40216079-keratan-batang (1)

download 40216079-keratan-batang (1)

of 15

Transcript of 40216079-keratan-batang (1)

Berita Transformasi Pertanian Lembaga Pertubuhan Peladang Bil .2/2007 Edisi Februari ASAS PEMBIAKAN TANAMANPada masa kini kebanyakan tanaman dibiakkan dengan berbagai kaedah menggunakan teknologi yang berbeza tetapi melalui asas pembiakan yang sama. Asas pembiakan tanaman yang betul perlu diketahui terlebih dahulu sebelum mengusahakan sesuatu projek pertanian bagi menjamin hasil dan mutu yang dikeluarkan. Terdapat beberapa asas pembiakan tanaman yang boleh dijadikan panduan oleh umum dalam mengusahakan kultura kebunan. Di sini diterangakn asas pembiakan tanaman yang sering dipraktikkan mengikut kesesuaian tanaman tersebut. Pembiakan Biji Benih Tanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan juga tanaman hiasan. Biji benih biasanya mengalami pendebungaan kacuk dan faktor ini tidak menjamin tanaman yang dibiakkan akan menghasilkan anak yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti induknya. Bagi tanaman yang hendak dibiakkan dengan cara ini, pemilihan biji benih perlu dilakukan untuk mendapatkan baka yang tulen. Pemilihan boleh dibuat dengan mengambilkira beberapa faktor seperti berikut:

pokok induk yang sihat buah yang cukup masak dan tiada serangan penyakit dan perosak buah yang normal buah dipertengahan musim dan terletak di bahagian tengah ladang

Pembiakan Vegetatif (Tampang) Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara pembiakan dengan menggunakan bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang, pucuk daun dan rizom. Ia dilakukan bagi tanaman yang tidak mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga. Kaedah pembiakan ini kerap menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan pokok dengan baka tulen. Kaedah ini juga dapat memendekkan tempoh matang di mana pokok mengambil masa lebih pendek untuk berbunga atau berbuah, tetapi tumbesaran tanaman dengan cara ini

adalah terhad. Kaedah keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan bebawang selalu dilakukan, tetapi kajayaan pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan iklim, tanah, air dan juga kemahiran. Keratan batang terbahagi kepada keratan batang keras, sederhana dan lembut. Bahagian tanaman yang sihat serta mempunyai beberapa mata tunas dipilih. Keratan tanaman sepanjang 15-20 cm digunakan. Keratan dipotong serong sedikit di bawah mata tunas atau pangkal ruas. Biasanya daun-daun tanaman dibuang untuk mengelakkan pokok yang disemai kekeringan. Keratan disemai menggunakan media semaian 2:1:1 (dua bahagian tanah, satu bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir). Kaedah ini selalu digunakan bagi membiakkan tanaman hiasan. Keratan pucuk berdaun digunakan bagi tanaman yang berbatang lembut jenis herba dan renek. Keratan rizom digunakan untuk tanaman seperti kunyit dan halia. Semaian yang dilakukan perlu disiram dan diletakkan di tempat redup sehingga tanaman mengeluarkan pucuk. Kaedah tut merupakan cara pembiakan yang biasa digunakan bagi tanaman buah-buahan. Tut melalui proses pembuangan kulit kayu untuk tujuan pengakaran. Kulit ranting atau dahan pokok dengan saiz 1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjang dan dibuang kulitnya. Bahagian yang terdedah disapukan dengan hormon penggalak akar dan ditutupkan dengan tanah campuran. Bahagian tersebut dibalut dengan plastik untuk menghalang kemasukan air dari luar. Media yang digunakan adalah campuran dua bahagian tanah atas dan satu bahagian bahan organik bersama sedikit air. Manakala kaedah cantuman sering digunakan bagi mendapatkan klon pokok yang dikehendaki. Cara ini dapat menjamin baka tulen diperturunkan kepada anak oleh induk. Terdapat berbagai kaedah cantuman seperti mata tunas, cantuman baji dan sanding. Kaedah ini kerap digunakan bagi tanaman buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-lain lagi. Disamping itu, pembiakan dengan kedah belahan rumpun boleh dilakukan bagi pokok yang hidup berumpun. Ia dapat menghasilkan tanaman yang banyak daripada satu induk. Pokok dibelah kepada beberapa belahan yang dikehendaki dan ditanam. Tanaman yang boleh dibiakkan dengan cara kebanyakannya terdiri daripada tanaman hiasan. Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang boleh ditanam terus tanpa perlu disemai. Bahan tanaman dipilih daripada pokok yang sudah tua atau matang. Tanaman yang dibiakkan dengan cara ini antaranya mempunyai peratus hidup yang tinggi. Sayuran jenis

