4D-Prospek Perniagaan

download 4D-Prospek Perniagaan

of 9

Transcript of 4D-Prospek Perniagaan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

Prospek Perniagaan Kendalian Mahasiswa di Dalam Kampus: Analisa Berdasarkan Kes Universiti Kebangsaan MalaysiaAhmad Raflis Che Omar Khaidzir Hj Ismail Hj Jumali Hj Selamat

Abstrak Penerapan ilmu dan kemahiran keusahawanan menerusi program latihan bersifat hands-on atau pembelajaran menerusi perlaksanaan aktiviti perniagaan sebenar telah banyak disaran oleh pakar-pakar keusahawanan. Fokus utama diberikan terhadap usaha melahirkan lebih ramai graduan yang berupaya menjadi usahawan tulen yang berjaya. Latihan keusahawanan yang dijalankan dalam bilik darjah atau menerusi siri seminar dan bengkel akan lebih berkesan sekiranya para peserta diberikan peluang yang lebih luas mempraktikkan ilmu yang dipelajari menerusi penubuhan perniagaan kendalian mereka sendiri. Di Malaysia, program latihan keusahawanan siswa telah dijalankan di Malaysia sejak sedekad yang lalu secara serius oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Pengajian Tinggi menerusi beberapa program seperti Kursus Asas Keusahawanan Siswa, Latihan Keusahawanan Siswa dan Program Pembudayaan Keusahawanan. Namun, ia akan lebih berkesan sekiranya para pelajar di Universiti diberi ruang menjalankan perniagaan sendiri di dalam kampus. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan mengupas potensi prospek pembangunan perniagaan kendalian usahawan siswa di kampus Universiti berdasarkan analisa kes di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian mendapati, terdapat beberapa bentuk perniagaan runcitan tertentu sahaja yang mendapat permintaan daripada warga kampus. Kertas ini juga mencadangkan beberapa langkah penting yang perlu dilaksanakan oleh pihak pentadbiran Universiti bagi menjayakan perniagaan milik usahawan siswa. 1. Pengenalan Pihak kerajaan telah memberikan tumpuan khusus terhadap melahirkan lebih ramai usahawan siswazah. Ia dilaksanakan menerusi pelbagai bentuk program latihan dan bimbingan terutamanya menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta agensi-agensi dibawahnya serta Kementerian Pengajian Tinggi. Matlamatnya adalah untuk menerapkan ilmu keusahawanan secara teoritikal dan praktikal kepada semua mahasiswa tanpa mengira bidang pengkhususan bagi membolehkan mereka bersedia menceburi dunia perniagaan sebagai seorang usahawan siswazah. Untuk itu, program pembangunan usahawan siswa telah dilaksanakan di semua Universiti awam di Malaysia dengan kerjasama antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Pengajian Tinggi. Perlaksanaannya dibuat menerusi skim Latihan Keusahawanan Siswa, Latihan Asas Keusahawanan Siswa, Program Pembangunan Usahawan Siswazah dan Asas Pembudayaan Keusahawanan (Ahmad Raflis, et.al. 2007). Program berkenaan, dilaksanakan sebagai suatu program luar bilik darjah di mana para peserta pelbagai disiplin didedahkan dengan ilmu perniagaan secara teori dan praktikal menerusi kursus keusahawanan di dalam dan luar Universiti. Beberapa buah Universiti awam dan swasta yang turut menawarkan kursus-kursus keusahawanan serta pengurusan perniagaan kecil dalam bentuk matapelajaran pilihan, matapelajaran wajib atau pengkhususan. Antara Universiti yang terlibat ialah Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Tun Abdul Razak (Mohd Fauzi, et.al. 2007). Matlamatnya ialah untuk melahirkan graduan yang mahir dalam bidang keusahawanan yang berupaya menjalankan perniagaan sendiri atau berkhidmat dengan firmafirma perniagaan lain. Sungguhpun demikian, program latihan keusahawanan sedemikian akan lebih berjaya sekiranya para peserta atau mahasiswa tidak diberi ruang menjalankan perniagaan sebenar dalam kampus Universiti mereka. Kirby (2006) menjelaskan, pendidikan keusahawanan di kalangan pelajar harus diberikan secara praktikal menerusi pengendalian perniagaan sebenar yang dijalankan oleh pelajar sendiri. Dengan demikian, mereka akan dapat menggarap kemahiran berniaga yang lebih kompetan. Rae dan Carswell (2000) dan Gibb (2002) juga menegaskan tingkahlaku keusahawanan boleh

