5.1 Perancangan Tindakan

9
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan tindakan Bahagian ini akan memperincikan prosedur tindakan. Kajian ini akan dilaksanakan berpandukan kepada satu model kajian tindakan yang menggalakkan guru membuat kajian refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Kajian yang akan dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) yang menyarankan empat langkah kajian seperti yang dirumuskan dalam Rajah 1 di bawah: Rajah 1 : Gelung kajian tindakan Kemmis & Mctaggart ( 1988 )

description

perancangan tindakan

Transcript of 5.1 Perancangan Tindakan

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN5.1 Perancangan tindakan Bahagian ini akan memperincikan prosedur tindakan. Kajian ini akan dilaksanakan berpandukan kepada satu model kajian tindakan yang menggalakkan guru membuat kajian refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Kajian yang akan dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) yang menyarankan empat langkah kajian seperti yang dirumuskan dalam Rajah 1 di bawah:

Rajah 1 : Gelung kajian tindakan Kemmis & Mctaggart ( 1988 )

Rajah 2 : Carta alir prosedur tindakan yang akan dijalankan

1. Refleksi Saya telah membuat refleksi ke atas setiap pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Sains selama berpraktikum 3 fasa yang lalu. Saya telah mengenalpasti bahawa amalan saya yang menghadkan pengajaran dan pembelajaran kepada di dalam bilik darjah. Setelah saya muhasabah diri, saya dapati saya tidak pernah membawa murid murid keluar belajar di luar bilik darjah dan seterusnya memberikan mereka peluang untuk berinteraksi dengan alam sekeliling.

Tajuk pembelajaran yang memerlukan saya membuat eksperimen seperti tajuk elektrik, cahaya saya meminta murid menjalankan eksperimen di dalam makmal sains. Malah tajuk pembelajaran lain yang tiada eskperimen seperti kitar hidup haiwan, tumbuhan membiak, proses hidup haiwan, saya cenderung untuk mengajar tajuk tajuk tersebut dengan menunjukkan gambar dan video kepada murid murid. Bagi saya, penggunaan video sudah cukup menarik untuk murid melihat haiwan haiwan dan tumbuh tumbuhan. Andaian saya memang dapat menarik minat murid, tetapi pembelajaran tersebut tidak dapat dikatakan pembelajaran yang bermakna kerana murid hanya menggunakan deria penglihatan sahaja. Mereka tidak dapat menggunakan semua deria mereka kerana peluang yang terhad. Seperti kita sedia tahu, apabila murid menggunakan semua deria mereka untuk belajar tentang sesuatu, mereka akan cenderung untuk lebih mudah faham dan lebih mudah mengingat. Jadi, saya ingin mengubah amalan pengajaran saya supaya murid murid memperolehi pembelajaran yang bermakna.

2. RancanganDalam perancangan ingin mengubah amalan pengajaran saya iaitu tidak menghadkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah, saya tidak akan menghadkan tajuk pembelajaran tertentu untuk pembelajaran di luar bilik darjah. Malah saya akan cuba merangka seberapa banyak aktiviti yang boleh dijalankan di luar bilik darjah bagi tajuk tajuk pembelajaran yang tidak mempunyai eksperimen. Bagi kajian ini, saya akan mengaplikasikan kaedah pembelajaran di luar bilik darjah ini dalam tajuk Haiwan bernafas. Kebiasaannya saya hanya menunjukkan video mengenai haiwan bernafas dan menggunakan gambar gambar yang berkaitan dalam aktiviti permainan di dalam bilik darjah. Tetapi bagi kajian ini, saya akan membawa murid murid keluar ke kawasan lapang dalam sekolah dan memberi mereka peluang untuk berinteraksi sendiri dengan alam semulajadi yakni haiwan haiwan kecil.

Tetapi pembelajaran di luar bilik darjah perlulah berstruktur, terancang dan tersusun. Saya tidak akan berjaya mewujudkan pembelajaran yang bermakna bagi murid murid jika saya tidak merancang aktiviti dengan teliti terlebih dahulu. Selain daripada merancang aktiviti yang menarik dan menyeronokkan, saya perlu merancang aktiviti pembelajaran selari dengan masa yang diperuntukkan. Bagi menjalankan kajian ini, saya akan menggunakan waktu Sains pada hari rabu kerana pada hari tersebut, masa yang diperuntukkan adalah 3 masa iaitu 90 minit berbanding hari lain iaitu 2 masa, 60 minit. Saya telah membuat rancangan pengajaran harian bagi menjalankan proses P&P di luar bilik darjah ini.

