49790376 Contoh Teks Forum Remaja

download 49790376 Contoh Teks Forum Remaja

of 2

Transcript of 49790376 Contoh Teks Forum Remaja

  • 7/29/2019 49790376 Contoh Teks Forum Remaja

    1/2

    Teks Forum Remaja

    1. Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil alamiin, wassolatu wassalaamu

    alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ala alihi wa sohbihi ajmaiin.

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam

    1 Malaysia.

    Warga dewan sekalian,

    Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat

    kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum bersama saya Nur Arif Shah Bin Ramli selaku

    Moderator pada pagi/petang yang berbahagia ini.

    Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini,

    2. Saya ingin maklumkan di sini bahawa forum kita pada kali ini akan mengupas tentang teori yang

    diperkenalkan oleh Lev Vygotsky.

    3. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan

    dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan

    sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini.

    Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, Ayu Berbaju kurung saudara/saudari

    Jumaiah Binti Abul yang merupakan Pensyarah dari USM . Apa khabar saudari?

    Panel Pertama : Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana?

    Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga.

    Seterusnya ahli panel kedua, saudari/saudara Alice Ngu Li Ging, iaitu Pegawai Komunikasi di

    Pusat Asuhan Kanak-kanak Seri Kenanga. Selamat datang saudari.

    Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara Shobana a/p

    Prabhakaran. Selamat datang juga buat saudari.

    Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah

    sebenarnya yang dimaksudkan dengan Zon Perkembangan proksimal yang diperkenalkan oleh

    lev Vygotsky itu sendiri .

    4. Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi.

    Sekarang saya ingin bertanya pula kepada panel yang kedua . bolehkah saudari menjelaskan

    apakah yang dimaksudkan dengan teori konstruktivisme ?

  • 7/29/2019 49790376 Contoh Teks Forum Remaja

    2/2

    5. Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas sebentar tadi.

    Tanpa membuang masa marilah kita terus kepada panel kita yang ketiga. Soalan saya ialah

    apakah pula yang dimaksudkan dengan scaffolding kerana saya yakin masih ramai lagi d i antara

    penonton-penonton yang masih samar-samar dengan teknik scaffolding ini.

    6. Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ahli-ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi

    menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk

    telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir

    mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar

    perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).

    Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi:

    Tuailah padi antara masak,

    Esok jangan layu-layuan;

    Intailah kami antara nampak,

    Esok jangan rindu-rinduan.

    Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya

    yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya

    daripada kekhilafan diri kami sendiri.

    Wallahualam.

    Saya akhiri forum kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.

    Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh