64572409-Konsep-kesusasteraan

36
Konsep kesusasteraan Perkatan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah Menurut makna kamus – hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu Kesusasteraan dalam bahasa Melayu sama pengertiannya dengan literature dalam bahasa Inggeris iaitu berasal dari perkataan litera yang bermaksud huruf atau abjad

Transcript of 64572409-Konsep-kesusasteraan

Konsep kesusasteraan

Perkatan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan sanskrit, iaitu susastera

yang bermaksud huruf atau buku indahMenurut makna kamus – hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi

yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu

Kesusasteraan dalam bahasa Melayu sama pengertiannya dengan literature dalam

bahasa Inggeris iaitu berasal dari perkataan litera yang bermaksud huruf atau abjad

ISTILAH KESUSASTERAAN

Barasal daripada bahasa sanskrit iaitu sasteraKata dasar sas- bermaksud mengarahkan, mengajar

atau memberi petunjuk.Kata dasar tra- merujuk kepada alat Jadi, sastra bermaksud alat untuk mengajarAwalan su – bererti baik atau indah Imbuhan ke- dan –an membawa maksud yang

menyeluruh, iaitu segala yang tertulis, yan g bernilai seni dan estetik serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran.

Ciri – ciri kesusasteraan

a) Keindahanb) Mencerminkan pengalamanc) Pengalaman senid) Karya seni

Ciri keindahan

Keindahan bergantung pada kesatuan unsur yang membentuk suatu susunan atau struktur sehingga menjadi suatu yang bulat dan utuh

Syarat menunjukkan hasil karya itu indah jika unsur-unsur keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan berfokus atau pusat penekanan sesuatu unsur terkandung dalamnya

Ciri mencerminkan pengalaman

Merujuk kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang digambarkan secara realiti.

Disebut utuh kerana merujuk kepada kegiatan fikiran dan kegiatan perasaan dan imiginasi.

Gagasan, perasaan dan gambaran khayalan atas kesedaran penulis dapat mewujudkan pengalaman.

Dalam peristiwa sastera pengalaman diungkapkan melalui bahasa.

Pengalaman seni

Nilai karya satera terletak pada perkara yang disampaikan dan pada cara serta bentuk penyampaian.

Memberikan kepuasan kepada pembaca dalam menyelami dan memahami isi hati penkarya melalui gagasan dan fikiran, tetapi juga pengalaman dan nilai seni mengagumkan pembaca.

Karya seni

Ada tiga perkara yang membezakan karya sastera dengan karya bukan sastera iaitu sifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan nilai-nilai bahasa yang khusus.

Fiksyen merupakan karya sastera yang dihasilkan melalui imiginasi penkarya berdasarkan pengalaman atau tindak balas terhadap alam realiti.

Nilai estetik pula membolehkan penkarya mengungkapkan nilai isi hati dengan sejelas-jelasnya dan mendalam.

Jenis dan bentuk kesusasteraan

Kesusasteraan melayu klasik (tradisional)• Klasik bermaksud serius dan abadi nilainya,

tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri yang lazim dan tidak berubah mengikut masa.

• Sastera Melayu klasik pada awalnya menerima pengaruh Hindu dan Budha.

• Dibuktikan oleh kesan kuil dan batu bersurat yang melambang bahasa Melayu kuno.

Sambungan…

• Karya-karya pada zaman itu adalah dalam bahasa sanskrit, misalnya puisi bertajuk jakatamala, yang merupakan puisi sanjungan terhadap dewa-dewa.

• Kesusasteraan Melayu klasik berkembang pada abad ke-14 hingga abad ke-16 dengan kedatangan Islam seta munculah tulisan Jawi.

• Kesusteraan Melayu klasik ialah hasil karya seni yang disampaikan melalui bahasa, sama ada secara lisan atau tulisan.

• Saatera lisan dikenali sebagai sastera rakyat, manakala sastera tulisan disebut juga sebagai sastera istana.

Sastera rakyat (lisan)• Sastera rakyat bermaksud hasil-hasil kreatif yang

termasuk dalamnya daya ciptaan imaginatif pencipta yang mengandungi atau menggambarkan nilai-nilai world view masyarakat itu sendiri.

• Sastera rakyat juga merupakan hasil-hasil sastera yang dilahirkan oleh masyarakat atau rakyat yang diispirasikan melalui bentuk lisan.

• Menjadi hasil milik rakyat yang diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain secara lisan.

