4.0 Faktor Kemunculan Tamadun

5
Faktor Kemunculan Tamadun Terdapat banyak faktor utama yang membawa kepada kemunculan sesebuah tamadun. Antara faktor utama tersebut ialah penempatan kekal. Kemunculan tamadun awal sejak 3500 Sebelum Masihi (SM) adalah disebabkan oleh kewujudan penempatan kekal. Penempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun antaranya ialah tamadun Indus (lembah sungai Indus), tamadun Mesir (lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia (lembah Sungai Tigris dan Euphrates) dan tamadun Hwang Ho (Lembah Sungai Hwang Ho / Sungai Kuning). Pada zaman tersebut, wujudnya masyarakat yang bercorak perkampungan di mana manusia dapat berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya mereka dapat menguasai alam persekitaran dengan lebih berkesan. Penempatan kekal ini kemudiannya telah mewujudkan satu urbanisasi iaitu langkah permulaan untuk sesebuah masyarakat menumpukan kepada kegiatan pertanian, penternakan, struktur pemerintahan yang lebih teratur dan berorganisasi serta mempraktikkan ritual-ritual keagamaan yang tersendiri dan mereka mula mendirikan rumah-rumah ibadat. Selain itu, cara kehidupan yang lebih sistematik melalui penempatan kekal ini telah membantu perkembangan sesebuah tamadun sehingga ianya memberi kesan kepada pertambahan jumlah penduduk, sistem sosial, pengkhususan kerja serta pengelasan masyarakat. Dari situ, manusia tidak lagi berpindah-randah kerana mereka kini dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan penempatan mereka. Faktor kedua yang membawa kepada kemunculan tamadun adalah kerana disebabkan oleh eksploitasi terhadap sumber alam seperti sungai. Manusia mula tertarik kepada kesuburan tanah di lembah sungai untuk menjalankan

description

CTU551

Transcript of 4.0 Faktor Kemunculan Tamadun

Page 1: 4.0 Faktor Kemunculan Tamadun

Faktor Kemunculan Tamadun

Terdapat banyak faktor utama yang membawa kepada kemunculan sesebuah tamadun.

Antara faktor utama tersebut ialah penempatan kekal. Kemunculan tamadun awal sejak 3500

Sebelum Masihi (SM) adalah disebabkan oleh kewujudan penempatan kekal. Penempatan awal

yang berkembang menjadi pusat tamadun antaranya ialah tamadun Indus (lembah sungai

Indus), tamadun Mesir (lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia (lembah Sungai Tigris dan

Euphrates) dan tamadun Hwang Ho (Lembah Sungai Hwang Ho / Sungai Kuning). Pada zaman

tersebut, wujudnya masyarakat yang bercorak perkampungan di mana manusia dapat

berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal

supaya mereka dapat menguasai alam persekitaran dengan lebih berkesan.

Penempatan kekal ini kemudiannya telah mewujudkan satu urbanisasi iaitu langkah

permulaan untuk sesebuah masyarakat menumpukan kepada kegiatan pertanian, penternakan,

struktur pemerintahan yang lebih teratur dan berorganisasi serta mempraktikkan ritual-ritual

keagamaan yang tersendiri dan mereka mula mendirikan rumah-rumah ibadat. Selain itu, cara

kehidupan yang lebih sistematik melalui penempatan kekal ini telah membantu perkembangan

sesebuah tamadun sehingga ianya memberi kesan kepada pertambahan jumlah penduduk,

sistem sosial, pengkhususan kerja serta pengelasan masyarakat. Dari situ, manusia tidak lagi

berpindah-randah kerana mereka kini dapat bergantung kepada bekalan makanan yang

dihasilkan di sekitar kawasan penempatan mereka.

Faktor kedua yang membawa kepada kemunculan tamadun adalah kerana disebabkan

oleh eksploitasi terhadap sumber alam seperti sungai. Manusia mula tertarik kepada

kesuburan tanah di lembah sungai untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan.

Sebagai contoh, proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir

menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-

besaran. Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun besar awal terletak di tebing-tebing sungai

besar seperti Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Indus dan Hwang Ho. Secara umumnya, tanah

di lembah sungai adalah lebih subur, dan boleh dikatakan bahawa setiap tahun sungai-sungai

ini akan mengaliri daratan-daratan di sekitarnya dan membentuk satu lapisan tanah yang kaya

dengan hasil galian. Misalnya, Lembah Tigris-Eupharates dan Lembah Sungai Nil yang memiliki

tanah lanar.

Page 2: 4.0 Faktor Kemunculan Tamadun

Pembentukan tanah subur di Lembah Hwang Ho pula berbeza sedikit, dimana tanahnya

lebih halus dan dipanggil sebagai "loess" yang dimendapkan oleh angin-angin yang kencang.

Kawasan-kawasan di tebing sungai amat sesuai untuk bercucuk tanam. Setelah itu, lebihan

makanan turut wujud disebabkan oleh teknologi yang bertambah maju. Kawasan lembah sungai

juga mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata. Keadaan ini sesuai untuk membina

petempatan dan telah menarik ramai orang berhijrah ke kawasan lembah. Sungai yang

menghubungkan petempatan di kawasan hilir dengan kawasan hulu merupakan satu cara

pengangkutan yang mudah. Pedagang-pedagang menggunakannya untuk menghantar

barang-barang ke kawasan-kawasan lain. Hal ini telah menggalakkan kemunculan tamadun di

kawasan lembah.

