10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf ·...
Transcript of 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf ·...
68
Tajuk 5
CABARAN PROFESION KEGURUAN
Sinopsis Aspek-aspek perbincangan dalam tajuk 5 ini adalah merangkumi konsep pembinaan negara bangsa, peranan guru dalam membina negara bangsa, cabaran-cabaran yang harus ditempuhi oleh guru serta memikirkan bagaimana menghadapi pelbagai cabaran dalam pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. Akhirnya pelajar-pelajar diharap dapat mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di institusi pendidikan guru di sekolah khususnya dalam bidang pendidikan amnya.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
1. Menunjukkan sikap patriotik terhadap bangsa dan negara.(3.5) 2. Menggunakan pertimbangan sendiri yang berasas untuk menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan.(6.4) 3. Menggunakan kemahiran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri untuk
kecemerlangan diri yang berterusan.(7.5) 4. Menghubungkaitkan pelbagai idea untuk menghasilkan pelbagai projek baharu(8.4) 5. Menyusunkan strategi untuk melaksanakan sesuatu tugasan secara kritis, kreatif dan
inovatif untuk melaksanakan sesuatu tugasan.(8.5) 6. Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjanakan idea baharu
untuk penambahbaikan yang berterusan. (7.2) 7. Membuat muhasabah diri, menerima kelemahan diri dan sanggup berubah (7.3)
69
Kerangka konsep tajuk ini
KANDUNGAN 5.1. Menangani perubahan-perubahan dalam pendidikan
Terdapat banyak perubahan yang telah berlaku dalam bidang pendidikan sama ada
di peringkat negara kita mahupun pada peringkat global. Di Malaysia, kita dapati
akibat perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat, pelbagai aspek turut
perlu dilihat semula, lebih-lebih lagi dalam usaha negara mencapai taraf negara maju
menjelang 2020. Dalam bidang profesion keguruan, semua pihak yang terlibat mesti
proaktif menghadapi cabaran ini. Menerusi reformasi pendidikan yang dirancang
maka diharapkan semua pihak mampu menghadapi segala cabaran yang datang.
Cabaran-cabaran yang perlu diatasi boleh dilhat daripada rajah di bawah.
Memartabatkan profesion
keguruanan
Membuat refleksi isu-isu pendidikan
global
Cabaran Profesion Keguruan
Menangani perubahan-
perubahan dalam pendidikan
Burn out dalam kalangan guru
membina negara bangsa
70
Cuba fikirkan rajah di bawah.
Meningkatkan
Rajah 3: Cabaran-cabaran pendidikan
Cabaran-cabaran
pendidikan
Meningkatkan kualiti dan kuantiti Guru-guru bertauliah
Memperbaiki infrastruktur dan kemudahan
Merombak pengurusan dalam pendidikan dan pentadbiran sekolah
Mengimplimentasikan strategi reformasi kurikulum pendidikan negara
Menggalakkan perpaduan dan intergrasi nasional serta memupuk nilai-nilai murni
Sebagai seorang guru nyatakan apakah cabaran pendidikan yang paling kritikal yang anda alami sepanjang pengalaman anda menjadi guru. Adakah anda berpandangan anda harus terlibat dalam sebarang perubahan pendidikan di Malaysia ini? Jika ya..mengapa dan jika tidak adakah anda rasa itu bukan sebahagian daripada tanggungjawab anda?
71
i. Meningkatkan kualiti dan kuantiti guru-guru yang bertauliah
Penghasilan guru-guru bertauliah dan mencapai sekurang-kurangnya 50%
guru sekolah rendah memiliki ijazah pertama menjelang 2020 adalah satu
cabaran. Dalam masa yang sama untuk memastikan guru-guru mempunyai
kreditabiliti dan efektif dalam hal pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
juga adalah satu cabaran bagi Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu,
satu cabaran juga bagi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menyediakan
pendidikan jarak jauh dan penguasaan teknologi maklumat.
ii. Mengimplimentasikan strategi reformasi kurikulum pendidikan negara
Usaha memastikan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
adalah satu cabaran. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris adalah satu cadangan yang baik dalam memastikan
guru-guru dan pelajar dapat meningkatkan penguasaan dan kemahiran
dalam bahasa Inggeris. Namun usaha itu tidak dapat diteruskan kerana
tercetusnya beberapa isu. Negara terpaksa menghadapi masalah graduan
yang kurang mahir berbahasa Inggeris yang akhirnya negara kurang mampu
membekalkan pekerja mahir peringkat global apabila aspek kemahiran
bahasa ini tidak dapat diteruskan.
iii. Merombak pengurusan dalam pendidikan dan pentadbiran sekolah
Ini juga adalah satu cabaran bagi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
memastikan pengurusan sekolah menjadi lebih efisyen. Peranan guru besar
atau pentadbir sekolah sangat penting. Gaya kepimpinan pendidikan yang
ditunjukkan seharusnya dinamik dan membawa kepada pencapaian matlamat
visi dan misi pendidikan di sekolah khususnya dan negara amnya. Cabaran
yang getir ialah apabila usaha Kementerian Pelajaran Malaysia mahu
mengimplimenkan sesuatu dasar yang melibatkan komitmen yang tinggi
daripada warga sekolah yang kadang-kadang tidak terlaksana dengan
optimum.