Jenis sastera rakyat (lisan)

Sastera rakyat (lisan)

naratif

Bukan naratif

mitos

lagenda

Cerita rakyat

Puisi rakyat

Ciri sastera rakyat1. Penyebaran dan diwarisi secara lisan 2. Bersifat tradisional dan lama3. Wujud dalam variasi yang berbeza-beza4. Bersifat anonimi, iaitu menggunakan nama samaran atau langsung

tiada nama pencipta5. Menjadi hak milik bersama masyarakat yang menghasilkannya6. Mempunyai bentuk berumus atau berpola dengan plot yang lebih

kurang sama7. Mempunyai fungsi tertentu seperti untuk memberikan pendidikan,

pengajaran, nilai moral, protes sosial, dan hiburan8. Penulisannya bersifat sederhana, spontan dan kadang kala agak kasar

(a) Mitos

• Mitos ialah cerita yang dianggap benar-benar terjadi serta dianggap suci oleh orang yang empunya cerita dan masyarakat yang mendukungnya.

• Mitos mengisahkan kejadian alam semesta, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, bentuk muka bumi, gejala alam dan sebagainya.

Ciri-ciri mitos• Dianggap benar-benar terjadi• Peristiwa yang berlaku aneh, tetapi penting• Dianggap keramat dan memberikan kesan

kepada masyarakat• Latar belakang berlaku pada zaman lampau• Tokoh yang terlibat ialah Tuhan atau dewa-

dewa

Jenis-jenis mitos• Mitos asal usul – cerita yang berlaku pada

zaman lampau yang boleh dianggap keramat dan mempengaruhi hal kehidupan masyarakat Melayu.

• Mitos institusi sosial/budaya - mengisahkan asal usul sesebuah institusi sosial dalam masyarakat.

• Mitos politik – cerita yang berkaitan struktur pemerintahan dan kerajaan.

(b) Lagenda

• Cerita yang dipercayai benar-benar berlaku, tetapi tidak dianggap suci.• Tokohnya terdiri daripada

manusia yang mempunyai sifat-sifat luar biasa.

Ciri-ciri lagenda• sejenis komunikasi lisan bercorakkan cerita berasakan kisah-kisah.• Latar masa atau sejarah tidak semestinya masa lampau, tetapi

masih ada hubung kaitnya dengan masa silam.• Terdapat kesan atau tanda seperti kubur, binaan, bentuk bumi.• Ada kaitannya dengan zaman sekarang kerana kepercayaan

terhadap keramatnya seperti perigi Hang Tuah.• Tokoh atau tempat mempunyai sifat luar biasa.• Lagenda dianggap sebagai sejarah kolektif.• Bersifat universal, iaitu boleh juga terjadi di tempat lain.• Dipercayai benar-benar berlaku.

Jenis-jenis lagenda• Lagenda keagamaan – cerita mengenai orang alim

dan penyebar agama.• Lagenda alam ghaib/memorat – kisah yang dianggap

benar-benar terjadi dan pernah dialami oleh seseorang.

• Lagenda perseorangan – cerita mengenai tokoh-tokoh tertentu yang dianggap benar-benar terjadi.

• Lagenda tempat – cerita berhubung sesuatu tempat .

(c) Cerita rakyat• Cerita rakyat adalah dalam bentuk prosa dan tidak dianggap

benar-benar terjadi. • Jenis cerita rakyat :1) Cerita binatang – cerita yang bersifat menghiburkan dan

mendidik.Ciri-ciri : Cerita ditokohi oleh binatang. Binatang mempunyai sifat dan bertingkah laku seperti manusia. Terdapat persamaan struktur cerita binatang antara satu

masyarakat dengan masyarakat lain. Binatang yang menjadi contoh biasanya kecil dan cerdik dan

lawannya sebaliknya.

2) Cerita lipur lara – cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara.

Ciri-ciri : Dituturkan dan diturunkan secara lisan daripada satu

generasi kepada generasi yang lain. Berlaku tokok tambah. Milik bersama rakyat Mempunyai peranan sebagai hiburan dan pendidikan. Menggambarkan sistem masyrakat feudal dan

berlatarbelakangkan istana. Mengandungi puisi.

• 3) cerita jenaka – juga disebut anekdot atau kisah lucu.

Ciri-ciri :Ada unsur kebetulanKelucuan yang ditimbulkan adalah daripada jalan

cerita itu sendiriAdanya permainan kata-kata yang melucukan Sifat-sifat watak (a) pintar bodoh seperti Pak Pandir;

(b) bodoh sial seperti Lebai Malang dan Pak Kaduk dan (c) pintar seperti Pak Belalang

4) Cerita teladan – mempunyai unsur deduktif dan memberikan pengajaran serta mengandungi unsur moral.

Ciri-ciri : Tokohnya manusia biasa Tokohnya mempunyai tingkah laku dan perwatakan yang

sangat baik,murnu,dan jujur Selalunya anak bongsu dan anak tunggal Mendapat pertolongan oleh kuasa sakti seperti binatang,

dewa atau pari-pari Tokoh dapat keluar daripada kesengsaraannya, pada akhir

cerita

(d) Puisi rakyat

• Muncul pada zaman manusia belum mengenal bentuk tulisan.

• Karya puisi menggambarkan masyarakat pada zaman itu yang statik dan terikat pada adat, peraturan dan undang-undang yang mesti dipatuhi.

