Skema Kertas Model Peperiksaan 2015 set 5.pptx

71
Asmawi bin Abdullah Skema Kertas Model 5

Transcript of Skema Kertas Model Peperiksaan 2015 set 5.pptx

Asmawi bin Abdullah

Skema Kertas Model 5

22

1(a) Takrifkan maksud kesan rumah hijau.

Proses fizikal yang melibatkan [peningkatan suhu di permukaan bumi] akibat [pemerangkapan bahangan bumi oleh gas-gas rumah hijau] khususnya karbon dioksida yang bersifat [lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi].

Kunci Idea:1. peningkatan suhu di permukaan bumi = 1M2. pemerangkapan bahangan bumi oleh gas-gas rumah hijau = 1M3. lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi

= 1M

33

1(b) Bagaimanakah fenomena kesan rumah hijau berlaku?

i. Berpunca daripada pembebasan gas-gas rumah hijau khususnya karbon dioksida, sulfur dioksida, karbon monoksida, metana dilketroposferamelalui aktiviti perindustrian, pengangkutan, penyahhutanan dan sebagainya.

ii. Gas-gas rumah hijau bersifat lutsinar kepada (bahangan matahari) tetapi legap kepada bahangan bumi (bahangan terestrial). Oleh sebab itu, bahangan matahari dibenarkan menembusinya tetapi menghalang pembebasan bahangan bumi ke angkasa. Kesannya, bahangan bumi akan berkitar di dalam ruang atmosfera yang sama yang menyebabkan berlakunya peningkatan suhu.

44

1(c) Jelaskan dua punca yang menyebabkan fenomena kesan rumah hijau terjadi.

i. Aktiviti industrilkilang dan stesen jana kuasa. Penggunaan bahan api fosil (petroleum dan gas asli) dalam industri perkilangan banyak membebaskan "gas-gas rumah hijau" yang mampu untuk memerangkap bahangan bumi (bahangan terestrial). Antaranya seperti; karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan karbon monoksida.

55

1(c) Jelaskan dua punca yang menyebabkan fenomena kesan rumah hijau terjadi.

ii. Aktiviti pengangkutan/ kenderaan. Meliputi sumber kenderaan bermotor yang merupakan sumber utama pembebasan gas-gas rumah hijau di bandar. Ekzos kereta-motor ini mengeluarkan gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, plumbum dan hidrokarbon-hidrokarbon hasil daripada pembakaran bahan apinya yang Jdak lengkap terutama minyak diesel dan petrol berplumbum.

66

1(c) Jelaskan dua punca yang menyebabkan fenomena kesan rumah hijau terjadi.

iii. Aktiviti penyahhutanan. Penebangan hutan yang berleluasa turut menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida dalam atmosfera. Hutan gaga) berfungsi untuk menyimpan karbon bumi sebaliknya karbon dioksida akan terkumpul di dalam atmosfera.

77

1(d) Bagaimanakah kesan rumah hijau memberikan impak terhadap alam sekitar fizikal bandar?

i. Peningkatan suhu mikro dan pulau haba bandar. Apabila bahangan bumi ticak capat dibebaskan ke angkasa maka, tenaga haba akan berkitar di ruang atmosfera bandar. ini akan meningkatkan suhu di pusat bandar dan semakin berkurang menghala ke pinggir bandar.

ii. Cuaca pangs dan kelembapan udara yang rendah terbentuk di bandar. Peningkatan suhu akibat kesan rumah hijau menyebabkan udara di bandar menjadi keying, proses sejatan menjadi tinggi, kelembapan berkurang.

88

2(a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah menyebabkan berlakunya fenomena pemanasan global?

Aktiviti industri/ kilang dan stesen jana kuasa. Banyak membebaskan "gas-gas rumah hijau" yang mampu memerangkap bahangan bumi; yang menyebabkan kesan rumah hijau. Antara rumah hijau yang banyak dibebaskan ialah; karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan kloroflorokarbon. Di samping aktiviti industri yang banyak membebaskan CFC dan halons yang menyebabkan penipisan lapisan ozon seperti industri pencuci/ pelarut, penghawa dingin dan peti sejuk.

99

2(a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah menyebabkan berlakunya fenomena pemanasan global?

