5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
2
Ketua Research & Development
Zulfadhli Talib ([email protected])
Penulis
Zulfadhli Talib
Editor
Mimi Mat Jat
Reka Bentuk Grafik
Yazid Yusof /Amirul Hafis
Hak Cipta Terpelihara.
Namun andai mahu kongsikan ilmu ini di media sosial, sila gunakan #ByondSuccess
Hubungi talian di bawah untuk sebarang info:
012 708 5844 (Cik Izzah)
Byond Success Sdn Bhd (1113174-U)
85-1 & 85-2, Dataran Dwitasik,
Jalan Dwitasik 1,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
3
Isi Kandungan
Kenali Byond Success Sdn Bhd .................................................................................................................... 4
Visi ............................................................................................................................................................ 4
Misi ........................................................................................................................................................... 4
Objektif ..................................................................................................................................................... 4
Penghargaan ................................................................................................................................................ 5
4 Jenis Perniagaan Yang Wujud Di Malaysia .............................................................................................. 6
#1 - Pemilikan Tunggal Atau Perkongsian .............................................................................................. 7
#2 - Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ................................................................................................... 9
#3 - Sendirian Berhad (Sdn Bhd) ........................................................................................................... 10
#4 - Berhad ............................................................................................................................................. 11
Di Mana Fasa Bisnes Sekarang? ................................................................................................................ 12
Mengapa Bisnes Mesti Di Upgrade? ........................................................................................................ 13
7 Kebaikan Upgrade Bisnes Ke Sdn Bhd ................................................................................................... 14
#1 – Penyelamat dari risiko bankrap .................................................................................................... 14
#2 – Lebih sistematik dan terurus ........................................................................................................ 15
#3 – Lebih berkredibiliti dan dipercayai ............................................................................................... 15
#4 – Penjimatan cukai yang tinggi ........................................................................................................ 15
#5 – Boleh dipindah milik ...................................................................................................................... 16
#6 – Mempunyai pelbagai cara untuk dapatkan modal ...................................................................... 16
#7 – Syarikat Sdn Bhd sebagai aset ...................................................................................................... 16
Enterprise Vs Sdn Bhd ............................................................................................................................... 17
Bagaimana Sesebuah Syarikat Berfungsi? ................................................................................................ 19
Dunia Buat Duit ...................................................................................................................................... 20
Dunia Urus Duit ..................................................................................................................................... 21
Kesimpulan ................................................................................................................................................ 23
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
4
Kenali Byond Success Sdn Bhd
Visi
Menjadi syarikat No.1 di Malaysia dalam menyediakan program pembangunan syarikat yang berimpak
tinggi dan pelbagai perkhidmatan perundingan yang membantu meningkatkan pengurusan syarikat
gaya korporat bersistematik menjelang tahun 2020.
Misi
- Menyediakan program yang berimpak tinggi dalam perkhidmatan latihan dan perundingan yang
efektif menjelang tahun 2020.
- Menyediakan modul yang terkini dan efisien bagi membantu menambah nilai dan menaik tarafkan
perniagaan kepada syarikat korporat yang berdaya saing menjelang tahun 2020.
- Menyediakan sumber dan kepakaran yang intensif dalam membantu sistem syarikat menjadi lebih
berkesan, sistematik dan agresif menjelang tahun 2020.
- Menyediakan sistem untuk rundingan dan latihan melalui sumber yang efisien, kondusif dan
dinamik menjelang tahun 2020.
Objektif
- Merangka dan menyelaras sistem yang praktikal dan bersistematik supaya dapat melicinkan
direktori pentadbiran syarikat.
- Mewujudkan dan memantapkan jabatan dengan kukuh supaya dapat menjana pengurusan yang
efisien dan proaktif.
- Berkolaborasi dengan beberapa tenaga kepakaran dari sumber pengurusan perniagaan yang
intensif dan efisien.
- Menaik tarafkan sistem dan pengurusan perniagaan dengan lebih efektif dan meningkatkan
kepakaran semasa dalam aspek rundingan dan latihan pengurusan.
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
5
Penghargaan
Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi dan sekalung tahniah
kami ucapkan kerana anda telah berjaya mendapatkan Ebook 5 Sebab Kenapa Syarikat Sdn Bhd Lebih
Untung Dari Enterprise.
