6 Kerangka Konsep Pss

download 6 Kerangka Konsep Pss

of 6

description

nota ringkas

Transcript of 6 Kerangka Konsep Pss

.6 KERANGKA KONSEP / TEORI3.6.1 Definisii. Pusat Sumber Sekolah (PSS)PSS dalam kajian ini didefinisikan sebagai sebuah tempat yang mengandungi koleksi pelbagai media cetak dan elektronik di sekolah yang disusun atur serta menyediakan pelbagai jenis pe

.6 KERANGKA KONSEP / TEORI3.6.1 Definisii. Pusat Sumber Sekolah (PSS)PSS dalam kajian ini didefinisikan sebagai sebuah tempat yang mengandungi koleksi pelbagai media cetak dan elektronik di sekolah yang disusun atur serta menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan bagi tujuan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ii. Guru-guruSemua guru lelaki dan perempuan yang mendapat latihan ikhtisas perguruan di sekolah rendah luar bandar daerah Gombak, Selangor.

iii. Guru PSSGuru PSS ialah guru biasa yang mengajar mata pelajaran tertentu dan turut terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Beliau dilantik untuk mengendalikan dan mengurus PSS.

iv. Penggunaan PSSIalah penggunaan oleh guru terhadap sesuatu jenis alat-alat, bahan-bahan, bahan-bahan, perkhidmatan atau ruang di PSS.

3.6.1 Teknik Analisis Datai. Statistik deskriptif bagi menunjukkan butiran mengenai min, mod, median dan varians.ii. Pekali kolerasi koefisien untuk menguji perhubungan yang signifikan antara faktor yang mempengaruhi kadar penggunaan PSS.iii. Ujian-T untuk menguji perbezaan yang signifikan antara faktor yang mempengaruhi kadar penggunaan PSS.

3.7 RASIONAL / KEPENTINGAN KAJIAN

1. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada penggunaan PSS di kalangan guru-guru yang mengajar sekolah rendah luar bandar daerah Gombak, Selangor.2. Penggunaan media pendidikan di PSS hanya ditinjau dari aspek-aspek kuantiti dan bukannya dari aspek kualiti penggunaan.3. Bilangan item di dalam inventori dalam PSS terhad kepada yang difikirkan asas untuk dimiliki oleh kebanyakan sekolah rendah luar bandar.4. Hanya sekolah-sekolah luar bandar di daerah Gombak sahaja yang terlibat dalam kajian ini.5. Kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada pengaruh penggunaan PSS di daerah dan negeri lain.

Hakikat bahawa dunia sedang mengalami perubahan dalam aspek pembelajaran dan fenomena limpahan maklumat. Kita tidak mahu ketinggalan dalam arus yang mencabar ini.Hasrat ini memberi pengertian bahawa satu pendekatan pendidikan cara baru perlu dilakukan. Dalam lain perkataan, pendekatan yang terlalu terikat dengan guru, buku teks, sukatan pelajaran, jadual yang ketet dan bilik darjah tidak lagi berupaya merealisasikan impian tersebut. Sebaliknya, daya pengajaran yang pelbagai dan inovatif serta penglibatan media pendidikan perlu dilibatkan agar hasrat murni tadi tercapai.Justeru, angin perubahan yang melanda dunia pendidikan masa kini, maka peranan pusat sumber sekolah (PSS) juga perlu berubah daripada hanya sebuah pusat penyimpanan maklumat kepada bahagian integral dalam program perkembangan kurikulum. Ini bererti PSS bertanggungjawab menjayakan matlamat pendidikan berasaskan sumber. Pembelajaran ini bermaksud wujudnya interaksi secara langsung antara guru, pelajar, dan sumber. Oleh itu penggunaan PSS perlu dioptimumkan oleh guru-guru demi kepentingan institusi sekolah.Konsep PSS di Malaysia merupakan satu keadaan yang hanya dikenali pada akhir tahun 1980-an, walaupun pihak Kementerian Pendidikan telah mengilhamkan konsep ini pada akhir tahun 1970-an. Ia merupakan satu konsep yang mengintegrasikan perpustakaan dan pusat media yang merangkumi kelengkapan untuk pengeluaran bagi menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh para guru dan pelajar. Walau bagaimapun PSS kurang mendapat sambutan dari segi penggunaannya disebabkan faktor-faktor tetentu.

3.1 LATARBELAKANG MASALAHHampir semua sekolah mempunyai pusat sumber dan pihak sekolah melalui Kementerian Pendidikan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam usaha menubuh dan memperlengkapkan pusat sumber sekolah dengan pelbagai koleksi media pendidikan. Namun begitu, bilangan guru yang menggunakan pusat sumber masih sedikit. Malah ada bahan-bahan sumber atau media pendidikan yang disediakan tidak pernah digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah ada bahan-bahan sumber pengajaran pembelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan terbiar atau tidak digunakan sepenuhnya ( Nordin, 1986 ). Selain itu, terdapat para guru yang tidak menggunakan media pendidikan dalam aktiviti pengajaran mereka walaupun kebanyakan sekolah menyediakannya ( Ng Wai Kong, 1979 ).Kajian ini cuba melihat kebarangkalian penggunaan PSS ada hubung kaitnya dengan faktor-faktor jantina, pengalaman mengajar dan kursus media yang pernah dihadiri guru-guru sekolah rendah luar bandar.

