53799059 Contoh Analisis Ayat

12
CONTOH ANALISIS AYAT 1) Minggu depan kampung kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut. ANALISIS - Ayat ini merupakan ayat pasif susunan sebahagian pelaku diri ketiga. - Subjek ayat terdiri daripada kampung kami manakala predikat akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada minggu depan. - Pola ayat terdiri daripada FN + FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama kampung dan kami, iaitu kata ganti nama diri pertama yang berfungsi sebagai penerang kepada kampung. Frasa kerja pasif sebagai predikat terdiri daripada kata bantu akan, kata kerja pasif berawalan di- dikunjungi dan pelaku diri ketiga pemimpin parti serta kata penentu, tersebut. Pemimpin merupakan kata nama manakala parti tergolong dalam kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada pemimpin. Dalam frasa kerja terdapat frasa sendi nama pada minggu depan yang berfungsi sebagai keterangan masa kepada frasa kerja pasif. Dalam frasa sendi nama terdapat kata sendi nama pada, kata nama minggu kata nama arah depan yang berfungsi penerang kepada kata nama minggu. - Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif transitif seperti berikut :

description

k

Transcript of 53799059 Contoh Analisis Ayat

CONTOH ANALISIS AYAT1) Minggu depan kampung kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.ANALISIS Ayat ini merupakan ayat pasif susunan sebahagian pelaku diri ketiga. Subjek ayat terdiri daripada kampung kami manakala predikat akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada minggu depan. Pola ayat terdiri daripada FN + FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama kampung dan kami, iaitu kata ganti nama diri pertama yang berfungsi sebagai penerang kepada kampung. Frasa kerja pasif sebagai predikat terdiri daripada kata bantu akan, kata kerja pasif berawalan di- dikunjungi dan pelaku diri ketiga pemimpin parti serta kata penentu, tersebut. Pemimpin merupakan kata nama manakala parti tergolong dalam kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada pemimpin. Dalam frasa kerja terdapat frasa sendi nama pada minggu depan yang berfungsi sebagai keterangan masa kepada frasa kerja pasif. Dalam frasa sendi nama terdapat kata sendi nama pada, kata nama minggu kata nama arah depan yang berfungsi penerang kepada kata nama minggu. Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif transitif seperti berikut : Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi kampung kami pada minggu depan.

2) Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.ANALISIS Ayat ini merupakan ayat aktif tak transitif susunan biasa. Subjek ayat terdiri daripada hasil padinya manakala predikat berguni-guni di dalam kepuk itu. Pola ayat terdiri daripada FN + FK . Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama hasil. Nya- merupakan kata ganti diri ketiga manakala padinya berfungsi sebagai penerang kepada hasil. Frasa kerja sebagai predikat terdiri daripada kata kerja tak transitif berguni-guni yang merupakan kata ganda. Dalam frasa kerja terdapat frasa sendi nama di dalam kepuk itu yang berfungsi sebagai keterangan tempat kepada kata kerja tak transitif. Dalam frasa sendi nama terdapat kata sendi nama di, kata arah dalam, kata nama kepuk dan kata penentu itu. Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat songsang pendepanan separa seperti berikut : Berguni-guni hasil padinya di dalam kepuk itu.

3) Dengan segeranya kami laksanakan perintah yang kami terima itu.ANALISIS Ayat ini merupakan ayat pasif songsang pendepanan seluruh predikat dengan pelaku diri pertama. Subjek ayat terdiri daripada perintah yang kami terima itu manakala predikat ayat kami laksanakan dengan segeranya. Pola ayat terdiri daripada FN + FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama perintah, kata kerja pasif pelaku diri pertama yang kami terima itu yang berfungsi sebagai penerang kepada perintah. Yang merupakan kata hubung di dalam ayat ini. Frasa kerja sebagai predikat terdiri daripada kata ganti diri pertama kami dan kata kerja pasif laksanakan. Dalam frasa kerja terdapat frasa sendi nama dengan segera. Dalam frasa sendi nama terdapat kata sendi dengan dan kata adjektif segera. Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif transitif seperti berikut : Kami melaksanakan perintah yang kami terima itu dengan segeranya.

4) Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak.ANALISIS Ayat ini merupakan ayat songsang sebahagian predikat. Subjek ayat terdiri daripada orang manakala predikat ayat sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak di seluruh Negara. Pola ayat terdiri daripada FN + FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama orang. Frasa kerja sebagai predikat terdiri daripada . Dalam frasa kerja terdapat frasa sendi nama di seluruh negara. Dalam frasa sendi nama terdapat kata sendi di, kata bilangan seluruh dan kata nama negara yang berfungsi sebagai keterangan tempat. Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat pasif transitif seperti berikut : Kenaikan harga minyak di seluruh negara sibuk diperkatakan orang.

5) Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis.ANALISIS Ayat ini merupakan ayat pasif songsang pendepanan sebahagian dengan pelaku diri ketiga. Subjek ayat terdiri daripada pengedar dadah itu manakala predikat ayat terus diburu polis ke mana-mana sahaja. Pola ayat terdiri daripada FN + FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama terbitan pengedar, kata nama dadah dan kata penentu itu. Frasa kerja sebagai predikat terdiri daripada kata bantu terus, kata kerja pasif berawalan di diburu dan kata nama pelaku diri ketiga polis. Dalam frasa kerja terdapat frasa sendi nama ke mana-mana sahaja. Dalam frasa sendi nama terdapat kata sendi ke, kata nama tanya yang digandakan mana-mana dan kata penegas sahaja. Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat pasif susunan biasa seperti berikut : Pengedar dadah itu terus diburu polis ke mana-mana sahaja.6) Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.

ANALISIS Ayat ini ayat pasif songsang seluruh predikat pelaku diri pertama dengan klausa sebagai subjek.

Subjek ayat terdiri daripada klausa bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya manakala predikat ayat ialah saya jelaskan kepadanya. Klausa sebagai subjek terdiri daripada subjek pemimpin itu dan predikatnya terdiri daripada tidak amanah terhadap rakyatnya dan bahawa merupakan kata hubung. Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama, pemimpin itu. Pemimpin golongan kata nama dan itu ialah kata penentu. Predikat klausa terdiri daripada kata nafi tidak, kata adjektif amanah dan frasa sendi nama terhadap rakyatnya. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama terhadap, kata nama rakyat dan kata ganti nama diri ketiga -nya.

Predikat ayat pasif pelaku diri pertama ini terdiri daripada frasa kerja pasif pelaku diri pertama saya jelaskan dan frasa sendi nama kepadanya. Frasa kerja pasif pelaku diri pertama terikat dengan hukum aneksi persona, iaitu antara kata ganti nama diri pertama dengan kata kerja pasif tidak boleh hadir perkataan lain. Dalam frasa sendi nama terdapat kata sendi nama kepada dan kata ganti nama diri ketiga -nya.

Ayat ini boleh dituturkan kepada ayat aktif susunan biasa seperti yang berikut:

Saya menjelaskan bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya kepadanya.

7) Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya?

ANALISIS

Ayat ini ialah ayat tanya susunan biasa dengan klausa sebagai predikat.

Pola ayat terdiri daripada FN+FN. Subjek ayat terdiri daripada kawasan kediamannya itu manakala predikat ayat ialah bagaimana keadaannya. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama kawasan, kata nama kediaman yang menjadi penerang kepada kawasan, -nya ialah kata ganti diri ketiga dan itu ialah kata penentu.

Predikat ayat tanya susunan biasa dengan klausa sebagai predikat ini terdiri daripada klausa yang terdiri daripada subjek keadaannya dan predikat bagaimana. Frasa nama dalam subjek terdiri daripada kata nama dan kata ganti diri ketiga. Kata nama ialah keadaan dan nya ialah kata ganti diri ketiga yang menerangkan tentang bagaimana keadaan. Bagaimana pula tergolong dalam kata tanya.

Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat tanya susunan songsang seluruh predikat dengan klausa sebagai predikat seperti berikut:

Bagaimana keadaannya kawasan kediamannya itu.

8) Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri.

ANALISIS

Ayat ini ialah ayat aktif transitif dengan klausa sebagai subjek.

Pola ayat ini ialah FN+FK. Frasa nama dalam subjek terdiri daripada kata nama iaitu pihak dan kata nama polis.

Predikat ayat aktif transitif dengan klausa sebagai subjek terdiri daripada frasa kerja transitif. Predikat juga terdiri daripada klausa yang berfungsi sebagai objek yang hadir selepas kata kerja transitif iaitu bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri dan predikat telah melarikan diri. Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama iaitu pendatang asing itu. Pendatang asing golongan kata nama dan itu merupakan kata penentu. Predikat klausa pula terdiri daripada frasa kerja yang terbina daripada kata kata bantu aspek iaitu telah, kata kerja transitif melarikan dan diri merupakan kata nama.

Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat pasif susunan biasa dengan klausa sebagai objek seperti berikut:

Bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri diterangkan oleh pihak polis.

9) Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.

ANALISIS

Ayat ini ayat aktif tak transitif susunan biasa dengan klausa sebagai pelengkap.

Subjek ayat terdiri daripada penduduk di situ manakala predikat ayat ialah bahawa kediaman mereka tidak selamat.

Pola ayat terdiri daripada FSN + FK. Frasa sendi nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama penduduk, di ialah kata sendi nama dan situ ialah kata nama arah. Di situ ialah frasa sendi nama keterangan tempat yang menerangkan frasa penduduk.

Predikat ayat aktif tak transitif susunan biasa dengan klausa sebagai pelengkap ini terdiri daripada kata kerja tak transitif berpendapat dan klausa sebagai pelengkap yang hadir selepas kata kerja tak transitif ialah bahawa kediaman mereka tidak selamat. Subjek dalam klausa terdiri daripada kediaman mereka dan predikatnya terdiri daripada tidak selamat dan bahawa merupakan kata hubung pancangan. Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama kediaman mereka. Kediaman golongan kata nama dan mereka merupakan golongan kata ganti diri ketiga. Predikat klausa terdiri daripada frasa adjektif yang terbina daripada kata nafi tidak dan kata adjektif selamat.

Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif tak transitif dengan klausa sebagai pelengkap songsang seluruh predikat seperti berikut:

Berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat penduduk di situ.

10) Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan.

ANALISIS

Ayat ini ialah ayat aktif transitif susunan biasa dengan klausa sebagai penerang.

Pola ayat ini terdiri daripada FN+FK. Subjek dalam ayat terdiri frasa nama iaitu kakitangan pejabat itu. Subjek terdiri daripada kata nama kakitangan, kata nama am pejabat yang menjadi penerang kepada kakitangan dan kata penentu itu.

Predikat ayat pasif susunan biasa dengan klausa sebagai penerang terdiri daripada frasa kerja iaitu kata kerja transitif mendapat dan pengesahan pula merupakan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap. Predikat juga terdiri daripada klausa bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan. Subjek dalam predikat terdiri daripada pengarah baharu itu dan predikatnya ialah bukan orang tempatan dan bahawa merupakan kata hubung. Subjek dalam predikat terdiri daripada frasa nama iaitu kata nama pengarah, baharu merupakan kata adjektif dan itu kata penentu. Predikat dalam klausa pula terdiri daripada frasa nama yang terdiri daripada kata nafi bukan, kata nama orang dan kata nama am tempatan yang menjadi penerang kepada orang.

Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat pasif susunan biasa dengan pelaku diri ketiga dengan klausa sebagai penerang seperti berikut:

Pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan kakitangan pejabat itu bukan orang tempatan didapati oleh kakitangan pejabat itu.