bawang dan beberapa pokok hiasan dibiakkan melalui cara ini. Berbekalkan pengetahuan tentang bahan tanaman, kemahiran dan pengalaman pembiakan pelbagai jenis tanaman boleh dilakukan sendiri yang mampu memberikan kepuasan kepada individu yang menceburi dalam bidang pertanian sama ada sebagai hobi atau kemersial.

1.

Keratan Batang/Sederhana

o

Contoh Tanaman: Hibiscus sp Ambil bahagian dahan yang baru matang; Buat keratan sepanjang 10-20cm dan di sertakan dengan beberapa helai daun; Celup pangkal dahan dengan hormone pengalak akar; Semai keratan di dalam lubang-lubang kecil yang telah di sediakan di atas medium; Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap; Letakkan semaian di tempat yang terlindung; Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan ditepi pasu atau beg politena.

2.

Keratan Batang/Keras

o

Contoh Tanaman: Pokok Simpur Ambil dahan yang mudah mengeluarkan akar iaitu daripada dahan dan batang yang telah lama matang; Buat keratan sepanjang 2m atau lebih; Celup pangkal dahan dengan hormon pengalak akar; Tanam keratan batang keras terus ke dalam beg politena atau pasu; Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap; Letakkan semaian di tempat yang terlindung; Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan ditepi pasu atau beg politena.

1.

Keratan dahan atau batang

o o

Keratan diambil sepanjang 10-15 cm Daun di pangkal dibuang dan pangkal dicelup ke dalam hormon pengakaran Keratan ditanam di dalam medium pengakaran sedalam 2-3 cm keratan hormon pengakaran

2. 3. 4.

Pengeluaran secara plug Sistem plug Menyemai keratan sederhana keras

o5. 6.

Bunga hati berdarah Mengakarkan kayu keras Keratan daun

o

Keratan bahagian daun, urat daun, tangkai daun dan helaian daun Tangkai daun Keratan daun Keratan urat daun Urat daun dipotong

7.

Cantuman tampal Menyediakan pokok penanti Menyediakan mata tunas Menyediakan tunas ke pokok penanti Tampuk tunas Menempel Mengikat Tunas pokok baru Torehan lidah

8.

Cantuman Cantuman dekatan (sandingan) Cantuman belahan 9.

o

Cantuman baji bunga kertas 12456378

10. Tut Untuk pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain Pilih batang yang sesuai Dibalut dengan plastik Tanah tut Tampal tanah tut pada kelaran Buat kelaran 3 cm mengelilingi batang 3 cm Tanah tut 2:1 (tanah peroi: bahan organan 4:3:2 (habuk papan:tanah peroi:bahan organan) Jiffy 7s 11.

o

Mengetut pokok

12. Penanaman

o

Gunakan medium yang sesuai seperti

o o o13.

3:2:1. Campur dengan sedikit baja organan, baja dan kapur

Anak benih di tanam dalam bekas seperti polibeg Sebelum anak benih dicabut, siram terlebih dahulu supaya kerosakan pada akar dapat dikurangkan. Masa pemindahan yang sesuai ialah awal pagi atau lewat petang.

o

Penanaman

14. Terima kasih

SATURDAY, AUGUST 28, 2010

PEMBIAKAN TAMPANG TUMBUHAN

Apakan dia Pembiakan Tampang atauVegetative Propogation ?Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil klon. Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang dibiak 100 tahun dahulu adalah sama dengan yang dibiak sekarang. Di Malaysia industri tanaman pitaya hampir musnah akibat serangan penyakitErwinia kerana anakbenih yang digunakan semuanya dari keratan yang mudah diserang. Artikel ini menulis teknologi mengenai pembiakan tanaman secara tampang berdasarkan pengalaman penulid dan proses pembelajaran dulu. Kebaikan Pembiakan Tampang adalah boleh mendapatkan anak pokok yang seragam (True-to-type) dengan pokok asal atau ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya, pokok cepat berbunga atau berbuah dan kebolehan dibiakkan sepanjang tahun. Selain itu pembiakan tampang boleh dibuat

dengan jumlah yang banyak dalam satu masa serta dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas. Bagaimana pun terdapat beberapa kelemahan atau Keburukan dalam Pembiakan Tampang seperti tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak dengan cara ini. Kadang2 juga berlaku insiden dimana pemindahan penyakit lebih mudah terutama penyakit virus. Kaedah Pembiakan Tampang ini juga memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit.