Ebook ini merupakan cetusan idea daripada Tuan Abdul Basit yang mana bertujuan untuk
berkongsi sedikit sebanyak ilmu pengurusan bisnes kepada para pemilik bisnes.
Kami yakin dan percaya bahawa para pemilik bisnes yang sedang membaca ebook ini sekarang,
mempunyai impian dan cita-cita untuk mewujudkan legasi perniagaan dalam bidang yang diceburi.
Oleh itu, kami di Byond Success berharap segala input yang diberikan melalui penulisan ebook
ini mampu memberi gambaran awal tentang dunia pengurusan bisnes secara menyeluruh kepada para
pembaca dan pemilik bisnes diluar sana.
Selamat membaca dengan gembira.
Salam kejayaan daripada Byond Success.
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
6
4 Jenis Perniagaan Yang Wujud Di Malaysia
Bisnes ni ibarat sebuah kenderaan. Sebelum kenderaan itu dibawa menuju kemana-mana
destinasi, kita mesti kenal dahulu jenis kenderaan yang hendak dibawa.
Kereta? Motor? Basikal? Atau lain-lain?
Apabila sudah tahu jenis kenderaan, barulah kita tahu lesen apa yang diperlukan dan hendak
di ambil. Selain itu juga, kita akan belajar untuk memastikan kenderaan tersebut dapat dipandu dengan
baik.
Ada 4 jenis perniagaan yang didaftarkan di Malaysia iaitu:
Pemilikan tunggal atau perkongsian
1
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) 2
Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
Berhad
3
4
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
7
#1 - Pemilikan Tunggal Atau Perkongsian
Lebih dikenali dengan nama Enterprise atau dalam bahasa jargonnya ialah (i) Sole Proprietor
atau (ii) Partnership yang mana ia merupakan dua kategori yang berbeza. Apa bezanya dua jenis ni?
Yuran yang perlu bayar masih sama, cuma pegangan milik dalam sijil pendaftaran SSM tu
dikongsi oleh beberapa orang. Maka, untuk mudahkan fahaman kita, saya umpamakan Enterprise ni
sebagai kenderaan jenis basikal. Kenapa begitu?
Sebab kosnya amat murah, RM70 untuk setahun. Setiap tahun kena renew semula pendaftaran
SSM tersebut. Kalau kita tukar partner, hanya perlu tambah RM10 untuk proses pertukaran pada
status pemilikan dalam sijil pendaftaran SSM.
Enterprise ni bukan sebuah syarikat. Ia hanya lessen perniagaan yang menjadi bukti bahawa
kita menjalankan urusniaga dan transaksi jualan secara sah di sisi undang-undang.
Entiti perniagaan = Entiti pemilik
Maksudnya, segala harta perniagaan adalah harta si pemilik. Sebarang harta atau aset dalam
perniagaan itu adalah milik si pemilik perniagaan dan begitulah sebaliknya.
Nauzubillah kalau ini berlaku. Andai kita selalu dengar, ramai peniaga yang rumahnya kena
lelong, kereta kena tarik bila bisnes lingkup, itulah maksudnya. Mereka daftarkan perniagaan dalam
kategori Enterprise.
Yang pertama milik perseorangan. Hanya ada 1 nama sahaja
yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Yang kedua pula perniagaan tu mesti ada 2 orang yang
didaftarkan dan boleh hingga 20 orang di SSM.
vs
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
8
Adakah ia berisiko?
Ya. Perniagaan jenis ini sangat berisiko tinggi.
Basikal tiada perlindungan apabila kena langgar. Berlaku kemalangan, semua berkecai begitu
sahaja. Setiap kali saya berjalan di luar tengok bangunan dan perniagaan yang ada, ternampak ada
nama Enterprise pada papan tanda nama kedai. Serius, perasaan sedih membuku dalam hati. Lagi-lagi
yang ada kedai dan pekerja.
Kematian tu pasti berlaku. Jika si malaikat maut menjemput ajal si pemilik bisnes, akaun
perniagaan dibekukan. Bila akaun dibekukan, tidak dapat nak keluarkan duit walaupun satu sen.
Partner kita pun tak dapat keluarkan duit walau dalam akaun ada ratusan ribu.
