40235128-Modul-PGSR-PSS3104

download 40235128-Modul-PGSR-PSS3104

of 91

description

...

Transcript of 40235128-Modul-PGSR-PSS3104

PSS3104 Geografi Persekitaran

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

MODUL PENGAJIAN SOSIALPSS3104GEOGRAFI PERSEKITARAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cetakan Jun 2009Bahagian Pendidikan Guru

Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ii

Falsafah Pendidikan Guru

ii

Kata-Alu-aluan

v

Panduan Pelajar

vi

Pengenalan

viii

Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul )

ix

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 3: Sistem Fizikal dan Kaitannya dengan Manusia

1

3.1 Sinopsis

1

3.2 Hasil Pembelajaran

2

3.3 Kerangka Tajuk

2

Sub Tajuk 1 : Sistem Atmosfera

2

Sub Tajuk 2 : Hidrosfera

31

Sub Tajuk 3 : Litosfera

33

Tajuk 4: Geografi Manusia dan Kaitannya dengan Aspek Sosial dan Ekonomi

34

4.1 Sinopsis

34

4.2 Hasil Pembelajaran

34

4.3 Kerangka Tajuk

34

Sub Tajuk 1 : Sumber

35

Sub Tajuk 2 : Penduduk

38

Sub Tajuk 3 : Kegiatan Manusia dan Pembangunan Ekonomi45

Sub Tajuk 4 : Perbandaran63

Bibliografi

69

Panel Penulisan Modul

71

Panel Pemurnian Modul

73

Lampiran A : Ikon75

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

Pengenalan

Modul ini disediakan dengan tujuan membantu pelajar-pelajar PGSR dalam mata pelajaran Geografi Persekitaran (PSS3104). Tajuk yang dipilih untuk modul pembelajaran kendiri ini ialah Sistem Fizikal dan Kaitan Dengan Manusia dan tajuk kedua ialah Geografi Manusia dan Kaitan Dengan Aspek Sosial dan Ekonomi. Kedua-dua tajuk ini merangkumi 15 jam (1 Kredit) pembelajaran. Di samping itu tajuk Kemahiran Geografi (Alat mengukur unsur cuaca dan iklim) akan dilaksanakan dalam bentuk Online Learning (OLL). Modul pembelajaran kendiri ini menyediakan nota untuk membantu kefahaman para pelajar. Turut sama disediakan ialah senarai bahan rujukan. Anda diminta merujuk bahan-bahan tersebut untuk kefahaman yang lebih mantap. Selain itu, anda juga digalakkan membaca bahan tambahan seperti majalah, jurnal, buku, dan internet. Aktiviti dan latihan juga disediakan untuk menguji kefahaman. Dua aspek yang diberikan penekanan dalam latihan di akhir setiap tajuk ialah pengujian kefahaman serta kemampuan mengaplikasikan kefahaman anda.

Selamat belajar.AGIHAN TAJUK

Panduan kepada pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)BilTajuk / TopikInteraksi Bersemuka

(jam)Modul

(jam)Jumlah

Jam

1Kepentingan Geografi dalam Kurikulum Pengajian Sosial

Kepentingan Geografi dalam kurikulum sekolah

Aspek ilmu dan kemahiran Geografi dalam organisasi ruang dan kehidupan manusia

Geografi sebagai satu disiplin dalam Pengajian Sosial3

3

2Kemahiran Geografi dan Kaitan dengan Organisasi Ruang (spatial) dan Kehidupan Manusia

Kemahiran Geografi

Kedudukan (lokasi) dan kaitan dengan ruang

Skala dan jarak

Arah

Graf

Peta Alat mengukur unsur cuaca dan iklim dan kemahiran menggunakan

Jangkasuhu dan alat pelindung Stevenson

Tolok hujan

Barometer

Higrometer

Penunjuk arah angin

Anemometer9

OLL

(5)9

3Sistem Fizikal dan Kaitan dengan Manusia

Pengaruh sistem atmosfera terhadap perubahan bentuk muka bumi

Interaksi sistem atmosfera dengan kegiatan manusia

Kesan proses semulajadi atmosfera ke atas bentuk muka bumi

Halangan-halangan unsur atmosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya Pengaruh sistem hidrosfera terhadap perubahan bentuk muka bumi

Interaksi sistem hidrosfera dengan kegiatan manusia

Kesan proses semulajadi hidrosfera ke atas bentuk muka bumi

Halangan-halangan unsur hidrosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya

Proses semulajadi dalam sistem litosfera ke atas muka bumi

Interaksi sistem litosfera dengan kegiatan manusia

Kesan proses semulajadi litosfera ke atas bentuk muka bumi

Halangan-halangan unsur litosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya

Proses semulajadi dalam sistem biosfera ke atas muka bumi

Interaksi sistem biosfera dengan kegiatan manusia

Kesan proses semulajadi biosfera ke atas bentuk muka bumi

Halangan-halangan unsur biosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya

3

6

9

4Geografi Manusia dan Kaitan dengan Aspek Sosial dan Ekonomi

Penduduk dan sumber :

Taburan dan kepadatan penduduk serta faktor yang mempengaruhinya

Hubung kait antara penduduk dan sumber semula jadi Kegiatan Manusia dan Pembangunan ekonomi

Jenis kegiatan ekonomi

Pelbagai kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan negara Perkembangan bandar dari segi ruang, sosial dan ekonomi

Hubung kait antara perkembangan bandar dengan ruang Halangan-halangan dalam perkembangan bandar dan langkah mengatasinya9

9

1Amali

Membincang Teknik-Teknik Pemetaan dalam Geografi

Teknik Geografi

Kartografi

Kuantitatif

Kualitatif

Remote sensing

GIS (Geographic Information System)

Teknik kerja lapangan

- Map reading

- Kecerunan cerun6

6

2Merancang Kerja Lapangan dalam Geografi

Persediaan awal kerja lapangan - Menentukan tempat, kewangan,

keselamatan, pengangkutan, tempat

tinggal, makanan

Kebenaran pihak-pihak yang terlibat

termasuk kebenaran ibu bapa22

3Menjalankan Kajian Luar Melalui Kaedah-Kaedah

Pemerhatian

Memerhati ciri-ciri fizikal dan manusia secara mendalam di sesuatu kawasan

Memerhati ciri-ciri budaya berkaitan dengan geografi kemanusian

Temu bual

Merancang item untuk ditemu bual

Melaksanakan temu bual dengan responden

Merekod temu bual

Menganalisis temu bual

Soal selidik

Menyediakan soalan yang berkaitan dengan masalah kajian

Melaksanakan soal selidik

Menganalisis dapatan soal selidik

Rujukan

Menyediakan dan menyenarai rujukan yang lengkap dari pelbagai sumber berkaitan kajian

Pengukuran

Mengenal pasti kawasan kajian yang boleh menggunakan kaedah pengukuran

Menyediakan peralatan untuk kerja pengukuran1515

4Memproses dan Mempersembahkan Maklumat

Pemeprosesan maklumat

Mengkategorikan bahan-bahan verbatim (dari temu bual)

Membina jadual daripada data mentah

Mengukur / mengira: jarak, bearing, keluasan, unsur-unsur cuaca

Melukis carta / rajah / grafik daripada jadual

Melukis peta: melukis sendiri pelan, peta lakar dan peta lain yang berkaitan

Persembahan hasil / laporan

Menyediakan carta bar, bi-polar graphers, multi-factor, carta pai dan graf taburan

Mentafsir maklumat membuat huraian dan penjelasan tentang maklumat yang dikaji

Menganalisis maklumat

Merumus maklumat

Menyampaikan maklumat / dapatan berbentuk penulisan

Contoh tajuk yang boleh dijalankan kajian luar:

Dampak alam sekitar dari aktiviti manusia penempatan dan perumahan, pengangkutan dan komunikasi, pertanian, perlombongan dan perindustrian

Aspek geografi fizikal dan budaya di kawasan kajian. Contoh

Kaitan antara bentuk muka bumi

dengan kegiatan ekonomi, petempatan; kaitan iklim dengan kegiatan ekonomi77

JUMLAH451560

TAJUK 3SISTEM FIZIKAL DAN KAITANNYA DENGAN MANUSIA

SINOPSIS

Salam sejahtera kepada para pelajar Pengajian Sosial. Tahniah! kerana dapat dipertemukan sekali lagi dalam pengajaran melalui Modul. Kali ini para pelajar akan diperkenalkan dengan mata pelajaran Geografi Persekitaran (PSS3104). Saya harap bahan modul ini akan dapat membantu para pelajar bagi memahami isi keseluruhan bagi kursus Geografi Persekitaran. Untuk meneruskan pembacaan adalah diharapkan para pelajar dapat mengingat kembali isi pelajaran yang telah dipelajari di dalam pertemuan dengan pensyarah di kuliah yang lepas.

Dalam pengajaran kali ini, pelajar akan mempelajari berkaitan sistem fizikal dan kaitannya dengan manusia. Antara sub tajuk yang terkandung dalam tajuk ini ialah pengaruh sistem atmosfera terhadap perubahan bentuk muka bumi (BMB), interaksi sistem atmosfera dengan kegiatan manusia, kesan proses semula jadi atmosfera ke atas BMB, halangan-halangan unsur atmosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya, pengaruh sistem hidrosfera terhadap perubahan BMB, interaksi sistem hidrosfera dengan kegiatan manusia, kesan proses semula jadi hidrosfera ke atas BMB, halangan-halangan ubsur hidrosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya, proses semula jadi dalam sistem litosfera ke atas BMB, interaksi sistem litosfera dengan kegiatan manusia, kesan proses semula jadi litosfera ke atas BMB, halangan-halangan unsur sistem litosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya.

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Sub Tajuk 1: Sistem Atmosfera

Struktur dan Kandungan AtmosferaPara pelajar yang dihormati, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan atmosfera? Apakah yang terkandung dalam atmosfera? Dan bagaimana sistem atmosfera boleh mempengaruhi kehidupan manusia dan perubahan bentuk muka bumi?. Sekarang mari sama-sama kita melihat dan mengkaji apa yang dimaksudkan dengan atmosfera.

Atmosfera ialah lapisan udara yang mengelilingi bumi yang menampung kehidupan di darat dan udara. Atmosfera mengandungi campuran gas-gas nitrogen (78%), oksigen (21%), argon (0.3%), karbon dioksida (0.03%) manakala selebihnya adalah gas-gas yang jarang ditemui seperti helium, hidrogen, neon, dan xenon yang meliputi 0.01% bahagian atmosfera. Air dalam atmosfera wujud dalam bentuk wap air, awan, hujan, hujan beku, hujan batu, fros, kabus dan kabut. Selain itu terdapat zarah-zarah yang sukar dilihat oleh mata kasar seperti abu, debu, jerebu, spora, bakteria, dan bahan pencemaran yang lain. Semakin tinggi aras atmosfera dari permukaan bumi, semakin nipis udara. Kandungan oksigen juga menjadi semakin kurang. Ini menyebabkan manusia semakin sukar bernafas.

Atmosfera terbahagi kepada empat lapisan iaitu troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera, dan exosfera (Rajah 1).

