6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem...

13
1 TAJUK 1 SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA 1.1. Sinopsis Perbincangan berkenaan Sejarah perkembangan persekolahan di Malaysia termasuk Laporan-laporan penting seperti Laporan Cheeseman, Feng-Wu, Razak, Rahman Talib, Kabinet, 1.2. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: i. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan Sejarah Persekolahan di Malaysia (1.1). ii. Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan (3.4) iii. Menginterpretasikan Sejarah Perkembangan Persekolahan kepada penentuan hala tuju persekolahan masa kini (1.3) 1.3. Kerangka konsep tajuk ini 1.4. Sejarah perkembangan persekolahan di Malaysia 1.4.1. Sebelum Merdeka Sebelum kedatangan Inggeris, terdapat tiga sistem pendidikan di Malaysia : Sistem Pendidikan Melayu, Sistem Pendidikan Cina dan Sistem Pendidikan India. Ketiga-tiga sistem pendidikan ini berbeza dari segi sukatan pelajaran, isi pelajaran dan cara pengajaran. Sejarah perkembangan persekolahan di Malaysia Sebelum Merdeka Implikasi sejarah perkembangan persekolahan Selepas Merdeka

Transcript of 6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem...

Page 1: 6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama Islam dan menghafaz

1

TAJUK 1

SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA

1.1. Sinopsis Perbincangan berkenaan Sejarah perkembangan persekolahan di Malaysia

termasuk Laporan-laporan penting seperti Laporan Cheeseman, Feng-Wu, Razak,

Rahman Talib, Kabinet,

1.2. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

i. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan Sejarah Persekolahan

di Malaysia (1.1).

ii. Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan (3.4)

iii. Menginterpretasikan Sejarah Perkembangan Persekolahan kepada

penentuan hala tuju persekolahan masa kini (1.3)

1.3. Kerangka konsep tajuk ini 1.4. Sejarah perkembangan persekolahan di Malaysia

1.4.1. Sebelum Merdeka

Sebelum kedatangan Inggeris, terdapat tiga sistem pendidikan di Malaysia :

Sistem Pendidikan Melayu, Sistem Pendidikan Cina dan Sistem Pendidikan

India. Ketiga-tiga sistem pendidikan ini berbeza dari segi sukatan pelajaran,

isi pelajaran dan cara pengajaran.

Sejarah perkembangan persekolahan di

Malaysia

Sebelum Merdeka

Implikasi sejarah perkembangan

persekolahan

Selepas Merdeka

Page 2: 6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama Islam dan menghafaz

2

Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan

agama Islam dan menghafaz surah-surah Al-Quran. Murid-murid di bawah

tunjuk ajar guru-guru agama (ustaz) di pondok-pondok, surau-surau,

madrasah-madrasah atau masjid-masjid. Selain mempelajari pelajaran

agama, murid-murid lelaki juga diajar pertukangan tangan seperti membina

peralatan untuk berkebun, memancing dan mencari hasil hutan. Murid-murid

perempuan pula diajar hal-hal berkaitan memasak dan menjahit. Mulai

pertengahan abad ke -19, sekolah-sekolah vernakular Melayu ditubuhkan.

Pada awalnya, sekolah-sekolah vernakular melayu ini ditentang oleh

masyarakat Melayu dan guru-guru agama kerana mereka bimbang pihak

Inggeris cuba mengkristiankan anak-anak mereka atau cuba menjadikan

anak-anak mereka sekular.

Walaubagaimanapun, sekolah-sekolah ini mendapat sambutan yang

menggalakkan apabila diperkenalkan pembelajaran akademik pada waktu

pagi dan pelajaran Al-Quran pada sebelah petang. Hasilnya, terdapat

peningkatan dari segi bilangan pelajar. Namun, terdapat pula masalah

kekurangan guru-guru terlatih untuk mengajar di sekolah Melayu. Pihak

Inggeris juga telah menubuhkan kelas khas Melayu di sekolah-sekolah

rendah dan menengah Inggeris bagi keperluan anak-anak dan keluarga elit

Melayu seperti anak-anak raja dan bangsawan Melayu. Ini bertujuan untuk

memberi pelajaran kepada anak-anak tersebut supaya mereka dapat menjadi

pegawai-pegawai rendah dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Melayu. Selain

itu, pihak Inggeris juga mendirikan beberapa pusat latihan guru seperti

Maktab Perguruan Sultan Idris, untuk mengatasi masalah kekurangan guru

terlatih.

