5471122 HIKAYAT Si Miskin
-
Upload
erniey-mohamed -
Category
Documents
-
view
144 -
download
2
Transcript of 5471122 HIKAYAT Si Miskin
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
JXEA 1104
HIKAYAT SI MISKIN
NAMA PELAJAR : SITI SUHAILA MOHD ZAINI
NO MATRIK : JEA 080138
SESI : SEMESTER 1 2008/2009
NAMA PENSYARAH : DR.AMRAN MOHAMAD
NAMA TUTOR : CIK HADIJAH ABD RAHMAN
FAKULTI : AKEDEMI PENGAJIAN MELAYU
Dalam tugasan ini mengandungi mengandungi kupasan dari segi falsafah
berkaitan dengan sebuah karya klasik. Sastera hikayat tergolong dalam sastera melayu
tradisional. Sastera hikayat terbahagi kepada beberapa golongan iaitu hikayat melayu
asli, hikayat melayu berpengaruh islam ,hikayat melayu berpengaruh hindu dan lain-lain
lagi.
Hikayat yang ingin dipilih oleh penulis untuk dikupas dari segi falsafah ialah
hikayat Si Miskin. Hikayat Si Miskin mengisahkan Si Miskin suami isteri dicampak ke
Negeri Anta Beranta setelah di sumpah oleh Bentara Indera. Tidak lama kemudian isteri
Si Miskin hamil dan melahirkan seorang putera yang diberi nama Marakarma. Setelah
kelahiran puteranya hidup Si Miskin bertukar menjadi mewah dan mempunyai sebuah
negeri yang dinamakan Negeri Puspa Sari. Mereka dikurniakan seorang puteri yang
diberi nama Nila Kesuma.
Maharaja Indera Dewa yang memerintah Anta Beranta cemburu dengan kerajaan
Maharaja Indera Angkasa. Apabila Maharaja Indera Angkasa memanggil nujum,
Maharaja Indera Dewa menghasut nujum-nujum itu supaya mengatakan anak-anak Si
Miskin membawa kecelakaan. Si Miskin termakan fitnah dan membuang kedua-dua
orang anaknya tetapi Negeri Puspa Sari terbakar dan Si Miskin menjadi papa kembali.
Dalam buangan Marakarma dan Nila Kesuma menempuh pelbagai halangan dalam
menempuh hari-hari yang mendatang. Mereka terpaksa berdepan dengan binatang-
binatang buas,mengharungi kelaparan dan sebagainya. Dari peristiwa itu penulis telah
memilih falsafah kasih sayang untuk dikupas. Kasih sayang dalam petikan ini dapat
dilihat melalui watak Marakarma dan Nila Kesuma. Peristiwa ini berlaku semasa
2
Marakarma dan Nila Kesuma telah dihalau dari istana setelah dituduh sebagai pembawa
sial. Mereka membawa diri kedalam hutan belantara.
Falsafah kasih sayang mengenai kecekalan seorang abang dalam melindungi adik
iaitu Marakarma dan Nila Kesuma. Kasih sayang yang ditonjolkan dalam watak
Marakarma memperlihatkan kekuatan dalam sebuah ikatan kekeluargaan. Sebagai
contoh Marakarma begitu kasih akan adiknya. Dia sanggup menahan lapar asalkan
adiknya tidak menangis kelaparan. Sebagai seorang abang Marakarma mempunyai rasa
tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan adiknya. Sikap Marakarma harus
dijadikan contoh dalam kehidupan kita. Sikap kasih sayang juga dapat dipupuk tanpa
mengira usia dan kedudukan atau pangkat seseorang. Selain itu juga nilai kasih sayang
dapat memupuk individu mempunyai nilai ketabahan dan kesabaran dalam diri. Sikap ini
akan mendorong individu lebih tabah dan cekal apabila berdepan dengan sesuatu
masalah. Dengan adanya sikap kasih sayang juga individu akan rasa diri masih dihargai
malaupun mempunyai kekurangan dalam hidup. Berdasarkan petikan yang dipilih
melihatkan kesungguhan Marakarma melindungi adiknya daripada segala bahaya.