Troposfera merupakan lapisan atmosfera yang paling rendah dengan permukaan bumi. Tebalnya kira-kira 16 km; di Khatulistiwa dan 10 km di kutub. Jika kita yang berada di permukaan bumi dan melihat ke atas akan kelihatan awan dan langit biru. Sebenarnya gugusan awan yang berbagai jenis itu berada di dalam troposfera manakala kita fahamkan sebagai biru itu melampaui atmosfera bumi.Rajah 1: Lapisan atmosfera Segala fenomena cuaca seperti ribut, awan mendung, petir, hujan, jerebu (haze) itu semuanya wujud dalam lapisan troposfera.

Sekiranya anda biasa atau berpeluang menaiki jet, anda dapati jet terbang pada tinjah (altitude) 16 000 hingga 30 000 meter supaya ianya bebas daripada gangguan cuaca yang terdapat di lapisan troposfera. Lapisan yang dilalui oleh jet itu adalah stratosfera (10 hingga 80 km dari permukaan bumi). Di atas lapisan stratosfera ialah lapisan-lapisan mesosfera dan termosfera di mana kepadatan udara semakin merosot.

Jadual 2: Lapisan Atmosfera dan Ketinggian

Lapisan AtmosferaJarak / Ketinggian

Troposfera0 hingga 10 km

Stratosfera10 hingga 80 km

Mesosfera80 hingga 402 km

Termosfera402 hingga 996 km

Exosfera997 ke atas

Konsep Cuaca dan Iklim

Cuaca dan iklim merujuk kepada fenomena sama, iaitu suhu, hujan, angin, kelembapan udara di sesuatu tempat. Namun begitu dari segi tempoh masa dan keluasannya adalah berbeza.

Cuaca merujuk kepada fenomena harian yang sentiasa berubah mengikut tempat dan masa. Misalnya cuaca di tempat A mungkin tidak sama dengan tempat B walaupun jaraknya hanya beberapa kilometer sahaja. Cuaca di tempat A itu juga mungkin berbeza antara pagi, tengah hari, dan senja. Manakala iklim pula adalah tetap dan amat jarang berubah dalam tempoh yang singkat.

Iklim sebenarnya merujuk kepada purata unsur-unsur cuaca seperti suhu, hujan, kelembapan udara dalam tempoh 35 tahun dan iklim meliputi skala yang luas seperti sebuah negara atau rantau/wilayah. Oleh itu antara iklim dan cuaca berbeza dari segi ruang dan masa. Cuaca dilihat dalaam tempoh masa yang pendek dan ruang yang kecil manakala iklim dilihat dalam tempoh masa yang panjang (35 tahun) dan ruangnya adalah luas.Unsur-unsur Cuaca dan Iklim

1. Suhu. Suhu bermaksud darjah kepanasan udara di sesuatu tempat. Darjah kepanasan udara ini datangnya dari sinar matahari atau bahangan matahari yang mempunyai tenaga haba di dalamnya. Antara sinar matahari yang sampai ke bumi ialah seperti sinar ultra unggu (sinar lembayung), sinar infra red, sinar gamma dan juga sinar X. Sinar matahari yang paling banyak membawa tenaga haba ialah sinar infra red. Apabila tenaga haba disesuatu tempat bertambah, maka udara di dalamnya akan menjadi panas dan indeks suhu akan meningkat. Indeks suhu ini diukur dalam unit darjah celcius dengan menggunakan alat Termometer Six. Termometer Six diguna untuk mencatat nilai suhu maksimum dan nilai suhu minimum pada setiap hari.

2. Kerpasan. Kerpasan merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku. Unsur kerpasan yang paling penting ialah hujan. Hujan terjadi akibat proses pemeluwapan atau kondensasi. Akibat sejatan di permukaan air, wap-wap air akan naik ke atmosfera. Dengan adanya nukleus kondensasi seperti garam galian atau bahan pencemar udara maka wap-wap air akan bercantum antara satu sama lain, menjadi berat dan tepu seterusnya turun sebagai hujan atau titisan air. Hujan disukat dengan menggunakan alat Tolok Hujan dan dinyatakan dalam unit millimeter.

3. Kelembapan udara. Kelembapan udara merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat dalam udara. Berdasarkan kepada kandungan wap air dalam udara maka udara boleh dikelaskan kepada udara kering (dry air) dan udara lembap (wet air). Kelembapan udara boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu kelembapan mutlak dan kelembapan bandingan. Kelembapan mutlak ialah kandungan wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara pada suatu masa. Kelembapan mutlak dinyatakan dalam unit gram semeter padu.

Kelembapan bandingan pula ialah nisbah jumlah wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara berkenaan dalam keadaan suhu tertentu. Unit kelembapan udara bandingan biasanya dinyatakan dalam bentuk peratus. Kelambapan udara bandingan dapat disukat dengan menggunakan alat higrometer putar yang mengandungi termometer bebuli kering dan bebuli basah.

4. Awan. Awan merupakan titisan air yang sangat halus yang berdiameter antara 0.02 mm hingga 0.06 mm serta terapung-apung di udara. Awan terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang menyebabkan wap air terpeluap di atmosfera. Debu-debu, bahan-bahan pencemar udara, garam galian yang berada di dalam atmosfera bertindak sebagai nukleus kondensasi yang akan menyerap wap-wap air, lalu membentuk awan. 5. Tekanan udara. Tekanan udara merupakan tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap permukaan bumi. Pada aras laut, tekanan udara normal ialah kira-kira 1.03 kg/cm bagi setiap permukaan pepejal ataupun cecair yang terdedah kepadanya. Tekanan udara akan berubah-ubah mengikut ketinggian. Udara semakin berkurangan apabila ketinggian bertambah dan kesannya berat udara juga akan berkurangan. Tekanan udara disukat dengan menggunakan alat barometer aneroid dan unitnya dalambentuk milibar (mb) 1 000 mb bersamaan dengan 760 mm.

6. Angin. Angin adalah udara yang bergerak secara mendatar. Angin bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah. Arah tiupan merujuk kepada arah dari mana ain itu bertiup. Sebagai contoh, angin monsun barat daya adalah angin yang bertiup dari arah barat daya. Alat yang digunakan untuk menentukan arah angin ialah penunjuk arah angin. Selain daripada arah tiupan, angin juga boleh diukur kadar halaju atau kekuatannya. Alat yang digunakan untuk mengukur halaju angin ialah anemometer dan kesan halaju angin boleh dilihat dengan menggunakan skala angin Beufort.

Latihan

Melalui pembacaan anda, lengkapkan perkaitan antara unsur-unsur cuaca.

Unsur CuacaKaitan dengan Fenomena Cuaca dan Iklim

Suhu

Kerpasan

Kelembapan udara

Awan

Tekanan Udara

Angin

Fenomena Iklim dan CuacaBumi ditetapkan suhunya pada keadaan yang sesuai untuk dihuni. Di kawasan atas atmosfera terdapat lapisan tipis gas-gas yang melitupinya. Gas-gas ini bertindak seperti rumah hijau, ataupun selimut tebal, lantas memerangkap haba daripada terlepas ke angkasa lepas. Ini dikenali sebagai kesan rumah hijau dan berlaku secara semulajadi sepenuhnya.

Salah satu elemen terbesar dalam lapisan gas-gas rumah hijau ini ialah karbon dioksida (CO2). Para saintis telah menyimpulkan bahawa jumlah CO2 dalam atmosfera adalah berhubung kait dengan keadaan cuaca dunia. Sebagai contoh, sekiranya dunia sedang berada dalam Zaman Ais ia adalah bersamaan dengan keadaan yang CO2 secara relatifnya sangat sedikit dalam atmosfera. Sebaliknya rekod cuaca menunjukkan bahawa sewaktu tempoh panas secara relatifnya terdapat sejumlah besar CO2 dalam atmosfera. Faktor Manusia (mempercepatkan perubahan iklim)Pada awal 1700 Abraham Darby telah berjaya menyahkarbon daripada arang batu lalu menukarkannya kepada coke yang lantas memulakan revolusi perindustrian. Sejajar dengan peredaran masa, kita mula membakar bahan api fosil (arang batu, minyak dan gas) dalam kuantiti dan jenis yang lebih banyak. Peradaban manusia sangat bergantung kepada bahan api berkenaan bagi hampir setiap apa yang kita miliki dan lakukan dalam hidup.Kehidupan di bumi adalah berasaskan karbon. Bahan api fosil merupakan tinggalan tumbuhan, pokok dan haiwan yang telah lama mati serta sangat kaya dengan karbon. Membakar bahan api fosil membebaskan CO2 daripada karbon yang sebelumnya terperangkap di bawah permukaan bumi.Masalahnya ialah sewaktu kesemua tumbuhan dan haiwan mati dan tertanam berjuta-juta tahun dahulu, iaitu sewaktu suhu di bumi adalah sedikit lebih panas dari masa kini, ianya telah teperangkap bersama karbon. Sistem iklim bumi (atmosfera dan lautan secara bersama) telah menjadi stabil pada suatu kepekatan atmosfera bagi kandungan karbon dioksida. Melepaskan kesemua karbon dioksida yang terperangkap tadi selama tempoh 250 tahun yang lalu pada kadar yang semakin pantas telah menyahstabilkan iklim melalui peningkatan kesan rumah hijau, yakni menjadikan bumi semakin panas.Harus diingat bahawa bahan api fosil mengambil masa berjuta tahun untuk memerangkap kesemua karbon berkenaan tetapi kita hanya mengambil selama 250 tahun untuk membakar kebanyakannya dan membebaskan begitu banyak sekali CO2.

Masa HadapanWalaupun perubahan iklim merupakan suatu proses semula jadi, akibat daripada kekalutan industrialisasi, kita telah mengubah kadar semula jadi perubahan dengan mempercepatkannya secara radikal. Kita telah tiba kepada satu tahap yang kepekatan atmosfera bagi CO2 telah berubah melepasi apa yang pernah disaksikan bumi selama ini.Di luar negara, kesan perubahan iklim amat dirasai dengan perbezaan suhu yang ketara dan tingkah laku iklim yang sukar diramal. Di United Kingdom, sejak beberapa tahun yang lepas, suhu terpanas pernah direkodkan. Pada musim panas tahun 2003, rekod kematian di seluruh Eropah meningkat kerana cuaca panas melampau. Kejadian taburan hujan yang ekstrem dijangka akan meningkat, mengakibatkan banjir yang semakin kerap bagi berjuta penduduk. Musim panas pula diramalkan bertambah kering bagi kebanyakan kawasan. Paras laut akan meningkat lebih tinggi lagi tambahan 20 cm menjelang 2050.Di Malaysia, kesannya kurang dirasai walaupun ianya wujud. Ini kerana kita sudah terbiasa dengan keadaan hujan sepanjang tahun dan panas. Kejadian banjir besar di Johor umpamanya merupakan kesan dari perubahan tekanan udara di atmosfera yang menyimpangkan laluan tiupan taufan yang membawa hujan. Peningkatan suhu di Malaysia diramalkan pada sekitar 0.18OC dalam tempoh sedekad. Bagaimanapun kita harus lebih berjaga-jaga kerana diramalkan variasi perbezaan hujan adalah di antara -30% hingga +30% dari keadaan sekarang. Ini bermakna jika berlaku kekurangan hujan, kemarau akan berlaku dan lebihan hujan bermaksud banjir akan berlaku. Kedua-duanya tidak baik untuk Malaysia terutamanya dari segi sumber makanan iaitu sektor pertanian.Perubahan-perubahan ini hanya merupakan suatu permulaan. Dengan bumi semakin panas dan perubahan mula berlaku kepada ciri utama sistem iklim dunia, seperti kepingan ais kutub yang mencair atau perubahan corak kitaran lautan, kejutan luar jangka iklim yang pantas boleh terjadi.

