4feb

download 4feb

of 16

Transcript of 4feb

  • www.tipsptd.com/blog Page 1

    Risalah Ringkas Peperiksaan Bertulis

    Penguasa Kastam WK1-1

    Untuk peperiksaan 4 Februari 2012

    Team Tipsptd

    www.tipsptd.com

    Nota: Risalah ini adalah pelengkap kepada Pakej Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik dan maklumat di dalam risalah

    ini khusus untuk penerangan berkaitan KASTAM

  • www.tipsptd.com/blog Page 2

    Muqaddimah

    Terima kasih atas pembelian Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD untuk rujukan persediaan anda

    menduduki peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1 pada 4 Februari nanti. Dua jawatan ini sebenarnya

    memegang tanggungjawab yang berbeza dan format penilaian juga sedikit berbeza tetapi secara

    kolektifnya, banyak persamaan dan untuk peperiksaan bertulis, komponen penilaian PTD lebih

    banyak berbanding Penguasa Kastam WK1-1. Ada 2 bahagian yang mana ada pada PTD tetapi tidak

    pada penguasa Kastam;

    - Kefahaman dan pengertian terhadap Esei Bahasa Melayu

    - Kefahaman dan pengertian terhadap Esei Bahasa Inggeris

    Bukan penulisan esei, tetapi kefahaman terhadap esei yang diberikan. Penulisan esei masih ada

    dalam penilaian Penguasa Kastan 4 Februari ini.

    Dalam kata lain, semua yang ada dalam Pakej rujukan yang anda beli ini VALID dan sah untuk

    dilakukan rujukan bagi persediaan Penguasa Kastam. Baca dan fahami pecahan soalan dalam

    naskhah Diskripsi Prima dan kemudian teruskan persediaan dengan naskhah contoh soalan dan

    soalan latih tubi yang anda dapat. Dalam naskhah Diskripsi Prima tiada jawapan diberikan untuk

    soalan di dalamnya kerana ianya adalah soalan sebenar dan tujuan soalan itu dimasukkan hanyalah

    untuk menjelaskan bagaimana pecahan tajuk soalan. Untuk soalan dan jawapan, ianya ada pada

    naskhah contoh soalan dan latih tubi nantinya.

    Apa yang membezakan penilaian ini dengan PTD adalah pada seksyen A (pengetahuan Am) dan

    mungkin juga pada soalan esei. Mengikut peperiksaan Pegawai Antidadah pada November 2011,

    format dan soalannya lebih kurang sama dengan PTD tetapi pada seksyen A dimasukkan soalan

    berkaitan DADAH dan pada soalan esei ianya berkaitan dengan isu keldai dadah. Anda nampak apa

    yang berlaku di sini?

    - Basis soalan adalah sama dengan PTD, tetapi untuk Pegawai Antidadah, ianya dimasukkan komponen berkaitan DADAH

    - Jadi bagaimana pula dengan KASTAM? Kalau ikut trend ini, maka basis soalannya bakal sama dengan PTD dan dimasukkan komponen berkaitan KASTAM untuk selaraskan dengan jwatan yang dipohon

    Jadi risalah ringkas ini adalah rangkuman maklumat berkaitan Kastam yang anda boleh perolehi

    melalui edaran rasmi kerajaan. Kami kumpulkan ianya dalam riasalah ini untuk memudahkan

    persediaan anda, jadi anda tak perlu cari merata-rata dan buang masa anda.

  • www.tipsptd.com/blog Page 3

    Misi dan Visi Kastam Diraja Malaysia (KDRM)

    Visi: Menjadikan Perkhidmatan Kastam Malaysia dihormati, diiktiraf dan bertaraf duni

    Misi: Memungut cukai dan duti kastam, memberi fasiliti kepada sektor perdagangan dan

    perindustrian serta memastikan pematuhan undang-undang untuk memelihara kepentingan

    ekonomi, social dan keselamatan Negara

    Maklumat 1: Tugas Penguasa Kastam (sumber SPA)

    Tiada ambilan terus melalui temuduga. Harus melalui semua peringkat penilaian. Mengenai tugas

    penguasa Kastam pula ianya termasuk dalam cluster Perkhidmatan Kewangan dan tugasannya

    berkaitan dengan duit sudah pasti. Antara tugasannya (daripada edaran rasmi SPA);

    - Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi

    pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan

    pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan

    import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-

    gudang Berlesen.

    - Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-

    gudang pengilangan berlesen.

    - Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan

    Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

    - Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan

    penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti

    kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan

    menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan

    penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes

    kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan

  • www.tipsptd.com/blog Page 4

    Maklumat 2:Cukai Perkhidmatan

    Siapa yang dikenakan cukai? (sumber edaran rasmi Kastam Malaysia)

    Undang-undang Cukai Perkhidmatan

    - Akta Cukai Perkhidmatan 1975

    - Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 1975

    - Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009

    Kadar Cukai

    - Kadar cukai perkhidmatan ialah 5%

    Permohonan Lesen

    Permohonan secara manual menggunakan Borang JKED No. 1 hendaklah dikemukakan dalam dua

    salinan ke Pejabat Kastam yang terdekat dengan tempat perniagaan dijalankan.

  • www.tipsptd.com/blog Page 5

    Permohonan secara elektronik (e-Lesen)

    - e-Lesen atau Electronic License adalah satu aplikasi permohonan dan pengeluaran lesen

    cukai perkhidmatan dibuat secara elektronik. Pengguna boleh memohon melalui e-Lesen

    untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

    - Permohonan lesen baru

    - Permohonan lesen berpusat

    - e-Lesen adalah merupakan aplikasi yang berasaskan web. Ia boleh dicapai secara elektronik

    menggunakan komputer yang mempunyai talian internet dengan melayari laman

    www.customs.gov.my

    - Dokumen Untuk Permohonan Lesen

    - Surat permohonan rasmi syarikat

    - Surat perlantikan orang yang diberi kuasa berurusan dengan Jabatan

    - Dokumen pendaftaran syarikat ROB/ROC

    - Memorandum & Article of Association

    - Salinan kad pengenalan / passport

    - Dokumen kelayakan profesional daripada badan-badan profesional, jika berkaitan

    - Salinan lesen daripada pihak berkuasa tempatan, jika berkenaan

    - Lesen ejen kastam di bawah seksyen 90 Akta Kastam 1967, lesen gudang berlesen awam,

    depoh pelepasan pendalaman dan surat kelulusan untuk berurusan sebagai ejen kastam, jika

    berkaitan

    - Gambar pemohon

    - Lesen Berpusat

    - Syarikat yang mempunyai beberapa cawangan perniagaan boleh memohon lesen cukai

    perkhidmatan secara berpusat tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

  • www.tipsptd.com/blog Page 6

    Maklumat 3: Cukai ke atas Restoren

    Siapa yang dikenakan cukai? (sumber edaran rasmi Kastam Malaysia)

    Bagaimana perlaksanaannya?

    - Mulai 1 Julai 2008 restoran di luar hotel yang nilai jualannya melebihi RM 3 juta sahaja

    tertakluk kepada cukai perkhidmatan dan wajib dilesenkan.

    - Threshold restoran di dalam hotel 25 bilik dan ke bawah masih kekal RM 500,000.00

    - Tiada threshold bagi restoran di dalam hotel 25 bilik ke atas.

    - Jika pemilik restoran mempunyai restoran di dalam dan di luar hotel, treshold adalah dikira

    mengikut threshold masing-masing dan perlu dilesenkan berasingan.

    Threshold

    - Threshold ialah nilai jualan dalam tempoh 12 bulan atau sebahagian daripadanya.

    Perlesenan secara berpusat

    - Pelesenan berpusat hanya dibenarkan bagi cawangan-cawangan yang berada di negeri

    sama.

    - Cawangan terletak di negeri lain hendaklah dilesenkan di bawah pentadbiran negeri

    berkenaan.

    - Bagi cawangan-cawangan yang berada di negeri yang berlainan, pelesenan berpusat hanya

    dibenarkan jika syarikat / restoran berkenaan mempunyai online billing system.

    Bagaimana mengeluarkan invois?

    - Semua restoran yang dilesenkan perlu dikehendaki mengeluarkan invois dengan

    mencatatkan 5% cukai perkhidmatan secara berasingan.

    - Pengeluaran invois dengan kaedah tax inclusive boleh dibenarkan dengan memohon kepada

    Pengarah Kastam Negeri.

    - Catatan bahawa harga telah termasuk cukai henndaklah dibuat ke atas invois tax inclusive.

  • www.tipsptd.com/blog Page 7

    Penguatkuasaan

    - Kegagalan mematuhi peruntukan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan undang-undang

    di bawah seksyen 29 Akta Cukai Perkhidmatan 1975.

    - Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak lebih RM 5,000.00 atau

    penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN 2008)

    - Restoran luar hotel yang nilai jualannya RM 3 juta ke bawah boleh memohon untuk

    membatalkan lesen cukai perkhidmatan mulai 1 Julai 2008.

    - Lesen asal hendaklah diserahkan kepada pejabat Kastam yang mengeluarkannya.

    - Restoran yang telah dibatalkan lesennya tidak boleh memungut cukai dari pelanggan.

  • www.tipsptd.com/blog Page 8

    Maklumat 4: Isu Import Kenderaan Persendirian Ini adalah isu biasa dan Tipsptd bawakan kepada anda jawapan penuh dan huraian contoh perkiraan

    yang dibuat oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk anda dapat gambaran yang jelas

    mengenainya

    Disediakan oleh KDRM

    Soalan: Saya bekerja / belajar di luar negara dan telah membeli sebuah kereta di sana. Saya bercadang untuk membawa balik kereta tersebut ke Malaysia. Apakah prosedur berkaitan untuk saya ikuti? Jawapan: Rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara boleh mengimport kenderaan bagi maksud kegunaan persendirian dengan syarat mendapat kelulusan atau permit (AP) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Bagi mendapatkan kelulusan tersebut pemohon hendaklah memperoleh dan mengisi Borang Kastam JK69. Borang tersebut terdiri daripada tiga salinan berkarbon dan oleh itu tidak boleh dimuat turun dari laman web. Borang berkenaan boleh dibeli daripada Kedai Percetakan Nasional (M) Sdn Bhd, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur (Tel : 03-92212022 / Fax :03-92220690). Kriteria yang diperlukan bagi mendapatkan pertimbangan lesen import (AP) untuk membawa masuk kenderaan persendirian untuk rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara adalah seperti berikut : 1. Pemohon berada di luar negara secara sah bagi tempoh tidak kurang 1 tahun; 2. Kereta mesti didaftarkan atas nama pemohon sekurang-kurangnya 9 bulan di luar negara; 3. Perlindungan insuran atas nama pemohon sekurang-kurangnnya 9 bulan di luar negara; 4. Mempunyai lesen memandu yang sah (lesen percubaan tidak digunapakai); 5. Kembali ke Malaysia secara tetap setelah tamat tempoh belajar/bekerja di luar negara. Orang perseorangan yang tidak memenuhi syarat-syarat di perenggan 2, dinasihatkan supaya tidak membawa balik kenderaan tersebut. Sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi, MITI tidak bertanggungjawab untuk meluluskan lesen import berkemungkinan kenderaan yang diimport tanpa AP akan diambil tindakan undang-undang oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Peraturan ini merangkumi : 1. Pegawai Kerajaan yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara; 2. Penuntut Malaysia di luar negara; 3. Warganegara Malaysia yang bekerja atau bermastautin di luar negara; 4. Suami, isteri dan anak kepada pegawai dan kakitangan Home based yang berkhidmat di pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. Pemohon perlu memohon dengan mengisi Borang J.K. 69 yang boleh dibeli dari Percetakan Nasional

  • www.tipsptd.com/blog Page 9

    Malaysia Bhd., Kuala Lumpur atau cawangannya. Borang yang siap diisi dengan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada: Trade Services Division Ministry of International Trade and Industry 2nd Floor, Block 10 Government Offices Complex 50622 Jalan Duta Kuala Lumpur Tel : 603-62034819 Fax: 603-62013012 MITI Cawangan Sabah Tingkat 3, blok D&E Bangunan KWSP 49,Jalan Karamunsing 88622 Kota Kinabalu Sabah Tel: 088-239061 Fax : 088-235645 MITI Cawangan Sarawak Tingkat 3, Bangunan Bank Negara 93400 Kuching Sarawak Tel : 082-257164 Fax : 082-417835 Maklumat lanjut boleh diperoleh dari Laman Web :www.miti.gov.my Setelah mendapat permit, bolehlah mengimport kenderaan tersebut dengan membuat pengikraran kepada pihak Kastam Diraja Malaysia di stesen/ pejabat Kastam di tempat kenderaan itu diimport dengan menggunakan Borang Kastam No.1 yang boleh diperolehi atau dibeli di Kedai Percetakan Nasional (M) Sdn Bhd, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur (Tel : 03-92212022 / Fax : 03-92220690) atau pejabat agen-agen penghantaran (beberapa Pejabat Kastam ada juga menjual borang tersebut tetapi sebaik-baiknya hubungi pejabat Kastam terdekat untuk mendapatkan kepastian) dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan utama seperti permit (AP) dan kad pendaftaran asal kenderaan. Contoh Pengiraan Duti/Cukai Ke atas Kenderaan Penumpang CBU (Completely Build Up) Terpakai (Individu)

