadap Ali r.a. sebagai imam.13

Dalam menghuraikan firman Allah SWT yang bermaksud, “..sesungguhnya, kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh...”14, Abu Jaafar berkata, “kami amanahkan kepadanya (Nabi Adam as) tentang Muhammad dan imam-imam selepasnya, lalu

12 Al-Syahrastani, Abu Al-Fath Muhammad bin Abdul Karim, Al-Milal Wa Al-Nihal, Tahqiq Muhammad Sayyid Kailani (Beirut: Dar Al-Ma’rifah 1402H/1982M) Jld. 1, m.s 146.

13 Al-Kulaini, Muhammad bin Yaakub, Usul Al-Kafi, Tahqiq Ali Akbar Ghafari (Dar Al-Kutub Al-Islamiyyah,cet 3, 1388H) Muqaddimah: Mahfuz Husain, Jld 1, m.s 437.

14 Surah Taha: 115.

Page 15: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 7

ia meninggalkannya, dan ia tidak mempunyai keazaman”. Penafsiran ini amat jauh dari maksud ayat, bahkan boleh dianggap pendustaan terhadap ayat-ayat Allah. Tafsir yang dihuraikan oleh ulama terdahulu dan ulama selepas mereka, “...kami telah mewasiatkan kepada Adam sambil berkata kepadanya (maksudnya), ”...sesungguhnya ini adalah musuh kamu dan musuh isteri kamu. Oleh itu jangan biarkan dia mengeluarkan kamu berdua dari syurga...”, lalu Adam lupa apa yang dipesan kepadanya (iaitu meninggalkannya), kalaulah dia mempunyai keazaman, nescaya dia tidak akan mentaati musuhnya iblis yang berhasad dengki terhadapnya. Qatadah dalam maksudnya “...kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh...”, berkata keazaman di sini bererti kesabaran.”15. Abu Jaafar seterusnya berkata bahawa istilah “ulul azmi” disebut demikian kerana mereka diamanahkan supaya memperakui Muhammad dan mereka yang diwasiatkan selepas mereka serta Al-Mahdi, lalu mereka membulatkan keazaman mereka terhadap demikian dan memperakuinya16.”

Daripada Abu Abdullah, “kepimpinan (imam kami) ialah kepimpinan dari Allah, tiada seorang Nabi pun yang dibangkitkan kecuali dengannya.”17 . Syeikh mereka Al-Bahrani telah mengkhususkan satu bab yang bertajuk, “bab para Nabi diutuskan berdasarkan kepada mereka yang berhak menjadi imam”18 . Mereka berkata, “...telah diperakui bahawa semua para Nabi Allah dan para rasul-Nya serta seluruh golongan mukmin memperakui Ali bin Abi Talib, dan telah diterima juga bahawa mereka yang menyalahinya, adalah orang yang membenci beliau dan juga membenci golongan yang mencintai beliau...dan tidak akan masuk syurga seorangpun dari golongan terdahulu dan terkemudian, kecuali mereka yang mencintai beliau. Beliau dengan ini adalah sebagai penentu bagi syurga dan neraka.”19

Al-Hurr Al-’Amili, pengarang buku wasailu al-Syiah, salah satu dari sumber rujukan muktabar puak Syiah dalam bidang hadis, turut menyatakan bahawa bilangan riwayat-riwayat yang berkata bahawa Allah ketika mencipta ciptaannya mengambil perjanjian daripada para Nabi (tentang perkara ini) melebihi daripada seribu hadis.20

15 Al-Tabari, Abu Jaafar Muhammad Bin Jarir, Jami’ Al-Bayan An Takwil Ayy al-Quran, (Dar Al-Fikri, 1405H/1984M), Jld 16, m.s 220-222.

16 Al-Kulaini, Al-Kafi, Jld 1: 416. Lihat Al-Qummi, Ali Bin Ibrahim, Tafsir Al-Qummi, tashih: Al-Sayyid Tayyib Al-Jazairi (Muassasah Dar Al-Kitab cet.3, 1404H), Jld. 2, m.s 65.

17 Al-Tabrasi, Khatimah Mustadrak Al-Wasail, Tahqiq: Muassasah Ali Albait Li-Ihya’ Al-Turath (Muassasah Ali Albait Li-Ihya’ Al-Turath,. cet.1, 1416H), Jld 2, m.s 195.

18 Al-Bahrani, Al-Ma’alim Al-Zulfa, m.s 303.19 Al-Kashani, Muhsin, Tafsir Al-Sofi (Beirut: Muassasah Al-A’lami Li Al-Matbu’at, Jld1 , m.s16.20 Al Hurr Al-‘Amili, Muhammad bin Al-Hasan, Al-Fusul Al-Muhimmah Tahqiq wa Isyraf, Muhammad bin

Muhammad Al-Husain Al-Qanaini (Muassasah Ma’arif Islami Imam Ridha, cet1 1418H, m.s 159).

Page 16: Artikel Syiah

8 | Hakikat Syiah

Ungkapan melampau puak Syiah ini tidak terhad kepada apa yang disebut sebentar tadi, bahkan mereka berkata juga, “ Allah SWT mendedahkan hak kita sebagai imam kepada langit dan bumi, serta gunung-ganang dan kota-kota…”21.

KRITIKAN TERHADAP PENDAPAT INITerdapat banyak pendapat dan pegangan yang hanya dengan melihatnya sekali pandang sahaja, kita dapat mengetahui tentang kesalahannya. Pendapat ini adalah satu daripadanya. Kepalsuan dan juga kebatilannya adalah sesuatu yang diketahui umum. Kitab Allah ada di tangan kita dan tidak terdapat suatupun di dalamnya yang menunjukkan kepada dakwaan pendapat ini. Seruan para rasul a.s., adalah untuk mengesakan Allah, bukan untuk memperakui hak untuk menjadi imam terhadap seseorang, seperti yang mereka dakwa. Allah berfirman yang bermaksud, “…dan kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang rasul pun melainkan kami wahyukan kepadanya”.

“Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Ku…” 22. Allah berfirman lagi yang bermaksud, “…dan kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang rasul pun melainkan Kami wahyu kepadanya” “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Ku…”23. Semua rasul-rasul Allah dan nabi-nabiNya menyeru kaum mereka agar beribadat kepada Allah yang Esa,tiada sekutu bagi-Nya.

Para rasul seperti Nabi Nuh, Hud dan Syu’aib a.s. semuanya berkata kepada kaum mereka yang bermaksud, “…sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya…”24.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “…aku diperintahkan agar memerangi manusia sehingga mereka menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah…”25. Daripada Ibnu Abbas r.a., bahawa Rasulullah SAW ketika mengutuskan Muaz ke Yaman, baginda bersabda yang bermaksud, “kamu akan pergi kepada satu kaum daripada golongan ahli kitab, hendaklah perkara yang utama kamu

21 Al-Nuri, Khatimah Mustadrik Al-Wasail, Jld2, m.s195.22 Surah Al-Anbiya: 25.23 Surah Al-Nahl: 36.24 Surah Al-A’raf: 59, 65, 73, 85.25 Riwayat Al-Bukhari dalam Kitab Al-Iman, bab ( فإن تابوا وأقموا الصالة واتوا الزكاة فخلوا سبيلهم ) (11/1),

dan Muslim dalam Kitab Al-Iman,bab ( حتى الناس بقتال األمر ال اله إال اهلل ) يقولوا

Page 17: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 9

seru mereka adalah beribadah kepada Allah SWT...”26. Hadis yang sahih pula semuanya menunjukkan kepada kebatilan pendapat di atas. Begitu juga, para ulama terdahulu semuanya bersatu dalam menyatakan bahawa perkara yang pertama yang diperintahkan kepada seseorang hamba itu ialah menyaksikan dua kalimah syahadah 27.

Di manakah sumber dakwaan mereka tentang hak Saidina Ali sebagai Imam?Sekiranya hak menjadi imam bagi Ali tertulis di dalam semua kitab-kitab para Nabi, mengapakah yang meriwayatkan hadis ini hanya perawi-perawi puak al-Rawafid dan tidak terdapat seorang pun di kalangan ulama selain mereka yang mengetahui tentangnya? Mengapa pula tokoh agama-agama lain sama sekali tidak mengetahui tentang ini? Tambahan pula, mengapakah Al-Quran tidak menyebut langsung tentang ini walhal Al-Quran itu merangkumi segala kitab-kitab yang diturunkan kesemuanya, dan terpelihara di sisi Allah SWT?

Ini tidak lain, kecuali satu dakwaan yang dibuat-buat tidak sepatutnya diikut membabi buta tanpa ada sesuatu pendekatan agar menjaga dan memelihara agama, akal dan kehidupan.

Sheikh Al-Islam, Ibn Taimiyah pernah berkata, “kitab-kitab para nabi yang diturunkan untuk manusia, tidak terdapat di dalamnya satu pun yang menyebut tentang Ali...mereka yang telah beriman di kalangan ahli kitab tidak menyebut langsung tentang Ali. Bagaimanakah boleh dikatakan bahawa semua para nabi yang dibangkitkan menerima arahan tentang hak Ali untuk menjadi imam, walhal mereka sama sekali tidak menyebutnya kepada umat-umat mereka, dan tiada seorang pun di kalangan mereka yang menyebut tentang Ali?28

Bagaimana pula mereka sewenang-wenang mendakwa dalam dongeng-dongeng mereka tentang para nabi ini termasuk Nabi Adam a.s., kecuali para rasul Ulul ’Azmi, bahawa semua mereka telah mengabaikan suruhan Allah tentang hak menjadi imam? Ini tidak lain, melainkan suatu pendustaan yang dahsyat. Hak seseorang itu menjadi imam adalah sesuatu yang batil, dan pendustaan terhadap para nabi juga suatu perkara yang bercanggahan dengan kebenaran.

26 Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz yang sama, lihat: Soheh Al-Bukhari Kitab Al-Zakat, bab wujub al-zakat (108/2), dan Soheh Muslim Kitab Al-Iman, bab al-du’a ila al-syahadatain (50-51/1).

27 Ibnu Abi Al-‘Izz Al-Hanafi Syarh Al-Aqidah Al-Thahawiyyah (Beirut, Al-Maktab Al-Islami, Jld4, 1391H), m.s75.

28 Ibnu Taimiyah, Ahmad Bin Abdul Halim, Manhaj As-Sunah Al-Nabawiyah, tahqiq Dr. Muhammad Rasyad Salim (Al-Qahirah: Makatabah Ibnu Taimiyah, Cet 3, 1989M), Jld4, m.s64.

Page 18: Artikel Syiah

10 | Hakikat Syiah

Isu maksum (‘ismah) pula adalah di antara perkara-perkara yang tidak masuk akal. Ini hanyalah sikap melampau puak-puak ini yang tidak terhenti kepada isu maksum para imam sahaja, bahkan suatu iktikad yang keterlaluan terhadap barisan para hamba Allah yang terpilih iaitu para nabi. Bukankah ini bukti bahawa orang yang mereka-reka dongengan ini adalah mereka yang kontang pemikiran dan jiwa mereka daripada ilmu dan iman? Bukankah jiwa mereka telah disumbat dengan hasad dengki dan pemikiran mereka penuh dengan rancangan jahat terhadap orang-orang soleh dan orang yang baik-baik? Bukankah mereka hanya inginkan agar pemikiran orang ramai diracuni dengan cara تشيع mereka? Benar, tidak ada sesiapa yang berani membuat pendustaan ini melainkan para golongan zindik. Seolah-olah mereka dengan penulisan mereka ini, menjadikan pengikut-pengikut para imam mereka lebih tinggi darjat daripada para nabi kecuali para rasul Ulul ’Azmi, kerana pengikut-pengikut mereka ini mengikut para imam ini; walhal para nabi yang lain meninggalkannya. Ini tidaklah lain, melainkan suatu kesesatan yang amat nyata.

Allah SWT telah mengambil perjanjian daripada para nabi a.s. , sekiranya Nabi Muhammad SAW diutuskan, dan pada ketika itu mereka masih hidup, mereka akan beriman dan menolong baginda. Beginilah yang dihuraikan oleh Ibnu Abbas29 dan para ahli tafsir selain beliau. Allah berfirman yang bermaksud, “...dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari nabi-nabi (dengan firman-Nya) “sesungguhnya apa jua kitab dan hikmah yang aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman lagi (bertanya pada mereka) “sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?”. Mereka menjawab: “kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”. Allah berfirman lagi: “jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu...”30.

Seolah-olah mereka ini seperti kebiasaan mereka ingin apa yang dikhususkan kepada Rasulullah SAW, diberikan kepada Ali r.a., dan mereka dikecualikan daripada segala arahan yang diutuskan kepada Rasulullah SAW. Bagaimanakah mereka boleh menganggap satu kesalahan besar hanya kerana tidak memberikan ketaatan kepada salah seorang daripada sahabat Rasulullah SAW dan tidak yang lainnya?

29 Al-Thobari, Jami’ Al-Bayan Fi Takwili Ayi Al-Quran, m.s557.30 Surah Ali Imran : 81

Page 19: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 11

Di samping itu, orang Islam semua telah sepakat mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu beriman dengan Rasulullah SAW dan mentaatinya, kemudian dia mati sebelum mengenali Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.a.; dia tidak dianggap bersalah atau berdosa; dan ini tidak menghalangnya dari memasuki syurga. Sekiranya ini untuk umat Muhammad SAW, bagaimana mereka boleh mengatakan bahawa para nabi semuanya wajib beriman dengan salah seorang sahabat Rasulullah SAW?31

Di manakah akal fikiran orang-orang yang mempercayai kedustaan sebegini? Bagaimanakah para nabi sebelum ini dan umat-umat mereka boleh diberi perintah dan perjanjian agar mentaati Ali sebagai imam? Ini, sebagaimana yang disebut oleh Sheikh Al-Islam, percakapan orang gila! Mereka telah meninggal dunia sebelum Allah SWT mencipta Ali, bagaimanakah beliau akan menjadi ketua bagi mereka? Setidak-tidaknya seseorang itu boleh menjadi ketua bagi orang yang hidup pada zamannya. Tetapi, menyandang pangkat ketua bagi orang yang dicipta sebelumnya dan juga orang yang dicipta selepasnya, merupakan kedustaan orang yang tidak tahu apa yang dia ungkapkan dan tidak mempunyai rasa malu terhadap apa yang akan diucapkan. Ungkapan ini serupalah dengan ucapan Ibnu ‘Arabi al-Taie dan seumpamanya yang daripada golongan ahli tasawuf yang mulhid (orang yang tidak percaya kewujudan Tuhan) yang mengatakan bahawa para nabi mendapat manfaat ilmu dari Allah SWT, melalui pelita penyudah segala para wali yang akan timbul 600 tahun selepas Nabi Muhammad SAW. Dakwaan golongan Syiah ini terhadap isu hak menjadi imam, sama sahaja seperti dakwaan para ahli tasawuf mulhid terhadap kewalian seseorang itu. Kedua-duanya membina dakwaan mereka daripada kedustaan, pegangan melampau, syirik dan dakwaan batil; serta menyalahi Al-Quran, Sunah dan Ijmak para ulamak salaf umat Islam32.

Apakah matlamat penulisan seumpama ini yang jelas pendustaannya kepada semua orang?Pandangan ini bukanlah sesuatu yang pelik bagi golongan Syiah. Mereka adalah puak-puak yang melampau di luar batasan akal. Mereka mendustakan kebenaran-kebenaran yang jelas, riwayat-riwayat yang mutawatir; dan mempercayai perkara-perkara yang akal dan nas menolaknya. Sekiranya mereka berpegang pada pendapat ini terhadap orang-orang yang mereka mendakwa adalah imam mereka, mereka juga berpandangan yang serupa terhadap musuh-musuh konsep hak imam ini,

31 Ibnu Taimiyah, Manhaj As-Sunah Al-Nabawiyyah, Jld4, m.s46.32 Ibnu Taimiyah, Manhaj As-Sunah Al-Nabawiyyah, Jld4, m.s78.

Page 20: Artikel Syiah

12 | Hakikat Syiah

dan musuh-musuh golongan Syiah. Pandangan mereka terhadap kedua-dua khalifah agung- Abu Bakar dan Umar- sebagai contoh, adalah, “...terdapat dalam riwayat bahawa sekiranya mereka wujud, mereka akan menyebabkan orang ramai menanggung segala dosa dan kebinasaan di dunia ini, sehingga dosa Qabil dan Habil, Nabi Yusof dilontar oleh saudara-saudaranya ke dalam perigi, Nabi Ibrahim dilontar ke dalam api dan seterusnya...”. begitulah yang diriwayatkan dari Al-Sodiq, ... “tiada batu yang dialihkan dari tempatnya, dan tiada darah yang ditumpahkan melainkan dosanya tertanggung ke atas kedua-duanya, iaitu khalifah yang pertama dan kedua”33.

PENDAPAT YANG KEDUASesetengah golongan Al-Rawafidh mendakwa bahawa sejak dahulu hingga sekarang, Rasulullah SAW, orang yang mula menyemai benih-benih تشيع dan telah lahir pada zaman baginda lagi. Mereka juga mendakwa bahawa sesetengah para sahabat telah pun berpegang dengan fahaman تشيع terhadap Saidina Ali r.a., dan menyatakan ketaatan dan sokongan mereka terhadap beliau pada zamannya.

Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’ (meninggal dunia 1373H) berkata, “...sesungguhnya orang pertama menyemai benih تشيع di ladang Islam ialah orang yang sama yang menegakkan syariat ...”, iaitu تشيع ini disemai bersama di dalam benih Islam. [Perhatikan bahawa ini adalah satu pengakuan daripadanya bahawa benih تشيع adalah lain daripada benih Islam]. Yang menanamnya terus memikul amanah untuk menyiramnya sehingga ia tumbuh dan membesar semasa hidupnya, kemudian menghasilkan buah selepas kematiannya.”34.

PERBINCANGAN PENDAPAT INIPertama: Di antara sebab-sebab utama lahir pendapat ini: Sebahagian ulama Islam mengaitkan kelahiran faham تشيع dan akar umbinya kepada asal luar daripada Islam. Ini adalah kerana terdapat fenomena yang jelas yang menunjukkan kepada demikian. Oleh kerana itu puak Syiah cuba memberi gambaran bahawa kefahaman Syiah mempunyai ciri-ciri syarak, dan menolak pendapat yang mengatakan bahawa kefahaman Syiah berpunca dari kefahaman asing yang datang luar dari Islam.

33 Al-Jazairi, Nikmat Allah, Al-Anwar Al-Nikmaniyah (Muassasah Al-‘Alami, Beirut, cet. 4, 1404H/1984M), Jld1, m.s82.

34 Al-Zain, Muhammad Hasan, Al-Syiah Fi Al-Tarikh (Beirut: Dar al-Athar, Jld2, 1404H/1989M), m.s29-30

Page 21: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 13

Mereka berpegang kepada dakwaan mereka ini dan cuba menguatkan dakwaan ini dan mengesahkannya dengan apa cara yang boleh. Mereka mula memperluaskan banyak riwayat-riwayat hadis dan menyatakan ia mempunyai sanad dari Rasulullah SAW, serta beranggapan bahawa riwayat-riwayat itu juga adalah dari sanad Ahli Sunah. Padahal riwayat-riwayat itu sebenarnya riwayat-riwayat yang asing daripada ulama Ahli Sunah dan periwayat-periwayat syariah. Bahkan, kebanyakan adalah palsu dan tercela dalam sanadnya atau amat jauh dari kebenaran dengan sebab takwil-takwil mereka yang rosak itu.”35.

Kedua: Pendapat ini tidak mempunyai asas dan dalil dari al-Quran dan Sunah. Ia juga tidak mempunyai sanad yang mantap dari segi sejarah. Bahkan ia merupakan pendapat yang bertentangan dengan prinsip Islam dan menafikan kebenaran yang jelas. Islam lahir untuk menyatukan umat ini di bawah satu kalimah; bukannya agar umat ini berpecah berpuak-puak kepada kumpulan-kumpulan. Ketika zaman Rasulullah SAW tidak terdapat Syiah ataupun Sunni. Allah SWT berfirman yang bermaksud,“ ...sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam...”36. Tiada تشيع atau sebagainya. Dengan ungkapan mereka ”...sesungguhnya benih تشيع ini disemai bersama di dalam benih Islam...”, mereka menyatakan bahawa تشيع itu adalah luar dari Islam, padahal Allah berfirman yang bermaksud, “...dan sesiapa yang mencari selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya...”37.

Di antara fakta-fakta sejarah yang mutawatir yang membongkar kesilapan pendapat ini dan membuktikan bahawa ia adalah bersalahan dengan kebenaran ialah kefahaman Syiah ini tidak wujud pada zaman Abu Bakar, Umar dan Uthman r.a. Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah berkata, “...ketika zaman pemerintahan Abu Bakar dan Umar, tiada seorang pun dipanggil sebagai Syiah, atau Syiah dikaitkan dengan sesiapa...”38. Sebahagian daripada pembesar Syiah terpaksa akur terhadap hakikat ini, walhal mereka terkenal dengan sikap memberontak terhadap kebenaran-kebenaran yang jelas dan mutawatir.

Ayatullah dan mujtahid mereka yang paling tersohor pada zamannya iaitu Muhammad Hussain Ali Kasyif al-Ghita berkata, “...pada ketika itu (zaman Abu Bakar dan Umar r.a.) kefahaman Syiah dan تشيع tidak mempunyai ruang

35 Ibnu Khaldun, Al-Muqaddimah, tahqiq: Dr. Ali Abdul Wahid Wafi, Jld2, m.s527.36 Surah Ali-Imran: 19.37 Surah Ali-Imran: 85.38 Ibnu Taimiyah, Manhaj As-Sunah Al-Nabawiyah, Jld2, m.s64.

Page 22: Artikel Syiah

14 | Hakikat Syiah

untuk bergerak, kerana Islam menular dengan prinsip-prisip yang kuat...”39. Seperti ini juga terdapat pengiktirafan dari salah seorang tokoh yang lain iaitu Muhammad Hussain al-’Amali yang berkata, ”...sesungguhnya lafaz Syiah telah ditinggalkan selepas Abu Bakar menjadi khalifah dan umat Islam menjadi bersatu sehinggalah di akhir-akhir pemerintahan khalifah ketiga...”40. Kita berkata, sesungguhnya ia ditinggalkan kerana ia memang tidak wujud langsung, kerana bagaimana ia boleh diabaikan apabila ia tidak wujud sama sekali; dan pada pandangan mereka pemerintahan ketika itu adalah pemerintahan yang kafir sebagaimana tertulis dalam kitab-kitab mereka yang muktabar- ini akan dihuraikan lagi. Adakah umat Islam pada zaman Rasulullah SAW berpuak-puak...dan menjadi bersatu di zaman pemerintahan ketika khalifah selepas itu?

Ketiga: Mereka mendakwa bahawa golongan Syiah ketika itu terdiri daripada Ammar, Abu Zar dan Al-Miqdad r.a. Adakah mereka ini penyeru kepada ajaran Syiah dan mengatakan bahawa ia mempunyai dalil nas? Adakah mereka ini menyeru agar umat Islam mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan kebanyakan para sahabat? Adakah mereka ini berlepas diri terhadap para sahabat, mengutuk dan melahirkan rasa benci terhadap mereka? Sekali-kali tidak! Tidak terdapat suatu pun daripada sikap-sikap ini di kalangan mereka. Apa yang dikatakan oleh puak Syiah adalah semata-mata dakwaan yang tidak berasas dan apa yang mereka tulis dalam buku-buku mereka tidak lebih daripada angan-angan dan khayalan yang dicorakkan oleh orang yang dengki terhadap Islam dan oleh musuh Islam. Riwayat mereka ini memenuhi buku-buku mereka. Dapat dilihat dalam riwayat-riwayat mereka sebelum ini bahawa mereka menyebut Al-Zubir, walhal Al-Zubir adalah di kalangan mereka yang menentang Ali selepas itu dan mereka lupa untuk menyebut Abu Zar, Umar dan ahlu Al-bait yang lain.

Ibnu Murtadha- Dari golongan Syiah Al-Zaidi ada berkata, “...sekiranya mereka mendakwa bahawa Ammar, Abu Zar Al-Ghifari , Miqdad bin Al-Aswad dan Salman Al-Farisi r.a. adalah tokoh-tokoh mereka yang terdahulu kerana mereka memperakui Ali sebagai imam, saya menyatakan bahawa mereka berdusta kerana mereka disebut tadi tidak menzahirkan penolakan mereka terhadap kedua-dua sheikh, dan juga mereka tidak mengeji kedua-duanya seperti puak-puak Syiah yang lain. Adakah anda tidak lihat bahawa Ammar sebelum ini telah dilantik oleh Umar di Kufah?”41 Fakta-fakta sejarah

39 Ali Kasyif Al-’Ata’, Muhammad Husin, Ashlu Syiah Wa Usuliha (London: Dar Muafiq Arabiyah, cet.1,1414H/1994M), m.s48.

40 Al-Zain, Muhammad Hasan, Al-Syiah Fi Al-Tarikh, m.s39-40.41 Ibnu Al-Athir Al-Jazari, Abu Hasan Ali Bin Muhammad, Usud al-Ghabah fi Ma’rifati Al Shahabah ( Dar Al-

Sha’b, t.cet,t.t ) , Jld4, m.s64. Lihat: Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Isabah fi Tamyiz Al-Shahabah (Beirut: Dar Al-Kitab Al-Arabi, t.cet,t,t ) Jld2, m.s 506, lihat: Al-Qurtubi, Ibnu Abdul Bari, Al-Isti’aab Fi Asmak Al-Ashab (Dar Al-Kitab Al-Arabi, , t.cet,t.t ) Jld2, m.s473.

Page 23: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 15

ini jelas menolak semua yang disebut oleh puak-puak Syiah dan dakwaan-dakwaan mereka.

Pendapat ketiga meletakkan tarikh kelahiran Syiah pada hari peperangan Jamal. Inilah yang dikatakan oleh Ibnu Nadim yang tergolong dalam golongan muktazilah dan juga Syiah yang meninggal dunia pada tahun 438 Hijrah, ”...Ali telah menuju kepada Talhah dan Zubair untuk memerangi mereka sehingga mereka tunduk pada suruhan Allah SWT, dan menggelar orang yang turut bersama beliau dalam hal itu sebagai Syiah. Beliau berkata, ”...Syiahku...” (syi’ati), lalu memberi mereka nama (األصفياء) Al-Asfiak, (األولياء) Al-Auliak, (شرطة الخميس) Syurthoh Al-Khamis dan juga Al-Ashab.42

Ini adalah satu pendapat yang hanya Ibnu Nadim sahaja yang mengutarakannya- sepanjang pengetahuan saya- dan dia kelihatan merujuk tarikh timbul perkataan “Syiah” dengan maksud “penolong-penolong” dan “pengikut-pengikut”; dan tarikh gelaran Syiah diberikan kepada penolong-penolong Ali r.a. Juga dia menyebut bahawa Ali r.a. adalah orang yang memberi gelaran kepada puak Syiah ketika beliau berkata “syiati” bererti “Syiahku”.

Tidak syak lagi bahawa ungkapan begini tidak menunjukkan kepada permulaan kelahiran kefahaman تشيع. Ia hanya merujuk kepada makna bagi perkataan “Syiah” dari segi lafaz iaitu “penolong”. Oleh kerana itu beliau ada menggunakan gelaran-gelaran yang lain yang menunjukkan kepada makna yang sama seperti Al-Ashab dan Al-Auliak. Fakta-fakta sejarah juga, sebagaimana yang telah disebut sebelum ini, telah membuktikan bahawa gelaran “syiati” yang bererti “Syiahku” dan juga lafaz “Syiah” sebagaimana yang digunakan oleh Ali r.a., telah digunakan oleh Muawiyah r.a.

PENDAPAT YANG TERPILIH TENTANG KELAHIRAN SYIAHKita telah bentangkan kebanyakan pendapat tentang kelahiran Syiah, serta kita telah membincang apa yang perlu dibincangkan. Apa yang saya lihat ialah Syiah sebagai suatu akidah dan pemikiran, tidak lahir sekali gus. Ia berkembang mengikut peredaran masa dan melalui beberapa peringkat. Walau bagaimanapun bibit-bibit kelahiran kefahaman Syiah dan asal usul prinsipnya lahir pada tangan puak-puak Syiah Saba’iyyah melalui pengakuan buku-buku muktabar Syiah sendiri yang mengatakan bahawa Ibnu Saba’ adalah orang yang pertama yang menyatakan wajib

42 Ibnu Nadim, Abu Al-Farj Muhammad Bin Abi Ya’kub Ishaq, Al Fihrasat (Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiah, Cet.1,1416H/1996M), m.s175. Ibnu Hajar Al-‘Asqalani, Ahmad Bin Ali. Lisan Al-Mizan (Beirut: Dar Ihyak Al-Turath Al-Arabi, Cet.1, 1416H/1995M) Jld5, m.s72.

Page 24: Artikel Syiah

16 | Hakikat Syiah

bagi Ali r.a. menjadi imam; dan Ali adalah orang yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjadi imam, seperti yang telah disentuh sebelum ini. Ini juga adalah akidah mereka secara nas bahawa hak imam itu adalah bagi Ali r.a. Ini merupakan asas تشيع seperti yang dipegang tokoh-tokoh Syiah, sebagaimana yang telah diterangkan dalam perbincangan tentang definisi Syiah. Buku-buku Syiah juga ada menyebut bahawa Ibnu Saba’ dan kumpulannya adalah orang yang pertama menzahirkan caci cela terhadap Abu Bakar, Umar dan Uthman r.a., yang mana mereka ini mempunyai pertalian perkahwinan dengan Rasulullah SAW. Mereka juga mempunyai pertalian darah dengan Rasulullah SAW, di samping mereka adalah pengganti-pengganti baginda dan orang yang paling hampir dengan baginda. Ibnu Saba’ juga adalah orang yang mula-mula melahirkan caci cela terhadap para sahabat yang lain. Ini adalah akidah puak Syiah terhadap para sahabat seperti tercatat dalam kitab-kitab mereka yang muktabar. Kelahiran bidaah ini wujud berdasarkan dekat atau jauh ia daripada “rumah” kenabian;43 kerana sesuatu bidaah itu tidak akan tumbuh dan berkembang kecuali di bawah naungan kejahilan dan dalam keadaan di mana para ahli ilmuan dan iman tidak wujud di kalangan mereka.

Tentang pencaci-pencaci yang mencela Abu Bakar dan Umar, ketika berita itu sampai kepada Ali r.a., beliau memanggil Ibnu al-Sauda’ salah seorang yang melakukannya. Ada yang meriwayatkan bahawa Ali r.a. hendak membunuh Ibnu Al-Sauda’, tetapi dia sempat melarikan diri. Tentang mereka yang mengatakan bahawa Ali r.a. lebih utama daripada Abu Bakar dan Umar, terdapat riwayat yang mengatakan bahawa Ali berkata, “...sekiranya aku dapat menangkap orang yang mengatakan bahawa aku adalah lebih utama daripada Abu Bakar dan Umar, nescaya aku akan menghukumnya dengan hukuman orang yang membuat pendustaan...”44. Tetapi, peristiwa-peristiwa yang terjadi selepas itu seperti peristiwa Perang Siffin, Majlis Tahkim, pembunuhan Ali dan anaknya Hussain r.a., tidak memberi ruang untuk pegangan-pegangan ini berkembang. Semua peristiwa-peristiwa tadi, menyebabkan hati-hati dan perasaan umat Islam menyebelahi ahlu al-bait.

Kefahaman asing melalui konsep تشيع kemudian mula meresap menyebelahi Ali dan ahlu al-bait. Konsep dan kefahaman تشيع ini mula digunakan sebagai salah satu helah bagi orang yang hendak menghancurkan Islam daripada golongan mulhid, munafik dan thoghut. Pemikiran, kefahaman dan pegangan yang asing dari Islam ini mula tersebar di kalangan umat Islam, dengan berselindung di sebalik pakaian تشيع yang

43 Ibnu Taimiyah, Ahmad, Majmuk Fatawa Ibnu Taimiyah (cet.1,1398H), Jld20, m.s300-301.44 Ibnu Taimiyah, Manhaj As-Sunah, Jld1, m.s219-220.

Page 25: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 17

memudahkan mereka berselindung di sebaliknya. Lama kelamaan bidaah ini mula berleluasa dan ancamannya mula dirasai; dimana Ibnu Saba’ mula mendapat penyokong-penyokong yang banyak.

Peristiwa yang berlaku terhadap ahlu Al-bait (pembunuhan Ali, Hussain dan lain-lain), merupakan faktor yang mendorong kepada kefahaman تشيع terhadap ahlu al-bait. Perasaan simpati dan belas kasihan terhadap apa yang berlaku kepada ahlu Al-bait adalah perasaan setiap umat Islam. Tetapi musuh-musuh Islam yang menunggu-nunggu peluang telah mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan tipu muslihat mereka melalui pintu ini dan menyebarkan pecah belah di kalangan umat Islam. Dengan cara ini, mereka berjaya mencapai matlamat yang tidak mampu mereka capai dengan cara kekerasan dan senjata. Melalui fahaman تشيع ini, penganut umat lain, mereka yang sentiasa menunggu untuk menghancurkan Islam dan mereka yang memusuhi Islam menyerap masuk. Mereka mula mengasaskan prinsip-prinsip yang bersumberkan agama mereka dan menghiasinya dengan pakaian-pakaian Islam; sebagaimana yang kita akan lihat dalam tajuk sumber prinsip تشيع.

SUMBER PRINSIP TASYAYYU’ (تشيع)Para ulama dan pengkaji berbeza pendapat tentang sumber bagi prinsip tasyayyu’. Ada yang mengatakan bahawa ia berasal dari ajaran Yunani, ada yang mengatakan bahawa ia berasal dari ajaran Parsi, ada juga yang mengatakan bahawa ia berasal dari sumber prinsip-prinsip akidah dari kawasan Asia klasik seperti ajaran Buddha dan sebagainya.

PENDAPAT TENTANG SUMBER AJARAN SYIAH DARI AJARAN YAHUDIAda di antara para pengkaji mengatakan bahawa sumber asal prinsip tasyayyu’ adalah dari ajaran Yahudi, dan ini berdasarkan kepada dua faktor:

Faktor Pertama:Ibnu Saba’ adalah orang yang pertama menyatakan bahawa asal usul fahaman tasyayyu’ adalah berdalilkan nas, wasiat dan raj’ah. Ibnu Saba’ adalah orang Yahudi. Pendapat ini menjadi prinsip kepada ajaran mazhab Syiah. Tokoh-tokoh Syiah terdahulu seperti Al-Qummi, Al-Naubakhti dan Al-Kasyi; merujuk kepada prinsip-prinsip ini. Ini ialah ketika mereka membentangkan pendapat Ibnu Saba’ yang kemudiannya menjadi di antara sumber prinsip-prinsip Syiah.

Page 26: Artikel Syiah

18 | Hakikat Syiah

Faktor Kedua:Terdapat persamaan dari aspek prinsip pemikiran di antara ajaran Yahudi dan Syiah. Kemungkinan huraian yang paling jelas yang paling menyeluruh tentang ini ialah apa yang diriwayatkan dari Al-Syu’bi45. Begitu juga, Ibnu Hazm juga merujuk kepada sesuatu yang serupa dengan perkara ini ketika beliau berkata, “...puak-puak Syiah telah berjalan di atas landasan ajaran Yahudi yang menegaskan bahawa Nabi Ilyas a.s dan Fanhas Ibnu Al-A’zar Ibnu Harun a.s, hidup hingga sekarang...”46. Syeikh Al-Islam Ibnu Taimiyah ada menyebut, di antara perkara-perkara yang jahil, dan pegangan mengikut hawa nafsu yang terdapat dalam ajaran Syiah ialah persamaan di antara mereka dengan orang Nasrani dalam satu segi; dan persamaan mereka dengan orang Yahudi dari segi yang lain. Orang ramai masih menyifatkan mereka dengan sifat-sifat demikian. Ibnu Taimiyah kemudian memetik apa yang diriwayatkan oleh Al-Syu’bi tentang persamaan di antara puak Syiah dan orang Yahudi dan Nasrani47. Ada beberapa orang pengkaji yang juga berpendapat begini. Di antara mereka ialah Profesor Ahmad Amin, yang berkata, “...fahaman تشيع terdapat dalam ajaran Yahudi pada prinsip “al-raj’ah”. Puak Syiah berkata, “...sesungguhnya neraka adalah haram ke atas puak Syiah kecuali sedikit dari mereka...”, sebagaimana ajaran Yahudi menyatakan, “...kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu...” 48. Konsep “tasyayyu” juga terdapat di dalam sebahagian ajaran Nasrani yang menyatakan bahawa kaitan imam dengan Allah ialah seperti perkataan al-Masih dengan Allah...” 49.

PENDAPAT TENTANG SUMBER AJARAN SYIAH DARI AJARAN PARSISesetengah para pengkaji memperakui bahawa sumber prinsip “tasyayyu’” mempunyai kaitan dengan ajaran Parsi. Ini ialah dari beberapa faktor:

PERTAMA:Apa yang disebut oleh Ibnu Hazm dan Al-Maqrizi bahawa golongan Parsi mempunyai kerajaan yang luas dan kuasa dan pengaruhnya terhadap bangsa-bangsa lain, dan juga mereka mempunyai perasaan bangga diri sehingga mereka menamakan diri mereka bangsa merdeka dan golongan para pemimpin. Mereka menganggap bangsa lain adalah hamba bagi mereka. Apabila mereka diduga dengan kejatuhan kerajaan

45 Amar Bin Syarahil Bin Abdul Zi Kibar Al-Syu’bi, riwayat dari para tabi’in, yang diambil sebagai contoh pada kekuatan ingatannya, (102H). Tahzib al-Tahzib: 5/5, lihat: Manhaj As-Sunah Li Ibnu Taimiyah, Jld1, m.s6-10.

46 Ibnu Hazm, Al-Fashlu Fil Al-Mulul wal Ahwa’ ,Wa Al-Nahl. Jld5, m.s37.47 Ibnu Taimiyah, Minhaj As-Sunah, Jld1, m.s6.48 Surah Al-Baqarah: 80.49 Lihat: Ahmad Amin, Fajr Al-Islam, m.s276.

Page 27: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 19

mereka di tangan bangsa Arab yang mana mereka anggap satu bangsa yang mundur dan lemah, ini merupakan suatu malapetaka yang besar bagi musibah mereka. Mereka mula melakar rancangan terhadap Islam dengan melancarkan serangan-serangan dari semasa ke semasa, tetapi pada setiap serangan mereka itu, Allah menzahirkan pihak kebenaran. Mereka kemudian menyedari bahawa tipu daya dan rancangan muslihat akan lebih berjaya. Dengan ini sesetengah mereka menzahirkan Islam mereka dan mengambil hati ahli-ahli “tasyayyu’” dengan melahirkan cinta mereka terhadap ahlu Al-bait dan melahirkan rasa kebencian mereka terhadap kezaliman yang menimpa Ali r.a. Mereka kemudian menjalankan tipu muslihat mereka sehingga berjaya memesongkan ahli “tasyayyu” dari landasan kebenaran50.

KEDUA:Orang Arab berpegang kepada kebebasan walhal orang Parsi berpegang kepada kekuasaan yang diwarisi di dalam sesebuah keluarga. Mereka tidak mengenali makna pemilihan bagi khalifah. Rasulullah SAW wafat tanpa meninggalkan anak lelaki. Ahli keluarga yang paling hampir kepada Rasulullah SAW selepas baginda adalah anak saudaranya Ali Bin Abi Thalib r.a. Dengan ini sesiapa yang mengambil alih tugas khalifah seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman, maka mereka dianggap telah merampas khalifah dari orang yang berhak. Orang-orang Parsi juga telah biasa melihat raja mereka dengan pandangan “suci”. Dengan pandangan ini, mereka melihat Ali dan keturunannya. Mereka berkata, “...ketaatan kepada imam itu wajib. Taat kepadanya adalah taat kepada Allah SWT...” 51. Ramai daripada orang-orang Parsi yang memeluk Islam tanpa membersihkan pegangan yang mereka warisi dari nenek moyang mereka, daripada iktikad mereka. Dari semasa ke semasa mereka mula mewarnakan warisan pemikiran mereka ini dengan corak Islam. Pandangan puak Syiah terhadap Ali dan keturunan mereka sama seperti pandangan datuk nenek mereka terhadap raja-raja mereka dari keturunan Saasaan.

Syeikh Muhammad Abu Zuhrah berkata, “...kami percaya bahawa Syiah telah terpengaruh dengan pemikiran Parsi dulu tentang kerajaan dan pewarisan. Persamaan di antara fahaman Syiah dan sistem raja Parsi adalah jelas. Yang menyokong pendirian ini ialah kebanyakan golongan Syiah terdiri daripada penduduk Parsi dan pengikut-pengikut Syiah yang paling awal adalah dari Parsi 52.

50 Ibnu Hazm, Al-Fasl Fil Al-Milal, Jld2, m.s273.51 Muhammad Abu Zuhrah, Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiah, jld1, m.s37, lihat: Ahmad Amin, Fajar Al-Islam,

m.s277, dan lihat: Irfan Abdul Hamid, Dirasat Fil Firaq, m.s23.52 Muhammad Abu Zuhrah, Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiah, jld1, m.s38.

Page 28: Artikel Syiah

20 | Hakikat Syiah

KETIGA:Ketika umat Islam membuka negeri Parsi. Hussain Bin Ali telah berkahwin dengan salah seorang puteri Yazdajrad, yang datang bersama tawanan perang lain. Dari perkahwinan ini, lahir Ali Bin Hussain. Orang Parsi melihat bahawa keturunan Hussain inilah yang layak mewarisi kerajaan Parsi. Mereka juga melihat bahawa darah yang mengalir dalam darah Ali Bin Hussain dan keturunannya adalah darah Iran dari sebelah bondanya anak kepada Yazdajrad53. Baginda adalah dari keturunan salasilah raja-raja Saasaan yang suci pada mereka. Bonda Ali Bin Hussain adalah anak kepada Yazdajrad.

Faktor lain ialah nama Fatimah-dalam sesetengah riwayat-adalah suatu nama yang suci dan mulia di kalangan orang Parsi. Ini ialah kerana nama ini mempunyai kedudukan yang terpuji dalam sejarah Parsi lama, kerana Fatimah mempunyai sejarah dan peranan yang tinggi, seperti yang mereka percaya, dalam menyingkap rahsia Samardis seorang Majusi yang telah menawan tahta kerajaan Al-Kayaniyyin. Fatimah berperanan sebagai seorang pahlawan dan seorang yang suci lagi mulia. Kalaulah bukan kerana dia, pasti rahsia Samardis Majusi ini tidak akan diketahui. Sekiranya bukan kerana dia, pasti bapanya Utanas dan sahabatnya tidak mampu melancarkan perancangan terhadap Samardis. (lihat: Abdul Razak al-Hison, al-Mahdi Wal Mahdawiyah: muka surat 84, tentang Herodotus: 2/462).

