5 Borang Laporan Pentaksir

4
018-265 3346 LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH BAHASA INGGERIS 2013 LAPORAN PENTAKSIR 1. NAMA PENTAKSIR : MUHAMMAD ADAM DHARMA B PAKER SEELAN 2. JAWATAN : PENTAKSIR SEKOLAH / KETUA PENTAKSIR SEKOLAH / PENTAKSIR KAWASAN / KETUA PENTAKSIR KAWASAN / PENTAKSIR NEGERI 3. NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH : SMK DATO IBRAHIM YAACOB, BATU 5 JALAN IPOH, 51200 KUALA LUMPUR ARAHAN AM 1. Laporan ini adalah untuk kegunaan Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2. Laporan hendaklah ringkas, padat dan tepat. 3. Laporan hendaklah berhubung dengan perkara yang perlu diambil perhatian dan kesalahan yang dilakukan. 4. Jika ruang tulis tidak mencukupi , gunakan kertas tambahan. 5. Laporan hendaklah dihantar seperti berikut: i) Pentaksir Sekolah kepada Ketua Pentaksir Sekolah ii) Ketua Pentaksir Sekolah kepada Pentaksir Kawasan iii) Pentaksir Kawasan kepada Ketua Pentaksir Kawasan iv) Ketua Pentaksir Kawasan kepada Pentaksir Negeri

description

ORAL SPM

Transcript of 5 Borang Laporan Pentaksir

Page 1: 5 Borang Laporan Pentaksir

018-265 3346

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAHBAHASA INGGERIS

2013

LAPORAN PENTAKSIR

1. NAMA PENTAKSIR : MUHAMMAD ADAM DHARMA B PAKER SEELAN

2. JAWATAN : PENTAKSIR SEKOLAH / KETUA PENTAKSIR SEKOLAH / PENTAKSIR KAWASAN / KETUA PENTAKSIR KAWASAN / PENTAKSIR NEGERI

3. NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH : SMK DATO’ IBRAHIM YAACOB, BATU 5 JALAN IPOH, 51200 KUALA LUMPUR

ARAHAN AM

1. Laporan ini adalah untuk kegunaan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

2. Laporan hendaklah ringkas, padat dan tepat.

3. Laporan hendaklah berhubung dengan perkara yang perlu diambil perhatian dan kesalahan yang dilakukan.

4. Jika ruang tulis tidak mencukupi , gunakan kertas tambahan.

5. Laporan hendaklah dihantar seperti berikut:i) Pentaksir Sekolah kepada Ketua Pentaksir Sekolahii) Ketua Pentaksir Sekolah kepada Pentaksir Kawasaniii) Pentaksir Kawasan kepada Ketua Pentaksir Kawasaniv) Ketua Pentaksir Kawasan kepada Pentaksir Negeri

Page 2: 5 Borang Laporan Pentaksir

1. Laporan Tentang Prestasi Calon (secara keseluruhan)

a. Penyampaian (Kefasihan)

Secara keseluruhannya para pelajar kurang fasih berbahasa Inggeris kerana kurang berkeyakinan serta menunjukkan kelemahan yang ketara dari segi penguasaan kosa kata. Walaubagaimanapun terdapat segelintir pelajar yang fasih berbahasa Inggeris dan dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Mereka dapat menyampaikan secara dinamik dan spontan.

b. Penyampaian (Sebutan, Intonasi, Nada)

Penyampaian para pelajar, secara amnya, dari aspek sebutan, intonasi dan nada berada pada tahap yang kurang memuaskan. Dari segi sebutan kebanyakan pelajar tidak menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul akibat daripada pengaruh bahasa ibunda masing-masing. Mereka menyebutnya mengikut dialek bahasa ibunda mereka sendiri. Dari segi intonasi pula, bacaan mereka kebanyakannya mendatar sahaja tiada intonasi. Bagi nada pula, secara keseluruhannya pelajar menyampaikan bahan masing-masing mengikut nada yang betul dan boleh didengari oleh guru. Namun begitu, terdapat juga segelintir pelajar yang dapat menyampaikan sebutan, intonasi dan nada pada tahap yang memuaskan walaupun timbul beberapa sebutan yang kurang tepat serta jelas. Akan tetapi masalah ini tidak menghindari pemahaman.

