52738255 Proses Pembentukan Dasar Awam Di Malaysia Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru Dan Dasar...
-
Upload
m-khairul-faiz -
Category
Documents
-
view
4.779 -
download
18
Transcript of 52738255 Proses Pembentukan Dasar Awam Di Malaysia Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru Dan Dasar...
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia:
Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan
Dasar Pembangunan Negara
Shahrul Izwan NaserPPPJJ, USM, Disember 2010
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 1
ABSTRAK
Proses pembuatan dasar di Malaysia adalah seperti negara-negara dunia ketiga yang lain di
mana secara asasnya berkisar kepada aktiviti yang berobjektif. Proses ini pula terbuka
kepada pandangan awam dan kumpulan-kumpulan bersekepentingan lain yang memberi
kesan secara langsung kepada keputusan dasar dan pentadbiran awam. Proses
pembentukan dasar awam di peringkat kerajaan akan melalui sistem birokrasi sebelum
sesuatu dasar atau cadangan itu dibawa kepada masyarakat untuk dibahaskan dan
dibincangkan.
Perkaitan antara input dasar awam dan pemboleh ubah sosial yang lain seperti kepentingan
etnik dan kelas amat penting mengikut konteks dasar awam di Malaysia. Kedua-dua faktor
tersebut ditambah pula dengan tekanan agenda politik tidak kira dari dalaman mahupun
luaran telah menjadi panduan kepada pembentukan dasar awam. Secara keseluruhannya,
etnik dan kelas telah menjadikan proses pembentukan dasar awam di Malaysia kelihatannya
terlalu mencuba untuk akomodasi serta terburu-buru. Ini terutamanya ketika penghujung
tahun 1980-an dan awal 1990-an, ketika itu politi masyarakat Malaysia disifatkan lebih
bersegmen berbanding sebelumnya. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai proses
pembentukan dasar awam di Malaysia berdasarkan sorotan birokrasi, pemerhatian mengenai
isu etnik dan kelas serta pandangan konsensus kumpulan bersekepentingan. Hujah
mengenai pembentukan dasar awam di Malaysia dibentangkan mengikut perbandingan di
antara dua dasar utama di Malaysia iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar
Pembangunan Negara (DPN). Objektif penulisan kertas kerja ini adalah untuk menentukan
karekteristik dua kajian kes berbeza dasar awam di Malaysia dengan menganalisis setiap
elemen yang menyumbang kepada proses pembentukan sesuatu dasar awam.
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 2
PENGENALAN
Dasar awam didefinisikan sebagai apa saja keputusan dan tindakan kerajaan untuk
melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang mempunyai objektif, matlamat dan tujuan
tertentu.
Dasar awam dijadikan panduan umum dalam mengatasi sesuatu masalah sesebuah negara.
Dasar awam juga dilihat sebagai suatu tindakan yang mempunyai tujuan tertentu oleh
kerajaan untuk kepentingan rakyat, yang akan mempengaruhi masyarakat.
Proses pembentukan dasar awam adalah dikaji dengan membahagikan dasar tersebut
kepada empat peringkat asas iaitu:
I) penentuan objektif dasar
II) pembentukan dan penilaian terhadap alternatif-alternatif atau strategi-strategi untuk
mencapai objektif
III) pemilihan alternatif
IV) pelaksanaan alternatif
Jika dinilai menurut Albert Hirshman menurut teori opsyen, sesuatu pentadbiran awam akan
mengguna pakai mekanisme maklum balas sebelum penentuan sesuatu dasar. Mekanisme
maklum balas yang diutarakan oleh Hirshman dalam konteks dasar awam ini adalah
mekanisme suara (voice). Kerajaan akan menilai pandangan dan input oleh masyarakat yang
terdiri daripada kumpulan bersekepentingan dalam merangka sesuatu dasar awam.
Keputusan dan tindakan daripada suara-suara yang diutarakan tadi akan diwartakan menjadi
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 3
satu dasar awam yang diimplementasikan kepada semua.
Manakala Teori David Easton pula menerangkan mengenai bagaimana sesuatu proses
pembuatan dasar itu bertindak balas dengan menampilkan tuntutan dan sokongan oleh
rakyat kepada kerajaan dan kerajaan mengambilkira segala pandangan demi membuat
keputusan dan tindakan.
Rajah 1: Model Sistem Politik David Easton
Dasar awam begitu dipengaruhi untuk dibuat berasaskan keputusan melalui sistem politik-
tuntutan atau kemahuan rakyat dan sokongan oleh rakyat melalui:
I) Rakyat menuntut sesuatu perkara dilaksanakan
II) Kerajaan menggubal dan melaksanakan dasar
III) Rakyat memberi sokongan dan maklumbalas
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 4
Proses sesuatu dasar awam itu dibentuk mengikut saluran legitimasi:
I) Dasar terbentuk dengan pembentangan dan diluluskan di Dewan Rakyat
II) Dibawa ke Dewan Negara untuk diterima:
III) Parlimen badan tertinggi mengkaji kuasa mengawal dan laksanakan dasar strategi
kerajaan
IV) Dasar awam boleh berubah mengikut nilai masyarakat dan kepemimpinan
V) Dasar awam digubal untuk penuhi objektif-objektif sosioekonomi seperti pertumbuhan
ekonomi, pengagihan,kestabilan dan kebajikan umum
VI) Kejayaan dan kegagalan bergantung kepada pelaksana dan penerima dasar yang
akan menentukan dasar akan datang
Rajah 2: Majlis - majlis Perancangan Negara yang terlibat dalam proses pembentukan dasar
– Sumber: Jabatan Perdana Menteri
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 5
Terdapat dua jenis kategori dasar awam iaitu Desakan Dasar (policy demands) yang
ditakrifkan sebagai segala desakan,tuntutan atau paksaan yang dikenakan ke atas kerajaan
oleh orang ramai akibat ketidak berkesanan sesuatu dasar.
