4. PENDAHULUAN

1
1 EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015 PENDAHULUAN Mata pelajaran EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak merupakan satu mata pelajaran yang penting diajarkan untuk semua guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kerja kursus ini dapat membantu saya dalam mengurus pembelajaran agar boleh belajar dengan berkesan. Saya juga akan menguruskan pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran dan pengurusan masa apabila bergelar guru kelak. Dalam kursus ini saya akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang bimbingan dan kaunseling khususnya di sekolah rendah. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan bagi mencapau hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan memperkembangkan sumber manusia secara optimum di peringkat sekolah lagi. Oleh yang demikian, program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah telah dirancang dan dilaksanakan agar dapat melahirkan kanak-kanak yang cemerlang secara holistik, berupaya merealisasikan keperluan dna matlamat diri demi kepentingan keluarga, masyarakat dan negara. Antara objektif kerja kursus ini termasuklah: 1. Menjelaskan konsep, matlamat, keperluan dan jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah rendah. 2. Mengenalpasti peranan guru kaunseling dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Membezakan peranan guru biasa dengan kaunseling dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Oleh itu, penerapan elemen-elemen ilmu dan kemahiran dalam kerja kursus ini diharapkan dapat melahirkan warga pendidik bukan sahaja berfikiran kritis dan kreatif, bahkan juga dapat membina budaya mengkaji, menyelidik, dan mencipta yang kemudiannya akan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

description

g

Transcript of 4. PENDAHULUAN

EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak2015

PENDAHULUAN Mata pelajaran EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak merupakan satu mata pelajaran yang penting diajarkan untuk semua guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kerja kursus ini dapat membantu saya dalam mengurus pembelajaran agar boleh belajar dengan berkesan. Saya juga akan menguruskan pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran dan pengurusan masa apabila bergelar guru kelak. Dalam kursus ini saya akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang bimbingan dan kaunseling khususnya di sekolah rendah. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan bagi mencapau hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan memperkembangkan sumber manusia secara optimum di peringkat sekolah lagi. Oleh yang demikian, program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah telah dirancang dan dilaksanakan agar dapat melahirkan kanak-kanak yang cemerlang secara holistik, berupaya merealisasikan keperluan dna matlamat diri demi kepentingan keluarga, masyarakat dan negara. Antara objektif kerja kursus ini termasuklah:1. Menjelaskan konsep, matlamat, keperluan dan jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah rendah.2. Mengenalpasti peranan guru kaunseling dalam proses pengajaran dan pembelajaran.3. Membezakan peranan guru biasa dengan kaunseling dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Oleh itu, penerapan elemen-elemen ilmu dan kemahiran dalam kerja kursus ini diharapkan dapat melahirkan warga pendidik bukan sahaja berfikiran kritis dan kreatif, bahkan juga dapat membina budaya mengkaji, menyelidik, dan mencipta yang kemudiannya akan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.