Apa Yang Boleh Dilakukan?Kita mempunyai tiga pilihan: Terus berkelakuan seperti biasa dan belajar untuk menyesuaikan diri, mencari cara bagi menjuruterakan sistem Bumi, atau kita boleh berhenti menggunakan tenaga berasaskan karbon.Kita telah pun belajar untuk menyesuaikan diri, sebagai contoh dalam cara kita menguruskan sesuatu kawasan pantai. Namun terdapat beberapa impak perubahan iklim yang sangat sukar untuk disesuaikan. Bagaimanakah anda menyesuaikan diri dengan kediaman anda yang dilanda banjir setiap musim tengkujuh berbanding hanya sekali setiap 10 musim tengkujuh? Bagaimanakah anda menyesuaikan diri apabila kediaman dan kehidupan anda lenyap di bawah perut laut?Beberapa buah fikiran telah dicadangkan untuk menjuruterakan sistem iklim Bumi. Kaedah yang digelar projek geo-kejuruteraan termasuklah menggunakan pembalikan di angkasa bagi memintas pancaran matahari; menyuntik partikel membalik ke dalam bahagian atas atmosfera bagi melakukan perkara yang sama; membaja lautan bagi meningkatkan bilangan organisma yang boleh menyerap CO2; atau memerangkap karbon atmosfera dan menanamkannya dalam ruangan bawah tanah yang dalam. Masalah dengan penyelesaian-penyelesaian ini ialah ketidaktentuan terhadap cara ia berfungsi mereka mungkin bertindak dalam cara yang mengakibatkan masalah lebih dahsyat berbanding masalah asal yang cuba diselesaikan.Kita perlu belajar untuk hidup dengan kurang menggunakan bahan api fosil. Kita akan terpaksa melakukannya sekalipun di masa hadapan kerana sumber bahan api fosil adalah terhad. Adalah lebih wajar untuk kita melakukannya sekarang.Kita tahu yang kita perlu mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 60% dalam jangkamasa 50 tahun akan datang. Kita tahu yang kita mempunyai teknologi yang boleh digunakan sekarang untuk mencapai matlamat ini. Kita tahu bahawa terdapat teknologi, seperti penggunaan hidrogen sebagai bahan api, yang bakal menjadi perkara biasa dalam beberapa dekad mendatang. Kita mempunyai potensi untuk mengubah kebergantungan kepada bahan api fosil dalam beberapa dekad mendatang dengan menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.Para saintis sedang berusaha untuk mendapatkan cara terbaik bagi menggunakan semua alat yang kita ada bagi mengurangkan penggunaan bahan api berasaskan karbon. Teknologi baru rendah karbon yang mana satukah yang benar-benar berfungsi dalam dunia sebenar? Apakah tindakan yang boleh memberikan pengurangan terbanyak pengeluaran CO2? Setakat manakah manusia dapat mengubah gaya hidup untuk mencapai cabaran ini?Kesan Rumah Hijau dan Penipisan Lapisan OzonKesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon merupakan dua fenomena yang berbeza tetapi memberikan dampak yang sama ke atas alam sekitar fizikalnya. Kesan rumah hijau merujuk kepada pemerangkapan bahangan matahari oleh lapisan selimut karbon dioksida yang terbentuk di ruang atmosfera. Manakala penipisan lapisan ozon pula merujuk kepada terputusnya ikatan kovalen tiga atom oksigen yang selama ini membentuk lapisan akibat serangan kloroflorokarbon (CFCs) di lapisan atmosfera (Rajah 2).

Penipisan Lapisan OzonKesan Rumah Hijau

Ruang berlaku di ruang atmosferaRuang berlaku di ruang atmosfera

Punca akibat serangan CFCs dan halon ke atas ikatan oksigenPunca akibat pengumpulan karbon dioksida di udara

Mekanisme sinaran UV memutuskan ikatan CFCs dan atom klorin yang bebas memutuskan pula ikatan oksigen dengan ozon-ozon menipis, lebihan tenaga suria memasuki atmosfera menyebabkan pemanasan global.Mekanisme karbon dioksida bertindak sebagai lapisan penebat atmosfera, membenarkan bahangan suria masuk tetapi menghalang pembalikan bahangan bumi. Haba terperangkap / pulau haba dan pemanasan global.

Rajah 2: Perbezaan Konsep Kesan Rumah Hijau Dengan Penipisan Lapisan Ozon

Punca-punca yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

Rajah 3: Punca-punca Penyebab Berlakunya Kesan Rumah Hijau dan Penipisan Lapisan Ozon

Sektor perindustrian merupakan penyebab utama berlakunya kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Sektor perindustrian banyak membebaskan chloroflorokarbon, halon, karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida, metana, dan lain-lain telah menjadi agen utama menghakis dan menipiskan lapisan ozon serta membentuk selimut atmosfera. Antaranya ialah industri pencuci dan pelarut, industri pendingin udara, industri keluaran foam, dan industri aerosol atau propellan.

Selain perindustrian, gas-gas rumah hijau juga dikeluarkan dari kenderaan akibat pembakaran yang tidak lengkap dalam sistem enjinnya iaitu mengeluarkan mengeluarkan banyak karbon monoksida. Juga aktiviti penyahutanan yang menyebabkan lebihan karbon dioksida dalam udara. Aktiviti pembakaran terbuka seperti di kawasan pelupusan sampah, di kawasan pertanian, pembakaran hutan yang berlaku secara semula jadi seperti letusan gunung berapi, juga menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida di atmosfera.

Di kawasan kutub selatan khususnya di benua Antartika, lapisan ozon bukan sahaja menipis tetapi telah berlaku kebocoran sehingga terbentuk lubang-lubang ozon (ozon holes). Ini adalah kesan daripada tindakan manusia yang menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak untuk ujian pelancaran roket dan peluru berpandu yang sebahagian besarnya dilakukan oleh Rusia dan Amerika Syarikat.

Latihan

Kesan fenomena penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau terhadap sistem alam sekitar fizikal.Untuk pelajaran seterusnya, sekarang mari kita lihat apakah kesan fenomena penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau terhadap sistem alam sekitar fizikal. Terdapat berbagai dampak atau kesan negatif yang boleh dilihat akibat fenomena kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Antarnya ialah pemanasan global. Peningkatan suhu berlaku di semua skala sama ada skala mikro seperti pulau haba bandar atau skala makro meliputi indeks suhu wilayah dan suhu benua. Dunia dikatakan semakin hari semakin panas.

Dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global memberi makna wujud ketidakseimbangan dalam bajet haba bumi-matahari. Input haba yang terpaksa diterima oleh bumi berlebihan berbanding dengan output haba yang dikeluarkan.

Kesan Ke Atas Sistem Geomorfologi

Kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon akan menyebabkan peningkatan kadar luluhawa khususnya luluhawa fizikal, pertambahan kadar hakisan seterusnya boleh mengubah landskap sesuatu kawasan misalnya kawasan gurun panas. Pemanasan suhu dunia pastinya mempercepatkan proses pemanasan batuan. Batuan yang panas lebih cepat mengembang dan seterusnya memudahkan berlakunya penyepaian fizikal.

Di kawasan gurun panas keadaan akan menjadi semakin kontang dan gersang. Ini akan mempercepatkan hakisan layangan angin menghakis dan mengangkut bahan batuan yang sudah tersepai dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti pecahan prismatik, granul serta kelupasan ke kawasan-kawasan pinggiran gurun (sub gurun), lama kelamaan kawasan gurun tersebut semakin luas.

Kombinasi antara luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin yang menyebabkan saiz gurun semakin membesar menghala ke pinggirannya dinamakan sebagai fenomena penggurunan (desertification). Walau bagaimanapun, fenomena penggurunan ini sebahagiannya juga disebabkan penyahutanan oleh manusia di kawasan sepadan gurun untuk pelbagai tujuan seperti pembukaan kawasan pertanian dan penternakan, namun secara semula jadi, proses tersebut berlaku berpunca daripada pemanasan global. Sebagai contoh hampir semua gurun di Afrika dan Asia Tengah seperti Gurun Sahel, gurun Sahara, Gurun Turkestan, Gurun Namibia, dan Gurun Gobi sedang mengalami fenomena penggurunan ini.

Kesan yang paling besar ialah ke atas pencairan ais benua dan ais pergunungan tinggi. Kewujudan lubang ozon di benua Antartika misalnya sudah tentu boleh mencairkan litupan ais di kawasan tersebut kerana pancaran matahari khususnya UV diterima oleh permukaan ais tanpa halangan. Dalam jangka masa yang panjang cairan ais akan membanjiri laut, meningkatkan isipadu dan paras air laut seterusnya menambahkan kadar hakisan oleh ombak.

Kawasan-kawasan pantai lebih cepat terhakis manakala kawasan-kawasan yang pamah dan rendah seperti negara Belanda dan Bangladesh akan mudah ditenggelami. Natijahnya daratan akan menjadi semakin kecil. Adalah dianggarkan jika kesemua litupan ais di benua Antartika yang setebal 1.6 kilometer itu mencair, maka seluruh benua Eropah akan tenggelam.

Begitu juga dengan litupan ais pergunungan tinggi seperti di puncak Everest, Banjaran Himalaya, Banjaran Alps, Andes, Rocky, Cotopaxi dan lain-lain. Peningkatan suhu dunia boleh mencairkannya, membentuk sungai-sungai glasier yang besar dan menambahkan kadar hakisan ragutan serta lelasan yang seterusnya mempercepatkan kejadian tanah runtuh, runtuhan tebing, salji runtuh, gelangsaran dan sebagainya yang berkaitan dengan proses gerakan jisim di kawasan iklim sejuk.

Kesan Ke Atas Sistem Atmosfera

Sistem atmosfera atau sistem klimatologi (iklim dan cuaca) juga turut tidak terlepas daripada mengalami kesan akibat rumah hijau dan penipisan lapisan ozon apayah lagi fenomena tersebut terjadi di dalam ruang atmosfera bumi. Kesan terbaru yang boleh dibincangkan di sini ialah menggalakkan kejadian El-Nino. Walaupu el-Nino adalah fenomena semula jadi tetapi peningkatan uhu dunia turut juga dialami oleh suhu lautan.

Kadar kanaikan suhu lautan khususnya lautan Pasifik akan menjadi lebih cepat. Sebagai contoh antara September 1997 hingga Disember 1997, suhu Lautan pasifik telah bertambah sebanyak 5 darjah celcius dari 25 menjadi 30 darjah celcius dan ia meliputi kawasan seluas 8 000 kilometer persegi. Kenaikan suhu lautan Pasifik telah menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah.

Keadaan ini telah melemah, menggubah atau menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini membawa hujan yang lebat di bahagian barat pasifik meliputi negara-negara Asia Tenggara. Sebaliknya hujan turun di tengah Lautan Pasifik tidak seperti yang sepatutnya berlaku di daratan Asia Tenggara. Natijahnya negara-negara tersebut mengalami cuaca panas dan kemarau yang terik akibat kekurangan hujan.