Siapa yang akan bayar gaji pekerja nanti?
Nak nak kalau pemilik bisnes mati tengah bulan. Itu kira menganiaya pekerja.
Awalnya ya, kita boleh buka perniagaan Enterprise. Namun bila kita nak ada staf dan mahu
berkembang, kita wajib upgrade. Basikal boleh naik seorang dua sahaja. Memang tidak boleh naik
ramai orang dan tidak sesuai untuk perjalanan jarak jauh.
Tambahan pula, perniagaan Enterprise tidak boleh diwarisi. Kita tidak boleh serahkan atau buat
wasiat Enterprise untuk beri pada anak-anak uruskan. Mimpi sahaja jika kita mahu perniagaan
Enterprise ini dijadikan legasi.
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
9
#2 - Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
Dalam bahasa Inggerisnya, ia dikenali sebagai Limited Liability Partnership (LLP). PLT adalah
satu bentuk perniagaan alternatif yang dikawal selia di bawah Liabiliti Terhad Akta Perkongsian 2012
yang gabungkan ciri-ciri sebuah syarikat dan perkongsian konvensional.
PLT berikan status lialibiti terhad kepada pekongsi dan tawarkan fleksibiliti peraturan dalaman
melalui perjanjian di antara pekongsi. Pendaftaran PLT hendaklah dibuat oleh Pegawai Pematuhan
yang dilantik oleh PLT.
PLT berbeza jika dibandingkan dengan perkongsian konvensional kerana PLT tawarkan liabiliti
terhad kepada pekongsi. Aset yang dimiliki oleh PLT tak bercampur dengan aset peribadi pekongsi dan
aset ini akan tanggung segala hutang dan obligasi PLT.
PLT juga berbeza jika dibandingkan dengan syarikat kerana PLT tiada keluaran saham dan
fleksibel dalam buat keputusan. PLT tidak perlu adakan Mesyuarat Agung Tahunan. Akaun PLT juga
tidak perlu diaudit dan penyata kewangan tidak perlu ditunjuk kepada SSM.
Berapa orang boleh didaftarkan dalam PLT?
Mesti dua orang minima dan tiada had maksimum.
PLT adalah satu bentuk perniagaan yang lebih berstruktur berbanding pemilikan tunggal atau
perkongsian konvensional. Ia tawarkan fleksibiliti operasi perniagaan yang dikawal mengikut perjanjian
perkongsian disamping menikmati status liabiliti terhad berbanding sebuah syarikat yang tertakluk
kepada keperluan pematuhan yang ketat di bawah Akta Syarikat 1965.
Untuk lebih mudah faham, PLT di kira sebagai sebuah syarikat. Ia lebih baik daripada
perniagaan Enterprise dan fleksibel berbanding Sdn Bhd, tetapi agak berisiko. Ibarat motosikal
berkuasa besar. Boleh bergerak laju namun jika apa-apa berlaku di atas jalan, pemilik motor senang
cedera. Betul?
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
10
#3 - Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
Nama bahasa Inggerisnya Private Limited Company. Perniagaan ini boleh didaftarkan melalui
Setiausaha Syarikat ataupun terus layari laman sesawang SSM untuk pendaftaran atas talian. Siapa
Setiausaha syarikat ni?
Setiausaha Syarikat ni adalah Cosec (Company Secretary), sebuah entiti perniagaan yang
dilantik oleh SSM untuk uruskan pendaftaran syarikat Sdn Bhd dibawahnya.
Bermaksud Cosec merupakan orang tengah antara SSM dan syarikat. Tugas utama Cosec
adalah menasihati pengarah syarikat untuk pastikan perniagaan yang dijalankan itu patuhi Akta
Syarikat 1965.
Berapa orang boleh didaftarkan dalam Sdn Bhd?
Mesti dua orang minima hingga maksima lima puluh (50) orang.
Perniagaan ketiga ni saya umpamakan seperti kereta. Kereta perlukan kos yang sedikit besar.
Yang pasti, ia lebih cepat sampai ke destinasi dan ada kos penyelenggaraannya.
