5032641...

download 5032641 pengajaran-guru-berkesan-penggunaan-teknologi-komputer-atau-bergantung-kepada-kreativiti-guru

If you can't read please download the document

Transcript of 5032641...

  • 1. KE ARAH AMALAN PENGAJARAN GURU YANGBERKESAN:PENGGUNAAN TEKNOLOGI PENGKOMPUTERANATAU BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI GURU.PENGENALANDalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslahdiberipenekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran danpembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukansuatuusaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektifterhadap segalaisi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran juga dikenali sebagai pedagogidalamistilah pendidikan, iaitu merujuk kepada kajian tentang kaedah dan prinsippengajaran. Olehitu, proses P&P perlu diberi sentuhan yang dapat menarik minat para pelajaragar setiap isipelajaran yang disampaikan memberi input maksimum terhadap kefahaman mereka.Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran-pembelajaran disekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yangideal haruslahmembawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Keadaan di mana parapelajartidak memberi tumpuan dalam peroses P&P adalah wujudnya pertentangan minatmerekadisebabkan kebergantungan guru sepenuhnya terhadap kurikulum yang telahditentukanuntuk diajar kepada para pelajar diperingkat-peringkat tertentu sehingga usahapara gurutertumpu kepada menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan proses pengajaranyang sepatutnya (Atan Long, 1982).Justeru, proses pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh seorangpendidik sebelum terlibat secara langsung dalam proses P&P di sekolah. MenurutZawawi Hj.Ahmad (1992) pengajaran seorang guru bukanlah semata-mata dengan hanyamenyampaikan kandungan pelajaran yang dikuasainya itu kepada muridnya. Hal inikerana,sekiranya seorang guru hanya berbuat demikian maka langkah tersebut belum lagimenjaminprestasi pengajaran yang tinggi. Dalam pada itu, konsep pengajaran guru danpembelajaranmurid menurut beliau lagi merupakan konsep menggunakan pendekatan yang positifbagimenggerakkan motivasi dalaman murid disamping menyampaikan isi pelajaran yangdikuasaioleh seorang guru. Konsep ini juga sebagai suatu usaha bagi menimbulkan rasaperlu muriduntuk mengikuti pelajaran dan mereka akan berasa rugi sekiranya tidak dapatmengikutipelajaran yang disampaikan.Sementara itu, Abd.Ghafar Md.Din (2003) mengemukakan proses pengajaranmempunyai ciri-ciri sains kerana ia melibatkan penyelidikan, pemerhatian danmempunyairumusan-rumusan sebagaimana bidang sains. Tambah beliau lagi, proses ini jugadianggap

2. sebagai suatu seni kerana seorang guru perlu kreatif agar menjadikan pengajaranlebihmenarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses pengajaranselainpenguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihan sempurnabagimenghasilkan pengajaran yang menarik sekaligus menambah keyakinan seseorangguru. 3. Justeru, beliau menyifatkan guru sebagai seorang seniman yang berfungsi sebagaiseorangpelakon dengan menggunakan pergerakan badan, mimik muka dan tekanan suara yangsesuai bagi memenuhi kesempuranaan proses pengajaran yang dilaksanakan.Sehubungan itu, fokus perlu diberikan sepenuhnya terhadap proses pengajaransertafaktor-faktor yang dapat mempertingkat dan memperkembang ke arah mewujudkanamalanpengajaran guru yang berkesan. Bagi tujuan tersebut kajian berhubung isu prosespengajaran perlu diperhalusi agar ia menjanjikan keberkesanan sistem pendidikansemasamelalui falsafahnya untuk melahirkan generasi seimbang yang cemerlang dalamakademikdan pembangunan insan.KE ARAH PROSES PENGAJARAN BERKESANArus perkembangan semasa menuntut kepada perubahan dari segenap aspekmahupun lapangan kehidupan umum. Perubahan positif merupakan anjakan yang perludihasilkan bagi mewujudkan kedinamikan untuk menghadapi cabaran-cabaran baruseiringperkembangan semasa. Justeru, pendidikan masakini perlu kepada pembaharuan bagimerealisasikan proses