Aktiviti pengangkutan/ kenderaan. Meliputi sumber kenderaan bermotor yang merupakan sumber utama pembebasan gas-gas rumah hijau di bandar. Meliputi sumber kenderaan bermotor yang merupakan sumber utama pembebasan gas-gas rumah hijau di bandar. Ekzos kereta-motor ini mengeluarkan gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, plumbum dan hidrokarbon-hidrokarbon hasil pembakaran bahan apinya yang ticalk lengkap terutama minyak diesel can petrol berplumbum.

1010

2(a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah menyebabkan berlakunya fenomena pemanasan global?

Aktiviti domestik. Aktiviti pembakaran terbuka cilakukan di tapak pelupusan sampah, di tapaktapak pertanian yang juga membebaskan gas-gas karbon dioksida dan monoksida. Kegiatan pertanian dan penternakan membebaskan gas metana dan nitrus oksida yang juga bertindak sebagai gas rumah hijau. Penggunaan alat penyemburan; aerosol dan alat pemadam api membebaskan CFC dan halon; menyebabkan penipisan lapisan ozon.

1111

2(a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah menyebabkan berlakunya fenomena pemanasan global?

Aktiviti penyahhutanan. Penebangan hutan yang berleluasa turut menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida dalam atmosfera. Pembersihan hutan menyumbang kepada pembebasan sebanyak 25% karbon dioksida di atmosfera menerusi pembakaran dan pemotongan kira-kira 34 juta ekar hutan setiap tahun. Kemusnahan hutan tropika sahaja telah menyebabkan pembebasan beratus juta tan karbon dioksida ke atmosfera setiap tahun. Lebihan karbon dioksida ini menyebabkan dunia menjadi semakin panas.

1212

2(a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah menyebabkan berlakunya fenomena pemanasan global?

Ujian nuklear di kutub/benua Antartika. Ujian peluru berpandu menyebabkan kebocoran lapisan ozon. Bahangan matahari menerobosi lapisan atmosfera dengan mudah. Suhu bumi meningkat.

1313

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

Kesan terhadap slam sekitar fizikal

Mempercepatkan fenomena “penggurunan” (desertification). Pemanasan global mempercepatkan proses luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin dan seterusnya memudahkan pembesaran saiz gurun.

1414

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

Kesan terhadap slam sekitar fizikal

Pencairan litupan ais benua dan ais pergunungan tinggi. Cairan ais benua akan membanjiri laut, meningkatkan isi padu dan paras air laut seterusnya menambahkan kadar hakisan oleh ombak. Kawasankawasan pantai yang rendah mudah ditenggelami. Kecairan litupan ais pergunungan tinggi pula akan menambahkan kadar hakisan glacier, fenomena salji runtuh, gelangsaran tanah dan lain-lain.

1515

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

Kesan terhadap slam sekitar fizikal

Menggalakkan kejadian EI-Nino. Pemanasan global akan mempercepatkan kenaikan suhu lautan lagi khususnya Lautan Pasifik. Kenaikan suhu lautan Pasifiktelah menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah. Keadaan ini telah melemah, mengubah atau menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini membawa 'iujan yang lebat khususnya di negaranegara Asia Tenggara. Kesannya, negara-negara tersebut mengalami cuaca panas,kemarau yang terik akibat kekurangan hujan.

1616

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

Kesan terhadap slam sekitar fizikal

Menggalakkan kebakaran hutan secara semula jadi sekali gus menyebabkan pula fenomena jerebu seperti yang dialami oleh Indonesia dan Malaysia.

1717

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

Kesan terhadap alam sekitar fizikal

Pada skala mikro seperti kawasan bandar Pemanasan global akan menyebabkan kejadian pulau haba bandar dengan terbentuknya lapisan "selimut karbon dioksida" di ruang atmosfera bandar telah menyebabkan tenaga matahari terperangkap. kawasan bandar menjadi lebih panas berbanding dengan kawasan luar bandar.

1818

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

Kesan terhadap alam sekitar fizikal

Gangguan ke atas kitar hidrologi. Ketidakseimbangan air benua, regim wilayah daripada sumber-sumber sungai, tasik, kolam dan proses transpirasi tumbuhan. Hal ini demikian kerana kadar sejatan permukaan berlaku dengan cepat tidak sepadan dengan bekalan air yang ads. Di camping itu simpanan air tanah juga akan berkurang, paras mats air dalam tanah akan menurun, sistem akuifer kekurangan sumber air.

1919

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

Kesan terhadap alam sekitar fizikal

Gangguan ke atas sistem ekologi 'seperti ke atas ekosistem hutan, ekosistem tasik, ekosistem muara, ekosistem pays, ekosistem laut dan sebagainya yang melibatkan peningkatan suhu dan kekurangan bekalan air. Sebagai contoh, mengancam kepelbagaian spesis flora dan fauna, kepupusan hidupan akuatik, terumbu karang dan lain-lain.

