5_237730829290176521

5
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HILLCREST TAMAN SERI GOMBAK 68100 BATU CAVES, SELANGOR KAJIAN TINDAKAN TAJUK KAJIAN Kaedah Menjawab Soalan Objektif Berpenyataan Oleh: Puan Engku Noorhafilah Binti Engku Hassan (Ketua Panitia Ekonomi Asas) 1. Tajuk Kajian Kaedah menjawab soalan objektif berpenyataan. 2. Nama Penyelidik Puan Engku Noorhafilah Binti Engku Hassan 1

description

NA

Transcript of 5_237730829290176521

PROPOSOL KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HILLCRESTTAMAN SERI GOMBAK

68100 BATU CAVES, SELANGOR

KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN

Kaedah Menjawab Soalan Objektif BerpenyataanOleh:

Puan Engku Noorhafilah Binti Engku Hassan

(Ketua Panitia Ekonomi Asas)

1. Tajuk Kajian

Kaedah menjawab soalan objektif berpenyataan.

2. Nama Penyelidik

Puan Engku Noorhafilah Binti Engku Hassan

3. Nama Sekolah

SMK Hillcrest

4. Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengesan faktor kelemahan murid dalam menjawab soalan objektif. Hal ini adalah kerana murid tidak dapat menjawab dan membuat pilihan yang tepat untuk soalan objektif sehingga 50 peratus jawapan murid adalah salah. Terdapat banyak kesalahan dalam memilih jawapan yang tepat dan tidak mencapai sasaran yang diinginkan oleh guru. Dalam pemerhatian yang dijalankan semasa PDP berjalan, murid tidak berfikir secara kreatif untuk memilih jawapan yang tepat dan menolak jawapan yang sememangnya jelas salah. Murid juga tidak membaca dan cuba memahami apa yang dipelajari menyebabkan mereka tidak tahu kehendak soalan yang diinginkan. Justeru, melalui teknik dan kemahiran yang dicadangkan diharap dapat membantu mengurangkan dan mengatasi masalah murid ini.5. Isu keprihatinan / fokus kajian

Berdasarkan pemerhatian dan juga refleksi yang telah dibuat, suatu langkah yang sewajarnya perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Justeru, kajian yang akan dijalankan ini menekankan kepada aspek menjawab soalan objektif. Hal ini adalah penting kerana dapat melatih murid dari peringkat awal supaya murid dapat menjawab soalan objektif dengan pilihan yang tepat. Fokus kajian yang akan dijalankan ini menekankan supaya murid dapat menguasai teknik menjawab soalan objektif. 6. Objektif kajianI. OBJEKTIF AM

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan supaya dapat mengatasi kelemahan murid dalam menjawab soalan objektif. Hal ini supaya dapat meningkatkan peratus kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Ekonomi Asas.II. OBJEKTIF KHUSUS

a) Meningkatkan penguasaan murid dalam subjek Ekonomi Asasb) Memantapkan kreativiti murid ketika memilih jawapan yang tepat.c) Meningkatkan peratus murid yang lulus dalam mata pelajaran Ekonomi Asas7. Kumpulan sasaranKumpulan murid yang disasarkan dalam kajian yang akan dijalankan ini adalah 10 orang murid dari kelas 4 Progresif.

8. Tindakan yang dirancanga) Tinjauan masalah

Mengesan masalah daripada latihan yang diberi semasa PDP berjalan dan juga melalui ujian bulanan seterusnya peperiksaan.b) Ujian Pra (pre test)

Satu ujian akan dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan jumlah murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Bilangan soalan adalah 10 soalan objektif.

c) Teknik menjawab

Teknik memilih jawapan yang tepat akan diajar kepada murid. Setiap murid akan menerima 10 soalan objektif. Guru meminta murid membaca soalan objektif berbentuk pernyataan. Murid diminta membaca soalan dengan teliti sebelum memilih jawapan. Jawapan yang tidak sesuai hendaklah dipotong dan meneliti pilihan jawapan yang hampir sama. Bulat jawapan yang telah dipilih dengan tepat. Jawab semua soalan dengan teknik yang sama.d) Ujian sebenar (post test)

Satu ujian sebenar akan dijalankan semula untuk menilai kefahaman dan penguasaan murid berdasarkan teknik PDP yang dicadangkan. Sekiranya 80 peratus murid daripada kumpulan sasaran dapat menjawab dengan baik, ianya adalah menunjukkan keberkesanan teknik yang akan diperkenalkan. Justeru, teknik ini akan dapat diaplikasikan dan diperluaskan kepada kumpulan lain.9. Jadual Pelaksanaan KajianTarikh pelaksanaan cadangan aktiviti adalah tertakluk kepada keperluan dan akan diubahsuai mengikut kesesuaian aktiviti sekolah dan kelapangan masa ahli kumpulan.

BilAktivitiTarikh Pelaksanaan

1Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal10 Jan 2014

2Menulis proposol awal18 Apr 2014

3Merancang tindakan25 Apr 2014

4Melaksanaan tindakan-aktiviti 129 Apr 2014

5Membincangkan permasalahan dalam aktiviti 130 Apr 2014

6Melaksanakan aktiviti 29 Jun 2014

7Membincangkan permasalahan dalam aktiviti 210 Jun 2014

8Melaksanakan aktiviti 312 Jun 2014

9Membincangkan permasalahan dalam aktiviti 313 Jun 2014

10Refleksi kajian16 Jun 2014

11Menulis laporan kajian17 Jun 2014

12Pembentangan dapatan kajian di sekolah20 Jun 2014

13Menghantar laporan ke PPD25 Jun 2014

10. Kos KajianBilJenis BahanKuantiti x harga seunitjumlah kos (RM)

1Kertas A41 x RM9.00RM9.00

2Kertas objektif1 x RM8.00RM8.00

3Fotostat bahan10x RM0.40RM4.00

4JUMLAHRM21.00

11. Refleksi Kajian

11.1 Ujian Pra (pre test)

11.2 Ujian sebenar (post test)

12. Hasil KajianSemasa ujian pra (pre test), kelemahan murid dikesan dan hanya 50 peratus murid dapat menjawab soalan dengan tepat. Setelah ujian sebenar (post test) dijalankan semula untuk menilai kefahaman dan penguasaan murid berdasarkan teknik PDP yang dicadangkan, didapati 80 peratus murid daripada kumpulan sasaran dapat menjawab soalan dengan baik. Ini membuktikan keberkesanan teknik yang diperkenalkan. Justeru, teknik ini dapat diaplikasikan dan diperluaskan kepada kumpulan lain.

PAGE 1