6. SebabBuruk

3
7.0 SEBAB KECENDERUNGAN TABIAT BURUK PENGAMBILAN NUTRISI APABILA USIA MENINGKAT Seringkali simptom-simptom ini mudah dikaitkan dengan sikap malas atau kegagalan menyusun rutin harian secara rasional. Hakikatnya, ramai yang tidak menyedari bahawa ia berlaku kerana masalah ketidakseimbangan hormon. Hormon memberikan pengaruh yang besar pada tubuh badan, cerminan penampilan dan emosi. Badan manusia bergantung pada hormon untuk tidur, bangun pagi setiap hari, berfikir dengan jelas, membantu pertumbuhan, mengekalkan kesihatan, berat badan dan paras rupa. Ia juga mempengaruhi mood, kemampuan seksualiti, keinginan seksualiti, kesuburan, kulit, rambut, penglihatan dan suhu badan. Pendek kata, ia memainkan peranan penting dalam perkembangan tubuh badan dan minda. Ketidakseimbangan hormon terjadi kerana beberapa faktor penyebab iaitu peningkatan usia, pemakanan tidak sihat, kurang senaman, pencemaran alam sekitar, kebisingan dan juga radiasi. Akibatnya, berlaku gangguan yang menyebabkan komunikasi antara sel melalui hormon menjadi kurang efektif lalu menyumbang kepada mutasi sel. Keadaan itu sekali gus menyebabkan kemerosotan tahap imunisasi. Dalam badan kita mempunyai pelbagai hormon iaitu hormon estrogen, hormon pertumbuhan manusia, melatonin, pregnenolon, progesteron, testosteron, kortisol, dehidroepiandrosteron (DHEA) dan tiroid. Setiap daripadanya mempunyai fungsi unik. Misalnya, hormon estrogen dan progesteron

description

.

Transcript of 6. SebabBuruk

Page 1: 6. SebabBuruk

7.0 SEBAB KECENDERUNGAN TABIAT BURUK PENGAMBILAN NUTRISI

APABILA USIA MENINGKAT

Seringkali simptom-simptom ini mudah dikaitkan dengan sikap malas atau kegagalan

menyusun rutin harian secara rasional. Hakikatnya, ramai yang tidak menyedari bahawa ia

berlaku kerana masalah ketidakseimbangan hormon. Hormon memberikan pengaruh yang besar

pada tubuh badan, cerminan penampilan dan emosi. Badan manusia bergantung pada hormon

untuk tidur, bangun pagi setiap hari, berfikir dengan jelas, membantu pertumbuhan,

mengekalkan kesihatan, berat badan dan paras rupa. Ia juga mempengaruhi mood, kemampuan

seksualiti, keinginan seksualiti, kesuburan, kulit, rambut, penglihatan dan suhu badan. Pendek

kata, ia memainkan peranan penting dalam perkembangan tubuh badan dan minda.

Ketidakseimbangan hormon terjadi kerana beberapa faktor penyebab iaitu peningkatan

usia, pemakanan tidak sihat, kurang senaman, pencemaran alam sekitar, kebisingan dan juga

radiasi. Akibatnya, berlaku gangguan yang menyebabkan komunikasi antara sel melalui hormon

menjadi kurang efektif lalu menyumbang kepada mutasi sel. Keadaan itu sekali gus

menyebabkan kemerosotan tahap imunisasi. Dalam badan kita mempunyai pelbagai hormon iaitu

hormon estrogen, hormon pertumbuhan manusia, melatonin, pregnenolon, progesteron,

testosteron, kortisol, dehidroepiandrosteron (DHEA) dan tiroid. Setiap daripadanya mempunyai

fungsi unik. Misalnya, hormon estrogen dan progesteron adalah untuk sistem reproduktif wanita

manakala testosteron pula untuk lelaki. Pregnenolon untuk ingatan, kortisol untuk imuniti dan

stres.

Banyak perkara yang boleh menyumbang kepada masalah ketidakseimbangan hormon

iaitu tekanan daripada persekitaran, toksik, makanan, dadah, alkohol, bahan kimia dan makanan

segera. Makanan segera boleh menyebabkan obesiti kerana ia mengandungi banyak gula yang

akan menyerang insulin sekali gus mempengaruhi paras kortisol, estrogen dan progesteron. Ia

berakhir dengan sindrom metabolik seperti kencing manis, kolesterol tinggi, obesiti dan darah

tinggi. Hormon-hormon di dalam badan memerlukan mineral yang seimbang, vitamin dan

antioksidan untuk berfungsi.

Page 2: 6. SebabBuruk

Senaman juga merupakan salah satu cara untuk menggalakkan pengeluaran hormon.

Malangnya, kebanyakan orang pada hari ini tidak mempunyai masa untuk bersenam tetapi ada

masa pula untuk berjumpa doktor dan ambil ubat-ubatan. Mereka yang terlalu sibuk dan tiada

masa untuk menjaga kesihatan serta tiada masa untuk beriadah mempunyai kecenderungan untuk

berdepan dengan masalah ketidakseimbangan hormon. Selain itu, orang yang tidak cukup tidur,

orang gemuk, orang yang makan makanan segera, juga berisiko. Antara lelaki dan wanita, wanita

lebih berisiko mengalami masalah ketidakseimbangan hormon kerana sistem tubuh wanita

adalah lebih kompleks. Wanita yang tidak beranak turut dalam senarai golongan berisiko kerana

setiap kali mengandung, hormon akan meningkat 200 peratus iaitu 10 hingga 20 kali ganda

tinggi daripada biasa. Jadi, wanita-wanita yang tidak beranak berisiko berhadapan dengan

masalah ketidakseimbangan hormon.

Masalah ketidakseimbangan hormon boleh diperbaiki atau dirawat dengan

menyeimbangkannya melalui rawatan penggantian hormon semula jadi (bioidentical hormone

replacement therapy) dan bukannya hormon sintetik. Fungsi hormon sintetik adalah sama seperti

hormon semula jadi tetapi ia mempunyai struktur molekul yang berbeza. Tubuh manusia

lazimnya menerimanya sebagai benda asing namun reaksi dan tindak balasnya boleh

menyebabkan kanser.

(447 patah perkataan)