2020

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

Kesan terhadap alam sekitar manusia

Gangguan kesihatan yang berkaitan dengan cuaca panas seperti memudahkan perebakan penyakit, strok haba dan ketidakselesaan hidup serta gangguan kepada aktiviti sosial penduduk.

2121

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

Kesan terhadap alam sekitar manusia

Gangguan kepada bekalan air penduduk; menjejaskan aktiviti dan keperluan harian dan kualiti kehidupan penduduk. Pemanasan global boleh menyebabkan kemarau yang mengurangkan bekalan air kepada penduduk.

2222

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

Kesan terhadap alam sekitar manusia

Menjejaskan aktiviti pertanian akibat cuaca panas; kekurangan bekalan air, tanaman cepat mati terutamanya tanaman padi sawah dan sayursayuran. Produktiviti pertanian terjejas, petani mengalami kerugian.

2323

2(b) Bincangkan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

Kesan terhadap alam sekitar manusia

Risiko kebakaran yang tinggi khususnya di kawasan pertanian dan kawasan hutan. Ancaman nyawa, harts bends dan lain-lain. Kebakaran hutan boleh menghasilkan jerebu yang mengganggu urusan ekonomi dan sosial harian penduduk.

2424

3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal telah menyebabkan fenomena kemarau berlaku?

Faktor fizikal atau semula jadi sememangnya menyebabkan kejadian kemarau. Namun begitu

faktor tindakan manusia juga boleh menambahkan kekerapan kejadian kemarau lagi. Antara faktor fizikal yang terlibat ialah:

2525

3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal telah menyebabkan fenomena kemarau berlaku?

Cuaca panas akibat el-Nino. Fenomena EI-Nino telah mengurangkan jumlah hujan di sesebuah kawasan dalam tempoh yang lama EI-Nino berpunca daripada kenaikan suhu Lautan Pasifik yang mengubah, melemah dan menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini membawa hujan yang lebat di bahagian daratan. Kesannya, udara menjadi kering, kadar sejatan tinggi manakala hujannya amat sedikit. Suhu yang panas menyebabkan lembapan tanih dan akuifer kekurangan air, sungai dan tasik menjadi kering dan seterusnya menghasilkan kemarau.

2626

3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal telah menyebabkan fenomena kemarau berlaku?

Perubahan cuaca mengikut musim. Fenomena kemarau juga disebabkan oleh perubahan cuaca secara semula jadi seperti perubahan suhu, hujan dan angin mengikut musim. Di Malaysia contohnya, pada musim monsun timur laut kawasan negeri-negeri pantai barat semenanjung mengalami kekurangan hujan akibat halangan Banjaran Titiwangsa. Begitu juga keadaan sebaliknya berlaku pada musim monsun barat daya, negeri-negeri pantai timur pula akan mengalami pengurangan hujan. Jika pengurangan hujan berpanjangan fenomena kemarau boleh terjadi di negerinegeri yang berkenaan mengikut musim monsun tersebut. Selain itu, faktor angin juga boleh mempengaruhi kemarau. Halaju angin kering yang kuat akan membawa awan ke tempat yang lain lantas kawasan yang sepatutnya turun hujan akan mengalami cuaca panas dan kemarau.

2727

3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal telah menyebabkan fenomena kemarau berlaku?

Selain faktor fizikal, faktor manusia juga boteh menambahkan kejadian kemarau.

Antaranya ialah:

2828

3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal telah menyebabkan fenomena kemarau berlaku?

Aktiviti penyahhutanan. Penyahhutanan akan menyebabkan kekurangan bekalan air yang ketara dialami oleh sungai, tasik, kolam dan empangan. Hutan gaga) berfungsi sebagai kawasan tadahan - yang menyebabkan simpanan air tanah semakin berkurang. Apabila sistem akuifer kekurangan air, maka sungai, tasik, kolam dan paya juga kekurangan air. Lama-kelamaan menjadi kering kontang dan kemarau akan berlaku. Selain itu, pokok-pokok di dalam kawasan tadahan ini juga menjalankan proses transpirasi membebaskan wap-wap air ke udara, menjamin kelembapan udara berterusan bagi membentuk awan guna untuk menurunkan hujan di kawasan tadahan tersebut. Apabila pokok-pokok ini ditebang maka kelembapan udara akan berkurang, persekitaran menjadi kering (dry air), sejatan akan meningkat dan sebaliknya hujan pula akan berkurang.

