60386857-assiment-pengukuran.docx

31
FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN SEMESTER 2 / TAHUN 2011 HBEF 3203 PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN NO. MATRIKULASI : 761028115384001 NO. KAD PENGENALAN : 761028-11-5384 NO. TELEFON : 012-9901142 E-MEL : [email protected] PUSAT

Transcript of 60386857-assiment-pengukuran.docx

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

SEMESTER 2 / TAHUN 2011

HBEF 3203

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI:761028115384001

NO. KAD PENGENALAN :761028-11-5384

NO. TELEFON:012-9901142

E-MEL:[email protected]

PUSAT

PEMBELAJARAN:PUSAT PEMBELAJARAN KELANTAN

& OPEN UNIVERSITYMALAYSIA

ISI KANDUNGANMuka Surat

1.Sekapur Sirihi

2.Pengenalan :1 - 2

2.1 - Objektif Pengajaran,2.2 - Pengukuran2.3.- Penilaian2.4 - Pengujian

3.Ujian Objektif33.1 - Langkah-langkah Pembinaan Ujian- Sukatan pelajaran Sains tahun 4

4.JPU / JSU4

5.Indeks Kesukaran Item5-85.1 - Analisa Jawapan Ujian5.2 - Analisa Indeks Kesukaran5.3 - Ulasan Analisa Indeks Kesukaran

6.Indek Diskriminasi9- 136.1 - (a) 27% Pencapaian Pelajar Tertinggi6.2 - (b) 27% Pencapaian Pelajar Terendah6.3 - Analisa Indeks Diskriminasi6.4 - Ulasan Analisa Indeks Diskriminasi

10. Kesimpulan / Rumusan14

11. Rujukan15

12. Lampiran

1. SEKAPUR SIRIH

Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan.

Setelah meneliti kehendak soalan tugasan yang diberi oleh pihak Universiti Terbuka Malaysia, maka saya telah memutuskan untuk memilih mata pelajaran Sains Tahun 4. Sebagai permulaan, kami telah merujuk kepada sukatan mata pelajaran Sains Tahun 4. Kami mengenalpasti topik pilihan dan seterusnya menetapkan objektif-objektif pengajaran yang dikehendaki. Kemudian untuk mengukur dan menilai kefahaman pelajar terhadap topik tersebut, maka suatu bentuk ujian formatif berupa 20 soalan aneka pilihan dan 5 soalan subjektif telah digubal. Penilaian formatif ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh Gua Musang Kelantan dengan jayanya.

Kami mengucapakan ribuan terima kasih kepada Puan Noorashikim bt Noor Ibrahim pensyarah HBEF 3203 , di atas bimbingan dan panduan yang telah diberikan. Tidak lupa juga kepada Guru Besar, Guru panitia sains dan murid-murid Tahun 4Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh yang telah memberi kerjasama bagi menjalankan ujian yang berkaitan dengan kerja kursus. Sepanjang tugasan ini saya dapat mempelajari sesuatu yang langsung tidak di ketahui sebelum ini. Sekaligus dapat digunakan untuk meningkatkan profesion sebagai seorang guru.

Seterusnya kepada keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Moga-moga segala bimbingan,sumbangan, dan sokongan yang telah diberikan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah swt.

Sekian, Wassalam.

i2. Pengenalan

Proses Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu sistem pendidikan yang sangat berkesan bagi melihat pencapaian pelajar / murid. Pengajaran adalah satu aktiviti bagi membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

2.1 - Objektif Pengajaran

Objektif pengajaran adalah perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai oleh guru dalam satu-satu proses pembelajaran . Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan baik. Setiap perubahan atau kemajuan pelajar itu perlu dinilai dari semasa ke semasa.

Penilaian berterusan akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar / murid. Kemajuan atau perubahan pelajar perlu dinilai dari masa ke semasa. Ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif pengajaran, pengujian, pengukuran dan penilaian.

2.2 - Pengukuran

Pengukuran ialah satu proses / prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau secara bertulis. Pengukuran juga merupakan proses yang menentukan takat, dimensi atau kuantiti / gred / skor dengan membandingkan perkara itu dengan sesuatu standard. Tujuan pengukuran ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar termasuk pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar.

2.3 - Penilaian

Penilaian adalah satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Penilaian juga merupakan satu proses untuk menentukan, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Tujuan penilaian ialah untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran dan sikap.

12.4 -Pengujian

Pengujian merupakan sebahagian penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengujian juga adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat tingkah laku seseorang individu. Ujian hanya merupakan satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.

Dalam melaksanakan penilaian, guru perlu membuat ujian terlebih dahulu. Terdapat beberapa criteria dalam pembinaan ujian. Untuk menggubal sesuatu kertas ujian, ia perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan anataranya ialah ujian yang hendak ditadbir sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran. Ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan-soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran.