Manakala Keputusan Dasar (policy decision) pula dilihat sebagai suatu keputusan yang
dibuat oleh pegawai kerajaan yang memberi kuasa atau petunjuk dan cara tindakan dasar
awam. Termasuk juga tentang segala keputusan untuk mengeluarkan arahan, mengggubal
undang-undang, mengedar peraturan, pentadbiran atau tafsiran kepada undang-undang.
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 6
SUMBER INISIATIF DASAR
Ahli politik dan pentadbir awam memainkan peranan yang berbeza dalam peringkat-peringkat
pembentukan dasar. Peranan dan tanggungjawab ahli politik dalam pembentukan dasar
awam sangat penting dalam peringkat pertama iaitu penentuan objektif dasar. Ramai ahli
politik menyifatkan bahawa penentuan objektif-objektif dasar sebagai tanggungjawab utama
mereka. Mereka mungkin akan mengambilkira pandangan-pandangan pentadbir tetapi
selalunya ahli politik mempunyai peranan yang dominan dalam penentuan objektif dasar.
Persoalan-persoaalan mengenai penambah baikan sistem sedia ada menjadi teras kepada
peringkat kedua pembentukan dasar awam iaitu, untuk membentuk dan menilai alternatif-
alternatif atau strategi-strategi untuk mencapai objektif. Di peringkat kedua ini, pentadbir
merupakan entiti yang penting dalam menentukan pilihan-pilihan yang terbaik dengan
membekalkan kebaikan dan keburukan setiap alternatif yang dipilih. Alternatif-alternatif ini
pula akan dibentangkan ke peringkat politik untuk dipertimbangkan dan tindakan selanjutnya.
Selalunya, ahli politik akan membuat pilihan alternatif berdasarkan maklumat, nasihat,
konsultasi dan saranan pihak pentadbir. Setelah sesuatu pilihan dibuat, maka ianya akan
diserahkan kembali kepada pihak pentadbir untuk dilaksanakan.
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 7
Rajah 3: Proses birokrasi pembentukan dasar awam yang melibatkan badan eksekutif,
kumpulan bersekepentingan dan badan perundingan dasar. Sumber: Jabatan Perdana
Menteri
Peringkat-peringkat yang dinyatakan di atas menggambarkan satu bentuk hubungan birokrasi
yang mudah antara pentabir dan ahli politik. Namun begitu, ianya menjadi refleksi kepada
kecenderungan-kecenderungan asas dalam proses pembentukan dasar awam.
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 8
DASAR SETELAH KRISIS: DASAR EKONOMI BARU
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dibentuk setelah krisis perkauman 1969, menjadi satu
dasar awam utama yang kini dilihat sebagai asas masalah ekonomi negara. DEB dirangka
dengan fokus untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat serta menyusun semula
masyarakat. Dengan strategi-strategi yang dilaksanakan, DEB telah menetapkan sasaran
bahawa bangsa Melayu akan memperoleh 30 peratus ekonomi Malaysia menjelang 1990.
DEB merupakan satu transformasi yang penting berbanding dasar-dasar terdahulu. Maka,
ianya amat penting untuk kita memahami senario yang menghasilkan dasar seperti DEB
terbentuk.
Albert Hirshman dalam kajiannya mengenai pembuatan dasar di Amerika Latin, telah
menetapkan bahawa salah satu punca utama terbentuknya dasar awam adalah kerana krisis.
Krisis yang didefinisikan sebagai kejadian penuh trauma yang menggangu-gugat sesebuah
negara – dapat dijadikan panduan sebagai pembentukan sebuah dasar awam baru. Dalam
erti kata lain, sesuatu inisiatif dasar akan terhasil melalui keadaan politikal yang positif
dengan menjadikan permasalahan krisis sebagai agenda dan objektif dasar. Dalam kes ini,
pembentukan DEB adalah berdasarkan konteks krisis – krisis perkauman pada Mei 1969.
Secara ringkasnya, tiada siapa yang dapat menyangkal pembentukan DEB itu tidak mungkin
terjadi tanpa kejadian tersebut.
Ketika dua dekad kemerdekaan, kerajaan Perikatan sangat menitikberatkan agenda ketika itu
iaitu Rancangan Lima Tahun Pertama (1956-1960) dan Rancangan Lima Tahun Kedua (1961-
1965) dan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Dasar ekonomi ketika itu menjerumus
kepada peranan kerajaan sebagai pengurus ekonomi dengan memastikan rakyat
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 9
memperoleh pekerjaan, kestabilan harga barangan di pasaran, pertumbuhan ekonomi dan
juga kadar gaji seimbang.
Walaupun pelan ini merujuk kepada pembangunan ekonomi terhadap bangsa Melayu, ianya
cuma menggambarkan simbolik bukan kepada komitmen utama kerajaan Perikatan.
Sehingga penghujung 1960, sebahagian kumpulan bersekepentingan bangsa Melayu yang
radikal seperti Pemuda UMNO menyuarakan pandangan serta menuntut hak bangsa Melayu,
namun suara mereka hanyalah dilihat sebagai suara kerdil dalam sistem politik. Namun,
persoalan utama kerajaan Perikatan ketika itu adalah untuk memfokus kepada pertumbuhan
ekonomi dan industrialisasi, untuk menggabungkan pasaran dalaman, mempromosikan
perdagangan luar dan membentuk dasar-dasar awam utama. Terdapatnya juga instrumen-
instrumen dasar dan sumber kewangan untuk penyusunan sosial kepada usaha-usaha
pengagihan, namun ianya amat terhad dan meliputi skop yang kecil.
Menjelang penghujung 1960-an, perdebatan mengenai dasar pembangunan makin rancak
diperkatakan. Terdapat juga cadangan-cadangan mengenai dasar-dasar pro-Bumiputera.
Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dan Kedua yang mendapat tajaan kerajaan telah
diadakan pada 1965 dan 1968. Aktiviti ekonomi kerajaan ketika itu tertumpu kepada
pembangunan luar bandar dan bergerak ke arah bantuan kepada golongan Bumiputera.
