4. meeting ajk MPM FEP 14

2
MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI KE-4 MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN 2014 (MPMFEP’14) Tarikh : 26 Mac 2014 (Rabu) Masa : 8.00 malam 11.00 malam Tempat : Dewan Kuliah 2 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Agenda : Bil Agenda Catatan / Tindakan 1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatehah dan ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Program Saudara Mufaddal bin Mustansir Ketua Pengarah 2. Ketua Pengarah Program memaklumkan bahawa telah berlaku penukaran tempat dan juga tema program. Tempat dan tema baru adalah seperti berikut: Tempat: Bangi Golf Resort Tema : “Business Casual” Ahli Jawatankuasa 3. Ketua Pengarah telah meminta kesemua unit untuk mengemas kini gerak kerja setiap unit memandangkan tempat dan juga tema terpaksa ditukar. Ahli Jawatankuasa 4. Ketua Pengarah menyarankan agar setiap unit menyenaraikan masalah yang timbul dan tindakan selanjutnya yang perlu diambil oleh setiap unit. Penyenaraian masalah ini hendaklah dikemukakan semasa perjumpaan yang seterusnya. Tujuan penyenaraian masalah ini adalah bagi memudahkan setiap Unit untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian masalah bersama dengan Ahli Majlis Tertinggi Program serta Unit yang lain. Setiap Unit 5. Timbalan Pengarah 2 dan Timbalan Setiausaha telah ditugaskan untuk berhubung dengan pihak Bangi Golf Resort bagi segala urusan yang melibatkan program. Timbalan Pengarah 2 & Timbalan Setiausaha 6. Unit Protokol telah diminta untuk mendapatkan : 1) Perasmi 2) Pembaca Doa 3) Mencari Pengerusi Majlis 4) Menyediakan teks ucapan perasmi, ketua pengarah, dan pengerusi majlis 5) Menyediakan stage manager, pengiring (usher) Unit Protokol

Transcript of 4. meeting ajk MPM FEP 14

Page 1: 4. meeting ajk MPM FEP 14

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI KE-4

MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

2014 (MPMFEP’14)

Tarikh : 26 Mac 2014 (Rabu)

Masa : 8.00 malam – 11.00 malam

Tempat : Dewan Kuliah 2 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Agenda :

Bil Agenda Catatan / Tindakan

1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatehah dan

ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Program Saudara

Mufaddal bin Mustansir

Ketua Pengarah

2. Ketua Pengarah Program memaklumkan bahawa telah

berlaku penukaran tempat dan juga tema program.

Tempat dan tema baru adalah seperti berikut:

Tempat: Bangi Golf Resort

Tema : “Business Casual”

Ahli Jawatankuasa

3. Ketua Pengarah telah meminta kesemua unit untuk

mengemas kini gerak kerja setiap unit memandangkan

tempat dan juga tema terpaksa ditukar.

Ahli Jawatankuasa

4. Ketua Pengarah menyarankan agar setiap unit

menyenaraikan masalah yang timbul dan tindakan

selanjutnya yang perlu diambil oleh setiap unit.

Penyenaraian masalah ini hendaklah dikemukakan

semasa perjumpaan yang seterusnya. Tujuan

penyenaraian masalah ini adalah bagi memudahkan

setiap Unit untuk berbincang dan mencari jalan

penyelesaian masalah bersama dengan Ahli Majlis

Tertinggi Program serta Unit yang lain.

Setiap Unit

5. Timbalan Pengarah 2 dan Timbalan Setiausaha telah

ditugaskan untuk berhubung dengan pihak Bangi Golf

Resort bagi segala urusan yang melibatkan program.

Timbalan Pengarah 2 &

Timbalan Setiausaha

6. Unit Protokol telah diminta untuk mendapatkan :

1) Perasmi

2) Pembaca Doa

3) Mencari Pengerusi Majlis

4) Menyediakan teks ucapan perasmi, ketua

pengarah, dan pengerusi majlis

5) Menyediakan stage manager, pengiring (usher)

Unit Protokol

Page 2: 4. meeting ajk MPM FEP 14

dan runner.

7. Setiausaha turut mengingatkan bahawa segala surat

akan dikeluarkan dan dibuat atas permintaan setiap

Ahli Jawatankuasa dan sekiranya ada keperluan.

Setiausaha

8. Terdapat Ketua Unit yang memaklumkan bahawa

terdapat Ahli Jawatankuasa yang ingin menarik diri

serta terdapat Ahli Jawatankuasa yang tidak

menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.

Setiausaha telah ditugaskan untuk memberikan mesej

kepada setiap Ahli Jawatankuasa untuk mendapatkan

pengesahan mereka sama ada ingin terus kekal

menjadi Ahli Jawatankuasa Program ataupun tidak.

Setiausaha & Ketua Setiap

Unit

9. Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan Tasbih

Kifarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh,

NURUL MAWADDAH BINTI MD SALIM

Setiausaha

Majlis Penghargaan Mahasiswa

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Disemak oleh,

MUFADDAL BIN MUSTANSIR

Ketua Pengarah

Program Majlis Penghargaan Mahasisiwa

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2014

Universiti Kebangsaan Malaysia