5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada...

23

Transcript of 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada...

Page 1: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam
Page 2: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

2

Ketua Research & Development

Zulfadhli Talib ([email protected])

Penulis

Zulfadhli Talib

Editor

Mimi Mat Jat

Reka Bentuk Grafik

Yazid Yusof /Amirul Hafis

Hak Cipta Terpelihara.

Namun andai mahu kongsikan ilmu ini di media sosial, sila gunakan #ByondSuccess

Hubungi talian di bawah untuk sebarang info:

012 708 5844 (Cik Izzah)

Byond Success Sdn Bhd (1113174-U)

85-1 & 85-2, Dataran Dwitasik,

Jalan Dwitasik 1,

Bandar Sri Permaisuri,

56000 Cheras, Kuala Lumpur

Page 3: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

3

Isi Kandungan

Kenali Byond Success Sdn Bhd .................................................................................................................... 4

Visi ............................................................................................................................................................ 4

Misi ........................................................................................................................................................... 4

Objektif ..................................................................................................................................................... 4

Penghargaan ................................................................................................................................................ 5

4 Jenis Perniagaan Yang Wujud Di Malaysia .............................................................................................. 6

#1 - Pemilikan Tunggal Atau Perkongsian .............................................................................................. 7

#2 - Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ................................................................................................... 9

#3 - Sendirian Berhad (Sdn Bhd) ........................................................................................................... 10

#4 - Berhad ............................................................................................................................................. 11

Di Mana Fasa Bisnes Sekarang? ................................................................................................................ 12

Mengapa Bisnes Mesti Di Upgrade? ........................................................................................................ 13

7 Kebaikan Upgrade Bisnes Ke Sdn Bhd ................................................................................................... 14

#1 – Penyelamat dari risiko bankrap .................................................................................................... 14

#2 – Lebih sistematik dan terurus ........................................................................................................ 15

#3 – Lebih berkredibiliti dan dipercayai ............................................................................................... 15

#4 – Penjimatan cukai yang tinggi ........................................................................................................ 15

#5 – Boleh dipindah milik ...................................................................................................................... 16

#6 – Mempunyai pelbagai cara untuk dapatkan modal ...................................................................... 16

#7 – Syarikat Sdn Bhd sebagai aset ...................................................................................................... 16

Enterprise Vs Sdn Bhd ............................................................................................................................... 17

Bagaimana Sesebuah Syarikat Berfungsi? ................................................................................................ 19

Dunia Buat Duit ...................................................................................................................................... 20

Dunia Urus Duit ..................................................................................................................................... 21

Kesimpulan ................................................................................................................................................ 23

Page 4: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

4

Kenali Byond Success Sdn Bhd

Visi

Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam menyediakan program pembangunan syarikat yang berimpak

tinggi dan pelbagai perkhidmatan perundingan yang membantu meningkatkan pengurusan syarikat

gaya korporat bersistematik menjelang tahun 2020.

Misi

- Menyediakan program yang berimpak tinggi dalam perkhidmatan latihan dan perundingan yang

efektif menjelang tahun 2020.

- Menyediakan modul yang terkini dan efisien bagi membantu menambah nilai dan menaik tarafkan

perniagaan kepada syarikat korporat yang berdaya saing menjelang tahun 2020.

- Menyediakan sumber dan kepakaran yang intensif dalam membantu sistem syarikat menjadi lebih

berkesan, sistematik dan agresif menjelang tahun 2020.

- Menyediakan sistem untuk rundingan dan latihan melalui sumber yang efisien, kondusif dan

dinamik menjelang tahun 2020.

Objektif

- Merangka dan menyelaras sistem yang praktikal dan bersistematik supaya dapat melicinkan

direktori pentadbiran syarikat.

- Mewujudkan dan memantapkan jabatan dengan kukuh supaya dapat menjana pengurusan yang

efisien dan proaktif.

- Berkolaborasi dengan beberapa tenaga kepakaran dari sumber pengurusan perniagaan yang

intensif dan efisien.

- Menaik tarafkan sistem dan pengurusan perniagaan dengan lebih efektif dan meningkatkan

kepakaran semasa dalam aspek rundingan dan latihan pengurusan.