Situasi ini mendorong berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi sekaligus menyebabkan pula jerebu sepertimana yang dialami di Indonesia dan Malaysia pada akhir tahun 1997. Pada masa yang sama negara-negara di timur lautan pasifik seperti Ecuador, Peru, Chile, Mexico, dan Brazil akan mengalami ribut taufan, hujan lebat, dan banjir berikutan daripada perubahan angin timuran yang menuju ke negara-negaranya. Pemanasan global yang menambahkan kekerapan dan kekuatan kejadia El-Nino itu telah berupaya mengubah cuaca dunia dari kelazimannya menjadi tidak menentu dan amat sukar diramal.

Pada skala mikro seperti kawasan bandar pemanasan global akan menyebabkan kejadian pulau haba bandar. Dengan terbentuknya lapisanselimut karbon dioksida di ruang atmosfera bandar telah menyebabkan tenaga matahari terperangkap. Selimut karbon dioksida tersebut membenarkan sinar lembayung masuk tetapi menghalangnya keluar.

Kitar tenaga berlaku pada ruang atmosfera yang sama, lama kelamaan akan memanaskan udara dalam bandar berkenaan. Oleh kerana suhu atau kepanasan di bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan pinggir atau kawasan luar bandar maka ia seolah-olah pembentukan sebuah pulau yang panas di bandar di kelilingi oleh suhu yang sejuk di luar bandar.

Rentetan daripada kejadian pulau haba juga akan mempercepatkan proses sejatan dan kehilangan wap-wap air dalam atmosfera. Udara bandar akan menjadi kering (dry air), situasi ini amat menggalakkan pembentukan jerebu apabila partikulat-partikulat terampai seperti debu, habuk, asap, dan lain-lain memenuhi ruang udara tersebut.

Contoh bandar-bandar utama dunia yang mengalami pulau haba adalah seperti New York, London, paris, Tokyo dan sebagainya. Di Kuala Lumpur, suhu di pusat bandar adalah tiga darjah celcius lebih tinggi berbanding dengan kawasn pinggirnya seperti kawasan Gombak, Selayang, dan Baatu Caves.

Di kawasan garis lintang tinggi seperti di tropika kering dan subtropika pula akan meningkatkan kejadian kemarau dan kekontangan / kegersangan sehingga imbangan antara sejatan dengan kerpasan menjadi negatif, iaitu kadar sejatan melebihi daripada kadar hujan yang turun. Hujan mungkin turun sekali sekala sahaja. Manakala di kawasan hawa sederhana seperti negara-negara Eropah yang mengalami empat musim, tempoh ke empat-empat musim tersebut menjadi tidak seimbang lagi. Pastinya musim panas lebih panjang daripada musim bunga, luruh dan musim dingin.

Kesan Ke Atas Sistem HidrologiKesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global dan akan mengakibatkan gangguan keseimbangan kitaran hidrologi, pengurangan kuantiti air benua, regim wilayah daripad sumber-sumber sungai, tasik, kolam, dan proses transpirasi tumbuhan.

Ini kerana kadar sejatan permukaan berlaku dengan cepat, tidak sepadan dengan bekalan air yang ada misalnya daripada sumber hujan, embun, kabus, kabut, dan lain-lain. Gangguan ke atas kitaran hidrologi memungkinkan sungai, tasik dan kolam tidak mempunyai bekalan air secukupnya atau lebih kritikal lagi punca-punca tersebut mengalami kekeringan air. Sungai akan berhenti mengalir, empangan kering dan manusia juga merasai bahananya.

Di samping itu simpanan air tanah juga akan berkurangan, paras mata air dalam tanah akan menurun, sistem akuifer kehabisan sumber air dan akhirnya kawasn-kawasan tadahan tidak berfungsi lagi. Situasi ini sudah pasti menganggu bekalan air yang tetap pada sungai, sungai juga akan kekeringan air.

Di kawasan-kawasan gurun panas dan tropika kering peningkatan suhu yang berlebihan (keadaan kontang yang berlebihan) membolehkan garam-garam galian dri dalam tanah ditarik ke permukaan atau hampir-hampir permukaan bumi dalam bentuk larutan (air bercampur garam) menerusi daya tarikan kapilari. Garam-garam galian ini seperti kalsium kerbonat akan ditinggalkan di permukaan manakala airnya akan tersejat ke udara.

Peninggalan dan pengumpulan garam di permukaan akhirnya akan membentuk lapisan yang keras dan kematu yang dikenali dengan berbagai nama seperti hardpan, caliche dan duripan bergantung kepada kepelbagaian jenis garam yang membentuknya.

Di kawasan iklim sejuk dan sederhana yang menerima pengaruh salji, proses yang sebaliknya akan berlaku. Pemanasan global menyebabkan kuantiti cairan ais akan bertambah, lebih cepat memasuki sungai dan mengalir limpahkan seterusnya membanjiri kawasan-kawasan yang rendah.

Dalam konteks keseimbangan sistem sungai, keadaan ini dianggap sebagai satu gangguan yang menyebabkan tahap keseimbangan (equalibirium) sungai tersebut sudah tidak seimbang lagi. Input air yang berlebihan yang terpaksa diterima oleh sungai menyebabkan pula luahan (discas) di bahagian muara adalah juga berlebihan.

Latihan

Konsep Pencemaran Udara dan Jerebu

Pencemaran udara merujuk kepada kehadiran bahan pencemar udara khususnya gas-gas rumah hijau. Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai kehadiran satu atau lebih daripada bahan cemar seperti gas-gas, bahan berbau, habuk, zarah, debu, dan sebagainya di dalam atmosfera yang mana ia boleh mengubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan akhirnya boleh memberikan kesan negatif sama ada kepada manusia tumbuhan, binatang serta persekitaran fizikal sesuatu kawasan. Bahan pencemar udara ini boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan utama seperti berikut:

Zarah (particulate matter)

Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur sulfur

Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur nitrogen

Sebatian organik

Karbon monoksida dan karbon dioksida

Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur hologen

Sebatian-sebatian berradioaktif.

Jerebu (haze) merupakan partikel-partikel (partikulat) terampai seperti debu, asap, dan habuk di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Ia terbentuk di dalam keadaan udara kering dan udaranya stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera di sesuatu kawasan. Walaupun partikulat terampai menjadi penyumbang utama kepada masalah jerebu tetapi terdapat juga komponen-komponen lain yang turut memudaratkan lagi keadaan cuaca berjerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, dan plumbum.

Di Malaysai tahap kualiti udara ditunjukkan oleh The Malaysian Air Quality Index (MAQI) ATAU Indeks Pencemaran Udara. Skala indeks pencemaran udara, tahap kualiti udara dan kesan kesihatan manusia dapat di lihat dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Skala indeks pencemaran udara, status kualiti udara dan kesan kesihatan manusiaSkala Indeks IPUStatus Kualiti UdaraKesan Kesihatan Manusia

0 - 50BaikTiada masalah kesihatan

51 - 100SederhanaKesan terhadap kesihatan minimum

101 - 200Tidak sehatGangguan ringan terhadap mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti asma dan alahan

201 - 300Sangat tidak sihatGejala pada orang yang berpenyakit paru-paru dan jantung adalah sederhana.

301 - 500BerbahayaPesakit paru-paru dan jantung akan mendapat serangan dan gejala dengan mudah.Toleransi senaman akan menurun walaupun pada orang-orang yang sihat.

Lebih daripada 501Darurat boleh diisytiharkanRisiko ancaman nyawa pada mereka yang berpenyakit, kanak-kanak dan orang tua.

Sumber: Jabatan Kaji CuacaPunca-punca Jerebu dan Pencemaran Udara Punca Semula Jadi

i. Letupan gunung berapi seperti letupan Gunung Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara.

ii. Asap dan habuk dari kebakaran secara semula jadi seperti di kawasan hutan akibat kilat / petir dan cuaca panas melampau. Misalnya di kawasan padang rumput Savana yang kering.

iii. Tiupan debu atau ribut debu yang terdapat di kawasn gurun yang tandus serta gersang yang terdedah kepada angin kencang seperti kawsan gurun tropika. Misalnya layangan habuk dan debu halus dari Gurun Gobi ke darata utara di Negeri China dan debu oren yang meliputi bandaraya Merlborne, Australia datangnya dari gurun di kawasan tengah Australia.

Punca-punca Buatan Manusia

i. Sumber pembakaran bahan api. Sumber yang paling penting ialah datangnya daripada stesen-stesen jana kuasa serta alat-alat pembakaran bahan api yang lain termasuk dandang (boiler) dann relau (furnaces). Sumber-sumber ini mengeluarkan sulfur dioksida, nitrogen oksida, dan juga partikel-partikel halus.

ii. Sumber industri memproses. Sumber yang terpenting termasuklan kilang simen, kilang logam kilang kimia, kilang kuari, kerja-kerja yang berkaitan dengan batu-bata, seramik dan asbestos. Selain daripada partikel-partikel terampai seperti debu, habuk, zarah-zarah halus sumber pencemaran industri juga merangkumi plumbum, kadium, raksa, hidrogen sulfida, florida dan sebagainya.

iii. Sumber bergerak. Meliputi kenderaan bermotor yang merupakan sunber utama pencemaran udara di kawasan bandar. Ekzos kereta-motor ini mengeluarkan bahan-bahan pencemaran seperti karbon monoksida, karbon dioksida, plumbum, dan hidrokarbon hasil pembakaran bahan apinya yang tidak lengkap terutama sekali minyak disel dan petrol berplumbum.

iv. Bahan-bahan sisa bandaran. Meliputi amalan pembakaran terbuka di kawasan-kawasan pelupusan sisa pepejal. Amalan pembakaran ini khususnya oleh kerajaan tempatan akan menghasilkan partikel-pertikel halus, bau busuk, dan asap toksid di samping gas-gas asid seperti hidrogen klorida.

v. Industri yang berasaskan kayu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang semuanya boleh menambah-burukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu (Jadual 4).

Jadual 4: Kandungan Jerebu dan Pencemaran Udara Serta Sumber PengeluarnyaKandungan Jerebu dan Pencemaran UdaraSumber Pengeluarnya

Parikulat terampaiAsap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debu letusan gunung berapi, perlepasan asap kenderaan khususnya yang berkuasa disel serta logi tenaga dan kilang.

Sulfur dioksidaLetusan gunung berapi, logi tenaga, industria berat dan enjin disel.

Karbon monoksida dan karbonLogi tenaga, industri menggunakan dioksida bahan api fosil, sumber kenderaan bergerak khususnya yang menggunakan minyak disel dan berplumbum.

Nitrogen dioksidaLogi tenaga, industri berat dan kenderaan bermotor.

PlumbumIndustri tertentu dan cat yang berasaskan plumbum serta sumber kenderaan.

Kesan-kesan Pencemaran Udara dan JerebuTerdapat banyak kesan negatif akibat pencemaran udara dan jerebu sama ada terhadap manusia secara khusus atau persekitaran fizikal amnya. Partikulat-partikulat terampai dalam udara boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Di samping boleh mengubah cuaca tempatan, menjejaskan kualiti air (hujan asid), mengotorkan bangunan dan mengurangkan jarak penglihatan yang boleh membantutkan pula kegiatan ekonomi sekiranya ia sampai ke tahap merbahaya dan kritikal.

Kajian-kajian saintifik telah menunjukkan beberapa komponen di dalam jerebu boleh membawa pelbagai jenis penyakit kepada manusia (Jadual 5).

