5 Resepi Puree Buah

5
5 resepi puree buah-buahan untuk bayi 6-12 bulan Tika mana bayi anda mula berusia 6 bulan dan ke atas, anda pasti ingin cuba memperkenalkan makanan baru kepada bayi anda. Anda tak perlu risau untuk bermula dari mana, kerana Ibu Zarith ada menyediakan 5 resepi puree yang menarik untuk anda cuba: 1. Puree Batik 2. Puree Epal & Mangga 3. Puree Brokoli 4. Asparagus & Puree Epal 5. Puree Pisang, Peach & Strawberry 13 resepi untuk bayi 6-12 bulan Sekiranya anda ingin mencuba resepi yang lebih menarik dan pelbagai, artikel daripada Mama Mujahidah ini mesti anda baca. Daripada sekadar memasak puree, apa kata anda masak pula makanan berasaskan oat, ikan, kentang dan sebagainya. Resepi pasta untuk bayi pun ada! Bunyi macam menarik, bukan? Pasti si comel anda tidak lagi bosan menjamah makanan yang sama sahaja. Variasikan rasa makanan untuk merangsang deria rasa lidahnya. Ini senarai resepi yang ada: 1. Resipi masakan kentang 2. Bubur oat, ikan dan saderi 3. Resipi kentang, lobak dan pis bersusu 4. Bubur tauhu, brokoli, lobak merah dan ayam 5. Bubur nasi, ikan merah dan lobak 6. Sup kobis bunga dan kentang 7. Bubur nasi dan kurma 8. Bubur kurma prune 9. Bubur ayam istimewa 10. Resepi pengenalan daging kepada bayi 8 bulan ke atas (dengan nasihat doktor)

description

baby, food, 6months

Transcript of 5 Resepi Puree Buah

Page 1: 5 Resepi Puree Buah

5 resepi puree buah-buahan untuk bayi 6-12 bulan

Tika mana bayi anda mula berusia 6 bulan dan ke atas, anda pasti ingin cuba

memperkenalkan makanan baru kepada bayi anda. Anda tak perlu risau untuk bermula dari

mana, kerana Ibu Zarith ada menyediakan 5 resepi puree yang menarik untuk anda cuba:

1. Puree Batik

2. Puree Epal & Mangga

3. Puree Brokoli

4. Asparagus & Puree Epal

5. Puree Pisang, Peach & Strawberry

13 resepi untuk bayi 6-12 bulan

Sekiranya anda ingin mencuba resepi yang lebih menarik dan pelbagai, artikel daripada

Mama Mujahidah ini mesti anda baca. Daripada sekadar memasak puree, apa kata anda

masak pula makanan berasaskan oat, ikan, kentang dan sebagainya.

Resepi pasta untuk bayi pun ada! Bunyi macam menarik, bukan? Pasti si comel anda tidak

lagi bosan menjamah makanan yang sama sahaja. Variasikan rasa makanan untuk

merangsang deria rasa lidahnya. Ini senarai resepi yang ada:

1. Resipi masakan kentang

2. Bubur oat, ikan dan saderi

3. Resipi kentang, lobak dan pis bersusu

4. Bubur tauhu, brokoli, lobak merah dan ayam

5. Bubur nasi, ikan merah dan lobak

6. Sup kobis bunga dan kentang

7. Bubur nasi dan kurma

8. Bubur kurma prune

9. Bubur ayam istimewa

10. Resepi pengenalan daging kepada bayi 8 bulan ke atas (dengan nasihat doktor)

11. Pasta versi bayi

12. Bubur ikan istimewa

13. Bubur oat dan ikan

Page 2: 5 Resepi Puree Buah

3 resepi enak untuk bayi 9-12 bulan

Semakin bayi anda membesar, semakin banyak jenis makanan pejal yang boleh anda cuba

perkenalkan. Antara 3 yang menarik ada dikongsikan oleh Umm Amna Maryam dalam

artikelnya. Mungkin resepi baru ini boleh membantu anda apabila bayi anda tidak mahu

maka dan berkurang berat badannya.