Page 5: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

5

Penghargaan

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi dan sekalung tahniah

kami ucapkan kerana anda telah berjaya mendapatkan Ebook 5 Sebab Kenapa Syarikat Sdn Bhd Lebih

Untung Dari Enterprise.

Ebook ini merupakan cetusan idea daripada Tuan Abdul Basit yang mana bertujuan untuk

berkongsi sedikit sebanyak ilmu pengurusan bisnes kepada para pemilik bisnes.

Kami yakin dan percaya bahawa para pemilik bisnes yang sedang membaca ebook ini sekarang,

mempunyai impian dan cita-cita untuk mewujudkan legasi perniagaan dalam bidang yang diceburi.

Oleh itu, kami di Byond Success berharap segala input yang diberikan melalui penulisan ebook

ini mampu memberi gambaran awal tentang dunia pengurusan bisnes secara menyeluruh kepada para

pembaca dan pemilik bisnes diluar sana.

Selamat membaca dengan gembira.

Salam kejayaan daripada Byond Success.

Page 6: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

6

4 Jenis Perniagaan Yang Wujud Di Malaysia

Bisnes ni ibarat sebuah kenderaan. Sebelum kenderaan itu dibawa menuju kemana-mana

destinasi, kita mesti kenal dahulu jenis kenderaan yang hendak dibawa.

Kereta? Motor? Basikal? Atau lain-lain?

Apabila sudah tahu jenis kenderaan, barulah kita tahu lesen apa yang diperlukan dan hendak

di ambil. Selain itu juga, kita akan belajar untuk memastikan kenderaan tersebut dapat dipandu dengan

baik.

Ada 4 jenis perniagaan yang didaftarkan di Malaysia iaitu:

Pemilikan tunggal atau perkongsian

1

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) 2

Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

Berhad

3

4

Page 7: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

7

#1 - Pemilikan Tunggal Atau Perkongsian

Lebih dikenali dengan nama Enterprise atau dalam bahasa jargonnya ialah (i) Sole Proprietor

atau (ii) Partnership yang mana ia merupakan dua kategori yang berbeza. Apa bezanya dua jenis ni?

Yuran yang perlu bayar masih sama, cuma pegangan milik dalam sijil pendaftaran SSM tu

dikongsi oleh beberapa orang. Maka, untuk mudahkan fahaman kita, saya umpamakan Enterprise ni

sebagai kenderaan jenis basikal. Kenapa begitu?

Sebab kosnya amat murah, RM70 untuk setahun. Setiap tahun kena renew semula pendaftaran

SSM tersebut. Kalau kita tukar partner, hanya perlu tambah RM10 untuk proses pertukaran pada

status pemilikan dalam sijil pendaftaran SSM.

Enterprise ni bukan sebuah syarikat. Ia hanya lessen perniagaan yang menjadi bukti bahawa

kita menjalankan urusniaga dan transaksi jualan secara sah di sisi undang-undang.

Entiti perniagaan = Entiti pemilik

Maksudnya, segala harta perniagaan adalah harta si pemilik. Sebarang harta atau aset dalam

perniagaan itu adalah milik si pemilik perniagaan dan begitulah sebaliknya.

Nauzubillah kalau ini berlaku. Andai kita selalu dengar, ramai peniaga yang rumahnya kena

lelong, kereta kena tarik bila bisnes lingkup, itulah maksudnya. Mereka daftarkan perniagaan dalam

kategori Enterprise.

Yang pertama milik perseorangan. Hanya ada 1 nama sahaja

yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Yang kedua pula perniagaan tu mesti ada 2 orang yang

didaftarkan dan boleh hingga 20 orang di SSM.

vs

Page 8: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

8

Adakah ia berisiko?

Ya. Perniagaan jenis ini sangat berisiko tinggi.

Basikal tiada perlindungan apabila kena langgar. Berlaku kemalangan, semua berkecai begitu

sahaja. Setiap kali saya berjalan di luar tengok bangunan dan perniagaan yang ada, ternampak ada

nama Enterprise pada papan tanda nama kedai. Serius, perasaan sedih membuku dalam hati. Lagi-lagi

yang ada kedai dan pekerja.

Kematian tu pasti berlaku. Jika si malaikat maut menjemput ajal si pemilik bisnes, akaun

perniagaan dibekukan. Bila akaun dibekukan, tidak dapat nak keluarkan duit walaupun satu sen.

