4 Langkah Bebas Hutang _ Wahi Abd Rashid

6
 12/29/13 4 LANGKAH BEBAS HUTANG | Wahi Abd Rashi d w ahiabdrashid.com/683/4- l angkah-bebas-hutang/ 1/6 Tweet 0 157 Like  0 4 LANGKAH BEBAS HUTANG November 20, 2013 9:16 am / 13 Com ments / a dmin Sekirany a berm anfaat, Kongsikan  Art ikel  Ini ..  Assa lamualai kum Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini. Sejak kebelakangan ini hampir setiap hari saya menerima email dan mesej yang meminta nasihat bagaimana untuk keluar daripada masalah kewangan dan hutang. Soalan-soalan yang diterima m enimbulkan tanda tany a kepada s aya. Apakah jawapan terbaik yang boleh saya berikan? Saya yakin setiap orang mempunyai masalah kewangan yang berbeza. Jadi cara  penyelesaian masalah juga mungkin berbeza. CARI Search  PERCUMA Ebook Panduan Bisnes Kereta Sewa Nama: Email: Dapatkan Sekarang! Saya menghormati privasi anda FACEBOOK Wahi Abd Ras hid You like this. You and 1,435 others like Wahi Abd Rashid. Facebook social plugin EBOOK : RAHSIA PINJAMAN RUMAH Share  Ads not by this site Tentang Saya Penerbitan Pembeli an Kerjasama Video Hubungi

description

lk

Transcript of 4 Langkah Bebas Hutang _ Wahi Abd Rashid

  • 12/29/13 4 LANGKAH BEBAS HUTANG | Wahi Abd Rashid

    wahiabdrashid.com/683/4-langkah-bebas-hutang/ 1/6

    Tweet 0 157Like 0 StumbleUpon

    4 LANGKAH BEBAS HUTANG

    November 20, 2013 9:16 am / 13 Comments / admin

    Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini ..

    Assalamualaikum

    Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini. Sejak kebelakangan ini hampir setiap hari saya

    menerima email dan mesej yang meminta nasihat bagaimana untuk keluar daripada masalah kewangan dan

    hutang.

    Soalan-soalan yang diterima menimbulkan tanda tanya kepada saya. Apakah jawapan terbaik yang boleh saya

    berikan? Saya yakin setiap orang mempunyai masalah kewangan yang berbeza. Jadi cara penyelesaian

    masalah juga mungkin berbeza.

    CARI

    Search

    PERCUMAEbook Panduan Bisnes

    Kereta Sewa

    Nama:

    Email:

    Dapatkan Sekarang!

    Saya menghormati privasi anda

    FACEBOOK

    Wahi Abd Rashid

    You like this.

    You and 1,435 others like Wahi Abd Rashid.

    Facebook social plugin

    Like

    EBOOK : RAHSIA PINJAMANRUMAH

    Share

    Ads not by this site

    Tentang Saya Penerbitan Pembelian Kerjasama Video Hubungi

  • 12/29/13 4 LANGKAH BEBAS HUTANG | Wahi Abd Rashid

    wahiabdrashid.com/683/4-langkah-bebas-hutang/ 2/6

    Sungguhpun begitu, daripada kes-kes yang saya terima ada 4 langkah penting yang ramai yang terlepas

    pandang. Justeru izinkan saya berkongsi 4 Langkah penting yang perlu dilakukan sekiranya anda ingin bebas

    daripada masalah kewangan dan hutang. Langkah-langkah ini memang 100% daripada pengalaman saya

    sendiri dan Insya Allah ianya berkesan.

    LANGKAH 1 : BERSYUKUR

    Langkah ini merupakan langkah yang paling penting dan selalu tidak dipedulikan. Saya sendiri tersedar selepas

    menghadiri seminar keusahawanan anjuran Dr Azizan Osman. Di dalam seminar berkenaan penceramah ada

    menerangkan tentang pentingnya kita bersyukur. Beliau membacakan sebaris ayat di dalam Al Quran yang

    bermaksud seperti berikut;

    Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku

    akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu

    amatlah keras.