Jenis-jenis Pembiakan Tampang

Terdapat dua cara dalam perlaksanaan pembiakan tampang di Malaysia iaitu dengan Kaedah Pembiakan Semulajadi danPembiakan Cara Buatan. Kaedah bergantung kepada ini kepada sifat semulajadi tumbuhan tersebut dan kesesuaiannya. Bagi Pembiakan Secara Semula Jadi ada 6 cara iaitu RAYAPAN, SULUR, UMBISI, BEBAWANG, RIZOM, TUBER dan AKAR TUBER. Kaedah Rayapan (stolon) adalah dimana batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secara mendatar di atas permukaan tanah. Contoh: Episcia dan chlorophythum. Kaedah Pembiakan Sulur adalah dimana Anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk. Contohnya kebanyakan jenis Pisang (Ravenala) & Keladi. Pembiakan Cara Umbisiialah menggunakan umbisi semulajadi untuk dijadikan benih seperti Keledek, Sengkuang, Gladiolus, abaca dsb. Pembiakan Kaedah Bebawang (leaf scale) dimana bebawang diambil dan ditanam seperti Bawang Merah, Bawang Putih, Lily, Amaryllis.Pembiakan Kaedah Rizom dimana akar rizom/batang yang menjalar di bawah permukaan tanah tumbuh sebagai pokok baru seperti halia, bunga tasbih, iris, rumput dan kunyit. Pembiakan Cara Tuber seperti tanaman kentang dan keladi dan Pembiakan Kaedah Akar Tuberdimana Akar yang membesar dalam tanah. Mata tunas terdapat pada jemala akar seperti tanaman dahlia, keledek dan gloriosa. Kaedah terbaru iaitu Kaedah Pembahagian (Division

atau Quartering) boleh dilakukan kepada beberapa jenis bahagian tumbuhan tersebut di atas dengan memotongnya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contoh kentang, bebawang. Bagi Kaedah Pembiakan Secara Buatan terdapat 3 cara paling popular dilaksanakan iaitu dengan membiakan tampang cara KERATAN, CANTUMAN dan LENTURAN/ MENGETUT.

1. KERATAN

Kaedah KERATAN dibuat pada daun , batangdan akar. Bagi teknik Keratan Dahan atau batang menggunakan keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana keras dan keratan kayu hijau atau lembut. Caranya ialah dengan memilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit yang panjang keratan anantara 15 - 20cm. Potong pangkal keratan itu secara serong di bawah satu mata tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun dan tentukan sekurangkurangnya ada satu (1) tunas untuk akar dan satu (1) tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan kemudia di siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu. Antara nya seperti jenama SERADIX.

Bagi Teknik Keratan Daun pula dijalankan menggunakan bahagian daun tumbuhan. Tumbuhan ornamental atau bungabungaan banyak yang sesuai dibiak dengan cara ini. Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan keratan helaian daun. Keratan helai daun dibuat dengan mengambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. Akar dan daun baru akan keluar dari sebelah bawah daun. Pokok Begoniaboleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 4cm panjang.

Bagi Teknik Keratan Akar dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kirakira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut. Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir. Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan pembiakan. Penulis pernah membiakan tanaman sukun di kampong dengan banyak untuk diedarkan kepada penduduk kampong di Gersik, Muar, Johor beberapa tahun dulu.

Penjagaan Keratan yang rapi adalah mustahak semasa pengakaran. Sebaiknya keratan jangan diubah-ubah kerana akar-akar baru sangat lembut dan senang patah. Kebersihan kawasan perlu dijaga untuk mengelakan dari jangkitan penyakit. Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula berlaku dan keamatan cahaya dipertingkatkan. Keratan-keratan tadi sedia diubah apabila mengeluarkan akar sekunder. Elakkan akar tercedera semasa mengubah dengan menyiramnya terlebih dahulu sebelum dicungkil. Kemudian tanam di dalam bekas yang mengandungi campuran tanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan beri teduhan selama 7-14 hari.