1

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

dipelajari dengan baik menerusi pengalaman meneroka dunia perniagaan yang sebenar menerusi interaksi dengan pelanggan, pembekal dan pesaing. Selaras dengan itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi semua Universiti Awam di Malaysia mulai tahun 2007 bagi mewujudkan kompleks niaga pelajar yang dinamakan Student Mall. Objektifnya adalah untuk membolehkan kumpulan pelajar yang berminat menjalankan perniagaan di bawah konsep keusahawanan siswa memulakan perniagaan sebenar dalam kampus. Juga sebagai inkubator bagi membolehkan mereka menimba kemahiran keusahawanan sebenar sebelum bergraduan. Berdasarkan senario di atas, permasalahan kajian ini menjurus kepada persoalan adakah perniagaan kendalian mahasiswa mempunyai prospek untuk dijalankan di Universiti? Selain itu, apakah tahap penerimaan warga kampus terhadap perniagaan yang dikendalikan oleh pelajar. Bagi meneliti keduadua aspek berkenaan kertas kerja ini akan membincangkan prospek perniagaan kendalian mahasiswa di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Sorotan Literatur Kajian empirikal oleh pengkaji terdahulu mendapati kecenderungan dan minat seseorang individu menceburi bidang keusahawanan dapat digambarkan menerusi sikap dan motivasi individu terhadap keusahawanan, menentukan tahap penglibatan sebenar mereka dalam keusahawanan pada masa depan (Delmar & Davidson, 2000; Krueger et.al, 2000). Li, Zhang dan Matlay (2003) juga menjelaskan seseorang individu yang melalui proses latihan keusahawanan terancang mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk menceburi bidang perniagaan. Garavan dan OCinneide (1994) dan Hynes (1996) mengatakan latihan keusahawanan perlu diberikan dalam bentuk inkubator keusahawanan dan pembangunan ekonomi. Para peserta akan mendapat lebih banyak manafaat dan pengalaman berguna sekiranya skim latihan yang dijalankan dilengkapi dengan latihan berniaga secara praktikal. Kaedah itu juga banyak diadaptasi di negara-negara maju seperti United Kingdom (Galloway dan Brown, 2002), Sweden (Klofsten, 2002; Johanisson, et.al., 1998) dan Amerika Syarikat (Jones dan English, 2004). Dengan perkembangan dunia perniagaan masa kini, pembangunan usahawan siswazah memerlukan pendekatan yang bersifat praktikal (Jones dan English, 2004; Middleton dan Long, 1990).

Dalam membangunkan usahawan siswazah, beberapa buah universiti tempatan seperti Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Teknologi Mara telah menawarkan program keusahawanan (Mohd Fauzi et.al., 2006). Dari aspek latihan, program pembangunan usahawan siswa giat dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Pengajian Tinggi menerusi program Latihan Keusahawanan Siswa, Kursus Asas Keusahawanan Siswa dan Asas Pembudayaan Keusahawanan di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (Ahmad Raflis, 2007). Matlamatnya adalah untuk menerapkan budaya keusahawanan dan menjadikan bidang keusahawanan sebagai suatu kerjaya pilihan para graduan. Sebagai langkah proaktif, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah memulakan projek pembinaan Student Mall di semua IPTA dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi. Student Mall dibangunkan sebagai inkubator perniagaan yang membolehkan para pelajar yang berminat menjalankan perniagaan dalam kampus Universiti masing-masing (Ahmad Raflis et, al. 2008). Ia membantu meningkatkan bilangan ruang niaga yang boleh dijalankan oleh mahasiswa di kampus-kampus universiti seluruh Malaysia. Matlamat utamanya ialah untuk melahirkan graduan yang mahir dalam bidang keusahawanan yang berupaya menjalankan perniagaan sendiri sebagai usahawan siswazah dan dapat meneruskan perniagaan tersebut di luar kampus setelah menamatkan pengajian mereka.