2929

3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal telah menyebabkan fenomena kemarau berlaku?

Aktiviti pembandaran. Kadar pembandaran yang tinggi telah mempengaruhi imbangan air negatif. Pembangunan bandar yang pesat telah menukarkan hutan semula jadi kepada hutan batu, muka bumf telah diturap dengan aspalt dan bitumen. Hal ini menyebabkan kadar susupan air berkurang seterusnya simpanan air di dalam sistem akuifer bawah tanah semakin sedikit. Kesannya, input air kepada sungai-sungai juga semakin susut. Selain itu, keadaan pulau haba bandar menjadi faktor utama untuk menghasilkan udara kering (dry air). Peratus kelembapan udara menjadi rendah, gumpalan awan tebal untuk menurunkan hujan tidak terbentuk yang sekali gus menyebabkan input air dalam persamaan hidrologi semakin berkurang..

3030

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap akam sekitar fizikal dan manusia setempat.

Kesan terhadap alam sekitar fizikal

Menjejaskan sistem ekologi akuatik. Ekosistem tasik, kolam, paya, sungai akan terjejas akibat kekurangan air/kemarau. Hidupan akuatik akan mati/ pupus. Rantaian dan siratan makanan akan musnah. Habitat musnah.

3131

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap akam sekitar fizikal dan manusia setempat.

Kesan terhadap alam sekitar fizikal

Menjejaskan ekosistem hutan. Tumbuhan layu dan mati; memusnahkan ekosistem hutan. Hutan mudah terbakar secara semula jadi akibat kemarau/ panas yang berpanjangan. Habitat dan rantaian makanan musnah. Kepupusan kepelbagaian spesies fauna dan flora akibat kekurangan air.

3232

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap akam sekitar fizikal dan manusia setempat.

Kesan terhadap alam sekitar fizikal

Kesan terhadap proses geomorfologi. Proses luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin lebih cepat berlaku. Persekitaran kering‑ kontang, tandus-gersang mempercepatkan proses penggurunan. Kawasan gurun semakin membesar.

3333

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap akam sekitar fizikal dan manusia setempat.

Kesan terhadap alam sekitar fizikal

Kesan terhadap cuaca setempat. Kekurangan hujan; cuaca menjadi panas. Penurunan kelembapan udara; udara kering (dry air). Memudahkan terbentuknya jerebu.

3434

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap akam sekitar fizikal dan manusia setempat.

Kesan terhadap alam sekitar fizikal

Kesan kitaran hidrologi. Storan air dalam tanah (akuifer) akan berkurang. Menjejaskan sumber air kepada sungai, tasik dan paya. Kadar sejatan tinggi; cuaca panas. Hujan kurang kerana kelembapan udara rendah/ udara kering.

3535

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap akam sekitar fizikal dan manusia setempat.

Kesan terhadap alam sekitar manusia

Menjejaskan kesihatan manusia. Kemarau boleh menjejaskan kesihatan manusia apabila dihidrasi (kehilangan air dalam badan) cepat berlaku penduduk cepat letih, lesu dan kehilangan tenaga. Selain itu, penyakit berjangkit seperti denggi dan taun juga cepat merebak dalam keadaan cuaca panas.. Kemarau juga mempercepatkan kejadian jerebu. Fenomena jerebu juga menjejaskan kesihatan seperti seperti batuk, asma/lelah, sesak nafas dan sebagainya.

3636

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap akam sekitar fizikal dan manusia setempat.

Kesan terhadap alam sekitar manusia

Membataskan interaksi sosial dan kos hidup bertambah. Kemarau dan cuaca panas mengurangkan pergerakan Penduduk. Penduduk lebih suka tinggal di rumah. Aktiviti hadah seperti bersukan, berjoging, berkelah dan sebagainya berkurang kerana keadaan cuaca yang panas boleh memudaratkan kesihatan mereka.. Cuaca panas akibat kemarau menyebabkan penduduk banyak menggunakan alai penghawa dingin. Kesannya, bil elektrik akan bertambah dan ini boleh membebankan pengguna.

3737

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap akam sekitar fizikal dan manusia setempat.