Sebagai contoh, Bank Bumiputera dan PERNAS telah ditubuhkan serta RIDA telah diberi
nafas baru dan dinamakan sebagai MARA dengan matlamat utama untuk membantu
Bumiputera dalam bidang kewangan dan industri. Tuntutan politik oleh akar umbi bangsa
Melayu telah membawa pembuat dasar berasa tidak selesa dan perlunya untuk membuat
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 10
pilihan mengenai penyediaan sumber dan keutamaan mereka.
Namun begitu, tuntutan tersebut mencerminkan ketegangan yang berlaku di dalam Perikatan.
Golongan elit politik berbangsa Melayu didesak untuk campurtangan dalam politik
pengagihan. Persoalan siapa yang mendapat manfaat dan sehingga batas mana merupakan
permulaan kepada konflik dan dilema dalam kerajaan Perikatan. Tidak mengejutkan jika
usaha kerajaan dalam usaha menangani isu-isu Bumiputera hanyalah sekadar bersifat
langkah berjaga-jaga demi menjaga hati bukan bukan Bumiputera. Lagi pun, usaha kerajaan
ketika itu hanyalah separuh hati.
Situasi tersebut telah berubah secara dramatik dengan tercetusnya krisis perkauman 1969.
Krisis perkauman tersebut bolehlah ditafsirkan sebagai kemuncak kematangan yang
menghasilkan inovasi. Inovasi yang terhasil di sini adalah satu dasar ekonomi yang dapat
membantu komuniti Melayu. Salah satu punca krisis perkauman yang dilihat melalui
perspektif kerajaan adalah sifat ekonomi itu sendiri – rakyat miskin berbangsa Melayu yang
berasa tidak puas hati dengan program kerajaan yang tidak mendatangkan manfaat kepada
mereka. Manakala bukan Melayu pula merasakan bahawa mereka harus melakukan
kerjasama ekonomi dengan bangsa Melayu. Setelah krisis tersebut, terdapatnya usaha
golongan pedagang Cina membantu bangsa Melayu dalam menjalankan usaha perniagaan.
Sebagai contoh, Dewan Perdagangan Bersama Cina dan Dewan Perdagangan Bersama
Melayu telah mengadakan Lembaga Penasihat Ekonomi Sino-Melayu pada September 1969.
Usaha ini walaupun amat dialu-alukan oleh kerajaan Perikatan, namun skop dan skalanya
masih terhad. Kerajaan kemudiannya melihat sudah tiba masanya sebuah dasar ekonomi
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 11
yang baru dirangka bagi membantu bangsa Melayu.
Pembentukan DEB bermula setelah krisis perkauman di mana negara ditadbir oleh
MAGERAN. Bulan-bulan berikutnya, terdapat beberapa dokumen yang dirangka oleh Jabatan
Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Perpaduan Negara (JPN) di bawah pimpinan dan
sokongan Ketua Setiausah Kerajaan Persekutuan ketika itu, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin.
Dokumen itu adalah sebahagian daripada asas yang disediakan oleh Tun Abdul Razak yang
ketika itu Pengarah Operasi kemudiannya Perdana Menteri, dan bersama Jabatan
Perpaduan Negara mencari alternatif bagi strategi pembangunan di mana ianya dapat
menghasilkan tapak asas DEB dan Rancangan Malaysia Kedua.
Walaupun pembentukan DEB pada asalnya dijana oleh JPN, tetapi Unit Perancangan
Ekonomi (EPU) di bawah JPM yang merangka keseluruhan plan tersebut. Fungsi luas EPU
memastikannya dapat merangka objektif yang spesifik dan cadangan-cadangan yang bernas
mengenai perancangan pembangunan. Ketika dasar tersebut dibentuk, kumpulan
bersekepentingan dan parti-parti politik adalah dikecualikan, tapi terdapatnya petunjuk
bahawa UMNO telah mendapat akses kepada dasar tersebut sebelum ianya dibawa kepada
pihak awam.
Biro Ekonomi UMNO yang diketuai Menteri Pembangunan Nasional dan Luar Bandar, Abdul
Ghaffar Baba telah meneliti cadangan-cadangan dalam DEB dan telah menyatakan pendapat
beliau. Walaupun tiada perincian dibuat ke atas pernyataan ini, namun ianya mencerminkan
kelebihan yang dipunyai oleh ahli politik UMNO ke atas proses pembuatan dasar tersebut.
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 12
Penentuan konsep, sudut undang-undang dan juga pemberitahuan DEB – dikaitkan dengan
'revolusi senyap' Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang cuma mengambil masa
lebih kurang 14 bulan untuk direalisasikan. DEB diluluskan oleh Parlimen pada 20 Julai 1971.
Sejak dari mula, DEB telah dinyatakan secara konsisten sebagai sebuah set dasar negara
yang diimpikan oleh semua pihak dengan mengambilkira hak-hak Bumiputera dan Bukan
Bumiputera. Kerajaan Perikatan bersetuju bahawa DEB adalah langkah yang wajar.
Tambahan pula, tiada sebarang ketidakpuasan hati yang diutarakan oleh para menteri
mengenai dasar tersebut. Buktinya, MCA – rakan dalam kerajaan Perikatan amat menyokong
kuat ketika dasar ini dibentangkan untuk perdebatan di Parlimen. Namun, pendirian MCA
terhadap DEB sebenarnya adalah dijana berdasarkan kedudukan mereka yang semakin
lemah ketika Pilihanraya 1969. Kedudukan MCA dalam Perikatan juga bertambah parah
ketika Presidennya, Tun Tan Siew Sin menggugut untuk menarik diri daripada Perikatan
disebabkan oleh prestasi mereka yang teruk ketika pilihanraya tersebut. Ini jelas
menunjukkan yang MCA lebih mengambil berat mengenai strategi pertumbuhan dan
industrialisasi secara keseluruhan berbanding aspek pengagihan sama rata DEB.