Pendidikan kaum Cina di Malaya bermula seawal 1829. Sekolah-sekolah ini

didirikan dan diurus oleh peniaga-peniaga Cina bertujuan menyediakan

pekerja untuk perniagaan mereka. Kurikulum sekolah Cina sebahagian

besarnya berkaitan ajaran Kung Fu Tze yang mengutamakan etika, nilai

murni dan menghormati orang yang lebih tua. Guru-guru kebanyakannya dari

negara Cina. Oleh kerana sekolah-sekolah ini ditubuhkan oleh peniaga-

peniaga, maka bilangannya bertambah dengan cepat. Pihak Inggeris telah

melihat ini sebagai suatu ancaman kepada pemerintahan mereka.

Page 3: 6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama Islam dan menghafaz

3

Sekolah-sekolah Tamil pula mula dibuka di kawasan ladang-ladang getah

dimana mubaligh-mubaligh kristian mendirikan sekolah-sekolah Tamil di

Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Kerajaan Inggeris telah menyokong

penubuhan sekolah-sekolah tersebut dengan memberi bantuan kewangan.

Sekolah-sekolah ini berorientasikan negara India dan menggunakan bahasa

Tamil sebagai bahasa pengantar. Secara relatif, sekolah Tamil tidak memiliki

nilai sosial dan ekonomi yang tinggi. Matlamat utama sekolah Tamil adalah

untuk menyediakan murid-murid sebagai buruh murah di estet. Guru-guru

tidak terlatih dan merupakan guru sambilan yang terdiri daripada kerani yang

mengajar untuk beberapa jam pada sebelah petang. Kehadiran murid

bermasalah kerana mereka perlu bantu ibu bapa mereka di rumah dan

ladang.

Berbanding aliran lain, sekolah Inggeris mendapat layanan istimewa daripada

pemerintah Inggeris. Sekolah-sekolah Inggeris mula diperkenal di Malaya

pada tahun 1816 dengan terdirinya Penang Free School. Singapore Free

School dan Malacca Free School. Walaupun sekolah-sekolah tersebut dibuka

kepada semua tetapi kebanyakan pelajarnya terdiri daripada kaum Cina. Ini

kerana sekolah-sekolah tersebut terletak di kawasan bandar yang mana

penduduknya terdiri daripada kaum Cina. Pendidikan di peringkat menengah

hanya diadakan di sekolah Inggeris kerajaan, sekolah-sekolah mubaligh dan

di sekolah Cina.

Pengajian tinggi bermula dengan penubuhan King Edward VII College of

Medicine dan Raffles College di Singapura. Kedua-dua institusi tersebut

kemudiannya disatukan sebagai University of Malaya di Singapura.

Sekolah Melayu yang didirikan dalam tahun 1891

Page 4: 6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama Islam dan menghafaz

4

Semasa kependudukan Jepun antara 1942 – 1946, semua jenis sekolah

telah dipaksa tutup kecuali beberapa buah sekolah yang mengajar bahasa

Jepun. Apabila Malayan Union dibentuk pada 1946, Laporan Cheeseman

telah diterima bagi membentuk polisi pendidikan yang baru.

Walaubagaimanapun, polisi tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana kerja-

kerja pembangunan yang perlu selepas kependudukan Jepun. Setelah

pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1048, Laporan Holgate telah

mencadangkan saranan-saranan yang terkandung dalam Laporan

Cheeseman diterima dan dilaksanakan. Di sini cadangan untuk menjadikan

bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah telah ditolak.