3. Metodologi Kajian Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan dua kaedah pengumpulan data. Pada peringkat pertama, satu pemerhatian (observation) bagi meneliti status bentuk perniagaan yang sedang beroperasi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Peringkat kedua pula melibatkan kaji selidik yang telah dijalankan di kalangan warga kampus UKM bagi meneliti keperluan dan persepsi mereka terhadap perniagaan kendalian mahasiswa. Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti bentuk perniagaan yang berpotensi untuk dijalankan oleh para pelajar. Sejumlah 202 responden dalam kajian ini. Kutipan data dilaksanakan menerusi satu set kertas soalselidik berstruktur. Teknik persampelan purposif digunakan. Ia bertujuan untuk mencakupi populasi sasaran dalam kampus yang pelbagai iaitu pelajar, kakitangan pentadbiran dan kakitangan akademik. Kumpulan berkenaan merupakan sasaran pelanggan utama untuk perniagaan dalam kampus.

2

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

4. Dapatan Kajian Hasil dari pemerhatian yang dijalankan mendapati, terdapat 69 buah lot-lot ruang niaga yang disediakan oleh pihak universiti dalam kampus UKM. Perniagaan yang dijalankan di sana terdiri daripada kafetaria, kedai barangan runcit, kedai photostat,

kedai buku, kedai telefon bimbit dan kiosk mini cafe. Walau bagaimanapun hampir semua perniagaan tersebut dijalankan oleh pihak penyewa luar (bukan pelajar). Ringkasan maklumat ruang niaga di UKM dijelaskan menerusi Jadual 1.

Jadual 1: Taburan Ruang Niaga di UKM Lokasi Jumlah Ruang Niaga Kolej Keris Mas 6 Kolej Rahim Kajai 1 Kolej Dato Onn 1 Kolej Ungku Omar 4 Kolej Burhanudin Helmi 3 Kolej Ibrahim Yaakob 3 Kolej Tun Hussien Onn 4 Kolej Ibu Zain 2 Kolej Idris Al-Marbawi Kolej Pendeta Zaaba 8 Kolej Aminuddin Baki 2 Wisma UNIKEB 12 Pusanika (Pusat Kemudahan Pelajar) 15 Kampus Cawangan Kuala Lumpur 4 Kampus HUKM 4 JUMLAH 69

Daripada aspek pengendali lot-lot niaga yang sedia ada, didapati hanya 5 buah perniagaan runcitan sahaja yang dijalankan sepenuhnya oleh pelajar menerusi

Kelab Keusahawanan di Kolej-Kolej Kediaman. Bilangan mahasiswa yang terlibat adalah seramai 124 orang. Maklumat lengkap dijelaskan dalam Jadual 2.

Lokasi UKM Bangi

Jadual 2: Taburan Perniagaan Runcitan Dalam Kampus UKM Jenis Perniagaan Tempat Bil Nama Perniagaan Pusanika 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 Kedai Komputer Kustif & Zar Cafe Fotostostat Q&Q Kedai Buku Kop Unikeb Umart Anuar Optometris Hijau.net World Seleksi Biru Labisa Fashion Dunia Hiaz R&Z Adam Mohamad Ent Abg Man Komputer Putera Photo Studio Galeri Cenderamata UKM Multimedia Zone Salon Hazi Kedai Photostat Double A PC Digitek Pusat Komputer Alumni Shop UKM Cybercafe Kedai kek & roti Kedai photostat Kedai buku Kedai runcit Kedai optometri Cybercafe Butik pakaian Butik pakaian Butik pakaian Penjilid buku Kedai komputer Kedai gambar Kedai cenderamata Kedai komputer Salon Kedai photostat Kedai alat tulis Kedai komputer

3

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

20 21 Wisma Unikeb 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Kolej Keris Mas 1 2 3 4 5 6 Kolej Aminuddin Baki 1 2 3 Kolej Tun Hussein Onn 1 2 3 4 5 Kolej Dato Onn 1 2 3 1 2 3 4 1 2 1 2 3