72
iv. Memperbaiki infrastruktur dan kemudahan
Pelaksanaan sesuatu dasar pendidikan melibatkan implikasi kewangan. Oleh
itu penyediaan kemudahan infrastruktur seperti peralatan dan kemudahan
pembelajaran mahupun premis dan bangunan sekolah sentiasa mengalami
masalah dan kurang berkualiti. Kadang-kadang usaha untuk menyediakan
kemudahan pendidikan berkualiti terjejas apabila sumber dan peruntukkan
tidak mencukupi. Kelancaran sesuatu sistem biasanya akan terganggu dan
menjejaskan keseluruhan sistem.
v. Menggalakkan perpaduan dan integrasi nasional dan memupuk nilai-
nilai murni
Cabaran paling jelas dalam aspek ini ialah usaha mencapai matlamat
perpaduan nasional. Dalam konteks masyarakat Malaysia walaupun dasar-
dasar pendidikan sedia ada berpaksikan laporan-laporan pendidikan
terdahulu dan banyak aspek pelaksanaan dasar terjelma dalam kurikulum
pendidikan di pelbagai peringkat seperti sekolah rendah dan menengah serta
institusi pendidikan tinggi namun masih boleh ditingkatkan lagi. Setiap guru
harus mendukung dan menghargai kepelbagai perbezaan dan budaya yang
ada agar terlaksana matlamat pendemokrasian pendidikan.
5.2. Strategi mengurus cabaran dan perubahan
Berikut dihuraikan cadangan-cadangan bagaimana cabaran dan perubahan yang
berlaku boleh diurus dengan berkesan. Sebelum berbincang dengan lebih lanjut tentang
mengurus perubahan-perubahan tersebut tinjau dahulu maksud pengurusan perubahan.
i. Definisi Pengurusan Perubahan
Pengurusan perubahan didefinisikan sebagai suatu pendekatan sistematik
untuk menghadapi perubahan. Jika sesuatu perubahan yang berlaku itu
diurus dan ditadbir dengan baik, perubahan tersebut akan membantu
organisasi menuju ke arah mencapai matlamat visi dan misi pendidikan.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat dengan
pendidikan, berusaha bersungguh-sungguh dan lebih peka kepada apa
73
sahaja perubahan yang hendak dilaksanakan di negara ini dan menjadi
barisan hadapan dalam menempuh segala cabaran yang ada.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia perubahan dalam dasar, pengenalan
kaedah pengajaran yang inovatif dan baharu atau perubahan kurikulum
membawa kesan kepada organisasi sekolah. Sebarang perubahan
melibatkan semua pihak, iaitu daripada pihak pengurusan dan pentadbiran
hinggalah kepada ibu bapa. Dalam hal ini perbincangan akan lebih berfokus
kepada peranan yang boleh dimainkan oleh para pentadbir dan guru-guru
sekolah.
bertanggungjawab, berusaha, memahami konsep perubahan dan menghayati konsep pengurusan perubahan demi mencapai matlamat pendidikan.
74
ii. Terdapat beberapa sebab mengapa sekolah perlu mengurus perubahan
mengurus bebanan dan faedah perubahan emosi guru dalam seperti kemahiran mengendalikan elemen teknologi maklumat perubahan memastikan dapat dikuasai komunikasi dan maklumat disampaikan dengan betul sesuatu perubahan memerlukan masa untuk diterima dan difahami oleh guru memastikan dasar pendidikan berada pada landasan yang betul dalam arus perdana
Dengan merancang dan mengurus perubahan, ia dapat mengurangkan segala
tentangan dan cabaran yang wujud di dalam sistem organisasi sekolah seperti sikap guru,
ciri-ciri perubahan serta organisasi keseluruhannya dapat diatasi dengan mudah dan
menjadi lebih efektif. Sehubungan dengan itu di sini diperkenalkan sebuah model yang telah
dipermudahkan mengikut kesesuaian. Model tersebut ialah model Kotter (1996). Model ini
boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.