Jadual 5: Kesan Setiap Komponen Utama Dalam Jerebu Ke Atas Kesihatan ManusiaKomponen Utama JerebuKesan Ke Atas Kesihatan Manusia

Karbon monoksidaMelemahkan pengecutan jantung serta merendahkankan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah. Mengurangkan keupayaan beriadah dan memberhaya bagi pengidap penyakit jantung yang kronik.

Sulfur dioksidaMeruncingkan lagi masalah penyakit yang sedia ada terutamanya bronkitis. Menganggu saluran pernafasan pengidap penyakit asma dan batuk.

Nitrogen dioksidaMerangsang hidung dan tekak terutamanya yang mengidap asma. Meningkatkan jangkitan penyakit melalui udara.

PlumbumMerosakkan sistem saraf dan otak.

Partikulat terampaiMeruncingkan penyakit paru-paru dan jantung, mengubah ketahanan badan melawan bahan yang disedut dan merosakkan tisu paru-paru terutamanya yang berpenyakit jantung dan paru-paru yang kronik.

Kesan jerebu ke atas persekitaran ialah boleh mengurangkan jarakpenglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerak cahaya matahari yang dikenali sebagai serakan Mie. Jarak penglihatan bergantung kepada kebolehan mata untuk melihat objek atau mengenalinya kerana objek akan berada dalam keadaan yang berbeza pada latar belakang yang berbeza. Ia juga bergantung kepada pemindahan haba dari atmosfera.

Apabila sesuatu objek tidak dapat dibezakan dengan latarbelakangnya maka pandangan menjadi kabur. Keupayaan mata untuk melihat semakin berkurangan akibat halangan dari penyerapan dan penyerakan partikulat-partikulat terampai di dalam udara. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian pendudukn. Ia akan menganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Risiko kemalangan seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar.

Jerebu juga memberi kesan negatif kepada sektor pertanian. Selimut jerebu telah menghalang kemasukan cahaya matahari yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosintesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan, pendebungaan, penghasilan buah berkurangan.

Unsur-unsur dalam jerebu juga mengandungi unsur-unsur yang boleh memusnahkan tumbuhan semula jadi seperti unsur fluoridan. Kesihatan haiwan juga akan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Partikulat terampai terutamanya yang mengandungi unsur sulfur dan nitrogen boleh bertindak sebagai nukleus kondensasi untuk menarik wap-wap air yang ada di dalam udara bercantum dan membesar bersama-samanya turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini boleh merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus menganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara. Hujan asid juga boleh melunturkan warna bangunan, mempercepatkan pengkaratan dan menganggu kesihatan manusia.

Langkah-langkah Menangani Masalah Jerebu Dan Pencemaran Udara Pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Usaha ini dilakukan dengan cara menyembur larutan garam iodid ke dalam gumpalan awan komulusnimbus. Larutan garam bertindak sebagai nukleus kondensasi menarik wap-wap air dalam awan bagi tujuan mempercepatkan pembentukan hablur air.

Mengenakan tindakan undang-undang dan denda kepada syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan pembersihan ladang kaedah tebang dan bakar secara tidak sah.

Pengurangan penggunaan kenderaan persendirian. Orang ramai digalak menggunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta untuk ke tempat kerja

Menggunakan sumber tenaga alternatif untuk mengganti petrol dan disel seperti tenaga biomass, tenaga hidro, solar dan lain-lain.

Kerajaan Malaysia telah meluluskan beberapa tindakan drastik bagi menangani masalah jerebu sekiranya indeks IPU mencapai ke tahap tidak sihat antara (101-200). Langkah-langkah drastik tersebut ialah:

(a) Meningkatkan kadar bayaran letak kereta di kawasan bandar, mengurangkan tambang pengangkutan awam, dan mewajibkan perkongsian kereta.

(b) Mengarahkan pihak berkuasa tempatan memastikan semua kawasan kuari menggunakan alat pemancut air untuk mengurangkan debu, manakala industri yang mengeluarkan bahan terampai seperti wap air dan sebatian organik mudah terpeluwap (VOC) mengurangkan pengeluaran bahan tersebut.

(c) Menutup sekolah serta menghadkan kemasukan kenderaan persendirian ke pusat bandar terutama di Lembah Klang apabila IPU mencapai tahap bahaya.

Peraturan dan kaedah Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) merupakan satu langkah awal yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar. Semua projek khususnya industri yang hendak dijalankan mestilah terlebih dahulu menyediakan satu laporan kajian empirikal mengenai kemungkinan kesan yang akan timbul terhadap alam sekitar yang berpunca daripada pelaksanaan projek tersebut.

Penentuan tentang zon sempadan (buffer zones) di antara kawasan industri dengan kawasan perumahan juga telah ditetapkan. Jelas sekali kawasan industri tidak boleh bercampur aduk dengan kawasan kediaman. Zon sempadan mempunyai kelebaran antara 200 meter hingga tiga kilometer bergantung kepada jenis-jenis industri yang hendak dilokasikan. Di dalam kawasan sempadan tersebut perlu dikekalkan dengan tumbuhan asal atau jika tidak ada ia perlu ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan.

Perancangan penempatan sesuatu jenis industri juga mesti mengambil kira aspek topografi sesuatu kawasan. Lokasi sesebuah kilang yang berpotensi mengeluarkan bahan pencemar yang banyak seperti kilang kelapa sawit dan getah tidak dihalakkan diletakkan di kawasan tanah rendah yang biasanya mengalami tiupan angin lemah ataupun ulangan kejadian olak suhu yang tinggi. Ini kerana angin lemah tidak mampu menyerakkan atau memindahkan bahan-bahan pencemaran tersebut ke kawasan yang lebih jauh untuk dibersihkan oleh udara yang lembap atau hujan.

Bagi mengurangkan kadar pencemaran udara yang disebabkan oleh sumber kenderaan kereta motor, langkah-langkah berikut boleh diambil:

(a) Menggantikan enjin dua lejang untuk motorsikal dengan enjin empat lejang. Enjin dua lejang sebenarnya mengeluarkan lebih banyak bahan hidrokarbon tidak terbakar dan karbon monoksida jika dibandingkan dengan enjin empat lejang.

(b) Menggurangkan penggunakan bahan bakar enjin berplumbum untuk kenderaan dengan menggantikannya kepada petrol tanpa plumbum.

(c) Menggantikan kenderaan bermotor yang lama kepada yang baru dengan menggunakan suntikan bahan api yang lebih mesra alam seperti menggantikan kenderaan enjin disel kepada enjin yang menggunakan gas asli.

(d) Menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti bas, komuter, transit aliran ringan (LRT) di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

(e) Merealisasikan kempen berkongsi kereta terutamanya di bandar besar.

Bagi mengatasi masalah pembakaran terbuka, beberapa langkah boleh diambil misalnya mengekalkan larangan sebarang bentuk pembakaran terbuka.

Dalam konteks pelupusan sisa pepejal pula alternatif lain haruslah difikirkan dan tidak semestinya dilupuskan melalui pembakaran semata-mata. Antaranya ialah dengan cara menimbus ke dalam tanah, menjadikannya sebagai baja kompos di samping mengitar semula sisa-sisa pepejal yang terbuang yang mungkin boleh diguna-pakai lagi.

AktivitiSetelah membaca beberapa bahan bacaan yang dicadangkan. Cuba anda isikan pengurusan grafik di bawah untuk mendapat kefahaman yang lebih tekal.

Sub Tajuk 2: Sistem Hidrosfera

Hidosfera terdiri daripada air di lautan, tasik sungai, air bawah tanah dan ais termasuk ais apung (iceberg). Kebanyakkan daripada air tertumpu di lautan yang meliputi kira-kira 71 peratus daripada permukaan bumi. Purata kedalaman lautan ialah 3 790 meter.

Ais apung (iceberg) juga merupakan pembekal kepada air tawar dunia.

Tahukah anda kadar pencairan ais apung di kedua-dua kutub pada ketika ini? Apa akan terjadi sekiranya ais apung terus mencair?Tahukah anda di mana letaknya poin yang paling dalam di lautan? Poin yang paling dalam ialah Chalengger Deep yang dalamnya ialah 11 033 meter di bawah paras laut. Air wujud sebagai wap air, cecair dan pepejal. Kebanyakkan wap air terdapat di atmosfera. Lautan menyimpan kebanyakan air dalam bentuk cecair. Air masin terdiri daripada 97.2 peratus air di dunia, manakala air tawar hanya 2.8 peratus.

Air yang terdapat dalam atmosfera adalah penting. Air tersebut menampung semua organism alam hayat. Ia bukan sahaja membekal air kepada manusia, binatang dan tumbuhan tetapi juga memain peranan dalam proses luluhawa (weathering) dan hakisan. Selain daripada iti air lautan dapat menyederhanakan cuaca dan iklim benua.

Latihan

Sub Tajuk 3 : Sistem Litosfera

Litosfera ialah lapisan bumi yang paling luar. Ia hanya meliputi 30 peratus permukaan bumi. Lapisan ini terdiri daripada kerak bumi dan sebahagian daripada mantel atas. Litosfera berada sekitar 100 hingga 800 meter daripada paras laut. Gunung Everest (8 848 meter) merupakan puncak paling tinggi di dunia, manakala pantai Laut Mati (Dead Sea) pula adalah tanah paling rendah. Ia berada 396 meter di bawah paras laut. Batuan yang terdedah daripada tindakan luluhawa akan menghasilkan tanih. Litosfera penting kerana:

Tanih diperlukan untuk bercucuk tanam dan membekalkan nutrien kepada tumbuhan semula jadi.

Litosfera kaya dengan pelbagai mineral yang dilombong untuk kepentingan manusia.

Tanih menjadi habitat pelbagai hidupan liar.

TAJUK 4GEOGRAFI MANUSIA DAN KAITAN DENGAN ASPEK SOSIAL DAN EKONOMI

Sinopsis

Tajuk ini memperkenalkan konsep Geografi Manusia serta kaitan dengan persekitarannya. Penekanan adalah kepada proses-proses interaksi manusia dengan sumber semulajadi, konsep kependudukan yang mempunyai kaitan dengan kepelbagaian kegiatan ekonomi. Tumpuan juga terhadap aspek pembangunan yang berhubung kait dengan aspek ruang, sosial serta ekonomi semasa dan akan datang. Modul ini diharap dapat membantu pelajar mendapat pemahaman dan kesedaran yang lebih baik terhadap kursus ini.

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Sub Tajuk 1: Sumber

Sumber mempunyai pengertian yang amat luas. Ia boleh ditakrifkan sebagai semua bahan yang bermanfaat dan berguna kepada manusia. Tanggapan terhadap sumber sebagai sesuatu yang memenuhi keperluan manusia berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain dan juga melalui masa. Bahan yang dianggap sebagai sumber oleh sesebuah masyarakat itu, tidak semestinya merupakan sumber kepada masyarakat lain. Begitu juga dengan bahan yang tidak dianggap sebagai sumber pada suatu ketika dahulu, kini sudah menjadi sumber penting kepada keperluan manusia. Perubahan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor utama seperti perubahan dalam teknologi, ekonomi, politik, institusi, amalan sosial dan juga masa. Ketiadaan teknologi canggih pada suatu ketika dahulu telah menyebabkan banyak sumber semula jadi tidak dapat ditemui dan diterokai. Ketiadaan teknologi canggih sedikit masa dahulu menyebabkan banyak bahan sisa atau buangan tidak dikitar semula. Kini, kertas, surat khabar,kotak kertas,tin aluminium bekas minuman, barangan plastik seperti komponen kereta dan sebagainya telah dapat diguna semula melalui proses kitar semula. Di sesetengah negara maju, sampah-sarap tidak lagi dibakar secara terbuka atau dilonggokkan di tempat pelupusan sampah. Tetapi dijadikan sebagai bahan bakar untuk mengeluarkan tenaga elektrik. Begitu juga dengan habuk gergaji yang satu ketika dahulu dibuang begitu sahaja, kini dijadikan bahan mentah dalam perusahaan perabot.