Warung Muhibbah Nescafe Kiosk* HOC de Classic Unikeb Trading Permata Utara Textile & Handicrafts Inetxys@Net Marshall Furniture Galery Kedai Buku Unikeb Skim Gadaian Islam Himaz Hair & Beuty Unisex Saloon Upstream Downstream Proces NR Mega Holdings Pasar Mini Unikeb Mantap Comm. Ent FFC Caterer Robelson Audio H-Mart H-Mart Photocopy Kedai Photostat Keris Mas Cafe Keris Mas Cybercafe Keris Mas Pusat Memandu Mazris Kelab Usahawan Kolej* Kafetaria KAB Cybercafe KAB K-Shop* Kafetaria KTHO Cybercafe KTHO Z-Corner Kedai photocopy Z KDO Photocopy Centre Kafetaria KDO Pusat Dobi KDO Kafetaria Kolej F EMEQ Resources Kedai Xerox Cybercafe F Kafetaria Ibu Zain G Net Cybercafe Sekolah Memandu Mazris Kedai Serbanika Adam Adam cafe

Kafetaria Kiosk cafe Kedai jahit Agen tiket kapal terbang Kedai jahit Cybercafe Kedai perabot Kedai buku Pajak gadai Islamik Salon Kedai komputer Developer Kedai runcit Kedai telefon Kafetaria Kedai elektrik Kedai runcit Kedai photostat Kedai photostat Kafetaria Cybercafe Sekolah memandu Kedai runcit Kafetaria Cybercafe Kedai runcit Kafetaria Cybercafe Kedai photostat Kedai photostat Kafetaria Kedai dobi (layan diri) Kafetaria Kedai serbanika Kedai photostat Cybercafe Kafetaria Cybercafe Sekolah memandu Kedai runcit Cybercafe

Kolej Rahim Kajai

Kolej Ibu Zain

Kolej Pendita Zaaba

4

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

4 5 6 7 Kolej Burhanuddin Helmi 1 2 3 4

NH Stationary Shop Kedai Gambar Fujifilm Kafetaria Kolej P. Zaaba Cybercafe Zaaba PC Digitek Kafetaria Seri Nilam Dana Korporat Pusat Perkhidmatan Komputer KBIH EShop DMawar Kafetaria E Cybercafe KIY Aksessori Komp G Tech Cyber-C Kafetaria KUO C-Mart* Pusat Photostat C* Kafetaria KTSN

Kedai alat tulis Kedai gambar Kafetaria Cybercafe Kedai photocopy, cenderamata dan alat tulis Kafetaria Kedai runcit Kedai komputer

Kolej Ibrahim Yaakob

1 2 3 4

Kedai runcit Kafetaria Cybercafe Kedai komputer Cybercafe Kafetaria Kedai runcit Kedai photostat Kafetaria

Kolej Ungku Omar

1 2 3 4 1

Kampus UKM Kuala Lumpur

Kolej Tun Syed Nasir, Jalan Temerloh

2 3

Cybercafe KTSN Kedai Kelab Usahawan KTSN* Koop U-Mart

Cybercafe Kedai runcit & photostat

KCKL, Jalan Raja Muda Kampus HUKM HUKM

1

Kedai runcit

1 2 3 4 5 6 7

Kedai Buku Alumni Perubatan UKM Cafe TTDI Farmasi HUKM Koop U Mart Besta Ceria Optometri UKM Kesihatan Kedai Bunga HUKM

Kedai buku Kafetaria Farmasi Kedai runcit Kafetaria Kedai optometri Kedai bunga

*Perniagaan kendalian pelajar. Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa perniagaan kendalian mahasiswa masih belum diketengahkan secara serius di Universiti Kebangsaan Malaysia. Walau bagaimanapun, perniagaan kendalian mahasiswa berpotensi untuk dibangunkan memandangkan telah wujud lot-lot niaga di dalam kampus yang menyediakan kemudahan perniagaan runcitan kepada warga kampus, walaupun ia dikendalikan oleh pihak luar pada masa sekarang. 5. Penerimaan Warga Kampus Terhadap Perniagaan Kendalian Mahasiswa Satu kajian selidik telah dijalankan di kalangan warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melihat potensi pembangunan perniagaan yang dimiliki dan dioperasikan oleh pelajar pada awal tahun 2007. Sejumlah 202 responden telah menjawab kertas soal selidik yang dikemukakan bagi untuk mendapat respon dan pemahaman asas mengenai konsep untuk membangunkan perniagaan kendalian mahasiswa di sekitar UKM.