Partner kita pun tak dapat keluarkan duit walau dalam akaun ada ratusan ribu.

Siapa yang akan bayar gaji pekerja nanti?

Nak nak kalau pemilik bisnes mati tengah bulan. Itu kira menganiaya pekerja.

Awalnya ya, kita boleh buka perniagaan Enterprise. Namun bila kita nak ada staf dan mahu

berkembang, kita wajib upgrade. Basikal boleh naik seorang dua sahaja. Memang tidak boleh naik

ramai orang dan tidak sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Tambahan pula, perniagaan Enterprise tidak boleh diwarisi. Kita tidak boleh serahkan atau buat

wasiat Enterprise untuk beri pada anak-anak uruskan. Mimpi sahaja jika kita mahu perniagaan

Enterprise ini dijadikan legasi.

Page 9: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

9

#2 - Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Dalam bahasa Inggerisnya, ia dikenali sebagai Limited Liability Partnership (LLP). PLT adalah

satu bentuk perniagaan alternatif yang dikawal selia di bawah Liabiliti Terhad Akta Perkongsian 2012

yang gabungkan ciri-ciri sebuah syarikat dan perkongsian konvensional.

PLT berikan status lialibiti terhad kepada pekongsi dan tawarkan fleksibiliti peraturan dalaman

melalui perjanjian di antara pekongsi. Pendaftaran PLT hendaklah dibuat oleh Pegawai Pematuhan

yang dilantik oleh PLT.

PLT berbeza jika dibandingkan dengan perkongsian konvensional kerana PLT tawarkan liabiliti

terhad kepada pekongsi. Aset yang dimiliki oleh PLT tak bercampur dengan aset peribadi pekongsi dan

aset ini akan tanggung segala hutang dan obligasi PLT.

PLT juga berbeza jika dibandingkan dengan syarikat kerana PLT tiada keluaran saham dan

fleksibel dalam buat keputusan. PLT tidak perlu adakan Mesyuarat Agung Tahunan. Akaun PLT juga

tidak perlu diaudit dan penyata kewangan tidak perlu ditunjuk kepada SSM.

Berapa orang boleh didaftarkan dalam PLT?

Mesti dua orang minima dan tiada had maksimum.

PLT adalah satu bentuk perniagaan yang lebih berstruktur berbanding pemilikan tunggal atau

perkongsian konvensional. Ia tawarkan fleksibiliti operasi perniagaan yang dikawal mengikut perjanjian

perkongsian disamping menikmati status liabiliti terhad berbanding sebuah syarikat yang tertakluk

kepada keperluan pematuhan yang ketat di bawah Akta Syarikat 1965.

Untuk lebih mudah faham, PLT di kira sebagai sebuah syarikat. Ia lebih baik daripada

perniagaan Enterprise dan fleksibel berbanding Sdn Bhd, tetapi agak berisiko. Ibarat motosikal

berkuasa besar. Boleh bergerak laju namun jika apa-apa berlaku di atas jalan, pemilik motor senang

cedera. Betul?

Page 10: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

10

#3 - Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

Nama bahasa Inggerisnya Private Limited Company. Perniagaan ini boleh didaftarkan melalui

Setiausaha Syarikat ataupun terus layari laman sesawang SSM untuk pendaftaran atas talian. Siapa

Setiausaha syarikat ni?

Setiausaha Syarikat ni adalah Cosec (Company Secretary), sebuah entiti perniagaan yang

dilantik oleh SSM untuk uruskan pendaftaran syarikat Sdn Bhd dibawahnya.

Bermaksud Cosec merupakan orang tengah antara SSM dan syarikat. Tugas utama Cosec

adalah menasihati pengarah syarikat untuk pastikan perniagaan yang dijalankan itu patuhi Akta

Syarikat 1965.

Berapa orang boleh didaftarkan dalam Sdn Bhd?

Mesti dua orang minima hingga maksima lima puluh (50) orang.

Perniagaan ketiga ni saya umpamakan seperti kereta. Kereta perlukan kos yang sedikit besar.

Yang pasti, ia lebih cepat sampai ke destinasi dan ada kos penyelenggaraannya.