Kesan terhadap alam sekitar manusia

Menjejaskan produktiviti pertanian. Kemarau menjejaskan pengeluaran tanaman makanan khususnya padi sawah. Apabila bekalan air tidak mencukupi pokok-pokok padi akan mati dan ini pastinya akan menyebabkan hasil pengeluaran tanaman tersebut merosot. Di sesetengah negara yang diancam kemarau yang berpanjangan seperti Somalia, Ethopia dan Chad didapati bahawa hasil pengeluaran pertanian amat sedikit untuk menampung keperluan makanan penduduk. Justeru itu, masalah kelaparan dan kebuluran di negara-negara berkenaan meningkat.

3838

3(b) Bincangkan kesan kemarau terhadap akam sekitar fizikal dan manusia setempat.

Kesan terhadap alam sekitar manusia

Krisis bekalan air kepada penduduk. Kemarau yang berpanjangan akan menyebabkan krisis air kepada penduduk terutamanya di kawasan berpenduduk padat seperti bandar-bandar besar. Apabila jumlah air sungai dan tasik berkurang maka somber air kepada empangan juga akan berkurang. Paras air di empangan akan merosot dengan ketara dan ini akan menjejaskan bekalan air kepada penduduk. Bekalan air terpaksa dicatu dan air yang dibekalkan juga mungkin tidak berkualiti.

3939

4(a) Bezakan konsep liberalisasi ekonomi dengan deregulasi ekonomi.

i. Liberalisasi ekonomi ialah dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja termasuk pemodal-pemodal asing memasuki seterusnya menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa batas. Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas.

ii. Deregulasi eknomi ialah dasar penghapusan segala peraturan dan sekatan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal. Contohnya penghapusan dasar perlindungan, penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif, penghapusan skim keutamaan dagangan (PTA), penghapusan dasar kawalan modal berpilih.

4040

4(b) Jelaskan dua faktor yang mempercepatkan proses globalisasi ekonomi pada masa kini.

i. Kepesatan perkembangan ICT – Ledakan maklumat. Perkembangan dan kemudahan ICT, telah mempercepatkan lagi proses globalisasi ekonomi peringkat global lagi. Teknologi ICT terutamanya Internet dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengannya memudahkan untuk berhubung terns di mana-mana sahaja kits berada. ICT banyak membantu untuk mengedalikan perniagaan, perdagangan dan segala bentuk pengurusan. Kos pengurusan bertambah murah dan mudah.

4141

4(b) Jelaskan dua faktor yang mempercepatkan proses globalisasi ekonomi pada masa kini.

ii. Kemajuan pengangkutan global – trans benua. Sistem pengangkutan melangkaui benua juga menjadi pemangkin kepada proses globalisasi. Proses globalisasi menjadi bertambah mudah dengan meningkatnya kecanggihan pengangkutan udara, iaitu kemudahan pengangkutan yang sangat diperlukan oleh sektor ekonomi masa kini. Sistem pengangkutan laut juga bertambah cekap yang telah dapat memendekkan masa pelayaran dan mengurangkan kos pengangkutan.

4242

4(b) Jelaskan dua faktor yang mempercepatkan proses globalisasi ekonomi pada masa kini.

iii. Dasar terbuka kerajaan masa kini. Dasar buka pintu kepada pasaran bebas telah diamalkan oleh keseluruhan negara demokrasi. Kerajaan merasakan penyertaan dalam aktiviti ekonomi di peringkat global adalah satu perkara yang sangat penting supaya negara tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan sosioekonominya. Oleh itu, pihak kerajaan menggalakkan institusi, syankat dan firma dalam negara untuk menyertai aktivitiaktiviti ekonomi melampaui sempadan negara bahkan juga melampaui benua dalam konteks pelaburan, perluasan pasaran, jaringan dan jalinan kerjasama dan sebagainya. .

4343

4(c) Jelaskan dua kesan positif globalisasi ekonomi terhadap negara Malaysia.

i. Meningkatkan days saing ekonomi negara. Dasar pasaran bebas telah mewujudkan persaingan yang hebat dalam pasaran dalam dan luar negara. Malaysia terpaksa meningkatkan kualiti produk yang berkos rendah dalam usahanya untuk kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kesannya, aktiviti penyelidikan dan pemoangunan (R&D) akan berkembang pesat.

4444

4(c) Jelaskan dua kesan positif globalisasi ekonomi terhadap negara Malaysia.

ii. Menambahkan keupayaan modal dalam negara. Dasar pasaran bebas akan membawa masuk pelaburan luar asing (FDI) yang sudah tentu mampu untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Hanya dengan suntikan modal asing sahaja membolehkan industri berkembang pesat. Aliran masuk modal asing (FDI) ini adalah datangnya dari syarikat multinasional (MNCs dan TNCs).