    Surah Ibrahim : 7

    Di dalam ayat berkenaan, Allah SWT telah berfirman, sekiranya kita bersyukur, maka Dia akan tambahkan

    nikmatNya kepada kita, dan sekiranya kita kufur, maka Dia akan membalas dengan azab yang amat keras.

    Pulang Dari Seminar

    Setelah pulang daripada seminar berkenaan, saya sentiasa teringatkan kata-kata penceramah berkenaan.

    Mungkin silap saya kerana tidak mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT. Justeru selepas solat saya telah

    mengubah doa daripada doa A kepada doa B. Untuk makluman anda doa A adalah doa yang saya amalkan

    sebelum menghadiri seminar Dr Azizan Osman dan Doa B adalah doa yang saya amalkan pada hari ini.

    Jadual 1 : Doa selepas solat

    DOA A (DAHULU) DOA B (SEKARANG)

    1. Ampunkan dosa

    2. Bersihkan hati

    3. Kekalkan iman

    4. Permudahkan tugas

    5. Murahkan rezeki

    6. Berikan kesihatan

    7. Bimbing anak menjadi soleh

    8. Kabulkan doa

    1. Bersukur dengan segala kurniaan Allah SWT

    2. Ampunkan dosa

    3. Bersihkan hati

    4. Kekalkan iman

    5. Permudahkan tugas

    6. Murahkan rezeki

    7. Berikan kesihatan

    8. Bimbing anak menjadi soleh

    9. Berikan kekayaan dunia dan akhirat

    10. Ampunkan dosa kedua ibu-bapa

    11. Kabulkan doa

    Alhamdulillah, setelah mengamalkan doa B, ternyata rezeki saya banyak berubah. Rezeki mula datang

    mencurah-curah lebih banyak daripada sebelumnya. Ianya datang dalam pelbagai bentuk. Ada dalam bentuk

    peluang perniagaan, idea bisnes, peningkatan jualan, kerjasama perniagaan dan bermacam lagi. Segala-

    galanya sangat menakjubkan dan sukar dijelaskan dengan kata-kata.

    Siapakah Pemilik Rezeki?

    Apa yang berlaku kepada saya mungkin sama seperti yang diterangkan oleh penulis buku Mudahnya Menjemput

    Rezeki Ustaz Fathuri Salehuddin. Beliau menerangkan bahawa rezeki ini umpama sekumpulan semut. Sekiranya

    kita meletakkan gula di satu tempat, maka kumpulan semut pasti akan datang mengerumuninya. Pendek kata

    sekiranya kita berikan apa yang semut mahu, maka ia akan datang dengan sendirinya.

    Begitu juga rezeki, siapakah pemilik rezeki? Jawapannya pasti Allah SWT. Jadi sekiranya kita memberikan apa

    yang Allah SWT mahu, maka Allah SWT akan mengurniakan rezekiNya tanpa henti.

    BUKU : RAHSIA PINJAMAN

    BUKU : HIJRAH MENJADIUSAHAWAN

    DVD : BISNES KERETA SEWA

    MENU

    Hubungi

    Kerjasama

    Licensing Bisnes Kereta Sewa

  • 12/29/13 4 LANGKAH BEBAS HUTANG | Wahi Abd Rashid

    wahiabdrashid.com/683/4-langkah-bebas-hutang/ 3/6

    Tahukah anda apa yang Allah SWT mahu? Ya pastinya Allah SWT mahu kita menurut segala perintahNya dan

    meninggalkan laranganNya. Justeru marilah kita menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan

    LaranganNya (peringatan untuk diri saya juga). Sebagai tambahan, cuba amalkan perkara-perkara berikut untuk

    membuka pintu rezeki seluas-luasnya.

    1. Baca Al Quran dan fahami maknanya

    2. Solat tahajjud, solat dhuha.

    3. Bergaul dengan orang baik-baik dan soleh

    4. Perbanyakkan berpuasa.

    5. Perbanyakkan berzikir.

    Mintalah Secara Spesifik

    Allah SWT itu maha pemurah. Dia akan berikan apa yang kita minta. Di dalam doa A, saya meminta di murahkan

    rezeki. Alhamdulillah rezeki saya memang murah. Walau bagaimanapun rezeki ini wujud di dalam pelbagai

    bentuk. Udara yang kita hirup juga adalah rezeki.