3.2 PERNYATAAN MASALAHDaripada tinjauan bahan-bahan kajian yang berkaitan, didapati kajian yang berkaitan dengan kadar penggunaan PSS di sekolah rendah amat berkurangan dan boleh boleh dikatakan kajian khusus mengenai kekerapan penggunaannya tidak dijalankan walhal kepentingan PSS tidak dapat disangkal bagi membantu keberkesanan pengajaran berkesan dan menarik. Kajian yang lalu banyak melibatkan PSS di sekolah menengah.Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat perkaitan guru-guru sekolah rendah di daerah Gombak tentang kekerapan penggunaan PSS serta permasalahan yang mungkin dihadapi dari segi jantina, pengalaman mengajar, kehadiran kursus media dan kelulusan akademik.Selain itu kajian ini akan menghasilkan maklumat penting:

1. Mengetahui sejauh mana guru-guru sekolah rendah menggunakan PSS khususnya di daerah Gombak amnya di seluruh Selangor.2. Keputusan kajian juga boleh digunakan sebagai maklumbalas kepada sekolah rendah untuk mencari kelemahan dari segi kadar penggunaan PSS.3. Jabatan Pendidikan Negeri di bawah unit Teknologi Pendidikan boleh menggunakan dapatan kajian untuk dijadikan benchmark dalam usaha penambahbaikan.4. Memberi kesedaran guru-guru sekolah rendah untuk menggunakan PSS sebagai tempat rujukan dan peningkatan pengajaran dan pembelajaran mereka.

Melihat kepada perkembangan yang melanda sistem pendidikan kita, maka bentuk pendidikan untuk generasi akan datang perlu lebih global dan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi. Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidik perlu sensitif terhadap perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan. Guru-guru haruslah prihatin terhadap perkembangan pendidikan semasa khasnya dari aspek modivikasi kurikulum, kaedah pengajaran, penyesuaian pendidikan pembelajaran dan reformasi program penilaian.Pengalaman mengajar merupakan suatu kriteria yang dikaji oleh Guedry ( 1972 ) dalam Hishamuddin bin Hashim (1998) dalam kajiannya terhadap faktor-faktor yang berkaitan dengan penggunaan media pendidikan oleh guru-guru di beberapa jajahan Lousiana. Sampel yang digunakan terdiri daripada 962 orang guru di sekolah-sekolah menengah swasta, sekolah-sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah atas. Penemuan Guedry mendapati guru-guru yang mempunyai pengalaman yang lebih, akan lebih kerap menggunakan media dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini disokong oleh hasil kajian oleh Ogman (1977 ) dalam Hishamuddin bin Hashim (1998) yang melakukan kajian mengenai halangan kepada penggunaan perkhidmatan pusat media di lapan buah sekolah menengah di San Diego.Kajian Strout (1977) dalam Hishamuddin bin Hashim (1998) merumuskanbahawa guru lelaki lebihkerap ke PSS tetapi guru perempuan menggunakan lebih banyak perkhidmatan pusat sumber. Hasil kajian Ramano (1977) dalam Hishamuddin bin Hashim (1998) mendapati guru-guru yang telah mendapat latihan formal dalam teknologi pendidikan lebih kerap menggunakan media pendidikan berbanding rakan mereka. Beliau juga mendapati bahawa guru-guru yang mempunyai akademik yang tinggi lebih kerap menggunakan media penggajaan berbanding yanng mempunyai kelayakan rendah. Guedry (1972) juga menyatakan guru-guru yang mempunyai lebih penngalaman akan lebih kerap menggunakan media dalam p&p.

http://personajohor.blogspot.my/2010/04/kajian-pusat-sumber.htmlBuckland, M.K. (1983). Library Sevices in Theory and Context. Pergamon Press Incoporation.

Hishamuddin bin Hashim, (1998). Kadar Penggunaan Pusat Sumber Sekolah Di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Universiti Utara Malaysia.

Ng Wai Kong. (1990). Evaluation Report On The Education Media Services (An Evaluation Project Conducted By Center For Educational Tecnology & With The Cooperation Of The Ministry Of Education Malaysia.

Totterdell, B. Dan Bird, J. (1976). The Effective Library. Report of the Hellingdon Project On Public Library Effectiveness : Library Association.

Van House, N.A. dan Childers, T. (1990). Dimensions of Public Library Effectiveness II. Library Performance, LSIR 12.

Yahaya Baba. (1981). Teaching ESL To Meet The Needs Of Malaysians : M.A. Thesis, University of Ohio.