iii. Bagaimana mengurus perubahan
Peringkat 1: Penyesuaian kepada perubahan
Dalam proses penyesuaian kepada perubahan, sesebuah organisasi akan
melalui dua fasa:
i. Membuat keputusan untuk berubah
ii. Menggalakkan segala perubahan
Dalam hal ini organisasi perlu menggalakkan perubahan. Ini kerana sebagai sebuah
negara sedang membangun dan menuju ke arah negara maju menjelang 2020,
perubahan yang berlaku di peringkat tempatan dan global perlu diberi perhatian
Keperluan mengurus perubahan
75
serius. Kita tidak mahu rakyat negara ini tertinggal dalam pelbagai aspek
pembangunan khususnya dalam aspek ledakan ilmu khususnya teknologi maklumat
dan komunikasi. Misalnya aplikasi penggunaan komputer dan elemen pengajaran
dan pembelajaran mengikut konsep bestari perlu diikuti dan dilaksanakan oleh
semua sekolah sejajar dengan sistem pendidikan di negara-negara lain. Walaupun
terdapat sekolah yang masih kurang kemudahan infrastrukturnya namun usaha
kerajaan ke arah membantu sekolah-sekolah terlibat sedang dan telah dilaksanakan.
Misalnya pelaksanaan Kurikulum Stanndard Sekolah Rendah (KSSR), seharusnya
semua pihak harus bertanggungjawab dan mengambil peranan masing-masing.
Kotter juga menekankan ‘menggalak’ perubahan. Di sini peranan pentadbir sekolah,
guru-guru dan warga sekolah seharusnya digalakkan menganjurkan pertandingan
inovasi dengan memastikan pengilbatan menyeluruh pelajar. Aktiviti ke arah inovasi
ini akan meningkatkan tahap aras pemikiran kritis dan kreatif pelajar ke satu tahap
yang lebih tinggi. Penglibatan pelajar dengan teknologi maklumat dan komunikasi
akan membawa perubahan besar kemahiran dan penguasaan pelajar dalam
pelbagai bidang.
Peringkat 2: Mengawal perubahan
Apabila sesuatu perubahan itu ingin diserapkan dalam organisasi sekolah
maka sesiapa sahaja yang bertanggungjawab dengan perubahan seperti penggubal
dasar, pegawai pendidikan daripada pejabat pelajaran daerah mahupun jabatan
pelajaran negeri seharusnya dapat menyampaikan perubahan tersebut secara bijak.
Dalam erti kata lain amalan komunikasi berkesan harus dilaksanakan dan dengan ini
warga yang akan melaksanakan perubahan tersebut dapat memahaminya dengan
jelas, tepat dan telus. Proses penerimaan tersebut harus berlaku dalam keadaan
yang tidak menekan dan boleh menyakinkan guru-guru. Maka sudah tentulah segala
proses pelaksanaan perubahan itu menuntut satu prosedur yang sistematik dan
pemantauan dilakukan dengan berkesan.
Peringkat 3: Menjalankan perubahan.
Sekali lagi peranan pentadbir dan juga pihak yang membawa perubahan seharusnya
mampu menyediakan pelbagai latihan kemahiran dan kursus-kursus jangka pendek
untuk membantu guru besar dan guru-guru melaksanakan perubahan tersebut
76
dengan lancar. Kita lihat sahaja contoh bagaimana perubahan kurikulum yang
dilakukan iaitu daripada Kurikulum Bersepadu Sekiolah Rendah (KBSR) kepada
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bagi memastikan penerimaan guru-
guru terhadap perubahan tersebut maka kursus-kursus pendek berkala telah
dilaksanakan. Begitu juga dengan konsep pemulihan ‘LINUS”, iaitu literasi dan
numerasi telah didedahkan kepada guru-guru berkaitan supaya mereka dapat
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif.
Oleh itu jelaslah bahawa pemahaman dan persediaan untuk menghadapi cabaran
dalam pendidikan akan mempertingkatkan kesediaan guru-guru untuk menerima,
mengawal dan menjalankan sesuatu perubahan.
Ciri-ciri guru yang mampu menghadapi cabaran globalisasi pendidikan
5.3. Pembinaan Negara Bangsa
Pembinaan negara bangsa bermaksud satu proses pembinaan dan pembentukan
sebuah negara bangsa dengan menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah, di mana
prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa, agama, komuniti dan
budaya serta lokasi sehingga wujud suatu persekutuan yang menjamin kestabilan politik dan
mampu dipertahankan dalam satu jangka masa yang panjang. Bagi negara Malaysia
Komitmen yang tinggi terhadap profesion
Mempunyai visi dan misi yang jelas
Berpandangan global terhadap pendidikan dan tidak bersifat jangka pendek
Bersikap optimistik
Berilmu pengetahuan tinggi dan sanggup mencari ilmu baharu
Boleh menyesuaikan diri dalam situasi yang dihadapi
Mempunyai kemahitran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
77
pembinaan negara bangsa sangat penting demi menjamin kestabilan dan keharmonian
kaum yang terkenal dengan kepelbagaian budayanya.