KEEMPAT:Kita boleh lihat pengaruh Parsi terdapat dalam banyak riwayat-riwayat mazhab Syiah Dua Belas, yang mengkhususkan Salman Al-Farisi r.a., semoga Allah memeliharanya dari tipu dusta mereka, dengan ciri-ciri dan sifat-sifat yang melampaui tahap kemanusiaan. Ada di dalam riwayat mereka yang mengatakan bahawa, “...Salman adalah pintu Allah di bumi, orang yang mengenalinya adalah orang mukmin. Sesiapa yang mengingkarinya adalah orang kafir.”54. Telah menjadi lumrah bagi puak-puak Syiah untuk memberi sifat-sifat yang mereka beri terhadap Salman ini, kepada imam-imam mereka yang dua belas. Terdapat juga riwayat-riwayat mereka mengatakan bahawa “...Allah telah mengutuskan kepada Salman seorang malaikat yang membisikkan ditelinganya... begini, begini...”55. Hussain juga ada meriwayatkan daripada Mansur “...aku berkata kepada Al-Sodiq, “adakah Salman mendapat wahyu?” beliau berkata, “ya”. Aku berkata,

53 Lihat: Tarikh Al-Ya’qubi, jld2,m.s247.54 Lihat: Rijal Al-Kasyi, m.s15.55 Lihat: Rijal Al-Kasyi, m.s16.

Page 29: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 21

“siapa yang mambawanya?” dia berkata “seorang malaikat yang mulia”. Aku berkata “sekiranya Salman begitu, bagaimana pula sahabatnya?” dia berkata, “...janganlah kamu sibuk hendak tahu...”56. Riwayat ini telah memperakui bahawa Salman mendapat wahyu, dan memberi gambaran bahawa sahabatnya Ali, lebih daripada itu. Bukan sekadar ini, tetapi riwayat-riwayat mereka memperakui bahawa Salman mempunyai ilmu-ilmu para imam dan para nabi, sehingga mereka mengaitkan Salman dengan ciri-ciri imam dan juga nabi. Riwayat mereka menceritakan bahawa “...Salman mempunyai ilmu orang yang terdahulu dan yang terkemudian.” Riwayat itu terus menghuraikannya dengan berkata, “...iaitu ilmu Rasulullah SAW, ilmu Ali r.a., semua yang berkait dengan Rasulullah SAW dan juga Ali.”57.

Tercatat di dalam riwayat palsu mereka bahawa “...Salman adalah salah seorang pengikut Syiah, kerana mereka inilah puak-puak Syiah diberi rezeki, dengan sebab mereka inilah, puak-puak Syiah diberi pertolongan dan melalui mereka juga, puak-puak Syiah mendapat hujan...”58. Bukan sekadar ini, sesetengah puak Syiah mengambil pendirian yang begitu melampau sehingga mengaitkan Salman dengan ciri-ciri ketuhanan. Puak seumpama ini telah wujud semasa zaman Abu Al-Hasan Al-Asy’ari (meninggal dunia 330 Hijrah). Beliau ada menyebut di dalam artikel-artikel beliau bahawa, “.... Pada zaman kami, telah wujud orang-orang yang mengatakan tentang ‘ketuhanan’ Salman al-Farisi....”59. Riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab-kitab mazhab Imam Dua Belas berkemungkinan besar adalah pengaruh daripada pegangan puak Syiah melampau ini, kerana kitab-kitab mazhab Imam Dua Belas mengandungi kebanyakan pendapat puak-puak Syiah, termasuk yang luar biasa dan tidak diterima akal, seolah-olah kewujudan riwayat-riwayat ini di dalam kitab-kitab ini, memberi keizinan kepada puak-puak lain untuk keluar dari puak mereka.

PENDAPAT TENTANG SUMBER AJARAN SYIAH DARI AJARAN LAMA DI ASIASesetengah pengkaji menambah bahawa ajaran Syiah merupakan takungan bagi ajaran dan aqidah yang datang dari Asia purba seperti ajaran Buddha dan lain-lainnya60. Profesor Ahmad Amin berkata, “...di bawah fahaman tasyayyu’ , terdapat konsep perpindahan roh”. Sebahagian puak dari orientalis menyatakan bahawa banyak akidah-akidah yang bukan Islam menyerap ke

56 Lihat: Rijal Al-Kasyi, m.s19.57 Lihat: Rijal Al-Kasyi, m.s16.58 Lihat: Rijal Al-Kasyi, m.s6-7.59 Abu Al-Hasan Al-Sya’ari, Maqolat Al-Islamiyin, jld. 1, m.s 80.60 Muhammad Abu Zuhrah, Tarikh al-Mazahib al-Islamiyah, jld. 1, m.s 37.

Page 30: Artikel Syiah

22 | Hakikat Syiah

dalam ajaran Syiah. Sesetengahnya pula berkata mereka telah mengkaji ajaran mazhab Syiah dan mendapati bahawa ia mengandungi semua aliran dan akidah agama-agama yang diperangi oleh Islam.

PENDAPAT YANG TERPILIH TENTANG ASAL-USUL TASYAYYU’ Saya berpendapat bahawa tasyayyu’ semata-mata, tanpa sebarang dakwaan tentang wujudnya dalil nas atau wasiat khusus, bukanlah dari sumber dan pengaruh luar dari Islam. Ini ialah sikap tasyayyu’ terhadap ahlu Al-bait dan cinta terhadap mereka adalah sesuatu yang semulajadi. Cinta ini tidak membezakan di antara ahlu Al-bait, dan juga tidak bersikap keterlaluan terhadap mereka, atau memperkecil-kecilkan mana-mana sahabat, sebagaimana yang terdapat pada puak-puak yang dikatakan memegang kepada fahaman tasyayyu’. Perasaan cinta ini bertambah dan menjadi lebih subur lagi selepas peristiwa yang berlaku kepada ahlu Al-bait yang bermula dengan pembunuhan Ali dan kemudiannya pembunuhan Hussain r.a. Peristiwa-peristiwa ini telah menyemarakkan perasaan ini di kalangan umat Islam. Di samping itu, mereka yang berhasad dengki terhadap Islam masuk melalui pintu ini. Ini ialah kerana pandangan Ibnu Saba’ hanya berpeluang untuk berkembang dan tersebar selepas berlaku peristiwa-peristiwa ini. Akan tetapi tasyayyu’ dengan erti kata sesuatu akidah yang berdalilkan nas bahawa Ali menjadi imam, al-raj’ah, al-badaah, al-ghaibah, maksum para imam dan lain-lainnya, tidak syak lagi, merupakan akidah-akidah yang datang dari luar Islam dan masuk ke dalam umat Islam, yang mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Dengan ini, setiap orang yang hendak menghancurkan Islam dan penganutnya menggunakan tunggangan tasyayyu’ ini. Semua yang mempunyai perancangan jahat, yang ingin hidup dalam Islam sambil terus berpegang dengan akidah lamanya itu, daripada golongan Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lainnya, akan menggunakan tunggangan tasyayyu’ ini bagi tujuan mereka. Banyak fahaman-fahaman asing menyerap masuk ke dalam konsep tasyayyu’ – seperti yang akan dibahaskan dengan terperinci dalam prinsip-prinsip Syiah nanti. Oleh kerana ini, Syeikh Al-Islam Ibnu Taimiyah berpendapat bahawa mereka yang tergolong dalam golongan tasyayyu’, mengambil ajaran-ajaran mereka daripada akidah Parsi, Rom, Yunani, Nasrani, Yahudi dan selainnya, dan mencampuradukkan ajaran-ajaran itu dengan konsep tasyayyu’. Beliau menambah bahawa ini adalah bukti benarnya apa yang diberitahu oleh Rasulullah SAW, dalam beberapa riwayat yang bermaksud

Page 31: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 23

“....umat ini akan mengikut sunah-sunah orang sebelum mereka....”. Beliau berkata lagi, inilah yang berlaku kepada mereka yang tergolong dalam golongan puak-puak tasyayyu’.61

KELAHIRAN TASYAYYU’Para ulama berbeza pendapat bagi menentukan permulaan tasyayyu’ dan masa kelahirannya. Ini ialah kerana kebanyakan kelahiran kumpulan-kumpulan Islam berkait rapat dengan peristiwa bersejarah yang dilalui umat Islam. Banyak peristiwa-peristiwa yang boleh dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan kelahiran tasyayyu’. Di antara peristiwa yang terpenting adalah seperti berikut: 62

1- Kewafatan Rasulullah SAW dan mesyuarat al-Saqifah di mana Ali r.a. tidak menghadirinya untuk memberikan baiahnya pada awal lagi.

2- Fitnah yang berlaku pada zaman Uthman r.a. yang berakhir dengan pembunuhannya.

3- Peperangan Siffin dan Majlis at-Tahkiim.4- Pembunuhan Hussain r.a.

Akan tetapi sesetengah ulama Syiah tidak menyatakan bahawa kelahiran Syiah berpunca daripada peristiwa-peristiwa tersebut. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah SAW adalah orang yang bertanggungjawab menyemai benih-benih tasyayyu’ dan Syiah lahir pada zaman baginda. Mereka juga mengatakan bahawa terdapat beberapa sahabat yang berpegang dengan fahaman tasyayyu’ terhadap Ali pada zaman Rasulullah SAW. Muhammad Hussain al-Kasyif al-Ghita’ berkata “...sesungguhnya orang pertama yang menyemai benih tasyayyu’ di dalam ladang Islam ialah orang yang membuat dasar-dasar syariah Islam itu sendiri...”, iaitu benih-benih tasyayyu’ disemai seiring dengan benih-benih Islam itu sendiri dan setaraf dengan Islam. Penyemaian terus menerus menyiram dan menjaganya sehingga ia membesar dan bercambah semasa kehidupannya. Kemudian menghasilkan buah selepas kewafatannya.63

Pendapat ini tidak dapat diterima dan tidak mempunyai dalil langsung. Ia hanyalah suatu percubaan dari pihak Syiah untuk mematahkan hujah lawannya yang berhujah mengatakan bahawa pegangan dan ajaran Syiah berpunca dari ajaran luar dari Islam.

61 Ibnu Taimiyah, Minhaj al-Sunah, jld. 4, m.s 147. Lihat: hadis-hadis dalam: Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tisom bisSunah, bab qaul annabi sallallahu ‘alaihi wasalam (لتتبعن سنن من كان قبلكم): 8/151, dan dalam Sahih Muslim, Kitab al-‘Ilm, bab Qaul an-nabi sallallahu ‘alaihi wasalam (لتتبعن سنن من كان قبلكم): Bil. (2669), al-musnad 2/450-511, 527).

62 Anwar al-Bazz, ‘ismah al-a-immah ‘an al-Syiah, (almansurah: Darul Wafa’, 1419H/1998M, m.s 13.63 Muhammad Hussain ali Kasyif al-Ghita’, Aslu As-Syiah Wa Usuliha, (Beirut: Muassah Al-A’lami Lilmatbu’aat,

jld 3, 1397 H/1977 M), m.s 43.

Page 32: Artikel Syiah

24 | Hakikat Syiah

Dr. Mahmud Subhi berkata, “...sesungguhnya mengaitkan Syiah dari segi sejarah dengan zaman Rasulullah SAW, semata-mata suatu percubaan dari pihak Syiah untuk mematahkan hujah lawan mereka yang mengatakan akidah-akidah Syiah berpunca dari sumber ajaran luar”.64 Ini adalah seperti yang dikata oleh Dr. Ali Sami An-Nashar bahawa, “....pada zaman Rasulullah SAW, tidak terdapat Syiah atau Sunah. Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran yang bermaksud, “...sesungguhnya agama (yang benar diredhai) di sisi Allah ialah Islam.”65, tiada berpuak Syiah atau Sunni.66

Kemudian para ulama berbeza pendapat tentang permulaan tasyayyu’ mengikut peristiwa-peristiwa yang disebut sebelum ini.

PENDAPAT PERTAMA:Menyatakan bahawa tasyayyu’ timbul selepas wafat Rasulullah SAW, di mana terdapat sesetengah yang berpendapat bahawa Ali lebih berhak menjadi imam lalu berpihak kepadanya. Mereka adalah di kalangan para sahabat, seperti Salman Al-Farisi, Abu Zar dan Al-Miqdad bin Al-Aswad r.a. . Pendapat ini juga dipegang oleh sebahagian puak Syiah dengan penafsiran khas mereka sendiri. Terdapat juga sesetengah golongan Ahli Sunah yang berpendapat demikian dengan huraian yang bertentangan dengan huraian bermatlamat puak Syiah ini. Puak Syiah menghuraikan maksud kelahiran Syiah sebagai permulaan akidah mereka tentang isu imam dan lainnya. Sementara selain Syiah pula mengaitkan pendapat ini dengan terdapatnya pendapat yang mengatakan bahawa talian darah dengan Rasulullah SAW membuat seseorang itu lebih berhak menjadi khalifah selepas Rasulullah SAW.67

Pendapat ini juga jauh dari kebenaran dengan dalil bahawa Ali r.a. tidak pernah berkata demikian dan tidak pernah mendakwa khalifah untuk dirinya sendiri.

Dalam hadisnya yang mutawatir dari sanad yang berbeza-beza, Ali r.a. berkata di atas mimbar di Kufah,“...sebaik-baik umat ini selepas nabinya SAW adalah Abu Bakar, kemudian Umar”. Bagaimana para sahabat lain boleh berpegang dengan suatu pendapat terhadap Ali yang mana Ali sendiri tidak bersetuju dengan pendapat itu? Syiah tidak pernah pun disebut, apa

64 Nasir bin Abdullah bin Ali Al-Qafari , Mas’alah Al-Taqriib Baina Ahli Al- Sunah Wa Al-Syiah, (Al-Riyadh: Dar-Toyyibah, cet 4, 1416H), Jld1, m.s 131, dipetik daripada Nazariyah Al- Imamah oleh Mahmood Subhi, m.s 30.

65 Surah ali Imran: 19.66 Al-Qafari, Mas’alah Al-Taqriib Baina Ahli Sunna Wa Al-Syiah, m.s 132.67 Al-Qafari, Ma’salah Al-Taqriib Baina Ahli Sunna Wa Al-Syiah, m.s 132 – 133.

Page 33: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 25

lagi untuk wujud di zaman Abu Bakar, Umar atau Uthman r.h, bagaimana pula boleh dikatakan bahawa ia lahir selepas wafat Rasulullah SAW?68.

PENDAPAT KEDUA:Mengatakan bahawa tasyayyu’ lahir di penghujung zaman Uthman r.a., atau dengan perkataan lain dengan kemunculan pergerakan Abdullah bin Saba’. Abdullah bin Saba’ adalah seorang Yahudi dari Yaman dan pengasas golongan Syiah As-Sabaiyyah yang merupakan golongan Syiah pelampau. Dia telah memeluk Islam pada zaman Uthman r.a., dan menjelajah ke kota-kota Islam dalam percubaannya untuk menyesatkan umat Islam.69

Ramai pengkaji-pengkaji dari para ulama dahulu dan sekarang menegaskan bahawa Ibnu Saba’ adalah pengasas bagi mazhab Syiah dan merupakan batu asas pertama dalam pembinaannya. Namanya ada disebut dengan cara mutawatir di dalam kitab-kitab Ahli Sunah dan juga kitab-kitab Syiah.70

PENDAPAT KETIGA: Berpendapat tasyayyu’ lahir pada zaman Ali r.a.. Seorang orientalis berbangsa Jerman, Philip Hosen berkata, “...dengan pembunuhan Uthman, umat Islam terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan Ali dan kumpulan Muawiyah. “Kumpulan” juga disebut dalam Bahasa Arab sebagai “Syiah”. Dengan ini terdapat Syiah Ali yang berhadapan dengan Syiah Muawiyah. Tetapi apabila Muawiyah memegang tampuk pemerintahan negara Islam, dan tidak lagi sebagai ketua sebuah kumpulan sahaja, ungkapan “Syiah” terus digunakan untuk merujuk kepada pengikut-pengikut Ali r.a.71

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa tasyayyu’ lahir sebagai reaksi kepada kelahiran puak Khawarij yang menentang Ali r.a. dalam peristiwa tahkim. Mereka melaungkan bahawa imam (kepimpinan) itu adalah hak umum bagi semua kaum muslimin dengan cara pilihan, tidak wujud keutamaan di antara orang Arab dan orang bukan Arab, dan juga di antara bangsa Parsi atau bangsa Habsyah. Anwar Al-Bazz berkata “...apabila puak Khawarij menjadikan imam (kepimpinan) itu hak umum, maka tidak boleh tidak puak Syiah dalam keadaan itu menjadikan imam

68 Al-Qafari, Mas’alah Al-Taqriib Baina Ahli Al- Sunah Wa Al-Syiah. m.s 134. 69 Anwar al-Bazz, ‘Ismah Al-a-immah ‘Inda Al-Syiah, m.s 16.70 Nasir bin Abdullah bin Ali Al-Qafari, Mas’alah Al-Taqriib Baina Ahli Al-Sunah Wa Al-Syiah, m.s 135.71 Anwar al-Bazz, ‘Ismah Al-a-immat ‘Inda Al-Syiah, m.s 17.

Page 34: Artikel Syiah

26 | Hakikat Syiah

hak di kalangan ahlu Al-bait Rasulullah SAW sahaja dari keturunan Saidina Ali r.a., dan mengatakan ini bersandarkan dalil nas yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW.72

PENDAPAT KEEMPAT:Melihat bahawa kelahiran tasyayyu’ adalah selepas pembunuhan Hussain r.a. Selepas peristiwa yang menyayat hati ini, lafaz “Syiah” mula digunakan untuk merujuk kepada mereka yang menyokong Ali dan keturunannya r.h. Profesor Ali Sami An-Nasyar berkata, “...Syiah sebenarnya terbentuk selepas pembunuhan Hussain r.a. sebagai suatu kumpulan agama yang terancang”.73

Kesimpulannya, sebagaimana yang disebut oleh Dr. Nasir bin Abdullah bin Ali Al-Qafari “...sebahagian prinsip akidah bagi Syiah lahir pada tangan Abdullah bin Saba’, tetapi tidak timbul dalam bentuk kumpulan atau nama tasyayyu’. Selepas berlaku peristiwa-peristiwa yang disebut tadi, terutamanya selepas pembunuhan Al-Hussain, “Syiah” mula muncul sebagai suatu kumpulan yang berkembang untuk membentuk mazhabnya berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Seterusnya pandangan yang dilontarkan oleh Ibnu Saba’ mula mendapat tempat di dalam suasana pemikiran bagi puak Syiah ini.74

Penggunaan Kata Syiah ( شيعة ) Di Dalam Al-Quran

Perkataan “Syiah” dan imbuhan-imbuhannya terdapat di dalam al-Quran pada 12 tempat. Maknanya berlegar di sekitar makna bahasanya yang asal, seperti makna berikut:

A. Makna kumpulan, umat, agama atau sekumpulan manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud, “...sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) ar-Rahman, di antara mereka...”75 iaitu, dari setiap kumpulan, jemaah atau ummah. Makna ahli kumpulan agama terdapat dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “...kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu....”76 dan “...sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang-orang

72 Anwar al-Bazz, ‘Ismah Al-a-immat ‘Inda Al-Syiah, m.s 17.73 Anwar al-Bazz, ‘Ismah Al-A-immat ‘Inda Al-Syiah, m.s 18.74 Nasir bin Abdullah bin Ali Al-Qafari, Mas’alah Al-Taqriib Baina Ahli Al-Sunah Wa Al-Syiah, m.s 142.75 Surah Maryam:69.76 Surah al-Qamar: 51

Page 35: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 27

yang sama keadaannya dengan mereka...” 77, dan juga “....dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh Nabi Nuh) ialah Nabi Ibrahim....” 78

B. Makna kumpulan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “...bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikit pun dalam (perbuatan) mereka...” 79, iaitu kumpulan-kumpulan. Dan juga, “...dia menjadikan penduduknya berpuak-puak...”80

C. Lafaz أشياع dalam bentuk kata jamak terdapat dalam al-Quran dengan makna “yang seumpama” atau “sepadan”. Firman Allah SWT yang bermaksud, “...kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu...” 81, iaitu yang “serupa” dengan kamu dalam kekufuran daripada umat-umat yang terdahulu.

D. Makna “mengikut”, “penyokong” dan “penolong”. Firman Allah SWT yang bermaksud, “.....dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, - seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya, Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati...” 82

E. Makna “keluarga” dan “keturunan”, seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “....seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya...” 83. Ibnu Al-Qayyim menghuraikan bahawa lafaz “Syiah” dan “أشياع’” biasanya digunakan dengan konotasi “kejian”. Beliau berkata lagi, ini kemungkinan tidak terdapat di dalam al-Quran kecuali dengan makna demikian, seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “...sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan mana-mana orang yang sangat derhaka kepada Allah ar-Rahman di antara mereka...” 84 dan juga “...bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka

77 Surah Saba’: 5478 Surah as-Sofaat: 8379 Surah al-An’am: 15980 Surah al-Qasas: 4.81 Surah al-Qamar: 5182 Surah al-Qasas: 1583 Surah al-Qasas: 1584 Surah Maryam:69.

Page 36: Artikel Syiah

28 | Hakikat Syiah

dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu dan mereka menjadi berpuak-puak...” 85 dan “...dan disekatlah di antara mereka dengan iman yang mereka ingini sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang-orang yang sama keadaannya dengan mereka pada masa yang lalu...” 86 Alasan yang diberikan oleh Ibnu Al-Qayyim adalah –Allah maha Mengetahui –oleh sebab makna yang terkandung di dalam lafaz ini menunjukkan makna yang berlawanan dengan makna penyatuan dan berkumpul. Oleh kerana itu lafaz ini hanya digunakan untuk merujuk kepada kumpulan yang sesat disebabkan oleh perpecahan dan perbezaan pendapat mereka sesama sendiri. (Badai’ al-Fawaid 1/155). Ini adalah pada kebiasaannya kerana terdapat juga di dalam al-Quran makna selain konotasi ini seperti firman Allah yang bermaksud “...dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Nuh ialah nabi Ibrahim”87.

Sebab terdapat banyak puak-puak Syiah dan mereka berselisih pendapat sesama sendiri. Puak Syiah telah berpecah kepada banyak kumpulan. Setiap puak mempunyai akidah-akidah dan ajaran-ajaran yang berbeza daripada puak lain. Satu perkara yang menyatukan mereka adalah pandangan mereka terhadap imam bagi Ali r.a. dengan cara dalil nas dan juga wasiat daripada Rasulullah sama ada dalam bentuk terus terang mahupun cara tersembunyi. Imam ini kemudian diwarisi turun-temurun kepada keturunan Ali. Berikut ialah faktor-faktor yang membawa perpecahan mereka kepada banyak puak:88

1- Perbezaan dari segi prinsip dan ajaran. Di antara mereka ada yang bersikap melampau dan ekstrim sehingga memberikan imam-imam suatu sifat suci dan keterlaluan memfitnah mereka yang berselisih dengan Ali r.a. dan kumpulannya sehingga ke tahap mengkafirkan mereka. Di antara mereka ada yang bersikap sederhana dan seimbang dan melihat bahawa Ali lebih berhak menjadi imam dan beranggapan sesiapa yang menyalahi mereka adalah salah, tetapi tidak sampai ke tahap kafir.

2- Perbezaan dalam menentukan imam. Puak Syiah berselisih pendapat tentang siapa dia imam-imam di kalangan keturunan Ali. Ada yang mengatakan fulan dan ada yang mengatakan fulan. Oleh kerana puak Syiah berpecah-belah dan tidak mempunyai pendirian yang tetap

85 Surah al-An’am: 159.86 Surah Saba’: 54.87 Surah as-Sofaat: 8388 Anwar al-Bazz, ‘ismah al-A-immah ‘inda al-Syiah, m.s21.

Page 37: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 29

tentang imam dan keturunannya, para ulama mengkategorikan mereka mengikut akidah-akidah dan pegangan-pegangan setiap puak. Mereka digolongkan berdasarkan akidah-akidah dan pegangan-pegangan yang sama.

Walau bagaimanapun kita boleh membahagikan setiap puak Syiah kepada 4 kumpulan besar seperti berikut:89

1. PELAMPAU (غالة). Mereka adalah kumpulan yang berpegang bahawa Ali adalah manusia yang paling utama selepas Rasulullah. Bukan sekadar itu sahaja tetapi mereka menambah dalam akidah mereka apa yang menyebabkan mereka terkeluar dari Islam. Di samping sebahagian mereka mengangkat Ali ke tahap kenabian. Kita juga lihat sesetengah mereka menjadi terlalu ekstremis sehingga mengangkat Ali ke tahap ketuhanan.

Puak-puak Syiah lain tidak merestui puak ini dan berlepas diri dari mereka kerana sikap melampau mereka dan tidak menganggap mereka di dalam golongan Syiah. Yang termasyhur di kalangan puak ini ialah 11 puak, iaitu:

A. As-Sabaiyyah (السبائية) . Mereka adalah pengikut-pengikut Abdullah bin Saba’, orang Yahudi yang menzahirkan Islamnya di sebalik kekafirannya. Pegangannya terlalu melampau terhadap Ali sehingga mengatakan bahawa Ali adalah seorang nabi dan seterusnya mengatakan bahawa Ali itu adalah tuhan. Dia juga menyeru kumpulannya kepada akidah ini.

B. Al-Kamiliah (الكاملية( . Mereka adalah pengikut-pengikut Abu Kamil yang telah mengkafirkan seluruh para sahabat kerana tidak memberi baiah kepada Ali. Mereka juga menuduh Ali kerana tidak menuntut haknya dan juga mengkafirkan Ali kerana tidak memerangi Abu Bakar. Puak ini juga berpegang kepada faham “perpindahan ruh” mempercayai bahawa imam itu adalah cahaya yang berpindah ke dalam roh manusia dan berkata bahawa kenabian itu mungkin turun kepada sesiapa sahaja.

c. Al-‘Ali‘iyah (العليائية) . Mereka adalah pengikut-pengikut Ibnu Zira’ Al-Dusi dan dalam riwayat lain Al-Asadi. Puak ini mengatakan bahawa Ali lebih utama daripada Rasulullah dan menganggap bahawa yang mengutuskan Muhammad menamakan Ali sebagai tuhan. Sesetengah mereka pula menganggap kedua-duanya adalah tuhan.

89 Anwar al-Bazz, ‘ismah al-A-immah ‘inda al-Syiah, m.s22-37.

Page 38: Artikel Syiah

30 | Hakikat Syiah

Di antara mereka pula ada yang mengatakan bahawa 4 orang yang dikenali sebagai “ashab al-kisa’” adalah tuhan iaitu Muhammad, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Hussain.

D. Al-Mughiriah (المغيرية) . Mereka adalah pengikut Al-Mughirah bin Said Al-Bajli yang mendakwa bahawa imam selepas Ali bin Al-Hussain adalah Muhammad An-Nafs Az-Zakiyyah yang tinggal di luar Madinah. Dia juga mendakwa bahawa Muhammad An-Nafs ini hidup dan tidak mati dan seterusnya mendakwa dirinya imam selepas Muhammad An-Nafs. Kemudian dia mendakwa bahawa dirinya nabi. Dia mempunyai sikap melampau terhadap Ali sehingga di luar penerimaan orang yang berakal waras.

E. Al-Mansuriah (المنصورية). Mereka adalah pengikut-pengikut Abu Mansur Al-Ajali. Mereka berkata bahawa Muhammad bin Ali bin Al-Hussain adalah imam yang telah naik ke langit dan Allah telah menyapu kepalanya dengan tangannya lalu berfirman ... “ wahai anakku pergilah dan sampaikan dariku...” puak ini berkata para rasul sentiasa wujud dan tidak terputus. Mereka berkata juga bahawa syurga itu adalah seorang lelaki yang diperintah agar diberi sokongan iaitu imam dan sebaliknya adalah neraka.

F. Al-Khatabiah (الخطابية) . Mereka ini adalah pengikut-pengikut Abu Al-Khatab bin Abu Zainab. Mereka terdapat dalam banyak kumpulan dan semua mereka menganggap bahawa imam-imam adalah para nabi baru, rasul-rasul Allah dan hujah-hujah Allah di kalangan makhluk. Bagi mereka manusia sentiasa mempunyai dua rasul, seorang berkata-kata dan seorang lagi tidak berkata-kata. Yang berkata-kata adalah Nabi Muhammad dan yang tidak berkata-kata adalah Ali bin Abu Talib. Mereka juga mendakwa bahawa Abu Al-Khatab adalah seorang nabi dan semua imam adalah tuhan.

G. Al-Kayyaliyah( الكيالية) . Mereka adalah pengikut-pengikut Ahmad bin Al-Kayyal. Di antara ajaran mazhab ini ialah sesiapa yang mampu melepasi ke ufuk-ufuk meninggalkan jiwa-jiwa dan mempunyai ilmu serta boleh menghuraikan selok-belok kedua-dua alam ini iaitu alam tinggi dan alam jiwa iaitu alam rendah, maka dia adalah imam. Ahmad bin Al-Kayyal juga mendakwa mempunyai ilmu-ilmu ini dan dengan demikian dia adalah imam yang sebenar.

Page 39: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 31

H. Al-Hisyamiah( الهشامية) . Mereka adalah pengikut-pengikut kepada Ibnu Al-Hukm dan Ibnu Salim. Mereka beriktikad sesuatu kepada Allah, yang tidak layak bagi zat-Nya. Mereka berkata bahawa Allah mempunyai jasad, warna, rasa, bau dan lain-lainnya. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka katakan.

I. An-Nu’maniah( النعمانية) . Mereka adalah pengikut Muhammad bin An-Nu’man Al-Ahwali yang bergelar syaitan At-taq. Dia adalah anak murid kepada Muhammad Al-Baqir dan berpendapat sama dengan Hisham bin Al-Hukm bahawa Allah tidak mengetahui sesuatu sehingga sesuatu itu berlaku. Dia juga berkata bahawa Allah adalah nur di dalam bentuk manusia. Puak ini juga dikenali sebagai puak syaitaniah.

J. Al-Yunusiah (اليونسية) . Mereka adalah pengikut-pengikut Yunus bin Abdul Rahman Al-Qummi. Dia mendakwa bahawa para malaikat memikul arasy dan arasy itu memikul Allah. Ini juga di antara perkara musyabbihat puak Syiah. Kumpulan ini berpendapat bahawa bahagian atas dari Allah dalam keadaan ruang dan bahagian bawah adalah dalam bentuk pepejal. Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan.

H. An-Nasiriah (النصيرية) . Mereka adalah pengikut-pengikut Muhammad bin Nasir An-Namiri atau Al-Fahri yang merupakan pengikut Al-Hasan Al-Askari. Apabila Al-Hasan meninggal dunia dia telah mendakwa bahawa dia adalah wakil kepadanya. Puak ini berpegang kepada perpindahan roh dan mengatakan bahawa Allah telah masuk ke dalam badan Ali beberapa kali. Dan pada hari Ali merobohkan pintu Khaibar, Allah telah memasuki jasadnya.

2. AL-KAISANIAH (الكيسانية) . Mereka adalah pengikut-pengikut Kaisan Maula Amirul Mukminin Ali. Riwayat yang mengatakan bahawa dia adalah anak murid kepada As-Sayid Muhammad bin Al-Hanafiah. Terdapat dua perkara yang menyatukan puak-puak Al-Kaisaniah. Pertamanya ialah pegangan mereka bahawa Muhammad bin Al-Hanafiah adalah imam. Kedua mereka mengatakan bahawa harus bagi Allah untuk mempunyai satu permulaan wujud. Mereka berkata juga bahawa agama itu adalah ketaatan seseorang itu. Pendirian mereka ini membuat mereka menjadi melampau terhadap hak-hak imam sehingga menganggap bahawa para imam adalah suci. Di antara kumpulan-kumpulan yang terpenting dalam puak al-Kaisaniah ialah:

Page 40: Artikel Syiah

32 | Hakikat Syiah

A. Al-Mukhtariah (المختارية) . Mereka adalah pengikut-pengikut Al-Mukhtar bin Abu Ubaid Al-Thaqofi. Sebelum ini dia bermazhab Khawarij, kemudian menganut mazhab Zaidi dan kemudian bertukar berpegang kepada Syiah Al-Kaisani. Dia berpegang kepada ajaran yang mengatakan bahawa Muhammad bin Al-Hanafiah adalah imam selepas Ali. Dan ada yang mengatakan bahawa Muhammad bin Al-Hanafiah adalah imam selepas Al-Hasan dan Al-Hussain. Kemudian dia juga mendakwa bahawa dia adalah pengganti Muhammad bin Al-Hanafiah dan menyeru orang ramai ke arah kesesatan.

B. Al-Hasyimiah (الهاشمية) . Mereka adalah pengikut-pengikut Abu Qasim bin Muhammad bin Al-Hanafiah. Mereka berpegang bahawa Muhammad bin Al-Hanafiah meninggal dunia dan imam berpindah kepada anaknya Hasyim

C. Al-Bananiah (البنانية) . Mereka adalah pengikut-pengikut Banan bin Sam’an Al-Tamimi. Mereka berpendapat bahawa Abu Hashim telah mewasiatkan imam kepada Banan. Dia berjaya meluaskan pengaruhnya dan mempunyai kumpulannya tersendiri yang mengikut pegangannya. Tetapi apabila rahsianya diketahui dia dibunuh oleh Khalid bin Abdullah Al-Qisri.

D. Al-Razamiah (الرزامية) . Mereka adalah pengikut-pengikut Razam bin Razm. Dia telah memindahkan imam daripada Ali kepada anaknya Muhammad kemudian kepada anaknya Hisyam kemudian anaknya Ibrahim Al-Imam yang bersahabat dengan Abu Muslim yang menyeru orang ramai kepadanya dan memperakui bahawa ia (Ibrahim) adalah Imam.

3. AL-ZAIDIAH (الزيدية) . Mereka adalah pengikut-pengikut Zaid bin Ali bin Al-Hussain bin Ali bin Abi Talib. Mereka digelar sebagai Zaidiah kerana mereka berpegang kepada kata-kata Zaid bin Ali yang mengutamakan Ali bin Abu Talib lebih daripada sahabat-sahabat Rasulullah yang lain. Dia juga memperakui Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah dan berpendapat bahawa harus bagi umat Islam menentang imam-imam yang zalim. Apabila dia berada di kalangan pengikut-pengikutnya dan mendengar ada yang mencela Abu Bakar dan Umar dia mengingkari orang yang mencela itu. Mereka yang telah memberi baiah kepadanya meninggalkannya. Zaid berkata kepada mereka “....kamu menolak aku...”, dan dengan ini nama Zaidiah kekal diberi kepada pengikut-pengikut yang tetap terus bersamanya. Imam pada pegangan puak ini adalah daripada keturunan Fatimah dan tidak boleh berpindah kepada selain daripada keturunan Fatimah. Mereka mengharuskan imam selain daripada keturunan Al-Hasan dan Al-Hussain dengan syarat seorang itu mesti berilmu, zuhud, berani dan pemurah yang wajib ditaati. Mereka

Page 41: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 33

adalah puak Syiah yang mempunyai pegangan yang paling hampir kepada Ahli Sunah kerana mereka menerima khalifah Abu Bakar dan Umar kecuali satu kumpulan dari mereka yang dinamakan Al-Jarudiah. Kumpulan-kumpulan yang masyhur dari puak Al-Zaidiah ini ialah:

A. Al-Jarudiah (الجارودية) . Mereka adalah pengikut-pengikut Al-Jarud Ziad bin Al-Munzir. Mereka beranggapan bahawa nabi telah menetapkan secara nas imam itu adalah Ali dan imam-imam lain ditentukan dengan cara sifat-sifat tanpa menyebut nama. Mereka menganggap orang yang melantik dan memilih Abu Bakar sebagai khalifah adalah kafir. Dengan pegangan mereka ini mereka berselisih pendapat dengan imam mereka iaitu Zaid bin Ali.

B. As-Sulaimaniah (السليمانية) . Mereka adalah pengikut-pengikut Sulaiman bin Jarir. Dia pernah berkata “.....sesungguhnya imam adalah dengan cara syura di antara orang ramai...” Dia memperakui khalifah Abu Bakar dan Umar. Tetapi menuduh Uthman sebagai perampas bahkan sehingga mengkafirkan Uthman. Dia juga mengkafirkan Aisyah, Al-Zubair, Talhah kerana berperang dengan Ali. Dia juga berpegang bahawa seseorang itu boleh menjadi imam walaupun terdapat orang lain yang lebih layak daripadanya untuk menjadi imam.

C. As-Solihiah dan Al-Batriah والبترية) (الصالحية . Nama as-Solihiah berkaitan dengan Al-Hasan bin Solih bin Hayy, manakala nama Al-Batriah pula adalah berkaitan dengan Kathir An-Nawa Al-Abtar. Mereka berdua bersetuju dalam masalah imam. Oleh kerana itu Al-Syahrastani dalam kitabnya “ al-Milal wa al-Nihal” menganggap mereka sebagai suatu puak. Pegangan mereka dalam masalah imam adalah sama seperti pegangan puak al-Sulaimaniah kecuali dalam isu Uthman. Mereka berselisihan pendapat sama ada Uthman kafir atau mukmin. Pendapat mereka terhadap Ali ialah manusia yang paling utama selepas Rasulullah dan yang paling layak untuk menjadi imam. Mereka juga menerima Abu Bakar dan Umar dan redha terhadap keduanya. Begitu juga kita meredhai Abu Bakar dan Umar.

4. AL-IMAMIAH (اإلمامية( . Mereka adalah orang yang berpegang kepada pendapat bahawa Ali adalah Imam selepas Rasulullah dengan cara dalil nas yang jelas menyebut nama Ali. Al-Syahrastani mendefinisikan mereka dalam kitab “ al-Milal wa al-Nihal” dengan berkata “...al-Imamiah adalah mereka yang berpendapat bahawa Ali adalah imam selepas Rasulullah dengan cara dalil nas yang jelas dan bukan dengan cara isyarat dengan sifat-sifat tertentu tetapi dengan lantikan yang jelas...” Di antara kumpulan-kumpulan Syiah al-Imamiah ialah:

Page 42: Artikel Syiah

34 | Hakikat Syiah

A. Al-Imamiah Dua Belas. Mereka dinamakan demikian kerana mereka mempercayai bahawa terdapat dua belas imam selepas Rasulullah. Imam-imam ini bagi mereka merupakan kebanyakan imam-imam Syiah di kalangan puak Syiah di dunia sekarang yang dikenal sebagai al-Imamiah. Apabila disebut lafaz al-Imamiah ia bererti Imam Dua Belas.

B. Al-Ismailiyyah (اإلسماعيلية) . Mereka adalah puak Syiah yang berpendapat bahawa imam selepas Jaafar adalah anaknya Ismail bin Jaafar. Selepas kematian Ismail mereka berpecah menjadi dua kumpulan. Pertama ialah kumpulan yang menunggu-nunggu kemunculan Ismail bin Jaafar kerana mereka percaya bahawa Ismail tidak mati. Kumpulan kedua pula mempercayai bahawa imam selepas Jaafar adalah Muhammad bin Ismail kerana Jaafar telah melantik anaknya Ismail sebagai Imam selepasnya. Apabila Ismail meninggal dunia semasa ayahnya masih hidup mereka percaya bahawa Jaafar melantik anaknya Ismail sebagai imam sebenarnya untuk menunjukkan bahawa Imam selepasnya adalah Muhammad bin Ismail. Kemudian mereka berpecah menjadi kumpulan-kumpulan yang banyak dengan pandangan yang berbagai-bagai. Mereka juga mempunyai gelaran-gelaran yang banyak. Di antara yang termasyhur adalah al-Batiniyyah kerana bagi mereka setiap hukum yang zahir ada batinnya atau kerana mereka berpendapat bahawa imam juga wujud dalam keadaan batin atau terselindung.

Di antara puak-puak Syiah yang banyak sepanjang sejarah mereka, yang masih kekal sehingga hari ini ialah tiga kumpulan iaitu Syiah Dua Belas, al-Ismailiyyah dan al-Zaidiyyah. Dr. Ali Sami Al-Nasyar berkata “....Syiah pada zaman kita ini terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Imam Dua Belas, al-Ismailiyyah dan al-Zaidiyyah...”90 Sebahagian pengkaji berpendapat bahawa sekiranya istilah Syiah disebut, ia terus merujuk kepada Syiah al-Imamiah Dua Belas atau selain mereka sama ada Syiah al-Ismailiyyah atau al-Zaidiyyah. Ini ialah kerana sumber-sumber rujukan Syiah al-Imamiah Dua Belas mengandungi kebanyakan pendapat-pendapat dan prinsip-prinsip puak-puak Syiah yang lain. Dengan ini mereka boleh dianggap mewakili puak-puak Syiah yang lain.91 Saya akan memperuntukkan satu kajian tentang Syiah al-Imamiah Dua Belas dalam kajian ini. Apabila disebut lafaz Syiah maka maksudnya adalah Syiah Dua Belas.

90 Nasir bin Abdullah bin Ali Al-Qafari, Mas’alah al-Taqriib Baina Ahli al-Sunah wa al-Syiah, m.s 146.91 Nasir bin Abdullah bin Ali Al-Qafari, Mas’alah al-Taqriib Baina Ahli al-Sunah wa al-Syiah, m.s 171.

