5 PENGENALAN

2
1.0 PENGENALAN Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia telah bermula sejak tahun 1939. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ketika itu dikenali sebagai EDUCATION DEPARTMENT OF THE STRAITS SETTLEMENTS AND THE FEDERATED MALAY STATES telah menerbitkan sebuah buku panduan kerjaya untuk murid sekolah yang berjudul A Guide to Careers in Malaya for Parents, Teachers and Pupils. Kemudiannya, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah diberi pengiktirafan oleh KPM pada awal tahun 1960an hingga tahun 1980an. Dalam hal ini, semua guru Bimbingan dan Kaunseling mesti memahami bahawa perkhidmatannya adalah secara over and above di sekolah. Konsep perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah adalah perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan boleh membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan. Selain itu, guru Bimbingan dan Kaunseling menjiwai bahawa setiap muridnya merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya. Tujuan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah adalah supaya guru Bimbingan dan Kaunseling memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha pembangunan sahsiah dan peningkatan disiplin murid di sekolah rendah. Objektif perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah pula adalah sebagai perkhidmatan yang mesra murid; meningkatkan disiplin diri murid serta membangun dan mengembangkan sahsiah diri murid. Falsafah-falsafah perkhimatan Bimbingan dan Kaunseling termasuklah murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran ataupun menimbulkan masalah disiplin memerlukan bimbingan guru untuk menolong mereka. Selain itu, guru boleh membantu mereka mengatasi masalah akademik ataupun masalah disiplin yang timbul. Setiap murid mempunyai potensi yang boleh

description

edu

Transcript of 5 PENGENALAN

1.0 PENGENALANPerkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia telah bermula sejak tahun 1939. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ketika itu dikenali sebagai EDUCATION DEPARTMENT OF THE STRAITS SETTLEMENTS AND THE FEDERATED MALAY STATES telah menerbitkan sebuah buku panduan kerjaya untuk murid sekolah yang berjudul A Guide to Careers in Malaya for Parents, Teachers and Pupils. Kemudiannya, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah diberi pengiktirafan oleh KPM pada awal tahun 1960an hingga tahun 1980an. Dalam hal ini, semua guru Bimbingan dan Kaunseling mesti memahami bahawa perkhidmatannya adalah secara over and above di sekolah.

Konsep perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah adalah perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan boleh membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan. Selain itu, guru Bimbingan dan Kaunseling menjiwai bahawa setiap muridnya merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya.

Tujuan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah adalah supaya guru Bimbingan dan Kaunseling memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha pembangunan sahsiah dan peningkatan disiplin murid di sekolah rendah. Objektif perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah pula adalah sebagai perkhidmatan yang mesra murid; meningkatkan disiplin diri murid serta membangun dan mengembangkan sahsiah diri murid.

Falsafah-falsafah perkhimatan Bimbingan dan Kaunseling termasuklah murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran ataupun menimbulkan masalah disiplin memerlukan bimbingan guru untuk menolong mereka. Selain itu, guru boleh membantu mereka mengatasi masalah akademik ataupun masalah disiplin yang timbul. Setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menjayakan agenda pembangunan insan. Guru Bimbingan dan Kaunseling merupakan pembimbing, pemegang amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak dan penggerak pembangunan kemajuan sekolah. Mereka seharusnya dilihat sebagai satu kerjaya mulia. Dalam usaha melahirkanmurid yang cemerlangsecara seimbang, ianya tidak akan berjaya sekiranya tidak disokong dengan kesungguhan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendahmenjalankan tugas yang telah diamanahkan.