Secara umumnya sumber terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

Rajah 6: Jenis-jenis Sumber

Aktiviti

Sumber Alam

Sumber alam atau sumber asli terbentuk secara semula jadi dan pembentukannya mengambil masa yang terlalu lama. Contohnya pembentukkan petroleum mengambil masa berjuta tahun lamanya. Antara contoh lain semula jadi ialah air, udara, mineral, hutan, dan tanah. Sumber alam amat berguna kepada manusia kerana tanpanya kita tidak dapat memenuhi keperluan kita yang pelbagai.

Sumber alam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

Rajah 7: Kategori Sumber Alam

AKTIVITI rRajah 8: Kategori Sumber

Latihan

1. Jelaskan definisi jenis-jenis sumber.2. Nyatakan contoh bagi setiap kategori jenis sumber.3. Senaraikan kepentingan jenis-jenis sumber kepada manusia.

Keinginan manusia untuk terus maju dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pencapaian ekonomi negara menyebabkan banyak sumber baharu diterokai. Ini menyebabkan pergantungan dan saling kaitan manusia dengan sumber bertambah kuat. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa teknologi ialah pemangkin kepada perubahan tanggapan terhadap sumber dan ini dipercepat lagi dengan kemampuan ekonomi. Teknologi pengairan yang maju dan ekonomi yang kukuh telah menampakkan beberapa buah kawasan kontang yang terbiar suatu ketika dahulu di beberapa negara di Timur Tengah kini telah menjadi kawasan tanaman yang maju lagi produktif.

Sub Tajuk 2 : Penduduk

Konsep Taburan dan Kepadatan Penduduk

Taburan penduduk bermaksud sebaran atau tompokkan penduduk di sesuatu kawasan samada iannya padat, sederhana dan kurang penduduk. Taburan ini adalah tidak sama antara sebuah Negara, negeri atau kawasan dengan Negara, negeri dan kawasan lain.

Peta 1 : Taburan Penduduk Dunia Mengikut Kawasan

SHAPE \* MERGEFORMAT

Mengumpul MaklumatBerdasarkan taburan penduduk dunia, kenal pasti kawasan-kawasan mengikut kepadatanTaburan PendudukKawasan

Kawasan berpenduduk

Padat

Kawasan sederhana

Padat

Kawasan Kurang

Penduduk

Peta 2: Taburan penduduk Asia Tenggara mengikut kawasan

Taburan PendudukKawasan

Kawasan berpenduduk

Padat

Kawasan sederhana

Padat

Kawasan Kurang

Penduduk

SHAPE \* MERGEFORMAT

Mengumpul MaklumatBerdasarkan taburan penduduk Asia Tenggara, kenal pasti kawasan-kawasan mengikut kepadatan.Peta 3 : Taburan Kepadatan Penduduk Malaysia Mengikut Kawasan

Mengumpul MaklumatBerdasarkan taburan penduduk Malaysia, kenal pasti kawasan-kawasan mengikut kepadatan.Taburan PendudukKawasan

Kawasan berpenduduk

Padat

Kawasan Sederhana

Padat

Kawasan Kurang

Penduduk

Rajah 9: Faktor Mempengaruhi Taburan Penduduk

Pertumbuhan Penduduk

Dalam geografi penduduk, istilah pertumbuhan penduduk digunakan dalam erti kata yang meliputi bilangan perubahan penduduk yang mendiami sesuatu kawasan pada masa tertentu, tidak kira sama ada perubahan itu negatif atau positif. Kadar pertumbuhan penduduk dunia yang cepat hanya berlaku dalam pertengahan abad ke-17. Sungguhpun data pertumbuhan penduduk tidak diperoleh, dianggarkan kadar pertumbuhan tahunan penduduk bertambah dua kali ganda di antara tahun 1650 dengan 1850, berganda lagi dalam tahun 1920 dan sejak tahun itu penduduk terus meningkat. Menjelang tahun 1970, kadar pertumbuhan penduduk pada kadar 2.0 peratus setahun. Pertumbuhan tahunan penduduk dunia hari ini dianggarkan melebihi 90 juta orang dan sekiranya kadar ini berterusan, penduduk dunia akan bertambah enam kali ganda dalam jangka masa 100 tahun. Menjelang tahun 2025 dianggarkan penduduk dunia berjumlah 8.5 bilion orang.

Namun begitu tidak semua benua mengalami arah alir kadar pertumbuhan penduduk yang sama. Kadar pertumbuhan penduduk yang mendadak dan pesat banyak dialami oleh benua Asia dan benua Afrika. Trend petumbuhan di benua Asia merupakan separuh daripada pertumbuhan penduduk dunia.

Perbincangan

Kadar pertumbuhan penduduk adalah merujuk kepada satu angka yang dapat menunjukkan suatu arah pertambahan penduduk samada pesat, perlahan, static atau berkurangan di sesebuah Negara pada sesuatu masa tertentu. Angka ini diukur dalam unit peratus atau per seribu orang. Contohnya kadar pertumbuhan penduduk Malaysia pada tahun 2008 adalah 2.3% atau per 1000 = 23/1000 orang penduduk. Negara sedang membangun biasanya mencatat kadar pertumbuhan penduduk yang lebih tinggi berbanding dengan Negara lebih maju.

Kadar pertumbuhan penduduk dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

a) Pertumbuhan semula jadi atau kadar pertumbuhan kasar

b) Pertumbuhan bersih yang mengambil kira perbezaan nilai antara imigrasi dengan emigrasi

Pertumbuhan penduduk di sesebuah negara dikira dengan menggunakan formula:

Kadar pertumbuhan penduduk = Kadar pertumbuhan semulajadi + kadar migrasi bersihKadar pertumbuhan semulajadi = Peratus kadar kelahiran Peratus kadar kematian

Pertumbuhan = Jumlah kelahiran jumlah kematian x 1000

penduduk Jumlah penduduk

Kadar kelahiran = Jumlah kelahiran dalam setahun x 1000

Jumlah penduduk

Kadar kematian = Jumlah kematian dalam setahun x 1000

Jumlah penduduk

Migrasi bersih = Migrasi masuk - Migrasi keluar

Latihan

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia

Hubung kait Antara Penduduk dan Sumber

Manusia sebagai pengguna kepada sumber semulajadi akan cuba menggunakan pelbagai cara terhadap alam sekitar. Seringnya manusia akan bertindak terhadap apa jua sumber seperti tanah-tanih, air, hutan, air dan sebagainya. Penerokaan terhadap kepelbagaian sumber ini secara tidak langsung telah mewujudkan pengubahan ke atas system alam sekitar fizikal yang member impak ke atas alam sekitar. Sejak bermulanya manusia, sumber merupakan sesuatu yang amat penting, tanpa sumber alam, manusia tidak dapat meneruskan kehidupan begitu juga dengan pembangunan ekonomi, tanpa sumber yang mencukupi pembangunan ekonomi sesebuah Negara akan terbantut. Sumber mempunyai pelbagai kepentingan kepada manusia, contohnyanya sumber air. Sumber air sangat penting bagi kegunaan domestic, pertanian, perindustrian, kuasa hidroelektrik, pengangkutan, sumber makanan dan protein serta sebagainya

Sub Tajuk 3: Kegiatan Manusia dan Pembangunan Ekonomi

Pembangunan ekonomi adalah melibatkan pelbagai kegiatan manusia yang meliputi sektor pertanian, perikanan, perhutanan, perlombongan, perindustrian dan perkhidmatan Adakah anda fikir negara kita akan berada di tahap ini sekiranya sektor-sektor tersebut tidak diuruskan dengan baik? Setiap sektor ini sebenarnya mempunyai isunya yang tersendiri. Fokus pertama dalam topik ini adalah berkisarkan sektor pertanian, perikanan dan perhutanan. Aspek-aspek yang akan dibincangkan ialah ciri-ciri, isu dan masalah, dampak terhadap sumber dan alam sekitar dan kajian kes di Malaysia. Fokus kita yang kedua pula adalah terhadap kedudukan industri perlombongan dan jenis industri dalam ekonomi negara-negara dunia, perubahan penggunaan sumber tenaga dan mineral kerana faktor penduduk, teknologi, ekonomi dan sosial dan dampak perlombongan dan perindustrian terhadap alam sekitar. Seterusnya kita akan membincangkan jenis-jenis industri perkhidmatan dan sumbangan kepada ekonomi negara serta proses perbandaran.

Perbincangan

Anda dikehendaki membuat pembacaan dan nota ringkas tentang elemen-elemen yang dinyatakan bagi setiap jenis kegiatan ekonomi dibawah.

Rajah 10: Jenis Kegiatan Ekonomi

Pertanian, Perikanan dan Perhutanan

Pertanian, perikanan dan perhutanan merupakan antara aktiviti ekonomi utama dalam sektor primer. Pertanian dijalankan menggunakan sumber tanah yang subur, perikanan menangkap sumber hidupan akuatik marin dan perhutanan pula mengeksploitasi kawasan hutan. Kemajuan dan perkembangan aktiviti tersebut boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sumber alam yang berkaitan hingga ke satu tahap kehabisan atau kepupusan.

Ciri-ciri, Isu dan Masalah Pertanian, Perikanan dan Perhutanan

(a) PertanianSebelum revolusi perusahaan, lebih kurang 90% daripada penduduk dunia adalah petani. Pada masa itu, pertanian merupakan sumber pendapatan utama penduduk. Pada zaman ini, hanya di kawasan Tropika sahaja masih terdapat ramai penduduk yang masih terlibat dalam bidang pertanian. Contohnya seperti di Filipina, Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Kemboja. Di Malaysia, pertanian melibatkan aktiviti menghasilkan tanaman dan juga ternakan.

Jenis-jenis Sistem PertanianTerdapat empat jenis sistem pertanian yang dijalankan disesebuah negara.

Rajah 11: Jenis-jenis Sistem Pertanian

Pertanian PindahPertanian pindah juga dikenali sebagai pertanian sara diri. Pertanian pindah biasanya dijalankan di kawasan pedalaman di lereng-lereng bukit terpencil atau di tanah-tanah tinggi. Pertanian ini dikenali dengan pelbagai nama mengikut Negara. Keluasan tanah adalah kecil iaitu antara 0.5 - 1.0 hektar. Jenis tanaman yang sering di tanam adalah tanaman yang kaya dengan karbohidrat seperti sekoi dan jagung. Pelbagai cara seperti gabungan kegiatan memburu dan memungut disertai dengan penanaman pelbagai tanaman berubi dan bijirin diusahakan. Hasil pertanian adalah untuk keperluan petani dan keluarganya sahaja. Jika ada lebihan, hasil tersebut akan ditukarkan dengan keperluan lain seperti parang dan cangkul. Kerja-kerja menanam adalah primitif dan menggunakan alat mudah seperti tugal.