Sebelum kemerdekaan dicapai pada 1957, tidak terdapat sebarang

kesamaan dalam aspek peruntukan pendidikan formal di Malaya. Pada

1951, Laporan Barnes telah diterbitkan. Laporan tersebut menyarankan dua

jenis sekolah sahaja yang perlu diteruskan iaitu sekolah Melayu dan sekolah

Inggeris. Laporan tersebut mendapat bangkangan yang keras daripada

komuniti Cina . Ekoran itu, Laporan Fenn-Wu telah mencadangkan bahasa

Cina digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Cina. Namun,

murid-murid perlu mempelajari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris Hasil

percanggahan pendapat dalam cadangan kedua-dua laporan diatas, suatu

jawatankuasa khas dibentuk untuk mencari penyelesaian. Saranan-saranan

yang dibuat oleh jawatankuasa ini telah diterima dan dilaksanakan dibawah

Ordinan Pelajaran pada 1952. Ciri-ciri yang terkandung dalam Ordinan

tersebut adalah:

• Menyokong pembentukan satu sistem persekolahan kebangsaan

dimana penggunaan bahasa Inggeris diperkenalkan secara beransur-

ansur di sekolah-sekolah Melayu, manakala di sekolah-sekolah aliran

Cina dan Tamil, diperkenalkan penggunaan bahasa Melayu dan

Inggeris.

• Mengekalkan sekolah jenis kebangsaan aliran bahasa Inggeris

• Membangunkan sekolah-sekolah menengah aliran vokasional.

Malangnya, saranan-saranan di atas tidak dapat dijalankan kerana masalah

kewangan. Pada 1956, Laporan Razak telah mengumumkan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan dan pada masa yang sama bahasa Cina, Tamil

dan Inggeris diterima sebagai bahasa pengantar di sekolah sekolah aliran

Cina, Tamil dan Inggeris. Saranan-saranan dalam Laporan Razak adalah:

Page 5: 6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama Islam dan menghafaz

5

Pengajaran berorientasikan Malaya dengan memperkenalkan

kandungan sukatan dan jadual waktu persekolahan yang sama di semua

sekolah

Bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) menjadi bahasa pengantar utama

di semua jenis sekolah

Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib

bagi semua sekolah rendah dan menengah

Mengubah sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan (aliran bahasa

Melayu) dan sekolah jenis kebangsaan (aliran bahasa Inggeris, Cina dan

Tamil)

Membentuk hanya satu jenis sekolah menengah kebangsaan dan dibuka

kepada semua kaum dengan menggunakan kandungan sukatan yang

sama berserta kurikulum yang fleksibel.

Dapatkan bahan-bahan rujukan tentang Laporan-laporan mengenai

Pendidikan dan hasilkan nota ringkas berkenaan rujukan tersebut.

Beberapa program latihan guru telah dirangka. Selain Sultan Idris Training

College yang dibina bagi melatih guru-guru Melayu, terdapat juga Kota

Bahru Training College yang didirikan pada 1954. Kerajaan juga telah

menghantar guru-guru pelatih ke Malayan Teachers’ College di Kirby dan

Brinsford Lodge di England.

1.4.2. Selepas Merdeka

Pada 1957, semua sekolah rendah di negara ini telah diubah menjadi sekolah

kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Sekolah rendah Melayu telah

ditukar nama kepada sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar. Dewan Bahasa dan Pustaka telah

didirikan pada 1956 untuk menerbitkan buku-buku teks sekolah dan buku-

buku rujukan dalam bahasa kebangsaan. institut Bahasa telah didirikan pada

1958 untuk melatih guru pakar bahasa Melayu.

Pada masa yang sama, sekolah menengah Inggeris dan Cina telah diubah

menjadi sekolah menengah jenis kebangsaan. Bahasa pengantar bagi

sekolah-sekolah tersebut adalah bahasa Inggeris. Bahasa ibunda diajar

sebagai satu mata pelajaran. Bahasa kebangsaan adalah mata pelajaran

Page 6: 6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama Islam dan menghafaz

6

wajib di sekolah-sekolah berkenaan. Hasilnya, sekolah-sekolah tersebut

mendapat status sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.

Era selepas kemerdekaan telah menyaksikan dua peringkat perkembangan

sekolah kebangsaan. Peringkat pertama ialah dengan terlaksananya Laporan

Razak.. Peringkat kedua pula ialah dengan terbentuknya Laporan Rahman

Talib yang merupakan semakan Laporan Razak. Rujuk Jadual 1.