Misalnya untuk keperluan isi minyak, bayar tol dan tempat letak kereta. Kereta juga boleh
muat lebih ramai orang. Mahu pergi ke mana-mana rasa selamat, selesa dan dilindungi. Sama juga
seperti Sdn Bhd.
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
11
#4 - Berhad
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad boleh kata agak sama dengan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad.
Bezanya adalah dari segi pemilikan perniagaan.
Tiada had bagi mereka yang ingin bina syarikat jenis ini. Menurut peruntukan undang-undang,
dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama "Berhad".
Pemegang saham bebas untuk jual beli saham di pasaran saham tanpa perlukan persetujuan
dari sesiapa. Ya, proses pendaftaran Berhad lebih kurang sama dengan Sdn Bhd.
Namun perbezaan ketara adalah dari segi milikan sahamnya adalah umum. Perkara-perkara
lain seperti penubuhan, pendaftaran syarikat, agihan keuntungan dan jangka hayat adalah sama
seperti Syarikat Sendirian Berhad.
Syarikat Berhad ada dua jenis:
Secara kesimpulan kecil adalah:
1. Ada empat (4) jenis perniagaan utama yang ada di Malaysia.
2. Enterprise atau Milikan Tunggal adalah entiti perniagaan, ia bukan entiti syarikat. Entiti Syarikat
adalah PLT, Sdn Bhd dan Berhad.
3. Entiti perniagaan Milikan Tunggal pemiliknya dan perniagaannya adalah entiti yang sama. Syarikat
adalah entiti yang asingkan perniagaan dari pemiliknya.
Rujukan: http://www.ssm.com.my/
Yang diapungkan di Bursa Saham (IPO) 1
Yang didaftarkan kepada Setiausaha Syarikat 2
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
12
Di Mana Fasa Bisnes Sekarang?
Sekarang kita sudah tahu ada 4 jenis perniagaan yang wujud di Malaysia. Setiap perniagaan
yang kita daftarkan di SSM berikan makna yang tertentu dan kita dapat jangka sejauh mana bisnes itu
dapat berkembang.
Kita nak kekal naik basikal selamanya atau bertukar ke kereta Ferrari secara berperingkat?
Tepuk dada, tanya iman.
Kita lebih tahu jawapannya.
Namun saranan saya, andai kini bisnes kita masih pegang lesen perniagaan pemilikan tunggal
atau perkongsian, kita perlu bertindak cepat untuk upgrade ke Sdn Bhd. Dengan syarat, pastikan kita
upgrade dengan ilmu.
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
13
Mengapa Bisnes Mesti Di Upgrade?
Jujurnya, perniagaan yang guna lesen pemilikan tunggal atau perkongsian memang berisiko
tinggi untuk jangka masa yang lama. Pada bila-bila masa sahaja kita boleh jatuh. Jika perniagaan kita
gagal untuk diselamatkan, aset peribadi akan turut menjadi mangsa keadaan. Benar kuasa Tuhan yang
berkehendak untuk ia terjadi. Namun, jika kita ada ilmu dan bersedia untuk sebarang kemungkinan
yang berlaku, risikonya dapat dikurangkan. Saya bagi contoh satu case study yang benar-benar berlaku.
Harap kita ambil pengajaran.
Tuan Adudu (bukan nama sebenar) berpakat dengan rakan baiknya, Tuan Probe (bukan nama
sebenar) untuk daftarkan perniagaan recycle sampah kepada jenis perniagaan milikan perkongsian di
SSM.Setelah beberapa tahun beroperasi, satu hari mereka terima satu projek bernilai RM500 000
daripada Syarikat Gergasi Recycle. Syarikat itu masukkan nilai RM300 000 sebagai bayaran pend
ahuluan ke dalam akaun perniagaan mereka.
Tiba-tiba esoknya, Tuan Adudu meninggal dunia akibat serangan jantung. Mati, tak tinggalkan
tanda atau jejak bila manusia nak pergi. Tinggallah Tuan Probe seorang diri untuk teruskan projek yang
ada. Nak tahu apa yang jadi?
Akaun perniagaan dibekukan sebab rakan kongsinya, Tuan Adudu meninggal dunia. Segala duit
yang masuk dalam akaun tersebut dibekukan dan tidak boleh dikeluarkan langsung. Benda telah
berlaku, nasi sudah menjadi bubur. Tuan Probe rasa kecewa dan kesal sebab baru tahu bahawa
perniagaan milikan perkongsian yang didaftarkan merupakan satu entiti yang sama dengan milikan
peribadi.
