5-5keagresifandalamsukan-121217184517-phpapp02.pptx

download 5-5keagresifandalamsukan-121217184517-phpapp02.pptx

of 13

Transcript of 5-5keagresifandalamsukan-121217184517-phpapp02.pptx

5.5 Keagresifan Dalam Sukan

5.5 Keagresifan Dalam SukanDefinisi keagresifanMenurut Baron dan Richardson(1994), keagresifan adalah apa jua bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup dan bermotivasi untuk mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan.Menurut Wann(1997), keagresifan adalah satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecederaan secara fizikal, verbal atau psikologi ke atas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri daripada dicederakan.Jenis-jenis keagresifanKeagresifan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:Keagresifan ketara(hostile)Keagresifan instrumentalKeagresifan asertifKeagresifan Ketara(KK)KK merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca daripada perasaan marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain serta niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan atau kecederaan, ganjarannya adalah dengan melihatnya cedera dengan tindakan tersebut.

Keagresifan Instrumental(KI)KI merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat mencederakan atlet lain dengan matlamat kecederaan atlet tersebut akan memberi faedah kepada pasukannya.Tindakan tersebut dianggap instrumental bagi mencapai matlamat pasukannya.Keagresifan Asertif(KA)Tindakan KA kebiasaannya kita lihat sebagai taktikal sesebuah pasukan.Namun ia seringkali disalah erti sebagai mencederakan dengan niat. Contohnya, tackle dalam permainan ragbi.Penggunaan istilah asertif jarang digunakan dalam konteks sukan.Jika berlaku sebarang kecederaan semasa tindakan asertif ini, ia tidak dikira sebagai agresif yang melampau kerana terdapat sukan yang dibenarkan bagi tindakan agresif ini. Contohnya ragbi.Faktor penyebab keagresifanKebangkitan fisiologiBiasanya berkait rapat dengan persekitaran khasnya suhu dan suasana penonton.Keadaan ini akan menyebabkan atlet akan bertindak agresif kerana suasana kurang selesa dan merimaskan dan mudah marah.Menurut Donnerstein dan Watson(1976), mendapati suasana bising yang tinggi akan merangsang respons agresif atlet.Persepsi individuKeagresifan akan meningkat jika terdapat pemain yang merasakan diri mereka akan menerima asakan kasar dari pemain lawan.Secara tidak langsung persepsi ini akan mencetuskan tindakan yang lebih agresif jika pertembungan berlaku antara kedua-dua pemain.

Perbezaan mata/JaringanMenurut Cox(1999), semakin besar perbezaan mata/jaringan, maka semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan oleh pasukan yang ketinggalan.

Lokasi perlawananTindakan atau permainan yang agresif akan lebih banyak ditonjolkan oleh pemain tuan rumah jika mendapat sokongan penonton atau penyokong.Keputusan pertandinganPasukan yang biasanya ketinggalan atau tidak lagi berpeluang untuk memenangi perlawanan akan lebih agresif.Keadaan ini berbeza dengan pasukan yang mendahului kerana mereka akan bermain secara selamat dengan melengahkan perlawanan, keadaan inilah yang menyebabkan kekasaran akan berlaku.Penggunaan dadahKesan dadah dalam sukan juga mempengaruhi keagresifan seseorang atlet.Hal ini disebabkan sebarang tindakan mereka adalah bawah sedar kerana kesan pengambilan bahan terlarang tersebut.Kesan pendekatan agresif terhadap individu dalam sukanDalam sukan agak sukar untuk mengurangkan atau menghapuskan sifat agresif.Ini kerana setiap pasukan atau atlet yang terlibat mempunyai matlamat tersendiri dalam acara sukan.Antara kesan-kesan yang boleh dilihat kepada individu ialah :Mengalakkan sikap agresif dalam permainan dan menjadi role model kepada atlet lain.Menjadikan sikap agresif ini sebagai taktikal pasukan setiap kali menghadapi perlawanan.Akan wujud jurulatih yang mengalakkan sikap agresif ini diterapkan dalam taktikal permainan.Ini akan menjadi lebih buruk jika liputan media berat sebelah.