Secara ringkasnya, pembentukan DEB adalah secara dasarnya dilindungi dengan penuh
rahsia. Walaupun terdapatnya perdebatan yang berlaku dalam birokrasi, ianya dilakukan
diluar kawalan sistem politik . Keputusan dibuat oleh sekumpulan golongan elit yang
mempunyai pilihan yang terhad terhadap suasana ketika itu dan memberi persetujuan
terhadap cadangan dasar umum yang dibuat oleh Tun Abdul Razak dan pakatannya.
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 13
PEMBENTUKAN DASAR SEBAGAI PERANTARA POLITIK? DASAR PEMBANGUNAN
NEGARA (DPN)
Banyak yang telah diperkatakan mengenai pelaksanaan transformasi DEB dan pembentukan
semula sistem politik serta sistem penyampaian di Malaysia. Terdapatnya keperluan
mengenai kajian pemikiran politik Malaysia di penghujung 1980-an yang telah dipengaruhi
oleh dasar-dasar dua dekad sebelumnya.
Tetapi di sini kita mengalami kepayahan untuk menerangkan kerumitan proses rundingan
pembuatan dasar berdasarkan kajian Dasar Pembangunan Negara (DPN). Jika sistem politik
Malaysia mengalami perubahan kerana DEB, secara logikalnya dapat dinyatakan bahawa
proses pembuatan dasar setelah DEB menjadi lebih tertutup. Dalam kes ini, ianya tidak
berlaku. Tidak seperti DEB, proses penentuan agenda dan pembentukan DPN berlaku amat
perlahan sekali. Perdebatan mengenai dasar tersebut hanya bermula ketika pertengahan
1980-an apabila persoalan mengenai kewajaran DEB patut diteruskan atau tidak,
dibangkitkan. Dasar tersebut diumumkan pada 1990. Ianya mengambil masa kira-kira 5 tahun
untuk DPN ditransformasikan daripada isu awam kepada pelan yang kukuh.
Ramai pemerhati membahaskan bahawa di sebalik beberapa perubahan dan modifikasi,
DPN sebenarnya adalah sebuah dasar yang berkesinambungan daripada DEB; dari sudut
kandungan dan semangatnya.
Walaupun terdapatnya beberapa fasal baru yang dinyatakan, objektif-objektif seperti
'kestabilan politik dan perpaduan nasional' masih lagi dikekalkan, DPN juga mengekalkan
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 14
'peranan utama DEB adalah untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat.' Dalam DPN, kerajaan juga menyatakan bahawa DEB kekurangan 30 peratus
daripada sasaran dengan hanya 20.3 peratus aset korporat negara dimiliki oleh bangsa
Melayu.
Berdasarkan kenyataan tersebut, dasar baru ini akan terus mencipta suasana yang kondusif
bagi menggalakkan ekonomi di kalangan komuniti Melayu. Ianya juga menyatakan bahawa
kuota 30 peratus tersebut akan menjadi kenyataan pada tahun-tahun yang mendatang, tiada
sebarang tarikh rasmi harus diletakkan pada sasaran tersebut.
Pelan baru dirangka adalah untuk membantu melonjakkan kedudukan golongan Melayu
dalam bidang pengurusan dan teknikal, sepertimana kuota 30 peratus pemilikan aset
korporat yang belum dicapai.
Persoalan utama terhadap usaha merealisasikan pelan baru tersebut, adalah penerimaan
dingin oleh kerajaan terhadap idea-idea yang diutarakan oleh pelbagai kumpulan dan
institutsi bebas yang lain – sebuah suruhanjaya bagi mengawalselia jentera kerajaan dalam
mengimplementasi dan menentukur pencapaian objektif DPN – harus ditubuhkan.
Kerajaan memberikan hujah bahawa tiada keperluan untuk mewujudkan suruhanjaya
tersebut kerana telah terdapatnya mekanisme yang mengawalselia pelaksanaan dasar.
Tambahan pula, ahli suruhanjaya tersebut pastinya akan bertanggung jawab terus terhadap
Yang Di-Pertuan Agong, melangkaui kabinet dan parlimen, tindakan mewujudkan sebuah
badan bebas lain ibaratnya seperti mewujudkan 'kerajaan dalam kerajaan.'
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 15
Tiga Fasa Pembentukan DPN
Secara umumnya, pembentukan DPN bolehlah dibahagikan kepada tiga fasa – fasa retorik
umum, fasa forum berorganisasi dan fasa keputusan.
1. Fasa Pertama: Retorik Umum
Fasa pertama bermula pada pertengahan tahun 1980-an, dikategorikan sebagai sebuah
perdebatan mengenai impak kekuatan atau kelemahan dan negatif atau postitif DEB oleh
kumpulan bersekepentingan dan juga parti-parti politik. Perdebatan ini dipolitikkan pada
pilihan raya 1986. Pada ketika itu, pengaruh dan penyertaan terhadap dasar adalah bersifat
retorik. Parti politik dan kumpulan bersekepentingan – pro dan anti kerajaan – mencuba
sedaya upaya untuk membentuk pandangan umum dan sehingga ada yang menggunakan
isu DEB ini untuk kepentingan politik mereka. Secara umumnya, pentadbir kerajaan
memberikan harapan dan signal konflik, dengan kenyataan bahawa DEB tidak mencapai
matlamatnya maka ianya akan diteruskan. Mereka yang menentang DEB terutamanya parti-
parti berasaskan bangsa Cina dan kumpulan bersekepentingan melihat DEB sebagai dasar
yang memecah belahkan. Kejadian Oktober 1987 – menyaksikan 106 ahli politik dan
pemimpin pembangkang serta kumpulan bersekepentingan ditahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) – menyebabkan ketegangan kaum berlaku, dan
menandakan berakhirnya perdebatan umum mengenai DEB.