Ujian ini dikatakan sebagai prosedur yang bersistematik kerana soalan-soalan yang dibina mengikut peraturan tertentu. Prosedur mentadbir ujian ditentukan dan prosedur pemarkahan dinyatakan secara terperinci. Ujian membantu murid membina sikap positif terhadap pengajaran guru.

Ujian yang digunakan untuk menentukan pencapaian murid dijalankan dengan cara ujian bertulis. Jenis ujian bertulis boleh dibahagikan kepada dua sahaja iaitu ;

i ) Ujian Objektif / Aneka pilihan ii ) Ujian Subjektif.

23. Ujian Objektif

Ujian objektif bermaksud item / soalan yang mempunyai jawapan yang tepat / tertentu / spesifik. Ujian yang dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Soalan / item bagi ujian objektif boleh dibahagikan kepada empat iaitu :

i)Soalan aneka pilihan jawapan secara tepat, soalan sukar dibina dan dijawab tetapimudah untuk dipereksa.

ii)Item Betul / Salah- sesuai digunakan untuk menguji fakta yangmengkehendaki pelajar menentukan sama ada penyataan yang diberikanadalah betul atau salah.

iii) Item mengisi ruang kosong) - amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat.

iv) Item Padanan - sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta konsep.

3.1 - Langkah-langkah Pembinaan

Terdapat langkah-langkah yang telah disusun dengan teratur sebelum membina ujian agar penggubal / guru boleh melaksanakan ujian dengan baik. Langkah-langkah tersebut ialah :

1. Menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesifikasi Ujian

2. Menulis item / soalan ujian

3. Menyemak item / soalan ujian

4. Menilai item / soalan ujian

3JADUAL PENENTUAN UJIAN / SPESIFIKASI UJIAN

Mata Pelajaran : SAINSTahun : 4

Unit : MENYIASAT ALAM KEHIDUPANPENGETAHUA NKEFAHAMA NAPLIKASIANALISIS

BAHAGIAN A

1. Keperluan asas benda hidupMPSMPSMPSMPS

1.1 keperluan asas tumbuhan

14

610

2

7,8,15

11,12

13161719

1.2 keperluan asas haiwan935141820

JUMLAH SOALAN A2333225

1. Keperluan asas benda hidup

1.1 keperluan asas tumbuhan25

1.2 keperluan asas haiwan4

PerlindunganCiri-ciri khas haiwan1 (a)1c31 b1d

JUMLAH SOALAN B131

4

5. Indeks Kesukaran Item ( p)

Indeks Kesukaran Item adalah ciri uta9irriang dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item / soalan ; iaitu sama ada sesuatu itu mudah dijawab atau susah dijawab. Indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul dengan dibahagikan kepada jumlah calon yang menjawab. Pengiraannya adalah seperti di bawah :-

Bilangan calon yang memberi jawapan betulNilai p =--------------------------------------------------------- Jumlah calon yang menjawab

30 (Bilangan yang menjawab betul) Contoh : p =-----------------------------------------------35 (Jumlah calon yang menjawab)

=0.86

0.000.501.00

Item SukarSederhanaMudahItem yang sukar mempunyai nilai p yang rendah, sebaliknya item yang mudah mempunyai p yang tinggi. Untuk lebih jelas lagi dalam menilai aras kesukaran item ini dapat dijelaskan dalam jadual di bawah.Aras Kesukaran dan Pengkelasan ItemNilai pPengkelasan ItemKeputusan

0.00 - 0.20Terlalu SukarUbah suai

0.21 - 0.40SukarTerima

0.41 - 0.60Sederhana SukarTerima

0.61 - 0.80MudahTerima

0.81 - 1.00Terlalu MudahUbah suai

5

Kajian Rintis

Untuk menjamin item yang digubal mempunyai cirri-ciri keesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran, item yang telah disemak eloklah ditujukan kepada sebahagian kecil pelajar untuk memastikan keesahannya. Soalan-soalan ini telah diberikan kepada 11 orang murid Tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh Gua Musang Kelantan.

Kelemahan-kelemahan item ini boleh diperbaiki dengan maklumat yang didapati dari kajian rintis tersebut. Set instrument yang baik dan yang telah dibaiki boleh digunakan sebagai ujian yang sah, atau disimpan dalam bank item untuk kegunaan pada masa hadapan.

Keputusan kajian rintis digunakan untuk menganalisa dan mentafsir item. Dalam hal ini Indeks Kesukaran (p) dan Indeks Diskriminasi (d) dikira bagi setiap item untuk menentukan kuantiti sesuatu item, sama ada item itu benar-benr sesuai digunakan atau sebaliknya.