pembentukan dan pengembangan potensi diri yang patutdisalurkankepada para pelajar. Bagi tujuan tersebut penelitian terhadap aspek pengajarankhususnyadalam bilik darjah menjadi asas pencapaian kecemerlangan akademik buat parapelajar.Dalam pendidikan formal, proses pengajaran menjadi elemen terpenting bagimencapai keberkesanan isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran berkesanakanhanya dicapai menerusi pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian olehseorangguru untuk mencapai objektif pengajarannya terhadap isi pelajaran yangdisampaikan. Hal inimelibatkan kemahiran serta penguasaan penuh guru terhadap pelajaran yangdisampaikan.Persediaan mantap berkaitan kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang gurumembolehkannya menjalankan proses P&P dengan penuh keyakinan dan semangattinggi.Dengan demikian, guru akan dapat memberikan sepenuh komitmen dan kesungguhanyangtinggi untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar.Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) menyatakan bahawa pengajaran yang berkesanadalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaranterakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran bersturkturdari segiorganisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia jugamerujuk kepadaperihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehinggamerekatertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan prosespengajaran berkesanmempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasildaripada isi pelajaran yang disampaikan.Mewujudkan proses pengajaran yang berkesan memerlukan kepada komitmen gurusepenuhnya. Ia melibatkan perancangan dan strategi serta kemahiran guru yangpadu dalam 4. mengorganisasi proses P&P bilik darjah. Langkah awal dalam membentuk satu prosespengajaran yang berkesan adalah dengan menilai pertindanan domain kognitif,afektif danpsikomotor yang menjadi dasar objektif proses P&P. Guru seharusnya memerlukansegalapersediaan yang rapi meliputi pengetahuan dan kemahiran penyampaian isipelajaran agarmembuka minda dan minat pelajar. Dengan itu, terbentuklah suasana pembelajaranyangmelibatkan tindak balas positif dan tingkah laku aktif para pelajar.Selain itu, interaksi sosial guru dan pelajar merupakan sebahagian daripadabeberapafaktor ke arah keberkesanan pengajaran. Hubungan dua hala (guru-pelajar) yangbaik perlu 5. diwujudkan oleh setiap guru agar masalah berkaitan pelajar dapat diselesaikanseterusnyapara pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses P&P. Adalahmenjadikeutamaan dalam proses pengajaran untuk mengelakkan daripada berlakunyapenyertaanpasif dikalangan pelajar disebabkan kurangnya perhatian dan fokus sertaketidakselesaanmereka semasa mengikuti proses P&P. justeru, guru berperanan memberikan motivasiagarpara pelajar dapat mengikuti segala maklumat pengetahuan yang disampaikansepenuhnya.Penggunaan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kandungan pelajaranturut menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran. Menurut Atan Long (1982)bahawa sesuatu alat penyampaian terutama alat yang baru bagi pengalaman pelajarakandapat menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan pelajar-pelajar untukbelajar.Sehubungan itu, penyediaan bahan pengajaran yang bertepatan dengan isi pelajaranakanmembawa dimensi baru dalam pembelajaran para pelajar bagi meningkatkan lagikefahamanmereka.Seiring perkembangan semasa, proses pengajaran memerlukan satu usaha yangdapat menjana perkembangan proses pembelajaran pelajar. Kedinamikan prosespengajaranmelalui daya kreativiti mahupun penggunaan teknologi masakini menjadi asas kearahmelahirkan amalan proses pengajaran berkesan. Seterusnya hal ini akan menjadikanprosesP&P di sekolah dapat memberi sumbangan sepenuhnya kepada pencapaiankecemerlanganpara pelajar serta memperkasakan lagi sistem pendidikan sedia ada.PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PENGAJARANPendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi.Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui sistem pengkomputeran sebagaiwadahbaru era globalisasi telah mempertingkat usaha penyebaran ilmu kepada generasibaru danmasyarakat umum di seantero dunia. Melalui kepesatan dan perkembangan bidangpengkomputeran, aliran akademik semasa juga turut melebarkan lagi gerbangilmiahnyamenerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidangpendidikan,penggunaan teknologi pengkomputeraan dalam proses pengajaran sememangnya memberiimplikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)sekaligusmenyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikan.Ledakan teknologi pengkomputeran dalam dunia pendidikan tidak dinafikanmerupakan sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan danprestasi di kalangan guru dan pelajar. Penggunaan teknologi komputer dalambidangpendidikan dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu sebagai alatpentadbiran,alat penyelidikan dan media pengajaran-pembelajaran (V. Pang, Y.K Yap dan Y.M.Tam, 6. 1992). Jelas bahawa penggunaan komputer secara meluas telah memudahkan kerja-kerjamentadbir dan mengurus bahkan sebagai instrumen yang dapat membantu ke arahmewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.Proses pengajaran dengan mengaplikasikan teknologi komputer seperti power point,internet, online, website dan sebagainya dapat membantu para guru untukmempelbagaikankaedah pengajaran disamping dapat membantu mempertingkatkan keberkesananpembelajaran sekiranya ia dilaksanakan dengan teliti dan terancang . justeru,kebolehan gurudalam mengaplikasikan teknologi ini akan memberi nafas baru terhadap prosespembelajaranpelajar yang akan meningkatkan dan meluaskan pemerolehan ilmu pengetahauandikalanganmereka. 7. Kecenderungan penggunaan teknologi penkomputeran dalam pendidikan telahmewujudakan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Ia juga dikenali sebagaiComputer Aided Instruction (CAI). Sistem ini telah mewujudkan inovasi dalamproses P&Pdikalangan guru dan pelajar. Pengajaran berasaskan sistem ini adalah dalambentuk tutorialelektronik, latih tubi, simulasi dan penilaian pengetahuan pelajar seperti kuizdan sebagainya.Pembentukan sistem pembelajaran seperti ini melibatkan perkakasan-perkakasanteknologikomputer seperti bahan kursus dan perisian. Bahan kursus adalah hasil dariapadaperancangan isi dan strategi PBK berdasarkan objektif pengajaran dan kumpulansasaranyang telah dipindahkan (diprogramkan) dalam bentuk yang dapat difahami komputer.Manakala perisian pula adalah sesuatu aturcara yang mengandungi arahan-arahanuntukmelaksanakan sesuatu tugasan pada komputer berdasarkan permintaan pengguna.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Yusri Mat Johor (2004) mendapati92.5% daripada 40 orang guru sejarah di 12 buah sekolah menengah dalam daerahBentong,Pahang bersetuju bahawa penggunaan komputer dapat meningkatkan minat pelajarterhadappengajaran sejarah. Hal ini menunjukkan peggunaan komputer bukan sahajaberdasarkankelebihan internet, malahan dalam proses pengajaran yang menggunakan aplikasiteknologikomputer dapat menggabungkan elemen-elemen teks, grafik/visual, audio, video dananimasiuntuk membolehkan proses pengajaran menjadi lebih kreatif dan hidup.Di samping itu, terdapat juga sistem yang melibatkan penggunaan teknologikomputerdalam proses pengajaran. Pembelajaran Diuruskan Komputer (PDK) atau ComputerManaged Instruction (CMI) berperanan dalam menguruskan hal-hal pengajaran. Inimerujukkepada penggunaan komputer yang membantu guru memainkan peranan sebagai penguruspengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, komputer bertindak dalam mengawal(monitors) pembelajaran dan kemajuan pelajar dengan mentadbirkan pelajaran sertaujianberasaskan komputer, menyimpan rekod pencapaian dan menjanakan laporan prestasimereka untuk rujukan guru dan pelajar itu sendiri. Oleh itu, sistem ini telahmemberikemudahan dalam mengorganisasi pengurusan pelajar seterusnya menjadikan prosesP&Plebih sistematik dan efisien.Kepesatan dan perkembangan teknologi komputer menerusi jaringan tanpa sempadan(internet) juga memberi