Dia tidak boleh keluarkan duit yang ada walaupun dia sangat marah dan rasa mahu bakar bank
tersebut. Inilah risikonya. Apa jua kemungkinan yang berlaku kepada pemiliknya, ia bagi kesan yang
sama kepada perniagaan yang dibuat. Faham?
Akhirnya, kita yang tentukan bagaimana nak lihat bisnes kita 10 tahun akan datang. Terus
berkembang atau masih di tahap yang sama?
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
14
7 Kebaikan Upgrade Bisnes Ke Sdn Bhd
Saya pernah jalankan satu kaji selidik tentang kenapa ramai pemilik bisnes tidak upgrade ke
Sdn Bhd. Antaranya:
+ Tiada keyakinan untuk upgrade bisnes.
+ Kurang ilmu.
+ Takut bila lihat kegagalan kawan atau sedara-mara yang mendaftar Sdn Bhd.
+ Dikatakan susah nak uruskan.
+ Banyak dengar cakap orang lain untuk tidak upgrade.
Saya yakin dan percaya, ramai pembaca pun memiliki perasaan yang sama. Punca asal masing-
masing tidak mahu upgrade ke syarikat Sdn Bhd sebab tiada ilmu yang betul. Selepas itu, keluar
pelbagai alasan yang menyekat perkembangan bisnes. Betul?
Sumber : http://shaihamibrahim.com/
Majalah Niaga di laman sesawang nya majalahniaga.com ada keluarkan artikel bertajuk 7 Sebab
Usahawan Patut Menaik Taraf Perniagaan kepada Sdn. Bhd. Di sini Saya kongsikan intipati artikel
tersebut.
#1 – Penyelamat dari risiko bankrap
Syarikat Sdn Bhd ada entiti perundangan sendiri yang boleh disaman dan juga menyaman.
Liabiliti yang dimiliki oleh syarikat Sdn Bhd adalah berasingan daripada pemilik syarikat.
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
15
Liabiliti pemilik terhadap syarikat hanya terhad ke atas modal atau saham yang ada dalam
syarikat di bawah nama mereka. Andai syarikat berhutang, pemiutang berhak menuntut jumlah
hutang setakat modal yang dikeluarkan oleh pemilik.
Segala aset milik syarikat boleh digunakan untuk langsaikan hutang tanpa campur aduk dengan
aset peribadi pemilik syarikat. Andai syarikat Sdn Bhd bankrap, pemilik syarikat masih boleh
menubuhkan syarikat lain tanpa halangan. Best kan?
#2 – Lebih sistematik dan terurus
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) perlu melantik 2 orang professional yang membantu
pengurusan syarikat lebih sistematik dan terurus iaitu;
I. Setiausaha syarikat bertauliah - uruskan hal berkaitan penubuhan, mesyuarat,
dokumentasi dan litigasi antara syarikat dan SSM.
II. Juruaudit bertauliah – sediakan dan bentangkan laporan audit tahunan syarikat dalam
mesyuarat agung tahunan syarikat.
#3 – Lebih berkredibiliti dan dipercayai
Syarikat Sdn Bhd memiliki kredibiliti dan dipercayai oleh client yang berurusan dengan syarikat
kerana segala laporan syarikat disediakan oleh setiausaha syarikat dan juruaudit bertauliah yang
dilantik. Mereka sediakan segala dokumen seperti laporan, pengesahan, perSayaan mematuhi
standard yang ditetapkan.
#4 – Penjimatan cukai yang tinggi
Cukai yang dikenakan ke atas syarikat Sdn Bhd ialah cukai korporat dan ia hanya dikenakan ke
atas keuntungan syarikat. Ada pelbagai intensif penjimatan cukai yang ditawarkan oleh kerajaan
kepada pihak korporat khususnya syarikat Sdn Bhd.
Berbeza dengan cukai perniagaan milikan tunggal atau perkongsian yang termasuk dalam cukai
pendapatan.