JADUAL INDEKS KESUKARAN (P)ANALISIS ITEM SOALAN OBJEKTIF

ItemBilangan MenjawabBetul(n)Indeks KesukaranItem(p)

Pengkelasan Item

Keputusan

170.636363636MudahTERIMA

280.727272727MudahTERIMA

350.454545455Sederhana sukarTERIMA

470.636363636MudahTERIMA

580.727272727MudahTERIMA

670.636363636MudahTERIMA

770.636363636MudahTERIMA

8100.909090909Terlalu mudahUBAHSUAI

990.818181818Terlalu mudahUBAHSUAI

1060.545454545Sederhana sukarTERIMA

1150.454545455Sederhana sukarTERIMA

1210.090909091Terlalu sukarUBAHSUAI

1360.545454545Sederhana sukarTERIMA

1480.727272727MudahTERIMA

1570.636363636MudahTERIMA

1680.727272727MudahTERIMA

1760.545454545Sederhana sukarTERIMA

1870.636363636MudahTERIMA

1970.636363636MudahTERIMA

2040.363636364SukarTERIMA

ANALISIS ITEM SUBJEKTIF

ITEMMARKAH PURATAINDEKS KESUKARANPENGKELASAN ITEMKEPUTUSAN

1370.85TERLALU MUDAHUBAHSUAI

2300.68MUDAHTERIMA

3280.51SEDERHANA SUKARTERIMA

4220.67MUDAHTERIMA

5250.57SEDERHANA SUKARTERIMA

5.3 ULASAN ANALISA INDEKS KESUKARAN ITEM OBJEKTIF

Berdasarkan indeks kesukaran item objektif kita dapat membuat kesimpulan bahawa

JPU yang telah dibina seperti yang telah ditetapkan dalam langkah pembinaan JPU/JSU.

ItemIndeks KesukaranUlasan

1 & 2

4 - 70.72

0.63-Peratusan yang murid dapat menjawab soalan ini adalah sama seperti yang telah di tetapkan dalam JPU iaitu sebanyak 5 soalan aras senang dan murid dapat ramai dapat menjawab soalan ini dan pengekelasan soalan ini adalah mudah adalah menepati seperti dalam JPU. Walaupun item3 indeks kesukarannya bernilai 0.45 iaitu sederhana sukar namun soalan ini tidak perlu di ubahsuai kerana sebahagian daripada murid dapat menjawab soalan ini kerana ianya masih beraras senang.

8

90.81

0.91- Semua murid dapat menjawab soalan ini dengan betul. Item ini perlu di ubahsuai kerana mengikut pengkelasan item, item ini terlalu mudah dan kerana P masing-masing bernilai 0.81 dan 0.91. Berdasarkan JPU yang dibina item beraras sederhana, dan di anggarkan murid ada yang tidak dapat menjawab soalan ini. (Sila lihat lampiran untuk item yang telah diubahsuai.)

Ulasan untuk analisa item subjektif pula ialah, item no 1 perlu di ubahsuai kerana mempunyai P 0.85 iaitu 85 % murid dapat menjawab soalan ini. Item ini terlalu mudah dan tidak dapat membezakan murid pandai dan lemah. Bagi soalan lain yang berada dalam aras mudah, sederhana sukar, akan disimpan dalam bank soalan dan akan digunakan bila-bila masa yang di perlukan. Begitu juga dengan soalan objektif soalan-soalan lain boleh terus di gunakan dan tidak perlu diubahsuai kerana ianya dibina mengikut aras yang dikehendaki dan telah dapat membezakan pencapaian murid-murid.

9

6.Indeks Diskriminasi

Indeks diskriminasi item digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar. Item / soalan yang baik akan dapat membezakan antara mereka yang berkeupayaan rendah dan berkeupayaan tinggi. Langkah-langkah diskriminasi telah dicadangkan oleh Mehrens & Lehmann seperti di bawah ;

a) Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan iaitu 27% pencapaian pelajar tertinggi,27% pencapaian pelajar terendah dan 46 % pencapaian pelajar antara tertinggi dan terendah.

b) Mengira pelajar menjawab dengan betul di kalangan berpencapaian rendah (R u), bilangan pelajar menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (R L) dan jumlah pelajar berpencapaian tinggi ( T ( L U ) )

c) Indeks diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan( R U - R L ) dengan separuh T ( L - U ) seperti berikut:

(R U -R L )d = --------------------- ( T ( L + U ) )

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Secara amnya, item yang mempunyai Indeks Diskriminasi positif menunjukkan soalan tersebut adalah baik manakala bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negative dikira tidak baik untuk penilaian rujukan norma. Sebagai panduan, aras kesukaran item boleh ditafsirkan mengikut jadual di bawah

Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item

Nilai ( d )Pengkelasa ItemKeputusan

0.00 0.10Tidak baikUbah suai

0.11 0.20Kurang baikTerima

0.21 0.30Sederhana baikTerima

0.31 0.40BaikTerima

0.41 1.00Sangat baikUbah suai

RUJUKAN

1. Proaktif science year 4 KBSR ( UNIK )

2. UJIAN TOP A UPSR Science Year 4 KBSR ( info didik )

3. Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun Oleh MGB Gua Musang

4. Zoom-a Pembelajaran Interaktif Berasaskan Komputer

5. Modul HBEF 3203 PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN

15OPEN UNIVERSITYMALAYSIA

OPEN UNIVERSITYMALAYSIA

OPEN UNIVERSITYMALAYSIA

ANALISA INDEKS DISKRIMINASI ITEM OBJEKTIF

ItemJawapan betul Right Upper(RU)Jawapan betul Right Lower(RL)RU - RL (d)= ---------- TPengkelasanItemKeputusan

103-1.00Tidak baikUbahsuai

2301.00Sangat baik

3310.66Sangat baikTerima

4320.33Baik

5310.66Sangat baikTerima

6210.33Baik

7310.33baikTerima

8310.33baik

9310.66Sangat baikTerima

10301.00Sangat baik

11210.33BaikTerima

12100.33Baik

13320.33baikTerima

14301.00Sangat baik

15310.66Sangat baikTerima

16310.66Sangat baik

17310.66Sangat baikTerima

18301.00Sangat baik

19310.66Sangat baikTerima

20200.66Sangat baik

Jadual di atas menunjukkan analisa indeks Diskriminasi terhadap item sebanyak 20 item. Berdasarkan jadual di atas Indeks Diskriminasi adalah baik. Item yang disediakan dapat membezakan murid bercapaian tinggi atau pandai dengan murid bercapaian rendah atau lemah. Kita juga dapat melihat terdapat item yang indeks diskriminasi bernilai -1.00. Ini dapat memberi peluang kepada pelajar bercapaian rendah untuk mendapat markah. Secara logiknyakita memang mengandaikan murid yang bercapaian tinggi akan dapat menjawab sesuatu soalan dengan betul berbanding dengan murid yang bercapaian rendah atau lemah.

Justeru itu, guru atau pengkaji perlu tahu soalan yang bernilai -1.00 adalah tidak baik untuk PRN sebab tidak berupaya untuk membezakan murid pandai dengan murid lemah. Oleh itu saya sebagai guru atau pengkaji akan memperbaiki atau ubahsuai item yang mempunyai indeks diskriminasi yang rendah atau negatif.

9.2 - Contoh Pengiraan Indeks Diskriminasi

Formula ( d ) =

( RU(1/ 2T ( L

RL )U )

Item No 1.(d) =

9 9= 0.009

Item No2.(d) =

88= 0.009

94Item No 3.(d) ==9

5= 0.559

87Item No 4.(d) ==9

1= 0.119

963Item No 5.(d) ==99

= 0.33

OPEN UNIVERSITYMALAYSIA

6.5 - Ulasan Analisa lndeks Diskriminasi

Item

Indeks Diskriminasi

Ulasan / Catatan

12

0.00 (Tidak Baik)

- Item yang tidak baik akan tetap diterima dan digunakan kerana memberi peluang kepada murid yang aras rendah untuk mendapat markah. Soalan ini juga terdapat dalam JPU iaitu soalan berbentuk mudah. Walaubagaimana pun guru boleh mengubahsuai soalan ini .

4

0.11 (Kurang Baik)

- Item yang kurang baik jugatetap digunakan dalam pengujian27 % adalah soalan dari aras sukar. Soalan ini dapat menguji minda murid dengan lebih bernas

Bagi item yang berada dalam kategori baik, sederhana baik dan sangat baik, ia akan terus disimpan di bank soalan dan akan digunakan pada pelajar-pelajar lain pada bila-bila masa yang diingini oleh guru. Soalan yang tidak baik dan kurang baik pula boleh diubahsuai.

********************************

13

Rumusan / Kesimpulan

Penilaian / pengujian memerlukan beberapa proses sistematik dari awal hingga akhir. Dengan adanya langkah-langkah yang sistematik akan terbentuknya satu set ujian yang berkualiti. Ini adalah kerana memberi ujian adalah sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menjalankan ujian, guru mestilah mengenal pasti soalan-soalan yang dibina menepati semua objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Jika dilihat keputusan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi dari kertas kerja kursus yang kami sediakan ini, item / soalan yang dibina adalah baik dan sesuai untuk digunakan oleh pelajar bagi tujuan pengujian. Ini adalah kerana kedua-dua indeks tersebut tidak menunjukkan sebarang kesukaran / perbezaan yang melampau.

Oleh itu setiap guru mestilah mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam bidang pembinaan ujian agar murid / pelajar dapat menguasai kemahiran yang dipelajari dengan lebih berkesan, dan item yang dibina bersesuaian dan mencabar kebolehan murid agar dapat mencambahkan daya pemikiran mereka.

14