Dapatkah kita menyelami matlamat pembinaan negara bangsa? Secara umumnya
hasrat tersebut dapat dihayati menerusi rajah di bawah:
Rehat sebentar
5.4. Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru sering berhadapan
dengan pelbagai cabaran, halangan dan tentangan. Segala permasalahan dan isu berkaitan
dengan guru sedikit sebanyak telah mencetuskan tekanan kepada guru. Misalnya jika
disebut sahaja masalah disiplin maka guru mahu tidak mahu terpaksa menjawab segala
Membentuk dan melahirkan warga negara yang memiliki jati diri yang bercirikan latar belakang tempatan negara namun mempunyai kekuatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa
Melahirkan modal insan cemerlang yang mempunyai minda kelas pertama serta bersifat ‘ glokal’ iaitu sebuah masyarakat yang berakal nasional tetapi mampu menerjah ke peringkat antarabangsa.
Membina dan melahirkan sumber manusia yang berkualiti yang mampu mencorakkan hala tuju negara ke arah wawasan 2020.
Membentuk insan seimbang bukan sahaja tinggi penguasaan ilmunya malah mempunyai nilai-nilai kerohanian yang terpuji dan mampu mencetus kepada terbentuknya kehidupan yang harnoni
78
persoalan. Ini menyebabkan tekanan kepada guru. Apabila masyarakat merasa kurang
yakin dan percaya dengan guru maka timbullah bermacam masalah pula sehingga
hubungan ibu bapa dan guru menjadi semkin renggang.
5.4.1. Konsep tekanan emosi
Mengikut Kyriacou (2000) stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap
emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan
kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Maka stres merupakan tindak
balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan
ketidakseimbangan berlaku. Dalam keadaan tertentu seseorang guru akan menghadapi
stres apabila, contohnya terlupa menekan butang save semasa sedang menaip pada
komputer. Pada ketika itu maklumat yang kita inginkan telah hilang. Ini menyebabkan badan
kita bertindak menangani keadaan kritikal seperti itu. Situasi ini sebenarnya merupakan cara
badan melindungi kita. Jika bertindak dengan betul, stres membolehkan seseorang
memberikan fokus dan peka terhadap situasi berkenaan.
Dalam hal di atas hilangnya maklumat kerana terlupa save, stress membantu badan
guru tersebut seperti melakukan beberapa operasi.merujuk kembali dan melakukan operasi
yang berkaitan untuk mendapatkan semula maklumat tersebut. Dalam kata lain stres yang
minimum adalah positif. Bagaimana pula jika stres yang berlaku datang daripada situasi
guru yang terpaksa menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama di institusi
pendidikan guru. Kurang bijak mengurus masa menyebabkan guru panik, dan sukar
mengatasi masalah pembelajaran di mana terpaksa mengimbangi antara tugas di sekolah
dengan tugasan menyiapkan tugasan semasa melakukan aktiviti kuliah atau tutorial.
Berdasarkan pengalaman anda di institut, berikan satu contoh tekanan emosi yang anda dihadapi? Cuba buat refleksi sama ada tekanan emosi membawa kesan positif atau negatif kepada anda. Jika positif, mengapa? Jika negatif, bagaimana anda cuba menangani tekanan tersebut?
79
5.4.2. Jenis-jenis stres
Lima jenis stres menurut Cockburn (1996)
1 Here or now
2
Stress anticipation
Situasi yang wujud pada sesuatu masa. Contohnya katakan sukar menjawab soalan peperiksaan, pertengkaran, atau ketika tertinggal telefon bimbit di tempat awam
Situasi di mana guru akan bertindak balas terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian yang dijangkakan. Contohnya apabila seseorang guru yang tidak berpengalaman diminta menjadi pengacara majlis dalam satu majlis forum menggantikan seorang guru lain. Ini menyebabkan beliau merasa tertekan
3 stres imaginatif
Stres di mana anda berada dalam situasi yang menyebabkan anda berimaginasi atau memikirkan sesuatu yang menakutkan atau mencemaskan anda. Misalnya mendengar bunyi anjing menyalak di hadapan rumah dan menyebabkan kita menyangka mungkin ada pencuri di luar rumah.
4
Stres reaktif
Stres yang terjadi akibat daripada peristiwa lampau. Ia berlaku secara semulajadi dan kadang-kadang berlaku sebagai satu proses pemulihan. Contohnya mengingat kembali kehilangan orang tersayang.
5 Stres negatif
Satu situasi perasaan yang memuncak yang boleh berlaku dalam tempoh satu, dua hari atau minggu mahupun tahun. Hal ini berlaku kerana masalah itu berlarutan yang menggangu fikiran sepanjang masa, misalnya tidak cukup wang atau ada masalah keluarga.