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
16
#5 – Boleh dipindah milik
Syarikat Sdn Bhd boleh dipindah milik kerana pemilikan syarikat adalah berdasarkan pemilikan
unit saham dalam syarikat. Semakin banyak unit saham yang dimiliki di dalam syarikat, semakin
berkuasa seseorang itu ke atas sesebuah syarikat. Saham-saham tersebut adalah harta setiap pemilik
syarikat dan ia boleh di pindah milik pada bila-bila masa sahaja.
#6 – Mempunyai pelbagai cara untuk dapatkan modal
Syarikat Sdn Bhd boleh dapatkan tambahan modal pada bila-bila masa sahaja kerana konsep
pemilikan syarikat Sdn Bhd adalah berdasarkan pegangan saham oleh pemilik syarikat dan
pertambahan modal boleh dibuat atas persetujuan pemegang saham yang sedia ada.
Syarikat boleh mendapatkan modal melalui (i) pinjaman bank dan (ii) pelabur – ajak ahli
keluarga dan kawan-kawan untuk sama-sama melabur dalam syarikat Sdn Bhd yang dibangunkan.
#7 – Syarikat Sdn Bhd sebagai aset
Ciri-ciri harta dalam kategori asset ialah sesuatu yang boleh datangkan untung dan ada nilai
pasaran. Nilai pasaran ni berkait rapat dengan faktor pindah milik aset tersebut. Syarikat Sdn Bhd boleh
menjadi aset kepada pemilik kerana ia boleh dipindah milik.
Rujukan: http://www.majalahniaga.com/7-sebab-usahawan-patut-menaik-taraf-perniagaan-kepada-
sdn-bhd.html
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
17
Enterprise Vs Sdn Bhd
Ramai yang tanya saya tentang bab ni. Kiranya saya terus siapkan perbandingan apa bestnya
bila upgrade ke Sdn Bhd berbanding dengan Enterprise?
Ini jawapannya.
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
18
Belajar sesuatu?
Jom, kita baca topik seterusnya.
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
19
Bagaimana Sesebuah Syarikat Berfungsi?
Selalunya bila kita bukak drama TV3, perasan kan watak heronya selalu jadi anak Dato’, Tan Sri
yang kaya raya tu?
Yang mana gaya hidupnya adalah masuk pejabat, tandatangan cek ratusan ribu, masuk
mesyuarat dan keluar sesuka hati. Pakai kereta mewah, rumah besar, kemudian bergaduh berebut
heroin dan ada masalah cinta sebesar alam.
Adakah sesebuah syarikat realitinya seperti tu?
Tidak. Sebab kita juga merupakan orang bisnes. Masalah kita bukanlah masalah cinta namun
lebih kepada masalah nak kembangkan, urus bisnes dan pekerja. Betul?
Kita mesti tahu bagaimana sesebuah syarikat berfungsi. Ini penting bila kita dah tahu segala
operasinya, maka kita dapat tahu dimana sistem dalam syarikat yang masih lopong, yang belum wujud
lagi atau yang mana perlu diperketatkan.
Ada dua dunia yang berbeza dalam sebuah syarikat. Dua dunia ini sangat penting untuk kita
fahami sebagai asas dalam operasi sebuah syarikat. Dua dunia ini ialah dunia buat duit dan dunia urus
duit.
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
20
Isunya yang berlaku sekarang kita banyak fokus kepada satu dunia sahaja. Saya akui bahawa
ramai peniaga memang pakar dalam urusan bawa duit masuk ke dalam syarikat. Namun, cuba kita
lihat dunia urus duit.Berapa ramai yang berjaya uruskan duit syarikat dengan betul?
Kita pusing la mana-mana bahagian dalam syarikat, ia akan balik kepada 6 Roda Pengurusan™
kerana ini adalah kerangka asasnya. Sebab itu jangan pelik jika ada bisnes yang miliki bangunan tinggi-
tinggi. Itulah kuncinya – Dunia pengurusan bisnes.
Dunia Buat Duit
Dunia buat duit melibatkan sebarang urusan yang bawa duit masuk ke dalam akaun syarikat.
Contohnya bahagian operasi (produksi produk, pengurusan logistik serta pembangunan servis dan
produk), pemasaran dan jualan serta servis khidmat pelanggan.
