5.1

4
PENGENALAN SISTEM 1. Pendahuluan Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri/dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan. Selaras dengan itu, Sistem MyKompetens telah dibangunkan untuk penambahbaikan sistem penyimpanan maklumat pembangunan kompetensi dalam kalangan kakitangan IPG. Sistem ini dibangunkan berasaskan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 tentang Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 IPG KPM. Ia adalah sistem pangkalan data dalam talian yang dapat membantu pihak pengurusan mencapai objektif: i. Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi; ii. Mencapai hasil kerja yang berkualiti / bermutu tinggi; iii. Meningkatkan kompetensi dan produktiviti; iv. Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif; v. Mewujudkan nilai cipta (value–creation) dan nilai tambah (value– added) di dalam sektor awam; dan vi. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya. 2. Skop Sistem MyKompetens merupakan sistem yang mampu merekod, mengesan dan membuat analisis kursus dalam kalangan kakitangan meliputi

description

npqel

Transcript of 5.1

Page 1: 5.1

PENGENALAN SISTEM

1.      Pendahuluan

Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri/dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

Selaras dengan itu, Sistem MyKompetens telah dibangunkan untuk penambahbaikan sistem penyimpanan maklumat pembangunan kompetensi dalam kalangan kakitangan IPG. Sistem ini dibangunkan berasaskan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 tentang Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 IPG KPM.  Ia adalah sistem pangkalan data dalam talian yang dapat membantu pihak pengurusan mencapai objektif:

i.                     Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi;

ii.                   Mencapai hasil kerja yang berkualiti / bermutu tinggi;

iii.                  Meningkatkan kompetensi dan produktiviti;

iv.                 Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif;

v.      Mewujudkan nilai cipta (value–creation) dan nilai tambah (value– added) di dalam sektor awam; dan

vi.                 Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.

 

2.      Skop Sistem

MyKompetens merupakan sistem yang mampu merekod, mengesan dan membuat analisis kursus dalam kalangan kakitangan meliputi kategori  masa seperti jangka pendek, jangka sederhana dan panjang. Sistem ini membantu pihak pengurusan terutama unit yang mengurus program latihan sesebuah organisasi membuat penilaian keberkesanan kursus berasaskan lima dimensi iaitu:

i.                     Kualiti diri

ii.                   Pengajaran dan pembelajaran

iii.                  Penyelidikan dan pembangunan

iv.                 Perkhidmatan dan penglibatan

v.                   Teknologi Maklumat dan komunikasi

Page 2: 5.1

 

 

 

3.      Pengguna Sistem

Pengguna sistem myKompetens terbahagi kepada  tiga tahap pengguna:

i.                     Kakitangan

         Peranan

                                                               i.      Mengemas kini maklumat peribadi

                                                             ii.      Melihat laporan kursus yang telah dihadiri

ii.                   Pengurusan Unit Latihan

         Peranan

                                                               i.      Mendaftarkan kakitangan ke dalam sistem

                                                             ii.      Mengemas kini data kursus kakitangan IPG masing-masing

                                                            iii.      Memapar analisis data kursus IPG masing-masing

                                                           iv.      Mencetak laporan

iii.                  Pengurusan Unit Latihan IPG Induk

         Peranan

                                                               i.      Mendaftarkan kakitangan ke dalam sistem

                                                             ii.      Mengemas kini data kursus kakitangan IPG Induk

                                                            iii.      Memapar  analisis semua data dari IPG Kampus

                                                           iv.      Mencetak laporan

 

4.      Fungsi Khusus Sistem mykompetens

Sistem myKompetens berfungsi  secara khususnya adalah seperti:

i.                    Merekod

Page 3: 5.1

a.       Merekod data asas peribadi semua staf di dalam organisasi

b.      Merekod data kursus semua staf secara individu dan berkumpulan

c.       Merekod perbelanjaan kursus secara individu dan kumpulan

ii.                  Carian

a.       Carian berasaskan Dimensi Kompetensi

b.      Carian berasaskan Tahun

c.       Carian berasaskan Nama Kakitangan

d.      Carian Berasaskan kursus

iii.                Analisis

a.       Analisis keseluruhan dimensi  kompetensi berasaskan IPGM

b.      Analisis berasaskan dimensi kompetensi setiap IPGK

c.       Analisis berasaskan jabatan/unit dalam organisasi

d.      Analisis kursus yang dianjurkan berasaskan dimensi kompetensi

e.      Analisis 7 hari berkursus dalam kalangan kakitangan

f.        Maklumat status sebaran selepas menghadiri kursus dalam kalangan kakitangan

g.       Penglibatan bilangan kakitangan dalam setiap kursus yang dianjurkan.

h.      Analisis kos yang terlibat dalam kursus luaran dan dalam

iv.                 Sistem Intelegen

a.       Membuat analisis personaliti kakitangan tentang keperluan kompetensi pada awal setiap tahun.

b.      Membanding beza keperluan kompetensi setiap individu dan organisasi dengan kursus yang diikuti oleh kakitangan pada tahun semasa