Page 43: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 35

AKIDAH-AKIDAH SYIAH YANG BERTENTANGAN DENGAN AHLI SUNAHSyiah mempunyai ajaran dan akidah yang bertentangan dengan ajaran dan akidah Ahli Sunah. Akidah-akidah ini mempunyai kesan yang besar dalam tafsiran mereka terhadap al-Quran dan sejauh mana penerimaan mereka terhadap hadis-hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW. Di antara akidah-akidah ini ialah:92

A. Isu Imam. Puak Syiah mempunyai konsep yang tertentu tentang imam yang mereka bezakan daripada orang lain. Muhammad Hussain Ali Kasyif Al-Ghita’ berkata “....Syiah al-Imamiah menambah rukun yang kelima iaitu iktikad tentang imam. Bagi mereka imam adalah satu tahap yang ditentukan oleh tuhan seperti nabi. Sebagaimana Allah memilih sesiapa sahaja yang Dia kehendaki daripada hamba-hamba-Nya untuk menjadi nabi dan rasul dan menyokong mereka dengan mukjizat yang merupakan suatu dalil nas daripada Allah, begitu juga Allah memilih untuk menjadikan imam sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dia juga menyuruh nabiNya untuk menentukannya dengan cara nas dan melantik selepasnya imam yang akan menggantikannya.93

Puak Syiah menganggap imam adalah salah satu prinsip-prinsip keagamaan dan juga satu rukun daripada rukun-rukun iman. Iman tidak akan sempurna tanpa iktikad ini. Muhammad Redha Al-Muzaffar berkata “...kami beriktikad bahawa imam adalah salah satu prinsip daripada prinsip agama yang mana seseorang tidak dikira sempurna imannya tanpa mempunyai iktikad ini. Prinsip ini tidak boleh diambil secara taklid sahaja daripada ibu-bapa dan juga keluarga yang mendidik seseorang itu, tetapi mesti diperolehi sebagaimana seseorang itu berpegang kepada tauhid dan kenabian.”94

Imam pada golongan Syiah tidak boleh beralih keluar dari keluarga Ali dan ahli baitnya. Mereka menganggap bahawa khalifah Abu Bakar, Umar, dan Uthman adalah khalifah yang menderhaka, zalim dan telah merampas hak Ali dan keluarganya sebagai imam. Seorang ulama Syiah al-Majlisi pengarang kitab Bihar al-Anwar berbicara tentang ketiga-tiga khalifah tersebut dengan berkata bahawa mereka adalah perampas, zalim dan

92 Nasir bin Abdullah bin Ali Al-Qafari, Mas’alah al-Taqriib Baina Ahli al-Sunah wa al-Syiah, m.s 28793 Muhammad Hussain Ali Kasyif al-Ghita’, Aslu al-Syiah wa Usuliha, m.s 58.94 Anwar al-Bazz, ‘Ismah al-A-immah ‘Inda al-Syiah, m.s 45.

Page 44: Artikel Syiah

36 | Hakikat Syiah

murtad dari agama Islam serta telah mendoakan agar laknat Allah ditimpa ke atas semua mereka dan ke atas sesiapa yang mengikut mereka serta terus membuat kezaliman terhadap ahlu al-bait, daripada dulu hingga sekarang.95

B. Isu Maksum Para ImamPuak Syiah mensyaratkan bahawa imam mestilah bersifat maksum. Ini ialah kerana imam pada mereka sama seperti nabi kerana kedua-duanya berperanan sebagai pemelihara syariat dan hujah Allah bagi hamba-hamba-Nya. Apabila para nabi bersifat maksum, para imam juga bersifat maksum kerana sebab mereka dicipta Allah adalah sama.96 Dengan ini puak Syiah menyalahi Ahli Sunah yang mengatakan bahawa sifat maksum itu hanyalah untuk para nabi sahaja dan tidak pada selain mereka.

Keseluruhan puak Syiah berpegang kepada ajaran bahawa para imam bersifat maksum kecuali Syiah al-Zaidiyyah. Mereka tidak mensyaratkan bahawa imam itu mesti bersifat maksum. Muhammad bin Al-Hasan Al-Tusi berkata tentang al-Zaidiyyah “...mereka tidak mengatakan bahawa Zaid bersifat maksum dan mereka tidak mengatakan bahawa di antara syarat imam itu adalah maksum.” 97

Kedua-dua iktikad ini iaitu kewujudan imam dan sifat maksum pada imam membawa kesan yang besar pada pegangan puak Syiah terhadap al-Quran dan penafsirannya dan juga hadis-hadis nabi. Ini ialah kerana sebahagian mereka beriktikad bahawa terdapat aspek-aspek kekurangan dan penambahan di dalam al-Quran itu sendiri. Sebahagian mereka pula mentafsirkan al-Quran mengikut hawa nafsu mereka. Ini adalah kerana di dalam al-Quran tidak terdapat sebutan tentang imam-imam mereka dan mereka tidak meriwayatkan hadis-hadis kecuali yang diriwayatkan melalui sanad imam-imam dan ulama mereka. Ini ialah kerana perawi-perawi selain daripada para imam mereka tidak bersifat maksum begitu juga kedua-dua akidah ini memainkan peranan yang besar bagi kelahiran pegangan dan ajaran-ajaran lain puak Syiah.

C. Isu TaqiyyahTaqiyyah seperti yang dihuraikan oleh Muhammad Jawad Mughniah, salah seorang ulama Syiah semasa iaitu “...kamu melafazkan atau melakukan sesuatu yang kamu tidak percaya demi untuk menolak kemudharatan dari

95 Nasir bin Abdullah bin Ali Al-Qafari, Mas’alah al-Taqriib Baina Ahli al-Sunah wa al-Syiah, m.s 311.96 Anwar al-Bazz, ‘Ismah al-A-immah ‘Inda al-Syiah, m.s 76.97 Anwar al-Bazz, ‘Ismah al-A-immah ‘Inda al-Syiah, m.s 66.

Page 45: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 37

dirimu, harta benda dan untuk memelihara maruah kamu...” 98 Bersesuaian dengan definisi ini taqiyyah merupakan keizinan kepada mereka ketika perlu, untuk melakukan sesuatu yang dilarang. Namun puak Syiah bersifat melampau-lampau dalam pegangan mereka terhadap taqiyyah sehingga mereka berkata dalam satu hadis riwayat mereka dari Abu Abdullah “....bahawasanya sembilan persepuluh daripada agama terletak pada taqiyyah dan tiada agama bagi sesiapa yang tidak berpegang kepada taqiyyah...”99

Puak Syiah menjadikan konsep taqiyyah sebagai jalan keluar dalam perkara-perkara yang bercanggah dan berlawanan dengan pertuturan imam-imam mereka dan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada mereka. Mereka juga berkata bahawa hadis-hadis yang bersetuju dengan pandangan Ahli Sunah sebenarnya merupakan pendekatan taqiyyah dari pihak mereka.

D. Isu al-Raj’ah.Pegangan ini mengatakan bahawa Allah akan mengembalikan ke dunia satu kaum yang telah mati dalam bentuk mereka yang asal sebelum mereka mati. Allah akan memenangkan ahli hak dengan perantaraan mereka ini untuk melawan ahli kesesatan.100 Tujuan prinsip raj’ah pada puak Syiah ialah sebagai balas dendam oleh Al-Mahdi dan pengikut-pengikutnya terhadap musuh-musuh mereka. Mengikut pegangan mereka ketua musuh-musuh mereka ini adalah kedua-dua khalifah yang juga sahabat-sahabat yang mempunyai talian keluarga dengan Rasulullah SAW, iaitu Abu Bakar dan Umar r.h.101 Puak Syiah meriwayatkan banyak hadis dari imam-imam mereka tentang pegangan mereka ini.

E. Isu al-Bada’Mengikut Syiah ia adalah perubahan apa yang disangka oleh manusia mengikut iradat Allah. Ia adalah mengikut huraian mereka – perubahan luaran bagi iradat Allah dalam kejadian ini. Mereka berkata perkara ini terhadap kejadian sama seperti hukum nasakh dan mansukh pada hukum hakam. Sebagaimana Allah menasakhkan sesuatu hukum mengikut hikmah-Nya begitu juga Allah mengubah dalam alam ini mengikut iradat-Nya dari aspek ciptaan dan pengurusan alam ini.102

98 Muhammad Jawad Mughniah, al-Syubhah Fii al-Mizaan, (Beirut: Dar al-Jawad wa Dar al-Tiar al-Jadid, jld. 6, 1406H/1986M), m.s 48.

99 Nasir bin Abdullah bin Ali Al-Qafari, Mas’alah al-Taqriib Baina Ahli al-Sunah wa al-Syiah, m.s 331.100 Muhammad Jawad Mughniah, al-Syubhah Fii al-Mizaan, m.s 54.101 Nasir bin Abdullah bin Ali Al-Qafari, Mas’alah al-Taqriib Baina Ahli al-Sunah wa al-Syiah, m.s 340.102 Muhammad Jawad Mughniah, al-Syubhah Fii al-Mizaan, m.s 53.

Page 46: Artikel Syiah

38 | Hakikat Syiah

Puak Syiah berkata bahawa prinsip al-Bada’ ini ialah perlanjutan bagi ajal dan rezeki atau pengurangan kedua-duanya dengan sebab amalan seseorang.103

Syeikh Muhammad Abu Zuhrah berkata “...kita mengharapkan agar pendapat saudara kita dari kalangan al-Imamiah dalam masalah al-Bada’ hanya tertumpu kepada perkara-perkara yang tidak dijangka oleh manusia. Pendapat mereka mengatakan bahawa al-Bada’ adalah perubahan kepada ciptaan alam ini sama seperti perubahan nasakh dan mansukh dalam hukum hakam. Mereka berkata juga kerana memperkenankan doa bagi perubahan sesuatu yang dikehendaki itu, al-Bada’ tidak hanya berlaku kepada sesuatu fenomena yang kelihatan kepada manusia. Maknanya Allah menentukan dan mengetahui sesuatu kemudian dia mengubah apa yang telah Dia tetapkan dan ketahui dengan sesuatu yang lain. Dengan ini iradat Allah berubah. Perubahan iradat Allah bagi mereka adalah sesuatu yang harus kerana iradat Allah bagi mereka bersifat “tanjiziah hadithah” dan bukan bersifat “azaliatun qadimah”. Tetapi ilmu Allah bersifat azali. Allah mengetahui segala sesuatu sebelum kewujudan perkara itu dan Dia mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang mungkin berlaku. Dan apabila ilmu Allah bersifat azali maka tidak ragu lagi saling bercanggahan dengan perubahan di dalam alam bagi sesuatu perkara yang baharu sahaja diketahui oleh Allah SWT104. Dengan ini kenyataan mereka mengenai prinsip al-Bada’ bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah mengenai keazalian ilmu Allah.

F. Isu al-GhaibahIaitu ghaibnya imam mereka yang kedua belas, Al-Imam Al-Hujjah Muhammad bin Al-Hassan. Muhammad Jawad Mughniah mengatakan : “bagi imam Al-Mahdi ada dua keghaiban: keghaiban kecil dan keghaiban besar. Makna keghaiban kecil ialah bahawa imam terlindung dari pandangan manusia kecuali manusia-manusia yang terpilih. Dan cara berkomunikasi dengan pengikutnya melalui utusan-utusan, dan keghaiban besar bermula di pertengahan Syaaban - 328H – ketika itulah terputusnya komunikasi dan utusan antara imam dan pengikut-pengikutnya105.

Ia juga merupakan pegangan asasi di sisi Imamiah, ini kerana mereka berpegang bahawa bumi ini tidak sunyi daripada imam walaupun sedetik. Sekiranya bumi ini kekal tanpa imam nescaya akan tenggelamlah ia.

103 Muhammad Jawad Mughniah, al-Syubhah Fii al-Mizaan, m.s 253104 Muhammad Abu Zuhrah, al-Imam al-Sodiq Hayatihi wa ‘Isrihi Araauhu wa Fiqhahu, (Darul Fikr al-Arabi,

t.cet),m.s 185105 Muhammad Jawad Mughniah, al-Syiah Fii al-Mizan, (Dar al-Maarif li al-Matbuaat t.cet.t.t) m.s 253

Page 47: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 39

Sekiranya imam diangkat daripada bumi sedetik nescaya tidak akan aman seperti laut yang bergelora. Ini kerana di sisi mereka imam adalah pembela (al-hujjah) bagi manusia106.

Ini adalah sebahagian akidah dan ajaran Syiah yang menyalahi Ahli Sunah. Bagi akidah sebegitu mempunyai kesan yang besar kepada pendirian mereka mengenai al-Quran dan tafsirannya. Dr. Muhammad Hussain Al-Zahabi mengatakan: “ ...Mereka mula melihat kepada al-Quran al-Karim selepas itu melalui akidah-akidah ini, kemudian menafsirkan al-Quran berdasarkan hawa nafsu mereka. Dan mereka memahami nas-nas-Nya dan mentakwilkannya mengikut apa yang diwahyukan kepada mereka oleh akidah mereka dan apa yang dihiasi bagi mereka oleh hawa nafsu mereka. Ini adalah penafsiran dengan pendapat yang tercela iaitu penafsiran orang-orang yang telah mempunyai iktikad tertentu kemudian mentafsirkannya semula berdasarkan iktikad tersebut...”107

106 Nasir bin Abdullah bin Ali Al-Qafaari, Mas’alah al-Taqriib Baina Ahli al-Sunah wa al-Syiah, (al-Riyadh, Dar Tayyibah, cet.4, 1416H), Jld.1 m.s 349

107Muhammad Hussain al-Zahabi, al-Tafsir wa al-Mufassirun, (al-Kaherah:Maktabah Wahbah, Cet.6, 1416H /1995M), Jld2, m.s 27

Page 48: Artikel Syiah

40 | Hakikat Syiah

Page 49: Artikel Syiah

SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH DAN PERKAITANNYA

DENGAN AHLI BAIT

Datuk Haji Wan Zahidi Bin Wan TehMufti Wilayah Persekutuan

Page 50: Artikel Syiah
Page 51: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 43

بسم اهلل الرحمن الرحيمالحمدهلل رب العالمين, وصلى اهلل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

SYIAH GENERASI PERTAMAPerkataan “Syiah” pada asalnya digunakan dengan makna pengikut atau pembantu seseorang seperti kata Az-Zubaidi dalam kitabnya Taj Al-Arus :

كل قوم اجتمعوا على أمرفهم الشيعة, وكل من عاون إنسانا وتحزب له فهو شيعة له......“ Setiap kaum yang berkumpul bagi sesuatu tujuan maka mereka merupakan syiah dan setiap orang yang menolong seseorang dan menyebelahinya maka ia disebut syiah kepadanya “

Pada zaman awal Islam, perkataan “Syiah “ hanya digunakan dengan pengertian yang asal ini, iaitu penyokong bagi kumpulan-kumpulan yang bertelagah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan siasah atau pengurusan negara. Perkataan ini banyak digunakan ketika berlaku pertikaian antara Mu’awiyah dan Saidina Ali r.a. selepas kewafatan Saidina Uthman. Pada hakikatnya pertikaian antara dua kumpulan ini hanya bersifat siasah semata-mata dan tidak membabitkan akidah dan pegangan agama. Saidina Ali meminta Mu’awiyah memberikan ba’iah kepadanya memandangkan pelantikannya sebagai Khalifah adalah sah. Manakala Mua’awiyah meminta Saidina Ali mengambil tindakan terlebih dahulu terhadap para pembunuh Saidina Uthman yang menyertai pasukannya sebelum ia dan para pengikutnya dapat mengiktiraf Baginda sebagai Khalifah. Daripada sini, para pengikut Saidina Ali disebut “Syiah Ali”, manakala pengikut Mu’awiyah disebut “Syiah Mu’awiyah”.

Inilah asal penggunaan perkataan “Syiah”. Namun penggunaannya berkembang kepada pengertian yang khusus seperti yang disebut oleh Ibnu Al-Athir dalam kitab Al-Nihayah.

وقد غلب هذا اإلسم على كل من يزعم أنه يتولى عليا رضى اهلل عنه وأهل بيته حتى صار لهم إسما خاصا

“ Nama ini kemudiannya digunakan secara meluas kepada setiap mereka yang mendakwa sebagai pengikut setia Saidina Ali dan Ahlul Bait sehingga perkataan “Syiah” menjadi nama khusus bagi mereka “.

Perhatikan perkataan “yaz’um’ (mendakwa) yang digunakan oleh Ibnu Al-Athir yang membawa maksud bahawa mereka sebenarnya tiada kaitan dengan Saidina Ali dan Ahlul Bait. Nama Saidina Ali dan Ahlul Bait

Page 52: Artikel Syiah

44 | Hakikat Syiah

digunakan sebagai topeng bagi melindungi ajaran bidaah yang mereka bawa dengan tujuan meruntuhkan Islam.

Telah disebutkan sebelum ini bahawa perselisihan antara Saidina Ali dan Mu’awiyah bersifat siasah semata-mata. Ini bermakna para penyokong Saidina Ali pada ketika itu tidak menganuti akidah seperti yang dianuti oleh Syiah hari ini, seperti membenci para Sahabat, khususnya Saidina Abu Bakar dan Umar r.a., mengingkari Al-Quran dan juga Sunah Rasulullah SAW dan sebagainya daripada ajaran-ajaran yang diserapkan oleh Abdulllah bin Saba’, seorang Yahudi yang berasal dari Yaman. Malah antara syarat sulh yang dikenakan oleh Saidina Al-Hasan sebelum menyerahkan kuasanya kepada Mu’awiyah ialah bahawa Mu’awiyah perlu mengikut jejak langkah Al-Khulafa’ Al-Rasyidin. Jika sekiranya Al-Hasan menganggap Mu’awiyah sebagai kafir, sudah tentu beliau tidak menyerahkan kuasanya dan tidak menyuruh adiknya Al-Hussain serta Ketua tenteranya, Qais bin Said supaya berbai’ah kepada Mu’awiyah.

PERKEMBANGAN SYIAH KEPADA RAFIDHAH) رافضة( Bagi menggambarkan perkembangan ini saya perturunkan di sini tulisan Ihsan Illahi Zahir dalam Kitabnya “ Al-Syiah Wa Tasyayyu’ ”.

“Selepas zaman ini, berlaku perkembangan dan perubahan pada pengikut-pengikut Syiah. Mereka terpengaruh dengan pemikiran-pemikiran Yahudi, Majusi dan Nasrani, serta menganut akidah-akidah asing yang diseludupkan ke dalam Islam, disebabkan dendam mereka terhadap pemerintah Islam dan kerana terpedaya dengan penyelewengan dan pemalsuan oleh golongan zindiq daripada kalangan Yahudi dan Majusi... Dan yang mengepalai kegiatan penyusupan akidah dan pemikiran yang menyeleweng ini ialah ‘Abdullah bin Saba’, seorang ejen Yahudi yang menggunakan pemelukan Islam sebagai tabir bagi menutup perencanaan dan kegiatannya yang merosakkan itu. Dia jugalah orang yang membangkitkan fitnah dan menggerakkan pemberontakan untuk menjatuhkan Khalifah Islam Ketiga Saidina Uthman Bin Affan r.a. “

Sekalipun golongan yang digelarkan dengan Assabaiyyah ini kemudiannya berpecah kepada beberapa puak, namun kesemuanya berpegang dengan asas-asas pemikiran yang digegaskan oleh Abdullah bin Saba’ yang bertujuan merosakkan akidah, menghancur dan mengubah Syariah dan memecahbelahkan umat Islam. Menjelaskan ini, Abu Al-Muzaffar Al-Asfiraini dalam kitabnya “Attabsis fiddin” menulis:

“Dan ketahuilah bahawa semua firqah Imamiah yang kami sebutkan itu sekata dalam mengkafirkan sahabat, mendakwa berlaku kekurangan dan

Page 53: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 45

perubahan pada Al-Quran yang dilakukan oleh para sahabat. Dengan itu Quran yang ada pada hari ini tidak boleh dijadikan pegangan, demikian juga Hadis-Hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat. Mereka juga mendakwa terdapat nas dalam Quran yang menetapkan Saidina Ali sebagai Imam tetapi telah digugurkan oleh para Sahabat ...”.

Gelaran golongan ini yang diberi oleh Ahlul bait sendiri sebenarnya adalah “Rafidhah” Kitab : “al-Raud Al nadhir” menyebut riwayat daripada Isa bin Yunus, katanya : “Adapun Rafidhah, maka permulaan kelahiran ialah ketika sekumpulan pengikut Imam Zaid bin Ali datang menemuinya dan meminta beliau menolak kepimpinan Abu Bakar dan Umar r.a. sebagai syarat untuk mereka menyokongnya.Imam Zaid menolak permintaan mereka dan menegaskan yang beliau tetap menerima keduanya sebagai Khalifah. Mereka lalu mengatakan: أذا نرفضك ، فأتم الرافضة (kalau begitu kami menolak kepimpinan kamu). Imam Zaid menjawab :(Maka kamu semua adalah Arrafidhah).” Malah gelaran Rafidhah ini diberi oleh Rasulullah SAW sendiri seperti yang terdapat dalam Hadis riwayat Al-Darqutni daripada Ali r.a. sabda Rasulullah SAW

سيأتي قوم لهم نبز يقال لهم الرافضة....... “ Akan datang selepasku satu kaum, mereka mempunyai gelaran yang

dipanggil “Arrafidhah” (yang menolak kekhalifahan Syaikhain Abu Bakar dan Umar).

Berasaskan keterangan diatas, maka sebahagian ulama tidak menamakan golongan ini sebagai “Syiah” sebaliknya mereka disebut “Rafidhah”. Misalnya Imam Syafie pernah berkata seperti yang diriwayatkan oleh Harmalah :

لم أرحدا أشهد بالزورمن الرافضة“Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak berdusta selain daripada golongan Rafidhah.

Ini ialah kerana mereka tidak layak dan tidak berhak dipanggil Syiah kerana Syiah di zaman awal ialah mereka yang berpandangan Saidina Ali lebih utama daripada Saidina Uthman sebagai Khalifah. Mereka pada hakikatnya adalah Ahli Sunah kerana persoalan tersebut adalah perkara ijtihad yang tidak membabitkan akidah.

Maka bertolak daripada perkembangan dan perubahan dalam akidah Syiah, pengertian “ghuluw” atau keterlaluan juga turut berubah. Menurut Imam Al-Zahbi, sifat ghuluw di zaman salaf disebut kepada mereka yang memperkatakan sesuatu terhadap Saidina Uthman, Azzubair, Thalhah

Page 54: Artikel Syiah

46 | Hakikat Syiah

dan Muawiyah. Sedangkan ghuluw di zaman mutakhir ialah mereka yang mengkafirkan sahabat, menolak kekhalifahan Saidina Abu Bakar dan Umar dan menganut akidah yang menyesatkan seperti yang disebut sebelum ini, iaitu yang digelar Rafidhah.

Atas dasar perubahan pengertian ini jugalah kita dapati terdapat di kalangan ahli hadis yang diterima riwayat mereka yang dikatakan sebagai cenderung kepada tasyayyu’ (berfahaman Syiah).

Berasaskan huraian di atas, maka pengunaan gelaran “Syiah” bagi firqah Imamiah Isna Ashariah adalah mengelirukan. Lebih mengelirukan lagi apabila dalam mentakrifkan golongan ini disebutkan sebagai : Pengikut Saidina Ali, atau pengikut Ahlul Bait, kerana seperti yang akan dijelaskan selepas ini – mereka tiada kaitan dengan Saidina Ali maupun Ahlul Bait. Mereka adalah Assabaiyyah atau Arrafidhah.

Namun dalam konteks penulisan atau perbahasan gelaran Arrafidhah semata-mata sukar dikenali. Oleh yang demikian, dalam tulisan ini saya menggunakan gelaran “Syiah Rafidhah” bagi merujuk kepada golongan ini untuk tujuan pengenalan. Perkataan “Rafidhah” perlu digunakan kerana ia adalah gelaran yang diberi oleh Rasulullah SAW dan Ahlul Bait sendiri. Selain daripada itu ia dapat membezakan firqah dhallah ini dengan sebahagian Salaf yang mengambil pendirian yang berbeza daripada jumhur ummah bersabit dengan siapakah yang lebih utama untuk menjadi Khalifah antara Saidina Ali dan Saidina Uthman selepas Saidina Umar r.a. Seperti yang disebutkan sebelum ini, mereka tergolong daripada Ahli Sunah sekalipun ada di antara mereka yang bersifat ghuluw dalam pendiriannya kerana sahabat tidak ma’sum menurut pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.

SYIAH RAFIDHAH TIADA KAITAN DENGAN AHLI BAITMelihat kepada akidah serta amalan mereka yang bertentangan dengan al-Quran, Sunah Rasulullah SAW, Sunah Khulafa’ Rasyidin serta para sahabat dan Ahlul Bait, adalah jelas golongan Rafidhah ini tiada hubungan dengan Ahli Bait. Saya berpendapat gambaran yang diberikan oleh Ahmad Amin dalam bukunya “Fajrul Islam” mengenai golongan ini sangat tepat :

والحق أن التشيع كان مأوى يلجاء إليه كل من أراد هدم اإلسالم لعداوة أو حقد, ومن كان يريد إدخال تعاليم آبائه من يهودية ونضرانية وزردشنية وهندية .... كل هؤالء كانوا ينحذون حب أهل

البيت ستارا يضعون وراءه كل ماشاءت أهواءهم“Pada hakikatnya tasyayyu (menganut Syiah) telah menjadi tempat berlindung bagi setiap mereka yang ingin meruntuhkan Islam kerana

Page 55: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 47

permusuhan atau dengki, dan mereka yang ingin memasukkan ajaran nenek moyang mereka seperti Yahudi, Nasrani, Zoroaster dan Hindu. Semua mereka menjadikan kasih kepada Ahli Bait sebagai tabir untuk menutup tujuan mereka yang sebenar...”

Sebenarnya terdapat banyak bukti yang diriwayatkan daripada kalangan Ahli Bait sendiri bermula daripada Saidina Ali hinggakan anak cucu Baginda yang mengutuk tindakan kumpulan ini menggunakan nama Ahli Bait dalam kegiatan mereka menyebarkan ajaran bidaah, sesat dan kufur di kalangan orang ramai. Kitab Tasbit Dalailunubuwwah oleh Al-Hamzani menyebut bahawa Swaid bin Ghafalah, seorang pembantu Saidina Ali memberitahu Baginda bahawa terdapat sekumpulan orang yang mendakwa sebagai pengikut Saidina Ali mencerca Saidina Abu Bakar dan Umar atas nama Baginda. Saidina Ali lalu mengatakan: Aku berlindung dengan Allah (dua kali) daripada sebarang buruk sangka terhadap keduanya. Laknat Allah terhadap sesiapa yang menyimpan sebarang perasaan tidak baik terhadap mereka”. Baginda kemudian memasuki masjid dan menyampaikan khutbah ringkas. Antara kandungannya ialah : “Aku mendapat tahu ada golongan yang menyebut dua penghulu Quraish dan bapa kaum Muslimin dengan perkara yang aku bersih daripadanya malah aku akan kenakan hukuman terhadap orang yang memperkatakannya. Demi Allah : Tiada yang mengasihi keduanya melainkan ianya seorang mukmin yang bertakwa, dan tiada yang membenci keduanya melainkan ia adalah orang yang jahat lagi kotor (faajirun radi’)”. Di akhir khutbahnya ini, Baginda mengakui kelebihan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.h. ke atas seluruh umat selepas Nabi SAW :

“Sesungguhnya orang yang terbaik daripada kalangan umat ini selepas Nabi SAW ialah Abu Bakar dan Umar, kemudian Allah lebih mengetahui: Siapakah yang terbaik selepas keduanya...”.

Ali bin Al-Husain Zainul Abidin (cucu Ali yang didakwa oleh golongan Rafidhah sebagai Imam keempat mereka), ketika menggambarkan hubungan Ahlul Bait dengan kumpulan sesat ini menyatakan :

“Sesungguhnya Yahudi kasih kepada Uzair hingga mereka kata apa yang mereka kata tentangnya : Uzair bukan daripada mereka, dan mereka bukan daripada Uzair. Kaum Nasrani mengasihi Nabi Isa hingga mereka kata padanya apa yang mereka kata : Isa bukan daripada mereka dan mereka bukan daripada Isa. Keadaan kami (Ahlul Bait) juga demikian. Segolongan daripada pengikut kami akan mengasihi kami sehingga mereka kata pada kami apa yang dikata oleh Yahudi pada Uzair dan Nasrani pada Isa, mereka bukan daripada golongan kami dan kami bukan daripada golongan mereka”.

Page 56: Artikel Syiah

48 | Hakikat Syiah

Muhammad bin Ali Al-Baqir yang dianggap oleh Syiah Rafidhah sebagai Imam Kelima berkata kepada salah seorang sahabatnya Jabir Al-Jufi :

“Wahai Jabir : sampai kepadaku bahawa segolongan mereka yang mendakwa mengasihi kami di Iraq mencerca Abu Bakar dan Umar, mereka mendakwa aku yang menyuruhnya. Sampaikan kepada mereka, aku dengan nama Allah membersihkan diriku daripada mereka. Demi Allah jika aku menjadi pemerintah pasti aku akan mendekatkan diri kepada Allah dengan darah mereka.

لووليت لتقربت إلى إهلل تعالى بدمائهمDemikianlah kita lihat bagaimana Ahli Bait tiada sebarang kaitan

dengan puak Syiah Rafidhah, malah sebaliknya mereka mengutuk kegiatan golongan ini yang menyebarkan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Islam dan mengancam akan mengambil tindakan paling keras jika sekiranya mereka mempunyai kuasa.

Saya berpendapat adalah benar apa yang dikatakan oleh Shaikh Abdul Aziz Muhammad Al-Zubairi mengenai golongan ini dalam kitabnya “Izhabu Fa Antum Al-Rafidhah”.

والشيعة الرافضة هم فرفة من أعداء االسالم، تظاهروا بمحبة آل البيت كذبا وزورا، ودعوا الناس للتشيع فيهم، ونسبوا إلى آل البيت مالم يقولوه، ورووا عنهم مالم يفعلوه

“Syiah Rafidhah adalah satu puak daripada golongan musuh Islam, mereka berpura-pura mengasihi Ahli Bait secara dusta dan palsu, mengajak manusia menganut fahaman Syiah, menyebar ajaran-ajaran yang menyesatkan atas nama Ahli Bait, serta meriwayatkan perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh mereka”.

Berasaskan kepada apa yang ditulis oleh Sheikh Abdul Aziz ini, saya berpendapat istilah yang lebih tepat bagi merujuk kepada golongan ini ialah “firqah”, bukan “mazhab”. Kerana mazhab biasanya digunakan kepada kelompok yang tidak terkeluar daripada lingkungan Ahli Sunah Wal Jamaah.

PENUTUPBerasaskan kepada akidah dan ajaran sepertimana yang terdapat dalam kitab-kitab muktabar yang menjadi pegangan golongan ini, dan melihat kepada amalan dan tindak tanduk mereka di sepanjang sejarah dan masa kini, Syiah Imamiah Rafidhah adalah merupakan ancaman besar kepada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah serta keselamatan ummah dan negara

Page 57: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 49

jika golongan ini dibiarkan bertapak di negara kita. Antara rumusan yang di buat oleh Dr. Nasir Bin Abdullah Bin Ali Al-Qafari dalam tesis PhD yang berjudul :

أصول مذهب الشيعة اإلمامية اإلثنى عشريةAdalah seperti berikut :

وفى أثرهم فى العالم االسالمي تبين أن لهم آثارهم الفكرية الخطيره فى إحداث الشرك فى أمة محمد صلى اهلل عليه وسالم, والصد عن دين اهلل, وظهور فرق الزندقة وإللحاد......

“Tentang kesan mereka di dunia Islam, ternyata mereka meninggalkan kesan pemikiran yang berbahaya dalam menyebarkan syirik di kalangan umat Muhammad SAW dan menyekat jalan agama Allah, serta menggalakkan lahir golongan zindiq dan mulhid .......”

Dalam risalah yang berjudul “Syiah Imam Dua Belas : Penyelewengannya Dari Jalan Ahli Sunah Wal Jamaah”, saya menyatakan: “Peristiwa-peristiwa sejarah masa silam dan realiti masa kini memperlihatkan kepada kita bahawa permusuhan, persengketaan dan pertumpahan darah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan jika Fahaman Syiah Rafidhah dibiarkan bertapak di kalangan Ahli Sunah. Ini ialah kerana unsur-unsur tersebut telah diadun dan dicanai dengan begitu rapi sekali sehingga ia menjadi sebati dan tidak mungkin dapat dipisahkan lagi.”

Umat Islam Ahli Sunah wajib mengambil pengajaran dan tidak melupakan sejarah kerajaan Safawiyyah di bawah pimpinan Shah Ismail Safawi (907H/1501M) ketika berjaya menakluk Iran yang majoriti penduduknya bermazhab Sunni Syafii pada ketika itu. Sebaik sahaja beroleh kuasa, ia mula menyebarkan fahaman Syiah Rafidhah secara paksaan. Apabila dinasihat supaya tidak berbuat demikian, kerana majoriti penduduk bermazhab Syafii ia menolak dan dengan tegas mengatakan :

فإن تنطق الرعية بحرف واحد فسوف أمتشق الحسام ولن أترك أحدا على قيد الحياة.....“Jika ada rakyat yang membantah, saya akan hunuskan pedang, dan tidak akan membiarkan sesiapa pun hidup.”

Ia mengotakan kata-katanya dengan membunuh lebih sejuta pengikut Sunni yang enggan bertukar kepada fahaman Rafidhah dalam masa beberapa tahun sahaja. Ketika berjaya menakluk Baghdad, Shah Ismail memerintahkan supaya ulama-ulama Ahli Sunah di bunuh dan masjid-masjid serta madrasah milik orang-orang Sunni dirobohkan. Dan Sejarah

Page 58: Artikel Syiah

50 | Hakikat Syiah

berulang kembali sejak golongan ini beroleh kuasa di Iraq dengan sokongan Amerika Syarikat, seperti yang diceritakan dalam buku “Masajid Fi Wajhinnar” (Masjid-masjid Berhadapan Dengan Api : yang diterbitkan oleh “Markaz Ar-Rasyid Li Al-Dirasati Wal Buhuth” Iraq (lihat lampiran A-M )

Umat Islam di Malaysia - Kerajaan dan Swasta - wajib mengambil semua langkah yang perlu bagi menyekat penyebaran fahaman sesat dan berbahaya ini daripada bertapak di negara kita melalui penguatkuasaan undang-undang dan juga pendedahan kesesatan dan penyelewengan ajaran agama Syiah Imamiah Rafidah kepada orang ramai sebelum masanya terlambat dan sebelum nasi menjadi bubur.

واهلل اعلم

Page 59: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 51

DAFTAR RUJUKAN

(1983 ، لسنة ا ترجمان رة دا أ : الهور ( لتشيع وا لشيعة ا ظهير. لهى ا إحسان

لرواوفض ا ئد عقا عن لمسلم ا يعرفه ن أ مايجب لحمان. ا لعزيز ا عبد أحمدبن (1994 وهبة، مكتبة : لقاهرة ا ( مية إالما

اسكندرية ( لرافضة، ا نتم فأ ذهبوا ا لتسيخ. ا لزبيرى، ا محمد بن لعزيز ا عبد (2004 رإاليمان، دا :

المصرية، 1976) النهضة : مكتبة )القاهرة العام التاريخ االسالني ابرهيم حسن، على

إالثنى مية إالما لشيعة ا مذهب أصول لدكتور، ا لقفاري، ا بن اهلل عبد بن ناصر (1998 لرضا، را دا : لجيزة ا ( عشربة

لفكر را دا : لقاهرة ا ( االسالمية لمذهب ا ريخ تا لشيخ. ا بوزهرة. أ محمد ريخ( تا بدون لعربى ا

ر ا د : هرة لقا ا ( لزيدية وا لعربية ا لشيعة ا لدكتورز ا لفيومي, ا برهيم إ محمد (2002 , لعربى ا لفكر ا

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Page 60: Artikel Syiah

52 | Hakikat Syiah

LAMPIRAN A

Kulit Buku “Masjid Fi Wajhi An-Nur”, terbitan Markaz Al-Rasyid Li Al-Dirasat wal Buhuth, Iraq.

Page 61: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 53

LAMPIRAN B

Sinopsis buku mencatatkan tujuan penulisannya sebagai rakaman sejarah terhadap peristiwa dahsyat yang mengkucar-kacirkan penduduk Iraq.

Page 62: Artikel Syiah

54 | Hakikat Syiah

LAMPIRAN C

Sebahagian daripada 168 masjid yang diserang di Iraq, kebanyakannya di Rasafah, Baghdad.

Page 63: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 55

LAMPIRAN D

Serangan ke atas Masjid Jamek Yasin Wal Quranul Karim, Rasafah pada 22 Februari 2006 mengakibatkan kebakaran pada keseluruhan masjid dan kemusnahan harta.

Page 64: Artikel Syiah

56 | Hakikat Syiah

LAMPIRAN E

Masjid Jamek Quba’, Rasafah mengalami kebakaran pada keseluruhan masjid dan kemusnahan harta akibat serangan bersenjata pada 22 Februari 2006.

Page 65: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 57

LAMPIRAN F

Masjid Jamek ‘Ibadurrahman, Rasafah menerima serangan bersenjata 22 Februari 2006. Keseluruhan masjid terbakar dan mengalami kerosakan teruk.

Page 66: Artikel Syiah

58 | Hakikat Syiah

LAMPIRAN G

Serangan bersenjata ke atas Masjid Jamek Hamid Zuwaid, Rasafah pada 22 Februari 2006. Masjid terbakar keseluruhan.

Page 67: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 59

LAMPIRAN H

Keseluruhan Masjid Jamek 12 Rabiul Awwal, Rasafah terbakar dan seluruh harta benda masjid rosak kerana serangan bersenjata pada 22 Februari 2006.

Page 68: Artikel Syiah

60 | Hakikat Syiah

LAMPIRAN I

Masjid Jamek Al-Basyir Al-Nazir, Rasafah diserang dengan letupan dynamite dan serangan bersenjata. Masjid terbakar dan musnah kerana serangan pada 22 Februari 2006.

Page 69: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 61

LAMPIRAN J

Masjid Jamek Ahmar Raof, Rasafah terbakar keseluruhan kerana serangan bersenjata pada 22 Februari 2006. Masjid dan segala harta benda mengalami kerosakan.

Page 70: Artikel Syiah

62 | Hakikat Syiah

LAMPIRAN K

Masjid Jamek Al-Hurriyyah (I) di Al-Karkh diletupkan pada 22 Februari 2006.

Page 71: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 63

LAMPIRAN L

Masjid Jamek Al-Yasin di Karkh terbakar keseluruhannya dan mengalami kerosakan harta benda serangan pada serangan pada 22 Februari 2006.

Page 72: Artikel Syiah

64 | Hakikat Syiah

LAMPIRAN M

Masjid Jamek al-Hamzah, Basrah diserang pada 22 Februari 2006. Masjid terbakar mengakibatkan kerosakan pada seluruh isi masjid.

Page 73: Artikel Syiah

AHLUL BAIT MENURUT PANDANGAN SUNAH DAN SYIAH

Datuk Haji Wan Zahidi Bin Wan TehMufti Wilayah Persekutuan

Page 74: Artikel Syiah
Page 75: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 67

بسم اهلل الرحمن الرحيمالحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.

MUKADIMAHSebelum judul ini dibahaskan dengan lebih lanjut, rasanya perlu dijelaskan asas-asas dan sebab-sebab mengapa persoalan Ahlul Bait ini perlu dibincangkan. Bagi menjelaskan persoalan ini saya suka memetik penjelasan yang ditulis oleh Al-Faqih Ibnu Hajar Al-Haithami dalam mukadimah kitabnya “الصواعق المحرقة”.Ketahuilah bahawa yang mendorong saya menulis dalam perkara ini sekalipun saya merasa kurang mampu ialah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitab “الجامع” dan lainnya, bahawa Nabi SAW bersabda:

اذا ظهر الفتن أو قال البدع وسب أصحابى فـليظهر العالم علمه، فمن لم يـفعل ذلك فـعليه لعنة اهلل والمالئكة والناس أجمعين ال يـقبل اهلل منه صرفا وال عدال

“Apabila timbul fitnah atau bidaah di mana sahabat-sahabatku dimaki, maka orang yang berilmu hendaklah melahirkan ilmunya, sesiapa yang tidak melakukannya, maka ke atasnya laknat Allah, malaikat dan manusia seluruhnya, Allah tidak akan terima daripadanya amalan fardu mahupun yang sunat”.

Imam Rafie meriwayatkan :

عمل قليل في سنة خيـر من عمل كثير في بدعة )اخرجه الديلمى(

“Amal yang sedikit dalam sunah adalah lebih baik daripada amal yang banyak dalam bidaah”

At-Tabarani meriwayatkan:

من وقـر صاحب بدعة فـقد أعان على هدم اإلسالم“Barangsiapa yang memuliakan ahli bidaah, maka sesungguhnya dia telah menolong meruntuhkan Islam”.

Al-Baihaqi meriwayatkan:

ال يـقبل اهلل لصاحب بدعة صالة وال صوما وال صدقة وال حجا وال عمرة وال جهادا وال صرفا وال عدال، يخرج من اإلسالم كما يخرج الشعرة من العجين )أخرجه ابن ماجه(

“Allah tidak akan menerima daripada ahli bidaah sembahyang, puasa,

Page 76: Artikel Syiah

68 | Hakikat Syiah

sedekah, haji, umrah dan jihad, tidak juga amalan fardu dan sunat. Dia keluar daripada Islam seperti keluarnya rambut daripada tepung yang diuli.

Ibnu Hajar selanjutnya menjelaskan:

البدعة، أهل أكابر من ونحوهما والشيـعة الرافضة أن قطعيا علما منه تـعلم ما عليك وسنتـلو فيــتـنـاولهم هذا الوعيد الذي فى هذه األحاديث على أنه ورد فيهم أحاديث بخصوصهم.

“Dalam kitab ini saya akan kemukakan kepada anda nas-nas yang daripadanya anda akan ketahui secara pasti bahawa golongan Rafidhah, Syiah dan yang seumpamanya adalah daripada kalangan ahli bidaah yang terbesar. Oleh itu amaran-amaran yang terdapat dalam hadis-hadis yang dikemukakan itu meliputi golongan ini, malah terdapat hadis-hadis yang khusus mengenai mereka”.1

Golongan Ahlul Bait mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam berasaskan nas-nas daripada al-Quran dan Sunah. Sebahagian ulama memperuntukkan bab khusus dalam kitab yang mereka karang mengenai kelebihan Ahlul Bait seperti Ibnu Hajar dalam kitabnya. “الصواعق المحرقة” bab 11. Sebahagiannya pula menulis kitab khusus mengenai kelebihan Ahlul Bait, seperti kitab “البيت اهل oleh Ibnu Taimiyah, dan kitab ”حقوق البيت“ اهل Oleh Maqrizi. Dalam mazhab Syafie, selawat ke atas ”فضل keluarga Nabi SAW adalah sunat pada tahiyat akhir. Setengah pula mengatakannya sebagai wajib.2

Kedudukan Ahlul Bait seperti yang disebutkan di atas adalah merupakan satu kepercayaan dan amalan yang menjadi pegangan umum di kalangan orang-orang Ahlus Sunah. Oleh yang demikian persoalan mengenai kedudukan Ahlul Bait ini tidak pernah dibangkitkan selama ini.

Namun demikian, di akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan risalah-risalah layang3 menggunakan nama Ahlul Bait dengan tujuan merosakkan kepercayaan terhadap para sahabat Rasulullah SAW serta sumber-sumber utama yang menjadi pegangan umat Islam seperti Sahih Bukhari , Muslim dan sebagainya.

Memandangkan perkembangan yang tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan setiap muslim untuk bangkit mempertahankan akidah Islam daripada serangan golongan bidaah yang bertujuan memesongkan umat daripada akidah yang hak. Kewajipan ini adalah satu kewajipan yang besar seperti dijelaskan dalam hadis-hadis yang dipetik oleh Ibnu Hajar dalam mukadimah kitabnya “الصواعق المحرقة”. Bertolak daripada kesedaran tentang tanggungjawab inilah sebenarnya kertas kerja ini ditulis.