80
5.4.3. Langkah-langkah Menangani Stres
a) Cara- Cara untuk Menghadapi dan Mengatasi Tekanan Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda
tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri-biri, anda harus hentikan memakai
pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekanan anda adalah
disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan
dengan serta merta apabila menghadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada
satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara
untuk mengurangkan tekanan dan tegangan kepada berasa senang dan tenang. Berikut
ialah tujuh cara yang berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.
b) Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang
membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui
lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung
secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menghadapi tekanan, pernafasan menjadi
lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk
mengekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di
mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah
menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.
c) Penggambaran Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan
dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta
tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga,
membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan
cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan
prestasi anda melalui penggambaran.
d) Pengurutan (Massage) Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga
menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau
dapatkan khidmat seorang profesional bagi membantu anda.
81
e) Kelegaan otot. Berbaring, bersenang-senang dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher
mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat di mana-mana sahaja
dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.
f) Muzik.
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami
tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan
darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik
ringan dan yang anda sukai dengar setiap hari.
g) Pengurusan masa.
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya
anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan tanpa berlengah. Kenalpasti juga kerja
yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gosip kosong, perbualan telefon dan
yang membazirkan masa anda. gunakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih
penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan anak-
anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau
pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menonton
kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan
gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan
tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).
5.4.4. Langkah-langkah mengatasi stres
i. Langkah 1 – Fahami Punca Stress
Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda Cari masalah dalam diri satu
persatu. Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan
ketegangan.
ii. Langkah 2 – Letakkan Keutamaan
Senaraikan keutamaan untuk dilakukan. Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa
82
memberi keutamaan kepada yang lebih penting. Bertindak mengikut keutamaan untuk
mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.
iii. Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.
Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar. Cuba selesaikan masalah yang
ada pada waktu yang sesuai. Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan
kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.
iv. Langkah 4 – Bersenam Atau Beriadah
Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh.
Ketegangan jasmani dapat dielakkan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-
otot digerakkan. Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di
dalam badan.
v. Langkah 5 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.
Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-
galanya di dalam diari. Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup
sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda. Kebiasaanya kita akan tertawa
apabila membaca semula catatan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh
tidak seperti apa yang digambarkan di dalam diari.
vi. Langkah 6 – Luahkan Pada Sahabat Karib. Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib
anda.Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan
bebanan stress.Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan
sahabat anda itu.
vii. Langkah 7 – Meditasi Atau Bertafakur.
Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah
dilakukan. Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana
yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketenangan.
Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa
yang anda ingini.
83
viii. Langkah 8 – Tahu Had Kemampuan. Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.Jangan terlalu
membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung. Serahkan
sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda
tidak terus-terusan tertekan.
ix. Langkah 9 – Bersantai
Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti
berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai
untuk memanjakan diri dan minda.Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan
minda dan memberikan keseronokan. Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan
baru.
x. Langkah 10 – Ambil Mudah.
Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yangmudah dan jangan
terlalu membebankan fikiran.Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh
diselesaikan itu pada keesokkan harinya.Jangan terlalu membebankan masalah anda
sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.
xi. Langkah 11 – Mengadu Kepada Kaunselor.
Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda,dapatkan kaunselor yang boleh
membantu.Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang
perlu diambil.Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai
diri sendiri.
xii. Langkah 12 – Terima Keadaan Seadanya.
Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak
semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.Dalam keadaan ini ada baiknya jangan
terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa
jika tidak memperolehinya.Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa
yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.
84
xiii. Langkah 13 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat. Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima
sesuatu bencana.Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari
Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan
Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil
makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan
yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.
xiv. Langkah 14 – Berusaha Dan Berserah.
Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.Banyakkan
melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat)
serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan
sebagainya.Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar
bagi setiap masalah.
5.5. Burnout Guru
Jika anda mengalami perkara-perkara di atas, anda mempunyai tanda-tanda burnout. Apa
yang dapat dinyatakan ialah kesan negatif burnout akan mempengaruhi aspek-
aspek lain dalam kehidupan seseorang termasuklah keluarga dan kehidupan sosial.
Tanda-tanda burnout guru termasuklah kegelisahan dan kekecewaan, prestasi dan
hubungan interpersonal merosot di tempat bertugas dan di rumah (Wood, 2000).
Renungan Adakah anda mengalami perkara-perkara berikut?
§ Jiwa tidak tenteram, kerisauan, lesu dan sentiasa berdepan dengan rintangan
§ Merasakan tanggungjawab profesional dan pengurusan tidak penting dan mengganggu jiwa dan tidak bermanfaat
§ Merasakan rutin harian membosankan § Merasakan tugas yang dilaksanakan tidak dihargai
oleh pihak tertentu
Pada pandangan anda adakah langkah-langkah di atas boleh membantu mengurangkan stres dalam kalangan guru. Jika ya, beri alasan anda dan jika tidak adakah cara-cara lain yang lebih sesuai. Bincangkan dalam kelas tutorial anda
85
Cuba anda catatkan tanda-tanda rakan-rakan anda yang mungkin mengalami stres atau burnout supaya kita boleh mendekatinya dan seterusnya membantu mereka menghadapi pelbagai masalah di sekolah.