manfaat bagi menambahkan lagi sumber-sumber maklumatpengetahuan. Menerusi teknologi jalur lebar ini pelbagai disiplin ilmu telahdimuatkan untukmemudahkan pengaksesaan di merata tempat. Secara langsung, para guru yang dapatmengaplikasikan kemudahan ini akan dapat memperkenalkan pelajar-pelajarnyamenerokaimaklumat-maklumat terkini yand dapat diterapkan dalam isi pelajaran yang ingindisampaikan.Kemajuan teknologi komputer pada era kini sebagai wahana proses P&P dapatmempertingkatkan dan memperkembang proses pengajaran yang berkesan ke arahmembentuk generasi celik minda dan penguasaan terhadap kandungan pelajaran. 8. MASALAH-MASALAH BERKAITAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAMPENGAJARANPenggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran sememangnyamendatangkan banyak manfaat bagi proses pembelajaran pelajar. Namun disebalikitu, tidakdinafikan wujudnya masalah-masalah yang menjadi kekangan bagi memanipulasikanakanadanya kemudahan ini. 9. Yusri Mat Johor (2004) mengemukakan masalah penggunaan komputer di sekolahyang masih pada tahap kritikal dan sukar untuk diatasi adalah seperti berikut: Bilangan komputerBilangan peruntukan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidakmencukupi untuk memaksimumkan penggunaan komputer sebagai mediumpengajaran bagi para pelajar. Kos pembelian dan pengurusan komputerBerkaitan hal ini, kos yang tinggi untuk mendapatkan komputer dan kerja-kerjapengurusan yang melibatkan kemahiran tertentu menjadi faktor penghalang bagimenjayakan penggunaan teknologi komputer sepenuhnya dalam prosespengajaran. Oleh itu, adalah lebih baik kos yang sedia ada dipergunakan untuktujuan lain yang dapat menambah baik kemudahan sekolah bagi memberikeselesaan bagi para guru dan pelajar. Keberkesanan penggunaan komputerKeberkesanan penggunaan komputer dalam proses pengajaran sememangnyamenjadi kemudahan bagi para guru dan pelajar. Namun, hal ini memerlukanpenguasaan guru terhadap segala aplikasi computer untuk dimuatkan dalammenghasilkan sesuatu proses pengajaran. Sekiranya, bahan yang dihasilkanmenerusi komputer tidak dapat menarik para pelajar untuk mengikuti isi pelajaranmaka segala usaha guru dianggap tidak berbaloi bahkan menyebabkan pembaziranmasa. Kemahiran guru dalam mengendalikan komputerPenggunaan komputer memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya. Justeru,bagi mengaplikasikan teknologi ini dalam proses pengajaran menuntut kepadakemahiran daripada guru itu sendiri. Tegasnya, hanya terdapat sebilanag kecilsahaja di kalangan para guru yang dapat mengendalikan dan menguasai aplikasikomputer ini sepenuhnya. Oleh itu, kurangnya kemahiran yang dimiliki oleh paraguru gagal memberi manfaat penuh kepada proses pengajaran yang melibatkanpenggunaan komputer.Tegasnya, penggunaan teknologi pengkomputeran dalam proses pengajaranbukanalah suatu yang mudah untuk dilaksanakan walaupun ia dilihat berpotensidalammempertingkatkan lagi proses P&P. sehubungan itu, kebergantungan sepenuhnyadenganteknologi ini perlu dinilai dengan sewajarnya agar semua kelompok dalam sistempendidikanmendapat manfaat yang sama sekaligus mengurangkan jurang pengetahuan di antaraparapelajar bandar dan luar bandar.KREATIVITI GURU MEKANISME PENGAJARAN BERKESANMenjadikan proses pembelajaran berkesan dalam setiap sesi pengajaran isipelajaranmenjadi fokus utama bagi setiap pendidik. Suasana pembelajaran yang dilatarikeceriaan dankeharmonian proses pengajaran menjadi pemangkin ke arah mencapai objektifpelajaranyang telah dirancangkan. Sehubungan itu, guru sebagai individu persuatif kepadapelajarmemainkan peranan penting bagi mewujudkan suatu bentuk proses P&P yang mampumemberi daya tarikan di kalangan para pelajar. Tegasnya, kemahiran dalam proses 10. pengajaran oleh seorang guru yang ditunjangi daya kreativiti menjadi asas utamaberhubungisu ini.Kreativiti dapat difahami sebagai sesuatu yang dibuat dan dihasilkan olehindividuindividukreatif dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran mereka untukmenghasilkan sesuatu yang baru, kreatif dan berguna