Page 77: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 69

PENGERTIAN AHLUL BAIT DAN MARTABAT MEREKA MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNAH

Orang-orang Syiah mendakwa mereka adalah pengikut Ahlul Bait. Sebelum persoalan ini dibahaskan dengan lebih lanjut, perlu ditentukan terlebih dahulu siapakah yang dikatakan sebagai Ahlul Bait. Memandangkan bahasa al-Quran dan al-Sunah adalah Bahasa Arab, kita perlu melihat terlebih dahulu pengertiannya dari sudut bahasa.

Menurut Az-Zabidi, perkataan Al-Ahlu bagi mazhab ialah orang yang menganutinya manakala Al-Ahlu bagi lelaki ialah isterinya, termasuk juga anak-anaknya. Dengan ini ditafsirkan firman Allah Taala 4(وساربأهله): “Dan berjalan Musa dengan ahlinya” yakni dengan isterinya dan ahlinya. Al-Ahlu bagi Nabi SAW ialah isterinya, anak-anaknya, menantunya Ali r.a.”5

Menurut Ibnu Manzur, “Ahli bagi lelaki ialah orang yang paling dekat dengannya. Ahlul Bait bagi Nabi SAW ialah isteri-isterinya, anak-anaknya dan menantunya, yakni Ali r.a.. Kata setengah pendapat Ahlul Bait ialah perempuan-perempuan Nabi SAW.” 6

Al-Imam Ar-Ragib Al-Asfahani menyatakan: “Ahli bagi laki-laki ialah mereka yang seketurunan dan seagama dengannya. Ahli bagi seseorang lelaki pada asalnya dipakai pada mereka yang tinggal serumah dengannya. Kemudian dipakai secara ‘majaz’ seperti dikatakan “ahli rumah seseorang, bagi mereka yang serumah dan senasab dengannya. Perkataan ini kemudian dijadikan istilah untuk keluarga Nabi SAW secara mutlak.” 7

Berasaskan petikan-petikan daripada kitab-kitab lughah yang muktabar di atas jelas bahawa “Ahlul Bait” bagi seseorang dalam Bahasa Arab bermaksud: isteri, anak, menantu dan orang yang sama keturunan dengannya (بيت النسب).

Mengenai Ahlul Bait yang menjadi istilah khusus kepada Rasulullah SAW, al-Quran menyebut dalam surah al-Ahzab ayat 33:

لو ة ٱلص وأقمن ول

ٱل هلية ـ جٱل ج تب تب جن ول بيوتكن ف وقر ن

عنكم هب

ليذ ٱلل ير يد إنما ور سولۥ ٱلل وأطعن كو ة ٱلز وءاتني هريا

كم تط

ر بيت ويطه

ٱلر جس أهل ٱل

“Dan hendaklah kamu (para isteri Nabi SAW) tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang

Page 78: Artikel Syiah

70 | Hakikat Syiah

serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu. Wahai ‘Ahlul Bait’ dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)”.

PENDAPAT PARA ULAMA TENTANG PENGERTIAN AHLUL BAIT

Al-Qurtubi ketika mentafsirkan ayat ini menyatakan: “Firman Allah8:

مة

حك وٱل ت ٱلل ـ كر ن ما يتل ف بيوتكن من ءاي

وٱذ

“Ingatlah (wahai isteri-isteri Nabi) apa yang dibaca di rumah-rumah kamu sekalian (yakni isteri-isteri Nabi SAW daripada ayat –ayat Allah dan Al-Hikmah (sunah).”

Perkataan-perkataan ini menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahlul Bait ialah isteri-isteri Nabi SAW. Para ahli ilmu telah berselisih pendapat tentang Ahlul Bait, siapakah mereka? Ata’, Ikrimah dan Ibnu Abbas berpendapat mereka ialah isteri-isterinya sahaja, tidak ada sebarang lelaki bersama mereka. Mereka mengatakan bahawa maksud al-bait ialah tempat tinggal Nabi SAW berdasarkan firman Allah “Dan ingatlah (wahai isteri-isteri nabi ) apa yang dibacakan di rumah-rumah kamu”. Sesetengah golongan seperti Al-Kalbi9 berkata: Mereka ialah Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain sahaja. Yang nyata daripada ayat ini ialah umum untuk semua Ahlul Bait yang meliputi isteri-isteri dan keluarga yang lain. Adapun tentang perkataan ,ialah kerana Rasulullah SAW, Ali ,(penggunaan jama’ muzakkar) (ويطهركم)Hassan dan Hussain termasuk dalam Ahlul Bait; kerana (menurut kaedah Bahasa Arab), apabila berkumpul “muzakkar” (laki-laki) dan “muannas” (perempuan), maka dimenangkan lelaki. Dengan demikian jelaslah ayat ini menunjukkan isteri-isteri Rasulullah adalah daripada kalangan Ahlul Bait kerana ayat ini menyentuh tentang mereka. Orang yang dihalakan cakap juga adalah mereka berasaskan urutan dan konteks percakapan.

As-Sa’labi berkata : “Mereka (Ahlul Bait) adalah Bani Hashim, ini menunjukkan yang dimaksudkan dengan Al-Bait (rumah) ialah “بيت النسب” (rumah keturunan). Dengan demikian, Al-Abbas, bapa-bapa saudaranya dan anak-anak mereka termasuk dalam Ahlul Bait”. 10

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Zaid bin Arqam ditanya, “Adakah isteri-isterinya (Rasulullah SAW daripada Ahlul Bait?) Zaid menjawab:

Page 79: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 71

“isteri-isterinya daripada Ahlul Bait…”

Imam Bukhari meriwayatkan Rasulullah SAW pergi ke bilik Aishah lalu memberi salam: السالم عليكم أهل البيت ورحمة اهلل . Daripada keterangan-keterangan di atas dapat disimpulkan bahawa Ahlul Bait menurut pandangan Ahli Sunah termasuk : isteri-isteri Rasulullah, anak menantunya, serta kaum kerabat daripada keturunan Bani Hashim dan Bani Mutalib.

KELEBIHAN AHLUL BAITMenurut Ibnu Hajar, ayat 33 surah al-Ahzab ini menunjukkan kelebihan Ahlul Bait, kerana Allah menyatakan scara khusus keinginan membersihkan mereka daripada dosa atau syak dalam perkara-perkara berkaitan iman, dan juga membersihkan mereka daripada akhlak yang keji. Setengah riwayat mengatakan maksud ‘تطهير’ ialah mengharamkan mereka daripada api neraka iaitu dengan ilham daripada Allah kepada mereka untuk bertaubat dan mengekalkan amal soleh.

Selain daripada itu, pengharaman zakat ke atas mereka adalah sebahagian maksudnya pembersihan dalam ayat di atas kerana zakat atau sedekah wajib adalah sisa-sisa pembersihan manusia (الناس .(اوساخ Sebagai gantinya mereka diberi harta 1/5 “ خمس ” harta rampasan perang atau harta negara.” 11

Dalam sunah Rasulullah terdapat hadis-hadis yang menyatakan kewajipan mengasihi Ahlul Bait dan menjaga kepentingan mereka. Berikut ini diperturunkan sebahagian daripada nas-nas berkenaan:

من أحب اهلل أحب القرأن ومن أحب القرأن أحبنى ومن أحبنى أحب أصحابى وقـرابتى )رواه الديلمى)

“Sesiapa yang kasih kepada Allah pasti dia kasih kepada al-Quran, sesiapa yang kasih kepada al-Quran pasti dia mengasihi aku, barangsiapa yang mengasihi aku, pasti dia mengasihi sahabat-sahabat dan kaum kerabatku”.

أحبوا اهلل لما يـغدوكم به من نعمة وأحبونى لحب اهلل وأحبوا أهل بـيتى لحبى )رواه الترمذى والحاكم(“Kasihlah akan Allah kerana segala nikmat yang dikurniakan kepada kamu, kasihilah aku kerana kasihkan Allah, dan kasihilah keluargaku kerana kasihkan aku.” (diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Al-Hakim)

والديلمى عن على( ابن عدى )أخرجه وألصحابى بـيتى ألهل حبا أشدكم الصراط على أثـبتكم “Orang yang paling tetap perjalanannya di atas الصراط (titian di hari Kiamat) ialah orang yang paling kasih kepada Ahlul Bait aku dan sahabat-sahabatku”.

Page 80: Artikel Syiah

72 | Hakikat Syiah

بـيـتـى” أهــلـى فـى “اخـلـفـونـى : سلـم و عليـه صـلى اهلل النـبـى بـه تـكــلم مـا آخــر ابن عمر: عن )رواه الطبرانى(

Daripada Ibnu Umar r.a.: Perkataan akhir yang diucapkan oleh Rasulullah SAW ialah “Gantikanlah aku pada (menjaga kepentingan) Ahlul Bait aku”.

استـوصوا بأهل بـيتى خيــرا )أخرجه ابن سعد(“Berbuat baiklah kamu terhadap Ahlul Bait aku.”.

Berasaskan nas-nas di atas para ulama Ahlus Sunah sependapat mengatakan bahawa kewajipan umat Islam terhadap Ahlul Bait ialah menaruh rasa kasih sayang terhadap mereka, menjaga kepentingan serta berbuat baik terhadap mereka.

Inilah ajaran dan pegangan Ahlus Sunah tentang Ahlul Bait. Saidina Abu Bakar mengatakan : “Sesungguhnya menghubungkan kerabat Rasulullah SAW lebih aku kasihi daripada kerabat aku sendiri” 12. Abu Ubaid meriwayatkan bahawa Saidina Umar ketika membahagikan harta rampasan perang Iraq dan Syam bertanyakan para sahabat siapakah yang patut dimulakan. Sahabat-sahabat r.a. menjawab: “mulakanlah dengan diri kamu sendiri”. Saidina Umar berkata: “Tidak, aku akan mulakan Aishah r.a. sebanyak 12,000 dan isteri-isteri Rasulullah SAW yang lain sebanyak 10,000. Kemudian kepada Saidina Ali dan anak-anaknya serta golongan Bani Hashim yang menyertai perang Badar sebanyak 5,00013 (tidak disebutkan di dalam kitab sama ada ia adalah dinar atau tidak).

Qadi ‘Iyadh berkata: “hadis–hadis yang lalu menunjukkan wajib mengasihi Ahlul Bait dan haram yang sangat berat jika membenci mereka”. Ini juga adalah pendapat Baihaqi, Baghawi dan lain-lain, malah Imam Syafie telah menyatakan dengan jelas tentang hukum ini dengan katanya:

يا أهل بـيت رسول اهلل حبكم فـرض من اهلل فى القرأن أنـزله“Wahai Ahlul Bait Rasulullah! Sesungguhnya kasihkan kamu adalah fardu yang diturunkan Allah di dalam al-Quran”. 14

Imam Syafie sangat terkenal dengan kecenderungan dan kasihnya kepada keturunan Saidina Ali r.a. sehingga beliau dituduh sebagai Syiah atau Rafidhah. Menjawab tuduhan tersebut, beliau dengan tegas menyatakan:

اذا كان رفضا حب آل محمد فـليشهد الثـقالن أنى رافضى“Sekiranya kasihkan keluarga Muhammad SAW itu sebagai Rafidhah, maka biarlah jin dan manusia menyaksikan bahawa saya seorang Rafidhah”. 15

Page 81: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 73

AHLUL BAIT SELAIN DARIPADA RASULULLAH SAW TIDAK MAKSUM

Menurut akidah Ahlus Sunah, sifat “عصمة” (terpelihara daripada dosa) khusus kepada Nabi dan Rasul sahaja. Selain daripada mereka termasuklah Ahlul Bait tidak maksum.

Ayat 33 surat al-Ahzab ini tidak membawa pengertian demikian, berkata Ibnu Taimiyah:

“Adapun ayat (ويطهركم تطهيرا) bukanlah merupakan khabar yang memberitahu bahawa Ahlul Bait telah bersih daripada kekejian dan dosa: malah ayat ini mengandungi perintah kepada mereka untuk mengerjakan amalan yang boleh membawa kepada hilang kekejian dan pembersihan. Ayat ini seperti juga ayat-ayat :

وليت كم

ر ليطه ير يد كن ـ ول ج

حر ن م عليكم ليجعل ٱلل ير يد ما ون ) المائدة:6(

نعمتهۥ عليكم لعلكم تشكر

ويتوب قبلكم من ين ٱل سنن ديكم وي لكم ليبني ٱلل ير يد علمي حكمي (النساء : 26( عليكم وٱلل

Maka perkataan يريد (hendak ) di sini mengandungi perintah kasih dan redha tetapi ia (iradat yang mengandungi erti perintah, kasih dan redha) tidaklah bermakna mesti berlaku”.

Antara dalil yang menunjukkan bahawa yang demikian itu (menghilangkan keji yang menunjukkan keji dan pembersihan) itu adalah merupakan perintah (melakukan amalan yang membawa kepada pembersihan) dan bukannya khabar berlakunya perkara tersebut ialah Nabi SAW melingkungkan kain pada Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain r.a. kemudian mendoakan “Ya Allah! Mereka adalah Ahlul Bait aku, maka hilangkanlah daripada mereka sifat-sifat yang keji dan bersihkanlah mereka sebersih-bersihnya”. 16 Bukti yang lain ialah ayat ini berada di tengah-tengah ayat yang mengandungi perintah dan larangan ( sila baca al-Ahzab 30 – 40) urutan dan konteks ini jelas menunjukkan ia adalah perintah dan larangan; dan bahawa isteri-isteri Nabi SAW, adalah daripada Ahlul Bait kerana ayat ini ditujukan kepada mereka”.

Selepas turun ayat ini selama enam bulan Rasulullah SAW lalu melintasi rumah Fatimah r.a. setiap kali keluar kerana menunaikan sembahyang dan berkata :

Page 82: Artikel Syiah

74 | Hakikat Syiah

الصالة أهل البـيت“Tunaikan sembahyang wahai Ahlul Bait”

Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat 33 surat al-Ahzab. 18 Hadis ini jelas menunjukkan perkaitan ayat التطهير dengan amalan seperti hadis :

اعملى يا فاطمة فإنى ال أغنى عنك من اهلل شيئا“ Beramallah wahai Fatimah, kerana aku tidak dapat berbuat apapun di sisi Allah bagi pihak dirimu”.

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda memperingatkan kaumnya dari Bani Hashim:

يا بنى هاشم ال يجيئنى الناس باألعمال و تجيئونى باألنساب )رواه الطبرانى(“Wahai Bani Hashim! Janganlah nanti manusia lain datang kepadaku dengan amalan, kamu datang dengan keturunan”.

Sekiranya ayat التطهير dalam surah al-Ahzab membawa arti Ahlul Bait maksum, maka ini bermakna semua sahabat, malah seluruh umat Islam adalah maksum, kerana Allah berfirman:

ون

تشكر لعلكم عليكم نعمتهۥ وليت كم

ر ليطه ير يد كن ـ ول)المائدة : 6)

“Tetapi Allah hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatnya kepada kamu supaya kamu bersyukur ”.

مآء مآء ٱلس ن م عليكم ل وينز نه م أمنة ٱلنعاس يكم يغش إذ

ن )االنفال:11) ـ يط هب عنكم ر جز ٱلش

كم بهۦ ويذ

ر ليطه“(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan,”.

Ayat dalam surah al-Maidah ini jelas ditujukan kepada seluruh umat Islam kerana ia dimulakan dengan ayat (يا أيـها الذين آمنوا). Perkaitan ayat ini dengan amal juga adalah jelas kerana dalam ayat ini Allah memerintahkan umat Islam supaya bersuci ketika hendak bersembahyang. Oleh itu ayat: Allah hendak membersihkanmu” bermakna: hendaklah kamu“ (يريد ليطهركم)

Page 83: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 75

bersuci supaya kamu bersih, kerana Allah suka dan redha kamu menjadi bersih.

Manakala ayat surat al-Anfal pula turun ketika perang Badar, namun begitu ia tidak membawa erti bahawa sahabat-sahabat yang menyertai perang Badar adalah maksum. Ayat ini seperti juga ayat surah al-Maidah menghendaki supaya para sahabat menyucikan diri mereka zahir dan batin kerana Allah redha, kasih dan perintah mereka menjadi manusia yang bersih zahir dan batin.

Jaminan seseorang itu akan masuk syurga tidak bermakna dia maksum dari sebarang dosa kerana seseorang itu masuk syurga hanya dengan rahmat Allah Taala seperti yang disebut dalam hadis, dan Allah berkuasa mengampunkan dosa sesiapa yang dikehendakinya:

يـغفر لمن يشاء ويـعذب من يشاء “Allah mengampunkan dosa bagi sesiapa yang ia kehendaki dan mengazab sesiapa yang ia kehendaki”.

AHLUL BAIT DI SISI SYIAH IMAMIAH ISNA ASHARIAH JA’FARIAH19 Ahlul Bait menurut pandangan syiah Imamiah Isna Ashariah ialah Saidina Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain r.a. sahaja. Mereka mengeluarkan isteri-isteri dan kaum kerabat Rasulullah SAW (selain daripada yang disebutkan di atas) daripada pengertian Ahlul Bait yang terdapat dalam surah al-Ahzab ayat 33 seperti yang telah dihuraikan sebelum ini. Al-Majlisi menjelaskan:

“Ketahuilah bahawa ayat ini (al-Ahzab:33) adalah antara dalil yang menunjukkan sifat “عصمة” (terpelihara daripada dosa) bagi ‘الكساء ’اصحاب ( mereka yang disebutkan di atas r.a.) kerana seluruh umat sependapat mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahlul Bait adalah ahli rumah Nabi SAW sekalipun terdapat khilaf dalam menentukan siapakah mereka. Ulama-ulama kita (Syiah) r.a. dan banyak daripada kalangan ulama Jumhur (Ahlus Sunah) berpendapat bahawa ayat ini diturunkan kepada Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain r.a. sahaja tidak termasuk ahli keluarga yang lain daripada mereka”.

Ada dua dakwaan penting menjadi pegangan umat Syiah bersabit dengan ayat التطهير iaitu: Penentuan Ahlul Bait dan mereka adalah maksum. Kedua-dua pegangan inilah sebenarnya menjadi asas kepada seluruh ajaran bidaah yang terdapat dalam mazhab Syiah serta pertentangannya dengan ajaran Sunah. Oleh kerana kedua-dua perkara ini sangat penting, berikut ini dikemukakan sebahagian daripada hujah-hujah dan jawapan-jawapan terhadapnya.

Page 84: Artikel Syiah

76 | Hakikat Syiah

HUJAH-HUJAH SYIAH TENTANG PENENTUAN AHLUL BAIT

Menurut Al-Majlisi, sekiranya ayat “التطهير” itu untuk isteri-isteri Nabi SAW, tentulah ayat itu berbunyi “ويطهركن” ( ganti nama bagi perempuan). Oleh kerana ayat ini turun pada Ahlul Bait (selain daripada isteri-isteri Nabi SAW, maka ayat ini menggunakan ganti nama lelaki (ويطهركم).20

Hujah ini sebenarnya menunjukkan kejahilan mereka dalam Bahasa Arab ( kerana kebanyakan mereka daripada bangsa Parsi yang tidak memahami bahasa Arab secara mendalam). Dhamir “muzakkar” digunakan di sana kerana dua sebab. Pertama, lafaz Al-Ahlu adalah muzakkar. Orang-orang Arab menggunakan lafaz muzakkar sekalipun pada perempuan sekiranya yang diperhatikan ialah perkataan tersebut. Penggunaan seperti ini terdapat dalam ayat-ayat yang lain dalam al-Quran seperti :

ا بقبس أو ن ءاتيكم م ءانست نار ا لعل ر ءا نار ا فقال لهل ٱمكثوا إنإذ

أجد عل ٱلنار هدى )طه:10)

“ketika ia melihat api, lalu berkata Musa kepada ahlinya (isterinya anak Nabi Shuib a.s), tunggulah engkau di sini sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan”.

بيت إنهۥ تهۥ عليكم أهل ٱل ـ ك

وبر ر حت ٱلل قالوا أتعجبني من أمر ٱلل

جيد )هود:73) حيد م

“Apakah kamu (isteri Nabi Ibrahim a.s. )hairan tentang kekuasaan Allah: rahmat Allah dan berkat-Nya ke atas kamu Ahlul Bait, sesungguhnya ia amat terpuji lagi mulia”.

Di dalam hadis terdapat penggunaan seperti ini, seperti hadis berikut:

... فانطلق إلى حجرة عائشة فـقال: السالم عليكم أهل البيـت ورحمة اهلل فـقالت وعليك السالم ورحمة اهلل كيف وجدت أهلك؟ بارك اهلل لك

“Lalu Rasulullah SAW pergi ke bilik Aishah r.a. dan berkata: الله“ ورحمة البيت أهل عليكم :maka Aishah r.a. menjawab ,السالم bagaimana dengan Ahli (isteri) kamu (Zainab binti ,وعليك السالم ورحمة الله Jahsy), semoga Allah memberi berkah kepada mu”. 21

Page 85: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 77

Dalam hadis ini ada dua petunjuk penting yang membatalkan hujah Syiah. Pertama penggunaan “dhamir muzakkar” kepada perempuan iaitu Aishah r.a. kerana meraikan lafaz “Ahlu”. Kedua isteri-isteri Rasulullah SAW yang dimaki dan dikafirkan oleh Syiah22 adalah daripada kalangan Ahlul Bait.

Sebab kedua mengapa “dhamir muzakkar” digunakan dalam ayat التطهير di atas ialah kerana yang dimaksudkan dengan Ahlul Bait dalam ayat ini bukan sahaja isteri-isteri Rasulullah SAW, tetapi juga anak menantu dan cucunya, malah setengah pendapat memasukkan juga Bani Mutalib dan Bani Hashim. Menurut kaedah Bahasa Arab, apabila berhimpun lelaki dan perempuan, digunakan lafaz “muzakkar”.

Antara hujah Syiah dalam menegakkan pendapat mereka mengenai siapakah yang dimaksudkan Ahlul Bait ialah hadis riwayat Tirmidzi daripada Ummu Salamah r.a., katanya : Ayat ini turun di rumahku.

Selepas turun ayat ini Rasulullah SAW memanggil Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain, lalu Rasulullah masuk bersama mereka ke dalam kain (كساء) Khaibar dan berkata “mereka ini adalah Ahlul Bait aku”. Rasulullah SAW membaca ayat (التطهير) dan berdoa:

رهم تطهيـرا اللهم اذهب عنـهم الرجس وطه“Ya Allah hapuskanlah daripada mereka kekejian dan bersihkanlah mereka sebersih-bersihnya”.

Ummu Salamah berkata maksudnya: “Ya Rasulullah tidakkah aku daripada ahli kamu?” Jawab Rasulullah SAW maksudnya: Kamu di tempat kamu, kamu telah berada dalam kebaikan”. Riwayat yang lain menyebut: Aku (Ummu Salamah) berkata: “Ya Rasulullah, tidakkah aku daripada ahli kamu?” Rasulullah menjawab: (بلى) ‘Ya’.

Ketika mengulas hadis ini, Shah Abdul Aziz Ad-Dahlawi berkata: “Hadis ini merupakan dalil yang sangat jelas bahawa ayat ini turun pada hak isteri-isteri Rasulullah SAW sahaja. Rasulullah SAW telah memasukkan mereka berempat عنهم اهلل .dalam kelebihan ini dengan doanya yang berkah رضى Sekiranya ayat ini turun pada mereka (Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain r.a., maka tentulah doa tidak perlu, kerana Rasulullah tidak melakukan sesuatu yang telah berhasil) pemahaman ini disokong oleh hadis sahih riwayat Imam Baihaqi bahawa Rasulullah berbuat demikian juga terhadap Al-Abbas dan anak-anaknya. 23

Hadis-hadis Al-Kisa’ kebanyakannya dhaif dari segi sanad. Walaupun demikian ulama Ahlus Sunah tidak keberatan meriwayat dan beramal dengan hadis dhaif sekiranya ia berkaitan dengan perkara fadilat.

Page 86: Artikel Syiah

78 | Hakikat Syiah

Perlu dijelaskan di sini bahawa dalam ajaran Syiah, persoalan عصمة dan penentuan Ahlul Bait adalah persoalan akidah yang menjadi asas penting bagi kesahihan mazhab mereka. Satu persoalan yang timbul di sini ialah bagaimana dalil yang sangat dhaif boleh dipergunakan untuk menegakkan satu asas penting dalam akidah?

Sekiranya diterima tafsiran mereka tentang Ahlul Bait dan sifat عصمة mereka, maka akan timbul rentetan soalan yang memerlukan jawapan berasaskan dalil-dalil yang sah seperti: Manakah dalil yang menunjukkan selain daripada empat orang (Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain r.a.), anak cucu mereka jugak maksum. Sekiranya dikatakan keturunan Ali dan Fatimah r.a. maksum mengapakah dua belas orang sahaja yang maksum, dan manakah dalil yang menentukan setiap orang daripada imam mereka selepas Saidina Hussain itu maksum. Apakah perkaitan sifat عصمة dengan hak memerintah umat sehingga hari Kiamat. Saidina Ali dan anak cucunya tidak pernah mendakwa mereka adalah maksum dan keluarga mereka sahajalah yang berhak memerintah umat hingga hari Akhirat.

AKIDAH-AKIDAH SYIAH DIBINA ATAS PANDANGAN MEREKA TERHADAP AHLUL BAITBerasaskan pandangan mereka terhadap Ahlul Bait seperti yang dihuraikan sebelum ini, Syiah telah membina asas-asas ajaran mereka yang bercanggah dengan ajaran Sunah. Antaranya ialah:

A. AL-IMAMAH (AL-WILAYAH) DAN AL-WASAYAHAl-Imamah atau Al-Wilayah ialah hak memerintah umat Islam selepas Nabi SAW. Mereka menjadikan hak memerintah selepas Nabi SAW bagi Saidina Ali r.a. dan keturunannya daripada zuriat Fatimah sebagai salah satu daripada rukun iman yang penting sehingga tidak sah iman seseorang itu tanpa beriman dengannya. Al-Kulaini24 yang mereka gelarkan dengan (اإلسالم ”الكافى“ meriwayatkan dalam kitabnya (ثقة daripada Jaafar As-Sadiq katanya:

أثافى اإلسالم ثـالثة: الصالة، الزكاة، والوالية، ال تصح واحدة منـها إال بصاحبها“Tonggak Islam itu ada tiga, sembahyang, zakat dan wilayah, tidak sah salah satunya, melainkan dengan yang dua lagi”. 26

Dalam satu riwayat yang lain disebutkan yang paling afdal ialah Al-Wilayah27. Ibnu Babawaih Al-Qummi yang bergelar الصدوق ( yang sangat benar) mengatakan: “Iktikad kita pada orang yang mengingkari Imamah Amir Al-Mukminin Ali bin Abu Talib r.a. dan imam-imam selepasnya,

Page 87: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 79

bahawa ia seperti orang yang mengingkari kenabian semua anbiya a.s. dan iktikad kita pada orang yang mengakui Imamah Amir Al-Mukminin tetapi mengingkari salah seorang daripada imam-imam selepasnya, adalah seperti orang yang mengiktiraf semua anbiya a.s. tetapi mengingkari kenabian kita Muhammad SAW.” 28

Seorang ulama besar mereka Al-Mufid mengatakan:

اتـفقت اإلمامية على أن من أنكر امامة أحد من األئمة وجحد ما أوجبه اهلل تـعالى من الطاعة فـهو كـافــر ضـــال مستحق الخلود في النار28 .

“Ulama imamah ijmak mengatakan bahawa siapa yang mengingkari imamah salah seorang daripada imam-imam (dua belas) dan mengingkari kewajipan taat kepadanya, maka dia adalah kafir lagi sesat dan kekal dalam neraka”. 29

IMAM-IMAM LEBIH MULIA DARIPADA PARA ANBIYA’Dalam bab yang berjudul: “Kelebihan para imam ke atas para anbiya’, Al-Majlisi membawa beberapa riwayat antaranya:

ما من نبى نـبئ وال من رسول ارسل اال بواليتنا وتـفضيلنا على من سوانا“Tiada seorang nabi pun yang diwahyukan dan tiada seorang rasul pun yang diutuskan melainkan dengan wilayah kami dan dengan kelebihan kami ke atas yang lain daripada kami”.

عن ابى سعيد الخدرى قال: سمعت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يـقول : يا على ما بعث نبيا اال وقد دعاه إلى واليتك طائعا أو كارها

“Daripada Abi Said Al-Khudri katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Wahai Ali, Allah tidak mengutuskan seorang nabi pun melainkan Allah menyerunya kepada wilayah kamu, sama ada secara sukarela atau paksa”. 30

AL-WASAYAHAl-Wasayah bererti setiap nabi mesti mewasiatkan penggantinya sebagai Imam sebelum wafat, dan Imam berikutnya akan mewasiatkan penggantian pula. Al-Majlisi membawa satu riwayat daripada Nabi SAW: 31

ما قـبض اهلل نبيا إال أمره أن يوصى إلى عشيـرته من عصبته وامرنى أن اوصى “Allah tidak mewafatkan seseorang nabi hinggalah Allah memerintahkan berwasiat kepada keluarganya daripada kalangan ‘asabahnya dan Allah perintahkan aku supaya berwasiat”.

Page 88: Artikel Syiah

80 | Hakikat Syiah

عن ابى عبداهلل قال : عرج النبى صلى اهلل عليه وسلم السماء مائة و عشرين مرة، ما من مرة اال وقد أوصى اهلل عز وجل فيها إلى النبى صلى اهلل عليه و سلم بالوالية لعلى واألئمة من بعده عليهم

السالم أكثر مما أوصاه بالفرأئض“Daripada Abdullah katanya: Nabi Mi’raj ke langit seratus dua puluh kali. Pada setiap kali mi’raj Allah wasiat kepada nabi tentang wilayah bagi Ali dan imam-imam selepasnya lebih banyak daripada wasiat Allah tentang amalan fardu”.

B. MENOLAK PEMERINTAHAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN DAN MENGHUKUM MEREKA DAN SAHABAT-SAHABAT YANG MENGAKUI PEMERINTAHAN KHULAFA’ SEBAGAI KAFIR

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abu Abdullah mengenai tafsir ayat 137 surah an-Nisa’:

يكن لم كفر ا ا و د ا د ز ٱ ث ا و

كفر ث ا منو ا ء ث ا و

كفر ث ا منو ا ء ين ل ٱ ن إسبيل يم د لي ل و له

ليغفر لل ٱ

“Kata Abu Abdullah: ‘Ayat ini turun pada fulan dan fulan, mereka mulanya telah beriman dengan Nabi SAW kemudian mereka jadi kafir ketika dikemukakan kepada mereka wilayah”

Maksud ‘fulan’ di sini dijelaskan oleh ulama yang menghuraikan kitab ini dengan katanya: “maksud ‘fulan’, fulan itu ialah Abu Bakar, Umar dan Uthman”. 32

Mengenai tafsir ayat. Surat al-Hujuraat, Al-Kulaini meriwayatkan daripada imam Jaafar As- Sodiq:

ه إليكم قوله )حبب إليكم اإليمان وزيـنه في قـلوبكم( يعنى أميرالموءمنين عليه السالم، )وكرالكفر والفسوق والعصيان( األول والثانى والثالث

“Katanya; (Allah menjadikan kamu kasih kepada iman dan menghiaskannya di hati kamu), yakni Amir Al-Mukminin r.a. (dan menjadikan kamu benci kepada kufur, amalan fasik dan maksiat), yakni; yang pertama, kedua dan ketiga”. Ketiga-tiga yang dimaksudkan itu tidak lain daripada tiga khalifah Islam sebelum Ali r.a..”

Page 89: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 81

Al-Majlisi, ketika mengulas satu hadis tentang kelebihan sahabat yang melihat Nabi SAW berkata:

الخالفة للمنافقين, كغاصبى لمن كان مؤمنا منهم ال إنما هى الفضائل أن هذه نعلم أن وينبغى وأضرابهم واتباعهم.

“Hendaklah anda ketahui bahawa kelebihan-kelebihan ini hanyalah bagi siapa yang beriman daripada kalangan mereka, bukan bagi golongan munafikin seperti mereka yang merampas jawatan khalifah dan seumpama mereka serta pengikut-pengikut mereka”. 33

SYIAH TIADA HUBUNGAN DENGAN AHLUL BAIT34

Melihat kepada pegangan serta amalan mereka yang bertentangan dengan al-Quran, Sunah, Khulafa’ Ar-Rasyidin serta para sahabat dan Ahlul Bait r.a., adalah jelas golongan Syiah ini pada hakikatnya tidak ada hubungan dengan Ahlul Bait.Terdapat riwayat-riwayat yang banyak di kalangan Ahlul Bait sendiri yang mengutuk tindakan mereka menyebarkan ajaran bidaah, sesat dan kufur atas nama Ahlul Bait. Salah seorang daripada Ahlul Bait, yaitu Ali bin Al-Husain Zainol Abidin (cucu Saidina Ali yang didakwa oleh Syiah sebagai imam keempat mereka), ketika menyifatkan hubungan Syiah dengan Ahlul Bait:

“Sesungguhnya Yahudi kasih kepada Uzair hingga mereka kata apa yang mereka kata tentangnya; Uzair bukan daripada mereka dan mereka bukan daripada Uzair. Kaum Nasrani mengasihi Nabi Isa a.s. hingga mereka kata padanya apa yang mereka kata ; Isa bukan daripada mereka dan mereka bukan daripada Isa. Keadaan kami (Ahlul Bait) juga demikian. Segolongan daripada pengikut kami akan mengasihi kami sehingga mereka kata kepada kami apa yang di kata oleh Yahudi pada Uzair dan Nasrani pada Isa; mereka bukan daripada golongan kami dan kami bukan daripada golongan mereka”.35

Imam Jaafar As-Sadiq berkata kepada salah seorang yang mendakwa sebagai pengikutnya, “Wahai Jabir, sampai kepadaku bahawa segolongan mereka yang mendakwa mengasihi kami di Iraq, mencerca Abu Bakar dan Umar r.a. mereka mendakwa aku yang menyuruhnya. Sampaikan kepada mereka bahawa aku dengan nama Allah membersihkan diriku daripada mereka. Demi Allah, sekiranya aku mempunyai kuasa, pasti aku bertaqarrub kepada Allah dengan darah mereka”.

Page 90: Artikel Syiah

82 | Hakikat Syiah

Berkata Saidina Ali r.a..

يـهلك فى محب مفرط يـقرظنى بما ليس فى ومبغض مفتر يحمله شنانى على أن يـبـهتنى بما ليس فى“Akan binasa padaku yang kasihkan aku secara melampau, dia mendewa-dewakan aku dengan apa yang tidak ada padaku; dan juga orang yang benci padaku, sehingga kebencian itu mendorongnya menuduh aku dengan perkara-perkara yang tidak ada padaku”.

Ad-Daruqutni meriwayatkan daripada Ali r.a. daripada Rasulullah SAW:

سيأتى من بـعدى قـوم لهم نـبـز يـقال لهم الرافضة، فإن أدركتـهم فاقتـلهم فإنـهم مشركون. قال، يا رسول اهلل، ما العالمة فيهم؟ قال: يـفرطونك بما ليس فيك و يطعنون على السلف

“Akan datang selepasku satu kaum, bagi mereka gelaran yang dipanggil Ar-Rafidhah. Kata Saidina Ali ‘Ya Rasulullah! apakah alamat pada mereka’. Jawab Rasulullah, ‘Mereka memuji kamu dengan apa yang tidak ada pada kamu dan mereka mencerca golongan Salaf (seperti sahabat Rasulullah SAW)”.

PANDANGAN ULAMA ISLAM TENTANG GOLONGAN RAFIDHAH

Berkata Harmalah, “aku dengar Imam Syafie berkata”:

لم أر احدا أشهد بالزور من الرافضة.“Aku tidak pernah melihat orang yang paling banyak bersaksi dusta selain daripada golongan Rafidhah”.

Al-Baghdadi ketika menyebut pendapat Al-Jarudiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat kerana tidak membai’ahkan Saidina Ali r.a. (selepas wafat Rasulullah SAW) berkata:37

فـهذا قـول الجرودية، وتكفيـرهم واجب لتكفيرهم أصحاب النبى صلى اهلل عليه وسلم.“Inilah pendapat Al-Jarudiah; mengkafirkan mereka adalah wajib kerana mereka mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi SAW.”

Ketika menyebut Al-Jarudiah, beliau berkata:

وأهل السنة يكفرون سليمن بن جرير من اجل أنه كفر عثمان رضى اهلل عنه.“Ahlus Sunah menghukumkan kafir terhadap Sulaiman bin Jarir kerana dia mengkafirkan Saidina Uthman”.38

Imam Muhammad bin Abdul Wahab, ketika mengulas pandangan Syiah bahawa Saidina Ali lebih afdal daripada para anbiya’, selain daripada Nabi Muhammad berkata; 39

Page 91: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 83

ومن اعتقد فى غير األنبياء كونه أفضل من األنبياء ومساويا لهم فقد كفر وقد نقل على ذلك اإلجماع غير واحد من العلماء.

“Barangsiapa yang beriktikad pada selain daripada anbiya’, bahawa ia afdal daripada mereka dan menyamai mereka, sesungguhnya jadi kufur dia; dan yang demikian itu adalah ijmak seperti disebut oleh sebilangan ulama”.

Al-Marhum Said Hawa ketika mengulas kenyataan Khomeini dalam kitabnya 40 كشف األسرار, bahawa sahabat-sahabat r.a. telah mengubah al-Quran berkata: 41

وهذا من خمينى كفر بواح ونقض لإلسالم كله.“Perkataan ini daripada Khomeini adalah satu kekufuran yang sangat jelas dan membatalkan Islam keseluruhannya”.

Berkata Ibnu Hajar dalam “ الصواعق المحرقة ”:

وفى الفتاوى البديعية : من انكر امامة أبى بكر رضى اهلل عنه فهو كافر ، وقال بعضهم مبتدع، والصحيح أنه كافر، وكذلك، من انكر خالفة عمر )رضى اهلل عنه( فى أصح االقوال...

فيها يتكلم فلم بالجنة عليه وسلم اهلل النبى صلى لهم بكر ونظرائه ممن شهد أبى تكفير وأما أصحاب الشافعى والذى أراه الكفر قطعا موافقة لمامر.

“Tersebut dalam kitab الفتاوى البديعية : Sesiapa yang mengingkari kesahihan pemerintahan khalifah Abu Bakar r.a., maka jadi kafir dia; setengah ulama berkata: dia seorang ahli bidaah. Menurut pendapat sahih, dia adalah kafir. Demikian juga orang mengingkari kesahihan khalifah Umar r.a. mengikut pendapat yang lebih sahih…. Adapun hukum mengkafirkan Abu Bakar r.a. dan sahabat-sahabat yang seumpamanya daripada kalangan mereka yang disaksikan akan masuk syurga oleh Rasulullah SAW, Sahabat-sahabat Syafie tidak memperkatakannya, pada pendapat saya hukumnya kufur tanpa khilaf”. 42

Adalah jelas daripada ajaran-ajaran Syiah yang dibentangkan di atas, mereka adalah termasuk dalam golongan “غالة” (pelampau). Kerana pegangan golongan “pelampau” di zaman dahulu telah menjadi pegangan Syiah di zaman ini, dan tokoh-tokoh mereka juga telah diterima sebagai tokoh Syiah Imamiah kini. Ini diakui sendiri oleh seorang ulama Syiah, Al-Mamaqani: 43

ان ما كان يعتبر يومئذ غلوا صار بعد اآلن من ضروريات المذهب “Sesungguhnya apa-apa yang dianggap pada ketika itu sebagai غلول (keterlaluan), sekarang telah menjadi sebahagian daripada pegangan asas mazhab”.

Page 92: Artikel Syiah

84 | Hakikat Syiah

PENUTUP

Saidina Ali r.a. berkata:

سيأتى عليكم بعدى زمان ليس فيه شئ أخفى من الحق وال أظهر من الباطل“Akan datang kepadamu selepasku satu masa dalam mana kebenaran menjadi begitu tersorok dan kebatilan sangat menonjol”. 44

Pada hemah saya fenomena sekarang ini menepati yang disebut oleh Saidina Ali k.w itu. Kekeliruan mengenai Syiah ini bukan sahaja melanda orang-orang yang tidak berpelajaran tetapi juga orang-orang yang berpelajaran dan berilmu.

Dalam hubungan ini saya suka menarik perhatian kaum muslimin khususnya daripada kalangan mereka yang berilmu dan juga mereka yang berada di tampuk kuasa bahawa gerakan sulit Syiah sedang berjalan dengan rapi dan teratur untuk merosakkan akidah umat Islam. Kesan-kesan kegiatan mereka dapat dilihat daripada pengedaran risalah-risalah secara sulit yang memakai nama “Markaz Ahlul Bait”.

Risalah-risalah tersebut mengandungi serangan dan cercaan termasuk mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW dan juga terhadap sumber-sumber yang muktabar seperti kitab hadis Sahih Bukhari dan lain-lain.

Pengaruh gerakan sulit Syiah ini telah merebak di kalangan pelajar-pelajar fakulti pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri. Risalah-risalah yang disebutkan di atas dilekatkan dari semasa ke semasa di pintu-pintu bilik pensyarah (termasuk penulis sendiri) secara sulit.

Memandangkan perkembangan yang disebutkan itu, belumkah lagi sampai masanya kita umat Islam menghadapi gerakan ini secara teratur dan berkesan bagi melaksanakan amanah memelihara dan mempertahankan akidah Islam? Di sini saya suka menarik perhatian para pembaca sekali lagi terhadap hadis-hadis yang disebutkan oleh Ibnu Hajar seperti yang dimuatkan dalam mukadimah kertas kerja ini.

اللهم بلغت .... اللهم قاشهدYa Allah, saya telah sampaikan.

Ya Allah, persaksikanlah.

وآخر دعوانا أن الحمدهلل رب العالمين.