2. CANTUMAN Cantuman adalah satu kaedah pembiakan tampang yang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan. Kaedah ini berjaya membiakan tanaman buah-buahan terpilih dengan kejayaan yang tinggi. Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan. Nurseri swasta dan Jabatan Pertanian ada menyimpan pokok induk untuk dicantum dan diedarkan kepada petani. Tanaman durian Raja Kunyit atau juga dipanggil Musang King atau D169 contohnya dicantum kerana menerima permintaan yang begitu tinggi pada masa ini di Malaysia. Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis : a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan Cantuman dengan Kaedah Sandingan dijalankan dengan menyandingkan dua anak benih dan mengikis bahagian kambium dikedua-dua batang/dahan anak benih. Rapatkan bahagian tersebut dan ikat dengan 'plastic tape' dengan kuat untuk elakkan air masuk. Biarkan untuk beberapa masa sehingga sandingan melekat. Potong bahagian yang di kehendakki di bawah sandingan dan akar penenti dibahagian atas. b) Cantuman mata tunas

Cantuman menggunakan mata tunas adalah kaedah yang paling lazim digunakan. Tunas dan pokok penanti dipilih dari bahan yang segar, tidak berpenyakit, sesuai dan masa cantuman yang tepat. Beberapa kaedah cantuman mata tunas ialah seperti Kaedah Cantuman 'T' , Kaedah Cantuman Tampal dan Kaedah Cantuman Takuk. Semua kaedah ini boleh dipelajari di pusat-pusat pertanian Jabatan Pertanian di seluruh Malaysia. Kursus jangkapendek boleh dipelajari dengan menjalankan latihan teori dan praktikal. c) Cantuman Belahan Kaedah Cantuman Belahan merupakan satu lagi teknik cantuman yang juga di panggil sebagai 'Cleft Budding'. Teknik ini sesuai untuk dahan atau batang muda dimana pokok penanti dibelah dua dan masukkan 'scion' kedalam belahan dan ikat dengan kuat. Kaedah ini perlukan penjagaan yang lebih diperingkat awal untuk mempastikan gabungan cantuman belahan ini cukup kuat sebelum di alih kedalam polibeg. Kaedah cantuman belahan mempunyai 3 teknik iaitu Teknik Belahan Tepi, Teknik Belahan Rencung dan Teknik Belahan Baji. Pokok Penanti (Stock Plant) Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garispusat) untuk menerima mata tunas. Penyediaan pokok penanti adalah dijalankan awal terutama untuk buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan, limau manis, mangga, manggis, cempedak dan sebagainya. Biji benih yang dikumpul disemai dalam polibeg yang sesuai. Mata tunas (Scion) Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lain-lain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros. Pemilihan mata tunas sangat kritikal dengan kriteria tidak terlalu tua atau tidak terlalu muda. Mata tunas yang hendaak dibawa jauh perlu di balut dengan kertas atau kain basah dan hendaklah di cantum dengan pokok penanti sebaikbaiknya pada hari yang sama. Pengalaman penulis membawa mata tunas tanaman koko pada pertengahan tahun 1980'an untuk program cantuman koko dulu masih segar dalam ingatan. Cara mencantum mata tunas

Kaedah Cantuman tampal imulakan dengan menyediakan pokok penanti kemudian potong dua garisan daripada atas ke bawah iaitu panjang kira-kira 4cm pada batang pokok penanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih. Pemotongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm. Buatkan satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan sama ada kulit itu boleh dikopek. Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkan kulitnya beserta mata tunas. Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit pokok penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm. Antara 20 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu. Kira2 satu minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira 5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum. Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar. Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang. Kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama. c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama. d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata tunas menjadi kering e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur. f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.

3. LENTURAN (Layering)Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup. Terdapat empat jenis lenturan: a) Lenturan Pucuk (tip layerage) b) Lenturan Busut c) Lenturan Peparitan (berbaringan) d) Lenturan udara (tut)

Lenturan udara (tut) Lenturan Udara merupakan teknik yang biasa di buat. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.