Kerana terlalu kasihkan adiknya juga dia sanggup mengorbankan nyawanya. Selain itu
dengan adanya rasa kasih sayang ini juga seterusnya dapat menghapuskan sikap
mementingkan diri. Terutama dalam sebuah keluarga, setiap keluarga seharusnya
mempunyai semangat kasih sayang yang kuat dan jitu untuk mencapai kesefahaman dan
keharmonian dalam sesebuah keluarga.
3
Pada masa kini terdapat segelintir masyarakat melayu yang tidak menitikberatkan
aspek kasih sayang dalam diri individu mahupun dalam sesebuah kekeluargaan.
Akibatnya daripada itu banyak berlaku kepincangan dalam hubungan kekeluargaan
seperti bercerai-berai, keruntuhan akhlak anak-anak muda yang tidak mendapat kasih
sayang daripada ibu bapa. Seharusnya sebagai ibu bapa perlu memberi sepenuh kasih
sayang dan perhatian kepada anak-anak mereka. Kasih sayang bukan sahaja dari segi
kemewahan tetapi dari segi didikan agama dan akademik yang seiring.
Penulis yakin jika sikap kasih sayang dipupuk dalam diri setiap individu sebuah keluarga
ataupun masyarakat akan hidup dalam keharmonian dan kesejahteraan. Masalah
Keruntuhan dan perpecahan dalam keluarga juga dapat dielakkan. Watak Marakarma
sesuai dijadikan contoh yang baik untuk diikuti oleh semua individu. Pada masa kini
sikap kasih sayang semakin pudar dalam diri sekaligus segelintir individu sanggup
melakukan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan. Dalam hikayat Si Miskin nilai
kasih sayang bukan sahaja melibatkan kasih sayang antara manusia dengan manusia
tetapi menunjukkan kasih sayang dengan makhluk ciptaan Tuhan yang lain. Contohnya
dalam perjalanan Marakarma dan adiknya telah berjumpa dengan dewa-dewa, jin ,dan
ular yang telah memberikan kuasa sakti kepada Marakarma sebagai perlindungan diri di
samping mengangkat Marakarma sebaagai saudara mereka. Jelaslah kasih sayang dapat
disemai tanpa mengira darjat atau kedudukkan seseorang. Telah menjadi lumrah dalam
kehidupan ini setiap makhluk yang diciptakan telah dilahirkan mempunyai pelbagai
perasaan dalam diri seperti perasaan sayang, suka,marah, benci, dan sebaginya. Walhal
haiwan sekalipun diciptakan dengan mempunyai kasih sayang iaitu kasih sayang terhadap
anaknya dengan cara melindungi anaknya agar tidak menjadi mangsa haiwan lain.
4
Manusia yang mempunyai akal dan fikiran seharusnya lebih mempunyai rasa kasih
sayang antara satu sama lain.
Selain daripada hubungan kasih sayang antara adik –beradik yang ingin
diketengahkan penulis terdapat juga persoalan mengenai kasih sayang ibu bapa yang
sanggup mementingkan kemewahan hidup daripada darah daging sendiri. Pada zaman
sebelum kedatangan islam kita mengetahui tentang kejahilan masyarakat pada zaman itu
yang sanggup membunuh bayi-bayi perempuan yang baru dilahirkan kerana
mempercayai kaum perempuan pada masa itu mendatangkan kecelakaan dan membawa
musibah dalam keluarga. Mereka tidak mementingkan nilai kasih sayang kerana
membunuh darah daging sendiri dan lebih mempercayai kepercayaan mereka pada masa
itu .Begitu juga dalam hikayat Si Miskin digambarkan bahawa kemewahan dan
kesenangan lebih bermakna daripada anak mereka sendiri. Mereka lebih mmempercayai
tilikan ahli nujum dan menggangap ahli nujum sebagai Tuhan mereka. Jelaslah pada
masa ini mereka tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh. Dari sudut pandangan
Islam sendiri telah menekankan pentingnya semangat kekeluargaan berbanding
mengutamakan kekayaan duniawi yang bersifat semetara. Si Miskin dan isterinya
sanggup memutuskan kasih sayang antara ibu bapa dan anak supaya mereka hidup dalam
kemewahan. Jelaslah menunjukkan pada masa itu nilai kasih sayang dalam diri mereka
terlalu rendah. Akibat daripada ketamakkan itu juga mereka menerima balasan yang
setimpal iaitu Negerinya telah terbakar. Kasih sayang juga menjadikan seseorang
individu lebih berdikari. Hal ini demikian kerana Marakarma mempunyai semangat yang
kuat untuk terus hidup walaupun telah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia juga
berusaha untuk berjumpa semula dengan keluarga yang telah terpisah lama. Semua
5
usaha yang dilakukannya kerana mempunyai rasa kasih dan sayang kepada keluarganya
tanpa menyimpan perasaan dendam. Jika dilihat dalam perspektif masyarakat Melayu
pada masa ini, menyimpan perasaan dendam sudah sebati dalam diri mereka. Amalan
seperti itu adalah dilarang dalam agama kita sendiri.