Page 93: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 85

Nota Hujung:

الصواعق احملرقة : 10-11 1

.اخلطيب الشربينى, “مغنى اخملتاج”, 1:174 23 Lihat lampiran (4) salinan asal dan (5) cetakan semulaالقصاص : 29 4

“تاج العروس” 5 لسان العرب 6املفردة فى غريب القرأن 7

(selepas ayat Ahlul Bait di atas) األحزاب : 8349 Hisham bin Muhammad Al-Kalbi (m.240) seorang tukang cerita dan ahli sejarah nasah. Berkata Ibnu Asakir:

Al-Kalbi adalah seorang syiah dan tidak boleh dipercayai.تفسير القرطبى” 14. 182-183” 10

الصواعق احملرقة”. 223” 11

12 Riwayat Bukhari13 Abu Ubaid Al-Qasim bin Salim, ”320 ”االموال.14 Muhammad Abu Zuhrah ”الشافعى“15 Hadis riwayat Muslim dan ahli-ahli hadis yang lain.16 Lihat Al-Hafiz Az-Zahabi, ”املنتقى“17 Riwayat At-Tirmizi. Hadis ini juga riwayatkan oleh kitab-kitab Syiah18 Lihat Al-Majlisi, ”بحار االنوار“19 Golongan ini juga dikenali dengan nama Al-Rafidhah (yang menolak), kerana menolak syeikhaini (khalifah

Abu Bakar dan Umar) serta sahabat-sahabat Rasulullah SAW Golongan Syiah pada mulanya menerima Imam Zaid bin Ali sebagai imam mereka. Sekitar 15,000 orang Syiah Kufah telah berbai’ah kepada Imam Zaid untuk menentang Hisyam bin Abdul Malik tetapi setelah tiba saat penentuan mereka menolak Imam Zaid kerana beliau bersangka baik terhadap syeikhaini dan enggan menolak kepimpinan keduanya. Imam Zaid lalu mengatakan kepada mereka: الرافضة فأنتم -Sejak daripada itu mereka dipanggil ‘Rafidhah’. Lihat As .رفضتمونى Shahrastani, ”املالل والنحل“ dan Ibnu Kathir ”البداية والنهاية“.

20 Al-Majlisi dalam ”35:225 ,”بحار االنوار. Lihat juga Sayid Muhammad Hussain Al-Tabataba’i, ””امليزان فى تفسير القرأن 16:32

21 Ibid.22 Sahih Bukhari, Kitab Tafsir. Peristiwa ini berlaku selepas Rasulullah di akad nikah dengan Zainab bt. Jahsy r.a.

dan selesai jamuan walimah23… Al-Majlisi dalam ”بحار االنوار“ menyebut tentang Aishah r.a.:

وباجلملة بعضها ألمير املوءمنني عليه السالم أوال وآخرا هو أشهر من كفر ابليس... كما أنه كاف فى الداللة على كفرها ونفاقها املانعني من قبول روايتها مطلقا.

( secara amnya kebenciannya (Aishah r.a. terhadap Amirul Mukminin (Ali a.s) secara total adalah lebih nyata dari kekufuran iblis… demikian itu sudah cukup bagi menunjukkan kufur dan nifaknya ( Aishah r.a. yang mana kedua-dua perkara ini menjadi penghalang untuk diterima riwayatnya secara mutlak – lihat ”بحار االنوار“ jilid 28 halaman 150 -151.

Page 94: Artikel Syiah

86 | Hakikat Syiah

24 Lihat ”التحفة اإلثنى عشرية“ Ikhtisar Syeikh Mahmod Syukri Al-Alusi, halaman 151.25 Muhammad bin Yaakub Al-Kulaini (329H). Kitabnya ”الكافى“ adalah merupakan kitab hadis paling sahih di sisi

Syiah setanding dengan Bukhari di kalangan Ahlus Sunah.الكافى فى األصول” 2:18” 26

27 Ibid.28 Al-Qummi, ”اإلعتقاد“ halaman 10329 Al-Majlisi , 22.390. ”بحار االنوار“30 Al-Majlisi , Op.cit.26.280. Perlu diperingatkan di sini bahawa kebanyakan riwayat Syiah yang dikatakan daripada

Imam Jaafar Sadiq adalah dusta. Imam Jaafar As-Sadiq adalah seorang ulama yang muktabar yang tidak mungkin akan menyeleweng daripada landasan sunah.

31 Ibid jilid 25, Halaman 69Jilid 1:420 ,الكافى 3233 Al-Majlisi, Op.cit Jilid 22 Halaman 313. Huraian lebih lanjut mengenai persoalan ini dan sikap mereka terhadap

al-Quran terdapat dalam tulisan saya: ”Benarkah Syiah tidak kafirkan sahabat?“ 34 Perkataan Syiah di sini merujuk kepada Syiah Imamiah atau yang lebih sesat daripada mereka sahaja; kerana

mazhab Zaidiyah pada hakikatnya mempunyai pegangan yang sama dengan Ahlus Sunah..halaman 111 “رجال الكشي” 3536 Muhammad Abu Zuhrah, ”تاريخ املذهب اإلسالمية“, Jilid 2, Halaman 54637 Al-Baghdadi, ”الفرق بني الفرق“, Halaman 22-23 قال ابن املطهر اخللى فى منهج الكرامة: اجمعت األمة على أن عليا بعد نبيا غير اولى العزمو وفى تفضيله عليهم خالف 3839 Muhammad bin Abdul Wahab ”رسالة فى الرد على الرافضة“ Halaman 2940 Kitab Khomeini dalam ”كشف االسرار“

.ان تهمة التحريف التى يوجهها املسلمون الى اليهود والنصارى امنا تثبت على الصحابة 41 Said Hawa ”اخلمينية“ Halaman 20Halaman 381-382 “الصواعق احملرقة” 4243 Al-Mamaqani, ”تنقيح املقال“Halaman 82 “نهج البالغة” 44

Page 95: Artikel Syiah

AKIDAH ‘IMAMAH’ DI SISI SYIAH ISNA ASHARAH

DAN KESAN-KESANNYA TERHADAP PEGANGAN

AHLI SUNAH DAN JAMAAH

Datuk Haji Wan Zahidi Bin Wan TehMufti Wilayah Persekutuan

Page 96: Artikel Syiah
Page 97: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 89

بسم اهلل الرحمن الرحيم، والصالة والسالم على سيدنا محمد خاتم األنبياء والمرسلين،

وعلى آله وصحبه أجمعينMUKADIMAHSebelum judul ini dibincangkan lebih lanjut, ada dua perkara dirasakan penting diperjelaskan terlebih dahulu. Pertama, sebab-sebab mengapa persoalan ini perlu diketengahkan. Kedua, pendekatan yang akan digunakan dalam membahaskan tajuk ini. Bagi menjelaskan persoalan pertama saya suka memetik tulisan Alfakih Ibnu Hajar Alhitami yang memperjelaskan sebab-sebab beliau menulis kitabnya “ الصواعق المحرقة ”.

Ketahuilah bahawa yang mendorong saya menulis dalam perkara ini sekalipun saya merasa kurang mampu, ialah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitab Al-Jamik dan lain-lainnya bahawa Nabi SAW bersabda :

)اذا ظهر الفتن أو قال البدع وسب أصحابى فليظهر العالم علمه، فمن لم يفعل ذلك فعليه لعنة اهلل والمآلكة والناس أجمعين،ال يقبل اهلل منه صرفا وال عدال(

“Apabila timbul fitnah, atau bidaah - dan sahabat-sahabatku dimaki, maka orang berilmu hendaklah menzahirkan ilmunya : sesiapa yang tidak melakukan demikian, maka ke atasnya laknat Allah, malaikat dan manusia seluruhnya. Allah tidak akan terima daripadanya amalan fardhu mahupun sunat”.

Setelah menyebut beberapa hadis tentang bahaya golongan bidaah terhadap agama Islam, beliau merumuskan :

)وسنتلوعليك ما تعلم منه علما قطعيا أن الرافضة والشيعة ونحوها من أكابر أهل البدعة فيتنا ولهم هذا الوعيد الذى فى هذه األحاديث(

“Dalam kitab ini saya akan kemukakan kepada anda nas-nas yang daripadanya anda akan ketahui secara pasti bahawa golongan Rafidhah, Syiah dan yang seumpamanya adalah daripada kalangan ahli bidaah yang terbesar. Oleh itu amaran-amaran yang terdapat hadis-hadis yang dikemukakan itu meliputi golongan ini ”1.

1 Lihat hadis-hadis tersebut dalam tulisan saya ”Ahli Bait menurut pandangan Sunah dan Syiah“. Perhatikan juga bagaimana cara ulama Salaf menghadapi golongan ini. Iaitu menjelaskan kebatilan mereka, bukan pandangan ”taqrib“ yang di gunakan oleh Syiah untuk melindungi kesesatan mereka.

Page 98: Artikel Syiah

90 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 91

Hadis di atas meletakkan tanggungjawab yang besar ke atas setiap ahli ilmu untuk menjelaskan penyelewengan-penyelewengan yang terdapat dalam ajaran Syiah Imamiyah - dan bukan mendiamkannya kerana bimbang akan terjejas usaha “mendekatkan” seperti yang diseru oleh sesetengah pihak. Ia pada hemat saya lebih daripada mencukupi untuk menjadi sebab mengapa isu ini perlu diketengahkan.

Perkara kedua yang ingin diperjelaskan ialah dalam memperkatakan akidah Syiah, selain daripada memetik hadis-hadis yang mereka riwayatkan, tumpuan juga akan diberikan kepada huraian-huraian ulama muktabar di kalangan mereka seperti yang terdapat dalam kitab-kitab fiqah, tafsir dan fatwa yang menjadi pegangan dalam mazhab Syiah. Pendekatan seperti ini perlu memandangkan orang-orang Syiah sering menggunakan taktik melarikan diri dengan mengemukakan alasan bahawa, riwayat tersebut dhaif, atau : “tidak semua riwayat yang terdapat dalam kitab-kitab hadis mereka sahih”, ketika dikemukakan riwayat-riwayat seperti yang menghukum kafir para sahabat khususnya Khulafa ar-Rasyidin selain daripada Saidina Ali r.a., atau riwayat yang menunjukkan al-Quran yang ada hari ini tidak lengkap kerana telah diubah oleh para sahabat yang mengumpulnya. Ini ialah kerana yang menjadi pegangan dan amalan penganut satu-satu mazhab adalah fatwa yang diputuskan oleh ulama yang muktabar dalam mazhab berkenaan dan ia sekaligus menunjukkan riwayat-riwayat tersebut sahih dan menjadi pegangan umat Syiah.

AHLI SUNAHMemandangkan tema perbincangan kertas ini ialah mengenai kesan akidah Imamah di sisi Syiah terhadap pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah, maka dirasakan penting diperingatkan semula asas-asas pegangannya supaya perbandingan antara dua pegangan ini menjadi lebih jelas. Sekalipun pegangan Ahli Sunah sangat rapat dengan kita, kerana melaluinya kita beribadat kepada Allah, namun kadang kala perkara yang sangat dekat itu sering kita melupainya menyebabkan berlaku suasana kecelaruan di kalangan sesetengah masyarakat Islam hingga tidak dapat membezakan antara “ khilaf ” atau perbezaan yang dibenarkan dan pegangan menyesatkan dan menyeleweng daripada akidah yang benar. Maka daripada sini timbul cakap-cakap apa yang dipanggil “pendekatan” antara Ahli Sunah dan Syiah yang pada hakikatnya jika dihalusi, merupakan satu usaha “mendekatkan” atau “kompromi” antara yang hak dengan yang batil.

Page 99: Artikel Syiah

90 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 91

Al-Imam Ibnu Hazam ketika mentakrifkan Ahli Sunah menyebut:

اهلل )رضي الصحابة فاءنهم البدعة، فأهل عداهم ومن الحق، أهل نذكرهم الذين السنة )وأهل عنهم(، وكل من سلك نهجهم من خيار التابعين )رحمهم اهلل تعالى( ثم أصحاب الحديث ومن اتبعهم من الفقهاء جيال فجيال إلى يومنا هذا، ومن اقتدى بهم من العوام فى شرق األرض وغربها

رحمة اهلل عليهم.)2“Ahli Sunah ialah mereka yang kita panggil “Ahlul Haq” (kumpulan yang berada di atas landasan yang benar) dan yang lain daripada mereka ialah “ahli bidaah” (kumpulan yang sesat), kerana mereka terdiri daripada para sahabat dan siapa sahaja yang mengikuti jalan mereka daripada kalangan tabi’in. Kemudian para ahli hadis dan yang mengikut mereka daripada kalangan ulama Fiqah dari satu generasi ke generasi berikutnya hinggalah ke hari ini, begitulah juga orang yang mengikut mereka daripada kalangan orang awam di segenap pelusuk dunia”.

Kesimpulan yang dapat dirumuskan daripada tulisan para ulama mengenai Ahli Sunah ialah : mereka yang berpegang dengan al-Quran dan Sunah, akidah mereka sesuai dengan keterangan yang terdapat di dalam kedua-duanya mengikut fahaman salafus soleh daripada para sahabat, tabi’in dan yang mengikut mereka daripada kalangan para imam dan ulama mazhab yang muktabar. Abu Al-Muzaffar Al-Asfaraini ketika mengulas hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan sifat golongan yang terselamat :

)ما انا عليه وأصحابى(“Golongan yang mengikut jalanku dan para sahabatku”, menyatakan :

)وهذه الصفة تقررت ألهل السنة : ألنهم ينقلون األخبار واآلثار عن الرسول صلى اهلل عليه وسلم والصحابة رضي اهلل عنهم وال يدخل فى تلك الجملة من يطعن فى الصحابة من الخوارج

والروافض(3“Sifat ini (mengikut jalan Rasulullah dan para sahabat) menepati sifat Ahli Sunah, kerana merekalah yang menyampaikan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah dan para sahabat. Dengan demikian tidak termasuk dalam ungkapan “ الفرقة الناجية” (golongan yang terselamat) seperti yang terdapat dalam hadis yang disebutkan, golongan yang

الفصل ىف امللك والنحل ) ٢٧١/٢ ( ؤ 2التبصري ىف ومتييز الفرقة الناجية عن الفرق اهلالكه 3

Page 100: Artikel Syiah

92 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 93

mencaci para sahabat Rasulullah SAW daripada kalangan puak Khawarij dan Rafidhah”4.

Jika kita mengamati hadis-hadis yang menerangkan mengenai perpecahan yang akan berlaku di kalangan umat dan kelahiran pelbagai puak yang sesat adalah jelas bahawa berpegang dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah adalah merupakan satu-satunya penyelamat daripada kesesatan dan kebinasaan. Perkara ini di tegaskan oleh Imam Al-Thohawi dalam kitabnya yang di kenali dengan “ العقيدة الطحاوية” :

)ونـتبع السنة والجماعة، ونجتنب الشذوذ والخالف والفرقة(“Ajaran yang menjadi ikutan kita ialah sunah dan jamaah, yang kita

jauhi ialah pendapat yang ganjil, menyalahi sunah dan berpecah (daripada jamaah)”. Ketika mensyarahkan kata-kata Imam Al-Thohawi di atas, Al-Qadi Abu Al’az menyatakan :

)السنة : طريقة الرسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم والجماعة : جماعة المسلمين، وهم الصحابة والتابعين لهم بإحسان ألى يوم الدين(

“Yang dimaksudkan dengan sunah ialah cara beragama yang diajar oleh Rasulullah SAW. Manakala jamaah pula ialah jamaah umat Islam yang terdiri daripada para sahabat dan golongan yang mengikut mereka hingga ke hari kiamat”.

Al-Qadi Abu Al’az seterusnya menyebut beberapa nas bagi mengukuhkan keterangan di atas antaranya sabda Nabi SAW:

)إن أهل الكتابين افترقوا فى دينهم على اثنتين وسبعين ملة ـ يعنى األهواء ـ كلها فى النار إال واحدة، وهى الجماعة( وفى رواية : )قالوا من هى يا رسول اهلل؟ قال : ما أنا عليه وأصحابى(5

“Sesungguhnya golongan ahli dua kitab berpecah dalam agama mereka kepada tujuh puluh dua puak, dan umat ini akan berpecah kepada tujuh puluh tiga - yakni mengikut nafsu - kesemuanya dalam neraka kecuali satu kumpulan iaitu yang mengikut Jamaah. Dalam riwayat yang lain : Rasulullah ditanya : Kumpulan manakah yang satu itu? Rasulullah

4 ”Rafidhah“ adalah gelaran bagi Syiah Imamiyyah Isna Ashariyah mengenai permulaan gelaran ”Rafidhah“ kitab “الروض النصير” menyebut riwayat daripada Isa bin Yunus katanya : ”Adapun golongan ”Rafidhah“, maka permulaan kelahiran mereka ialah ketika sekumpulan pengikut Imam Zaid bin Ali datang menemuinya dan meminta beliau menolak kepimpinan Abu Bakar dan Umar sebagai syarat untuk mereka menyokongnya. Apabila Imam Zaid menolak syarat tersebut, mereka mengatakan Maka semenjak itu golongan tersebut di .(kalau begitu kami menolak kepimpinan kamu) ”اذا نرفضك“gelar ”Rafidhah“ (yang menolak kepimpinan Imam Zaid).

5 Riwayat Tarmizi Wa Abu Daud Wa Ahmad - Sahih.

Page 101: Artikel Syiah

92 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 93

menjawab : Kumpulan yang mengikut perjalananku dan para sahabatku”.

Daripada dalil-dalil yang dihuraikan oleh para ulama dapat disimpulkan bahawa kepentingan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah adalah sama dengan kepentingan Islam itu sendiri dalam melaksanakan tuntutan Ilahi supaya kita berpegang dengan agama yang benar dan diredhai oleh-Nya serta tidak berpecah belah. Dan mempertahankan pegangan Ahli Sunah bermakna mempertahankan kesucian Islam yang diamanahkan kepada kita sebagai umat Muhammad SAW dan pengikut kepada para Khulafa Ar-Rasyidin selepasnya. Peristiwa-peristiwa sejarah masa silam dan realiti masa kini memperlihatkan kepada kita bahawa permusuhan, persengketaan dan pertumpahan darah adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dielakkan jika fahaman Syiah dibiarkan bertapak di kalangan Ahli Sunah Wal Jamaah. Ini ialah kerana unsur-unsur tersebut telah dicanai dan diadun dengan begitu rapi sekali dalam setiap sendi ajarannya oleh para perancang mazhab ini sehingga ia menjadi sebati dan tidak mungkin dapat dipisahkan lagi.

AKIDAH “IMAMAH” DI SISI SYIAH IMAMIYAH ISNA ASHARIYAHSyiah Imam dua belas yang dikenali juga dengan Al-Ja’fariyah6, merupakan puak Syiah terbesar yang wujud hingga ke hari ini. Mazhab ini mempunyai akidah dan disiplin ilmu yang tersendiri dengan kitab-kitab rujukan dan para ulama yang dianggap muktabar di kalangan pengikut-pengikutnya dan merupakan mazhab rasmi Negara Iran sekarang.

Akidah “al-Imamah” yang dikenali juga dengan “al-Wilayah” di sisi mazhab Syiah Imamiyah bermaksud : “al-Khilafah” atau kepimpinan umat selepas Nabi SAW adalah menjadi hak mutlak dua belas wali atau imam sehingga ke hari kiamat. “Imamah” sama juga dengan “nubuwwah” (kenabian), adalah suatu jawatan yang ditentukan oleh Allah Taala secara nas daripada Nabi SAW. Antara syarat penting bagi seorang imam ialah mesti seorang yang maksum seperti seorang nabi. Dengan demikian pemerintahan para Khulafa ar-Rasyidin dan pemerintah-pemerintah Islam selepasnya adalah tidak sah dan dianggap perampas hak imam-imam yang mereka senaraikan seramai dua belas imam selepas wafat Nabi SAW. Imamah juga dianggap sebagai rukun Islam paling utama yang tidak sah Islam seseorang itu melainkan dengannya.

6 Kerana kebanyakan hukum Feqah diambil daripada mazhab Imam Jaafar bin Muhammad Siddiq mengikut dakwaan mereka.

Page 102: Artikel Syiah

94 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 95

Dua belas Imam yang wajib bagi setiap muslim beriman dengannya menurut Syiah ialah :

1. Abu Al-Hasan Ali bin Abi Talib - Al-Murtada (lahir sepuluh tahun sebelum nabi diutuskan – 40H)

2. Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali - Al-Zaki (2-50H)3. Abu Abdullah Al-Husin bin Ali -Saidu As-Syuhada’ (3-61H)4. Abu Muhammad Ali bin Husin - Zainul Abidin (37-95H)5. Abu Jaafar Muhammad bin Ali - Al-Baqir (57-114H)6. Abu Abdullah Jaafar bin Muhammad - Al-Sodiq (83-148H)7. Abu Ibrahim Musa bin Jaafar - Al-Khadim (128-183H)8. Abu Al-Hasan Ali bin Musa - Al-Ridza (143-203H)9. Abu Jaafar Muhammad bin Ali - Al-Jawad (195-220H)10. Abu Muhamad Ali bin Muhamad - Al-Hadi (212-245H)11. Abu Muhamad Al-Hasan bin Ali - Al-Asykuri (232-260H)12. Abu Al-Qasim Muhamad bin Al-Hasan - Al-Mahdi (652H)

Berikut ini nukilan nas-nas daripada ulama Syiah mengenai akidah Al-Imamah ini:

Abu Jaafar Muhamad bin Babawaih Al-Qummi (381 M) yang bergelar “As-soduq” menyebut dalam kitabnya “االعتقادات” : )اعتقادنا فيمن جحد إمامة أمير المؤمنين على بن ابن طالب واألئمة من بعده أنه كمن جحد نبوة جميع األنبياء واعتقادنا فيمن أقر بامير المؤمنين وأنكر واحدا من بعده من األئمة بمنزلة من أقر

بجميع األنبياء وأنكر نبوة محمد صلى اهلل عليه وسلم(“Iktikad kita pada mereka yang mengingkari Imamah (kepimpinan) Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib7 dan imam-imam selepasnya, bahawa hukumnya seperti orang yang mengingkari semua anbiya’ (nabi-nabi), dan iktikad kita pada sesiapa yang mengakui Amirul Mukminin, tetapi mengingkari salah seorang daripada imam-imam selepasnya, sama dengan yang mengakui semua Nabi, tetapi mengingkari nabi kita Muhammad SAW.” Mengenai : beliau menyatakan dalam kitabnya yang sama ”العصمة “

)اعتقادنا فى األئمة أنهم معصومون مطهرون من كل دنس، وأنهم ال يذنبون ذنبا صغيرا وال كبيرا(

7 Yakni secara langsung selepas wafat Rasulullah SAW tanpa di dahului oleh Khulafa Ar-Rasyidin

Page 103: Artikel Syiah

94 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 95

“Iktikad kita pada imam-imam ialah mereka semua terpelihara daripada dosa, suci daripada segala kekejian dan bahawa mereka tidak melakukan dosa sama ada kecil atau besar”.

Menurut Al-Majlisi dalam “بحار األنوار” pandangan ini ialah ijmak seluruh ulama Imamiyah. Muhammad bin Al-Nukman Al-Mufid 8 (413 M) menyatakan seperti yang dipetik oleh Al-Majlisi dalam kitabnya “بحار األنوار” :

)اتفقت اإلمامية على أن من انكر امامة أحد من األئمة وجحد ما أو جبه اهلل تعالى من فرض الطاعة فهو كافر ضال مستحق الخلود فى النار(

“Ulama Imamiyah sependapat menyatakan bahawa sesiapa yang mengingkari kepimpinan salah seorang daripada imam-imam yang disebutkan serta tidak mengakui kewajipan taat kepada mereka seperti mana yang diwajibkan oleh Allah. Maka ia menjadi kafir, sesat dan layak kekal dalam neraka”.

Pandangan bahawa Imamah merupakan sebahagian daripada Usuluddin adalah pandangan yang disepakati oleh ulama Syiah sepanjang zaman seperti yang ditegaskan oleh beberapa ulama semasa mereka. Jaafar Subhani yang bergelar Aayatullah Aluzma menyebut dalam kitabnya “ الملل والنحل” :)الشيعة على بكرة ابيهم اتفقوا على كونها أصال من أصول الدين وقد برهنوا على ذلك فى كتبهم(“Ulama Syiah seluruhnya sependapat menyatakan bahawa Imamah adalah sebahagian Usuluddin dan mereka telah membuktikannya dalam kitab-kitab mereka”.

Muhammad Reda Al-Muzafar dalam kitabnya “عقائد األمامية” menyatakan:

)نعتقد أن اإلمامة أصل من أصول الدين ال يتم اإليمان إال باالعتقادبها(“Kita beriktikad bahawa imamah adalah merupakan bahagian

daripada Usuluddin, tidak sempurna iman seseorang tanpa beriktikad dengannya”. Al-Khomeini dalam kitabnya “ األسرار juga menyebut ” كشف kenyataan yang sama.

Akidah ini yang dianggap Rukun Islam paling utama di sisi Syiah didasarkan kepada hadis-hadis palsu yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis mereka, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh

8 Al-Mufid adalah guru kepada Abu Jaafar At-Towasi yang di beri gelaran ” شيخ الطائفة ” (guru bagi puak Syiah) oleh pengikut-pengikut Syiah.

Page 104: Artikel Syiah

96 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 97

Muhammad bin Yakob bin Ishak Al-Kulaini yang bergelar “ ثقة اإلسالم ” dalam kitabnya al-Kafi :

)عن ابى جعفر قال: بنى اإلسالم على خمس: على الصالة والزكاة والصوم والحج والوالية، ولم يناد بشيء كما نودى بالوالية(

“Daripada Abu Jaafar katanya, Islam ditegakkan di atas lima rukun: solat, zakat, puasa, haji dan wilayah dan tidak diseru kepada sesuatu ajaran seperti mana diseru kepada al-Wilayah”.

Pegangan bahawa Imamah merupakan rukun Islam paling utama mengatasi solat. Ini ditegaskan oleh ulama Syiah zaman ini Hadi Al-Thaharani dalam “ ودائع النبوة ” .

)إن أعظم ما بعثت اهلل تعالى نبيه من الدين إنما هو أمر اإلمامة(“Sesungguhnya ajaran agama terbesar dibawa oleh nabi utusan Allah Taala ialah urusan al-Imamah”.

Umat Syiah juga beriktikad bahawa imam-imam mereka lebih afdal daripada para anbiya’ selain daripada nabi Muhammad SAW. As-Syaikh al-Mufid menyebut dalam “أوائل المقاالت” :

)قد قطع قوم من أهل اإلمامة بفضل األئمة من آل محمد صلى اهلل عليه وسلم على سائر من تقدم من الرسل واألنبياء سوى نبيا محمد صلى اهلل عليه وسلم(

“Satu kaum daripada ulama (Syiah) memutuskan bahawa imam-imam lebih afdal daripada semua rasul dan nabi yang terdahulu selain daripada Nabi Muhammad SAW .”

Al-Khomenei “الحكومة االسالمية ” menyatakan :

)وإن من ضروريات مذهبنا ان ألئمتنا مقاما ال يبلغه ملك مقرب وال نبى مرسل( “Sesungguhnya antara kepercayaan asas dalam mazhab kita bahawa imam-imam kita mempunyai kedudukan yang tidak dapat dicapai oleh mana-mana malaikat yang hampir dengan Allah dan juga mana-mana Nabi yang diutuskan”. Menurut As-Sayidul Nikmatullah Al-Jazairi dalam “األنوار النعمانية ” :

)وأكثر المتأخرين الى أفضلية األئمة عليهم السالم على أولى العزم وغيرهم وهو الصواب(“Kebanyakan ulama mutakhir cenderung kepada pendapat bahawa imam-imam lebih afdal daripada rasul-rasul Ulul-Azmi dan rasul-rasul yang lain dan inilah pendapat yang tepat”.

Dengan kedudukan imamah yang begitu penting di sisi Syiah Imamiyah, bagaimanakah pula kedudukan Ahli Sunah pada pandangan mereka?

Page 105: Artikel Syiah

96 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 97

Kesimpulan yang pasti daripada nas-nas yang dipetik di atas ialah bahawa pengikut Ahli Sunah bukan seorang mukmin. Namun begitu para ulama Syiah tidak membiarkan pengikut mereka memahami persoalan ini secara kesimpulan sahaja, sebaliknya ia dinyatakan dengan jelas bagi memantapkan kebencian dan rasa permusuhan orang-orang Syiah terhadap Ahli Sunah. Seorang ahli hadis terkemuka Syiah, Syeikh Yusuf Al-Bahrani menyatakan dalam kitabnya “ الحدائق الناضرة” :

)المؤمن هو المسلم المعتقد إلمامة األئمة االثنى عشر(“Orang mukmin itu ialah muslim yang beriktikad akan kepimpinan dua belas”. Al-Khomeini juga membuat kenyataan yang sama dalam المحرمة“ :”المكاسب

)المراد بالمؤمن الشيعة اإلمامية االثنى عشرية(“Yang dimaksudkan dengan mukmin itu ialah penganut Syiah Imam Dua Belas”. Menurut Abu Al-Qasim Al-Musawi Al-Khuie yang mereka gelarkan dengan al-Isnad al-Akhbar Ayatullah al-Uzma bahwa hadis-hadis yang menunjukkan orang yang tidak beriman dengan al-Wilayah itu kafir adalah mutawatir. Seperti yang dinyatakan dalam kitab “مصباح الفقاحة ”.

)وتدل عليه األخبار المتواترة الظاهرة فى كفر منكر الوالية(“Dalil yang menunjukkan orang yang tidak beriman dengan al-Wilayah itu kafir adalah mutawatir lagi nyata”. Malah orang yang tidak beriman dengan Imamah Syiah bukan sahaja dianggap kafir, tetapi juga akan menerima azab yang lebih berat daripada Yahudi dan Nasrani. Seorang ulama besar mereka Muhammad Hasan An-Najafi menyatakan dalam kitabnya “ الكالم جواهر ” :)فمنشاء هذا القول من القاتل به استفاضة النصوص وتواترها بكفر المخالفين وأنهم مجوسى هذه

األمة وشر من اليهود والنصارى(“Punca pendapat ini dikeluarkan oleh ulama yang memperkatakan ialah disebabkan nas-nas yang banyak hingga ke peringkat mutawatir menyatakan bahawa orang yang menyalahi iktikad Syiah Imamiyah (al-Mukhalifin)9

9 Dalam kitab-kitab Syiah, istilah ”Al-Mukhalifin“ dan ”Al-Ammah“ bermaksud Ahli Sunah ini di nyatakan oleh ulama mereka yang bergelar Ayatullah Al-Uzma Muhammad Said Al-Hakim dalam kitabnya’’ احملكم فى أصول الفقه ‘‘ adalah )الظاهر أن املراد بالعامة اخملالفون الذين يتولون الشيخني ويرون شرعية خالفتهم...( nyata bahawa yang dimaksudkan dengan ”Al-Ammah“ ialah golongan yang menyalahi Syiah dengan mengiktiraf kepimpinan Abu Bakar dan Umar“. Satu lagi istilah yang dipakai untuk Ahli Sunah ialah ”An-Nasib“ yang berasal daripada ungkapan “ناصب العداء لعلى” (yang bermusuh dengan Saidina Ali). Bagi mereka, mengiktiraf kesahihan tiga Khulafa Ar-Rasyidin bermakna bermusuh dengan Saidina Ali Karamallah Wajhah. Sementara gelaran ”Al-Khasah“ pula untuk mereka.

Page 106: Artikel Syiah

98 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 99

adalah kafir, dan mereka adalah Majusi umat ini. Malah nasib mereka di akhirat lebih buruk daripada Yahudi dan Nasrani”.

Segala ibadat juga tidak sah kerana tidak beriman dengan al-Wilayah, seperti yang ditegaskan oleh Abu Qasim Al-Khuie :

من العبادة بطالن على الدالة الكثيرة النصوص عرفت المحقق كما اإلجماع بعد )تكفينا الوالية( دون

“Selain daripada ijmak yang jelas seperti yang diketahui, terdapat dalil-dalil yang banyak dan menunjukkan sebagai hujah yang mencukupi terbatal ibadat tanpa beriktikad dengan al-Wilayah”.

”الغيبة “ DAN ”« ”الرجعة“ merupakan akidah yang asas dalam mazhab Syiah. Mereka ”الغيبة“beriktikad bahawa imam yang kedua belas Muhammad bin Al-Hasan mengalami dua keghaiban iaitu : “ghaibah soghiri” (ghaib kecil) dan “ghaibah kabiri” (ghaib besar).

Ghaib kecil berlaku pada tahun 260 hijrah sewaktu umurnya sekitar empat tahun dan berterusan selama tujuh puluh empat tahun. Dalam masa ghaib kecil ini, imam boleh dihubungi oleh penganut Syiah melalui perantara yang di gelar “al-Bab” (pintu saluran untuk berhubung dengan imam). Antara peranan al-Bab ialah menerima soalan-soalan daripada pengikut-pengikut Syiah dan mendapatkan jawapan daripada Al-Imam Al-Ghaib, di samping menerima harta orang-orang Syiah bagi pihak imam. Orang pertama yang bertindak sebagai al-Bab ialah Utman bin Said Al-Umri seorang saudagar minyak. Kitab “al-Ghaibah” karangan Al-Thusi menceritakan berbagai-bagai karamah dan sifat-sifat luar biasa tentangnya. Kemudian diganti oleh beberapa perantara lain selepasnya dengan wasiat daripada perantara yang terdahulu hingga kepada “al-Bab” yang terakhir iaitu Ali bin Muhammad As-Samiri yang meninggal dunia pada tahun 329 hijrah.

Al-Tubrusi dalam kitabnya “I’lamul Wara” menyebut riwayat yang menyatakan bahawa As-Samiri sebelum meninggal dunia memberitahu pengikut-pengikut Syiah tentang satu “tauqik” (Risalah) daripada imam memaklumkan yang ia (as-Samiri) akan mati dalam masa enam hari dan memintanya tidak mewasiatkan kepada sesiapa sebagai “Al-Bab” selepasnya kerana keghaiban yang sempurna (al-Ghaibah Al-Kubra) akan berlaku di mana imam tidak lagi boleh dihubungi oleh sesiapa. Sebarang persoalan selepas ini hendaklah dirujuk kepada ulama mujtahid

Page 107: Artikel Syiah

98 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 99

Syiah yang berperanan sebagai naib kepada al-Imam al-Ghaib. Imam yang ghaib ini-yang mereka namakan “Al-Mahdi Al-Muntazar”, “Sahibu Zaman”,

“al-Qaimul Hujah” - akan lahir di akhir zaman setelah diizinkan oleh Allah untuk keluar. Kemunculan semula Imam Mahdi ini di panggil “ar-Raj’ah”. Selain daripada Imam Mahdi, akan lahir juga imam-imam yang lain serta musuh-musuh mereka yang terdiri daripada kaum Quraisy. Khususnya Saidina Abu Bakar dan Umar untuk menerima balasan atas apa yang mereka panggil “kezaliman” terhadap Ahli Bait. Antara azab yang diterima oleh Saidina Abu Bakar dan Umar ialah seperti yang terdapat dalam riwayat yang di sebut oleh Nikmatullah Al-Juz’ari dalam “األنوار النعمانية ” :

)ثم يصلبهما على الشجرة، ويأمر نارا تخرج من األرض تحرقها والشجرة، ثم يأمر بها فيقتالن فى كل يوم وليله ألف قتله ويردان الى اشد العذاب(

“Kemudian Imam Mahdi mensalib keduanya (Abu Bakar dan Umar) pada pokok dan memerintahkan api keluar daripada bumi membakar kedua-duanya dan pokok..... kemudian Imam Mahdi meminta supaya didatangkan kedua-duanya (setelah dihidupkan semula) lalu dibunuh seribu kali dalam sehari semalam. Seterusnya dikembalikan kepada azab yang sangat pedih”. Manakala Saidatina Aisyah pula menurut “Tafsir Al-Sofi” karangan Al-Faidh Al-Kashani - akan dihidupkan semula dan dikenakan hukuman sebat sebagai hukuman Had.

Riwayat-riwayat di atas dan seumpamanya yang begitu banyak dalam kitab-kitab Syiah mencerminkan betapa mendalamnya dendam kesumat orang Syiah terhadap para sahabat Rasulullah SAW dan Ahli Sunah sebagai pewaris sebenar Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Malah Al-Kulaini dalam “al-Kafi” membawa satu riwayat daripada Jaafar bin Muhammad yang menyatakan bahawa kelahiran Imam Mahdi mereka adalah sebagai pembawa seksaan :

)إن اهلل بعث محمدا صلى اهلل عليه وسلم رحمة، ويبعث القائم نقمة(“Sesungguhnya Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW pembawa rahmat dan membangkitkan Imam Mahdi membawa siksaan”. Berikut ini beberapa petikan tulisan ulama Syiah mengenai akidah ar-Raj’ah :

Muhamad Reda Kharsani dalam kitabnya “ النجعة فى الرجعة” : )وقد اطلعت على ستمائة وعشرين حديثا فى الرجعة(

“Aku telah membaca enam ratus dua puluh hadis mengenai ar-Raj’ah”. Menurut Alhar al-Aamili dalam “االيقاظ من الهجعة بالبرهان على الرجعة” :

)إن ما يزيد على سبعين كتابا قد صنفها عظماء اإلمامية فى اثبات الرجعة(

Page 108: Artikel Syiah

100 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 101

“Sesungguhnya terdapat lebih daripada tujuh puluh kitab telah dikarang oleh ulama Syiah Imamiyah bagi menyatakan kebenaran ar-Raj’ah”. Sementara Ali Hasan Hanizi menyatakan dalam “al-Dakwah al-Islamiyah” :

)وأما الرجعة: ظهور اإلمام الثانى عشر، وامتأل األرض به قسطا وعدال بعد أن ملئت ظلما وحورا فهو صحيح من لوازم مذهب اإلمية(

“Adapun ar-Raj’ah : Ia bererti kemunculan semula imam kedua belas bagi menyebarkan keadilan di muka bumi setelah dipenuhi dengan kezaliman. Maka ia adalah benar dan merupakan kepercayaan yang tidak dapat dipisahkan daripada Mazhab Imamiyah”. Khomeini dalam “al-Hukumah al-Islamiyah” menyatakan : “Telah berlaku ghaibah kubra bagi imam kita Mahdi sejak lebih seribu tahun dan mungkin beribu tahun akan datang sebelum tiba keperluan menghendaki kemunculan yang ditunggu-tunggu itu”. Al-Kulaini dalam “al-Kafi” membawa satu riwayat daripada Ibnu Jaafar Al-Baqir katanya :

)إن الجاحد لصاحب الزمان كالجاحد لرسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم( “Orang yang mengingkari sohibu zaman (kewujudan dan kemunculan Imam Mahdi) adalah sama dengan orang yang tidak percaya kepada Rasulullah SAW”.

Akidah ghaibah ini dibina atas kepercayaan bahawa pada setiap zaman wajib ada imam. Al-kulaini yang bergelar “Thiqatul Islam” mengkhususkan satu bab dalam kitabnya “al-Kafi” yang memuatkan riwayat-riwayat berkaitan dengan kepercayaan ini :

)باب إن األرض التخلو من حجة(“Bab pada menyatakan bahawa bumi tidak boleh sunyi daripada hujah”. Satu riwayat daripada Jaffar As-Sodiq katanya :

)لو بقيت األرض بغير امام لساخت(“Jika pada satu-satu ketika tiada imam di bumi ini, pasti ia dengan segala isinya akan tenggelam”.

Dalam membina akidah Imamiyah, para perancang mazhab Syiah telah menetapkan beberapa sifat yang dikatakan sebagai tanda yang mesti ada pada seorang imam. Antara sifat-sifat tersebut seperti yang terdapat dalam kitabnya “al-Kafi” ialah :

• Seseorang imam tidak mati sehinggalah ia berwasiat kepada imam selepasnya.

• Ia mestilah anak paling tua bagi imam yang ada (syarat ini mereka kecualikan pada Hassan dan Hussin).

Page 109: Artikel Syiah

100 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 101

• Seseorang imam itu mesti dimandikan jenazahnya oleh imam berikutnya.

• Mesti sepadan dengannya baju besi (dir ‘un) Rasul SAW.

• Mesti ada padanya senjata Rasul SAW yang kedudukannya dianggap sama dengan “at-Tabut” bagi Bani Israil.

• Imam mestilah seseorang yang paling alim dan paling berani.

• Imam mengetahui apa yang telah berlaku dan akan berlaku.Tidak tersembunyi baginya sesuatu pun.

• Ada pada imam semua kitab-kitab Allah yang terdahulu dan ia mengetahuinya dalam kepelbagaian bahasa kitab tersebut.

Inilah antara sifat-sifat yang dikatakan perlu ada pada seorang imam, pada realitinya tidak semua sifat tersebut ada pada kebanyakan orang yang mereka anggap sebagai imam. Walau bagaimanapun ulama Syiah berjaya menggunakan berbagai-bagai takwilan bagi menangkis kemusykilan yang dikemukakan oleh pengikut-pengikut mereka berkaitan dengan persoalan ini. Namun demikian, mereka berhadapan dengan satu keadaan yang sangat genting dalam menegakkan akidah Imamiyah ini apabila imam mereka yang ke sebelas Al-Hasan bin Ali Al-Askari meninggal dunia tanpa mempunyai anak. Dengan keadaan ini, bukan sahaja Imamah imam yang kesebelas ini akan terbatal tetapi juga akan menyebabkan seluruh asas yang mereka bina akidah ini di atasnya akan runtuh. Natijahnya imamah imam-imam sebelumnya juga akan terbatal kerana merekalah yang meletakkan asas-asas ini. Menurut Al-Nubajini seorang ulama dan ahli falsafah Syiah terkemuka, umat Syiah kebingungan selepas kematian Al-Hasan dan berpecah kepada beberapa mazhab. Akhirnya bagi menyelesaikan kemelut ini dan memastikan akidah Imamah tidak terkubur, satu kumpulan iaitu kumpulan imam dua belas mengatakan bahawa Al-Hasan mempunyai anak yang tersembunyi yang diberi nama Muhammad. Bapanya sempat berwasiat kepadanya sebagai imam selepas kematiannya. Kemudian berlaku kisah-kisah keghaiban seperti yang dipaparkan sebelum ini. Cerita rekaan ini telah berjaya menjamin penerusan doktrin imamah Syiah dan menyelamatkannya daripada kehancuran. Inilah kisah di sebalik akidah rekaan yang dijadikan garisan pemisah antara iman dan kufur oleh Syiah Imamiyah Isna Ashariyah. Apa pandangan anda?

PANDANGAN SYIAH TERHADAP SAHABAT RASULULLAH SAWDengan kedudukan imamah yang begitu penting dalam Mazhab Syiah beserta pengertian yang tersendiri, sudah tentu ia mempengaruhi pandangan mereka terhadap para sahabat Ridhuanullah, al-Quran, Sunah

Page 110: Artikel Syiah

102 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 103

dan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. Maka itu mengkafirkan Khulafa ar-Rasyidin dan para sahabat, memaki dan melaknat mereka menjadi sebahagian daripada asas agama yang dipanggil

“Al-Bara’ah Min A’daai Ahli Bait” (membersihkan diri daripada musuh-musuh ahli bait). Malah melaknat para sahabat, khususnya Saidina Abu Bakar dan Umar dianggap satu ibadah yang besar10. Ini ialah disebabkan dakwaan mereka bahawa para sahabat telah membelakangkan nas dengan melakukan syura di saqifah Bani Saadah dan memilih Abu Bakar sebagai khalifah.