Laporan Razak (1956) Laporan Rahman Talib (1960)

Sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah

Umur persekolahan sehingga usia 16 tahun Kenaikan darjah secara automatik hingga tingkatan 3

Penubuhan pusat latihan guru Penubuhan sekolah menengah lanjutan bagi murid-murid yang gagal Peperiksaan masuk sekolah menengah/mendapat tempat di sekolah menengah akademik

Menerbitkan buku teks yang seragam bagi semua sekolah kebangsaan

Peperiksaan awam hanya menggunakan bahasa rasmi (Melayu dan Inggeris) sahaja

Bahasa kebangsaan dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah

Bantuan kewangan diberi kepada sekolah-sekolah aliran Melayu dan Inggeris sahaja

Semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan perlu menyediakan tempat untuk belajar kepada semua

Pendidikan secara percuma bagi sekolah kebangsaan (menenga/rendah) Sekolah menengah teknik dan vokasional didirikan bagi melatih murid-murid dalam bidang teknik

Jadual 1: Laporan Razak dan Rahman Talib

Sistem pendidikan menengah rendah yang menyeluruh dikenali sebagai

sistem aneka jurusan telah diperkenalkan pada 1965. Pendidikan teknik dan

vokasional pula telah mengalami perkembangan yang pesat dengan

penubuhan Bahagia Teknik dan Vokasional pada 1964. Pada 1970, berlaku

proses secara berperingkat untuk mengubah semua sekolah jenis

kebangsaan aliran Inggeris menjadi sekolah kebangsaan. Sebagai

permulaan, lima mata pelajaran di darjah satu hingga tiga diajar dengan

menggunakan bahasa Melayu. Rujuk Jadual 2.

1963 – 1965

• Sekolah Lanjutan untuk murid yang gagal peperiksaan persekolahan biasa didirikan.

• Penekanan diberi terhadap penggunaan Bahasa Kebangsaan pada semua tahap persekolahan.

• Sistem Pendidikan Aneka Jurusan diperkenalkan pada tahun 1965.

Page 7: 6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama Islam dan menghafaz

7

• Kenaikan secara automatik dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

1966 – 1970 • Usaha memupuk integrasi kaum. • Memperbaiki ketidakseimbangan pendidikan antara kawasan luar

bandar dan bandar. • Meningkatkan lagi kemudahan latihan pendidikan. • Menghasilkan guru-guru terlatih yang mencukupi. • Sekolah menengah teknik dan vokasional didirikan untuk

menyediakan peluang kepada murid-murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang vokasional.

1971 – 1975 • Menyemai perpaduan nasional selepas tragedi 13 Mei • Reformasi Pendidikan diperkenalkan bagi tujuan menyemai

perpaduan antara kaum. • Keperluan terhadap pekerja mahir di bawah Dasar Ekonomi Baru

(DEB) • Membanteras kemiskinan • Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di kalangan pelbagai

kaum • Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan bagi kaum

bumiputera.

o Menghormati dan mengamalkan Rukun Negara: o Kepercayaan kepada Tuhan o Kesetiaan kepada Raja dan Negara o Keluhuran Perlembagaan o Kedaulatan Undang-undang o Kesopanan dan Kesusilaan

• Reformasi latihan Perguruan di Malaysia

Jadual 2: Sistem Pendidikan Malaysia Selepas Merdeka

Bermula dari 1970, bahasa pengantar di sekolah-sekolah telah diubah secara

berperingkat-peringkat. Sehingga 1983 bahasa Melayu telah menjadi bahasa

pengantar pada semua peringkat pengajian. Sekarang, bahasa Melayu telah

menjadi bahasa pengantar bagi semua sekolah kebangsaan dan menjadi

mata pelajaran wajib di sekolah aliran Cina dan Tamil. Bahasa Inggeris diajar

sebagai bahasa kedua. Pada 1980, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

dikendalikan dalam bahasa Melayu sahaja. Mulai tahun 1970, bahasa

Inggeris semakin kurang digunakan sebagai bahasa pengantar dalam

program latihan guru sekolah rendah.