    Jadi sekiranya saya mahu kaya wang ringgit maka saya saya perlu berdoa dengan lebih spesifik. Di dalam doa

    B, saya berdoa semoga dikurniakan kekayaan dunia dan akhirat. Semenjak itu, nasib saya semakin berubah,

    jumlah pendapatan syarikat mula melonjak-lonjak naik. Wang mula masuk tidak kira masa, samada saya tidur

    atau celik.

    Kesilapan saya dahulu adalah meminta sesuatu secara tidak spesifik. Ia umpama saya meminta sesuatu

    daripada anda tanpa menyatakan apa yang saya mahu. Contohnya saya mahu anda membantu saya, tetapi saya

    tidak menyatakan bantu dari segi apa. Ia mungkin bantuan wang ringgit, tenaga, buah fikiran, masa dan

    sebagainya. Jadi sekiranya anda ingin meminta sesuatu dari Allah SWT, maka mintalah secara spesifik. Insya

    Allah anda akan dapat apa yang anda minta.

    LANGKAH 2 : BELAJAR ILMU UNTUK TERIMA REZEKI

    Setelah mengamalkan langkah 1, ternyata rezeki saya datang mencurah-curah. Walau bagaimanapun saya perlu

    ada ilmu untuk menerima rezeki yang dikurniakan. Ia bukannya turun dari langit dan saya hanya mengutipnya.

    Sebagai contoh, saya menerima berpuluh-puluh permintaan daripada individu dan syarikat yang mahu melabur

    di dalam syarikat saya. Jumlahnya bernilai jutaan ringgit. Ianya satu rezeki yang tidak disangka-sangka.

    Walau bagaimanapun saya perlu ada ilmu bagaimana hendak menguruskan rezeki yang diberikan. Saya perlu

    tahu bagaimana hendak mengambilnya, menguruskannya dan menggandakannya.

    Ianya bukan perkara mudah dan saya perlu belajar semuanya dari A hingga Z. Sekiranya saya hanya duduk

    berdoa dan berharap sahaja, ia mungkin tidak berguna walaupun rezeki itu ada di depan mata. Dengan sedikit

    ilmu yang ada, maka saya dapat menukar peluang yang ada dalam bentuk perniagaan yang menjana

    keuntungan.

    LANGKAH 3 : BELAJAR URUS REZEKI

    Seterusnya setelah anda tahu bagaimana hendak menukar rezeki yang datang kepada perniagaan yang

    menjana keuntungan, maka anda perlu tahu bagaimana hendak mengembangkannya.

    Sebagai contoh, selepas saya menerima pelaburan di dalam perniagaan kereta sewa, maka saya perlu

    menggunakan keuntungan berkenaan untuk mengembangkan lagi perniagaan saya. Saya perlu membuka lebih

    banyak cawangan hingga ke luar negara.

    Selain itu saya perlu belajar bagaimana mengembangkan perniagaan dengan melabur di dalam beberapa

    portfolio perniagaan lain seperti hartanah, syarikat penerbitan, pembelian saham dan sebagainya.

    Semua itu menuntut saya untuk terus belajar dan belajar tanpa henti. Sekiranya saya bersikap sombong dan

    tidak mahu belajar maka perniagaan saya tidak akan ke mana. Jadi sekiranya anda ingin hidup kaya raya, maka

    anda perlu merendah diri dan sentiasa ada perasaan ingin belajar. Bacalah buku, pergi seminar, bergaul

    dengan orang yang sudah berjaya dan dapatkan mentor untuk memberi bimbingan.

    LANGKAH 4 : KONGSI REZEKI

    Di dalam buku tulisan seorang usahawan terkenal, Robert Kiyosaki bertajuk Retire Rich, Retire Young. Beliau

    mengatakan bahawa sekiranya anda ingin hidup kaya raya maka anda perlu banyak memberi. Semakin banyak

    anda beri maka rezeki akan datang lebih banyak lagi.