Ahli pendidik mendefinisikan burnout guru sebagai satu keadaan yang
disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang semakin
menurun (Schwab et.al. 1986). Maka burnout merupakan suatu keadaan keletihan dari segi
emosi, mental dan fizikal yang disebabkan oleh stres yang melampau dan berpanjangan.
Keadaan ini berlaku apabila kita tidak dapat apa kehendak kita dan jika stres berterusan ,
anda akan kehilangan minat atau motivasi untuk terus melaksanakan kewajipan anda.
Burnout akan mengurangkan produktiviti dan melemahkan semangat, menyebabkan anda
merasa tidak berupaya, tidak berguna, bersifat sinis dan berperasaan marah.
5.5.1. Tanda-tanda dan simptom burnout
Rasa letih sepanjang masa; imuniti rendah, perubahan masa tidur dan pemakanan, sakit kepala dan sakit otot
Rasa kegagalan dan keraguan kendiri; kurang bermotivasi, tidak bermaya, kurang berpuas hati, mengasingkan diri, imej semakin negatif
tanda-tanda fizikal
Tanda-tanda emosi
Tanda-tanda dan simptom
burnout Tanda-tanda tingkah laku
Mengundur diri daripada tanggungjawab Mengasingkan diri daripada orang lain Menangguhkan masa dan kerja dalam menyiapkan tugasan Menggunakan ubat atau alkohol untuk menangani masalah Mengalihkan kekecewaan kepada orang lain
86
5.5.2. Punca-punca burnout
Bil Punca-punca
1. Kurang atau tidak mendapat pengikhtirafan sewajarnya daripada pihak tertentu walaupun sudah merasakan telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh
2. Telah mengalami keadaan stres dalam masa yang panjang
3. Tanggapan seseorang terhadap dunianya memainkan peranan dalam burnout. Merasakan sumber sedia ada tidak mencukupi untuk mengatasi masalah stresnya.Contohnya seseorang guru yang menghadapi masalah disiplin pelajar serta menangani masalah komunikasi dan interaksi dengan ibu bapa
4. Kurangnya bimbingan daripada mentor dalam melaksanakan tugas yang dialami oleh guru novis
5. Gaya hidup dan personaliti. Ada kalangan guru yang terlalu kuat bekerja dan ingin mecapai kesempurnaan bekerja yang akhirnya membawa kepada stres, lebih-lebih lagi apabila guru berkenaan kurang bersosial dan tidak beriadah
5.5.3. Langkah-langkah menangani burnout guru
Langkah-langkah pencegahan boleh diambil pada peringkat individu dan juga peringkat
sekolah.
Bagi peringkat individu beberapa perkara boleh diambil:
v Aktiviti latihan atau sesi pengenduran, seperti meregangkan badan, membuat
meditasi atau membaca yang memberikan inspirasi.
v Bengkel mengawal emosi seperti bengkel pengurusan tanpa stres serta kompetensi
kecerdasan emosi
v Bengkel atau kursus pengurusan masa
Bagi peringkat pengurusan dan pentadbiran:
v Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
v Membentuk persekitaran sosial dan fizikal yang mesra budaya
v Menyediakan peluang komunikasi yang seluas-luasnya untuk guru-guru meluahkan
perasaan demi kebaikan bersama serta organisasi
v Mengekal dan meningkatkan kejelekitan antara staf
5.6. Memartabatkan Profesion Keguruan
Bagaimana kita semua warga pendidik boleh memartabatkan profesion keguruan
yang kita cintai ini. Jika dilihat kepada usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi
dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) maka kita dapat meneliti bahawa usaha yang
dilaksanakan ialah meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat
87
KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai
dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.
Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan dan ilmu telah bertukar kepada
guru sebagai pemudah cara dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan
dan sumber inspirasi kepada murid. Oleh itu guru haruslah kreatif dan inovatif untuk
menjadikan sistem penyampaian menjadi lebih efektif, menarik dan menyeronokkan.
5.6.1. Bagaimanakah memartabatkan profesion keguruan?
Berikut adalah beberapa strategi yang telah dan sedang dilaksanakan;
Menambah baik sistem pemilihan calon guru
v Memperketatkan syarat dan criteria pemilihan calon guru.
v Menetapkan 30% daripada calon cemerlang untuk pemilihan
v Memantapkan proses perlantikan dan pengesahan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi
memastikan setiap guru mencapai standard minimum.
Memantapkan latihan perguruan
v Telah menaikkan taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)
yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan.
v Mereka bentuk dan menggubal kurikulum pendidikan IPG secara berpusat.
v Meningkatkan pemantapan dan perluasan kursus dan latihan
v Memperluaskan bidang penyelidikan dan pembangunan (R & D)
Memantapkan kerjaya guru
v Menambah baik laluan kerjaya guru supaya taraf hidup guru lebih baik.
v Menambah perjawatan dan perluasan naik pangkat
Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru
v Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, seperti kemudahan infrastruktur yang
lebih baik.
v Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi meringankan beban
tugas guru dalam kerja-kerja pentadbiran
Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia
Penyediaan mekanisme bekalan guru.