5

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

warga kampus untuk mengunjungi premis berkenaan Aspek pertama yang dinilai ialah kuasa beli dan tabiat terutamanya pada hari bekerja. pembelian warga kampus. Jadual 3 menunjukkan pola Daripada aspek jenis perniagaan yang sesuai perbelanjaan mingguan warga kampus UKM dari dijalankan oleh pelajar, responden telah diberi senarai aspek amaun perbelanjaan dan tujuan perbelanjaan. 35 jenis perkhidmatan runcit yang sesuai dijalankan Hampir 40 peratus responden berbelanja sebanyak di dalam kampus Universiti. Responden dikehendaki RM51-RM100 seminggu dalam kampus UKM. mengatur 10 jenis perniagaan yang dirasakan sesuai Selebihnya, 28 peratus berbelanja melebihi RM100 dijalankan oleh pelajar mengikut keutamaan. Jadual seminggu. Dari sudut keutamaan berbelanja, 55 4 memaparkan senarai perkhidmatan runcitan peratus responden berbelanja untuk makanan, mengikut keutamaan mengikut maklumbalas para manakala 16 peratus lagi berbelanja untuk barangan responden. Berdasarkan jadual, perkhidmatan kedai runcit dan alatulis. Selain itu, 5.4 peratus berbelanja runcit, fotokopi, siber kafe, buku dan cafe makanan untuk kemudahan photostat. Dapatan kajian adalah perniagaan utama yang sepatutnya menunjukkan perbelanjaan warga kampus tertumpu dikendalikan oleh pelajar. untuk tujuan pembelian makanan, barangan runcit dan alatulis di dalam kampus. Ini disebabkan kemudahan kedai makan, kedai runcit dan kedai alatulis yang berada di sekitar Bangi terletak di antara 3 hingga 5 kilometer dari kampus induk UKM. Ini menyukarkan Jadual 3: Pola Perbelanjaan Warga Kampus UKM Kekerapan (n=202) Perbelanjaan Mingguan RM300 Nilai Ralat Keutamaan Langganan Kafeteria Barang Runcit Kedai Buku Pusat Fotostat Kedai Kek Internet Cafe Perkhidmatan Telefon Bimbit Kedai Gambar Lain-lain Nilai Ralat 112 17 16 11 10 10 4 1 4 17 55.4 8.4 7.9 5.4 5.0 5.0 2.0 0.5 2.0 8.4 66 79 18 11 1 2 25 Peratus (%) 32.7 39.1 8.9 5.4 0.5 1.0 12.4

Jadual 4: Bidang Perniagaan Yang Sesuai Dikendalikan Oleh Mahasiswa Mengikut Keutamaan Keutamaan Jenis Perniagaan 1 Barang Runcit 2 Fotostat 3 Siber Kafe 4 Kedai Buku 5 Kafeteria 6 Perkhidmatan Dobi 7 Kedai Telefon Bimbit 8 Kedai Kek Kekerapan (n=202) 133 127 105 101 99 88 85 67 Peratus (%) 65.8 62.9 52.0 50.0 49.0 43.6 42.1 33.2

6

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

9 Alat Tulis 10 Tiket Bas

62 61

30.7 30.2

Selanjutnya, pengkaji telah meneliti persepsi atau darjah keyakinan responden terhadap perniagaan kendalian mahasiswa. Keputusan kaji selidik ke atas keyakinan warga kampus terhadap perniagaan kendalian pelajar dapat dijelaskan menerusi Rajah 1. Hasil kajian mendapati seramai 189 orang responden (93.6 peratus) bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan/perniagaan runcit jika ianya diusahakan oleh pelajar. Sebaliknya 13 orang responden (6.4 peratus) tidak bersetuju kerana mereka kurang yakin terhadap kebolehan serta kemampuan pelajar dalam mengendalikan perniagaan. Rajah 1: Sokongan Terhadap Perniagaan Dikendalikan Oleh Pelajar

Jadual 5: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pembelian Warga Kampus UKM Faktor Kekerapan Peratusan (n=202) (%) Harga barangan/ 187 92.6 perkhidmatan Kualiti barangan/ 178 88.1 perkhidmatan Lokasi premis 144 71.3 Kemesraan 96 47.5 kakitangan