4545

4(c) Jelaskan dua kesan positif globalisasi ekonomi terhadap negara Malaysia.

iii. Perluasan pasaran dan perdagangan antarabangsa. Amalan pasaran bebas akar memberikan peluang kepada produk negara menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata. Hal ini demikian kerana globalisasi menuntut mekanisme pasaran yang terbuka, adil dan talus. Produk Malaysia bebas berada di manamana pasaran dunia yang mengamalkan dasar terbuka.

4646

4(d) Bagaimanakah deregulasi ekonomi memberikan kesan buruk terhadap penduduk negara Malaysia.

Deregulasi ekonomi [menghapuskan dasar perlindungan dan subsidi] kepada produk tempatan. Kesannya, [harga barangan akan meningkat dan kos hidup penduduk akan bertambah]. Deregulasi ekonomi juga menyebabkan [syarikat IKS yang kecil gulung tikar] kerana tidak mampu untuk bersaing dengan syarikat multinasional.

Kunci Idea:1. menghapuskan dasar perlindungan dan subsidi = 1M2. harga barangan akan meningkat dan kos hidup penduduk

akan bertambah = 1M3. syarikat IKS yang kecil gulung tikar = 1 M

4747

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan rel bandar semakin meningkat dalam kalangan penduduk metropolis Kuala Lumpur.

Mengelakkan kesesakan. Kesesakan jalan raya dapat dielakkan kerana perkhidmatan rel bandar menggunakan laluan khas. Seperti laluan LRT, Monorel di ruang atas, tidak berkongsi dengan laluan lain.

4848

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan rel bandar semakin meningkat dalam kalangan penduduk metropolis Kuala Lumpur.

Mengurangkan pencemaran. Pencemaran udara berkurang. Sistem rel bandar bersifat mesra alam. Menggunakan tenaga alternatif seperti komuter menggunakan tenaga elektrik bukannya bahan bakar petroleum.

4949

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan rel bandar semakin meningkat dalam kalangan penduduk metropolis Kuala Lumpur.

Mengurangkan pencemaran. Pencemaran udara berkurang. Sistem rel bandar bersifat mesra alam. Menggunakan tenaga alternatif seperti komuter menggunakan tenaga elektrik bukannya bahan bakar petroleum. Kadar pencemaran bunyi juga berkurang berbanding dengan pengangkutan awam yang lain.

5050

5151

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan rel bandar semakin meningkat dalam kalangan penduduk metropolis Kuala Lumpur.

Perkhidmatan yang berkualiti dan selesa. Mementingkan keselamatan dan keselesaan penumpang. Selesa; berhawa dingin dan ruang duduk yang luas; lebih santai. Sistem tiket yang cekap dan cepat. Boleh bawa ramai penumpang/ kapasiti tinggi dalam satu-satu masa.

5252

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan rel bandar semakin meningkat dalam kalangan penduduk metropolis Kuala Lumpur.

Ketersampaian tinggi/ cepat dan mudah sampai. Cepat sampai; perkhidmatan laju seperti bullet train. Banyak stesen hentian; memudahkan pergerakan penumpang. Kekerapan perjalanan; tempoh menunggu dijimatkan. Mengikut jadual; tepati masa.

5353

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan rel bandar semakin meningkat dalam kalangan penduduk metropolis Kuala Lumpur.

Menjimatkan kos/tambang berpatutan. Kos tambang berpatutan sesuai dengan jarak, mass dan kualiti perkhidmatan yang disediakan. Menjimatkan kos petrol dan kos tol berbanding dengan penggunaan kenderaan sendiri untuk ulang-alik ke tempat kerja.

5454

5(a) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan rel bandar semakin meningkat dalam kalangan penduduk metropolis Kuala Lumpur.

Risiko kemalangan rendah. Risiko kemalangan yang rendah kerana ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Menggunakan laluan khas; tidak bertembung dengan kenderaan lain.

5555

5(b) Jelaskan kesan perkembangan sistem pengangkutan darat terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia.

Pencemaran udara meningkat. Perlepasan asap kenderaan yang tinggi hasil pembakaran bahan api fosil yang tidak lengkap. Perlepasan karbon monoksida, plumbum oksida dan hidrokarbon yang lain. IPU meningkat; menyumbang kepada kejadian jerebu. Mengurangkan jarak penglihatan dan menjejaskan kesihatan penduduk.