2. Fasa Kedua: Penubuhan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (NECC)
Ini merupakan fasa yang menarik dalam pembentukan dasar ini secara keseluruhan. NECC
merupakan sebuah forum yang membicarakan mengenai sejarah mengikut konteks
pembentukan dasar di Malaysia dengan membicangkan mengenai kaedah-kaedah
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 16
penyelesaian masalah dasar ekonomi yang remeh. Tun Mahathir Mohammad ketika itu
menegaskan bahawa peranan NECC adalah sebagai satu 'langkah yang tulus dalam
memastikan penyertaan setiap pihak seramai mungkin dalam menentukan masa depan
Malaysia.' NECC juga dikritik hebat kerana status mereka. Terdapatnya aduan mengenai
Majlis yang tidak mempunyai asas legitimasi dan autoriti di mana sesuatu dasar nasional
dapat dikaitkan. Pertama sekali, ianya tidak mempunyai kuasa bebas dalam membentuk
dasar dan kedua, ianya akan disalahgunakan sebagai forum politik dan alat perhubungan
awam. Sesebuah klausa yang dilaksanakan oleh Majlis juga telah menghasilkan kontroversi.
Klausa tersebut adalah cadangan bahawa Majlis haruslah mencapai kata sepakat di
kalangan ahlinya. Para pengkritik berhujah bahawa tindakan Majlis ini akan menganggu
proses dasar tersebut. Dalam usaha menangani kritikan dan pandangan skeptik, Timbalan
Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba ketika itu secara berulang kali menyatakan komitmen
kerajaan akan melaksanakan segala dasar yang dirangka dan kumpulan bersekepentingan
tidak perlu merasa ragu kepada keikhlasan kerajaan. Majlis tersebut dilancarkan oleh Tun
Ghaffar Baba pada 19 Januari 1989. Ianya merupakan sebuah badan yang menyeluruh,
dengan keahlian seramai 150 orang dan diketuai oleh Tun Ghazali Shafie yang di mana juga
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan DEB. Antara yang menyertai badan
ini adalah pentadbir kerajaan, ahli politik, pakar-pakar dan wakil kumpulan bersekepentingan.
Keahliannya merentasi parti politik termasuk pembangkang, dewan-dewan perniagaan,
pemimpin korporat, golongan profesional, individu dan kumpulan minoriti. Sekretariat kepada
Majlis ini adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Mesyuarat tertutup
pertama diadakan pada Januari 1989. Kertas cadangan dasar dalam NECCC dimajukan
dalam dua peringkat – peringkat penilaian dan peringkat pembentukan. Semasa peringkat
penilaian (Januari 1989 – Mei 1989), terdapat dua isu utama yang dibangkitkan. Pertama,
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 17
ahli-ahli NECC mempersoalkan ketepatan data di dalam pelan-pelan Malaysia. Ada
berpendapat bahawa kerajaan seperti menyembunyikan dan menyebarkan maklumat yang
salah. Ini adalah persoalan utama yang menjadi perhatian selain daripa persoalan 30 peratus
kekayaan korporat oleh Bumiputera telah dicapai atau sebaliknya. Parti-parti bukan Melayu
dan kumpulan bersekepentingan percaya bahawa sasaran tersebut telah pun dicapai,
manakala golongan Melayu, melalui pelan-pelan Malaysia mengatakan sebaliknya. Walaupun
kehadiran wakil daripada JPM dan dua belas menteri ke dalam mesyuarat tersebut bagi
menjawab segala persoalan, namun kontroversi tetap timbul. Akhirnya, Tun Ghaffar Baba
tampil ke hadapan dan menyatakan bahawa fakta dan statistik yang dinyatakan dalam DEB
adalah benar dan sahih. Pada satu peringkat, Pengerusi Majlis, Tun Ghazali Shafie mengakui
terdapatnya kekurangan maklumat dan data, namun beliau berpendapat bahawa ahli-ahli
majlis tidak patut mempersoalkan kesahihan data-data rasmi tersebut. Tun Mahathir pula
mencadangkan agar ahli Majlis mempersembahkan data-data mereka sendiri jika tidak
berpuas hati dengan data yang disediakan oleh kerajaan.
Peringkat kedua adalah pembentukan kertas cadangan. Semasa mesyuarat kelima pada Mei
1989, lima kumpulan kerja dibentuk bagi menganalisis kepiawaian data, pembasmian
kemiskinan, penyusunan semula masyarakat, ekonomi nasional mengikut konteks
antarabangsa serta pembangunan modal insan. Kemudiannya, setiap sub-jawatankuasa
akan berbahas, menstruktur dan menilai satu-persatu cadangan-cadangan yang dinyatakan.
Terdapatnya perasaan tidak puas hati sebahagian ahli majlis dengan berpendapat bahawa
Majlis tidak berlaku adil terhadap prosedur pembentukan cadangan. Kumpulan ini
kemudiannya berprotes dengan megumumkan penarikan diri mereka daripada NECC.
Mereka adalah Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Bersatu (UCSTAM) dan Jawatankuasa
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 18
Sekolah-sekolah Cina Bersatu (UCSCAM) – setiap daripada mereka diwakili oleh seorang
ahli majlis – menarik diri pada 25 Ogos 1989. Wakil mereka mengatakan bahawa pandangan
dan saranan mereka tidak diambil kira dalam nota, laporan dan pemerhatian oleh mesyuarat
tersebut. Dewan Perhimpunan Cina Selangor kemudiannya turut menarik diri. DAP
menggantung penyertaan mereka dalam NECC pada 27 Ogos 1989, namun menyertainya
kembali pada 11 September, tahun yang sama. Majlis Antara Agama juga menarik diri.
Selama dua tahun Majlis tersebut diadakan, seramai 19 ahli daripada pelbagai organisasi
menarik diri atas alasan yang pelbagai. Ternyata pentadbir-pentadbir kerajaan berasa
tersinggung dengan penarikan diri DAP dan beberapa kumpulan bersekepentingan. Mereka
memberi amaran, jika kumpulan-kumpulan tersebut tidak mahu menyertai proses rundingan,
kerajaan Barisan Nasional tidak akan melaksanakan beberapa cadangan kerana ianya tidak
mencapai kata sepakat.