c. Tatabahasa dan kosa kata

Penguasaan tatabahasa dan kosa kata merupakan kelemahan utama bagi para pelajar. Kebanyakan pelajar yang lemah adalah berpunca daripada penguasaan tatabahasa dan kosa kata tidak mencapai tahap yang memuaskan. Masalah ini telah menyebabkan komunikasi mereka dalam Bahasa Inggeris agak terhad. Mereka hanya menggunakan perkataan yang mudah dan kosa kata mereka tidak luas. Walaubagaimanapun terdapat segelintir pelajar yang boleh bertutur dengan menggunakan kosa kata yang memuaskan dan mudah difahami oleh guru.

d. Respon / maklum balas ke atas soalan-soalan serta kebolehan calon mengemukakan pendapat sendiri.

Pelajar mampu memberikan respon kepada soalan-soalan yang senang walaupun terdapat banyak kesalahan dari segi tatabahasa dan sebutan. Kebanyakan pelajar teragak-agak dalam memberikan pendapat secara spontan, tidak berkeyakinan dan hanya mampu memberikan jawapan dalam ayat yang tidak lengkap.

e. Komen-komen lain

Idea dan pengetahuan am pelajar sangat lemah. Mereka kurang berkeyakinan dalam menyampaikan pendapat. Kesimpulannya, pelajar kurang minat membaca dan tiada usaha yang dilakukan untuk mempertingkatkan penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, ujian ini mestilah dijalankan seperti dahulu dimana ia dijalankan pada tempoh masa yang ditetapkan dan ditaksir oleh guru dari sekolah lain.

Page 3: 5 Borang Laporan Pentaksir

2. Komen am dan cadangan tentang

a. Model

Model PLBS yang diberikan masih relevan dan sesuai untuk pelajar menengah rendah. Namun begitu, model yang disediakan sebagai rujukan untuk guru/pentaksir bergantung kepada kepandaian guru/pentaksir untuk menentukan pemilihan model yang sesuai mengikut tahap kemampuan pelajar. Model berbentuk individu lebih sesuai untuk calon yang lebih mahir dan berkeyakinan manakala model berbentuk kumpulan lebih sesuai untuk calon berpencapaian rendah.

b. Aktiviti Ujian

Aktiviti P & P juga boleh dijadikan garis panduan untuk menentukan prestasi pelajar dalam lisan Bahasa Inggeris. Sesi soal jawab selepas penyampaian pelajar amat penting untuk menentukan pemberian markah yang adil serta menilai tahap prestasi pelajar. Sehubungan dengan itu, ia dapat mengenalpasti akan tahap pemahaman serta kemahiran sebenar pelajar.

c. Perkara Lain

Pelajar diberi peluang untuk memilih sendiri bahan untuk aktiviti lisan mereka. Namun begitu pentaksir perlu mengutamakan akan kesesuaian bahan tersebut mengikut tahap serta kebolehan mereka.

3. Laporan tentang pengendalian PLBS ( B.I)

a. Kekangan

Masa adalah kekangan utama dalam mengendalikan PLBS disebabkan ujian serta peperiksaan, cuti sekolah dan pelbagai aktiviti rancangan sekolah yang lain. Selain itu, pelajar-pelajar yang bermasalah ponteng juga menjadi kesukaran kepada guru/pentaksir untuk mengendalikan ujian lisan. Bimbingan yang lebih juga perlu diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam penyediaan bahan lisan.

b. Cadangan untuk penambahbaikan

Menetapkan minggu khas untuk menjalankan ujian lisan secara serentak tanpa mengganggu kelancaran P & P. Bahan bagi PLBS juga patut diselaraskan untuk semua pelajar kerana guru/pentaksir dapat merujuk pada satu tanda aras pengskoran markah. Maka tidak timbullah perbezaan markah di antara guru-guru/pentaksir.

Page 4: 5 Borang Laporan Pentaksir

c. Hal-hal lain

Pelajar dari sekolah lain tidak membawa borang PLBS mereka bersama ketika berpindah. Oleh itu, menjadi bebanan kepada guru di sekolah yang dimasuki oleh pelajar tersebut untuk membuat semula PLBS mereka.

Tandatangan Pentaksir :

Nama : MUHAMMAD ADAM DHARMA B PAKER SEELAN

Jawatan : Ketua Pentaksir Sekolah

Tarikh : 2/8/2013