Rumusan dan Implikasi Berdasarkan analisa kajian, kami dapati perniagaan kendalian mahasiswa mempunyai prospek yang amat baik untuk dibangunkan di dalam kampus Universiti khususnya UKM. Perniagaan tersebut berupaya memberikan banyak faedah khusus kepada para pelajar yang terlibat (usahawan siswa) dan warga kampus amnya. Pada masa ini, hampir kesemua kedai-kedai runcit / perkhidmatan runcit di dalam kampus Universiti dikendalikan oleh pihak luar yang diberi hak menyewa premis perniagaan oleh pihak Universiti. Hasil kajian juga menunjukkan warga kampus bersedia menerima kehadiran perniagaan yang dikendalikan oleh pelajar. Mereka yakin, perniagaan kendalian pelajar mampu memberikan lebih banyak peluang kepada pelajar mendalami ilmu keusahawanan secara praktikal serta memenuhi keperluan mereka di Universiti. Walau bagaimanapun, jenis perniagaan yang sesuai dijalankan hanyalah perniagaan yang boleh memenuhi keperluan harian warga kampus seperti kedai runcit, kedai photostat, kedai buku, kafe dan kedai komputer. Perniagaan-perniagaan bersaiz besar yang lain tidak sesuai dijalankan memandangkan tahap kuasa beli warga kampus yang sederhana serta kos penubuhan perniagaan yang tinggi. Bagi menjayakan perniagaan kendalian mahasiswa, pihak pentadbiran Universiti perlu melaksanakan beberapa perkara berikut; a. Pihak pengurusan Universiti perlu mengambil langkah pro-aktif menyediakan kemudahan ruang niaga yang sesuai untuk disewakan kepada para pelajar atau kumpulan pelajar yang ingin menjalankan perniagaan dalam kampus dalam jumlah yang lebih banyak. Ia boleh dilaksanakan

6%

94%

YA

TIDAK

Bahagian terakhir dalam soal selidik melibatkan pilihan faktor-faktor yang diberikan keutamaan oleh responden dalam membuat pembelian di premis-premis perniagaan sedia ada dalam kampus UKM. Berdasarkan Jadual 5, 187 orang responden untuk berbelanja berdasarkan pertimbangan harga. Manakala, 178 orang responden menekankan aspek kualiti barangan dan perkhidmatan. Selain itu, seramai 144 orang responden menekankan aspek lokasi di mana premis perniagaan ditempatkan. Jadual 10 menunjukkan skor faktor yang menjadi keutamaan responden membuat pertimbangan pembelian dalam kampus UKM.

7

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

b.

c.

d.

dalam bentuk inkubator perniagaan siswa di dalam premis yang khusus atau secara usahasama dengan pihak luar universiti. Satu daripada konsep yang boleh dilaksanakan ialah penubuhan Student Mall di kampus Universiti. Mekanisma pendaftaran dan kawalan perniagaan perlu diwujudkan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan oleh pelajar beroperasi secara cekap, konsistan dan berdaya maju. Untuk tujuan itu, sebuah Unit Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan Mahasiswa khusus perlu diwujudkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk memantau dan memberikan khidmat nasihat serta latihan keusahawanan kepada semua pelajar yang menjalankan perniagaan di dalam kampus. Universiti juga perlu mengiktiraf aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pelajar yang terlibat sebagai suatu bentuk kursus ko-kurikulum yang boleh diberikan pemberat jam kredit dan dinilai pencapaiannya sebagai sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah. Universiti juga perlu menyediakan skim bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman modal permulaan tanpa faedah bagi membolehkan mahasiswa mendapat modal permulaan dan modal kerja bagi memulakan perniagaan mereka. Amaun pinjaman yang boleh ditentukan mengikut jenis perniagaan dan kebolehlaksanaan rancangan perniagaan para pemohon.

Rujukan 1. Ahmad Raflis Che Omar. 2008. Laporan Sangkutan Kerja dan Penyelidikan di United Kingdom 2008. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2. Ahmad Raflis Che Omar, Zaimah Darawi dan SioHong Tih. 2007. Perceptions Towards Student Business Ventures in University, dalam Entrepreneurship and Busness Competitiveness, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp. 71-82. 3. Ahmad Raflis Che Omar, Zaimah Darawi dan SioHong Tih. 2008. Pembangunan Keusahawanan Pelajar Universiti Melalui Inkubator Perniagaan: Kes UKM. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-3 2008. Universiti Kebangsaan Malaysia. 4. Collinson, E., dan Quinn, L. 2002. The Impact of Collaboration Between Industry and