Seharusnya, Majlis ini haruslah dijadikan medium perundingan bagi menyuarakan cadangan
dan saranan oleh kumpulan-kumpulan bersekepentingan dalam menyelesaikan isu-isu DEB.
Kebanyakan kumpulan tersebut – Bumiputera dan bukan Bumiputera – menyertainya hanya
kerana isu-isu mengenai hak mereka bukan untuk mempromosi pembangunan ekonomi
secara keseluruhan mengikut perspektif nasional. Namun, ramai yang beranggapan bahawa
beberapa proses dalam pembentukan dasar tersebut adalah satu ancaman kepada
kepentingan mereka. Mereka yang berunding atas tiket kumpulan bersekepentingan hanya
prihatin terhadap output mereka dalam kerjasama tersebut, manakala institusi kerajaan
secara kolektif hanya berpuas hati dengan proses sedia ada dan ingin meneruskan skop dan
autoriti Majlis dalam menentukan kesinambungan DEB. Keputusan dan tindakan yang diambil
oleh kesatuan dan persatuan berasaskan Cina serta pihak pembangkang menggambarkan
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 19
kerapuhan matlamat dan mereka menggangap bahawa ini hanyalah satu permainan bagi
menentukan isu-isu rundingan politik mereka. Rundingan berbentuk perkauman dalam isu
ekonomi hanyalah bersifat tentangan. Ini bukanlah satu fenomena baru, parti pembangkang
telah menjadi terlalu polarisasi. Contohnya, mereka tidak berada dalam proses pembentukan
dasar, namun kenyataan mereka tidak diambil berat tetapi mendapat perhatian daripada
akhbar-akhbar Cina.
Akhirnya NECC menyerahkan laporan mereka kepada kerajaan pada 9 Februari 1990. Pelan
tersebut dipanggil Dasar Ekonomi Untuk Pembangunan Negara (DEPAN), yang menurut slah
seorang ahlinya sebagai sebuah 'lonjakan paradigma' dengan DEB yang dibentangkan atas
dasar kebebasan, mahukan sebuah suruhanjaya bukan partisan memantau pelaksanaan
dasar baru tersebut – namun ditolak oleh kerajaan.
3. Fasa Ketiga – merangka pelan dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU)
Fasa ini adalah fasa yang paling penting ketika peringkat pembentukan dasar apabila
Jawatankuasa Ekonomi Kabinet diberi tugas untuk merangka kertas cadangan dasar pada
Jun 1990. Ketika 11 Jun 1990, Presiden MCA ketika itu, Tun Lim Liong Sik mengumumkan
Kabinet telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk merangka sebuah dasar ekonomi
yang baru. Beliau menyatakan bahawa cadangan NECC akan didengari tapi tidak semestinya
digunapakai. Kabinet telah bersidang untuk berbincang mengenai Garis Panduan Pelan
Perspektif Kedua (OPP2) pada 17 Mei 1991, buat pertama kalinya. Dalam pertemuan
tersebut, Tun Mahathir mengatakan bahawa Kabinet sebulat suara mengenai pendirian
mereka untuk menerima cadangan NECC secara 'case to case basis'. Pada 22 Mei, Kabinet
ketika mesyuarat di Kuching, meluluskan draf OPP2. Pelan tersebut bersama Rancangan
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 20
Malaysia Keenam, telah dibentangkan di Parlimen pada 24 Julai dan diluluskan pada 30 Julai
setelah empat hari diperdebatkan. Ketika inilah, pertukaran nama baru dasar tersebut kepada
Dasar Pembangunan Negara disarankan. Pembentukan dasar ekonomi dan alternatif-
alternatif dasar seringkali dilihat sebagai bidang kuasa EPU di Jabatan Perdana Menteri.
EPU dibahagikan kepada dua iaitu Divisyen Perancangan Makro dan Divisyen Perancangan
Sektoral, merupakan kunci utama kerajaan dalam merangka pelan ekonomi nasional.
Fungsinya adalah sekretariat kepada Majlis Perancangan Negara (NPC), Jawatankuasa
Pembangunan Nasional (NDPC), Jawatankuasa Pelaburan Asing dan Jawatankuasa antara
jabatan mengenai Penswastaan. Jawatankuasa dan organisasi ini terdiri daripada menteri-
menteri dan pentadbir-pentadbir kanan kerajaan yang diberikan kuasa untuk membentuk,
menilai dan menyarankan cadangan dasar kepada kabinet. Diberi sumber seperti maklumat,
kepakaran dan kuasa untuk membuat keputusan. - EPU sesungguhnya sebuah autoriti
bebas. Terdapatnya tiga petanda birokrat dalam EPU yang bekerja secara bebas dalam
merangka OPP2. Pertama, jangka masa di antara penerimaan laporan NECC dan kelulusan
OPP2 oleh Kabinet menandakan EPU merangka pelan mereka sendiri, walaupun Perdana
Menteri memberi komen bahawa kelulusan OPP2 terlalu lama kerana kelambatan proses
penyerahan dokumen. Kedua, selepas penyerahan laporan NECC, kenyataan umum yang
dibuat oleh pegawai kerajaan tidak menyatakan sebarang rujukan kepada laporan NECC.
Ketiga, OPP2 tidak menggunapakai saranan utama NECC, fungsi paling penting di mana
keperluan untuk membentuk suruhanjaya memantau bebas.
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 21
Rajah 4: Carta organisasi Unit Perancang Ekonomi, JPM – Sumber : Jabatan Perdana
Menteri
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 22
ANALISIS PROSES PEMBENTUKAN DASAR
Analisis dasar amat penting dalam hubungkait antara agenda awam (sistemik) dan agenda
rasmi (institusi atau kerajaan). Agenda awam mengandungi isu-isu utama yang mewakili
majoriti rakyat mengenai representasi mereka, manakala agenda rasmi merujuk kepada
agenda kerajaan yang hanya mengandungi perkara-perkara dan tindakan mereka sahaja.
