4.2 penyoalan

download 4.2 penyoalan

of 13

description

yoalan

Transcript of 4.2 penyoalan

PowerPoint Presentation

PEMBELAJARAN BERASAKAN PROJEK DALAM MATAPELAJARAN SEJARAH(SJH3073)NAMA PENSYARAH : ENCIK EMYZUL BIN ISMAILDISEDIAKAN OLEH : WAK SURAINA A/P JIMI & SAHIRA A/P LIM LAUN HOWKELAS : PISMP 4APENYOALAN

1Apa itu penyoalan?Definisi penyoalanPenyoalan ialah satu perihal atau perbuatan menyoal atau menyoalkan sesuatu perkara kepada individu lain. (Dewan Bahasa dan Pustakan : http://goo.gl/7mbhic )

Prinsip-Prinsip Panduan Penyoalan

Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancangSoalan-soalan hendaklah bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajarPerkataan atau istilah yang hendak digunakan haruslah boleh difahami oleh pelajarBeri peluang kepada pelajar untuk memikirkan jawapanKemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja.Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid.Bentuk soalan hendaklah berubah-ubah untuk menarik perhatian murid.Soalan yang dibentuk harus mampu mendorong pelajar untuk berfikirSoalan hendaklah ringkas dan jelas.Ciri-ciri soalani. PengetahuanSoalan-soalan berbentuk pengetahuan merupakan soalan yang dapat mencerna ingatan mudah. Kategori soalan jenis ini perlulah dipilih oleh guru terutamanya ketika menyampaikan tajuk, topik atau idea baru kepada pelajar.

ii. PemahamanSetelah didedahkan dengan sesuatu konsep dan pengetahuan, guru seharusnya menyoal soalan-soalan yang berbentuk pemahaman. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dalam dimensi memahami atau kegiatan memaham.

iii. AplikasiSeterusnya ciri-ciri soalan yang berikut ini melibatkan penggunaan informasi yang diberikan kepada pelajar. Soalan-soalan aplikasi bertujuan untuk membantu pelajar menggunakan pengetahuan menerusi informasi-informasi yang disalurkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

iv. AnalisisCiri-ciri soalan analisis ialah soalan bentuk ini berfungsi untuk memisahkan idea. Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar akan dikemukakan dengan soalan-soalan menganalisis dan guru perlulah berhati-hati agar pelajar dapat mengikuti isi pembelajaran dan menggunakan semua kemahiran yang diterapkan kepada mereka.

v. SintesisSoalan sintesis merupakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar mencantum dan mewujudkan suatu idea baru menerusi maklumat awal yang didedahkan kepada mereka. Kemahiran ini juga menghendaki kemahiran yang tinggi di mana guru dapat membimbing pelajar sehingga mereka mampu mensintesis maklumat.

vi. MenilaiPada peringkat yang paling tinggi, soalan berbentuk menilai akan diberikan kepada pelajar. Menilai bermakna pelajar harus dapat membuat dan juga mempertahankan justifikasi mereka.

Kategori soalani. Soalan-soalan mengikut urutan (First-Order Question)Soalan bentuk ini adalah soalan mudah yang biasa digunakan. Soalan ini dikatakan mengikut urutan kerana ia mengikut urutan pendedahan maklumat yang diberikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ii. Soalan-soalan mencungkilSoalan-soalan mencungkil merupakan jenis soalan yang dapat mencungkil pengetahuan pelajar secara beransur-ansur. Teknik ini juga menghendaki guru untuk menghasilkan soalan-soalan yang kreatif serta jelas dan mudah agar pelajar tidak berasa bosan.

iii. Soalan-soalan terbukaSoalan-soalan terbuka merupakan bentuk soalan bebas yang berupaya menilai keupayaan dan pengetahuan pelajar. Di samping itu pelajar juga boleh menyoal guru sebaliknya bagi tujuan mendapatkan kepastian dan penjelasan lebih lanjut. Tindak balas seperti ini adalah sesuatu yang diharapkan agar guru dapat mengenal pasti kedudukan pemahaman pelajar.

iv. soalan-soalan bercapahSoalan-soalan bercapah merupakan soalan yang mampu menjana pemikiran secara meluas. Soalan-soalan yang subjektif akan membantu pelajar meluaskan skop pemikiran dan ini sangat penting bagi mereka.Kepentingan penyoalanTeknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam pengajaran guru.

2.2. Hampir semua proses p & p melibatkan penggunaan teknik menyoal.

2.3. Dalam set induksi kemahiran penyoalan digunakan untuk membantu pelajar

mengingat kembali pengetahuan lepas.

2.4. Dalam peringkat perkembangan kemahiran penyoalan adalah untuk

mencungkil fikiran pelajar.

2.5. Di peringkat penutup, kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai

pencapaian objektif pelajaran.

Penyoalan dapat mencungkil pemikiran pelajar tentang apa yang mereka tahu,bagaimana mereka tahu (refleksi kritikal), dan berfikir tentang apa yang mereka fikir (metacognition). Di samping itu, melalui penyoalan guru dapat mencungkil kecenderungan pelajar dalam pemikiran dan bagaimana pelajar berkolaborasi dengan pelajar lain semasa proses pembelajaran. Peranan guru dalam menyediakan soalan projekguru perlu menstrukturkan tugasan serta soalan-soalan yang terlibat agar murid tidak terpesong jauh daripada objektif pembelajaran yang dirancang. Untuk memastikan murid dapat melaksanakan projek dengan baik, guru disarankan untuk menyediakan rubrik panduan melaksanakan projek dan diberikan kepada murid. Terdapat dua jenis rubrik (analitik dan holistik) dan terpulanglah kepada guru, rubrik manakah yang hendak digunakan berdasarkan kepada tujuan penilaian.Bentuk penyoalan dalam projekSoalan utamaSoalan UnitSoalan isi kandunganRujukanhttp://gurukreatifmuridaktif.blogspot.com/2011/05/alat-berfikir-soalan-dan-penyoalan.htmlhttp://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2012/07/kaedah-projek.html