5. PENGENALAN

1
1.0 PENGENALAN Dunia kini kian berubah menjadi pesat dan tanpa sempadan. Kejadian ini telah menyebabkan ramai orang melupakan nilai-nilai moral yang sepatutnya ada dalam diri sendiri kerana sibuk mengerja kemewahan. Justeru, kepesatan kemajuan sains dan teknologi seharusnya disertai dengan pembangunan insan yang bermoral dan berbudi mulia. Tujuan utama Pendidikan Moral dalam Negara kita adalah membentuk individu yang berperibadi mulia dan beretika melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni. Menurut Frankena (1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Kerja tugasan ini dibahagikan kepada empat bahagian. Yang pertama, menjelaskan konsep teori-teori etika. Kedua, memberi contoh yang relevan bagi setiap teori etika itu. Ketiga pula ialah membezakan antara setiap teori dan akhirnya menghuraikan pendapat sejauh manakah teori-teori etika dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Teori-teori etika boleh menjadi panduan kepada manusia untuk membuat keputusan sama ada sesuatu perbuatan itu bermoral atau tidak. Terdapat 4 teori etika yang berpengaruh dan akan dibincangkan dalam kerja kursus ini iaitu Teori Kemoralan Sosial, Teori Keperibadian Mulia, Teori Teleologikal dan Teori Deontologikal.

description

PENGENALAN

Transcript of 5. PENGENALAN

1.0 PENGENALANDunia kini kian berubah menjadi pesat dan tanpa sempadan. Kejadian ini telah menyebabkan ramai orang melupakan nilai-nilai moral yang sepatutnya ada dalam diri sendiri kerana sibuk mengerja kemewahan. Justeru, kepesatan kemajuan sains dan teknologi seharusnya disertai dengan pembangunan insan yang bermoral dan berbudi mulia. Tujuan utama Pendidikan Moral dalam Negara kita adalah membentuk individu yang berperibadi mulia dan beretika melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni. Menurut Frankena (1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Kerja tugasan ini dibahagikan kepada empat bahagian. Yang pertama, menjelaskan konsep teori-teori etika. Kedua, memberi contoh yang relevan bagi setiap teori etika itu. Ketiga pula ialah membezakan antara setiap teori dan akhirnya menghuraikan pendapat sejauh manakah teori-teori etika dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Teori-teori etika boleh menjadi panduan kepada manusia untuk membuat keputusan sama ada sesuatu perbuatan itu bermoral atau tidak. Terdapat 4 teori etika yang berpengaruh dan akan dibincangkan dalam kerja kursus ini iaitu Teori Kemoralan Sosial, Teori Keperibadian Mulia, Teori Teleologikal dan Teori Deontologikal.