Pertanian Sara Diri IntensifPertanian ini dijalankan secara giat setempat untuk keperluan keluarga dan lebihan hasil akan dijual. Jenis pertanian ini adalah lebih maju berbanding dengan pertanian pindah. Keluasan tanah adalah kecil iaitu antara satu hingga 1.5 hektar sahaja. Namun begitu, hasil pengeluaran setiap unit tanah adalah agak tinggi. Pertanian ini merupakan sistem pertanian yang paling maju di Asia seperti di Negara Vietnam, Thailand dan Malaysia. Pertanian ini terdiri daripada tanaman monokultur iaitu penanaman padi sawah sahaja di atas tapak yang sama tetapi berbeza dari segi musim dan tanaman multikultur iaitu tanaman padi sawah dengan tanaman jagung, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pertanian Pekebun KecilPertanian pekebun kecil bersifat separuh komersial, campuran antara hasil perkebunan untuk jualan dengan hasil untuk diguna oleh keluarga. Pertanian jenis ini merupakan pertanian bukan bijirin. Ia melibatkan campuran pertanian tradisional dan moden. Jenis tanaman jualannya adalah seperti kelapa sawit, getah dan tanaman buah-buahan dan lain-lain. Jenis pertanian ini berselerak di kawasan perkampungan tradisional yang dimiliki individu mengikut lokasi tanah masing-masing dengan keluasan tanah adalah kurang daripada 40 hektar (100 ekar) atau 10 hektar. Sistem pertanian berkelompok ini sangat popular di Malaysia.

Perladangan EkstensifPerladangan ekstensif ini bersifat komersial sepenuhnya, berskala besar, kos tinggi, pengurusan sistematik, berorientasikan pasaran dan keuntungan. Di Malaysia perladangan ekstensif ini dimiliki oleh kerajaan (FELDA, FELCRA) dan pelabur asing (Guthrie). Lokasi perladangan ekstensif ini biasanya terletak di kawasan hutan yang diteroka secara besar-besaran. Contohnya seperti di KEJORA iaitu di kawasan Tenggara Johor. Dari segi modal dan pemilikan, modal besar digunakan dalam membiayai kos pengurusan, penyeliaan, gaji buruh, pembelian dan penjagaan jentera serta kos pembangunan dan penyelidikan (R&D). Keluasan kawasan ladang adalah melebihi 40 hektar (100 ekar). Jenis perladangan ini juga dikenali sebagai pertanian dagangan. Hasil pertanian ladang adalah seperti getah, koko, lada hitam dan hasilnya dijual sama ada di dalam negara atau di luar negara. Jenis tanaman adalah bersifat monokultur. Tenaga buruh juga digunakan dalam semua peringkat bermula dari kerja pembersihan tapak ladang, kerja pembajaan, penanaman, penjagaan, pengutipan hasil dan penghantaran ke kilang. Jenis pertanian ini di uruskan secara korporat, sistematik dan moden, mementingkan ciri-ciri keuntungan. Contohnya seperti FELDA.

Layari Internet dan lengkapkan jadual dibawah:

Ciri-ciri

PertanianPertanian Sara diriPertanian Kebun KecilPertanian Komersial atau Ladang

PeralatanTradisional cangkul, binatang dll

ModalSederhana, milik keluarga

Hasil Keluaran

TeknologiTeknologi moden

Tenaga buruh

Isu / Masalah PertanianTerdapat beberapa masalah yang timbul sebenarnya akibat daripada pelbagai aktiviti pertanian. Antara masalah-masalahnya adalah seperti yang dapat anda lihat dalam Rajah dibawah:

Rajah 12 : Masalah-masalah Utama Kegiatan Pertanian

Masalah Ancaman FizikalNegara-negara Asia Pasifik yang beriklim tropika lembap dan khatulistiwa sering mengalami bencana alam seperti banjir, letupan gunung berapi, serangan perosak serta penyakit tanaman. Contohnya di Malaysia, ancaman banjir yang sering berlaku pada bulan November hingga Mac akibat daripada tiupan angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat ke pantai timur Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri-negeri Terengganu dan Kelantan.

Masalah TanahTerdapat masalah-masalah tanah yang menyebabkan produktiviti pertanian merosot. Antaranya ialah saiz tanah yang tidak ekonomik atau saiz tanah terlalu kecil. Amalan pecahan tanah secara pusaka menyebabkan tanah luas menjadi semakin kecil sehingga tidak berekonomi untuk mengerjakannya dengan cara moden dan secara sistematik. Purata keluasan tanah pertanian setiap individu adalah antara 1 hingga 1.5 hektar sahaja.

Masalah Kekurangan ModalKos pengeluaran yang semakin meningkat telah menjadi halangan utama bagi petani-petani yang miskin untuk memajukan sektor pertanian mereka. Kebanyakan daripada dan kebun kecil mengalami kemelut modal untuk membeli barang-barang keperluan pertanian moden seperti jentera, racun serangga, baja-baja kimia dan membayar kos-kos pemasaran dan pengangkutan.

Masalah Tenaga BuruhKekurangan tenaga buruh berpunya daripada sikap penduduk tempatan dan pengaliran buruh dari sektor pertanian kepada sektor perindustrian yang dianggap member pendapatan yang lebih baik. Kekurangan berlaku samada dalam sektor perladangan atau pun kebun kecil. Keadaan ini memaksa kerajaan membawa masuk tenaga buruh asing terutama untuk bekerja dalam sektor perladangan. Kekurangan tenaga buruh menyebabkan sektor ini tidak dapat dimajukan sepenuhnya.

Masalah Ketidakstabilan Harga HasilSejak sekian lama harga hasil pertanian mengalami turun naik yang ketara berbanding dengan produk dalam bidang perindustrian. Harga hasil pertanian sukar untuk ditentukan kerana ia dikawal oleh mekanisme pasaran antarabangsa. Sifatnya yang anjal menjadikan harganya sukar dikawal, saingan barangan tiruan, ancaman perlambakan serta kempen memburukkan barangan pertanian menjadikan harganya selalu tidak tetap.

Kegiatan pertanian juga mempengaruhi alam sekitar dari segi mengakibatkan perubahan landskap fizikal, pendedahan permukaan bumi secara terus, kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti), perubahan suhu mikro atau pemanasan setempat, mengganggu kestabilan kitar hidrologi, pencemaran udara, jerebu dan pencemaran air sungai.

(i) Perubahan landskap fizikal serta pendedahan muka bumi secara terus.

Perubahan landskap fizikal ialah hutan semulajadi bertukar kepada hutan tanaman, hutan primer bertukar menjadi hutan sekunder, permukaan tanah menjadi terdedah dan gondol. Di negara Malaysia, proses penyahhutanan amat ketara di mana pada tahun 1970an, perladangan kelapa sawit dan getah berlaku serentak dengan pelaksanaan skim pembangunan wilayah seperti di JENGKA, KETENGAH dan DARA.

(ii) Kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti)

Hutan yang dibersihkan untuk tujuan kegiatan pertanian akan menyebabkan spesies flora dan fauna diancam kepupusan kerana kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti). Perubahan suhu mikro atau pemanasan setempat seterusnya mengganggu kestabilan kitaran hidrologi Fungsi hutan semula jadi adalah untuk menyederhanakan suhu sekitar dengan mengekalkan peratus kelembapan udara. Ketika hutan dimusnahkan untuk kegiatan pertanian, maka proses sejat peluhan pokok-pokok akan terganggu. Akibatnya suhu sekitar akan meningkat yang dapat mewujudkan fenomena pemanasan setempat. Ini juga akan mengganggu kestabilan kitaran hidrologi.

(iii) Pencemaran udara , jerebu dan pencemaran air sungai

Kegiatan pertanian juga boleh menyebabkan terjadinya pencemaran udara akibat pembakaran dan penebangan pokok-pokok terutama bagi pembukaan ladang-ladang baru yang secara tidak langsung menyumbang kepada kejadian jerebu. Pembukaan kawasan ladang bagi tujuan penanaman kelapa sawit di Sumatera, Indonsia misalnya sering kali mengakibatkan kejadian jerebu. Pendedahan kawasan ini kepada tindakan air hujan mengakibatkan tanahnya terhakis dan mengundang kepada masalah pencemaran sungai. Penggunaan racun serangga perosak dan baja kimia yang keterlaluan telah dibawa oleh aliran air bawah tanah menghala ke sungai, paya, kolam, tasik dan sebagainya menyebabkan pencemaran terhadap ekosistem akuatik.

Walau bagaimana pun kegiatan pertanian adalah penting kerana kegiatan ini telah membantu kewujudan beberapa industri pembuatan berasaskan kepada hasil pertanian sebagai bahan mentah. Dengan penghasilan pertanian secara besar-besaran, hasil pertanian dapat diproses, dijadikan barang siap dan separuh siap contohnya mengilang padi dan gandum, industri memproses kelapa kering, getah, minyak kelapa sawit dan lain-lain lagi. Selepas Perang Dunia Kedua, Negara-negara di kawasan penjajah mula membangunkan industri berasaskan kepada pertanian sama ada dari segi penggantian import, sebagai sumber pendapatan atau memberi peluang pekerjaan. Dengan perkembangan pertanian terutamanya sektor perladangan, industri perkhidmatan mula digerakkan. Contohnya pengangkutan dan perkhidmatan insuran, ejen import dan eksport, pembelian dan pemasaran dan barangan pertanian mula bertambah penting terutamanya di negara-negara yang mengeluarkan tanaman jualan untuk eksport.

(b) Kegiatan Perikanan

Perikanan merupakan sektor ekonomi yang penting di rantau Asia Pasifik kerana sebahagian daripadanya dikelilingi oleh Lautan Pasifik yang terdiri daripada sumber-sumber perikanan. Tambahan lagi, ikan merupakan sumber protein utama penduduk Asia Pasifik. Kegiatan perikanan maju di negara-negara Asia Pasifik seperti Thailand, China dan Jepun. Di Malaysia, tahap kemajuan kegiatan perikanan masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara Thailand dan Jepun.

(i) Jenis-jenis Kegiatan PerikananPerikanan terbahagi kepada tiga jenis.

Rajah 13: Jenis Kegiatan Perikanan

Perikanan Pinggir PantaiPerikanan pinggir pantai merupakan aktiviti menangkap ikan yang tidak lebih daripada 32 km dari pinggir pantai. Ia juga dilakukan di kawasan laut cetek yang kedalamannya tidak lebih daripada 180 m (pentas benua). Perikanan jenis ini dilakukan di Laut China Selatan, Selat Melaka serta Selat Tebrau dan dijalankan oleh nelayan-nelayan kecil. Kegiatan perikanan pinggir pantai biasanya menggunakan bot-bot kecil, bubu, pukat hanyut, pukat tarik dan sebagainya. Hasil tangkapan perikanan laut dalam adalah kecil dan sedikit untuk sara diri atau dijual yang merupakan sumber pendapatan nelayan-nelayan pinggir pantai. Kebanyakan para nelayan adalah miskin dan tidak mempunyai modal yang cukup untuk mengusahakan aktiviti perikanan secara besar-besaran. Di Malaysia, kerajaan menyediakan bantuan modal, subsidi bot dan pukat sebagai langkah membantu nelayan mengusahakan aktiviti perikanan tanpa bergantung kepada orang tengah.