3. TindakanSaya akan melaksanakan intervensi seperti yang telah dirancang, iaitu Jejak Sains. Di bawah ini saya nyatakan ringkasan rancangan pengajaran saya bagi menjalankan kajian ini.

FasaAktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Set induksi

Guru membawa kesemua murid duduk di satu kawasan lapang dan membuat satu bulatan besar. Guru membawa seekor arnab yang berada di dalam sangkarnya dan menunjukkannya kepada murid murid bagi menarik minat murid murid.

Pencetusan idea Guru meminta murid datang melihat dengan dekat pergerakan pada bahagian hidung dan dada arnab. Guru meminta murid murid meneka tajuk pembelajaran pada hari ini. Guru bertanyakan kepada murid murid bagaimanakah arnab bernafas berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

Penstrukturan semula idea Guru mengadakan satu aktiviti yang dinamakan Jejak Sains di mana murid murid dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil. Guru akan menerangkan terlebih dahulu peraturan permainan Jejak Sains ini dengan menyatakan terdapat 3 check point yang perlu setiap kumpulan selesaikan tugasan yang diberikan dan kumpulan pertama yang sampai ke garisan tamat akan menjadi pemenang. Stesen 1: Namakan seberapa banyak organ pernafasan haiwan yang anda tahu.Stesen 2 : melukis organ pernafasan haiwan yang anda pilih ( pilih satu kertas daripada sebuah kotak)Stesen 3 : cari satu haiwan bagi setiap organ pernafasan yang dinyatakan. ( bekas plastik, jaring dan sarung tangan plastic diberikan kepada setiap kumpulan ) Guru menyatakan dengan jelas peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid murid dan mereka perlu bergerak dalam kumpulan, mana mana kumpulan yang tiada kerjasama dalam kumpulan akan dipotong markah.

Aplikasi idea

Setelah semua kumpulan sampai ke garisan tamat (pondok kayu di kawasan padang rumput sekolah), guru meminta murid murid duduk dalam kumpulan masing masing dan menceritakan kepada rakan rakan haiwan apa yang dapat ditangkap dan apakah organ pernafasannya ( murid murid perlu mengeluarkan haiwan tersebut dari bekas plastic dan memegangnya sambil menerangkan kepada rakan kumpulan yang lain )

Refleksi Beberapa orang murid diminta bagi menyatakan apa yang dipelajari pada hari ini. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini Guru memberikan hadiah kepada pemenang dan hadiah sagu hati kepada kumpulan lain.

4. PemerhatianBagi mengumpul data, saya akan membuat pemerhatian ke atas 10 orang responden yang telah saya pilih berdasarkan tahap kecerdasan dan minat belajar subjek sains yang berbeza. Saya akan membuat pemerhatian berdasarkan kepada senarai semak yang telah saya sediakan. (Lampiran c )

Rasional tindakan yang akan diambil dan dijalankan Tindakan yang dirancang ini adalah bertujuan untuk membantu saya memberikan peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri secara aktif dalm proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana apabila murid murid berada di dalam bilik darjah mereka cenderung untuk menunjukkan keadaan yang tidak berminat selepas fasa set induksi. Tambahan pula pergerakan murid murid agak pasif dengan mengikut sahaja arahan guru, tidak semua melibatkan diri secara aktif dalam proses P&P. Mungkin dengan abm yang menarik murid murid akan berasa seronok belajar walaupun berada di dalam kelas. Tapi dengan kekangan masa dan bebanan kerja guru pada zaman sekarang, agak sukar bagi seseorang guru itu konsisten dalam menyediakan abm yang menarik dan berkesan. Jadi, saya memilih untuk menjadikan pembelajaran di luar bilik darjah sebagai satu kaedah mengajar yang berkesan untuk melibatkan semua murid dalam sesuatu proses P&P. Rasional lain adalah kemampuan murid dalam menguasai sesuatu proses P&P akan dapat diperlihatkan apabila mereka didedahkan dengan keseronokan aktiviti. Kebolehan murid menguasai tajuk dalam sukatan pelajaran akan dapat ditingkatkan dengan minat mereka terhadap subjek.