Pentadbiran sistem Pendidikan telah dikembangkan dan dikemas kini bagi

membolehkan kerajaan melaksanakan strategi serampang dua mata Dasar

Ekonomi Baru di mana bidang pendidikan menjadi wahananya. Pusat

Page 8: 6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama Islam dan menghafaz

8

Perkembangan Kurikulum telah didirikan pada 1973 berperanan untuk

menilai, mengkaji dan membentuk kurikulum sekolah agar selari dengan

matlamat negara.

Pada tahun 1975, Jawatankuasa Kabinet telah dibentuk bagi mengkaji sistem

pendidikan negara agar ia selari dengan objektif negara iaitu untuk

membentuk masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan berketrampilan.

Cadangan-cadangan utama Jawatankuasa tersebut:

Penekanan terhadap penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca,

menulis dan mengira

Penekanan terhadap pendidikan kerohanian dan unsur-unsur disiplin

lain yang diperlukan

Penekanan terhadap kurikulum mengikut acuan Malaysia

Menyediakan dua peringkat pendidikan menengah iaitu bersifat

akademik, dan vokasional

Peluang belajar ditingkatkan daripada 9 tahun ke 11 tahun

Pengurusan pendidikan yang dirangka khusus bagi memajukan tahap

kualiti keseluruhan pendidikan

Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), Kementerian Pelajaran

Malaysia telah menetapkan pelaksanaan program Kurikulum Baru Sekolah

Rendah (KBSR) pada 1983 dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)

pada 1989.

Pada tahun-tahun 1990-an, Pendidikan Prasekolah telah dilaksanakan.

Kebanyakan kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun memasuki tadika

sebelum mereka memasuki sekolah rendah. Selepas tahun 1988, KBSR

telah disemak.Didapati terdapat beberapa kelemahan yang perlu

dikemaskini agar dapat menghadapi cabaran-cabaran Wawasan 2020 yang

dilancarkan pada awal tahun 90-an. Hasilnya kurikulum ini telah diubah

menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang mencerminkan

matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Perubahan yang ketara dalam KBSR adalah mengintegrasi nilai-nilai murni

semasa proses pengajaran dan pembelajaran, penguasaan dan

pengaplikasi kemahiran-kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis,

menyusun semula kemahiran-kemahiran belajar bermula daripada yang

Page 9: 6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama Islam dan menghafaz

9

asas kepada yang lebih kompleks mengikut tajuk pelajaran, menyemak

semula sukatan setiap mata pelajaran, mengintegrasi penyelesaian masalah

matematik dan perniagaan ke dalam pelbagai topik, dan memisahkan mata

pelajaran Alam dan Manusia menjadi dua mata pelajaran berasingan iaitu

Sains dan Kajian Tempatan.

Buat penulisan reflektif tentang mengapa Bahasa Melayu telah dipilih

sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan menjadi

mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah Cina dan Tamil.

Mulai tahun 1990, sistem Pendidikan Malaysia dapat dirumuskan kepada

dua peringkat, peringkat sekolah (rendah dan menengah) dan peringkat

pengajian tinggi (Universiti, institut dan kolej). Kanak-kanak mula bersekolah

pada umur 7 tahun (Tahun 1) selama enam tahun sehingga mereka berumur

12 tahun. Bahasa pengantarnya boleh jadi dalam bahasa Melayu atau

bahasa Cina atau bahasa Tamil berdasarkan jenis sekolah. Semua sekolah

tersebut menggunakan kurikulum yang sama. Murid-murid akan dinilai

pencapaian mereka melalui ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) sebelum

dinaikkan ke peringkat pendidikan menengah. Bagi murid-murid dari sekolah

Cina dan Tamil, mereka dikehendaki memasuki Kelas Peralihan selama

setahun untuk menguasai bahasa Melayu sebelum memasuki tingkatan 1.

Murid-murid tersebut akan dinaikkan ke tingkatan 1 secara automatik

sekiranya mereka lulus kertas Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan pada

peringkat UPSR.

Pada peringkat sekolah menengah, semua mata pelajaran akan diajar dalam

bahasa Melayu kecuali bagi mata pelajaran bahasa Inggeris dan bahasa

Ibunda. Pada penghujung Tingkatan 3, mereka akan menduduki

peperiksaan menengah rendah (PMR). Jika mereka gagal, mereka ini perlu

mengulang semula Tingkatan 3. Jika lulus sekurang-kurangnya satu mata

pelajaran, mereka meneruskan pengajian ke Tingkatan 4 selama 2 tahun.