Perikanan Laut DalamPerikanan laut dalam dijalankan di Lautan Pasifik, Lautan Atlantik dan Lautan Hindi. Jarak dari pantai ialah tidak lebih daripada 32 kilometer dan tidak melebihi 180 meter dalamnya. Di Malaysia, lokasi pendaratan ikan laut dalam adalah di pelabuhan-pelabuhan perikanan seperti Tok Bali (Kelantan), Tanjung Api (Kuantan, Pahang) dan Kuala Kemaman (Terengganu). Peralatan yang digunakan adalah lebih moden seperti bot besar dan kapal yang beratnya lebih kurang 200 tan serta lengkap dengan sistem telekomunikasi canggih, radar pengesanan ikan, pukat harimau, pukat tunda, kemudahan dingin beku dan kemudahan memproses. Pelbagai jenis ikan ditangkap seperti ikan tuna, tenggiri dan sebagainya. Hasil tangkapan adalah banyak dan dilakukan secara besar-besaran. Hasilnya dijual atau dieksport ke luar negara atau diproses dalam industri pengetinan ikan seperti ikan sardin.

Perikanan Air TawarJenis perikanan air tawar dijalankan di dalam sungai, kolam dan sawah padi. Kawasan popular di negara Malaysia adalah seperti di Mercang dan Kuala Setiu di Terengganu, Temerloh di Pahang dan Mersing di Johor. Ternakan yang biasanya dipelihara ialah ikan patin, karp, talapia, udang galah dan sebagainya. Bagi kegiatan marinkultur pula, ternakan yang dipelihara pula ialah seperti ikan siakap, udang harimau, ketam dan sebagainya. Kaedah moden sering digunakan seperti kolam buatan, ternakan dalam sangkar atau ternakan dibiak secara khusus seperti mengasingkan ikan mengikut saiz dan umur. Jenis perikanan ini diusahakan oleh sector swasta menggunakan modal yang besar seperti ternakan udang harimau di Rompin untuk dieksport. Antara ikan yang dieksport adalah seperti ikan siakap, udang harimau dan kerapu.

Isu / Masalah PerikananSejak akhir-akhir ini, masalah perikanan semakin meruncing. Ini kerana kecuaian dan sikap manusia sendiri. Sekiranya masalah ini tidak dikawal dari awal, pelbagai masalah akan timbul pada masa hadapan. Tidak mustahil sekiranya ikan-ikan yang mana merupakan sumber protein kepada kita semua akan kehabisan suatu masa nanti. Masalah-masalah yang dihadapi oleh sektor perikanan adalah seperti masalah laluan perkapalan dunia, tangkapan yang berlebihan, pencemaran air, penggunaan pukat atau teknik tangkapan, pencerobohan nelayan asing, ancaman sumber lain dan perluasan zon ekonomi eksklusif (EEZ-Exclusive Economic Zone)

Tangkapan BerlebihanPada suatu masa dahulu, manusia berpendapat bahawa sumber laut tidak akan pupus. Namun yang nyata sekarang ialah jumlah ikan dan hasil laut lain semakin berkurangan. Mungkin pada satu masa nanti, jumlah tangkapan ikan menjadi lebih tinggi berbanding dengan jumlah pembiakan. Contohnya di barat laut Atlantik, pada tahun 1960an, oleh kerana tangkapan ikan kod keterlaluan, maka sekarang jumlah tangkapan hanya tinggal 1/3 daripada anggaran kemungkinannya.

Pencemaran AirPencemaran air sungai dan air laut dengan lumpur yang berlebihan berlaku akibat daripada hakisan tanah dan bahan kimia beracun daripada kegiatan pertanian, kilang perusahaan, pembuangan dari bandar dan tumpahan minyak dari kapal. Pencemaran sebegini telah memusnahkan kawasan pembiakan ikan.

Penggunaan Pukat atau Teknik TangkapanTangkapan ikan berlebihan menggunakan pukat seperti pukat harimau adalah diharamkan. Ini kerana ia boleh mengakibatkan banyak ikan yang masih muda ditangkap atau mati. Pada masa jangka panjang, perbuatan ini akan merugikan sektor perikanan.

Perluasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ Exclusive Economic Zone)Pada tahun 1970an, kebanyakan negara mengisytiharkan 370 km (200 batu nautika) dari pantainya adalah had zon ekonomi eksklusif negara mereka. Namun begitu, terdapat negara- negara lain yang meluaskan sempadan perairannya kerana kepentingan ekonomi atau kerana ingin memiliki sumber ikan atau sumber minyak. Di negara-negara Kanada dan Amerika Syarikat, perebutan dan pertindihan kawasan menangkap ikan dan pencerobohan ke kawasan tangkapan ikan telah menyebabkan konflik. Kadang kala berlaku kekecohan di antara pengawal pantai dan juga nelayan.

Akibat daripada aktiviti perikanan adalah kesan-kesan terhadap alam sekitar seperti kemusnahan habitat atau kawasan pembiakan, kepupusan sumber perikanan, pencemaran dan kemusnahan ekosistem paya bakau.

(i) Kemusnahan habitat atau kawasan pembiakan.Penggunaan pukat harimau, pukat tunda dan pukat apollo bukan sahaja menyebabkan semua spesies ikan ditangkap tetapi turut mengaut dan memusnahkan kawasan terumbu karang yang merupakan habitat ketam, sotong, udang dan ikan. Kemusnahan ini akan merosakkan rantaian makanan marin, kawasan pembiakan dan penghijrahan spesies ikan ke habitat lain atau ke lautan lain.

(ii) Kepupusan sumber perikananSumber perikanan menjadi pupus kerana kadar tangkapan ikan secara berterusan melebihi had, kaedah tangkapan seperti penggunaan pukat harimau dan pukat tunda yang mengambil semua saiz dan jenis ikan. Penggunaan pukat tunda di pesisir pantai (kawasan pembiakan ikan) memusnahkan habitat akuatik. Bagi perikanan air tawar pula, kepupusan sumber-sumber perikanan berlaku kerana aktiviti menuba (menggunakan racun) dan penggunaan kuasa elektrik untuk menangkap ikan di kawasan kolam, sungai, tasik dan kawasan paya.

(iii) PencemaranPencemaran air laut terjadi apabila terdapat pembuangan sisa-sisa ikan yang tidak diperlukan, air pembersihan bot, sisa domestic dari petempatan nelayan. Bot-bot yang rosak dan tidak digunakan yang dibiarkan tersadai dan reput di tepi pelabuhan atau muara sungai boleh menyebabkan pencemaran fizikal dan kualiti air laut.

(c) Kegiatan Perhutanan

Di dunia kita ini terdapat beberapa jenis hutan semula jadi. Antara contohnya ialah hutan konifer, hutan hujan tropika, hutan monsun tropika dan hutanpadang rumput hawa sederhana. Ciri-cirinya berbeza-beza di antara satu sama lain kerana faktor-faktor iklim, tanih dan saliran. Hidupan liar yang mendiami kawasan hutan yang sesuai dengannya juga berbeza-beza.

Isu / Masalah Perhutanan

Fenomena PenyahhutananPenyahhutanan bermaksud penghapusan hutan secara besarbesaran dengan pelbagai cara dan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk pembalakan, pembukaan kawasan ladang, pembinaan kawasan petempatan dan industri mahu pun untuk projek hidroelektrik. Kesannya ialah permukaan bumi tergondol dan terdedah. Fenomena ini berlaku di negaranegara maju dan di negara-negara sedang membangun.

Kegiatan perhutanan juga meninggalkan beberapa kesan terhadap alam sekitar seperti kekurangan sumber makanan, kegiatan ekonomi terjejas, kehilangan kesuburan tanah, fenomena kesan rumah hijau dan bekalan air berkurangan.

(i) Kekurangan sumber makanan

Ini berlaku terutamanya bagi masyarakat orang asli yang bergantung 100% kepada hasil-hasil hutan.

(ii) Kegiatan ekonomi terjejas

Industri perabot, kayu dan kraf tangan akan terjejas apabila pokok-pokok balak seperti meranti, seraya, keruing, cengal dan lain-lain yang berharga musnah akibat proses penyahhutanan. Secara tidak langsungnya pendapatan per kapita penduduk dan pendapatan Negara berkurangan.

(iii) Fenomena kesan rumah hijau

Oleh kerana manusia tidak selesa kerana kepanasan, maka produktiviti pertanian makanan seperti padi sawah akan terjejas.

KTIVITI 8.3

MAK KENDIRI 8.

(d)Perlombongan dan Perindustrian

Sektor perlombongan adalah penting kepada penduduk dan pembangunan sosioekonomi sesebuah negara. Antara kepentingan dan sumbangan kegiatan perlombongan kepada penduduk dan negara adalah seperti berikut:

Sumbangan kepada pendapatan eksport negaraPetroleum mentah yang dieksport menghasilkan pendapatan lumayan Malaysia. Contohnya pada tahun 2000, petroleum telah menyumbang kira-kira RM14.2 bilion kepada pendapatan eksport Malaysia, manakala gas asli menyumbang sebanyak RM11.3 bilion dan bijih timah hampir RM0.4 bilion. Secara keseluruhannya, sector perlombongan menyumbang hampir 6.6% daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Peluang pekerjaan kepada pendudukDalam sektor perlombongan, banyak peluang pekerjaan tersedia ada seperti ahli geologi petroleum, jurutera, ahli oseanografi, juruteknik, buruh dan pegawai tadbir. Kesan daripada peluang pekerjaan berkenaan,maka kadar pengangguran penduduk akan berkurangan. Contohnya pada tahun 2000, 41,200 peluang pekerjaan diwujudkan di mana 39,900 terlibat dengan sektor perlombongan dan 12,000 terlibat dalam perlombongan bijih timah.

Mengalakkan pemindahan teknologi dan kepakaranSektor perlombongan juga menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran seterusnya membantu perkembangan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam negara. Usaha penyelidikan dan pembangunan terutamanya HITECH yang sering kali dilaksanakan oleh Petronas cuba mengesan dan mengkaji sumber serta teknik baru bagi menghasilkan produk berkualiti. Contohnya teknologi seismik dan satelit digunakan untuk mengesan lokasi medan petroleum.

Dampak Perlombongan dan Perindustrian Terhadap Alam Sekitar

Bagi sesebuah negara, perlombongan dan perindustrian banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara. Banyak negara maju kerana kemajuan dalam perindustrian. Walau bagaimanapun, aktiviti perlombongan dan perindustrian juga menyumbang kepada kesan negatif terhadap alam sekitar. Aktiviti perlombongan telah meninggalkan banyak lombong-lombong terbiar terutamanya di Taiping dan di sekitar Kuala Lumpur. Walaupun begitu, sekarang sudah ada usaha memajukan kawasan bekas lombong dengan ternakan ikan dan itik atau dijadikan kawasan rekreasi.

Kesan kedua ialah kehilangan tanah subur untuk pertanian. Proses pengasingan galian daripada keladak, lumpur, pasir dan benda-benda asing lain telah menyebabkan pencemaran air sungai di bahagian hilirnya. Kejadian tanah runtuh juga boleh berlaku di kawasan-kawasan perlombongan apabila hujan turun dengan lebatnya. Tumpahan minyak di pelantar minyak oleh kapal-kapal tangki juga telah banyak menyebabkan kemusnahan dan kematian hidupan laut.

Dampak perindustrian tersebut mungkin disebabkan secara langsung daripada proses perindustrian itu sendiri seperti kilang memproses kelapa sawit dan getah atau pun secara tidak langsung. Contohnya yang secara tidak langsung ialah seperti pembuangan barangan plastik, pembuangan bateri-bateri lama d