    Jenis Kenderaan : BMW Model 735iAL/ 2003 Kapasiti injin : 4,999 cc Harga belian : Euro 36,277.84 (Euro 36,277.84 x RM 4.5562 = RM 165,289.09) Tambang Kapal : RM 1,500.00 Insuran : RM 826.45

  • www.tipsptd.com/blog Page 10

    Nilai Kastam = RM 165,289.09 + RM 1,500.00 + 826.45 = RM167,615.53 Duti Import = Nilai Kastam x Kadar Duti Import (berubah mengikut Bajet) RM167,615.53 x 200 = RM335,231.06 Duti Eksais = Nilai Kastam x Kadar Duti Eksais (berubah mengikut Bajet) RM167,615.53 x 100 % = RM167,615.53 Cukai Jualan = Nilai Kastam + Duti Import + Duti Eksais RM167,615.53 + RM335,231.06 + RM167,615.53 = RM670,462.12 Jumlah = RM670,462.12 x 10% = RM67,046.21 Jumlah Duti/ Cukai yang perlu Dibayar kepada Kastam Diraja Malaysia BMW Model 735iAL /2003 = RM569,892.80

    Nota: Harga belian kereta boleh diambilkira untuk tujuan kiraan nilai kastam dan pengiraan duti/cukai adalah anggaran sahaja. Walaubagaimanapun, Kastam Diraja Malaysia ada mempunyai doket harga kenderaan tersendiri untuk menentukan kiraan nilai kastam yang sebenar. Pengiraan duti/cukai juga ditentukan oleh tarikh pendaftaran asal kereta, model, kapasiti enjin dan tarikh pengimportan.

    * Pengiraan di atas hanya ilustrasi sahaja. Untuk mengetahui kiraan sebenar sila hubungi pihak kami.

  • www.tipsptd.com/blog Page 11

    Maklumat 5: Cukai Perkhidmatan di Zon Bebas (zon perindustrian bebas dan zon perdagangan bebas), Pulau Bebas Cukai dan Kawasan Pembangunan Bersama.

    Ini adalah makluman rasmi berkaitan dengan isu ini. Tipsptd bawakan isu ini untuk anda jelas

    perkara mutakhir yang berlaku berkaitan dengan Kastam dan anda bakal memanfaatkannya dalam

    sesi temuduga anda sebagai Penguasa Kastam, menunjukkan anda peka dan serius dengan jawatan

    ini!

    Adalah dimaklumkan bahawa YB Menteri Kewangan bersetuju supaya:

    (a) Pengecualian cukai perkhidmatan diluluskan mulai 1 Januari 2012 di bawah Seksyen 6 Akta Cukai Perkhidmatan 1975 ke atas:

    i. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam zon bebas dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam zon bebas;

    ii. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam zon bebas dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam kawasan utama kastam;

    iii. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam kawasan utama kastam dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam zon bebas; dan

    iv. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam kawasan utama kastam atau dalam zon bebas berkaitan dengan apa-apa perkara di Langkawi, Tioman, Labuan dan Kawasan Pembangunan Bersama (Joint Development Area).

    (b) Permohonan daripada mana-mana orang untuk pulang balik cukai perkhidmatan tersebut di perenggan (a) diatas yang telah dibayar sebelum 1 Januari 2012 adalah tidak diluluskan;

    (c) Cukai Perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan tersebut di perenggan (a) diatas yang tidak dikutip sebelum 1 Januari 2012 diremitkandibawah Seksyen 22 Akta Cukai Perkhidmatan 1975;

    (d) Cukai Perkhidmatan tidak dikenakan bagi:

    i. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam zon bebas dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam Langkawai, Labuan, Tioman dan Kawasan Pembangunan Bersama (Joint Development Area).

    ii. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam kawasan utama kastam dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam Langkawai, Labuan, Tioman dan Kawasan Pembangunan Bersama (Joint Development Area).

    (e) Pengecualian cukai perkhidmatan seperti di perenggan (a) dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai seperti di perenggan (d) adalah terpakai sehingga Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan dan semua bekalan perkhidmatan hendaklah tertakluk kepada layanan yang ditetapkan di bawah perundangan GST kelak.