5656

5(b) Jelaskan kesan perkembangan sistem pengangkutan darat terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia.

Pencemaran bunyi dan bau busuk. Bunyi bising dari enjin kenderaan yang semakin bertambah khususnya lori, bas dan kereta api. Mengganggu ketenangan dan kualiti hidup terutamanya di kawasan bandar. Bau busuk asap kenderaan.

5757

5(b) Jelaskan kesan perkembangan sistem pengangkutan darat terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia.

Hakisan tanah dan tanah runtuh. Pembinaan jaringan lebuh raya/ jalan raya di kawasan berbukit. Aktiviti menebuk, meneres dan memotong bukit. Penambakan paya; untuk dibina jalan raya, lapangan terbang dan lain-lain. Risiko hakisan tanah, tanah runtuh dan tanah mendap.

5858

5(b) Jelaskan kesan perkembangan sistem pengangkutan darat terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia.

Perubahan landskap yang ketara. penggondolan hutan untuk membina jaringan lebuh raya/jalan raya. Pembinaan pelabuhan, lapangan terbang, medan letak kereta dan lain-lain. Pembinaan terowong, pemotongan bukit; landskap hutan semula jadi berubah.

5959

5(b) Jelaskan kesan perkembangan sistem pengangkutan darat terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia.

Peningkatan suhu mikro. Pembebasan haba terms dari enjin bas, lori dan teksi khususnya di stesen hentian. Pemanasan setempat. Pembebasan gas-gas rumah hijau dari asap kenderaan; karbon monoksida, karbon dioksida, plumbum oksida dan lain-lain. Memerangkap bahangan bumi menyebabkan indeks suhu sekitar meningkat.

6060

6(a) Jelaskan kepentingan kerjasama serantau ASEAN kepada negara-negara anggotanya.

Meningkatkan aliran perdagangan intra ASEAN. Hal ini dicapai menerusi Perjanjian Keutamaan Perdagangan (PTA) dan pasaran bebas AFTA dengan memberi pengurangan cukai atau pelepasan cukai kepada sesetengah barangan dari sesama negara anggota. Kesannya, semua negara anggota dapat menikmati faedah seperti harga barangan yang lebih murah, bekalan barangan yang berterusan, dan mengurangkan defisit import barangan dari negara maju.

6161

6(a) Jelaskan kepentingan serantau ASEAN kepada negara-negara anggotanya.

Perluasan saiz pasaran. Kesan-kesan positif perluasan pasaran diperoleh melalui pertambahan penduduk dan peningkatan kuasa bell yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dijual ke serata negara. Konsep pasaran bebas bersama (AFTA) akan memberi keuntungan kepada semua negara. Dengan adanya perluasan pasaran ini barangan dan perkhidmatan akan dapat dijual tanpa karenah birokrasi yang cerewet.

6262

6(a) Jelaskan kepentingan serantau ASEAN kepada negara-negara anggotanya.

Perkongsian teknologi, R&D, dan inovasi baharu. Saling keuntungan diperoleh melalui perkongsian teknologi, R&D, dan inovasi baharu dalam pelbagai bidang perindustrian, tenaga, pertanian, perhutanan, pengangkutan, telekomunikasi, kewangan, can lain-lain yang dapat memberikan kesan positif kepada semua negara anggota. Apabila semua negara mengeratkan kerjasama maka kekurangan teknologi sesebuah negara boleh ditampung oleh kelebihan teknologi negara lain.

6363

6(a) Jelaskan kepentingan serantau ASEAN kepada negara-negara anggotanya.

Perkongsian pelaburan modal atau kewangan. Perkongsian pelaburan modal atau kewangan menerusi pelbagai konsep can kaedah seperti pelaburan silang, pelaburan bersama, koperasi kewangan ASEAN, dan lain-lain yang dilangsungkan di bawah Jawatankuasa Kewangan dan Bank (COFAB). Negara-negara anggota yang lebih teguh keadaan ekonomi boleh melabur dan membantu negara-negara yang lemah.

6464

6(a) Jelaskan kepentingan serantau ASEAN kepada negara-negara anggotanya.

