54104477-Tesis-Bab-2

download 54104477-Tesis-Bab-2

of 4

Transcript of 54104477-Tesis-Bab-2

  • 7/27/2019 54104477-Tesis-Bab-2

    1/4

    BAB DUA

    TINJAUAN LITERATUR

    1.1 Pendahuluan

    Kajian tentang kesalahan ejaan Bahasa Melayu merupakan satu kajian yang dijalakan

    oleh ramai para pengkaji. Hasil kajian ini dapat dilihat dengan terhasilnya dapatan

    kajian serta pendapat tentang kajian kesalahan tatabahasa.

    2.1 Kajian Dalam Negara

    Nik Safiah Karim (1980) menyatakan, Kita dapati ramai guru bukan sahaja tidak

    mengajar bahasa Melayu dengan baik tetapi penguasaan bahasa Melayunya amat

    lemah. Fenomena menyebabkan guru memperkenal unsur-unsur yang salah serta

    penguasaan yang tidak mendalam menyebabkan guru membiarkan kesalahan terus

    berlaku dalam kalangan murid. Kesannya pelajar menghadapi masalah untuk menulis

    karangan.

    Azman Wan Chik dalam kajiannya Kesilapan Penggunaan Bahasa Melayu

    Oleh Murid-Murid Melayu menganalisis jenis-jenis kesilapan pelajar dalam penulisan

    dan karangan. Beliau telah menyatakan bahawa pemahaman teknik menjawab soalan

    cukup penting. Kajian ini mempunyai signifikan tersendiri iaitu untuk mencari strategi

    bagi tujuan meningkatkan penguasaan pelajar dalam penulisan iaitu mencakupi aspek

    7

  • 7/27/2019 54104477-Tesis-Bab-2

    2/4

    format peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2 iaitu mengatasi kesilapan-kesilapan

    berkenaan.

    Asmah Hj.Omar dan Arbak Othman (1981) dalam kajiannya mendapati bahawa

    kesalahan bahasa ialah penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaannya

    yang standard. Kesilapan bahasa boleh berlaku melalui pelbagai kasalahan tatabahasa.

    Kesilapan-kesilapan yang dinyatakan di atas telah menyumbang kepada seriusnya

    masalah kelemahan penulisan pelajar-pelajar dalam kertas Bahasa Melayu (karangan).

    Dengan itu, sewajarnyalah strategi perlu dicari dan diaplikasi untuk memperbaiki atau

    mengatasi kesilapan-kesilapan tersebut bagi tujuan meningkatkan prestasi penulisan

    murid.

    Ridzuan (1981) turut mengkaji taraf penguasaan imbuhan dalam kalangan

    pelatih Melayu dan bukan Melayu di maktab perguruan. Subjek kajian beliau terdiri

    daripada guru-guru pelatih Kursus Peringkat Pendidikan Awal Kanak-kanak dan

    Peringkat Awal Remaja di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Beliau

    telah menjalankan Ujian Kloz tentang penggunaan imbuhan men, ber, di, ter,

    lah dan kan. Kajiannya membuktikan bahawa penggunaan imbuhan dalam karangan

    guru pelatih yang dikaji adalah memuaskan. Sebilangan guru pelatih masih melakukan

    kesilapan serius, khususnya dalam penggunaan imbuhan me, ber dan di. Guru

    pelatih bukan Melayu kesilapannya hampir tiga kali ganda daripada jumpah kesilapan

    yang dilakukan oleh guru pelatih Melayu.

    Kamaruddin (1986) telah mengkaji tentang penguasaan Bahasa Melayu dalam

    kalangan guru pelatih bukan Melayu di maktab-maktab perguruan di Kuala Lumpur.

    Beliau mendapati lebih daripada 70% jumlah kesilapan yang dilakukan oleh guru-guru

    pelatih berkisar tentang aspek ejaan, penggunaan kata, pembentukan struktur ayat dan

    pembentukan rangkai kata.

    8

  • 7/27/2019 54104477-Tesis-Bab-2

    3/4

    2.3 Kajian Luar Negara

    Quinn (1980) dalam kajiannya menyatakan aktiviti latih tubi sangat perlu bagi tujuan

    penguasaan kemahiran ejaan oleh murid cukup penting. Bagi kanak-kanak latihan

    intensif secara berterusan boleh meningkatkan kemahiran tatabahasa boleh memperbaiki

    kelemahan tanda baca, penggunaan imbuhan dan kelemahan dalam perbendaharaan

    kata. Ini menunjukkan bahawa latih tubi tatabahasa merupakan asas yang sesuai dan

    boleh diguna pakai dalam usaha mempertingkat kemahiran dan ketrampilan penulisan

    pelajar.

    Mc Carimman (1980) menjelaskan bahawa kegiatan penulisan tidak berlaku

    dalam ruangan kosong. Seseorang penulis ingin menyampaikan idea kepada seseorang

    atau sekumpulan orang lain.D.H.Graves (1990) dalam Third International English

    Teaching Conference University of Sydney membuktikan bahawa perbincangan amat

    penting pada peringkat sebelum menulis dan pada peringkat draf. Mereka akan

    membaca beberapa kali, mereka akan bertanya rakan sebaya untuk mendapatkan

    maklumat dan berbincang.

    D.H.Graves (1990) pula berpendapat bahawa murid berani dan gemar menulis

    setelah merekan menguasai kemahiran ejaan secara betul. Seterusnya beliau menambah

    bahawa murid perlu diberikan penekanan dalam menguasai sistem ejaan dalam sesuatu

    bahasa yang dipelajari. Ini akan memberikan sumbangan kepada peningkatan

    penguasaan tatabahasa yang terbaik dalam penulisan.

    9

  • 7/27/2019 54104477-Tesis-Bab-2

    4/4

    2.4 Kesimpulan

    Sebagai kesimpulan, terdapat bukti daripada hasil kajian yang dilakukan menunjukkan

    bahawa pemboleh ubah yang berbagai-bagai turut memberikan kesan kepada kesilapan

    penggunaan bahasa amnya dan kesilapan ejaan khasnya. Oleh yang demikian, kajian ini

    bertujuan memperkuat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa faktor pemboleh ubah

    turut menentukan kesilapan ejaan dalam penulisan.

    10