    Masalah dengan orang yang menghadapi masalah kewangan dan hutang yang teruk biasanya adalah

    disebabkan mereka kurang memberi. Mereka sentiasa memikirkan apa yang mereka boleh dapat dan tidak

    memikirkan apa yang mereka boleh beri. Contohnya apabila mereka bekerja, mereka sentiasa berkira dengan

    kerja yang dilakukan. Setiap tahun mereka sentiasa meminta dinaikkan gaji. Jarang ada pekerja yang berfikiran

    bagaimana mahu membantu meningkatkan keuntungan syarikat tanpa memikirkan imbuhan yang mereka bakal

    terima.

    Di dalam perniagaan, saya cuba memberi sebanyak yang mungkin. Pemberian boleh jadi di dalam pelbagai

    bentuk. Ianya mungkin dalam bentuk zakat, sedekah, perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan, bayaran

    gaji dan bonus kepada kakitangan, keuntungan kepada rakan niaga dan pelabur. dan juga ilmu kepada mereka

    yang berminat ingin mengikut jejak langkah saya.

    Pajakan Kereta Sewa

    Pembelian

    Penerbitan

    Buku : Hijrah Menjadi Usahawan

    Buku : Rahsia Senang Mendapat

    Pinjaman

    DVD : Panduan Bisnes Kereta Sewa

    (Premium)

    Ebook : Rahsia Pinjaman Rumah

    Tentang Saya

    Video

    Bebas Hutang

    Part 1

    Bisnes Kereta Sewa

    Pajak Kereta Dapat Rumah

    Rahsia Pinjaman

    CAWANGAN KERETA SEWA

    Bintulu

    Johor

    Kelantan

    Kota Kinabalu

    Kuala Lumpur

    Kuantan

    Kuching

    Langkawi

    Melaka

    Miri

    Perak

    Pulau Pinang

    Selangor

    Sibu

    Terengganu

    POS TERKINI

    TERIMA KASIH

    BAGAIMANA MENGEMBANGKAN BISNES

    KERETA SEWA?

    4 LANGKAH BEBAS HUTANG

    GAJI CIPUT, NAK BELI HARTANAH RM2.5

    JUTA?

    BAGAIMANA BUAT KERJA SIKIT TAPI DAPAT

    DUIT BANYAK?

    TOPIK

    Bisnes Kereta Sewa (12)

    Hijrah Menjadi Usahawan (12)

    Pelaburan Hartanah (1)

    Rahsia Pinjaman (12)

    KOMEN TERKINI

    admin on DVD : Panduan Bisnes Kereta

  • 12/29/13 4 LANGKAH BEBAS HUTANG | Wahi Abd Rashid

    wahiabdrashid.com/683/4-langkah-bebas-hutang/ 4/6

    Tweet 0 157Like 0StumbleUpon

    Saya yakin sekiranya saya banyak berkongsi rezeki, maka saya akan menerima lebih banyak rezeki lagi. Insya

    Allah.

    PENUTUP

    Itu merupakan antara 4 langkah yang perlu anda lakukan sekiranya ingin keluar daripada masalah kewangan

    dan hutang. Saya ulangi sekali langkah-langkah berkenaan.

    1. Bersyukur

    2. Belajar ilmu untuk terima rezeki

    3. Belajar urus rezeki

    4. Kongsi rezeki

    Saya selalu menerima soalan bagaimana hendak mendapatkan lebih banyak pinjaman bagi menyelesaikan

    masalah kewangan dan hutang yang dihadapi. Pada pendapat saya, sebanyak mana sekalipun wang yang

    mereka terima, masalah kewangan mereka tidak akan selesai selagi mereka tidak melakukan 4 langkah di atas.

    Selagi mereka tidak faham bagaimana wang bekerja, selagi itulah mereka akan terus mengalami masalah

    kewangan sampai bila-bila. Wallahualam.

    Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

    Posted in: Hijrah Menjadi Usahaw an, Rahsia Pinjaman

    13 Thoughts on 4 LANGKAH BEBAS HUTANG

    Tq Tuan..

    Reply

    perkongsian yang sungguh bermanfaatsemua orang islam khususnya perlu ada keempat-empat

    perkara ni.

    Reply

    Syukur atas peluang Allah berikan untuk menimba ilmu ini.

    Terima kasih dan tahniah kepada Wahi merupakan exschoolmate yang berjaya sebagai usahawan yang

    berjaya kini.

    insyaallah mudah mudah ilmu yg dipelajari dipraktikkan dalam kehidupan

    Reply

    terima kasih berkongsi pengalaman dan pengetahuan sebagai panduan. Semoga lebih ramai lagi

    usahawan bangsa kita berjaya seperti tuan.

    Reply

    Terima kasih tuan,

    info yg sangat bermanfaat.

    Sewa (Premium)

    atiqah on DVD : Panduan Bisnes Kereta

    Sewa (Premium)

    admin on BAGAIMANA MENGEMBANGKAN

    BISNES KERETA SEWA?

    Mohd Hafiq on BAGAIMANA

    MENGEMBANGKAN BISNES KERETA SEWA?

    Amy on BAGAIMANA MENGEMBANGKAN

    BISNES KERETA SEWA?

    PELAWAT

    > CD AUDIO MP3 PERCUMA

    Share

    amir

    on November 20, 2013 at 10:14 am said:

    faris omar

    on November 20, 2013 at 10:23 am said:

    NUR FADHLINA MOHD ARIFFIN

    on November 20, 2013 at 11:04 am said:

    radziah ismail

    on November 20, 2013 at 9:25 pm said:

    AHAMAD SHAMRI BAHAROM

    on November 21, 2013 at 8:33 am said:

  • 12/29/13 4 LANGKAH BEBAS HUTANG | Wahi Abd Rashid

    wahiabdrashid.com/683/4-langkah-bebas-hutang/ 5/6

    Reply

    Salam, En. Wahi.

    Terima kasih atas perkongsian tuan yang begitu menginsafkan. Allah sememangnya Maha Mengetahui

    malah Dia tahu apa yang kita inginkan. Cuma kadangkala Allah ingin menguji sejauh mana kesungguhan

    & keikhlasan kita dalam memohon pertolonganNya. Wallahu alam.

    Reply

    salam.. saya memerlukan tios dari masa ke semasa.. in shaa allah akan mula practice..TQ..:-)

    Reply

    Apa yg saya dapat dr pembacaan diatas ialah mengamalkn doa yg spesifik dan lakukan 4 langkah

    tersebut tqvm

    Reply

    Terbaik tuan..terima kasih.

    Reply

    Alhamdulillah, sungguh bermanfaat perkongsian tuan terutama tentang bab penukaran skrip dan isi doa,

    saya share ya artikel ini di FB

    Reply

    Alhamdulillah..silakan tuan

    Reply

    Alhamdulillah terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu semoga Allah memberi rahmat.

    Reply

    Alhamdulillah

    Reply

    Omar

    on November 21, 2013 at 12:07 pm said:

    Ahmad Farid Bin Ahmad Nordin

    on November 21, 2013 at 9:06 pm said:

    noriza

    on November 21, 2013 at 11:14 pm said:

    zainil

    on November 23, 2013 at 11:52 pm said:

    Safwan Seth

    on November 26, 2013 at 9:58 am said:

    admin

    on December 5, 2013 at 7:12 am said:

    zanariah selamat

    on November 27, 2013 at 5:43 am said:

    admin

    on December 5, 2013 at 7:12 am said:

  • 12/29/13 4 LANGKAH BEBAS HUTANG | Wahi Abd Rashid

    wahiabdrashid.com/683/4-langkah-bebas-hutang/ 6/6

    Previous Post Next Post

    Copyright 2013 - Wahi Abd Rashid Canyon Theme by DesignCanyon WordPress

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Post Comment

    Sign up to our newsletter!

    Name

    *

    Email

    *

    Website

    Ads not by this site