Berikut ini diperturunkan tulisan para ulama Syiah serta nas-nas yang mereka gunakan dalam melaknat para sahabat :

Muhammad Baqir Al-Majlisi yang bergelar “Khatimatul Muhaddithin” di kalangan orang-orang Syiah menyebut dalam “بحار األنوار” :

)األخبار الدالة على كفر أبى بكر وعمر وأضرابها، وثواب لعنهم والبراءة منهم أكثر من ان يذكر فى هذا المجلد(

“Sesungguhnya hadis-hadis yang menunjukkan kekufuran Abu Bakar dan Umar dan yang seumpama keduanya, dan pahala melaknat mereka serta membersihkan diri dari mereka adalah lebih banyak daripada yang mampu disebut dalam kitab ini....”

As-Syaikh Al-Mufid menulis dalam “ أوائل المقاالت” : :)واتفقت اإلمامية وكثير من الزيدية على أن المتقدمين على امير المؤمنين ـ عليه وسلم ـ ضالل فاسقون، وأنهم بتأخيرهم أمير المؤمنين عليه السالم عن مقام رسول اهلل صلوات اهلل عليه وآله،

عصاه ظالمون، وفى النار بظلمهم مخلدون(“Seluruh ulama Imamiyah dan ramai daripada kalangan Ulama Zaidiyah telah sepakat mengatakan bahawa khalifah-khalifah yang mendahului Amirul Mukminin (Ali) adalah orang-orang yang sesat dan fasik, dan tindakan mereka melewatkan Amirul Mukminin daripada kedudukan yang ditentukan oleh Rasulullah SAW menjadikan mereka orang-orang yang derhaka lagi zalim dan dengan kezaliman tersebut mereka akan kekal dalam neraka”.

Berkata Muhamad Ar-Redha Ar-Redwa yang mereka gelar dengan “al-Alamah” dalam “Kazibu Ala Syiah”

10 Oleh kerana berlaku banyak laknat terhadap para sahabat diulangkan dalam kitab-kitab mereka. Maka ia diringkaskan dengan (لع) yang bermaksud (Laknatullah).

Page 111: Artikel Syiah

102 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 103

)أما براءتنا من الشيخينى ـ أبى بكر وعمر ـ فذاك من ضرورة ديننا، وهى امارة شرعية على صدق محبتنا إلمامنا(

“Adapun pembersihan diri kita daripada dua Syeikh - Abu Bakar dan Umar - maka ia sebahagian daripada pegangan asas dalam agama kita, dan merupakan tanda yang syarie menunjukkan kebenaran kasih kita kepada imam”. Ia seterusnya menyifatkan Khulafa Ar-Rasyidin sebagai penyembah berhala :

)إن مما ال يختلف فيه اثنا ممن هم على وجه األرض أن الثالثة الذين هم فى طليعة الصحابة كانوا عبدة أو ثان حتى لفظوا آخر أنفاسهم(

“Sesungguhnya antara perkara yang tidak dipertikaikan hatta oleh dua orang yang ada di atas bumi ini ialah bahawa tiga orang dari para sahabat terkemuka adalah merupakan penyembah-penyembah berhala sehinggalah mereka menghembuskan nafas yang akhir”.

Bagi memperdalamkan rasa kebencian umat Syiah kepada dua khalifah Islam secara khusus - Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.a. - mereka mengarang doa yang dinamakan (دعاء لعن صنمى قريش) (doa melaknat dua berhala Quraisy)11. Bahagian awal doa yang agak panjang ini berbunyi :

)اللهم العن صنمى قريش، وجبتيها وطاغوتيها، وافكيها وابنتيهما، الذين خالفا أمرك، وأنكر اوحيك، وعصيا رسولك، وقلبا دينك وحرفا كتابك(

“Allahumma turunkan laknat-Mu ke atas dua berhala Quraisy, dua jabat dan thaghutnya, dua pendustanya dan dua anak perempuan keduanya yang telah menyalahi perintah-Mu. Mengingkari wahyu-Mu, mengkufuri nikmat-Mu, menderhakai rasul-Mu, menukar agama-Mu, menyelewengkan kitab-Mu....”.

Seorang ulama besar mereka Al-Tabrasi ketika menjelaskan kelebihan membaca doa ini menyatakan dalam ”فصل الخطاب“ :

)وإن الداعى به كالرامى مع النبي صلى اهلل عليه وسلم فى بدر وحنين بألف الف سهم(“Sesungguhnya orang yang berdoa dengan doa ini pahalanya sama dengan orang yang melontar sejuta anak panah bersama Nabi SAW dalam peperangan Badar dan Hunain”.

Aqa Bozorq At-Tehrani dalam “Azzari’ah” menyenaraikan sembilan

11 Disebabkan kebencian yang mendalam terhadap dua khalifah Islam ini, ulama Syiah dalam kitab-kitab mereka jarang menyebut nama keduanya. Sebaliknya dirujukkan dengan gelaran-gelaran yang keji seperti : اجلبت والطاغوت، عجل األمه والسامرى، الرجالن وفرعون وهامان ومنرود dan lain-lain.

Page 112: Artikel Syiah

104 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 105

kitab yang mensyarahkan doa Sanam-e-Quraish di sepanjang zaman ini menunjukkan ianya begitu penting di kalangan umat Syiah. Mereka juga membawa riwayat palsu mengatakan Saidina Ali Karamallahu Wajhah senantiasa mengekalkan membaca doa ini siang dan malam dan juga dalam doa qunutnya. Seperti yang di sebut oleh ulama mereka Ali bin Abdul Aal Al-Karki dalam والطاغوت00“ت الجبت لعن فى الالهوت “نفحات

Bagi membuktikan bahawa pandangan terhadap para sahabat ini merupakan pandangan Syiah di sepanjang zaman dan bahawa cakap-cakap yang lain daripada itu adalah “taqiyyah” belaka. Saya perturunkan tulisan Khomeini yang merupakan rujukan Syiah yang terbesar zaman ini dalam kitabnya yang tersebar luas “كشف األسرار ” : )إنناال شأن لنا بالشيخينى وما قاما به من مخالفات للقرآن، ومن تالعب بأحكام اإلله، وما حلاله

وحرماه من عندهما، وما مارساه من ظلم(“Sesungguhnya kita tiada kaitan dengan Syaikhaini (Abu Bakar dan Umar) dan apa yang dilakukan oleh kedua-duanya iaitu menyalahi al-Quran, mempermain-mainkan hukum Allah, menghalal dan mengharamkan dengan sesuka hati dan tindakan-tindakan zalim yang mereka lakukan...........”

Khomeini kemudian meneruskan serangan terhadap khalifah-khalifah Islam yang lain dengan katanya:

)أن مثل هؤالء األفراد الجهال الحمقى واألفاكون والجائرون غير جديرين بأن يكونوا فى موقع اإلمامة، وأن يكونوا ضمن أولى األمر(

“Sesungguhnya orang-orang seperti mereka yang jahil, bodoh, pendusta dan zalim tidak layak untuk berada di kedudukan kepimpinan dan menjadi sebahagian daripada golongan pemerintah”.

Pandangan demikian terhadap para sahabat Ridhuanullahu Alaihim merupakan satu pendustaan terhadap ayat-ayat dan hadis yang banyak memuji dan menyatakan keredhaan Allah Taala terhadap mereka seperti firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 100:

ن ـ ين ٱتبعوه بإحس نصار وٱل

جر ين وٱل ـ مهلون من ٱل و

بقون ٱل ـ وٱلس

عنم ور ضوا عنه ) اآلية( ٱلل

ر ضى“Orang-orang yang terdahulu dan terawal (masuk Islam) daripada kalangan Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah.....”. Redha Allah adalah sifat yang Qadim dan tidak akan berubah (Sadaqa Allah Wa Kazaba Syiah) “Benarlah Allah Subhanawataala dan dustalah Syiah”.

Page 113: Artikel Syiah

104 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 105

Antara hadis-hadis yang menerangkan kelebihan dan martabat para sahabat ialah sabda Rasul SAW :

)إن اهلل تعالى اختار أصحابى على العالمين سوى النبيين والمرسلين(12“Sesungguhnya Allah Taala memilih sahabat-sahabatku dan melebihkan mereka ke atas sekalian alam selain daripada nabi-nabi dan rasul-rasul”.

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda :

)خير الناس قرني، ثم الذين يلونهم، ثم الذين يلونهم(“Orang Islam yang terbaik ialah mereka yang berada pada zamanku, kemudian zaman yang selepasnya dan seterusnya zaman yang selepasnya”.

Dengan kedudukan sahabat yang sebegitu rupa dalam mazhab Syiah, tentulah tiada tempat untuk memperkatakan mengenai “Adalatus Sahabah” yang ijmak Ahli Sunah mengenainya. Kepercayaan kepada Adalatus Sahabah (keadilan para sahabat) adalah sangat penting kerana ia berkait langsung dengan kepercayaan kepada al-Quran dan al-Sunah. Bagaimana kita boleh mempercayai kebenaran al-Quran dan al-Sunah jika orang-orang yang bertanggungjawab mengumpul dan menyampaikan kepada kita adalah orang-orang yang fasik, pembohong, zalim dan kafir?

Para sahabat Ridhuanallahu Alaihim adalah saksi-saksi utama kepada kebenaran al-Quran dan al-Sunah. Membatalkan kepercayaan terhadap saksi, bermakna dan bertujuan membatalkan kepercayaan terhadap yang disaksikan seperti yang di nyatakan oleh Al-Hafiz Abu Zur’ah Ar-Razi :

)اذا رأيت الرجل ينتقص أحد من أصحاب رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم فاعلم أنه زنديق، ألن الرسول صلى اهلل عليه وسلم حق، والقرآن حق، وإنما أدى إلينا هذا القرآن والسنن أصحاب رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم، وإنما يريدون أن يجرحوا شهودنا ليبطلوا الكتاب والسنة، والجرح بهم

أولى، وهم زنادقة(13“Jika kamu lihat orang merendahkan salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi SAW, maka ketahuilah bahawa ianya seorang zindik (munafik) kerana Rasulullah adalah benar dan al-Quran juga benar. Sesungguhnya yang menyampaikan kepada kita al-Quran dan al-Sunah adalah para sahabat Rasulullah SAW. Mereka sebenarnya ingin menghilangkan kepercayaan kepada saksi-saksi kita untuk membatalkan keyakinan kepada al-Quran dan Sunah. Merekalah yang lebih utama tidak boleh dipercayai dan mereka sebenarnya adalah golongan zindik”. Ibnu Kathir menyatakan:

رواه البزار 12الكفاية فى علم الرواية “للخطيب البغدادى 13

Page 114: Artikel Syiah

106 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 107

)ومن ظن بالصحابة رضوان اهلل عليهم ذلك )كتمان الوصية لعلى بالخالفة( فقد نسبهم بأجمعهم إلى الفجور والتواطؤ على معاندة رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم ومضادته فى حكمه ونصه ومن

وصل من الناس إلى هذا المقام فقد خلع ربقة االسالم وكفر باجماع األمة(14“Sesiapa yang mengatakan para sahabat melakukan demikian (menyembunyikan wasiat Rasulullah SAW melantik Saidina Ali sebagai khalifah) maka bermakna ia telah menuduh mereka seluruhnya sebagai fasik dan bersekongkol mengingkari Rasulullah SAW. Dan menentang baginda pada apa yang telah dihukum dan nas olehnya. Sesiapa daripada manusia yang sampai ke peringkat ini maka sesungguhnya ia telah menanggalkan ikatan Islam, dan menjadi kafir dengan ijmak sekalian ulama”.

PANDANGAN SYIAH TERHADAP AL-QURANUlama Islam telah ijmak mengatakan bahawa al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya SAW yang terpelihara dengan jaminan Allah Taala, ialah al-Quran yang ada di tangan umat Islam di sepanjang zaman. Sesiapa yang beriktikad bahawa ia telah ditambah, dikurangkan atau diubah dan diselewengkan, maka ia menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam. Ibnu Abdul Al-Bir menyatakan:

)وأجمع العلماء أن ما فى مصحف عثمان وهو الذى بأيدى المسلمين اليوم فى أقطار األرض حيث كانوا هو القرآن المحفوظ الذى ال يجوز ألحد أن يتجاوزه(15

“Ulama Islam telah ijmak mengatakan bahawa apa yang ada di dalam mashaf Uthman iaitu yang ada di tangan umat Islam hari ini di mana sahaja mereka berada, ialah al-Quran yang terpelihara dan tidak halal bagi sesiapa pun meninggalkannya”.

Berkata Al-Qadi Ibad dalam “الشفاء” : )اعلم أن من استخف بالقرآن أو كذب به، أو بشيئ منه، أو كذب بشيئ مما صرح به فيه من حكم أو خبر أو أثبت ما نفاه، أو نفى ما أثبته على علم منه بذلك، أو شك فى شيئ من ذلك فهو كافر

عند اهل العلم باجماع(“Ketahuilah bahawa sesiapa yang mempersendakan al-Quran atau mashaf, atau sesuatu daripadanya atau mendustakan al-Quran atau sesuatu daripadanya atau mendustakan sesuatu hukum atau khabar yang diterangkan dengan jelas atau mensabitkan apa yang dinafi atau menafikan

”التمهيد لما فى الموطاء من المعانى واألسانيد” االبن عبد البر 14البداية والنهاية 15

Page 115: Artikel Syiah

106 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 107

apa yang disabit oleh al-Quran ataupun ia syak pada sesuatu daripada perkara tersebut, maka ia menjadi kafir dengan ijmak para ulama”. Ibnu Hazam menyatakan :

)من قال إن القرآن نقص من بعد موت النبى صلى اهلل عليه وسلم حرف، أو زيد فيه حرف أو بدل منه حرف فهو كافر خارج عن دين اإلسالم؛ ألنه خالف كالم اهلل عزوجل، وسنن رسول اهلل صلى

اهلل عليه وسلم وإجماع أهل االسالم(16“Sesiapa yang berkata bahawa berlaku kekurangan satu huruf pada al-Quran selepas kewafatan nabi Muhammad SAW atau ditambah padanya satu huruf atau ditukar satu huruf.... maka sesungguhnya ia menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam,kerana ia telah menyalahi firman Allah Azza Wa Jalla. Hadis-hadis Nabi SAW dan ijmak ulama Islam”.

Demikianlah akidah Ahli Sunah tentang al-Quran yang ada pada tangan umat Islam hari ini. Tetapi golongan Rafidhah yang telah menjadikan “Mukhalafah al-Ammah” (menyalahi Ahli Sunah) salah satu prinsip asasnya, berpendapat sebaliknya. Mereka mengatakan bahawa al-Quran telah diseleweng dan diubah serta dikurangkan. Orang yang mengumpulkan al-Quran seperti yang diturunkan oleh Allah Taala hanyalah Saidina Ali Karramallahu Wajhah. Baginda telah menzahirkan sekali sahaja untuk menjadi hujah ke atas para sahabat sebelum menyembunyikannya. Kemudian baginda menyerahkannya sebelum meninggal dunia kepada anaknya al-Hassan. Selepas al-Hussin, seterusnya kepada imam-imam berikutnya sehinggalah sampai kepada Imam Dua Belas yang dikatakan ghaib dan membawa bersamanya al-Quran yang “hakiki”. “Al-Quran” ini akan dizahirkan ketika kemunculannya yang ditunggu-tunggu itu.

Berikut ialah nukilan tulisan-tulisan ulama Syiah mengenai dakwaan berlaku penyelewengan pada al-Quran :

Nikmatullah Al-Jazairi (512 M) menyebut dalam “األنوار النعمانية” : )إن األصحاب قد أطبقوا على صحة األخبار المستفيضة، بل المتواترة الدالة بصريحها على وقوع

التحريف فى القرآن(“Sesungguhnya ulama Syiah sepakat mengatakan bahawa hadis-hadis yang diriwayat secara luas, malah mutawatir adalah sahih yang menunjukkan dengan terang berlaku perubahan pada al-Quran....”.

الدرة فيما يجب اعتقاده 16

Page 116: Artikel Syiah

108 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 109

Abu Al-Hasan Asyarif dalam tafsirnya “مراة األنوار” menyebut :

)إن القول بتحريف القرآن من ضروريات مذهب الشيع(“Sesungguhnya pandangan bahawa berlaku perubahan pada al-Quran adalah merupakan antara pegangan yang asas dalam mazhab Syiah”.

Seorang ulama besar mereka Al-Husin bin Muhammad Taqiy An-Nuri At-Tabrasi mengarang kitab khusus bagi membuktikan berlaku perubahan pada al-Quran yang di beri judul:

)فصل الخطاب فى إثبات تحريف كتاب رب األرباب( “Kepastian kata dalam mensabitkan berlaku perubahan pada kitab “Rab Al-Arbab”. Dalam mukadimahnya, ia menyebut :

)هذا كتاب لطيف، وسفرشريف، عملته فى إثبات تحريف القرآن، وفضائح أهل الجور والعدوان(“Ini adalah kitab yang sangat rapi pengolahannya, sebuah karangan yang mulia, aku tuliskan untuk membuktikan berlaku perubahan pada al-Quran dan mendedahkan keburukan golongan yang melakukan kezaliman dan tindakan permusuhan”.

Al-Tabrasi mengemukakan dalil-dalil yang banyak bagi membuktikan dakwaannya. Antaranya ia menyebut :

)الدليل الثانى عشر: األخبار الواردة فى الموارد المخصوصة من القرآن الدالة على تغيير بعض نعمة اهلل السيد المتقدمة، وهى كثيرة جدا، حتى قال الصور بإحدى الكلمات واآليات والسور الجزائرى: أن األخبار الدالة على ذلك تزيد على ألفى حديث، وادعى استفا ضتها جماعة كالمفيد، والمحقق الدماد والعالمة المجلسي وغيرهم وأعلم أن تلك األخبار منقولة من الكتب المعتبرة التى

عليها معول أصحابنا فى اثبات األحكام الشرعية(“Dalil kedua belas: Hadis-hadis yang diriwayatkan yang menyebut tempat-tempat tertentu dalam al-Quran menunjukkan berlaku perubahan pada sesetengah kalimah, ayat dan surah dengan salah satu daripada bentuk-bentuk yang disebutkan terdahulu, dan ianya (hadis-hadis) sangat banyak hingga mendorong As-Sayidul Nikmatullah Al-Jazairi membuat kenyataan: Bahawa hadis-hadis yang menunjukkan berlaku perubahan pada al-Quran melebihi dua ribu hadis dan sekumpulan ulama seperti Al-Mufid, Al-Muhaqaq Ad-Dimad’, Al-Alamah Al-Majlisi dan lain daripada mereka mendakwa hadis-hadis berkenaan diriwayat secara meluas. Ketahuilah hadis-hadis tersebut diambil daripada kitab-kitab muktabar yang menjadi pegangan ulama kita dalam menetapkan hukum-hukum syarak”.

Page 117: Artikel Syiah

108 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 109

Mengenai cara mengumpul al-Quran, Al-Kulaini menyebut riwayat daripada Jaafar katanya:

)ما أدعى أحد من الناس أنه جمع القرآن كله كما أنزل إال كذب، وما جمعه وحفظه كما نزله اهلل أال على )ع( واألئمة من بعده )ع(

“Mana orang mendakwa bahawa ia mengumpul al-Quran semuanya seperti yang diturunkan, dakwaannya adalah dusta.Tiada setiap yang mengumpul dan memeliharanya seperti yang diturunkan oleh Allah melainkan Ali dan imam-imam selepasnya”.

Al-Tabrasi menyebut dalam kitabnya “فصل الخطاب” satu riwayat daripada Al-Mahdi katanya:

)لما انتقل رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم من دار الفناء، وفعل صنما قريش ما فعال من غصب الخالفة، جمع امير المؤمنين )عليه السالم( القرآن كله ووضعه فى ازار وأتى به إليهم وهم فى المسجد فقال لهم: هذا كتاب اهلل امرنى رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم أن أعرضه عليكم لقيام الحجة عليكم يوم العرض فقال له عمر ـ فرعون هذه األمة ونمرودها ـ: لسنا محتاجينى الى قرآنك

فجمع أبو بكر ومن معه القرآن(“Ketika Rasulullah SAW meninggal dunia dan dua berhala Quraisy (Abu Bakar dan Umar) telah bertindak merampas jawatan khalifah, Amirul Mukminin mengumpulkan semua al-Quran dan meletakkan dalam kain lalu membawanya kepada para sahabat ketika mereka berada di masjid. Baginda berkata kepada mereka : Ini kitab Allah. Rasulullah SAW menyuruh aku kemukakan kepada kamu semua untuk menjadi hujah ke atas kamu di hari kiamat. Maka berkata Umar - Firaun umat ini dan Namrudnya:- Kami tidak perlu kepada al-Quran kamu, lalu Abu Bakar dan mereka yang bersama-samanya bertindak mengumpul al-Quran....”.

Mengenai sifat al-Quran mereka, Al-Kulaini membawa riwayat daripada Jaafar bin Muhammad katanya :

السالم( )عليها فاطمة مصحف ما يدريهم وما السالم(، )عليها فاطمة لمصحف عندنا )وإن مصحف فيه مثل قرآنكم هذا ثالث مرات واهلل، ما فيه من قرآنكم حرف واحد(

“Dan sesungguhnya di sisi kami ada mashaf Fatimah apakah yang mereka tahu tentang Mashaf Fatimah? Mashaf besarnya tiga kali ganda daripada al-Quran kamu ini. Demi Allah, tidak terdapat di dalamnya satu huruf pun daripada al-Quran kamu.....”.

Page 118: Artikel Syiah

110 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 111

Berikut ini diperturunkan contoh beberapa ayat yang menurut Al-Kulaini terdapat dalam al-Quran mereka (perkataan dalam kurungan adalah daripada tambahan mereka) :

‘‘ومن يطع اهلل ورسوله )فى والية على واألئمة من بعده( فقد فاز فوزا عظيما’’ )األحذاب:61)‘‘سأل سائل بعذاب واقع للكافرين )بوالية على( ليس له دافع’’ )المعارج:1ـ2)

‘‘واهجرهم هجرا جميال وذرنى )يا محمد( والمكذبين )بوصيك( أولى النعمة ومهلهم قليال’’ )المزمل:11ـ1٥)

Memandangkan pendirian mereka yang sedemikian, maka bagaimana pula umat Syiah berurusan dengan al-Quran yang ada pada hari ini? Persoalan ini diperjelaskan oleh An-Nuri At-Tabrasi dalam “Faslul Khitob”:

“Sesungguhnya telah sah daripada imam kita bahawa mereka menyuruh membaca apa yang ada pada mashaf hari ini, tanpa menambah dan mengurangkan sehingga muncul Imam Mahdi yang akan membaca kepada manusia mengikut apa yang diturunkan oleh Allah dan dikumpulkan oleh Amirul Mukminin. Kita dilarang membaca seperti yang diriwayatkan oleh hadis-hadis kerana jika seseorang membaca berlainan daripada apa yang ada dalam mashaf, ia akan terdedah kepada bahaya daripada mereka yang berlainan akidah. Dan menggalakkan tindakan daripada pihak berkuasa, seterusnya mendedahkan dirinya kepada kebinasaan. Oleh itu, imam-imam melarang kita daripada membaca seperti yang diriwayatkan”.

Kenyataan ini mendedahkan bahawa hubungan umat Syiah dengan al-Quran yang ada hari ini hanyalah bersifat sementara sahaja dan dilakukan atas dasar taqiyyah.

Daripada apa yang dipaparkan di atas, maka persoalan yang ingin dikemukakan di sini ialah: Adakah wujud sebarang ruang walau sebesar lubang jarum pun untuk pendekatan antara Ahli Sunah dan Syiah?

PANDANGAN SYIAH TERHADAP AS-SUNAHAs-Sunah adalah sumber utama yang kedua selepas al-Quran yang diijmak oleh ulama Islam wajib berpegang dengannya dalam menentukan hukum syarak. Di sisi Ahli Sunah, ia bermaksud : Apa yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang terdiri daripada perbuatan, perkataan, dan takrir (perakuan).

Tetapi di sisi Syiah, Sunah bukan sahaja yang terbit daripada Rasulullah SAW, tetapi juga daripada imam-imam mereka yang maksum. Muhammad Reda Al-Muzafar menyebut dalam kitabnya “Usul Fiqh”:

Page 119: Artikel Syiah

110 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 111

)اما فقهاء اإلمامية بالخصوص ـ فلما ثبت لديهم أن المعصوم من آل البيت يجرى قوله مجرى قول النبى، في كونه حجة على العباد واجب االتباع فقد توسعوا اصطالح السنة الى ما يشمل قول واحد

من الموصومين أو فعله أو تقريره، فكانت السنة باصطالحهم: قول المعصوم أو فعله أو تقريره(“Adapun ulama Fiqah Imamiyah secara khusus. Manakala telah sabit di sisi mereka bahawa setiap Imam maksum daripada Ahli Bait perkataannya sama dengan perkataan nabi daripada segi ayatnya menjadi hujah ke atas sekalian hamba dan wajib diikuti. Maka mereka memperluas Istilah Sunah kepada takrif yang meliputi perkataan setiap Imam maksum. Perbuatan dan juga perakuannya, maka Istilah Sunah di sisi mereka ialah perkataan Imam maksum, perbuatan atau perakuannya”.

Bagi mereka tiada perbezaan sama ada imam-imam tersebut masih di peringkat umur kanak-kanak ataupun dewasa. Oleh yang demikian mereka menerima apa yang di panggil hadis “At-Tauqi’at” iaitu jawapan bertulis yang dikatakan datang daripada imam kedua belas masa “Ghaibah Soghra”. Imam ini dikatakan ghaib ketika umurnya sekitar empat atau lima tahun. Khomeini dalam bukunya “Al-Hukumah Al-Islamiyah” telah menyebut hadis ini ketika berhujah menegakkan teori “Wilayatul Faqih” iaitu orang yang layak memerintah umat manusia dalam masa keghaiban imam ialah para ulama Fiqah daripada kalangan Syiah.

Di halaman 77, Khomeini telah menyebut tentang hadis “taukiq” yang dikatakan daripada imam kedua belas yang berbunyi : “Adapun hukum mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku, maka hendaklah dirujukkan kepada orang yang meriwayatkan perkataan kami, kerana mereka adalah hujah aku ke atas kamu dan aku adalah hujah Allah”.

Mengenai syarat bagi seseorang “rhawi” (perawi hadis) untuk dapat diterima hadisnya, mereka menambahkan syarat “al-iman” selain daripada “islam”, “bulugh” (baligh), “aqal” (berakal),“adalah” (adil) dan “dhabtu” (cermat/teliti). Telah dijelaskan sebelum ini makna “mukmin” di sisi Syiah ialah seorang yang berpegang dengan akidah Imamiyah Isna Ashariyah. Maka natijah yang pasti daripada syarat ini ialah hadis-hadis yang menjadi pegangan Ahli Sunah tidak ada nilai di sisi Syiah. Hussin bin Abdul Somad al-Amili menyebut dalam

:“وصول األخيار الى أصول األخبار“ )فصحاح العامة كلها وجميع ما يروونه غير صحيح(

“Maka hadis-hadis sahih di sisi Ahli Sunah semuanya dan hadis yang mereka riwayatkan adalah tidak sahih”.

Page 120: Artikel Syiah

112 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 113

Doktor Muhamad Tijani As-Samawi dalam “فسألوا أهل الذكر” menyatakan bahawa kitab hadis Bukhari dan kitab-kitab hadis yang lain (yang menjadi pegangan Ahli Sunah) tidak mempunyai nilai di sisi Syiah.

Berasaskan fakta-fakta yang disebutkan di atas, maka persoalan yang mungkin boleh dikemukakan di sini ialah: Adakah di sana “lampu ajaib” yang boleh membantu mendekatkan antara Ahli Sunah dan Syiah?

PENDIRIAN SYIAH TERHADAP AHLI SUNAH DAN TAQIYYAHJika sekiranya para sahabat dianggap tidak mukmin dan telah menjadi kafir kerana tidak beriman dengan Imamah Syiah, maka nasib pengikut-pengikut Ahli Sunah tidak perlu diperbahaskan lagi kerana tiada siapa di kalangan Ahli Sunah yang beranggapan mereka lebih baik daripada sahabat atau mendekati martabat sahabat r.a. Namun bagi Syiah itu tidak mencukupi untuk melepaskan kebencian dan dendam kesumat mereka terhadap Ahli Sunah. Mereka malah pergi lebih jauh lagi dengan menghukum orang-orang Islam yang bukan Syiah sebagai najis serta harus dibunuh dan diambil harta mereka dan tidak sah sembahyang berimamkan pengikut Ahli Sunah.

Seorang ahli hadis mereka yang terkemuka Yusuf Al-Bahrani dalam “al-Hadaiku Nadhirah” :

)والمشهور فى كالم أصحابنا المتقدمين هو الحكم بكفرهم ونجاستهم، وهو المؤيد بالروايات اإلمامية(“Dan yang masyhur daripada pendapat ulama Syiah yang terdahulu ialah menghukum Ahli Sunah sebagai kafir, memusuhi Ahli Bait dan najis. Pendapat inilah yang disokong oleh hadis-hadis yang diriwayat oleh ahli-ahli hadis daripada kalangan Imamiyah”.

Al- Khomeini dalam “ زبدة األحكام ” menyatakan :

)وأما النواصب والخوارج لعنهم اهلل تعالى فهما نجسان(“Adapun Ahli Sunah dan Khawarij laknat Allah ke atas mereka, maka kedua-dua golongan ini adalah najis”.

Yusuf Al-Bahrani dalam kitabnya yang di sebut sebelum ini menyatakan:

المخالف ونصبه وشركه الصريح من األخبار الستفاضتها ونكاثرها بكفر الظاهر بل الحق )وهو وحل ما له ودمه(

“ Ia adalah yang benar lagi zahir, malah jelas daripada hadis-hadis yang masyhur dan banyak menunjukkan orang yang menyalahi Syiah adalah kafir. Memusuhi Ahli Bait, syirik serta halal harta dan darahnya”.

Page 121: Artikel Syiah

112 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 113

Alhar Al-Amili dalam “ الشيعة menyebut bahawa Al-Fadhl bin “ وسائل Yasar bertanya kepada Abu Jaafar mengenai hukum menikahi Ahli Sunah dan sembahyang berimamkan mereka. Abu Jaafar menjawab:خلفه) تصل وال تناكحه Jangan kamu menikahi dan sembahyang“ : (ال berimamkannya”.

Ibnu Babawaih Al-Qummi dalam “ من ال يخصره الفقيه “ menyebut dalam kitab solat :

)باب عدم جواز الصالة خلف المخالف فى االعتفادات الصحيحة إال للتقيه، فإنه يستحب لها حصور جماعاتهم والقيام معهم فى الصف األول(

“Bab pada menyatakan hukum tidak harus sembahyang berimamkan orang yang berlainan dalam akidah yang sahih melainkan atas dasar taqiyyah. Oleh itu disunatkan atas alasan taqiyyah menghadiri solat berjemaah dengan mereka berkaitan akidah dan berdiri bersamanya di baris hadapan”.

Adalah jelas penyertaan Syiah dalam upacara ibadat bersama Ahli Sunah dilakukan atas dasar taqiyyah. Apakah dia “taqiyyah” dan kedudukannya dalam mazhab Syiah? Seorang ulama mereka zaman ini Muhamad Jawad Maghniyah dalam ” الشيعة فى الميزان “ menyatakan :

)التقية أن تقول أو نفعل غير ما تعتقد لتدفع الضرر عن نفسك أو مالك أو لتحتفظ بكرامتك( “Taqiyyah ialah engkau mengatakan atau melakukan lain daripada apa yang kamu iktikad untuk menolak mudarat daripada diri atau hartamu atau untuk menjaga kemuliaanmu”.

Secara sepintas lalu ia tidak lebih daripada hukum rukhsah dalam Qawaid Fiqhiyyah yang termasuk di bawah kaedah “”المحظورات تبيح الضرورة (Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang). Namun berdasarkan riwayat-riwayat yang terdapat dalam kitab-kitab hadis seperti Al-Kafi dan di perakukan oleh ulama mereka. Taqiyyah adalah satu rukun agama yang penting seperti solat atau lebih besar lagi. Berikut ini ialah nas-nas yang dipetik daripada kitab-kitab mereka :

Ibnu Babawaih Al-Qummi menyebut dalam “االعتقادات” : )اعتقادنا فى التقية أنها واجبة ـ من تركها بمنزلة من ترك الصالة(

“Kita beriktikad bahawa taqiyyah adalah wajib seperti solat, sesiapa yang meninggalkannya seperti meninggalkan solat”. Kitab Al-Kafi menyebut beberapa riwayat yang kesemuanya dikatakan daripada Imam Jaafar As-Sodiq. Antaranya :

Page 122: Artikel Syiah

114 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 115

)إن تسعة اعشارا الدين فى التقية( “Sembilan persepuluh daripada agama adalah taqiyyah”

)التقية من دينى ودين آبائى وال إيمان لمن ال تقية له(“Taqiyyah bahagian dari agamaku dan agama bapa-bapaku, dan tiada iman bagi sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah”.

Berasaskan nas-nas yang banyak, Al-Qummi dalam “االعتقادات” menyatakan bahawa : “Taqiyyah adalah wajib dan tidak harus ditinggalkan hingga muncul imam. Sesiapa yang meninggalkannya sebelum muncul imam, maka keluar ia daripada agama Allah Taala dan daripada agama Imamiyah. Dan ia menyalahi perintah Allah, rasul-Nya dan imam-imam”. Dan mereka menekankan supaya hubungan orang-orang Syiah dengan Ahli Sunah berasaskan kepada taqiyyah. Al-Har Al-Amili dalam “ الشيعة : mengkhususkan satu bab menjelaskan perkara ini “ وسائل

)باب وجوب عشرة العامة بالتقية(“Bab pada menyatakan wajib bergaul dengan Ahli Sunah dengan mengamalkan taqiyyah”.

Begitulah besarnya kedudukan taqiyyah dalam akidah Imamiyah yang di anggap sebagai salah satu rukun agama yang asas hingga menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam jika tidak mengamalkannya. Namun kitab-kitab Syiah yang dikarang untuk tujuan “ر” تقريب atau diayah, hakikat ini disembunyikan. Orang Ahli Sunah yang baik hati, apabila membacanya akan terpedaya lantas mengatakan : Kalau begini maknanya, dalam mazhab Ahli Sunah pun ada taqiyyah. Sedangkan hakikat, tujuan dan pelaksanaannya amat berbeza. Kenyataan ini membawa kita kepada suatu pengertian bahawa : Berurusan dengan golongan bidaah tidak boleh didasarkan kepada sikap baik sangka atauالظن“ن -semataب”حسن mata. Sebaliknya ia memerlukan keilmuan, ketelitian, sikap berhati-hati, serta keghairahan dan semangat yang tinggi untuk memelihara kemurnian akidah dan melindungi orang ramai daripada terjerumus ke lembah ajaran sesat dan bidaah.

Demikianlah kisah-kisah serta fakta-fakta di sebalik akidah “ امامة“ serta drama keghaiban imam yang dianggap oleh Syiah sebagai Rukun Islam paling utama dan dijadikan garis pemisah antara Islam dan kufur serta penentu untuk sah dan diterima segala ibadat. Kesan daripada akidah ini ialah bahawa Umat Islam seluruhnya bermula daripada para sahabat, tabi’in, ulama mujtahidin, fuqaha’, muhaddithin, mufassirin, serta semuanya yang berpegang dengan akidah Ahli Sunah dianggap sesat dan

Page 123: Artikel Syiah

114 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | 115

terkeluar daripada Islam serta berhak kekal dalam neraka. Persoalannnya: Adakah kepercayaan bidaah, khurafat dan sesat ini perlu didiamkan atas nama ‘pendekatan’, ‘menghadapi musuh bersama’, ‘menentang Amerika’ dan sebagainya. Apakah ada musuh yang lebih besar daripada mereka yang berusaha merosakkan akidah umat Islam dan menghancurkan perpaduannya, melalui penyebaran akidah khurafat ini di kalangan Ahli Sunah Wal Jamaah yang merupakan satu-satunya kumpulan yang diperakui oleh Rasulullah SAW sebagai “الفرقة الناجية” ?.

Bagi mengakhiri tulisan ini, saya ingin memetik tulisan Ahmad Amin dalam “فجر اإلسالم” yang mungkin dapat memberi gambaran tentang latar belakang pembentukan mazhab Syiah dan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya :

)والحق أن التشيع كان مأوى يلجاء إليه كل من أراد هدم اإلسالم لعداوة أو حقد ومن كان يريد إدخال تعاليم آبائه من يهودية ونصرانية وزردشتية وهندية كل هؤالء كانوا يتخذون حب أهل البيت فقال بالرجعة بالقول التشيع فى ظهرت فاليهودية أهواءهم: شاءت ما وراءه كل يضعون ستارا الشيعة: إن النار محرمة على الشيعى إال قليال كما قال اليهود والنصرانية ظهرت فى التشيع فى قول بعضهم: ان نسبة اإلمام الى اهلل كنسبة المسيح اليه وتستر بعض الفرس بالتشيع وحاربوا الدولة

األموية وما فى نفوسهم إال الكره للعرب ودولتهم(“Pada hakikatnya Syiah telah menjadi tempat berlindung bagi setiap mereka yang ingin meruntuhkan Islam kerana permusuhan atau dengki dan mereka yang ingin memasukkan ajaran nenek moyang mereka seperti Yahudi, Nasrani, Zoroaster dan Hindu. Semua mereka menjadikan kasih pada Ahli Bait sebagai tabir untuk menutup keinginan mereka yang sebenar. Ajaran Yahudi misalnya muncul dalam Syiah melalui akidah ar-Raj’ah. Syiah berkata bahawa neraka diharamkan ke atas orang-orang Syiah kecuali bilangan yang kecil sahaja seperti apa yang dikatakan oleh Yahudi..... dan Kristian lahir dalam ajaran Syiah melalui pandangan sesetengah puak bahawa kedudukan imam Syiah nisbah kepada Allah Taala sama dengan kedudukan al-Masih nisbah kepadanya.... sebahagian anasir Parsi berselindung di sebalik penganut Syiah untuk memerangi kerajaan Umawiyah, sedangkan hakikat sebenar yang ada dalam diri mereka ialah kebencian kepada Arab dan pemerintahan mereka......”

واهلل ولى التوفيق وهو أعلم بالمهتدين

Page 124: Artikel Syiah

116 | Hakikat Syiah Hakikat Syiah | PB

Page 125: Artikel Syiah

PERPADUAN DI ANTARA MAZHAB SUATU FANTASI ATAU

IANYA BOLEH DICAPAI?

Prof. Dr. Abdul Razak Abdul Rahman As-SaadiBekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Page 126: Artikel Syiah
Page 127: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 119

بسم اهلل الرحمن الرحيم Segala puji bagi Allah yang menegakkan yang hak dan membatalkan yang batil, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW penghimpun yang terdahulu dan yang kemudian juga ke atas keluarganya yang dimuliakan, para sahabat yang ikhlas serta kepada mereka yang menjadi pengikut mereka sehingga hari kemudian.

Sesungguhnya umat Islam adalah umat yang satu dalam kesatuan, itulah rahsia kemenangan, dan dalam perpecahan itulah pula rahsia kekalahan dan kemundurannya. Al-Quran meletakkan umat Islam di bawah tajuk ( فاعبدون ربكم وأنا واحدة ة أم تكم أم هذه ( إن [al-Anbiyaa’: 92] bermaksud “ Sesungguhnya Agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Allah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.”

Ia menegah umat Islam daripada berpecah dan berbalah. Firman Allah Taala:

[Ali Imran : 103] قوا جيعا ول تفر . واعتصموا بحبل الل“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam) dan janganlah kamu berpecah belah.”

Dalam Islam ada undang-undang dan hala tuju yang jelas mengatur kaedah-kaedah perpaduan dan menolak perbalahan serta mempunyai rawatan yang berguna dalam menyelesaikan perselisihan dan perbalahan, firman Allah Taala:

[an-Nisa’: 59] . سول والر إل الل دوه

ء فر فإن تنازعت ف ش

“Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunah) Rasul-Nya.”

Di dalam Islam juga terdapat jalan-jalan untuk memadamkan api fitnah dan pergaduhan. Firman Allah Taala:

تتلوا فأصلحوا بينما فإن بغت إحداهما عل

مؤمنني ٱقوإن طآئفتان من ٱل

[al-Hujurat : 9]. ى فقاتلوا التي تبغي حتى تفيء إل أمر الل

الخر

“ Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka

Page 128: Artikel Syiah

120 | Hakikat Syiah

damaikanlah di antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah.”

Perselisihan di dalam Islam itu ada yang dipuji dan yang dikeji. Dipuji sekiranya perselisihan itu terhasil daripada satu ijtihad yang sahih, mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam kitab Allah dan sunah rasul-Nya. Tiada terdapat nas padanya sama ada dalam masalah furu’ atau usul (dasar). Ketika itu mujtahid berkenaan akan mendapat dua ganjaran sekiranya ijtihadnya tadi betul dan satu ganjaran sekiranya ijtihadnya itu tersalah. Ini disebabkan beliau telah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hukum syarie bagi permasalahan furu’ yang tiada nas padanya. Ini jelas menunjukkan toleransi Islam dan kelembutannya yang mana ianya sesuai pada setiap masa dan tempat.

Adapun perselisihan yang dikeji itu ialah perselisihan yang bertentangan dengan ketulusan al-Quran dan al-sunah serta menjauhkan prinsip-prinsip dasar yang telah ditetapkan, sama ada pada iktikad, perbuatan mahupun percakapan. Apa sahaja yang diseru mereka ini atas nama Islam atau mendakwa bahawa mereka adalah pelindung Islam sebenarnya mereka ini adalah pendusta, munafik dan balasannya neraka yang paling bawah.