  • www.tipsptd.com/blog Page 12

    Maklumat 6: Isu Semasa 2011/2012 berkaitan KASTAM

    Kastam rampas gading gajah bernilai RM2.4 juta (Utusan Malaysia 10 Januari 2012)

    PELABUHAN KLANG 9 Jan. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup gading gajah seberat 492.4 kilogram bernilai kira-kira RM2.4 juta di Pelabuhan Barat, di sini pada 6 Januari lalu.

    Pengarah Kastam negeri, Datuk Azis Yacub berkata, Unit Pemantauan Kontena Bahagian Penguatkuasaan Selangor mengesan gading gajah itu selepas melakukan pemeriksaan rapi ke atas sebuah kontena yang ditahan kira-kira pukul 11 pagi.

    "Dagangan di dalam kontena dari Cape Town, Afrika Selatan itu diikrar sebagai bahan diperbuat daripada gentian dan nilon. Kita dapati sebuah syarikat berdaftar di negara ini dinamakan sebagai pengimport dan destinasi akhir kontena adalah di Pelabuhan Klang.

    "Apabila dibuka pada bahagian hadapan pintu kontena memang menunjukkan barangan berkenaan termasuk tikar, bantal serta tayar namun hasil pemeriksaan lanjut mendapati ia mengandungi gading gajah yang dimuatkan di dalam kotak di bahagian belakang kontena beserta tayar terpakai," katanya kepada pemberita di Wisma Kastam Pelabuhan Utara di sini hari ini.

    Mengulas lanjut, Azis berkata, gading gajah adalah barangan yang tersenarai di bawah Appendix 1, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Yang Terancam (CITES) dan ini bermakna sebarang perdagangan komersial ke atasnya adalah dilarang.

    Tambahnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (g) Akta Kastam 1967 iaitu dengan tipu daya cuba menipu kerajaan untuk menyeludup barang larangan Kastam.

    "Siasatan lanjut ke atas mereka yang terlibat sedang dijalankan dan jika sabit kesalahan boleh didenda minimum tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau maksimum 20 kali ganda nilai barang atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali," tegasnya.

    Sementara itu, katanya, sepanjang tahun lalu, Kastam negeri mencatatkan perolehan pelbagai kes barang dagangan seludup, tidak diikrar atau ikrar tipu membabitkan nilai lebih RM128 juta dengan cukai lebih RM97 juta.

    Menurutnya, sebanyak 496 kertas siasatan sudah dibuka dan 380 orang disiasat bagi tempoh dari Januari hingga Disember 2011 itu.

    "Saya berharap pada tahun ini, Kastam negeri ini akan lebih cemerlang dan lebih banyak percubaan penyeludupan dapat dipatahkan.

    "Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat boleh hubungi talian bebas tol kami 1-800-88-8855 atau hubungi mana-mana pejabat kastam terdekat," katanya.

  • www.tipsptd.com/blog Page 13

    Cubaan seludup rokok RM800,000 gagal (Utusan Malaysia 7 Januari 2012)

    KUBANG PASU 6 Jan. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia JKDM) berjaya merampas sejumlah 6,390 karton rokok yang diseludup dari negara jiran bernilai lebih RM800,000 termasuk cukai di Plaza Tol Jitra, Lebuh Raya Utara-Selatan kelmarin.

    Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Latif berkata, kejayaan itu diperoleh apabila sepasukan pegawai menahan sebuah lori yang disyaki membawa rokok seludup tersebut kira-kira pukul 7.35 petang.

    "Setelah diperiksa, kami menemui 111 kotak dan 42 bungkusan plastik hitam mengandungi 6,390 karton rokok jenama 'Canyon'.

    "Sindiket penyeludupan itu cuba melindungi rokok yang diseludup dengan menggunakan 19 bungkusan bekas makanan polistirena, namun tidak berjaya," katanya kepada pemberita di sini.

    Menurutnya, rokok-rokok itu dipercayai diseludup untuk diedarkan kepada pembeli di kawasan utara termasuk Pulau Pinang dan Perak.

    Abdul Aziz berkata, rokok putih tersebut merupakan barang larangan yang tertakluk di bawah Perintah Duti Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 Butiran 1 Jadual 4.

    "Pemandu lori berusia 41 tahun ditahan untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967," kata beliau.

  • www.tipsptd.com/blog Page 14

    Kastam tahan 2 van bawa arak seludup (Utusan Malaysia 7 Januari 2012)

    JOHOR BAHRU 6 Jan. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri merampas 169 kotak minuman keras pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM113,400 selepas menahan dua van dalam tempoh 10 minit di laluan kereta di Bangunan Sultan Iskandar di sini semalam.