bagi manusia (Jauhara Hj.Tak, 1995).Hal ini merujuk kepada kebolehan serta kemahiran yang dapat dimanipulasi untukmenghasilkan sesuatu yang asli, bermutu dan berkualiti tinggi. Oleh itu,penghasilan satubentuk pengajaran melalui daya kreativiti disifatkan sebagai satu wadahpembelajaran yangmemberi kesan ke atas satu-satu isi pelajaran. Justeru, adanya daya kreativitibagi seorangguru yang dapat disesuaikan dengan proses pengajarannya akan menghidupkan lagisuasana dan meransang penyertaan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.Fromm (1959) mengemukakan berkenaan individu kreatif sebagai seorang yang selalumelihat kepada yang baru. Oleh itu , individu seperti ini akan memperlihatkansifatkedinamikan dalam setiap tingkah laku dan juga pemikirannya. Dalam kontekskeguruankreativiti berperanan sebagai momentum yang akan menghasilkan satu prosespengajaranberkesan seterusnya menjadi asas ke arah merealisasikan kecemerlangan akademikpelajar.Sementara itu, Robiah Sidin dan Hassan Langgulung (1980) mengemukakan Kreativitibagi seorang guru merupakan elemen yang dapat dipergunakan untuk menghasilkansatubentuk pengajaran dinamik. Para guru yang memiliki daya kreatif seringkalimendatangkanbanyak idea baru selain dapat mengatasi masalah dengan menggunakan bahan-bahansertasituasi-situasi tertentu dengan cara luar biasa. Jelaslah bahawa sekiranya dayakreativiti inidapat dijelmakan dalam proses pengajaran oleh seorang guru maka prosespembelajaranpelajar-pelajarnya akan mendapat limpahan maklumat pengetahuan maksimum.Kemantapan proses pengajaran menerusi adunan kaedah, teknik dan pendekatankreatif oleh seorang guru menjanjikan suatu proses pembelajaran yang menarikminatpelajar dalam mengikuti isi pelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut.Seterusnya,kreativiti guru yang mewarnai proses pengajarannya akan menjadikan suasanapembelajaranyang kondusif selain membuka ruang untuk pelajar dalam memahami sepenuhnya isipelajaran yang disampaikan dan sentiasa mengingati terhadap apa yang telahmerekapelajari itu. Malahan kreativiti guru tersebut juga secara langsung menanamnilai murnikepada pelajar supaya melahirkan sesuatu yang berinovasi dalam pemikiran mereka.Di samping itu, penghasilan proses pengajaran berkesan juga meliputi hubunganduahala antara guru dan murid. Bagi menjamin kelangsungan setiap isi pelajaran yang 11. disampaikan hubungan ini akan merangsang tindak balas (respons) daripada kedua-duapihak. Perhubungan guru dan pelajar terutamanya dalam bilik darjah berperanansebagaimedium yang menghubungkan isi pelajaran supaya ia dapat diterima sepenuhnya olehparapelajar. Sehubungan itu, kemahiran berkomunikasi guru yang melibatkan gabungankreativitidapat mewujudkan suatu suasana yang dapat mempengaruhi minda dan responspelajarnya. Selain itu, Komunikasi yang baik diantara guru dan pelajar akanmewujudkankemesraan yang memberi kesenangan dalam proses pembelajaran sekaligus memberiinputpengetahuan bermanfaat bagi para pelajar. Justeru, guru sewajarnya memberipenekananterhadap hal ini agar dapat menyumbang ke arah proses pendidikan melaluipeningkatan danperkembangan hubungan sosial positif terhadap setiap anak didiknya.Kereativiti dalam proses pengajaran juga melibatkan teknik atau kaedah yangdigunakan oleh seorang guru terhadap penyampaian kandungan pelajarannya.Kemahiran 12. yang ada dalam menguruskan hal-hal ini akan menjana kemajuan dan prestasipelajar kearah membentuk kefahaman mereka. Abd Ghafar Md. Din (2003) menyatakan hal inibergantung kepada beberapa faktor yang melibatkan masa pengajaran, jumlahpelajar, bahanpengajaran dan lain-lain lagi. Menurut beliau lagi, dengan menggunakan pelbagaikaedahpengajaran atau teknik pelajar tidak akan berasa bosan. Oleh demikian, teknikatau kaedahpengajaran yang bersesuaian akan menjadikan pengajaran guru lebih menarik danberkesan.Oleh itu, ia melibatkan kemahiran dan idea-idea kreatif seorang guru bagimenguruskan halhalini.Dalam proses pengajaran ia melibatkan gabung jalin isi pelajaran dan aktivitipelajar.Bagi mencapai matlamat