Pembezaan antara agenda ini penting dalam analisis untuk menentukur fasa kedua dan
ketiga pembentukan DPN.
Ianya merupakan asas pemikiran Perdana Menteri bahawa NECC seharusnya menjadi ketua
pembentukan dasar dan Kabinet sebagai badan yang meluluskan atau sebaliknya sesuatu
cadangan oleh Majlis. Objektifnya adalah NECC seharusnya memberikan pandangan
menyeluruh, mengambilkira matlamat dan merangka kertas cadangan yang akhirnya akan
diterimapakai sebagai struktur asas pembentukan dasar – dengan kerajaan persekutuan
memainkan peranan yang terhad dalam membekalkan maklumat dan rundingan.
Proses pembentukan dasar telah berubah, dengan tanggungjawab tidak jelas NECC,
campurtangan Majlis terhadap Kabinet dan Jabatan Perdana Menteri telah membangkitkan
suasana penuh birokrasi dalam sistem politik Malaysia. Tidak dapat dinafikan, bahawa
pembuat-pembuat dasar di Malaysia menyerahkan tugas pembentukan polisi kepada majlis
dan hanya memastikan pengaruh mereka terpelihara dalam dapatan dasar.
Tambahan pula proses pembentukan dasar tidak dapat berjalan lancar tanpa peranan yang
dimainkan oleh JPM. Manakala kedudukan Perdana Menteri sebagai pemutus dasar, namun
terdapat juga keperluan untuk mendengar dan bekerjasama secara kolektif oleh setiap
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 23
anggota Kabinet. Norma-norma dan tradisi Kabinet bergerak secara kolektif serta
berpengaruh ke atas pembentukan dasar telah mencetuskan kerangka kerja penuh birokrasi
dan sedikit sebanyak melambatkan proses pembentukan dasar.
Penyelarasan jawatankuasa mengakibatkan kuasa memutus secara de-facto, walaupun
ianya tertakluk kepada kebarangkalian penambahbaikan dan pengurangan nilai apabila
dibentangkan kepada Kabinet. Contohnya, EPU terlibat dalam proses penilaian berkala dan
penilaian situasi ekonomi semasa adalah untuk memastikan kesesuaian kerangka dasar
ekonomi adalah selaras dengan matlamat ekonomi jangka pendek. Melalui proses ini, dasar
awam akan digantikan dan kesinambungan kepada dasar-dasar lain disambung bersama
pandangan berbeza kumpulan etnik serta di dalam kerangka kerja politik yang lebih luas
dimana ia memberikan autoriti politik dan legitimasi. EPU telah dianggap sebagai sumber
pembuatan dasar awam dengan usaha mereka memberi maklum balas kepada agenda
domestik.
Sepertimana yang diketahui umum, hampir kesemua kunci utama tindakan semasa fasa
keputusan dibuat oleh JPM. Ini bukanlah menidakkan peranan NECC, tetapi lebih kepada
memberikan perspektif yang berbeza. NECC telah menjalankan beberapa tugas utama;
membentuk kerangka teknikal, mengutarakan idea, sosialisasi dan mobilisasi pakar,
menentukan kedudukan mereka dan mendesak serta mempengaruhi kumpulan
bersekepentingan.
Namun begitu, keputusan mengenai sesuatu dasar itu adalah tertakluk sepenuhnya oleh
JPM. Dalam pembentukan dasar ekonomi nasional, JPM telah bertindak sebagai badan
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 24
pembuat dasar dengan kuasa yang diberikan oleh Perdana Menteri sendiri. Secara
keseluruhannya, perbezaan antara fasa kedua dan ketiga telah dinyatakan secara jelas;
semasa fasa kedua ketika NECC berperanan utama, kerajaan hanya 'membiarkan ianya
berlaku' – tanpa sebarang campur tangan. Ketika fasa ketiga, apabila eksekutif hadir dan
mencetuskan birokrasi dalam proses pembentukan dasar, kerajaan 'merealisasikannya' –
menetapkan matlamat dan memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh
NECC. Jelaslah bahawa inisiatif dasar hanya diberi perhatian utama ketika fasa ketiga di
mana cadangan dilaksanakan dalam agenda membuat keputusan.
Rajah 5: Proses pembentukan Dasar Pembangunan Negara – Sumber: Jabatan Perdana Menteri
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 25
RUMUSAN
Tanpa kejadian penuh trauma seperti krisis perkauman 1969, yang bertindak sebagai jendela
dasar bagi DEB, pembentukan DPN pada 1990 tidak akan bersifat inklusif pendekatannya.
Keadaan politik ketika 1980-an telah mengakibatkan ketidak stabilan terhadap proses
pembentukan sesuatu dasar.
Andaian pembuat-pembuat dasar yang mengambil masa hampir dua dekad untuk merangka
dasar telah dicabar dengan pemain-pemain baru dan keprihatinan mereka dirasai. Ianya juga
adalah satu perakuan bahawa walaupun sumber-sumber yang terhad, namun itu bukanlah
alasan untuk tidak mengambil sebarang tindakan dalam menentukan sesuatu dasar itu
dirangka.
Rundingan mengenai perkauman hanyalah bersifat permainan yang tidak menguntungkan
dan perlunya usaha dan tenaga itu dialihkan kepada kepentingan semua rakyat. Secara
ringkasnya, pembentukan dasar Malaysia pada penghujung 1980-an dan awal 1990-an lebih
terbuka dan rumit berbanding awal 1970-an. Kumpulan elit yang memerintah telah pun sedar
bahawa sesuatu dasar itu tidak dapat dilaksanakan jika tiada sebarang persetujuan dicapai.
Ianya amat sukar bagi mencapai suara bersama dalam suasana penuh polarisasi dan
mempertahankan pendirian (defensive) berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Integrasi kumpulan-kumpulan bersekepentingan dalam proses pembuatan dasar dilihat
sebagai pemudah cara untuk mengurangkan ketegangan yang telah terbina sejak dua dekad
sebelumnya.
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 26
Namun begitu, tidak semua kumpulan dan pihak berpengaruh dalam komuniti Melayu melihat
DEB sebagai sesuatu yang gagal, malahan dasar tersebut telah membuka pintu kepada
perdebatan dan perkongsian idea yang relevan dengan keadaan semasa. Kenyataannya,
sekumpulan besar golongan elit Melayu telah mendapat manfaat melalui DEB. Tambahan
pula, telah bertahun lamanya kerajaan BN telah memanipulasikan DEB untuk kebajikan
sosial, dalam sesetengah keadaan merujuk kepada pengagihan sumbangan politik (political
reward).
Proses pembentukan dasar ini telah mempersoalkan mengenai konsistensi legitimasi dengan
simbol-simbol demokrasi. Dengan matlamat utama bagi meneruskan DEB, NECC telah
memainkan peranan yang simbolik terhadap proses pembuatan dasar. Kehadiran NECC di
mata rakyat membuka lembaran baru bahawa pentingnya isu-isu utama nasional
diketengahkan berbanding rundingan yang bersifat perkauman. Haruslah diingatkan bahawa
perubahan dasar di peringkat nasional adalah tertakluk kepada sokongan yang padu
daripada semua pihak. Dalam sesebuah proses pembentukan dasar, ianya tidak akan
menjadi tanpa komitmen daripada Perdana Menteri. Dalam Kabinet, sebarang rundingan
akan menjadi tidak berkesan tanpa kehadiran dan disokong oleh UMNO. Cadangan-
cadangan kecil daripada MCA dan Gerakan selalunya dipandang ringan, walaupun ianya
dilihat sebagai satu proses rundingan yang penting mengikut perspektif menteri-menteri.
Sebelum sesuatu dasar itu diputuskan, terdapatnya perundingan di kalangan kumpulan-
kumpulan utama di mana kerajaan cuba untuk memenuhi permintaan mereka. Fasa ini
adalah begitu kritikal dengan melibatkan proses politik yang rumit. Ianya menjadi kesan
fenomena politik daripada kesepakatan pembentukan dasar yang akan menentukan
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 27
pembuatan dasar Malaysia di masa-masa hadapan. Begitu juga dengan Model Ekonomi Baru
yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang telah melalui proses
yang sama semasa kerangka kerjanya dibentangkan ketika Rancangan Malaysia Kesepuluh
yang lalu.
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 28
BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN
Abas, Tun Salleh and K. Das. 1989. May Day for Justice. Kuala Lumpur. - Percetakan AZ
Sdn. Bhd.
Abidin, Mahani Zainal. 2002. Rewriting the Rules, The Malaysian Crisis Management Model.
Kuala Lumpur. Prentice Hall
Barlow, Colin (ed.) 2001. Modern Malaysia in the Global Economy, Cheltenham: Edward
Elgar.
Beng, Oii Kee. 2007. The Reluctant Politician, Tun Dr. Ismail and His Time. Singapore:
ISEAS Publishing Institute of Southeast Asian Studies.
Case, William. 2004. “Malaysia New Reforms, Old Continuities, Tense Ambiguities.” In Kevin
Hewison and Richard Robson, eds., East Asia and the Trials of Neo-Liberalism. London
Routledge.
Economic Planning Unit (EPU). 1971. Second Malaysia Plan, 1971-1975. Kuala Lumpur:
Government Publishing.
-----.1974. Mid‐Term Review of the Second Malaysia Plan, 1971–1975. Kuala Lumpur:
Government Publishing.
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 29
-----. 1976. Third Malaysia Plan, 1976–1980. Kuala Lumpur: Government Publishing.
-----.1979. Mid‐Term Review of the Third Malaysia Plan, 1976–1980. Kuala Lumpur:
Government Publishing.
-----.1981. Fourth Malaysia Plan, 1981–1985. Kuala Lumpur: Government Publishing.
-----. 1984. Mid‐Term Review of the Fourth Malaysia Plan, 1981–1985. Kuala Lumpur:
Government Publishing
-----. 1986. Fifth Malaysia Plan, 1986–1990. Kuala Lumpur: Government Publishing.
-----. 1989. Mid‐Term Review of the Fift Malaysia Plan, 1986–1990. Kuala Lumpur:
Government Publishing.
-----. 1991a. Privatization Master Plan. Kuala Lumpur: Government Publishing.
-----. 1991b. Second Outline Perspective Plan, 1991–2000. Kuala Lumpur: Government
Publishing.
-----. 2001a. Eighth Malaysia Plan, 2001–2005. Kuala Lumpur: Government Publishing.
-----. 2001b. Third Outline Perspective Plan, 2001–2010. Kuala Lumpur: Government
Publishing.
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 30
-----. 2004. Mid‐Term Review of the Eighth Malaysia Plan, 2001–2005. Kuala
Lumpur: Government Publishing.
Lim, Hong Hai. 2010. (Reprinted) JKP 211 Pentadbiran Awam Modul 1-4. Pulau Pinang:
PPPJJ, USM.
Raslan, Karim. 2009. (Reprinted) Ceritalah 1 Malaysia in Transition. Singapore: Marshal
Cavendish.
-----. 2002. (Reprinted) Ceritalah 2 Journey Through Southeast Asia. Singapore: Times Books
International.
-----. 2009. (Reprinted) Ceritalah 3 Malaysia a Dream Deffered. Singapore: Marshal
Cavendish.
Yusof, Zainal Aznam and B. Deepak. 2008. Economic Growth and Development in
Malaysia: Policy Making and Leadership. Washington: World Bank.
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 31
Proses Pembentukan Dasar Awam di Malaysia: Analisis Kajian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara 32