Telah muncul dalam lipatan sejarah Islam kumpulan-kumpulan dan mazhab-mazhab yang bernaung kepada Islam, mengakui mereka adalah Islam akan tetapi pada hakikatnya mereka menentang Islam dari semua sudut sama ada percakapan mereka, perbuatan mahupun iktikad mereka. Kumpulan dan mazhab ini ada yang telah lenyap dan ada juga yang masih kekal hingga ke hari ini di samping ada pula kumpulan dan mazhab baru yang muncul. Tetapi Allah SWT menjamin memelihara kitabNya dan juga agamaNya. Firman Allah Taala:

[al-Hijr : 9]. وإنا ل لحافظون

ر

ك نا الل إنا نحن نز

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

Allah SWT telah memudahkan bagi umat Islam yang memperbaharui urusan agama mereka dengan memperkukuhkan akidah mereka. Allah telah membimbing mereka kepada kesahihan akidah dan memperlihatkan kepada mereka kerosakan ahli-ahli bidaah. Allah juga turut mempertahankan kesucian apa yang telah ditetapkan di dalam al-Quran, sunah mahupun yang telah diijmakkan oleh umat. Firman Allah Taala:

Page 129: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 121

ون عن معوف وينون بال

مر

ويأ

خري

يدعون إل ال

ة تكن منكم أم

ول

[Ali Imran : 104].مفلحون ال منكر وأولئك ه

ال

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Pada topik ini kita akan berbincang berkenaan perkara yang mengerat hubungan dan perpaduan di antara Ahli Sunah dan Syiah. Sesungguhnya di sana terdapat seruan dan percubaan-percubaan yang mengajak kepada perkara tersebut dengan suatu hala tuju yang jelas serta sebab-sebab yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak, iaitu kedua-duanya mesti bersatu bukannya berpecah, menghubungkan bukannya memutuskan. Tetapi apa yang terselindung di sebalik seruan ini, ada sebahagian daripada mereka yang benar-benar ikhlas, bersungguh-sungguh untuk menghindarkan perselisihan serta membersihkan apa yang bersangkut paut dengan kedua-dua mazhab daripada perkara yang boleh memisahkan, tidak menghimpunkan dan dari yang menjauhkan, tidak mendekatkan. Ada juga sebahagian mereka itu yang menipu berselindung di sebalik seruan tersebut bertujuan ingin mengheret pihak yang benar kepada kesalahan akidah dan kepada amalan-amalan yang ditegah. Setiap kajian ilmiah yang adil, hendaklah tidak mengikut sentimen dan hala tuju seseorang individu bahkan tajuk hendaklah dikaji mengikut asas-asas ilmiah yang betul berpandukan kepada dalil-dalil dan sumber rujukan yang asal. Selain daripada itu pendapat setiap pihak hendaklah daripada sumber yang diperakui oleh pihak tersebut bagi mengelakkan berlakunya ketidakadilan terhadap mana-mana pihak.

Di sini saya akan mengemukakan isu secara ringkas berkaitan mempererat hubungan di antara Ahli Sunah dan Syiah sehinggalah nampak jelasnya kebenaran dan mengenal jalan yang lurus.

Sebelum saya memulakan kajian ini terlebih dahulu saya ingin menjelaskan perkara yang berikut:

1. Sesungguhnya setiap maklumat berkaitan Ahli Sunah mahupun Syiah telah diambil daripada sumber-sumber yang muktamad dan diperakui di kalangan kedua-dua pihak tersebut. Ianya bagi membolehkan kajian yang dibuat lebih terperinci, jauh daripada sentimen-sentimen kemazhaban fahaman khas.

Page 130: Artikel Syiah

122 | Hakikat Syiah

2. Sesungguhnya ideologi kajian ini ditujukan kepada pemikir-pemikir dan kedua-dua ulama daripada kedua-dua pihak kerana mereka adalah dipertanggungjawabkan untuk memimpin dan membimbing yang lain. Apa sahaja yang berlaku sama ada erat atau renggangnya hubungan berpunca daripada perkara ideologi dan juga akidah bukannya di sebabkan dasar hubungan sosial. Manakala orang-orang awam yang menganuti mazhab-mazhab ini, mereka tidak mendalami ideologi-ideologi mazhab, akidah dan juga tidak memahami tentang pemikiran kajian ini, walaupun begitu, hubungan sosial dan kekeluargaan tetap ada di kalangan orang-orang awam bagi kedua-dua mazhab ini.

3. Adapun sifat saya sebagai seorang pengkaji saya mempunyai hubungan yang baik dengan ulama-ulama Syiah dan orang awamnya. Saya saling menziarahi mereka, bertukar-tukar pendapat seperti mana juga hubungan saya dengan ulama-ulama Ahli Sunah dan orang awamnya. Semua ini tidaklah bermakna persamaan dari sudut akidah dan metode. Kehidupan bermasyarakat berlainan dengan hala tuju akidah kerana manusia adalah bersaudara dalam erti kata kemanusiaan, perselisihan agama ataupun mazhab tidaklah merosakkan persahabatan dan tidak juga mencetuskan permusuhan. Di samping itu juga, saya adalah keturunan ahlu al-bait nabi yang suci daripada zuriat Hasan Al-Mujtaba bin Ali Al-Murtada keturunan Fatimah Az-Zahra binti Rasulullah.

Di sini saya ingin mengemukakan soalan yang jelas tujuannya: Adakah di sana ada perselisihan di antara Ahli Sunah dan Syiah? Bagi soalan ini ada dua jawapan yang berbeza:

Jawapan Yang Pertama: (Oleh Kebanyakan Orang Dari Kedua Pihak Ini)Tiada perselisihan di antara Ahli Sunah dan Syiah di dalam perkara dasar (usul) iman ataupun rukun Islam ataupun perkara-perkara yang perlu diketahui di dalam agama. Perselisihan cuma di dalam permasalahan fiqh, pendapat-pendapat dan kefalsafahan yang mana tiada hubungannya dengan prinsip-prinsip akidah atau tiada perselisihan langsung sebenarnya. Adapun konflik yang berlaku adalah hasil daripada sangkaan semata-mata disebabkan kedua-dua pihak telah hidup dalam keadaan berasingan dalam tempoh yang agak panjang. Kumpulan ini berpendapat bahawa perpaduan boleh dicapai dan perselisihan atau khilaf dalam masalah furu’ tidaklah membawa kepada perbalahan, putus hubungan , salah sangka mahupun tuduh menuduh kerana memutuskan hubungan sesama Islam adalah

Page 131: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 123

satu penyakit yang memburukkan umat Islam. Umat Islam tidak mendapat sebarang apa pun melainkan kegagalan dan kelemahan1.

Jawapan Yang Kedua : (Kumpulan Yang Lain di Kalangan Ahli Sunah dan Syiah)Terdapat perselisihan di antara kedua-dua pihak, jurang pemisah amatlah besar pada sudut akidah, hukum dan sumber yang diperolehi, ini menjadikan jalan-jalan untuk mempererat dan memperpadu tertutup. Tiada lagi jalan penyelesaian, setiap pihak berpegang dengan pegangan mereka sendiri, tiada faedah dalam menganjurkan seminar-seminar dan rundingan-rundingan. Dengan meninggalkan segala perdebatan atau dialog adalah merupakan jalan yang terbaik untuk memadamkan api fitnah. Jadi setiap pihak dengan mazhab mereka sendiri dan di sana ada kehidupan serta kerjasama dalam urusan harian sepertimana negara-negara lain yang berlainan agama dapat menjalankan kerjasama. Ini adalah pandangan sebahagian besar kedua-dua belah pihak seperti Syeikh Muhammad Zahid Al-Kausari, Syeikh Muhammad Bahjah Al-Baithar, ulama Syam, Syeikh Muhammad Al-Khalisi di Iraq, Syeikh Rasyid Redha 2 dan yang terdahulu daripada mereka iaitu Syeikh Al-Islam Ibnu Taimiyah dan lain-lain3.

Berdasarkan apa yang terdahulu, sesungguhnya kita pada hari ini perlu meneliti semula pandangan-pandangan ini kerana seruan ke arah mempererat lagi hubungan terus diperbaharui pada masa kini yang mana ianya telah dilakukan oleh orang persendirian mahupun badan atau pertubuhan-pertubuhan tertentu. Ini kerana setiap pihak giat berdakwah untuk mazhab mereka. Syiah bersungguh-sungguh dalam berdakwah untuk mazhab mereka di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk dari kalangan Ahli Sunah sama ada di negara Islam atau sebaliknya.

Manakala Ahli Sunah, mereka bersungguh-sungguh memelihara jamaah mereka mempertahankan akidah, hukum-hukum prinsip asas agama tanpa terheret di belakang seruan Syiah yang dilengkapi dengan kemewahan.

1 Lihat Fatwa Syeikh Mahmud Syaltut ( رسالة اإلسالم الغطا, آل كاشف محمد اإلمامية, الشيعة التعبد مبذهب ,Bil. 93 (جواز Muhammad Jawad Mughniyah dalam mukadimah kitab ”الدعوة اإلسالمية إلى وحدة أهل السنة واإلمامية“ – tulisan al-Khanizi, Muhammad Taqi Al-Qummi dalam mukadimah kitab ”بني السنة والشيعة“ tulisan Dr. Sulaiman Dunya, Dr. Nasir bin Abdullah bin Ali Al-Qafari, ”مسألة التقريب بني أهل السنة والشيعة“

2 Al-Kauthari ”مقاالت“ m.s 106-108 dan Muhammad Bahjah Al-Baithar ”اإلسالم والصحابة الكرام بني السنة والشيعة“m.s 116, Majalah Menara, jld.32. m.s 72, Ahmad Rini Dahlan ”كيفية الرد على الروافض“ dan Majalah ”العرفان الشيعة“, jld. 1 m.s 128, 1386H.

3 Lihat Ibnu Taimiyah, Manhaj al-Sunah jld. 2, m.s 104, cet.al-Emiriyah.

Page 132: Artikel Syiah

124 | Hakikat Syiah

Stuktur kajian ini memerlukan kepada empat perkara berikut :1.Pertubuhan yang menyeru kepada perpaduan : jenis pertubuhan,

dorongan, aktiviti-aktiviti dan kewangan.

2.Sumber rujukan asal yang menjadi pegangan dan sandaran kepada Ahli Sunah dan Syiah serta sejauh mana kemungkinan mereka boleh berundur daripada pegangan tersebut demi mencapai perpaduan.

3.Perkara-perkara utama yang diperselisihkan dan sejauh mana kemungkinan menghilangkannya untuk mencapai perpaduan.

4.Rumusan dan penyelesaian.

PERKARA YANG PERTAMA : PERTUBUHAN YANG MENYERU KEPADA PERPADUAN DI ANTARA AHLI SUNAH DAN SYIAH Di antara sebahagian misi-misi Islam ialah terdirinya masyarakat Islam yang bersatu. Sudah menjadi lumrah di sana ada badan atau pihak yang ikhlas lagi tulus berperanan sebagai peng'islah' perkara-perkara yang fasad di kalangan orang-orang muslim dari sudut hubungan-hubungan mereka tidak meliputi sudut akidah dan agama.

Beginilah keadaan kehidupan pada keluarga nabi, para sahabat mereka semuanya bersatu serta menolak apa sahaja pendekatan yang membandingkan antara baik dan buruk juga perbandingan di antara yang hak dan yang batil.

Dr. Irfan Abdul Majid Rahimahullah berpendapat bahawa dakwah atau seruan kepada penyatuan akidah adalah berbalik pada usul yang dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan pelampau Syiah yang mana mereka ini cuba menggabungkan akidah Islam dengan pemikiran-pemikiran yang diambil daripada agama-agama dan falsafah yang lain seperti Yahudi, Nasrani, Majusi dan falsafah Yunani. Maka mereka telah menemui hasil daripada percubaan ini apa yang dikenali dengan al-dawair al-funusiyyah 4 yang cenderung kepada penyatuan dan percantuman. Kemudian ianya berkembang di tangan kumpulan al-Batiniyyah dari pecahan al-Ismailiyyah dan juga jamaah Ikhwan al-Safa wa al-Qaramitah5.

Dr. Nasir Al-Qafari berkata “percubaan untuk menyatukan kedua pihak ini adalah satu permasalahan yang telah lama dan saya tidak tahu sesiapapun mengambil berat untuk merekodkan realitinya

4 Lihat al-Nasyar ”نشأة الفكر الفلسفي“ jld.1, m.s 186.5 Dr. Irfan Abdul Majid, ”نشأة الفلسفة الصوفية وتطورها “ m.s 80.

Page 133: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 125

dan tidak juga untuk mengkajinya kerana permasalahan ini banyak pecahannya dalam buku Tawarikh”6.

Di sini akan dipaparkan sebahagian badan pertubuhan pada masa dahulu mahupun kini yang berusaha mencuba mempererat hubungan antara Ahli Sunah dan Syiah.

PERTUBUHAN UNTUK MISI PERPADUAN PADA ZAMAN DAHULU:

1. Syeikh Al-TusiMeninggal pada tahun 460H yang digelar oleh Syiah dengan Syeikh Al-Tha’ifah, pengarang dua kitab hadis dari kitab-kitab utama Syiah yang empat. Berkata Syeikh Muhammad Abu Zuhrah “ Al-Tusi adalah orang yang pertama cuba untuk menyatukan ideologi dan psikologi di antara Syiah Dua Belas dan orang muslimin”7.

2. Al-Tabrasi Meninggal pada tahun 548H. Beliau adalah salah seorang Syeikh Syiah yang digelar dengan Amin al-Islam. Beliau adalah pengarang kitab Tafsir Majmu’ al- Bayan fi Tafsir al-Quran.

Dr. Mahmud Basyuni Faudah mengatakan bahawa seruan untuk mempererat ini sebenarnya telah lama wujud sehingga kurun yang ke-6H iaitu pada zaman Al-Tabrasi. Beliau berpendapat bahawa Al-Tabrasi adalah orang yang pertama meletakkan batu asas bagi mempererat hubungan antara Ahli Sunah dan Syiah dalam bentuk gambaran yang terbuka dan psikologi yang tenang bagi menghilangkan jurang di antara mereka. Metode pentafsirannya adalah berdasarkan kepada sumber-sumber daripada kedua-dua pihak yang menjauhkan unsur-unsur pelampau. Beliau juga mengikut Al-Tusi dalam kaedah pentafsirannya8.

Tetapi Ibnu Tawus salah seorang ulama besar Syiah pada zaman dahulu dan juga Al-Nuri Al-Tabrasi (meninggal 1320H) mereka berdua mengaku bahawa tafsir Al-Tusi berdasarkan prinsip al-taqiyyah. Sebagai bukti beliau telah menolak berhujah dengan riwayat Ahli Sunah dan menolak periwayatan Zaid bin Ali bin Hassan r.a. sedangkan Zaid dari golongan

6 Al-Qafari, Nasir, “ مسألة التقريب بني أهل السنة والشيعة “, jld.2, m.s 145.7 Abu Zahrah, Muhammad, ”اإلمام الصادق“ m.s 464.8 Al-Qafari, Nasir, “ مسألة التقريب بني أهل السنة والشيعة “ ,jld. 2, m.s 148, tesis Dr. Falsafah, Dr. Mahmud Baisuni

Al-Tabrasi mufsara. m.s 10

Page 134: Artikel Syiah

126 | Hakikat Syiah

ahlu al-bait yang utama yang mana Ahli Sunah telah ijmak, ini kerana Zaid bukan golongan Jaafari. Beginilah cara dan metode pentafsiran Al-Tabrasi.

Percubaan Al-Tusi dan Al-Tabrasi ini dengan menggunakan pendekatan al-taqiyyah telah membawa kepada penyebaran akidah Syiah di kalangan orang-orang muslimin.

Adapun Al-Majlisi dalam kitabnya al-Bihar iaitu salah satu daripada kitab-kitab hadis Syiah yang lapan telah menulis satu bab khas berkenaan larangan mengambil periwayatan Ahli Sunah melainkan untuk berhujah dengan mereka. Cara ini jugalah yang dilakukan oleh Al-Tusi dan Al-Tabrasi9.

3. Siri Perdamaian di Antara Ahli Sunah dan Syiah di Baghdad Sejarah menunjukkan bahawa perpaduan pernah berlaku di antara Ahli Sunah dan Syiah pada kurun ke-5H selepas berlakunya konflik yang hebat di antara kedua-dua pihak di Baghdad yang bermula pada tahun 338H. Ianya merupakan fitnah yang pertama berlaku.

Pada tahun 437H, Ahli Sunah dan Syiah bersepakat untuk menentang puak Yahudi di Baghdad. Persepakatan ini hanya berlaku di kalangan orang awam sahaja bukannya ulama. Sedangkan Islam memberi hak kepada ahli kitab, oleh sebab itu pakatan ini terhenti pada tahun 439H yang mana pada masa itu berlaku sekali lagi fitnah besar yang mengorbankan ramai jiwa10.

Pada tahun 442H, berlaku perdamaian sekali lagi. Mereka bersama-sama menziarahi kubur Saidina Ali, dan puak Syiah di Al-Karkh mula redha terhadap para sahabat. Mereka telah mula bersolat di Masjid Ahli Sunah. Telah berkata Ibnu Katsir bahawa perkara ini benar-benar menakjubkan, perkara ini tidak mungkin berlaku melainkan ianya adalah al-taqiyyah11.

Dr. Nasir Al-Qafari pula berkata “bukti yang jelas bahawa perkara ini adalah al-taqiyyah ialah selepas setahun daripada perdamaian itu (tahun 443H), puak Rawafid telah mendirikan tugu yang ditulis padanya dengan tulisan emas, Muhammad dan Ali adalah sebaik-baik manusia, siapa yang redha dengan mereka sesungguhnya dia telah bersyukur, sesiapa yang ingkar maka kafirlah ia” 12.

Ini satu pengkafiran yang jelas kepada mereka yang mengutamakan khalifah yang bertiga daripada Saidina Ali. Kenyataan ini juga jelas

9 Sumber terdahulu10 Ibnu Katsir, al-Bidayah wa al-Nihayah, jld.12, m.s 5611 Sumber terdahulu12 Ibnu Katsir, al-Bidayah wa al-Nihayah, jld.12, m.s 56, Al-Qafari Nasir, ”مسألة التقريب بني أهل السنة والشيعة“ , jld. 2

m.s 151

Page 135: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 127

menunjukkan bahawa Saidina Ali lebih utama daripada para anbiya’ dan rasul. Ekoran daripada itu tercetus semula fitnah. Kemudian mereka berdamai semula untuk kali yang ketiga pada tahun 448H, selepas itu berlaku semula konflik disebabkan puak Syiah mencaci para sahabat dan mengkafirkan mereka pada upacara Hari Asyura.

4. Percubaan-percubaan Oleh Pemimpin Untuk Misi PerpaduanKhalifah Makmun telah melakukan percubaan untuk mengeratkan hubungan di antara kedua-dua pihak iaitu pada ketika beliau menyerahkan pucuk pimpinan kepada Ali Al-Redha bin Musa bin Jaafar Al-Sodiq, tetapi kewafatan Al-Redha pada tahun 203H menyebabkan misi itu tidak terlaksana.

5. Persidangan Al-NajafIa adalah satu persidangan yang terbesar yang pertama seumpamanya di dalam sejarah umat Islam sepertimana yang disifatkan oleh Muhibuddin Al-Khatib 13.

Persidangan berlangsung di Al-Najaf pada hari Khamis 25 Syawal 1156H kurun yang kedua belas hijrah. Menghimpunkan wakil-wakil dari kedua belah pihak, presidennya ialah ulama terkenal Iraq Al-Syeikh Abdullah Al-Suwaidi (meninggal tahun 1174H). Persidangan ini di bawah pemantauan dan penyeliaan Nadir Shah (meninggal tahun 1747M) merupakan salah seorang Raja Parsi yang agung selepas kewafatan Abbas Al-Sofwi. Persidangan ini berlangsung di Masqaf berhampiran kubur Saidina Ali di Bandar Al-Najaf, Iraq. Telah menghadiri persidangan ini ulama Ahli Sunah daripada Iran, Afganistan, negara-negara di antara dua sungai dan hadir bersama menyaksikan orang Arab dan bukan Arab termasuk Turkistan yang mana jumlah mereka ke semuanya dianggarkan melebihi 60,000 orang. Dalam persidangan Ibnu Al-Suwaidi mufti Ahli Sunah telah menang dengan kemenangan yang besar. Sempena kemenangan itu didirikan solat Jumaat di Bandar Al-Najaf.

Persidangan ini telah direkodkan dan diterbitkan dengan tajuk “Persidangan al-Najaf”.

13 Majalah al-Fathu, jld.17, m.s 665

Page 136: Artikel Syiah

128 | Hakikat Syiah

PERTUBUHAN UNTUK MISI PERPADUAN PADA ZAMAN SEKARANG:Banyak percubaan-percubaan baru pada zaman sekarang dalam misi

mempererat hubungan di antara Ahli Sunah dan Syiah. Ia dilaksanakan badan pertubuhan dan perseorangan.

BADAN PERTUBUHAN:

1. Jamaah Ikhwatul IslamiyyahTelah ditubuhkan pada tahun 1937 oleh Muhammad Azmi, beliau seorang pengikut “Batini Isma’ili”. Beliau telah menyeru kepada penyatuan umat Islam, usaha ini menyebabkan ramai daripada kalangan orang yang terkenal terlibat dalam menjayakan misi dan dakwahnya ini14 . Jamaah ini berpusat di Mesir kemudian di Karachi pada tahun 1948M.

2. Dar Al-InsafTelah diasaskan pada tahun 1336H, antara perancangannya ialah aspek pemahaman mazhab Islam mengikut pendekatan yang sama dilakukan oleh اإلسالمية المذاهب التقريب di Mesir. Dar Al-Insaf telah menerbitkan دار beberapa kitab antaranya اإلسالم بين السنة والشيعة . Kitab ini mempunyai dua jilid tetapi kitab ini mempunyai kesilapan. Dalam kitab ini ada menegaskan bahawa puak al-Rafidah telah hilang dan lenyap. Merekalah sebenarnya yang membenci para sahabat. Adapun Syiah mereka menyintai kedua-dua khalifah (Abu Bakar dan Umar), mereka juga redha terhadap para sahabat, sedangkan Al-Majlisi menulis di dalam kitabnya al-Bihar di dalam bab “kelebihan al-Rafidah dan pujian terhadap nama tersebut ”15. Nama ini turut disokong oleh ulama-ulama Syiah pada masa kini.

3. Dar al-Taqrib Baina al-Mazahib al-IslamiyyahPertubuhan ini berpusat di Mesir, ianya telah ditubuhkan pada tahun 1364H oleh Muhammad Taqi Al-Qummi, salah seorang ulama Syiah di Qum Iran. Pertubuhan ini telah banyak menerbitkan majalah antaranya majalah risalah al-Islam yang diterbitkan di Mesir. Seruan beliau ini telah mendapat sahutan sekumpulan ulama di Mesir serta mereka meminta agar fekah Syiah diajar di Universiti Azhar di samping mazhab Ahli Sunah.

14 Al-Qafari, Nasir, ”مسألة التقريب بني أهل السنة والشيعة“ jil.2, m.s 171,Mahmud Malah, ”النحلة محمدية“ m.s 415 Al-Majlisi, Al-Bihar, jld.48,m.s 96

Page 137: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 129

Al-Qummi adalah orang yang terakhir daripada tiga orang yang dihantar oleh Iran ke Mesir dalam menjulang syiar Islam dan penyatuan dalam abad ini. Apabila Al-Qummi telah meninggal dunia terhentilah aktiviti-aktiviti Dar al-Taqrib.

4. Dar Ahlu al-BaitTelah ditubuhkan oleh salah seorang pelajar Al-Rifa’i Al-Husaini yang telah menggelar dirinya dengan gelaran “Imam al-Syiah di Republik Arab Mesir”. Beliau telah menyebarkan fahaman-fahaman Syiah melalui kitab-kitabnya serta menghidupkan perayaan-perayaan dan memperkenalkan mazhab ini kepada golongan pemuda atas nama kecintaan terhadap ahlu al-bait.

Majalah al-Taqrib telah menerbitkan satu kajian yang panjang ditulis oleh salah seorang ulama Syiah di Iran Muhammad Saleh Al-Ha’iri, beliau telah menyeru Ahli Sunah agar kembali kepada ajaran Syiah lapan dan meminta agar fekah Syiah diajar di negara Mesir serta beliau juga meminta supaya diajar akidah mereka serta menyeru Ahli Sunah mengiktiraf persoalan al-Imamah di sisi mereka16. Seperti mana yang telah dilakukan sebelum ini oleh Al-Qummi yang menyeru kepada Ahli Sunah agar menerima akidah Syiah dan juga pandangan-pandangan mereka17.

Demikianlah berlakunya penyebaran kitab-kitab fekah Syiah di Mesir. Ekoran itu menyebabkan sebahagian daripada ahli-ahlinya yang ikhlas telah pun menarik diri daripada jamaah ini dan memperingatkan kepada yang lain akan bahayanya mereka ini kepada Ahli Sunah. Antara mereka yang keluar daripada jamaah ini ialah Dr. Muhammad Al-Bahi. Beliau menegaskan bahawa jamaah ini telah memfokuskan aktivitinya kepada menghidupkan ajaran-ajaran Syiah iaitu Fekah, Usul, Tafsir serta menerbitkan artikel-artikel yang menyeru perpaduan di kalangan umat Islam berbanding memfokuskan aktivitinya kepada ajaran dakwah yang dibawa oleh al-Quran18

Selain daripada Dr. Muhammad Syeikh Al-Subki juga adalah antara mereka yang keluar daripada jemaah ini. Beliau telah menyedari tentang objektif-objektif jemaah ini selepas empat tahun menyertainya. Begitu juga dengan Al-Syeikh Muhammad Irfah ahli majlis ulama, Syeikh Taha Muhammad Al-Sakit dan ulama selain daripada mereka yang turut keluar setelah mengetahui tujuan jemaah ini.

16 Majalah Risalah al-Islamiah, tahun ketiga, jld. 3, m.s 40317 Sumber terdahulu, jld.2,m.s 169, tahun kedua,1369H18 Muhammad Al-Bahi, ”الفكر اإلسالمى واجملتمعان املعاصرة” m.s 439

Page 138: Artikel Syiah

130 | Hakikat Syiah

MISI PERPADUAN OLEH INDIVIDU:

1. Al-Syeikh Muhammad AbduhBeliau adalah antara pelopor utama dalam mengetengahkan ideologi ini yang bertujuan untuk memperdekatkan Syiah kepada kebenaran.

2. Muhammad Rashid RidhaBeliau yang pada mulanya begitu bersemangat tetapi pada akhirnya beliau merasakan adanya rintangan daripada ulama-ulama Syiah yang tidak bersetuju terhadap apa sahaja yang menafikan kemaslahatan mereka dari sudut kewangan dan kedudukan mereka19. Mereka tidak berhenti daripada memfitnah Ahli Sunah dan khalifah al-Rasyidin. Yang mencetuskan konflik ini sebenarnya ialah Muhsin Al-Ameen Al-A’mili ekoran ini mendorong Muhammad Rashid Ridha untuk menjawab segala penipuan puak Syiah.

3. Mustafa Siba’iBeliau telah bekerjasama dalam misi ini dengan sebahagian ulama Syiah dan telah berusaha untuk mengadakan konvensyen Islam untuk tujuan tersebut. Beliau juga telah melakukan lawatan rasmi terhadap ulama-ulama kedua belah pihak serta telah memperkenalkan fekah Syiah dalam penulisannya dan ceramah-ceramahnya di Kuliah Syariah Universiti Damsyik.

Dalam pada itu, beliau telah terkejut dengan penyertaan ulama-ulama Syiah bersama-sama beliau adalah semata-mata lakonan di dalam konvensyen dan dalam majlis-majlis rasmi sahaja sedangkan mereka masih terus menerus mengutuk dan bersangka buruk terhadap para sahabat sepertimana yang telah ditulis oleh ulama mereka Abdul Al-Hussain Syarafuddin Al-Musawi yang telah mengutuk Abu Hurairah dalam penulisannya dan menyifatkan Abu Hurairah sebagai munafik, kafir dan ahli neraka.

Syeikh Al-Siba’i juga berkata “aku sungguh terkejut dengan pendirian Abdul Hussain dalam percakapan dan penulisannya. Pendirian beliau ini tidak menunjukkan sama sekali keinginan untuk mempererat hubungan dan melupakan perbalahan yang lalu”20.

19 Majalah al-Manar, 31/29020 Mustafa Al-Siba’i, ”السنة ومكانتها في التشريع اإلسالمى“, m.s 10.

Page 139: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 131

4. Al-Shaikh Musa JarullahBeliau merupakan salah seorang ulama Rusia yang turut serta dalam mempererat hubungan Ahli Sunah dan Syiah selepas mengkaji kitab-kitab Syiah serta pernah bermastautin bersama mereka lebih daripada tujuh bulan, juga pernah berada di Al-Najaf pada hari Asyura’ sehinggakan beliau telah menulis sebuah kitab yang menyeru kepada dunia Islam agar mengiktiraf dan berpegang kepada Syiah sebagai mazhab yang kelima. Beliau juga telah cuba mendapatkan penyataan daripada ulama-ulama Syiah bahawa mereka tidak bersetuju sebenarnya dengan apa yang dikatakan terhadap mereka berkenaan dengan isu mengkafirkan para sahabat dan penyelewengan al-Quran, tetapi tidak seorang pun yang memberi respon terhadap percubaannya itu melainkan seorang ulama Syiah dari Basrah yang menyahutnya dengan lebih penghinaan, kata-kata fitnah terhadap para sahabat yang lebih dahsyat lagi berbanding apa yang ada di dalam kitab mereka. Ekoran kejadian ini Shaikh Jarullah telah menulis satu kitab yang bertajuk “ الوشيعة في نقد عقائد الشيعة “. Penulisan ini adalah untuk mempertahankan kemuliaan umat dan agama21.

5. Al-Syeikh Muhammad Mahdi Al-KhalisiBeliau adalah antara ulama Syiah pada zaman kini, juga antara salah seorang pendakwah yang menyeru kepada penyatuan umat Islam di Iraq22. Tapi dalam masa yang sama beliau masih berpegang teguh dengan mazhab Syiah, manakala imam 12 adalah daripada rukun iman. Allah tidak akan menerima amalan-amalan hambanya melainkan dengan wilayah mereka (imam)23.

6. Abdul Al-Hussain Syarafuddin Al-MusawiBeliau adalah salah seorang daripada ulama Syiah yang bersemangat menyeru kepada mempererat hubungan sesama muslimin tetapi dalam masa yang sama beliau telah menerbitkan kitab-kitab yang penuh dengan kata-kata fitnah dan tohmahan terhadap para sahabat r.a. dalam isu pemilihan mereka.

Beliau juga telah mengarang sebuah kitab yang bertajuk al-Fusul al-Muhimmah, menyeru Ahli Sunah agar beriman dengan akidah mereka. Mereka juga mendakwa bahawa para sahabat mengasingkan agama

21 Jarullah, al-Wasyiah, m.s 3922 Al-Khalis, ”اإلسالمى فوق كل الشىء”, m.s 6523 Al-Khalis, ”االعتصام بحبل اهلل”, m.s 43

Page 140: Artikel Syiah

132 | Hakikat Syiah

dengan politik (urusan pemerintahan) sebab itu mereka tidak memilih pemimpin yang sepatutnya telah ditetapkan oleh nabi mereka24. Beliau juga mengarang kitab-kitab yang lain menggunakan pendekatan yang sama dengan kitab terdahulu.

7. Al-Syeikh Dr. Yusuf Al-QardawiBeliau yang terkenal dengan keperibadian yang tinggi juga turut serta dalam misi mempererat hubungan antara Ahli Sunah dan Syiah. Walaupun begitu beliau terpaksa menghentikan seruan itu dengan berkata (pada salah satu konvensyen di Qatar) “ bagaimana kita hendak berbaik-baik dan mempererat hubungan dengan puak Syiah sedangkan kita mengatakan para sahabat sepertimana firman Allah Taala ( عنه ورضوا عنهم اهلل ( رضى sedangkan Syiah pula mencaci dan memfitnah mereka”.

PENDAKWAH KEPADA PERPADUAN DARI KALANGAN PUAK SYIAH YANG IKHLASSeorang pendakwah yang dibesarkan di dalam persekitaran dan keluarga Syiah serta beliau juga memegang jawatan penting dalam kehakiman sebagai ketua Hakim. Beliau yang dimaksudkan itu ialah Ahmad Mir Qasim bin Mir Ahmad Al-Kisrawi, beliau telah dilahirkan di Tibriz, Iran. Fasih di dalam beberapa bahasa serta mempunyai hasil penulisan yang banyak. Beliau adalah contoh yang terbaik dalam menyeru ke arah mempererat hubungan dan dalam memisahkan perkara yang hak dan yang batil. Akhirnya beliau telah dibunuh oleh puak Syiah sendiri25 kerana beliau telah mengetahui hakikat sebenar mazhab Syiah ini.

Beliau banyak menulis artikel yang mendedahkan prinsip asas mazhab Syiah yang mana penulisan beliau itu telah tersebar secara meluas ke negara-negara Arab. Selain itu juga beliau ada mengarang sebuah kitab di dalam bahasa Arab yang berjudul التشيع والشيع“ة” Kitab ini mendedahkan tentang kebatilan prinsip-prinsip dasar mazhab Syiah dan mendedahkan juga bahawa perselisihan yang berlaku di antara Ahli Sunah dan Syiah adalah disebabkan ketaksuban bukannya berdasarkan hujah yang benar. Beliau telah ditembak oleh puak Syiah tetapi tidak meninggal ketika itu. Pada tahun 1324H, beliau sekali lagi ditembak, kali ini beliau terkorban kerana tembakan itu.

Antara yang diperkatakan oleh Al-Kisrawi ketika beliau masih hidup

24 Al-Musawi, " الفصول املهمة " , m.s 9625 Al-Qafari, " مسألة التقريب ", jld. 2, m.s 217

Page 141: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 133

ialah bahawa Syiah telah menyeleweng hingga ke tahap kecintaan yang melampau terhadap Saidina Ali dan memusuhi Abu Bakar serta Umar. Mereka mendakwa Ali adalah lebih berhak untuk menjadi khalifah, tetapi Abu Bakar dan Umar telah menzaliminya26. Syiah juga mencipta akidah yang tidak dipersetujui oleh umat Islam, kemudian mereka memfitnah para sahabat dan mengadakan al-taqiyyah iaitu tipu daya dan nifak. Mereka juga mengadakan upacara khas sempena memperingati Hussain, memukul-mukul badan mereka, mengalirkan darah dan lain-lain lagi perkara yang jauh bertentangan.

AL-KHOMEINI DAN IDEOLOGI PERPADUANTercetusnya revolusi Iran di bawah kepimpinan Al-Khomeini yang menumbangkan kepimpinan pada ketika itu (1979). Revolusi ini menggembirakan ramai pihak Ahli Sunah yang menaruh harapan agar ideologi perpaduan dapat diwujudkan. Ini kerana Al-Khomeini telah mengisytiharkan Iran sebagai negara Republik Islam. Berita ini telah mendapat liputan meluas media massa yang memberi sokongan dan pujian kepada Al-Khomeini lalu menyamakan beliau setanding dengan ketua-ketua atau pemimpin Islam yang terdahulu.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya, beliau mula menyebarkan ajaran mazhab dan ideologi Syiah pada dunia Islam. Antara ideologi-ideologi Khomeini adalah seperti berikut:

1. Khomeini berkata “Perkara pokok dalam mazhab kami ialah bahawasanya imam-imam kami mempunyai kedudukan tinggi yang tidak dapat dicapai oleh para malaikat mahu pun para anbiya’ yang diutuskan. Di sana ada suatu riwayat daripada imam mereka bahawa kami (imam) dan Allah ada urusan tertentu yang tidak dapat dicapai oleh para malaikat mahupun para nabi ”27.

2. Khomeini berkata lagi “Imam mempunyai maqam yang tinggi dan kerajaannya sendiri yang mana semua makhluk adalah di bawah kawalan kerajaan ini”28.

3. Khomeini mentafsirkan firman Allah Taala :

[an-Nisa : 58] كم أن تؤدوا المانات إل أهلها

مر يأ إن الل

“Allah telah menyuruh Rasulullah untuk menyerahkan amanah

26 Al-Kisrawi, ”التشيع والشيعة”, m.s 1727 Al-Khomeini, ”احلكومة اإلسالمى“, m.s 5228 Sumber terdahulu

Page 142: Artikel Syiah

134 | Hakikat Syiah

(kepimpinan) kepada mereka yang layak iaitu Amirul Mukminin dan Amirul Mukminin juga akan menyerahkan amanah (pucuk pimpinan) kepada yang akan mewarisinya”29.

4. Berkenaan dengan periwayatan hadis para sahabat, Khomeini berkata “Riwayat yang mendustakan sabda Rasulullah seperti periwayatan Samrah bin Jundub mendustakan hadis-hadis yang menyentuh tentang kekeramatan Amirul Mukminin Ali Alaihissalam”30.

5. Khomeini berkata lagi “Kalaulah Rasulullah tidak memilih seorang khalifah untuk penggantinya, ini bermakna baginda tidak menunaikan risalahnya dengan sempurna...” kemudian Khomeini berkata lagi...“Allah telah mewahyukan kepada nabi agar menyampaikan apa yang diturunkan oleh Allah dalam menentukan pengganti selepas baginda dengan melaksanakan suruhan ini maka dilantiklah Ali sebagai Amirul Mukminin, pengganti baginda 31. Perbuatan melantik pengganti adalah tugasan baginda dalam melengkapkan syariah”32.

6. Tambah beliau lagi “Memperakui keimanan itu menyamai dua kalimah shahadah, bacaan pada talkin simati juga dituntut dengan membaca dua kalimah shahadah dan memperakui Imam 12......hendaklah ditulis pada kain kafan bahawasanya fulan bin si fulan bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah tiada sekutu baginya dan Muhammad itu Rasulullah dan Saidina Ali, Hassan, Hussain....serta imam-imam......adalah imamnya, penghulunya dan ketuanya”33. Selepas dikebumikan hendaklah diulang sekali lagi talkin yang sama34.

7. Khomeini berkata pada hak nabi “bahawa para nabi tidak melaksanakan urusan mereka dengan sepenuhnya dan Allah akan mengutuskan pada akhir zaman seorang manusia yang bakal melaksanakan urusan-urusan para anbiya”35.

8. Dalam perlembagaan yang telah diputuskan oleh Khomeini iaitu perkara 12 “ agama rasmi negara Iran ialah Agama Islam manakala mazhab negara ialah Mazhab al-Jaafari 12” perkara ini tidak boleh dipinda buat selama-lamanya, sedangkan penduduk Ahli Sunah di Iran tidak

29 Sumber terdahulu, m.s 81m.s 60 ,“ احلكومة اإلسالمية” 3031 Sumber terdahulu, m.s 23-2432 Sumber terdahulu, m.s 1933 Al-Khomeini, ”حترير الوسيلة“, jld.1, m.s 75-7634 Sumber terdahulu, jld.1, m.s 9235 Al-Khomeini, ”مسألة املهدي املنتظر“, m.s 22

Page 143: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 135

kurang daripada 20 juta orang.

9. Antara ideologi Khomeini yang tidak bersesuaian dengan misi perpaduan ialah dengan membebaskan diri daripada musuh-musuh Imam 12 iaitu Abu Bakar dan Umar Al-Khattab serta tidak boleh merujuk kepada ulama-ulama Ahli Sunah, merujuk kepada mereka itu seolah-olah merujuk kepada thoghut. Selain daripada itu, penyatuan umat Islam tidak akan tercapai melainkan dengan mendirikan kerajaan Al-Jaafariah di Iran dan di negara-negara lain. Di samping itu juga Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa mestilah dibebaskan daripada Ahli Sunah kerana mereka menyatakan permusuhan terhadap Amirul Mukminin dan juga para imam36.

PERTUBUHAN ANTARABANGSA UNTUK MISI PERPADUAN.

Pertubuhan ini telah ditubuhkan di Iran selepas revolusi Khomeini oleh murid Khomeini dan juga penggantinya Ali Al-Khamenei. Dalam persidangan pertamanya pertubuhan telah memutuskan bahawa rukun Islam ialah dua kalimah shahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan dan haji ke Baitullah. Ahli majlis menganggap perkara ini adalah perkara usul (prinsip dasar) yang telah disepakati selain daripada ini adalah dianggap sebagai permasalahan cabang (furu’) yang mana boleh berlaku perbezaan pendapat padanya seperti perbezaan pendapat dalam pemahaman dan pentafsiran al-Quran dan al-Sunah. Di samping itu juga perbezaan ideologi dan ilmiah pada permasalahan cabang mestilah diasingkan dengan peristiwa berdarah yang pernah disaksikan oleh umat disebabkan perpecahan.

Pertubuhan ini telah mewujudkan satu jawatankuasa untuk kajian dan seminar sehinggakan universiti turut ditubuhkan. Walau bagaimanapun pertubuhan antarabangsa ini tidak menapis apa yang ada di dalam kitab Syiah berkenaan perkara-perkara yang mengkafirkan Ahli Sunah. Di masa yang sama di sana telah berlaku percanggahan rukun Islam yang telah disepakati dengan apa yang ditulis di dalam kitab-kitab Syiah. Selain daripada itu turut tercatat di dalam buku mereka perkara yang lain yang tidak disepakati seperti wilayah. Pertubuhan ini juga tidak menyentuh pendirian mazhab Syiah terhadap para sahabat sedangkan perkara ini juga adalah penting. Begitu juga perkara-perkara khurafat yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir mereka, turut tidak diberi perhatian oleh pertubuhan ini.

36 Al-Khomeini, ”حترير الوسيلة“ ,jld. 1, m.s 118

Page 144: Artikel Syiah

136 | Hakikat Syiah

Kalau begitu apa faedahnya perpaduan dalam situasi sebegini. Pertubuhan ini menyatakan perpaduan tidaklah bermakna menyatukan mazhab-mazhab menjadi satu mazhab, sedangkan kitab-kitab Syiah menyeru kepada penyatuan mazhab bahkan ianya masih kekal berlaku sehingga ke hari ini di kawasan yang didiami Ahli Sunah, adakah ini yang dikatakan perpaduan?

PERKARA YANG KEDUA: SUMBER UTAMA AHLI SUNAH DAN SYIAH SERTA SEJAUH MANA PERPADUAN BOLEH BERLAKU.

Yang Pertama : Al-Quran Al-Karim

Tiada perselisihan antara kedua pihak dalam berpegang kepada al-Quran sebagai sumber rujukan, dalam pada itu ada perbezaan yang penting iaitu Ahli Sunah beriktikad bahawa al-Quran yang ada pada kita sekarang diturunkan kepada Rasulullah dalam bentuk wahyu daripada Allah tiada penambahan mahupun pengurangan. Ianya dipelihara oleh Allah daripada sebarang penyelewengan atau penukaran. Ahli Sunah telah ijmak akan perkara ini.

Adapun Syiah mereka telah beranggapan bahawa al-Quran yang ada pada umat Islam sekarang sama ada di dalam mashaf atau yang dihafaz, telah terseleweng. Al-Quran yang sebenarnya ada pada Saidina Ali bin Abi Talib. Kemudian beliau telah mewariskan kepada imam yang selepasnya, dan sekarang ini ada pada Imam Mahdi Al-Muntazar37.

Kitab Syiah yang pertama yang menulis tentang kekurangan dan terselewengnya al-Quran ialah kitab yang ditulis oleh Salim bin Qais, yang mana beliau telah mendapat sanjungan daripada ulama-ulama Syiah yang terdahulu mahupun sekarang disebabkan penulisan ini. Beliau berkata di dalam kitabnya ini “Sesungguhnya pendapat yang mengatakan al-Quran ini adalah terpelihara membawa kepada perkhabaran yang terperinci bahkan mutawatir, ini menunjukkan bahawa adanya berlaku penyelewengan di dalam al-Quran”.