88
v Membina hubungan kerjasama dan kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi lain
tentang latihan guru
v Memantapkan mekanisme unjuran guru
v Menambah baik sistem maklumat guru
v Memantapkan sistem penempatan guru supaya lebih menyeluruh dan mengikut
keperluan bidang dan lokasi
5.7. Pemikiran reflektif guru
Pemikiran merupakan proses dalaman mental dan ini dapat difahami melalui
perlakuan seseorang itu (Kagan & Tippins, 1998). Ini bermakna pemikiran guru merupakan
satu faktor penting dalam menentukan variasi pendidikan selain daripada bahan
pengajaran, pakej program atau seumpamanya. Manakala refleksi pula merupakan suatu
proses seseorang guru yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti
pendidikan yang telah dilaksanakan atau dialami, menganalisis dan menilai kesannya,
termasuk memikirkan cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk
digunakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan.
Di bawah konteks pendidikan , refleksi ialah sesuatu proses seseorang yang
berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan
atau dilaksanakan dalam bilik darjah.
Dewey menegaskan untuk berfikir secara reflektif, seseorang seharusnya mampu
mencantumkan idea-ideanya untuk membentuk satu hala tuju yang stabil ke arah
kesimpulan yang bersepadu akibat daripada pemikiran konsisten dan logik. Kebolehan ini
disifatkan sebagai sumber asli yang ketiga untuk pemikiran reflektif.
Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran reflektif sebagai "active, persistent and
careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds
that support it and the further conclusions to which it tends" (p.9).
Dengan berfikir secara reflektif, seseorang boleh "transform a situasion in which there is
experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear,
coherent, settled, harmonius" (pp.100-101). Dengan erti kata lain, seseorang boleh
mengubah suatu keadaan keraguan, konflik dan gangguan yang dialami kepada keadaan
yang nyata, koheren, tenang dan harmonis.
Apakah peranan refleksi dalam belajar mengajar? Pertamanya dengan melakukan
refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung
89
guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya.
Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat,
mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan
utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk
mengubah tingkah laku atau amalannya.
Antara kepentingan refleksi ialah guru permulaan boleh dibantu melaksanakan
refleksi dan mempelajari nilai refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Malahan, sama
ada di dalam atau pun di luar negara, kita melihat seperti telah berkembang suatu budaya di
mana bakal guru digalakkan untuk mempraktikkan amalan refleksi sebagai satu cara
membuat penilaian kendiri.
Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan
bahawa amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan
dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang
menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara
kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat
amalan pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987). Bagi John Dewey (1933),
seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat impulsif.
Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat
keputusan dalam proses pendidikan.
Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat bahawa amalan reflektif
membawa ke arah pertumbuhan profesional (Van Manen, 1977), menyokong pandangan
Wildman, et al, (1990). Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et
al., (2000 ) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan
profesional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru.
Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu
mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan
bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkat-
peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan
membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan
kritikal .
90
Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru:
• membuat penilaian kendiri
• berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
• menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja
• melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan
• mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai &
estetika
• mengubah tingkahlaku
Dalam hal globalisasi pendidikan seseorang guru sangat dituntut melekasanakan
pemikiran reflektif. Apakah perkara-perkara yang perlu direflek oleh seseorang guru.
Melaksanakan pemikiran reflektif guru boleh ditinjau dari tiga elemen berikut.
• Amalan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah
• Profesionalisme keguruan
• Organisasi institutsi pendidikan
5.8. Amalan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah
5.8.1. Pemikiran reflektif bermula dengan:
1. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah
Mengamalkan dan meneroka bentuk pendidikan alaf baharu yang dinamik
seharusnya mempunyai beberapa kriteria yang telah dan sedang diperbincangkan
pada ketika ini. Lihat sahaja bagaimana konsep transformasi pendidikan yang
mencetuskan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025. Seharusnya guru
berfikiran lebih jauh ke hadapan dalam membentuk generasi Y akan datang yang
lebih berkemahiran, bercirikan modal insan terpuji, berpemikiran minda kelas
pertama serta dapat menjunjung warisan budaya negara. Oleh itu perkara pertama
yang perlu ada dalam minda guru ialah menghayati konsep pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah yang memberi penekanan kepada keseronokkan belajar
seperti dalam rajah di bawah;
A Positive Feeling Toward The Learning Experience Is The First Step In Learning”
A Positive Feeling Toward The Learning Experience Is The First Step In Learning”
(Dave Meier)
91
2. Pengajaran dan pembelajaran menurut konsep sekolah bestari Guru
harus membuat refleksi tentang amalan pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21.