Academia on SME Growth. Journal of Marketing Management, No. 18, pp 415434. 5. Delmar, F., dan Davidsson, P. 2000. Where do We Come From? Prevalence and characteristics of nascent entrepreneurs. Entreprenuership and Regional Development, Vol 12, pp. 123. 6. Galloway, L., dan Brown, W. 2002. Enterprenuership Education at University: A Driver in The Creation of High Growth Firms?. Education and Training, Vol 44, No 8/9, pp. 398-405. 7. Garavan, I.N., dan OCinneide, R. 1994. Enterprenuership Education and Training Programmes: A Review and Evaluation. Journal of European Industrial Training, Part I, No 18 (8/11), Part II: No 18 (11), pp. 3-11. 8. Gibb, A. 2002. Creating conducive environments for learning and entreprenuership. Industry and Higher Education, Vol 16, No 1, pp. 135-148. 9. Hamidi, Z.Y., Wennberg, K. Dan Berglud. 2008. Creativity in Entreprenuership Education. Journal of Small Business and Enterprise Development, Vol 15, No. 2, pp. 304-320. 10. Hynes, B. 1996. Entreprenuership Education and Training- Introducing Enterprenuership to Nonbusiness Diciplines. Journal of Industrial Training, 20(8), pp 10-17. 11. Jayawarma, D., Macpherson, A. dan Alison Wilson, A. 2007. Training Commitment and Performance in Manufacturing SMEs: Incidence, Intensity and Approaches. Journal of Small Business and Enterprise Development, Vol No. 14, Issue 2. pp 321338. 12. Johannisson, B., Landstorm, H. Dan Rosenberg, J. 1998. University Training for Entreprenuership: An Action Frame of Reference. European Journal of Engineering Education, 23 (4), pp 477-497. 13. Jones, C. dan English, J. 2004. A Contemporary Approach to Enterprenuership Education. Education and Training. 46(8/9), pp. 416419. 14. Kirby, D.A. 2006. Entreprenuership education and incubators: pre-incibators, incubators and science parks as enterprise laboratories, in Pittway, L. (Ed.) NCGE Working Paper Series, 2006. National Council for Graduate Entreprenuership, Birmingham. 15. Klofsten, M. 2002. Training Enterprenuership at Universities: A Sweedish Case. Journal of European Industrial Training, 24 (6), pp. 337-341.

8

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

16. Krueger, N.F., Reilly, M.D. dan Carsrud, A.L. 2000. Competing Model of Entreprenuerial Intentions. Journal of Business Venturing, Vol 15, pp. 411-432. 17. Li, J., Zhang, Y., dan Matlay, H. 2003. Entreprenuership Education in China. Education and Training, Vol 45, No 8/9, pp 495-505. 18. Middleton, B., dan Long, G. 1990. Marketing Skills: Critical Issues in Marketing and Education Training. Journal of Marketing Management, Vol 5, No 3, pp. 325-342. 19. Mohd Fauzi Mohd Jani, Ahmad Raflis Che Omar, Zaimah Darawi dan SioHong Tih. 2007. Laporan Kebolehlaksanaan Student Mall di UKM. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. 20. Mohd Fauzi Mohd Jani, Zaimah Darawi, SioHong Tih, Norshamliza Chamhuri, Mohd Radzuan Rahid, Ahmad Raflis Che Omar dan Ayub Mohd Yusof. 2006. Research of Enterprenuership Education in Malaysia. Report prepared for Asia SEED, Japan. 21. Rae, D. dan Carswell, M. 2000. Using a life-story approach in researching entrepreneurial learning: the development of e conceptual model and its implications in the design of learning experiences. Education + Training, Vol 42, No 4/5, pp. 220-228. 22. Rimanoczy, I. 2007. Action Reflection Learning: A Learning Methodology Based on Common Sense. Industrial and Commercial Training, Vol. 39. No. 2, pp 43-51. 23. Vincent, P.S. dan Farlow, S. 2008. Start a Business: An Experiment in Education Through Entreprenuership. Journal of Small Business and Enterprise Development, Vol. 15, No. 2, pp. 274-288. 24. Walker, E., Redmond, J., Webster, B., dan Le Clus, M. 2007. Small Business Owners: Too Busy to Train?. Journal of Small Business and Enterprise Development, Vol No. 14, Issue 2. pp 294-306.

9