Misalnya untuk keperluan isi minyak, bayar tol dan tempat letak kereta. Kereta juga boleh

muat lebih ramai orang. Mahu pergi ke mana-mana rasa selamat, selesa dan dilindungi. Sama juga

seperti Sdn Bhd.

Page 11: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

11

#4 - Berhad

Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad boleh kata agak sama dengan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad.

Bezanya adalah dari segi pemilikan perniagaan.

Tiada had bagi mereka yang ingin bina syarikat jenis ini. Menurut peruntukan undang-undang,

dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama "Berhad".

Pemegang saham bebas untuk jual beli saham di pasaran saham tanpa perlukan persetujuan

dari sesiapa. Ya, proses pendaftaran Berhad lebih kurang sama dengan Sdn Bhd.

Namun perbezaan ketara adalah dari segi milikan sahamnya adalah umum. Perkara-perkara

lain seperti penubuhan, pendaftaran syarikat, agihan keuntungan dan jangka hayat adalah sama

seperti Syarikat Sendirian Berhad.

Syarikat Berhad ada dua jenis:

Secara kesimpulan kecil adalah:

1. Ada empat (4) jenis perniagaan utama yang ada di Malaysia.

2. Enterprise atau Milikan Tunggal adalah entiti perniagaan, ia bukan entiti syarikat. Entiti Syarikat

adalah PLT, Sdn Bhd dan Berhad.

3. Entiti perniagaan Milikan Tunggal pemiliknya dan perniagaannya adalah entiti yang sama. Syarikat

adalah entiti yang asingkan perniagaan dari pemiliknya.

Rujukan: http://www.ssm.com.my/

Yang diapungkan di Bursa Saham (IPO) 1

Yang didaftarkan kepada Setiausaha Syarikat 2

Page 12: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

12

Di Mana Fasa Bisnes Sekarang?

Sekarang kita sudah tahu ada 4 jenis perniagaan yang wujud di Malaysia. Setiap perniagaan

yang kita daftarkan di SSM berikan makna yang tertentu dan kita dapat jangka sejauh mana bisnes itu

dapat berkembang.

Kita nak kekal naik basikal selamanya atau bertukar ke kereta Ferrari secara berperingkat?

Tepuk dada, tanya iman.

Kita lebih tahu jawapannya.

Namun saranan saya, andai kini bisnes kita masih pegang lesen perniagaan pemilikan tunggal

atau perkongsian, kita perlu bertindak cepat untuk upgrade ke Sdn Bhd. Dengan syarat, pastikan kita

upgrade dengan ilmu.

Page 13: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

13

Mengapa Bisnes Mesti Di Upgrade?

Jujurnya, perniagaan yang guna lesen pemilikan tunggal atau perkongsian memang berisiko

tinggi untuk jangka masa yang lama. Pada bila-bila masa sahaja kita boleh jatuh. Jika perniagaan kita

gagal untuk diselamatkan, aset peribadi akan turut menjadi mangsa keadaan. Benar kuasa Tuhan yang

berkehendak untuk ia terjadi. Namun, jika kita ada ilmu dan bersedia untuk sebarang kemungkinan

yang berlaku, risikonya dapat dikurangkan. Saya bagi contoh satu case study yang benar-benar berlaku.

Harap kita ambil pengajaran.

Tuan Adudu (bukan nama sebenar) berpakat dengan rakan baiknya, Tuan Probe (bukan nama

sebenar) untuk daftarkan perniagaan recycle sampah kepada jenis perniagaan milikan perkongsian di

SSM.Setelah beberapa tahun beroperasi, satu hari mereka terima satu projek bernilai RM500 000

daripada Syarikat Gergasi Recycle. Syarikat itu masukkan nilai RM300 000 sebagai bayaran pend

ahuluan ke dalam akaun perniagaan mereka.

Tiba-tiba esoknya, Tuan Adudu meninggal dunia akibat serangan jantung. Mati, tak tinggalkan

tanda atau jejak bila manusia nak pergi. Tinggallah Tuan Probe seorang diri untuk teruskan projek yang

ada. Nak tahu apa yang jadi?

Akaun perniagaan dibekukan sebab rakan kongsinya, Tuan Adudu meninggal dunia. Segala duit

yang masuk dalam akaun tersebut dibekukan dan tidak boleh dikeluarkan langsung. Benda telah

berlaku, nasi sudah menjadi bubur. Tuan Probe rasa kecewa dan kesal sebab baru tahu bahawa

perniagaan milikan perkongsian yang didaftarkan merupakan satu entiti yang sama dengan milikan

peribadi.

Dia tidak boleh keluarkan duit yang ada walaupun dia sangat marah dan rasa mahu bakar bank

tersebut. Inilah risikonya. Apa jua kemungkinan yang berlaku kepada pemiliknya, ia bagi kesan yang

sama kepada perniagaan yang dibuat. Faham?

Akhirnya, kita yang tentukan bagaimana nak lihat bisnes kita 10 tahun akan datang. Terus

berkembang atau masih di tahap yang sama?

Page 14: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

14

7 Kebaikan Upgrade Bisnes Ke Sdn Bhd

Saya pernah jalankan satu kaji selidik tentang kenapa ramai pemilik bisnes tidak upgrade ke

Sdn Bhd. Antaranya:

+ Tiada keyakinan untuk upgrade bisnes.

+ Kurang ilmu.

+ Takut bila lihat kegagalan kawan atau sedara-mara yang mendaftar Sdn Bhd.

+ Dikatakan susah nak uruskan.

+ Banyak dengar cakap orang lain untuk tidak upgrade.

Saya yakin dan percaya, ramai pembaca pun memiliki perasaan yang sama. Punca asal masing-

masing tidak mahu upgrade ke syarikat Sdn Bhd sebab tiada ilmu yang betul. Selepas itu, keluar

pelbagai alasan yang menyekat perkembangan bisnes. Betul?

Sumber : http://shaihamibrahim.com/

Majalah Niaga di laman sesawang nya majalahniaga.com ada keluarkan artikel bertajuk 7 Sebab

Usahawan Patut Menaik Taraf Perniagaan kepada Sdn. Bhd. Di sini Saya kongsikan intipati artikel

tersebut.

#1 – Penyelamat dari risiko bankrap

Syarikat Sdn Bhd ada entiti perundangan sendiri yang boleh disaman dan juga menyaman.

Liabiliti yang dimiliki oleh syarikat Sdn Bhd adalah berasingan daripada pemilik syarikat.

Page 15: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

15

Liabiliti pemilik terhadap syarikat hanya terhad ke atas modal atau saham yang ada dalam

syarikat di bawah nama mereka. Andai syarikat berhutang, pemiutang berhak menuntut jumlah

hutang setakat modal yang dikeluarkan oleh pemilik.

Segala aset milik syarikat boleh digunakan untuk langsaikan hutang tanpa campur aduk dengan

aset peribadi pemilik syarikat. Andai syarikat Sdn Bhd bankrap, pemilik syarikat masih boleh

menubuhkan syarikat lain tanpa halangan. Best kan?

#2 – Lebih sistematik dan terurus

Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) perlu melantik 2 orang professional yang membantu

pengurusan syarikat lebih sistematik dan terurus iaitu;

I. Setiausaha syarikat bertauliah - uruskan hal berkaitan penubuhan, mesyuarat,

dokumentasi dan litigasi antara syarikat dan SSM.

II. Juruaudit bertauliah – sediakan dan bentangkan laporan audit tahunan syarikat dalam

mesyuarat agung tahunan syarikat.

#3 – Lebih berkredibiliti dan dipercayai

Syarikat Sdn Bhd memiliki kredibiliti dan dipercayai oleh client yang berurusan dengan syarikat

kerana segala laporan syarikat disediakan oleh setiausaha syarikat dan juruaudit bertauliah yang

dilantik. Mereka sediakan segala dokumen seperti laporan, pengesahan, perSayaan mematuhi

standard yang ditetapkan.

#4 – Penjimatan cukai yang tinggi

Cukai yang dikenakan ke atas syarikat Sdn Bhd ialah cukai korporat dan ia hanya dikenakan ke

atas keuntungan syarikat. Ada pelbagai intensif penjimatan cukai yang ditawarkan oleh kerajaan

kepada pihak korporat khususnya syarikat Sdn Bhd.

Berbeza dengan cukai perniagaan milikan tunggal atau perkongsian yang termasuk dalam cukai

pendapatan.