Faktor seterusnya yang membawa kepada kemunculan sesebuah tamadun

adalah agama dan kepercayaan. Ajaran keagamaan dan amalan kerohanian dalam kehidupan

seharian sesebuah masyarakat telah mendorong setiap daripada mereka untuk menghayati

dan mengamalkan nilai-nilai kehidupan yang lebih tulus dan suci sehingga ia mewujudkan satu

kehidupan yang lebih bertamadun. Ianya telah membantu manusia untuk akur dengan

hukum-hukum tuhan yang berkaitan dengan alam disekeliling mereka. Seterusnya kehidupan

manusia lebih memberikan penekanan kepada nilai-nilai agama dan kepercayaan yang

mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah untuk pertanian.

Sebagai contoh, orang-orang Mesir percaya bahawa tuhan tinggal di Lembah Sungai Nil.

Sesebuah masyarakat yang sentiasa menghayati kehidupan beragama akan selalu

berusaha untuk membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan hidup

sebagai seorang manusia dan seterusnya melahirkan ketinggian budaya. Melalui pembangunan

kehidupan seperti ini, ia telah membawa kepada permulaan kehidupan manusia yang lebih

bertamadun dan salah satu contoh yang dapat dilihat adalah dalam tamadun Islam yang mana

kemunculannya banyak dipengaruhi oleh rangsangan terhadap nilai-nilai penghayatan cara

kehidupan agama Islam yang lebih sempurna. Kedatangan Islam di Semenanjung Tanah Arab

telah mengubah cara hidup masyarakat Arab kepada perpaduan ummah dan sifat keinsanan

yang tinggi.

Faktor lain yang membawa kepada kemunculan sesebuah tamadun ialah kerana

mempunyai iklim yang sesuai serta kedudukan yang strategik. Dengan adanya iklim yang

sesuai, alam sekitar dapat menghasilkan sumber makanan khususnya pertumbuhan tumbuhan.

Page 3: 4.0 Faktor Kemunculan Tamadun

Iklim yang sesuai juga telah menggalakkan tumbuhan dapat bertumbuh dengan subur dan

haiwan juga dapat melakukan pembiakan dalam keadaan yang baik. Oleh itu, habitat haiwan

tidak akan menjadi pupus dan manusia dapat memperolehi sumber makanan yang banyak

daripada binatang dan tumbuhan liar. Tamadun selalunya bermula di kawasan iklim yang

berhawa sederhana, contohnya seperti di Asia Barat yang beriklim kering telah menyebabkan

hutan terbakar lalu menghalang kemunculan tamadun manakala kehidupan angin kering di

Mesir telah menyebabkan tumbuhan bertumbuh dengan cepat seterusnya membawa kepada

kemunculan tamadun.

Manakala kedudukan yang strategik telah mewujudkan penempatan kepada sesebuah

masyarakat dan ianya juga memudahkan mereka untuk memperoleh sumber-sumber

semulajadi bagi menampung kehidupan setiap ahli masyarakatnya. Faktor lokasi seperti ini

yang selalunya merujuk kepada kesesuaian geografi dapat dilihat ketika kemunculan tamadun

China di Lembah Huang-He dan Yang-Tse. Kedudukan yang strategik di lembah sungai telah

membawa kepada kemunculan kedua-dua tamadun tersebut. Contoh lain yang dapat dilihat

ialah pada tamadun Melaka yang mana kemunculannya adalah disebabkan oleh kedudukan

yang strategik dari segi perdagangan dan pelabuhannya yang terlindung dan selamat dari

tiupan angin Monsun.

Satu lagi faktor penyumbang kepada kemunculan sesebuah tamadun dapat dilihat

melalui pengalaman kesengsaraan dan penderitaan hidup yang harus tempuhi dalam

sesebuah masyarakat. Cara kehidupan sesebuah masyarakat yang pernah sengsara dan

menderita mampu mendorong mereka untuk bekerjasama dalam menyumbangkan tenaga bagi

membebaskan diri mereka daripada terus terbelenggu dengan masalah tersebut. Setiap

kesengsaraan dan penderitaan yang terpaksa dilalui oleh mereka menjadikan sesebuah

masyarakat itu lebih berdisiplin dan sentiasa kreatif dalam membangunkan kehidupan seharian

ke arah yang lebih baik seterusnya mewujudkan satu kelompok masyarakat yang jauh lebih

bertamadun dan bermoral tinggi.

Sebagai contoh hal ini boleh dilihat dalam konteks ketamadunan pada zaman moden,

dimana kemunculan negara Jepun sering dikaitkan dengan kesengsaraan dan penderitaan

masyarakatnya yang kalah dalam Perang Dunia Kedua satu ketika dahulu. Walaupun kalah

dalam peperangan tersebut, semangat rakyat Jepun tidak pernah lentur untuk membangunkan

dan memajukan semula negara mereka.

Page 4: 4.0 Faktor Kemunculan Tamadun

Kerjasama dan setiap sumbangan mereka telah terbukti hari ini dimana hasil usaha yang

bersungguh-sungguh satu ketika dahulu telah menjadikan negara Jepun sebagai salah satu

negara yang sangat maju terutamanya dalam bidang sains dan teknologi seterusnya membawa

Jepun muncul sebagai salah satu kuasa terbesar dalam sumbangan terhadap ekonomi dunia.

Negara Jepun menjadi ikon utama dunia dalam ketamadunan moden yang mana kejayaan

diperolehi adalah hasil selepas melalui satu fasa kesengsaraan dan penderitaan dalam

kehidupan.