Kita perlu ada produk dan servis, buat pemasaran serta ada tim khidmat pelanggan yang bagus
untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Selain itu juga, kita tahu di mana untuk dapatkan pembekal
dan harga kos yang paling murah.
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
21
Untuk syarikat yang baru ditubuhkan, ini adalah perkara utama yang perlu diketahui kerana
inilah urusan yang menjana pendapatan sesebuah syarikat. Lagi pula, nak urus duit macam mana kalau
duit pun tidak masuk?
Impaknya, ramai orang bisnes memang dah hebat bab ini. Isu utama berlaku bila duit dah
masuk banyak, tapi duit yang keluar lebih banyak berbanding duit yang masuk itu. Dah bertahun-tahun
penat bawa masuk duit, namun syarikat masih di tahap yang sama. Statik, tiada perubahan dan masih
juga tidak buka cawangan yang baru. Tak tahu dimana silapnya.
Dunia Urus Duit
Oleh itu dunia urus duit diperlukan dalam sebuah perniagaan bagi melengkapi tugasan tim di
bahagian buat duit. Jika dunia buat duit fokus kepada bawa duit masuk ke dalam akaun syarikat, dunia
urus duit ini pula adalah dunia yang mengawal segala aktiviti duit keluar dan duit masuk secara
keseluruhan.
Masalah perniagaan yang paling ketara akan berlaku bila bisnes itu tidak ada sistem
pengurusan duit yang efisien dan efektif. Banyak pemilik bisnes tidak memiliki ilmu urus duit. Jadinya
ketika duit banyak masuk, lagi banyak pula yang keluar. Sebab itulah ada pemilik bisnes yang jadi
perompak dalam syarikatnya sendiri. Duit syarikat diambil dan digunakan sesuka hati tanpa sebarang
kawalan.
Dunia ini adalah dunia kawalan yang merangkumi banyak aspek pengurusan seperti
pengurusan kewangan, pungurusan pekerja, pengurusan pentadbiran dan aspek pensyarikatan.
Penguasaan ilmu dalam dunia ini buatkan perniagaan itu mempunyai sistem yang efektif, dapat
berkembang dengan lebih pesat kerana proses kawal dan urus telah pun membangun seiring dengan
perkembangan perniagaan tersebut. Inilah rahsia banyak bisnes yang berkembang kepada beberapa
buah cawangan.
Bukan mudah nak klon sistem dari satu kedai ke satu kedai lain dalam pengurusan yang sama.
Bukan senang nak pastikan cawangan kita dapat pindahkan sistem yang sama, yang mana sampai satu
ketika pengurusan itu dapat hasilkan duit dengan lebih banyak.
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
22
Sebab itu dunia ini penting untuk dipelajari bagi pastikan bukan saja syarikat dapat berkembang
dengan pesat, malah bisnes kita jadi sistematik dan kukuh. Itu yang penting. Namun saya faham
kebanyakan orang bisnes malas nak belajar pengurusan bisnes. Kenapa?
Kerana banyak perkataan jargon yang tinggi, sukar difahami dan ia adalah dalam Bahasa
Inggeris. Lagi pun jarang ada orang Islam ajar. Walhal bangsa lain dah tahu ilmu pengurusan bisnes 10
tahun lebih awal.
Dunia urus duit, bab yang sering kita anggap macam tiada apa-apa kepentingan namun
sebenarnya berikan impak dan kesan yang sangat besar dalam pembangunan perniagaan.
5 Sebab Syarikat Sdn Bhd Lebih Untung Daripada Enterprise
23
Kesimpulan
Akhir kata, jika anda mahu bangunkan bisnes jauh lebih ke hadapan, anda perlu bertukar ke
Sdn Bhd dan gunakan setiap kelebihan yang ada dalam Sdn Bhd untuk anda capai visi, misi dan objektif
bisnes.
Kepada pemilik bisnes yang memang sudah mendaftar Sdn Bhd, pastikan anda tahu dan jelas
dengan hak anda sebagai pemegang saham dan pengarah dalam syarikat. Uruskan syarikat dengan
bersistem untuk automasikan semua kerja dan anda bebas ke mana-mana. Apa yang penting ialah
bisnes tetap berkembang.
Selamat maju jaya!
Top Related