Page 16: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

16

#5 – Boleh dipindah milik

Syarikat Sdn Bhd boleh dipindah milik kerana pemilikan syarikat adalah berdasarkan pemilikan

unit saham dalam syarikat. Semakin banyak unit saham yang dimiliki di dalam syarikat, semakin

berkuasa seseorang itu ke atas sesebuah syarikat. Saham-saham tersebut adalah harta setiap pemilik

syarikat dan ia boleh di pindah milik pada bila-bila masa sahaja.

#6 – Mempunyai pelbagai cara untuk dapatkan modal

Syarikat Sdn Bhd boleh dapatkan tambahan modal pada bila-bila masa sahaja kerana konsep

pemilikan syarikat Sdn Bhd adalah berdasarkan pegangan saham oleh pemilik syarikat dan

pertambahan modal boleh dibuat atas persetujuan pemegang saham yang sedia ada.

Syarikat boleh mendapatkan modal melalui (i) pinjaman bank dan (ii) pelabur – ajak ahli

keluarga dan kawan-kawan untuk sama-sama melabur dalam syarikat Sdn Bhd yang dibangunkan.

#7 – Syarikat Sdn Bhd sebagai aset

Ciri-ciri harta dalam kategori asset ialah sesuatu yang boleh datangkan untung dan ada nilai

pasaran. Nilai pasaran ni berkait rapat dengan faktor pindah milik aset tersebut. Syarikat Sdn Bhd boleh

menjadi aset kepada pemilik kerana ia boleh dipindah milik.

Rujukan: http://www.majalahniaga.com/7-sebab-usahawan-patut-menaik-taraf-perniagaan-kepada-

sdn-bhd.html

Page 17: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

17

Enterprise Vs Sdn Bhd

Ramai yang tanya saya tentang bab ni. Kiranya saya terus siapkan perbandingan apa bestnya

bila upgrade ke Sdn Bhd berbanding dengan Enterprise?

Ini jawapannya.

Page 18: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

18

Belajar sesuatu?

Jom, kita baca topik seterusnya.

Page 19: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

19

Bagaimana Sesebuah Syarikat Berfungsi?

Selalunya bila kita bukak drama TV3, perasan kan watak heronya selalu jadi anak Dato’, Tan Sri

yang kaya raya tu?

Yang mana gaya hidupnya adalah masuk pejabat, tandatangan cek ratusan ribu, masuk

mesyuarat dan keluar sesuka hati. Pakai kereta mewah, rumah besar, kemudian bergaduh berebut

heroin dan ada masalah cinta sebesar alam.

Adakah sesebuah syarikat realitinya seperti tu?

Tidak. Sebab kita juga merupakan orang bisnes. Masalah kita bukanlah masalah cinta namun

lebih kepada masalah nak kembangkan, urus bisnes dan pekerja. Betul?

Kita mesti tahu bagaimana sesebuah syarikat berfungsi. Ini penting bila kita dah tahu segala

operasinya, maka kita dapat tahu dimana sistem dalam syarikat yang masih lopong, yang belum wujud

lagi atau yang mana perlu diperketatkan.

Ada dua dunia yang berbeza dalam sebuah syarikat. Dua dunia ini sangat penting untuk kita

fahami sebagai asas dalam operasi sebuah syarikat. Dua dunia ini ialah dunia buat duit dan dunia urus

duit.

Page 20: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

20

Isunya yang berlaku sekarang kita banyak fokus kepada satu dunia sahaja. Saya akui bahawa

ramai peniaga memang pakar dalam urusan bawa duit masuk ke dalam syarikat. Namun, cuba kita

lihat dunia urus duit.Berapa ramai yang berjaya uruskan duit syarikat dengan betul?

Kita pusing la mana-mana bahagian dalam syarikat, ia akan balik kepada 6 Roda Pengurusan™

kerana ini adalah kerangka asasnya. Sebab itu jangan pelik jika ada bisnes yang miliki bangunan tinggi-

tinggi. Itulah kuncinya – Dunia pengurusan bisnes.

Dunia Buat Duit

Dunia buat duit melibatkan sebarang urusan yang bawa duit masuk ke dalam akaun syarikat.

Contohnya bahagian operasi (produksi produk, pengurusan logistik serta pembangunan servis dan

produk), pemasaran dan jualan serta servis khidmat pelanggan.