Fokus utama ialah:
Guru seharusnya memikirkan bagaimana mewujudkan aktiviti pembelajaran yang
mendorong murid mencari maklumat sendiri dengan bimbingan guru, misalnya
menggunakan internet, atau sumber rujukan lain seperti jurnal, artikel dan keratan akhbar.
Guru harus memikirkan bagaimana meningkatkan penguasaan pelajar dan master
dalam bidang yang dipelajari mengikut keupayaan dan kadar kebolehan murid serta potensi
yang ada.
Guru juga harus mendorong murid-muridnya supaya tahu mengenadalikan dan
menguruskan aktiviti pembelajaran masing-masing tanpa arahan guru semata-mata tetapi
berusaha menerokan bidang ilmu dengan teliti, penuh minat dan bermotivasi.
Pembelajaran yang
menyeronokkan (learning is fun)
(learning is fun)
Persekitaran fizikal yang positif
How can I make the (learning environment
fun)
Penggalakkan yang positif Persekiataran
sosial yang positif
(How do we learn together)
Kesedaran ingin tahu
I want to know and find out more)
Penglibatan murid secara menyeluruh
(How can I participate)
Matlamat yang jelas dan bermakna
Memenuhi keperluan murid (How does it benefit
me)
Self-access learnning Pembelajaran akses kendiri
Self-pace learning Pembelajaran kadar kendiri
Self-directed learning Pembelajaran Terarah kendiri
92
Era globalisasi pendidikan kini akan memberi fokus kepada peranan guru sebagai
fasilitator, pembimbing di sisi dan bukan lagi pemberi maklumat semata-mata.
Tanggungjawab guru sudah tidak lagi memberi maklumat atau penyampai seratus peratus
tetapi tugas guru sebenarnya lebih menumpukan strategi pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan murid. Guru harus membuat refleksi sepanjang masa bagi meningkatkan
matlamat pembelajaran yang menggalakkan murid-murid berfikir secara kritis dan kreatif,
penerokaan, memerhati, membuat eksperimen, penyelesaian masalah, aktiviti projek,
pembelajaran berasaskan masalah dan projek seterusnya meningkatkan kemahiran-
kemahiran belajar, mengumpul maklumat dan membuat persembahan.
Apa yang harus direfleksi oleh guru ialah bagaimana mahu melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran bercirikan aspek abad ke 21. Amalan aplikasi teknologi maklumat akan
membawa dunia ke dalam bilik darjah. Dalam erti kata lain the school is the world.
5.8.2. Profesionalisme keguruan
Apa yang harus difikirkan secara kritis dan kreatif oleh guru-guru untuk masa depan bidang
perguruan ini ialah:
• Meningkat ilmu pengetahuan bidang kepakaran masing-masing seiring
perkembangan ilmu semasa
• Mendapatkan bahan sumber ilmu daripada pelbagai sumber
• Membudayakan amalan pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan berkesan
• Sentiasa meletakkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru di hadapan sebagai hala tuju pendidikan negara
• Memastikan usaha membentuk dan membina modal insan sentiasa berterusan dan
mencapai kejayaan.
• Mengamalkan budaya berfikir aras tinggi (HOTS – High Order Thinking Skill) selaras
dengan anjakan-anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidkan 2013 -2025.
5.8.3. Organisasi Institusi Pendidikan
Guru-guru harus memahami dan menghayati penubuhan dan pembentukan sesuatu konsep
atau dasar pendidikan sedia ada bagi mengukuhkan kefahaman tentang hala tuju
pendidikan negara. Oleh itu apa sahaja dasar pendidikan yang diperkenalkan seharusnya
difahami dengan mendalam dan diperhalusi agar guru-guru berada dalam proses
Adakah anda membuat refleksi tentang apakah yang anda lakukan bagi menghadapi era globalisasi pendidikan kini?
93
perubahan-perubahan pendidikan dan bukannya hanya melihat dari jauh sahaja. Semua
guru harus terlibat sama menjayakan program-program sedia dan yang akan dirancang
secara total dan bersungguh-sungguh. MIsalnya guru-guru boleh menyumbang idea dalam
usaha bagi menjayakan dasar-dasar pendidikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
seperti;
PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan
kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy. RUJUKAN
TUGASAN TERARAH Bincangkan dengan pensyarah anda bagaimana anda mengimbangi antara tuntutan pendidikan Islam dengan cabaran-cabaran pendidikan era globalisasi?
Sekolah Bestari
Sekolah Wawasan
Sekolah Kluster
Sekolah Berprestasi Tinggi
Satu Murid Satu Sukan
RUJUKAN Kamus Dewan (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kyriacou, C., & Sutcliffe, J. (1978a), ‘A Model of Teacher Stress’, Educational Studies,
4, hlm 1 – 6.
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 (2008)
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 (1985)
‘Undang-undang Malaysia, Perintah Am, Bab A-Bab C’ (2006)