Penulis pun ada juga kongsikan tips berguna tentang apa yang boleh anda lakukan apabila

bayi anda menolak untuk makan. 3 resepi ini mungkin belum pernah anda cuba:

1. Roti bakar bersalut keju dan sayuran

2. Telur dadar bersama kacang hijau dan keju

3. Ayam dinosaur dan epal

Resipi Bubur, Puri, Stok Ayam Dan Sayuran Untuk Bayi 6 BulanSebelum Aya kongsikan resipi asas membuat Bubur Nasi, Puri Buah-Buahan dan Sayuran serta cara-cara penyediaan stok ayam, ikan bilis serta stok sayuran untuk dijadikan makanan pelengkap kepada bayi berusia 6 hingga 8 bulan, Aya mahu kongsikan beberapa tips penting buat ibu dalam proses penyediaan ni.

Tips Penyediaan Dan Penyimpanan Makanan Bayi

1. Bayi tidak mampu menjilat sudu dengan lidah, jadi gunakan sudu plastik yang kecil dan nipis supaya dia boleh mengambil makanan dengan bibir.

2. Sayur-sayuran yang berserat atau berbiji perlu dilenyek dan ditapis untuk mendapat tekstur yang lembut. Hampas sayuran tidak dapat dihadam pada umur ini.

3. Makanan yang anda hendak sejuk beku haruslah ditutup dengan baik untuk mengelakkan ia daripada kering. Ia juga membantu mengekalkan kualiti makanan.

4. Simpan di dalam bahagian sejuk beku yang boleh membekukan makanan daripada -18°C ke 0°C.

5.Bubur Nasi ( 2 hidangan)

Bubur Nasi. Ibu juga boleh menggunakan beras perang buat si manja.Bahan-Bahan:1⁄4 cawan beras, dikisar halus1 3⁄4 cawan air

Cara memasak:1. Didihkan air. Masukkan beras yang dikisar halus, kacau dari semasa ke semasa.2. Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.3. Hidangkan semasa panas.

Page 3: 5 Resepi Puree Buah

Tips Penyediaan:1. Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang

(mengandungi Vitamin B dan serat)2. Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.

Puri Lobak (2 hidangan)

Puri Sayuran. Selain daripada lobak, ibu boleh membuat puri sawi, bayam, brokoli dan labu.Bahan-Bahan:1⁄2 cawan lobak merahAir yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:1. Masukkan lobak merah ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan

kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.2. Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan

menggunakan air yang secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.

Cadangan:1. Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.2. Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi.3. Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran.

Puri Buah-buahan (2 hidangan)

Ibu boleh menggantikan epal kepada tembikai susu atau buah pir.

Bahan-bahan:1 biji epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.1 cawan air

Cara memasak:1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.2. Masukkan buah epal ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit

atau sehingga buah epal menjadi lembut.3. Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri.

Cadangan:1. Hidang bersama susu ibu.2. Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu

ataupun buah pir.

Page 4: 5 Resepi Puree Buah

Stok Ayam Dan Ikan Bilis

Stok ayam dan ikan bilis ini boleh menambah perisa kepada makanan bayi.

Bahan-bahan:800 g tulang ayam bahagian dada1 1⁄2 cawan ikan bilis4 cawan air

Cara memasak:1. Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku daripada tulang

ayam.Buang kepala dan isi perut ikan bilis.

2. Didihkan 1 liter atau 4 cawa air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, reneh ayam selama 45 minit atau sehingga pati tinggal separuh daripada jumlah asal.

3. Tapis dan biarkan sejuk. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk semalaman. Setelah disejukkan, buang lapisan lemak di bahagian atas.

4. Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu atau boleh disejuk bekukan sehingga sebulan.

Cadangan:

1. Hidang bersama bubur bayi untuk menambah perisa.

Stok Sayuran

Stok sayur-sayuran sebagai perisa semulajadi makanan bayi

Bahan-bahan:1⁄2 cawan lobak merah, kupas kulitnya2 biji ubi kentang bersaiz sederhana dan dipotong dadu1 cawan daun sawi, dipotong kasar1 1⁄4 cawan air

Cara memasak:1. Basuh sayur-sayuran dengan air yang bersih. Didihkan air dan rebuskan ubi kentang

dan lobak sehingga lembut. Kemudian masukkan daun sawi dan masak selama 3 minit.2. Tapis air rebusan sayur-sayuran. (Tekan sayur-sayuran dengan menggunakan sudu

untuk mengeluarkan lebihan air).3. Hidangkan pati sayuran tadi ke dalam cawan bayi atau tambahkan ke dalam bubur nasi.