    Pengarahnya, Datuk Ramli Johari berkata, dalam kejadian pertama pada pukul 7.15 pagi, pihaknya menahan sebuah van Mercedes-Benz dipandu seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun.

    Hasil pemeriksaan, katanya, kenderaan itu membawa 89 kotak minuman keras pelbagai jenama yang disyaki belum mendapat kelulusan kastam.

    Menurut beliau, kira-kira 10 minit kemudian, pihaknya menahan sebuah lagi van jenis sama dipandu seorang lagi lelaki tempatan berusia 30 tahun dan menjumpai 80 kotak minuman keras di dalam kenderaan terbabit, juga disyaki belum lulus kastam.

    "Siasatan awal mendapati, arak itu dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan dan kami sedang menyiasat kaitan antara kedua-dua pemandu van berkenaan.

    "Minuman keras merupakan barang larangan import serta memerlukan lesen import di bawah Butiran 1 Bahagian II Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 dan kesemua barangan yang dirampas itu melibatkan anggaran cukai sebanyak RM1.71 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Ramli berkata, kedua-dua pemandu van itu ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda maksimum 20 kali nilai barangan atau penjara atau kedua-duanya sekali

  • www.tipsptd.com/blog Page 15

    Cerita pegawai kastam parah ditembak [Utusan Malaysia 25 Disember 2011]

    KUALA LUMPUR 24 Dis. - Sebaik sahaja terkena dua das tembakan di bahu kiri, Rosli A. Aziz, pegawai kastam yang parah ditembak di hadapan rumahnya di Taman Tanjung Minyak, Melaka semalam cuba mempertahankan diri dengan menarik pistol yang terselit di pinggang kanan.

    Namun, sebaik sahaja menarik pistol itu, pegawai berusia 53 tahun itu sekali lagi ditembak di tangan kanan menyebabkan pistol itu terjatuh.

    Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Matrang Suhaili berkata, Rosli menceritakan detik-detik mencemaskan tersebut kepada beliau ketika melawat mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini hari ini.

    ''Rosli kini sudah boleh bercakap walaupun badannya lemah,'' katanya kepada pemberita selepas lawatan itu.

    Semalam, Rosli yang berpangkat Pegawai Kastam Tinggi parah selepas ditembak tiga daripada empat lelaki dipercayai bermotifkan dendam.

    Ini merupakan serangan kedua pernah menimpa mangsa kerana pada Oktober lalu, rumahnya pernah dilempar bom petrol.

    Mangsa yang kini dalam keadaan stabil dipindahkan ke HKL untuk menjalani dua pembedahan sejak petang semalam.

    Sementara itu, di MELAKA, polis akan bekerjasama dengan JKDM negeri bagi memburu suspek.

    Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, polis akan meneliti fail-fail berkaitan usaha JKDM mematahkan sindiket penyeludupan sebelum ini yang mungkin mempunyai kaitan dengan cubaan membunuh pegawai tersebut.

    "Setakat ini, kita belum mengenalpasti suspek dan sedang meneliti kes-kes yang pernah dikendalikan oleh mangsa bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi.

  • www.tipsptd.com/blog Page 16

    Kastam yakin dapat kutip cukai RM30 bilion tahun ini 19/12/2011 5:37pm LANGKAWI 19 Dis. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDM) yakin mencapai sasaran mengutip cukai sebanyak RM30 bilion tahun ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf.

    Menurutnya setakat ini KDM telah berhasil mengutip RM29 bilion yang merupakan jumlah tertinggi pernah dikutip jabatan itu.

    Mengenai dadah, beliau berkata KDM berjaya merampas bahan larangan itu bernilai RM166.6 juta iaitu peningkatan sebanyak empat kali ganda berbanding tahun 2010 sebanyak RM44.4 juta sahaja.

    "Rampasan besar ini dicapai hasil peningkatan penguatkuasaan oleh KDM, katanya kepada pemberita sempena Mesyuarat Pengarah Kastam Se-Malaysia ke-67 di sini, hari ini.

    Menurut Mohamed Khalid rampasan itu hasil kejayaan KDM membanteras 83 kes, 34 daripadanya di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Katanya rampasan barang dagangan seperti rokok dan minuman keras sehingga kini bernilai RM483.9 juta berbanding RM507.6 juta tahun lepas. - BERNAMA