Berkata Al-Khuie salah seorang sumber rujukan Syiah di Iraq dan di tempat lain “Sesungguhnya periwayatan yang banyak terhadap penyelewengan al-Quran membawa kepada sahih riwayat berkenaan yang mana sebahagian riwayat itu adalah dari mereka yang maksum

Jld.2, m.s 357-362 »االنوار النعمانية« ,نعمة اهلل اجلزائري الشيعي اإلمامي, 37

Page 145: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 137

dan ada yang diriwayatkan dengan jalan-jalan yang muktabar...”38

Muhsin Al-Kasyani berkata “Ada riwayat yang diperolehi daripada Ahlul Bait bahawasanya al-Quran yang ada sekarang tidaklah sama seperti yang diturunkan kepada nabi, bahkan sebahagian berbeza dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Ada yang telah diubah dan diseleweng, ada banyak perkara yang telah dihapuskan antaranya nama Saidina Ali di kebanyakan tempat dalam al-Quran juga perkataan Al-Muhammad turut dihapuskan. Di samping itu juga nama-nama orang munafik turut dihapuskan. Sesungguhnya al-Quran yang ada sekarang ini tidak mengikut susunan yang diredai oleh Allah dan rasul-Nya” 39.

Al-Kulaini berkata “Daripada Hisham bin Salim daripada Abi Abdullah sesungguhnya al-Quran yang dibawa oleh Jibril kepada Muhammad adalah 17000 ayat”40. Sedangkan bilangan yang sedia maklum di kalangan orang muslimin ialah 6000 ayat lebih.

Telah berkata Al-Tabrasi “Mereka yang menyelewengkan al-Quran ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Abu Ubaidah, Saad bin Abi Waqas, Abdul Rahman bin Auf dan mereka meminta bantuan Zaid bin Thabit”.41

Selain daripada itu di sana juga ada perbezaan yang lain, iaitu tentang pentafsiran al-Quran al-Karim. Ahli Sunah mengambil tafsir al-Quran yang datang daripada nabi kemudian diterima oleh para sahabat serta Ahlu al-Bait kemudian diwarisi oleh para tabiin mengikut kaedah Bahasa Arab dan juga frasa serta gaya bahasanya.

Adapun Syiah, mereka mempunyai pandangan yang khas dalam mentafsirkan al-Quran dan mentakwilkannya, antara contoh tafsiran Syiah adalah seperti berikut:

1. Di dalam kitab al-Kafi karangan Al-Kulaini, daripada Abu Abdillah (Ja’far

Al-Sadiq) firman Allah Taala,surah an-Nur ayat 35 :

ماوات والرض مثل نوره كمشكاة ) نور الس ,ialah Fatimah a.s : 42( الل

ا مصباح)

,ialah Al-Hassan (في

مصباح ف زجاجة) ,adalah Al-Hussain : (ال

38 Al-Khuie, al-Bayan, m.s 22639 Muhsin Al-Kasyani, تفسير الصافي, املقدمة السادسة,40Al-Kulaini, أصول الكافي في كتاب فضل القرأن, باب النوادر , jld.2 m.s 13441At-Tabrasi, فصل اخلطب في حتريف الكتاب , m.s 7342 Al-Kulaini, إن األئمة نور هللا عز وجل, jld. 1, m.s 195

Page 146: Artikel Syiah

138 | Hakikat Syiah

ي ) ا كوكب در جاجة كأن Fatimah bintang yang berkilauan di : (الز

antara wanita-wanita di muka bumi,

ة مباركة )

,Ibrahim : (يوقد من شجر

بية ) ,bukan Yahudiyah dan bukan Nasrani : ( زيتونة ل شرقية ول غ

ا يضيء) زيت ,ilmu itu hampir-hampir meletup : (يكاد

,imam selepas imam : (ولو لم تمسسه نار نور عل نور)

لنوره من يشاء) دي الل Allah memberi hidayah kepada para imam : ( ي

yang dikehendaki-Nya,

ل نور ا ) الل

,seorang imam yang anak kepada Fatimah a.s : ( ومن لم يجعل

imam pada hari kiamat.43 : ( فما ل من نور)

2. Mereka mentafsirkan juga firman Allah Taala, Surah an-Nahlu: 51

واحد) إل هو إنما

نني

اث

إلني تتخذوا dengan itu janganlah kamu : (ل

menjadikan dua orang imam sebenarnya ambillah satu imam sahaja.44

3. Firman Allah Taala, surah al-Baqarah : 238

قانتني) وسطى وقوموا لللة ال لوات والص (حافظوا عل الص

لة) ,ialah Rasulullah, Amirul Mukminin, Hassan dan Hussain : (الص

manakala (وسطى ,ialah Amirul Mukminin : (ال

قانتني ) taat terhadap imam-imam.45 : ( وقوموا لل

4. Firman Allah Taala, surah an-Naba’: 1-2 dan ( النباء) : ialah Amirul

Mukminin Ali bin Abi Talib.46

5. Firman Allah Taala, surah al-Fatihah : 6 مستقمي

اط ال

ر , اهدنا الص

( مستقمي

اط ال

ر yang di maksudkan di sini ialah Ali bin Abi Talib.47 : (الص

43 Sumber terdahulujld.3, m.s 60 , تفسير الثقلني ,jld.1, m.s 373 ,تفسير البرهان ,jld.2, m.s 361 , تفسير العياشي 44jld.7, m.s 154 , البحار ,jld.1, m.s 231 تفسير البرهان ,jld.2, m.s 128 , تفسير العياشي 4546 Al-Kulaini, الكافي , jld.1, m.s 20747 Al-Majlisi, البحار , jld. 4, m.s 416

Page 147: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 139

6. Firman Allah Taala, surat Al-Fussilat : 29

دامنا

أق تحت هما نجعل س

واإلن جن

ال من أضلنا ين ال أرنا (ربنا

( السفلني من ليكونا Al-Majlisi telah berkata di dalam syarah kitabnya al-Kafi, yang di maksudkan dengan kata ganti nama (هما) (dua orang yang menyesatkan) di sini ialah Abu Bakar dan Umar Ibnu Al-Khattab. Kalimah al-Jin yang di maksudkan dalam ayat ini ialah Umar, kerana dahulunya dia bersifat seperti Syaitan, sama ada dia bersahabat dengan syaitan disebabkan beliau adalah anak zina atau kerana beliau seorang yang suka menipu seperti syaitan. Lagi seorang yang menyesatkan ialah Abu Bakar.48

7. Firman Allah Taala, surah al-Taubah : 12 (كفرة ال -imam (فقاتلوا أئم

imam yang di maksudkan di sini ialah Talhah dan Zubir, mereka adalah dua orang imam daripada imam-imam yang kafir.49 8.Firman Allah Taala terhadap orang-orang munafik, surah al-Taubah : 74

وا بعد إسلمه

كفر وكفر ما قالوا ولقد قالوا كلمة ال يحلفون بالل

وا بما لم ينالوا ..... وهمAl-Qummi telah meriwayatkan dalam tafsirannya daripada al-sodiq tatkala Rasulullah SAW berdiri pada hari “Ghadir Khum” ada tujuh orang munafik bersama baginda. Mereka ialah Abu Bakar, Umar, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas, Abu Ubaidah, Salim Maula Abu Hudzaifah dan Al-Mughirah bin Syukbah.

Telah berkata Umar tidakkah kamu semua melihat kedua matanya (baginda Rasulullah) seolah-olah mata orang gila, maka nabi bangun lalu bersabda, “Wahai manusia siapakah yang lebih utama bagimu daripada dirimu?”. Maka mereka pun menjawab, “Allah dan RasulNya”, lalu nabi berkata, “Wahai! Allah saksikanlah”, kemudian berkata, “Bukankah bagi siapa yang aku adalah sebagai walinya (ketua), maka Ali juga adalah walinya jua dan ucaplah salam ke atas Amirul Mukminin (Ali)”. Maka turunlah Jibril dan memberitahu Rasulullah SAW, dan Allah telah menurunkan ayat ( ...ما قالوا ini.50 (يحلفون بالل

jld.4, m.s 416 , مرأة العقول 48jld.2, m.s 107 تفسير البرهان ,jld.2, m.s 77-78 تفسير العياشي 49jld.1, m.s 715 , تفسير الصافي 50

Page 148: Artikel Syiah

140 | Hakikat Syiah

9. Firman Allah Taala, surah an-Nahlu : 90

بغيمنكر وال

فحشاء وال

ى عن ال وين

فحشاءمنكر ,ialah Abu Bakar ال

بغي ialah Umar dan ال

ialah Uthman.51 ال

10. Firman Allah Taala, surah al-Kahfi : 95 بينكم وبينم ردما

أجعل

ialah al-taqiyyah.52 ردماPerbezaan yang ketiga di antara Ahli Sunah dan Syiah ialah bahawa al-

Quran bukanlah satu sahaja sumber syariah di sana ada satu lagi mashaf yang diturunkan selepas kewafatan baginda Rasulullah yang dinamakan mashaf Fatimah. Mashaf ini adalah tiga kali ganda mashaf yang ada sekarang, ianya telah diwahyukan oleh Allah kepada Fatimah, perkara ini telah diriwayatkan oleh Al-Kulaini di dalam kitab al-Kafi dengan sanad yang sahih daripada Abi Basir, daripada Ja’far Al-Sadiq.53

Yang Kedua : Al-Sunah Al-NabawiyyahAhli Sunah berpegang kepada kitab-kitab hadis yang meriwayatkan sunah-sunah Nabi Muhammad SAW sama ada perkataan, perbuatan dan ikrar. Antara kitab-kitab hadis tersebut ialah Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan kitab-kitab yang lain. Ada juga sebahagian kitab hadis yang menghimpunkan hadis-hadis sahih dan hasan dan ada juga kitab hadis yang dhoif. Tidak terlepas juga di sana ada hadis-hadis maudu’(palsu) yang dinukilkan oleh beberapa kitab-kitab hadis. Ulama al-Sunah telah meneliti (menyaring) hadis-hadis sama ada dari sudut matan mahupun sanadnya. Mereka telah meletakkan kaedah yang dapat membezakan antara hadis sahih dan yang sebaliknya.

Adapun Syiah mereka berpegang kepada empat kitab-kitab hadis sahaja, dan dengannyalah mereka beramal untuk sepanjang zaman, kitab tersebut adalah seperti berikut :

الكافي في اصول والفروع .1Karangan Muhammad Ibn Ya’qub Al-Kulayni (meninggal 329H), digelar oleh puak Syiah sebagai Thiqatul Islam. Al-Kafi adalah kitab yang terulung mazhab Syiah. Periwayatannya disandarkan terus kepada salah seorang

jld. 7, m.s 130, البحار ,jld. 2, m.s 381, البرهان ,jld. 4, m.s 268, تفسير العياشي 51 jld.2, m.s 351 , تفسير العياشي 52jld.2, m.s 351 , تفسير العياشي 53

Page 149: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 141

imam 12 bukannya kepada Rasulullah. Mereka berpendapat bahawa tiada bezanya di antara imam-imam dengan Rasulullah. Imam yang paling banyak disandarkan kepadanya ialah Imam Ja’far Al-Sodiq. Kitab ini mengandungi riwayat-riwayat yang menghina dan mengaibkan al-Quran dengan mengatakan ianya ada kekurangan dan terseleweng.

من ال يحضره الفقيه .2Karangan Muhammad Babawaih Al-Qummi yang terkenal dengan kebenarannya. Kitab ini khas bagi permasalahan fiqh yang diambil daripada periwayatan hadis. Kitab ini termasuk di dalam kitab utama Syiah.

تهذيب احكام .3Karangan Abi Jaafar bin Al-Hasan Al-Tusi (meninggal 329H), antara kitab utama Syiah yang mana hadis di dalamnya disusun mengikut bab-bab fekah. Al-Tusi dalam kitabnya ini telah mentakwilkan hadis-hadis yang bersamaan dengan hadis-hadis Ahli Sunah sebagai al-taqiyyah.

االستبصار فيما اختلف فيه من االخبار .4Juga karangan Al-Tusi, kitab ini adalah ringkasan daripada kitabnya yang terdahulu. Al-Faidh Al-Kasyani telah mengumpulkan ke semua isi kandungan empat kitab ini dan disatukan di dalam satu kitab yang di namakan al-Wafi. Selain daripada empat kitab ini, Syiah juga ada kitab-kitab yang dibukukan pada kebelakangan ini, dari kurun ke sembilan dan menganggapnya termasuk sebagai kitab-kitab utama mereka. Kitab-kitab tersebut ialah:

a) بحار األنوار الجامعة لدرر أخبار األئمة األطهار Karangan Muhammad Baqir Al-Majlisi (meninggal 1110H). Kitab ini juga

kata-kata fitnah terhadap al-Quran dan para sahabat.b) وسائل الشيعة إلى تحصيل مسائل الشريعة Karangan Muhammad bin Al-Hasan Al-A’lami (meninggal 1103H)c) مستدرك الوسائل Karangan Al-Hussein Al-Nuri Al-Tabrasi (meninggal 1320H) SUMBER PEGANGAN AHLI SUNAH DAN SYIAH SERTA MISI PERPADUANEkoran terdahulu jelaslah kepada kita bahawa sumber utama kedua-dua pihak yang mengandungi akidah dan prinsip dasar adalah berbeza sebahagian dengan sebahagian yang lain. Tiada jalan untuk bersatu atau

Page 150: Artikel Syiah

142 | Hakikat Syiah

berpadu melainkan salah satu pihak meninggalkan sumber pegangan mereka dan mengiktiraf sumber yang lain.

Adapun dengan melakukan penapisan terhadap sumber tersebut dan membersihkan perkara yang berkaitan dengan akidah dan usuluddin daripada kekotoran adalah suatu perkara yang amat susah. Ahli Sunah jika meninggalkan sumber pegangan mereka, bermakna satu kesesatan dan jauh menyimpang daripada siratal mustaqim. Sekiranya kitab-kitab Syiah pula ditapis khasnya perkara yang berkaitan dengan al-Quran dan para sahabat, ia tidak akan diredhai oleh pihak Syiah.

Kalau begitu, tiada jalan untuk mencapai perpaduan dan mempererat hubungan dengan menggunakan pendekatan akidah atau sumber pegangan.

PERKARA YANG KETIGA : FAKTOR UTAMA DI ANTARA AHLI SUNAH DAN SYIAH, SERTA SEJAUH MANA PERPADUAN BOLEH DIJALIN ANTARA KEDUANYA

Tidak syak lagi bahawa Ahli Sunah mempunyai akidah dan prinsip-prinsip begitu juga pihak Syiah. Memang ada titik pertemuan di antara kedua pihak tetapi banyak perselisihan pada akar umbi, antara mereka jurang pemisah yang dalam dan jauh sejauh timur dan barat.

Dakwah ke arah perpaduan bermakna mengambus lubang dan mengecilkan jarak pemisah, hal yang demikian bermakna salah satu pihak melangkah masuk ke pihak yang lain dengan menerima akidah dan prinsip pihak yang satu lagi dan meninggalkan akidah dan prinsipnya yang terdahulu.

Oleh sebab itu kajian tajuk ini memerlukan kepada perbandingan akidah di antara kedua-dua pihak, bagi melihat pihak mana yang sepatutnya menyertai pihak yang lain, kajian hanya tertumpu pada permasalahan-permasalahan tertentu sahaja tanpa merungkai kesemuanya, permasalahan-permasalahan adalah seperti berikut :

1. Ahli Sunah beriktikad bahawa al-Quran adalah terpelihara dan ianya terpelihara oleh Allah. Bebas daripada kekurangan mahupun penyelewengan. Manakala Syiah berpendapat bahawa al-Quran yang ada sekarang terdapat kekurangannya dan telah terseleweng.54

2. Ahli Sunah beriktikad bahawa penafsiran al-Quran hendaklah berpandukan kepada apa yang datang daripada Nabi SAW. Syiah berpendapat penafsiran al-Quran hendaklah berpandukan daripada apa yang telah

54 At-Tabrasi ” فصل اخلطاب في حتريف كتاب رب األرباب« m.s 17

Page 151: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 143

diriwayatkan daripada ahlu al-bait dengan riwayat-riwayat yang mencela para sahabat dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam yang selepasnya. Ini adalah cara penafsiran yang menyeleweng daripada sudut dilalah bahasa.55

3. Ahli Sunah beriktikad bahawa al-Quran telah diturunkan sepenuhnya ke atas Rasulullah tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya, juga tiada wahyu kepada sesiapa selepas Nabi Muhammad. Syiah pula beriktikad bahawa di sana ada mashaf yang diturunkan selepas kewafatan nabi dan dinamakan mashaf Fatimah. Mashaf ini tiga kali ganda mashaf Ahli Sunah.56 Mereka juga beriktikad bahawa Allah SWT telah menurunkan 12 mashaf daripada langit yang mengandungi sifat-sifat Imam 12.57

4. Ahli Sunah beriktikad bahawa sunah nabi adalah apa sahaja yang datang daripada nabi sama ada melalui percakapan, perbuatan mahupun taqrir (perakuan). Manakala Syiah mengatakan bahawa percakapan Imam 12 seperti firman Allah Taala dan sabda Rasulullah. Meriwayatkan daripada mereka samalah seperti meriwayatkan hadis daripada nabi kerana mereka juga adalah maksum.58

5. Ahli Sunah beriktikad bahawa Syariah Islam adalah sempurna dan Rasulullah telah menyampaikannya kepada umat tanpa menyembunyikan sesuatu serta mewakilkan kepada umat urusan penyebaran dakwah Islamiah dan amar maaruf nahi munkar. Syiah pula beriktikad bahawa Rasulullah menyampaikan sebahagian daripada syariat sahaja sedangkan sebahagiannya disembunyikan dan ditinggalkan pada Imam Ali. Manakala Imam Ali juga menyampaikan sebahagian yang diterima dari Rasulullah semasa hayatnya dan meninggalkan sebahagian yang lain kepada Hassan sebelum wafatnya. Begitulah seterusnya, setiap Imam 12 akan menyampaikan sebahagian daripada syariat mengikut keperluan dan akan meninggalkan baki kepada imam yang bakal menggantikannya. Hingga tinggal sebahagian lagi daripada syariat pada Imam Mahdi Al-Muntazar masih belum disampaikan.59

6. Ahli Sunah menerima periwayatan sahabat r.a. kerana mereka semua adil dan thiqah. Adapun Syiah, mereka menolak periwayatan sahabat, mereka beriktikad bahawa para sahabat semuanya menipu belaka seperti Abu Hurairah, Samrah bin Jundub dan sahabat yang lain.

55 Lihat الكافي dan تفسير العياشي dan تفسير البرهان dan تفسيرنور الثقلني jld. 3 m.s 197 الشافي في شرح أصول الكافي 56m.s 263 ابن بابوية القمي, “أكمال الدين” 5758 Al-Kulaini , كتاب الروضة ,الكافي jld. 2 m.s 271-272m.s 4 “مصابيح األصول” بحر العلوم 59

Page 152: Artikel Syiah

144 | Hakikat Syiah

Mereka tidak menerima periwayatan para sahabat melainkan 3 orang sahaja iaitu Al-Miqdad bin Aswad, Abu Dharr Al-Ghifari dan Salman Al-Farisi r.h.60

7. Sesungguhnya Ahli Sunah menerima ke semua hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim serta kitab-kitab hadis Sahih yang lain. Mereka tidak mengiktiraf kitab-kitab Syiah sebagai pegangan. Adapun Syiah, mereka juga tidak berpegang dengan kitab-kitab hadis Ahli Sunah melainkan yang ada persamaan dengan akidah pegangan mereka.

8. Ahli Sunah berpegang kepada al-Quran, al-Sunah dan ijmak sebagai prinsip asas kepada Syariah Islamiah dan mengkafirkan mereka yang mengingkarinya. Adapun Syiah, mereka tidak percaya dengan ijmak sama ada daripada sahabat mahupun selain mereka tanpa kewujudan orang yang maksum bersama mereka. Kerana ijmak di sisi mereka ialah ijmak terhadap percakapan para imam yang maksum bukannya dengan erti kata ijmak itu sendiri.61

9. Ahli Sunah beriktikad bahawa tiada yang maksum melainkan Rasulullah, para anbiya dan rasul-rasul yang terdahulu. Di samping itu juga tiada lagi yang disyariatkan selepas kewafatan Rasulullah kerana dengan kewafatan baginda maka selesai dan putuslah wahyu. Syiah pula beriktikad bahawa para imam adalah maksum dan kemaksuman mereka adalah perkara dasar dalam prinsip imamah. Imam tidak akan terkena dosa sama ada sengaja ataupun tidak. Dan umat juga terpelihara dengan adanya imam bukannya dengan al-Quran dan al-Sunah. Bahkan mereka beriktikad bahawa kemaksuman yang ada pada para imam tidak menyamai kemaksuman para nabi dan rasul.62

10. Antara prinsip Ahli Sunah ialah menyatakan kecintaan terhadap keluarga Rasulullah (ahlu al-bait) dan para sahabat dengan redha akan mereka dan memperakui keadilan mereka, tidak menggembar gemburkan perselisihan di antara mereka serta berbaik sangka terhadap mereka. Memperakui bahawa sebaik-baik umat selepas nabi ialah Abu Bakar kemudian Umar, Uthman dan Ali r.h. Mempercayai susunan barisan kepimpinan adalah seperti susunan ini.

Syiah pula berpendapat bahawa para sahabat telah menjadi murtad dan kafir melainkan tidak lebih bilangan mereka dari tiga orang. Dalam kebanyakan riwayat, mereka menghina para sahabat, mencaci serta

60 Al-Kulaini كتاب الروضة,الكافي jld. 12 m.s 321-32261 Al-Kulaini الكافي jld.1 m.s 6862 Al-Majlisi البحار jld. 25 m.s 211

Page 153: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 145

mengutuk khasnya khalifah yang bertiga, Abu Bakar, Umar dan Uthman.63

Adapun para sahabat mereka yang lain yang Islam antaranya Al-Miqdad bin Aswad, Abu Dharr Al-Ghifari dan Salman Al-Farisi, mereka berselisih pendapat pada keislaman Ammar bin Yasir.64

Mereka membolehkan mengutuk dan memfitnah Abu Bakar dan Umar kerana mereka berdua adalah diusir dan dilaknat oleh Allah dan rasul-Nya.65 Terdapat di dalam kitab-kitab mereka (yang tersasar) petikan ayat berkenaan kutukan terhadap 2 berhala Quraisy (Abu Bakar dan Umar), “Ya Allah laknat lah 2 berhala Quraisy ini, yang juga adalah toghut, pendusta dan laknatlah anak-anak mereka. Mereka berdua telah melanggar perintah-Mu, ingkar wahyu-Mu, mengkufuri nikmat-Mu, berdosa terhadap rasul-Mu, menterbalikkan agama-Mu, menyelewengkan kitab-Mu, menyukai musuh-Mu, mempersendakan hukum-hukum-Mu, menyelewengkan ayat-ayat-Mu......”.66 Ini adalah penyataan yang jelas menghina ummahatul mukminin khasnya Aisyah binti Abu Bakar dan Hafsah binti Umar r.h.

11. Ahli Sunah beriktikad bahawa kecintaan terhadap keluarga nabi adalah wajib. Juga menyatakan kesetiaan pada mereka serta memelihara wasiat-wasiat Rasulullah kepada mereka juga adalah wajib, di samping memelihara hak-hak yang telah ditetapkan ke atas mereka. Ahli Sunah redha terhadap ahli keluarga nabi begitu juga terhadap para sahabat.

Keluarga nabi (ahlu al-bait) di sisi Ahli Sunah ialah keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Jaafar, keluarga Abbas, isteri-isteri nabi SAW (ummahatul mukminin) dan zuriat-zuriat nabi sehingga hari kiamat. Walau bagaimanapun mereka tidak beriktikad kecintaan terhadap keluarga nabi melepaskan mereka daripada hukum taklif.

Syiah juga menyintai ahlu al-bait dan mengambil berat terhadap Imam Ali (Amirul mukminin), Hassan, Hussain, dan zuriat daripada keduanya. Selain daripada mereka ini tidaklah dinamakan ahlu al-bait oleh pihak Syiah. Mereka juga terlalu mengagungkan ahlu al-bait sedangkan ahlu al-bait sendiri tidak redha diagung-agungkan sebegitu rupa.

12. Ahli Sunah beriktikad bahawa mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah kepada para nabi dan rasul adalah satu bukti tentang kebenaran

63 Al-Kulaini الكافي jld. 2 m.s 224,244, Al-Majlisi البحار jld. 22 m.s 351, 245, 352, 440 Al-Mufid, ”االختصاص“ m.s 4 -5

m.s 11-12 رجال الكشي 6465 Hussain Al-Khurasani, ”اإلسالم على ضوء التشيع“ , m.s 8866 Mansoor Hussain, ”حتفة العوام مقبول“ , m.s 424

Page 154: Artikel Syiah

146 | Hakikat Syiah

mereka. Kadangkala mukjizat itu dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya yang soleh sebagai satu karamah bagi mereka.

Syiah beriktikad bahawa mukjizat-mukjizat hanya untuk para imam, mereka mampu menghidupkan yang mati, menyembuhkan penyakit bisu, kusta serta mereka memiliki semua mukjizat yang dimiliki oleh para nabi.67 Apa yang berlaku terhadap mereka berkaitan perkara yang mencarik adat tidak dikategorikan sebagai keramat tetapi mukjizat.

13. Ahli Sunah beriktikad bahawa tiada yang mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan Allah kerana ilmu Allah itu adalah mutlak, tidak terbatas. Sesungguhnya dia mengetahui alam ghaib dan nyata dan mengetahui segala rahsia serta yang tersembunyi.

Syiah beriktikad bahawasanya para imam mengetahui perkara-perkara ghaib, tidak terhijab daripada mereka ilmu-ilmu apa yang di langit, di bumi, syurga dan neraka. Mereka juga mengetahui apa yang telah berlaku, dan apa yang akan berlaku sehingga hari kiamat.68

14. Ahli Sunah beriktikad bahawa para pemimpin yang telah dipilih oleh orang-orang muslimin di kalangan pemimpin-pemimpin yang telah lalu dan dilantik sebagai ketua, mereka adalah pemimpin kebenaran.

Manakala Syiah beriktikad bahawa perkara kepimpinan (al-imamah) adalah perkara pokok dalam agama (usuluddin) bilangan mereka adalah terbatas kepada 12 orang sahaja. Bermula dengan Amirul mukminin Ali bin Abi Talib dan berakhir dengan Mahdi Muntazar. Kepimpinan selain daripada 12 imam ini adalah tidak sah.69 Ia dinamakan al-wilayah. Mereka yang mengingkari kepimpinan (imamah) hukumnya kafir.70

15. Ahli Sunah tidak berpegang dengan prinsip al-taqiyyah menyembunyikan kebenaran dan apa yang diiktikadkan yang mana ianya bakal mengundang kemudharatan kepada agama dan urusan dunia.71 Al-taqiyyah ialah segala perbuatan atau percakapan bertentangan dengan apa yang diiktikadkan.72

Ahli Sunah beriktikad bahawa konsep al-taqiyyah adalah satu rukhsah ketika berlakunya keadaan darurat, ia tidak termasuk dalam perkara pokok agama.

67 Al-Majlisi البحار jld. 26 m.s 194-20068 Al-Kulaini الكافي jld. 1 m.s 260-263, Al-Majlisi البحار jld. 26 muka 109-11769 Al-Kulaini الكافي jld. 1 m.s 6770 Sumber terdahulu الكافي jld. 1 m.s 373, Al-Majlisi البحار jld. 27 m.s 18171 Al-Mufid ”شرح عقائد الصدوق“ m.s 26172 Muhammad Jawad Mughniyah, ”الشيعة في امليزان“ m.s 48

Page 155: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 147

Adapun Syiah, bagi mereka al-taqiyyah adalah prinsip dasar agama (perkara-perkara akidah). Ia adalah sembilan persepuluh daripada agama. Tidak beragama seseorang itu melainkan dia bertaqiyyah.73 Adapun perkara – perkara yang lain di dalam agama adalah mewakili satu persepuluh sahaja. Tujuan mereka menggunakan al-taqiyyah ialah bagi menghalang daripada tersebarnya rahsia-rahsia mazhab Syiah yang bercanggah dan mempunyai unsur bidaah.

Mereka menggunakan al-taqiyyah dengan melampau. Setiap perbuatan akan dikatakan taqiyyah lebih-lebih lagi berkaitan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ahlu al-bait tentang pujian terhadap para sahabat, mereka akan mengatakan ini adalah al-taqiyyah. Pengiktirafan imam-imam dengan kepimpinan orang lain juga dikatakan al-taqiyyah, peristiwa perdamaian Hassan, adalah al-taqiyyah yang bersamaan dengan Ahli Sunah dikategorikan sebagai al-taqiyyah, sehinggakan Ali menikahkan anaknya dengan Umar juga dianggap al-taqiyyah.

16. Ahli Sunah beriktikad bahawa orang yang telah mati tidak akan kembali sebelum hari kiamat, walaupun mereka itu para anbiya, sahabat ataupun wali. Manusia akan dibangkitkan pada hari kemudian untuk dihisab dan akan diberikan balasan. Ini adalah perkara yang telah disepakati oleh orang muslimin dan ianya termasuk asas keimanan di sisi Ahli Sunah.74

Adapun Syiah, mereka yang telah mati akan kembali semula ke dunia sebelum hari kiamat 75 dalam bentuk mereka yang asal.

Mereka yang kembali ke dunia adalah dua kumpulan, kumpulan yang mempunyai darjat iman yang tinggi dan kumpulan yang darjatnya rendah (fasad).76

17. Ahli Sunah beriman bahawa Allah mengetahui yang ghaib dan yang nyata meliputi yang terdahulu, sekarang dan akan datang. Dia berhak melakukan apa sahaja pada kerajaan-Nya, milik-Nya semua hukum-hukum itu dan kepada Dialah kamu akan dikembalikan. Tiada yang mengetahui yang ghaib melainkan Allah. Tiada permulaan bagi-Nya. Dia tidak jahil akan sesuatu dan tidak akan lupa. Mengatakan ada permulaan bagi Allah itu adalah kufur di sisi Ahli Sunah. Kerana zahirnya sesuatu adalah selepas ianya tiada, sedangkan Allah itu ada.

Adapun Syiah mereka beranggapan bagi Allah itu ada permulaannya. Mereka berkata “tidak nyata bagi Allah akan sesuatu perkara itu

73 Al-Kulaini الكافي jld. 2 m.s 21774 Ibn Hazm ”احمللى“ m.s 24, ”ابو يعبى “املعتمد m.s 22575 Al-Muqayad ”اوائل املقاالت“ m.s 5176 Sumber terdahulu

Page 156: Artikel Syiah

148 | Hakikat Syiah

melainkan nyata pada pengetahuan-Nya sebelum nyata pada-Nya sendiri.77

Sebab mereka berpegang kepada prinsip al-bada’ (permulaan) kerana perkara ghaib itu adalah milik para imam, sekiranya berlaku perbezaan tentang apa yang dikhabarkan oleh para imam, maka mereka mengatakan sesungguhnya telah nyata bagi tuhanmu.

Asal usul al-bada’ ialah akidah orang Yahudi yang terdapat di dalam Taurat yang telah terseleweng. Kemudian ideologi ini tersebar ke kumpulan as-Sabaiyyah, dan berkata Syiah Imamah tentang al-bada’ “tidak disembah Allah dengan sesuatu seperti al-bada’”78 menunjukkan betapa besar akidah (konsep) al-bada’ kepada Syiah. Mereka berkata lagi “Allah tidak mengutuskan seorang nabi melainkan bersamanya hukum pengharaman arak dan mengakui bagi Allah itu ada permulaan”.79

18. Ahli Sunah tidak berpegang kepada konsep al-ghaibah bahawa sesungguhnya Imam Al-Hasan Al-Askari imam yang kesebelas tidak meninggalkan anak seperti yang dikatakan oleh pakar sejarah.80 Kitab-kitab Syiah juga telah memperakui perkara tersebut sehingga harta beliau dipusakai oleh saudara lelakinya Jaafar dan juga ibunya.81 Al-Mas’udi pernah menyebut “telah berlaku konflik di kalangan Syiah disebabkan kematian Hasan Al-Askari yang tanpa meninggalkan seorang anak. Ekoran daripada itu mereka telah berpecah kepada 20 kumpulan sehingga sebahagian mereka berkata bahawa al-imamah telah terputus.82

Adapun Syiah mempercayai konsep al-ghaibah adalah sebahagian daripada akidah mereka. Mereka berpendapat bahawa bumi ini tidak boleh sunyi daripada dipimpin oleh seorang imam walaupun satu detik. Kalaulah bumi ini tanpa imam nescaya terbenamlah ia.83 Kerana di sisi mereka imam adalah satu hujah, dan bukannya al-Quran. Kerana al-Quran tidak dianggap sebagai hujah tanpa adanya al-qayyim. Beliau merupakan salah satu imam 12.84

Kesimpulan ideologi al-ghaibah ini ialah bahawa anak bagi Hasan Al-

77 Al-Kulaini, الكافي , jld. 1, m.s 14878 Al-Kulaini, الكافي, jld. 1, m.s 14679 Sumber terdahulu , jld. 1 m.s 148jld. 13, m.s 26-27 , التاريخ الطبري 8081 Al-Qummi ”املقاالت والفرق“ m.s 10282 Sumber terdahulu, Al-Mas’udi ”مروج الذهب“, jld. 4, m.s 19083 Al-Kulaini, الكافي, jld. 1, m.s 17984 Al-Kulaini, الكافي, jld. 1, m.s 188

Page 157: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 149

Askari namanya “Muhammad” telah hilang ketika umurnya 4 tahun.85 Mereka menyifatkan beliau sebagai Mahdi, hujah, tuan, suci dan pemilik masa (صاحب الزمان).86 Kebanyakan orang Syiah tidak menunaikan solat Jumaat pada masa al-ghaibah dan mereka berkata solat Jumaat dan juga urusan pemerintahan adalah bagi imam muslimin sahaja.87 Perkara ini dikupas secara melebar di dalam kitab-kitab Syiah.

19. Ahli Sunah beriktikad bahawa surah-surah di dalam al-Quran adalah sempurna, iaitu daripada surah al-Fatihah hinggalah ke surah an-Nas. Dan bilangan surahnya ialah 114 surah tidak kurang ataupun lebih.

Manakala Syiah beriktikad bahawa sebahagian surah-surah al-Quran telah terputus. Berkata At-Tabrasi “pengurangan surah-surah ini adalah dibolehkan, surah-surah yang kurang adalah seperti surah al-Haqdu .surah al-Khulu’ dan surah al-Wilayah88 (الحقد)

Berikut adalah petikan daripada surah al-Wilayah89 : “Wahai orang yang beriman, berimanlah kamu dengan dua cahaya, kami telah turunkan keduanya yang akan membacakan kepada kamu ayat-ayat kami dan akan mengingatkan kamu tentang azab hari kiamat. Dua cahaya ini saling melengkapi antara satu sama lain dan Akulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya mereka yang setia pada rasulNya, bagi mereka adalah syurga (begitulah) bagi mereka itu syurga. Dan mereka yang kafir (mengingkari) selepas mereka beriman dengan melanggar perjanjian yang telah dibuat oleh rasul mereka akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam. Mereka telah menzalimi diri-diri mereka, berdosa kepada wahyu rasul akan diberi minum dari air yang menggelegak”.

20. Firman Allah Taala :

[al-Isra’ 110[ ذلك سبيل

ا وابتغ بني ول تجهر بصلتك ول تخافت ب“Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana di antara itu.”

85 Al-Tusi, al-Ghibah, m.s 21486 Al-Kulaini, الكافي, jld. 1, m.s 33387 Miftahul al-Ramah, jld. 2, muka 6988 An-Nuri At-Tabrasi ”فصل اخلطاب“ m.s 2489 Sumber terdahulu

Page 158: Artikel Syiah

150 | Hakikat Syiah

Ahli Sunah menyatakan bahawa solat fardu bacaannya ada dua jenis bacaan secara perlahan (سر) bagi Solat Zohor dan Solat Asar, dan bacaan deras ( جهر) bagi Solat Subuh, Maghrib dan juga Isyak. Itu pun yang dimaksudkan di sini ialah Solat Tahajud iaitu dengan bacaan pertengahan di antara kuat dan perlahan. Tafsiran ayat ini hanya berkisar dalam konteks solat sahaja.

Adapun Syiah mentafsirkan firman Allah ini dengan makna yang berlainan. (بصلتك تجهر jangan kamu nyatakan tentang (ول kepimpinan Ali (al-Wilayah) dan jangan juga dengan apa yang telah aku beri kemuliaan kepadanya sehingga aku perintahkan kamu berbuat demikian.(ا ب تخافت dan jangan kamu sembunyikan (ول daripada Ali (al-wilayah) dan beritahulah dia tentang kemuliaan yang aku berikan ( ذلك سبيل

maka pohonlah dariku untuk kamu ( وابتغ بني

menyatakannya kepada Ali tentang kepimpinannya (al-wilayah). Maka Allah telah mengizinkan nabi menyatakan perkara tersebut kepada Ali pada hari ghadir Khum 90.

Ini adalah 20 daripada berpuluh-puluh masalah yang berselisih pendapat Ahli Sunah dan Syiah. Setiap pihak mempunyai pendapat untuk menentang pihak yang lain. Pihak mana yang bakal memihak kepada pihak yang lain untuk merealisasikan perpaduan dengan meninggalkan akidah serta prinsip-prinsip dasar mazhabnya.

Jawapannya, adalah menjadi satu kewajipan kepada mereka yang mengangkat syiar perpaduan, bagi mereka ini hendaklah benar-benar ikhlas pada dakwah mereka dan meninggalkan iktikad yang terdahulu, serta memperkuat hubungan dengan jumhur muslimin (golongan majoriti) membersihkan sumber-sumber maklumat yang terdahulu daripada kebatilan untuk kembali kepada yang hak dan kebenaran.

PERKARA YANG KEEMPAT: RUMUSAN DAN PENYELESAIANAda beberapa perkara yang diperhatikan hasil daripada kajian ini memerlukan kepada hukum-hukum syar’ie, perkara-perkara berikut ialah :

1. Apakah hukum ke atas mereka yang mengatakan tentang kekurangan al-Quran dan ianya diselewengkan?

jld. 2, m.s 452 , تفسير البرهان ,m.s 999, jld.1 تفسير الصافي,jld. 2, m.s 319 , تفسير العياشي 90 jld. 3, m.s 235 , تفسير الثقلني

Page 159: Artikel Syiah

Hakikat Syiah | 151

2. Dengan apa hendak dihukum mereka yang menghina dan mencaci para sahabat?

3. Apakah hukumnya mentafsirkan ayat-ayat al-Quran secara batin?

4. Pendapat yang mengatakan menentang Ahli Sunah itu mendapat pahala. Adakah ini boleh membawa kepada perpaduan?

5. Bukankah konsep at-taqiyyah merupakan sejenis penipuan yang boleh memisahkan penyatuan umat?

6. Apakah hukum bagi mereka yang mendakwa bahawa Rasulullah menyembunyikan sebahagian yang diturunkan kepadanya?

7. Bagaimana akan terlaksananya perpaduan pada isu yang mendakwa di sana terdapat satu lagi mashaf yang lebih besar daripada al-Quran yang ada pada majoriti umat Islam sekarang?

8. Bagaimana perpaduan akan terlaksana, sekiranya umat tanpa ada imam yang memimpin mereka memperbaik urusan-urusan mereka disebabkan imam itu telah hilang selama 12 kurun, dan meninggalkan mereka dalam kesesatan serta tidak tentu hala tujuan menyebabkan segala urusan-urusan mereka sia-sia tanpa kewujudan imam di kalangan mereka?

9. Bagaimana boleh berlaku perpaduan pada permasalahan sahabat yang telah hidup sezaman dengan Rasulullah, menyaksikan bersama turunnya al-Quran kepada mereka dan dibacakan ke atas mereka serta Allah telah redha akan mereka dijanjikan mereka dengan syurga. Datang satu kumpulan yang mencaci, memfitnah, mengkafirkan dan menjanjikan kepada mereka balasan neraka?

10. Adakah cukup untuk merealisasikan perpaduan yang sebenar dengan hanya melontarkan pandangan, mengadakan persidangan dan sebagainya, adapun ia memerlukan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh lagi ikhlas dalam menghilangkan perpecahan?

Page 160: Artikel Syiah

152 | Hakikat Syiah

AWAS!

Antara beberapa kitab utama Syiah yang dijadikan bahan rujukan oleh golongan Syiah:1. Al-Sahabah, oleh: Haidar2. Ahlu al-Bait, oleh: Dr. Mahfuz Mohamed3. Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di

antara Nas dan Ijtihad) oleh : Al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar4. Kasyf al-Asrar, oleh: Ayatullah al-Khomeini5. Al-Hukumah al-Islamiah, oleh: Ayatullah al-Khomeini6. Al-Saba’ah Min al-Salaf, oleh: Ayatullah al-Murtadza az-Zubaidi7. Tahrir al-Wasilah, oleh: Ayatullah al-Khomeini8. Al-Muraja’at, oleh: Al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi9. Al-Usul Min al-Kafi, oleh: Al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-

Musawi10. Peshawar Nights, oleh: Al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin11. Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?, oleh: Sheikh Muhammad12. Mar’i al-Amin al-Antaki – diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim

(thn 1993)13. Mafatih al-Jinan, oleh: Sheikh Abbas al-Qummi

Sementara itu terdapat beberapa kitab ulama Syiah yang telah cuba disebarkan keseluruh negara terutamanya melalui strategi penghantaran kitab-kitab berikut ke masjid-masjid antaranya:1. Meniti Titian Kebenaran: Menyingkap Kebenaran Mazhab Rasul

dan Ahlul Bait2. Inilah Khulafa Ar Rasyidin3. Akhirnya Ku Temui Kebenaran4. Dialog mengenai Islam dan Akidah Islam Yang Sebenar5. Benarkah Salafi Wahabi Pemusnah Islam dan Pembunuh Umatnya6. Kewajipan Setiap Muslim Mentaati Kepimpinan Yang Dilantik Allah

dan Rasul Demi Perpaduan dan kejayaan Dunia dan Akhirat7. Perpaduan Islam Sumber Kekuatan Ummah, Cela-mencela

Merungkai Perpaduan8. Aqidah Syiah Yang Dicemuh oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah

Khususnya As-Salafi9. Memorandum Majlis Syiah Malaysia bertarikh 6 Jun 2011

Sumber: JAKIM