Intiharnya, pada zaman serba moden ini, karya hikayat semakin dilupakan dan pudar
dalam ingatan pembaca terutama sekali bagi golongan remaja. Menurut pandangan
mereka sastera hikayat begitu membosankan. Hal ini demikian kerana, lahirnya banyak
bahan bacaan berbentuk picisan seperti novel, majalah, komik, dan sebagainya yang
ternyata dapat menarik perhatian pembaca. Seharusnya masyarakat perlu menjadikan
karya-karya hikayat seperti Hikayat Si Miskin ini sebagai satu bahan bacaan kerana
terdapat banyak unsur-unsur didaktik dan pengajaran dalam sesebuah karya. Contohnya
dalam hikayat Si Miskin jelas menunjukkan sikap kasih sayang yang tinggi dalam diri
Marakarma yang sanggup menjaga dan melindungi adiknya. Perasaan kasih sayang
sememangnya telah wujud dalam diri individu cuma bergantung kepada individu itu
sendiri untuk mempraktikkannya. Setiap individu harus menyemai sikap kasih sayang
antara satu sama lain tanpa membezakan status diri seseorang.
6
PETIKAN DALAM HIKAYAT SI MISKIN
Alkisah, maka tersebutlah kisah Marakarma berjalan dua bersaudara itu. Maka Tuan Puteri Nila Kesuma itu pun menangis hendak minum susu. Maka Marakarma pun
menangis seraya berkata, “Diamlah adinda, jangan menangis kerna kita orang celaka. Dimanakah kita boleh mendapat susu lagi? kita sudah dibuangkan orang.” Maka
diberinyalah kepada adiknya ketupat itu sebelah. Maka dimakannyalah. Maka ia pun diamlah. Maka sampai tujuh hari tujuh malam ia berjalan itu. Maka ketupat yang tujuh biji itu habislah dimakan oleh Tuan Puteri Nila Kesuma itu, kerana diberikannya kpada adiknya sebelah dan petang sebelah. Setelah habis ketupat itu, Maka Tuan Puteri Nila Kesuma itu menangis lagi hendak makan. Maka diambil oleh Marakarmasegala taruk
kayu dan umbut-umbut dan buah-buahan kayu yang didalam hutan itu yang patut dimakannya. Maka diberikannya kepada saudaranya itu dan barang dimana ia bertemu dengan air maka dimandikannyalah akan saudaranya. Syahadan beberapa lamanya ia
berjalan itu, maka beberapa bertemu dengan gunung yang tinggi-tinggi dan padang yang luas-luas dan tasik yang berombak seperti laut tempat segala dewa-dewi dan peri,
mambang, indera, cendera, jin. Maka raja-raja jin disanalah tempat bermain lancang berlumba-lumba,disanalah banyak ia beroleh kesaktian yang diberi oleh anak raja-raja itu.Adapun Marakarma itu apabila ia bertemu dengan segala raja-raja itu, maka Tuan Puteri Nila Kesuma itu pun disembunyikanlah, dan jikalau ia bertemu dengan segala binatang-binatang yang buas-buas, maka didukungnyalah akan saudaranya itu tiada
diberinya lepas dari tubuhnya.
7
BIBLIOGRAFI
Abu bakar Hamid. 1985. Hikayat Si Miskin. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.Bhd
Mutiara sastera melayu tradisional.2006.penyelanggaraan Majlis Peperiksaan Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Liaw Yock Fang.1991.Sejarah Kesusasteraan Melayu klasik1:Jakarta Penerbit Erlangga
Awang Sariyan. 2008. Falsafah dan Logika Melayu. Selangor: Synergate Sdn.Bhd
Zainal Abidin Ahmad(Za’ba).1962.Ilmu Pengarang Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
8