4. Rph Nilai Kasih Sayang 60 Minit

8
MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 PENGENALAN Nilai KASIH SAYANG adalah Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang. Nilai KASIH SAYANG ini juga dapat melahirkan generasi yang bersikap sayang terhadap anggota dalam masyarakat setempat, mengelakkan perselisihan faham antara kaum, menjamin keharmonian hidup bermasyarakat dan menjamin hubungan baik antara kaum. Nilai ini juga selaras dengan hasrat merealisasikan konsep 1Malaysia di samping memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 7. KASIH SAYANG Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. 7.1 Menyayangi masyarakat setempat Pada akhir pelajaran, murid dapat: 7.1.1 Menghuraikan cara menyayangi masyarakat setempat 7.1.2 Menerangkan kepentingan menyayangi masyarakat setempat 7.1.3 Menceritakan perasaan apabila menyayangi masyarakat setempat 7.1.4 Mempraktikkan budaya menyayangi masyarakat setempat TOLERANSI

description

p.moral

Transcript of 4. Rph Nilai Kasih Sayang 60 Minit

MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

PENGENALAN

Nilai KASIH SAYANG adalah Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang. Nilai KASIH SAYANG ini juga dapat melahirkan generasi yang bersikap sayang terhadap anggota dalam masyarakat setempat, mengelakkan perselisihan faham antara kaum, menjamin keharmonian hidup bermasyarakat dan menjamin hubungan baik antara kaum. Nilai ini juga selaras dengan hasrat merealisasikan konsep 1Malaysia di samping memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN

7. KASIH SAYANGKepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.7.1 Menyayangi masyarakat setempat Pada akhir pelajaran, murid dapat:

7.1.1 Menghuraikan cara menyayangi

masyarakat setempat7.1.2 Menerangkan kepentingan menyayangi masyarakat setempat7.1.3 Menceritakan perasaan apabila

menyayangi masyarakat setempat7.1.4 Mempraktikkan budaya menyayangi

masyarakat setempat

AKTIVITI 1 Mata Pelajaran / Kelas : Pendidikan Moral / Tahun 5

Nilai / Tajuk

: Kasih Sayang / Saya Sayangi Orang TuaMasa

: 60 minitStandard Pembelajaran : 7.1.1, 7.1.2, 7.1.3Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:i) Memberikan dan menghuraikan 3 cara menyayangi orang tua di rumah orang tua.ii) Menyatakan 3 kepentingan menyayangi orang tua.iii) Menceritakan perasaan menyayangi orang tua.EMK

: i) Kreativiti menjana idea, sumbang saran Bahan Bantu Belajar : video klip, kad situasi Penilaian P dan P

: Lembaran kerja.

Strategi Pengajaran:

Langkah Pengajaran

Set Induksi

i. Guru menayangkan video klip tentang lawatan ke rumah orang tua. http://www.youtube.com/watch?v=4lC0gCg0GAgii. Murid menonton video kilp tersebut.

Langkah 1

i. Murid duduk dalam kumpulan, bincangkan cara-cara menyayangi orang tua yang ditonton oleh mereka dalam video klip. ii. Murid-murid menyenaraikan cara-cara menyayangi orang tua di dalam lembaran kerja yang disediakan.

iii. Ketua kumpulan membentangkan perbincangan mereka di depan rakan.

Langkah 2

i. Guru meminta murid menyediakan satu peta bulatan yang mencatatkan kepentingan menyayangi orang tua.

ii. Sesi soal jawab tentang hasil murid.

Langkah 3

i. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.ii. Murid mencabut undi untuk memilih kad yang menunjukkan cara seperti menyuap, menyikat rambut, mengetip kuku dan sebagainya. (Lampiran 2)iii. Murid dikehendaki melakonkan cara menyayangi orang tua di rumah orang tua.iv. Murid berlakon di hadapan kelas.

v. Selepas berlakon, murid dikehendaki mengulaskan sikap kasih sayang di dalam lakonan mereka supaya boleh dijadikan amalan seharian.

Aktiviti Penilaian

i. Murid memberi jawapan dan berkongsi pengalaman.

ii. Murid diminta menjelaskan perasaan apabila kasih sayang dalam masyarakat setempat.iii. Murid mengaplikasi nilai kasih sayang dalam lakonan.

Aktiviti Pemulihan

i. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid ( Lampiran 3 ).ii. Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan.

Aktiviti Pengayaan

i. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid ( Lampiran 4 ).ii. Murid menulis tindakan yang sepatutnya dilakukan apabila menghadapi situasi yang diberikan.

Penutup

i. Guru merumuskan PdP hari ini dengan menekankan kepada nilai kasih sayang.

Refleksi

: i) ______________________________________________________________

______________________________________________________________

ii) ______________________________________________________________

______________________________________________________________

Menyenaraikan cara-cara menyayangi orang tua.1.2.

3.

4.

5.

Nyatakan kepentingan menyayangi orang tua.

TOLERANSI

Kepentingan Menyayangi Orang Tua