Pada akhir tempoh ini, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM).

Murid-murid yang menunjukkan prestasi baik dibenarkan menyambung

pelajaran mereka ke Tingkatan 6 rendah atau ke institusi pengajian tinggi

lain.Pada akhir tingkatan 6 atas, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil

Page 10: 6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama Islam dan menghafaz

10

Tinggi Persekolahan Malaysia. Bagi yang layak, mereka boleh memohon

untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, kolej atau institut pengajian tinggi

tertentu. Kini terdapat banyak institisi seperti ini, sama ada awam atau

swasta.

Bincangkan hala tuju murid-murid yang tamat persekolahan mereka

pada masa kini.

Pada masa sekarang, perkembangan pendidikan sekolah rendah,

menengah dan pengajian tinggi telah berlaku dengan intensif. Dalam

perkembangan pendidikan rendah, sains diajar dalam Tahun 1. Pada

peringkat menengah, kenaikan secara automatik ke tingkatan 4 dari

tingkatan 3 telah berlaku.

Pembelajaran Terbuka telah mula diperkenalkan bagi membolehkan para

pelajar belajar mengikut masa, tempat dan kadar yang sesuai serta

bersesuaian dengan kelayakan mereka. Penekanan dibuat kearas ini bagi

memberi peluang kepada mereka yabg mempunyai masalah dari segi

geografi, masalah peribadi atau kerja, atau masalah mengikuti struktur

kursus yang konservatif. Pada masa yang sama, Pendidikan Jarak Jauh juga

diperkenalkan dimana penggunaan teknologi dimanfaatkan.

Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang

bagaimana guru boleh menyampaikan pengajaran dan pembelajaran

dengan menggunakan TMK.

1.4.3. Implikasi sejarah perkembangan persekolahan kepada

penentuan hala tuju persekolahan masa kini

Sebagai rumusan, perkembangan persekolahan di Malaysia telah membawa

kita kepada situasi sekarang:

Pada era sebelum merdeka, setiap kumpulan etnik mempunyai

tujuan, model, kurikulum, buku teks, dan guru serta sistem

pendidikan tersendiri.

Kebanyakan sekolah Melayu terletak di kawasan luar bandar, sekolah

Cina di bandar dan sekolah Tamil di ladang getah.

Page 11: 6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama Islam dan menghafaz

11

Pihak Inggeris memberi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah

Cina dan Inggeris sahaja.

Selepas mencapai kemerdekaan, beberapa jawatankuasa telah

dibentuk untuk membina dan menyelaras pendidikan formal di

Malaya.

Penyata Razak menjadi tonggak dan dasar pendidikan kebangsaan.

Laporan Rahman Talib menyemak dan mengemaskini Penyata

Razak.

Berdasarkan Penyata Rahman Talib, semua sekolah umum diubah

menjadi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan

Sekolah umum menjadi Sekolah Kebangsaan dengan bahasa Melayu

menjadi bahasa pengantar

Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk menyemak semula

sistem pendidikan negara agar bersesuaian dengan matlamat negara

untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan

berketrampilan tinggi.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Menengah telah diperkenalkan

Akta Pendidikan 1961 telah diganti dengan Akta Pendidikan 1996.

Untuk menghadapi era globalisasi, Pendidikan Terbuka, Pendidikan

Jarak Jauh, TMK dan Sekolah Bestari diperkenalkan.

TUGASAN TERARAH

Dengan merujuk daripada bahan buku dan internet, jelaskan bagaimana laporan-laporan pendidikan telah mempengaruhi sistem pendidikan masa kini di Malaysia.

Page 12: 6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama Islam dan menghafaz

12

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

RUJUKAN Amir Hassan Dawi, 1999. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tg. Malim.

Quantum Books. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Perangkaqan Pendidikan/ Educational

Statistics. Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan. K.L. LAMAN WEB

www.en.wikipedia.org/wiki/education

Page 13: 6 Tajuk 1 - Home || Utamaipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 1SejPersek.pdf · Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama Islam dan menghafaz

13

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat