5.1 psikologi sukan

9
PSIKOLOGI SUKAN

description

 

Transcript of 5.1 psikologi sukan

Page 1: 5.1 psikologi sukan

PSIKOLOGI SUKAN

Page 2: 5.1 psikologi sukan

5.1 Pengenalan Psikologi Sukan

Page 3: 5.1 psikologi sukan

Konsep dan Definisi Psikologi Sukan

Psikologi sukan meliputi aspek psikologi yang berkaitan dengan pelbagai faktor: Pengaruh dan kesan penglibatan dalam sukan Senaman Kecergasan Rekreasi Perkembangan dan kemahiran motor secara

langsung dan tidak langsung

Page 4: 5.1 psikologi sukan

Menurut Weinberg dan Gould (1999), psikologi merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan.

Cox(1998), psikologi sukan sebagai satu bidang kajian yang melibatkan kajian prinsip psikologi yang diaplikasikan dalam bidang sukan.

Page 5: 5.1 psikologi sukan

Psikologi sukan menyumbang ke arah peningkatan potensi dan prestasi atlet dalam bidang sukan, meningkatkan pembentukan sahsiah dan semangat kesukanan.

Page 6: 5.1 psikologi sukan

Hubungan antara psikologi sukan dengan prestasi

Ahli psikologi sukan memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan prestasi atlet.

Antara lain membimbing dan mendidik atlet untuk menghadapi ujian, cabaran dan menangani kebimbangan sarta tekanan.

Pengetahuan dalam psikologi sukan juga membantu dalam persediaan fizikal dan mental.

Persediaan ini membantu meningkatkan keyakinan diri, motivasi, konsentrasi terhadap tugasan dan kebolehan mengawal tekanan serta kemampuan memfokus kepada peningkatan prestasi.

Page 7: 5.1 psikologi sukan

Peranan Psikologi Sukan

1. Pendidik Psikologi Sukan Pendidik psikologi sukan tergolong dalam

kalangan mereka yang mendapat latihan secara profesional dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan.

Selain mengajar psikologi sukan , mereka juga menyampaikan ceramah dan memberi kursus psikologi sukan kepada jurulatih sukan.

Mereka juga bertindak sebagai konsultan dalam bidang sukan.

Mereka juga melakukan kajian dan penyelidikan bagi mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang ini.

Page 8: 5.1 psikologi sukan

2. Penyelidik psikologi sukan Penyelidik psikologi sukan berperanan mengendalikan

penyelidikan dan mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan bidang psikologi sukan.

Ia meliputi faktor yang mempengaruhi tingkah laku persembahan dalam sukan dan juga aktiviti fizikal.

Pelbagai kaedah digunakan oleh penyelidik semasa kajian dan penyelidikan antaranya

- soal selidik- pemerhatian- eksperimental

Hasil kajian ini amat penting terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam bidang sukan terutamanya ahli psikologi sukan gunaan.

Page 9: 5.1 psikologi sukan

3. Pengamal klinikal psikologi sukan Ahli psikologi sukan klinikal pula terdiri daripada

pakar psikologi yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang psikologi klinikal.

Mereka membantu dalam pengendalian masalah emosi dan personaliti atlet serta masalah yang berkaitan dengan sukan.

Mereka juga berperanan menolong atlet yang menghadapi masalah alkohol, salahguna dadah, kecelaruan makanan, dan kemurungan.

Bantuan yang diberikan bercorak klinikal seperti sesi kaunseling, psikoterapi dan penilaian psikologi atlet.