Cara-cara mengetut dibuat dengan menyediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran. Gunakan tanah campuran biasa digunakan iaitu 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik. Campur dengan 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahbahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu baja organik. Cara memilih dahan yang sesuai untuk di tut ialah dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga. Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya lcm garis pusat. Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cukup cahaya matahari. Cara mengetut dibuat dengan menyediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab. Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaran yang akan dibuat. Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama. Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu. Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas dan Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah. Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik. Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya. Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik. Benih yang sesuai boleh diubah apabila sesuai digunakan.

Penulisan artikel diatas berdasarkan ingatan penulis ketika belajar di Universiti dulu iaitu subjek yang agak menarik. Kini terdapat lebih 750 Usahawan Nurseri di seluroh Malaysia yang membuat perniagaan pengeluaran benih tanaman. ZAgak-agak berapa juta anak benih keratan, cantuman dan tut yang dikeluarkan oleh mereka dalam setahun?.....Belum ada data yang menunjukkan keperluan dan pengeluaran anak benih di Malaysia yang tepat pada masa kini. Wallahualam.... KERATAN, TUT DAN CANTUMAN....MEMBIAK POKOK... BENIH DIJUAL....ADA YANG TAK ELOK... KALAU BUAT SENDIRI....PASTI TAK DISOROK... BELAJAR MEMBIAK BAKA....KENA SERONOK.....http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/asas_biak.htm http://sainspertanian.wordpress.com/nota-sp/tanaman/genetik/

Pembiakan tumbuhan Hasil pembelajaran :1. Menghuraikan kaedah membiak varieti baru. 2. Dapat melakukan tut dan cantuman tunas. 3. Membandingbeza pembiakan seks dengan pembiakan aseks. 4. Membandingbeza tut dengan cantuman.

Nota Pembiakan(a) (b) Kaedah seks : Kaedah aseks : gunakan biji benih gunakan bahagian tampang Cara : keratan batang, keratan daun, keratan akar, tut, cantuaman, organ penyimpanan, pembahagian rumpun dan kultur tisu.

Kaedah seks

1. 2. 3.

Melibatkan percantuman gamet jantan dan gamet betina melalui proses pendebungaan untuk membentuk embrio Kebaikan menggunakan biji benih ialah mudah dilakukan, biji benih banyak dan kos rendah Dijalankan apabila kaedah aseks sukar dilakukan /tidak ekonomik

Kaedah aseks1. Keratan Cepat dan mudah dilakukan Bahan penanaman seragam Menggunakan bahagian batang, daun dan akar Jenis keratan ; a. Kayu hijau/separa keras dua hingga 6 buku b. kayu keras saiz lebih panjang Tut/markot Kaedah mengakar dahan pada pokok induk Dilakukan pada pokok puding, limau,ciku dll. Kelebihan tut : - bahan genetik sama dengan induk Kelemahan tut : - bilangan bahan tanaman terhad - tidak sesuai dijalankan pada dahan tua - pokok limau yang dibiak melalui tut mudah diserang kanker batang - tiada akar tunjang Cantuman Menyatukan tunas baka dengan pokok penanti membentuk pokok baru Kelebihan : - mempunyai akar tunjang - hasilkan baka baru - banyak mata tunas diperolehi Kelemahan : - perlu kemahiran Contoh pokok : mangga, rambutan getah dll Organ penyimpanan Organ penyimpanan Bebawang Stolon Rizom Umbisi 5. Contoh bawang rumput Bermuda halia keladi, pisang, Gladiolus

2.

3.

4.

Pembahagian rumpun Rumpun dari rizom, stolon atau ubi di potong dan di tanam Contoh : serai, sanseivieria, dracaena, dieffenbachia dll Kultur tisu Kaedah membiak tanaman dalam medium akar yang steril Medium cecair steril air mineral, vitamin, gula, auksin dan sitokinin Pokok yang dihasilkan dinamakan klon Tisu dikultur dinamakan kalus Tisu eksplan diambil dari sel meristem Medium pepejal steril - terdiri daripada medium cecair steril dan agar agar Pemindahan tisu dilakukan dalam kotak beraliran laminar.

6.

Contoh : tanaman orkid dan pisang