Kita perlu ada produk dan servis, buat pemasaran serta ada tim khidmat pelanggan yang bagus

untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Selain itu juga, kita tahu di mana untuk dapatkan pembekal

dan harga kos yang paling murah.

Page 21: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

21

Untuk syarikat yang baru ditubuhkan, ini adalah perkara utama yang perlu diketahui kerana

inilah urusan yang menjana pendapatan sesebuah syarikat. Lagi pula, nak urus duit macam mana kalau

duit pun tidak masuk?

Impaknya, ramai orang bisnes memang dah hebat bab ini. Isu utama berlaku bila duit dah

masuk banyak, tapi duit yang keluar lebih banyak berbanding duit yang masuk itu. Dah bertahun-tahun

penat bawa masuk duit, namun syarikat masih di tahap yang sama. Statik, tiada perubahan dan masih

juga tidak buka cawangan yang baru. Tak tahu dimana silapnya.

Dunia Urus Duit

Oleh itu dunia urus duit diperlukan dalam sebuah perniagaan bagi melengkapi tugasan tim di

bahagian buat duit. Jika dunia buat duit fokus kepada bawa duit masuk ke dalam akaun syarikat, dunia

urus duit ini pula adalah dunia yang mengawal segala aktiviti duit keluar dan duit masuk secara

keseluruhan.

Masalah perniagaan yang paling ketara akan berlaku bila bisnes itu tidak ada sistem

pengurusan duit yang efisien dan efektif. Banyak pemilik bisnes tidak memiliki ilmu urus duit. Jadinya

ketika duit banyak masuk, lagi banyak pula yang keluar. Sebab itulah ada pemilik bisnes yang jadi

perompak dalam syarikatnya sendiri. Duit syarikat diambil dan digunakan sesuka hati tanpa sebarang

kawalan.

Dunia ini adalah dunia kawalan yang merangkumi banyak aspek pengurusan seperti

pengurusan kewangan, pungurusan pekerja, pengurusan pentadbiran dan aspek pensyarikatan.

Penguasaan ilmu dalam dunia ini buatkan perniagaan itu mempunyai sistem yang efektif, dapat

berkembang dengan lebih pesat kerana proses kawal dan urus telah pun membangun seiring dengan

perkembangan perniagaan tersebut. Inilah rahsia banyak bisnes yang berkembang kepada beberapa

buah cawangan.

Bukan mudah nak klon sistem dari satu kedai ke satu kedai lain dalam pengurusan yang sama.

Bukan senang nak pastikan cawangan kita dapat pindahkan sistem yang sama, yang mana sampai satu

ketika pengurusan itu dapat hasilkan duit dengan lebih banyak.

Page 22: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

22

Sebab itu dunia ini penting untuk dipelajari bagi pastikan bukan saja syarikat dapat berkembang

dengan pesat, malah bisnes kita jadi sistematik dan kukuh. Itu yang penting. Namun saya faham

kebanyakan orang bisnes malas nak belajar pengurusan bisnes. Kenapa?

Kerana banyak perkataan jargon yang tinggi, sukar difahami dan ia adalah dalam Bahasa

Inggeris. Lagi pun jarang ada orang Islam ajar. Walhal bangsa lain dah tahu ilmu pengurusan bisnes 10

tahun lebih awal.

Dunia urus duit, bab yang sering kita anggap macam tiada apa-apa kepentingan namun

sebenarnya berikan impak dan kesan yang sangat besar dalam pembangunan perniagaan.

Page 23: 5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada … Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise 4 Kenali Byond Success Sdn Bhd Visi Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam

5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise

23

Kesimpulan

Akhir kata, jika anda mahu bangunkan bisnes jauh lebih ke hadapan, anda perlu bertukar ke

Sdn Bhd dan gunakan setiap kelebihan yang ada dalam Sdn Bhd untuk anda capai visi, misi dan objektif

bisnes.

Kepada pemilik bisnes yang memang sudah mendaftar Sdn Bhd, pastikan anda tahu dan jelas

dengan hak anda sebagai pemegang saham dan pengarah dalam syarikat. Uruskan syarikat dengan

bersistem untuk automasikan semua kerja dan anda bebas ke mana-mana. Apa yang penting ialah

bisnes tetap berkembang.

Selamat maju jaya!