pengajaran sekaligus menjamin keberkesanannya ia haruslahmemberi fokus kepada kecenderungan pelajar. Ini melibatkan kebebasan memilihpendekatan serta teknik P&P mengikut kemampuan pelajar agar dapat memberisepenuhperhatian. Dengan demikian, daya kreativiti guru menjadi asas dalam mencorakkanprosespengajaran supaya dapat mewujudkan keceriaan pelajar menerusi aktiviti-aktivitipengajaranseperti melakukan eksperimen, demonstrasi, lakonan dan sebagainya yangmemperlihatkanperkara-perkara praktikal.Selain itu, kreativiti guru dapat diwujudkan dalam menyampaikan isi pelajaransemasaproses P&P dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa yang menjadi sumbermaklumattambahan kepada para pelajar. Penerangan isi pelajaran dengan perkaitan sumbermaklumatsemasa akan mencambahkan minda dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya haliniakan membentuk kefahaman maksimum dan penerapan ilmu serta mendedahkan merekakepada realiti dunia semasa. Misalnya, dalam matapelajaran sains yangmembincangkanberkenaan biologi, guru dapat mengaitkan konsep biologi tersebut denganteknologipengklonan yang telah dijalankan oleh beberapa negara maju di dunia danmenimbulkanpelbagai perspektif masyarakat. Secara tidak langsung perkaitan seperti ini akanmenjadikanpara pelajar terus menerokai secara mendalam lagi berkenaan isi pelajaran yangdisampaikan.Tuntasnya, kemahiran dan kebolehan para guru dalam mengendali setiap proses P&Pbergantung kepada keupayaan kreativiti mereka dalam mempelbagaikan corakpenyampainisi pelajaran. Justeru, proses pengajaran sedemikian akan menjadikan pelajardapatmengikuti setiap isi pelajaran yang disampaikan serta dapat menguasai pemikiranmerekasupaya dapat memberi sepenuh perhatian semasa proses P&P dilaksanakan.KESIMPULANKeberkesanan proses pengajaran dalam proses P&P merupakan aspek yang sangatpenting dalam sistem pendidikan. Justeru, bagi meningkatkan dan memperhebat 13. usahausahake arah amalan pengajaran berkesan memerlukan kepada daya kreativiti guru yangdapat menggunakan segala kebolehan dan kemahiran dalam menyampaikan isipelajaran. Inidapat dilakukan berdasarkan ketajaman idea-idea baru bagi menjana penguasanmaksimumpara pelajar terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan. Sungguhpun kemudahanteknologi pengkomputeran menjadi arus perdana masakini menjadi dasar kemajuanpembangunan baru, namun keberkesanannya dalam proses pengajaran hanya dillihatsebagai suatu sumber kemudahan yang tidak bersifat sepenuhnya. Oleh itu, adalahmenjadikeutamaan bagi para guru menggunakan daya kreativiti mereka bagi mewujudkankedinamikan proses P&P tanpa bergantung sepenuhnya dengan kemudahan teknologipengkomputeran. 14. RUJUKANAtan Long (1982), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: penerbit fajarbaktiAbd. Ghafar Md. Din (2003), Prinsip Dan Amalan Pengajaran, Kuala Lumpur: utusanpublications & distributors sdn. BhdIsahak Haron & Koh Boh Boon (1992), Asas-Asas Dalam Amalan Pedagogi,KualaLumpur:utusan publications & distributors sdn.bhdSharifah Alwiah Alsagoff (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Kuala Lumpur:Heinemanneducational books (Asia) LtdJauhara Hj. Tak (1995), Penyelesaian Masalah Dan Pemikiran Kreatif DalamPendidikan,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan PustakaV. Pang, Y.K. Yap & Y.M Tam (1992), Buku Sumber Komputer Dalam Pendidikan,Selangor:longman malaysia sdn. BhdG.S Rao, A.K.Roa, Zoraini Wati Abas & Wan Fauzy Wan Ismail (1991), PembelajaranBerbantukan Komputer, Selangor: penerbit fajar bakti sdn. BhdYusri mat johor (2004), Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Sejarah TingkatanTiga,Kertas Projek Ijazah Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.Zawawi hj. Ahmad (1992), Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM, edisi kedua,KualaLumpur: Penerbit Fajar Bakti.Robiah Sidin & Hassan Langgulung (1980), Ke Arah Pembentukan Guru-Guru YangKreatif,Kertas Kerja Tambahan Konvensyen Pendidikan Kelima, Jab. Pendidikan UniversitiKebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.