Saling melengkapi dari pengkhususan pengeluaran. Negara anggota ASEAN juga memperoleh keuntungan melalui keadaan saling melengkapi khususnya dalam konteks pengkhususan pengeluaran barangan industri pembuatan, perkhidmatan, serta sumber dan tenaga. Kekurangan aspek-aspek tersebut di sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain. Sebagai contoh, negara Singapura yang mengalami masalah kekurangan sumber bahan mentah seperti bekalan air, minyak sawit, dan petroleum ditampung oleh negaranegara jiran seperti Malaysia. Thailand pula membekalkan bergs dan sumber perikanan kepada Singapura. Sebaliknya Singapura membantu negara lain melalui kepakaran perkhidmatan, kepakaran kewangan, serta kemudahan pelabuhan dan pergudangan.

6565

6(a) Jelaskan kepentingan serantau ASEAN kepada negara-negara anggotanya.

Pengaliran tenaga buruh dan kepakaran. Kekurangan buruh can tenaga pakar dalam sesebuah negara juga boleh ditampung oleh negara anggota lain. Sesetengah negara ASEAN capat mengurangkan masalah lebihan tenaga buruh yang berlaku di dalam negara melalui perkongsian tenaga buruh. Contoh yang paling balk ialah antara Malaysia dengan Indonesia. Kekurangan buruh di Malaysia dalam sektor pembinaan, perladangan, can pembantu rumah ditampung oleh kemasukan tenaga buruh dari Indonesia. Dengan itu, ekonomi Malaysia lebih pesat dan berkembang maju. Negara Indonesia juga memperoleh keuntungan dalam pengurangan bebanan lebihan tenaga buruh. Masalah pengangguran di Indonesia juga boleh dikurangkan.

6666

6(a) Jelaskan kepentingan serantau ASEAN kepada negara-negara anggotanya.

Faedah penjagaan alam sekitar. Negara anggota turut memperoleh keuntungan melalui penjagaan alam sekitar secara bersama khususnya dalam menangani permasalahan alam sekitar. Negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, dan Singapura bersetuju secara bersama untuk menjaga perairan Selat Melaka. Negara-negara tersebut menjalankan usaha sama dalam membuat pengesanan, rondaan, kawal selia, pengawasan, dan pemuliharaan jika berlaku keskes pembuangan enap cemar oleh kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka. Selain itu, di atas semangat ASEAN, semua negara anggota telah membantu Indonesia menangani masalah jerebu yang berpunca di Indonesia dan kesannya dirasai oleh negara ASEAN yang lain khususnya Malaysia, Singapura dan Brunei.

6767

6(b) Bagaimanakah pakatan serantau ASEAN mampu untuk mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi di Asia Tenggara.

Melalui AFTA. Mengurangkan monopoli pasaran barangan dari negara-negara maju. la dilaksanakan menerusi konsep kawasan pasaran bebas ASEAN (AFTA). Barangan sesama Negara ASEAN menjadi lebih murah berbanding dengan produk luar ASEAN.

6868

6(b) Bagaimanakah pakatan serantau ASEAN mampu untuk mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi di Asia Tenggara.

Penubuhan Bank ASEAN. Mengurangkan monopoli pasaran kewangan ASEAN oleh negara-negara maju khususnya Amerika Syarikat. Pengurangan ini dapat dilakukan menerusi penubuhan Bank ASEAN, Koperasi ASEAN, penggunaan mata wang ASEAN, dan lain-lain.

6969

6(b) Bagaimanakah pakatan serantau ASEAN mampu untuk mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi di Asia Tenggara.

Syarikat bersama ASEAN (usaha sama). Dapat mengurangkan kebergantungan kepada modal dari negara-negara kapitalis atau dari syarikat multinasional (MNCs) sahaja yang jelas tidak menguntungkan negara-negara ASEAN. Hal ini boleh dilakukan menerusi penggabungan syarikat-syarikat negara ASEAN untuk menjadi konglemerat yang memiliki modal yang kukuh.

7070

6(b) Bagaimanakah pakatan serantau ASEAN mampu untuk mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi di Asia Tenggara.

Perkongsian pintar. Mengurangkan dominasi teknologi dan kepakaran dari negara-negara maju .Ini dilakukan melalui konsep perkongsian pintar, konsep saling melengkapi, prinsip menang-menang. Selain itu, langkah pertukaran teknologi dan inovasi baharu, dan latihan tenaga manusia secara bersama dan bersepadu sesama negara anggota ASEAN.

7171

6(b) Bagaimanakah pakatan serantau ASEAN mampu untuk mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi di Asia Tenggara.

Prinsip ZOFPAN. Membendung campur tangan politik dari negara-negara maju menerusi prinsip Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOFPAN), dasar tidak campur tangan negara-negara anggota, Berta prinsip kemakmuran bersama ASEAN.