• Mempunyai bahasa yang indah, berirama dan mempunyai bentuk tertentu.

• Puisi ialah ekspresi daripada pengalaman imaginatif manusia yang terjelma dan tersusun dalam kata dan bahasa.

• Penghasilan puisi memerlukan keterlibatan perasaan yang sensitif, pemilihan diksi, rima dan suku kata yang tertentu.

Jenis dan bentuk puisi rakyat1) Pantun • Pantun ialah karangan berangkap yang terbentuk

secara berpasangan dalam jumlah baris yang genap, iaitu daripada dua baris serangkap hingga 16 baris serangkap.

• Bilangan suku kata pada setiap baris antara 8 – 12.• Setiap serangkap ada unit pembayang atau

sampiran dan maksud serta irama akhirnya a-b-a-b.

2) Syair • Puisi yang terdiri daripada empat baris serangkap.• Puisi dicipta untuk dilagukan dan diperdengarkan.• Rima akhirnya adalah sama iaitu (a-a-a-a) atau ada

sedikit variasi• Keseluruhan rangkap syair ialah maksud dan

merupakan idea yang berturutan.•

3) Gurindam • Sejenis puisi yang tidak tentu bentuknya.• Biasanya dalam bentuk terikat yang terdiri daripada dua baris

serangkap dan mengandungi 3 – 6 patah perkataan dalam sebaris.

• Rima akhirnya sama.• Gurindam dalam bentuk terikat memerlukan beberapa rangkap

untuk melengkapkan keseluruhan idea.• Gurindam dalam bentuk tidak terikat pula tedak berpasangan

dan berangkap atau terus menerus.• Isi gurindam berfokus kepada pengajaran atau panduan hidup

sempurna.

4) Seloka • Sejenis puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak.• Dari segi isi seloka mempunyai maksud mengejek,

sindiran, sama ada secara serius atau jenaka.• Tema dan isinya terlalu umum tetapi isinya

disampaikan dalam bentuk pengajaran dan panduan.• Seloka lebih merupakan ungkapan yang sejajar dan

sebahagiannya dipetik daripada peribahasa atau ungkapan yang mirip peribahasa.

Sastera istana (tulisan)• Mula diperkenalkan selepas penerimaan Islam

kira-kira abad ke-15• Berkembang dalam lingkungan istana

Jenis dan bentuk sastera istana(a) Sastera hikayat – terbahagi kepada tiga jenis

iaitu :• Sastera hikayat berunsur Hindu seperti Hikayat

Seri Rama• Sastera rakyat berunsur Islam seperti Hikayat

Sultan Damsyik• Sastera hikayat berunsur Hindu-Islam seperti

Hikayat Putera Jayapati

(b) Sastera undang-undang – dijadikan bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama.

Genre terbahagi kepada dua kumpulan iaitu :• Adat termenggung seperti Hukum Kanun

Melaka,Undang-undang Laut Melaka dan sebagainya.

• Adat perpatih yang merupakan undang-undang adat yang diamalkan di Negeri Sembilan serta beberapa buah tempat di Melaka dan Perak.

(c) Sastera epik – juga disebut satera pahlawan dan bersifat sejagat, iaitu genre ini terdapat dalam kebanyakan sastera dunia.

• Genre ini terbahagi kepada dua, iaitu :i. Epik kebangsaan yang diwakili oleh Hikayat

Hang Tuahii. Epik berunsur Islam seperti Hikayat Muhamad

Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah

(d) Sastera agama/kitab – kebanyakan genre ini berfokus pada cerita-cerita Nabi Muhammad SAW, iaitu tentang kehebatan dan keagungan Nabi Muhammad SAW dalam membawa dan menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat manusia di dunia.

• Contohnya Hikayat Bulan Berbelah.

Kesusasteraan Melayu Moden• Hasil karya sastera selepas tahun 1800 Masihi

digolongkan dalam sastera moden.• Pembahagian dari segi masa ialah bertujuan

untuk menyenangkan kita memahami bentu8k dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu

• Faktor lain yang memisahkan sastera Melayu moden dan klasik ialah cara sesuatu masyarakat berfikir.

(a) cerpen

• Merupakan gabungan dua patah perkataan, iaitu cerita dan pendek.

• Menjadi alat yang mencerminkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang Melayu dan dapat memberikan gambaran tentang sesuatu zaman.

• Biasanya mengemukan satu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama pusat penceritaan.

(b) Novel

• Merupakan prosa rekaan yang panjang yang di dalamnya termuat sebahagian daripada sebuah kehidupan.

• Istilah novel berasal daripada perkataan Itali, iaitu novella yang bermaksud satu benda kecil yang baharu.

• Mengisahkan kejadiaan yang dipusatkan kepada serpihan hidup manusia pada sesuatu tempat dan masa tertentu.

(c) Sajak

• Melahirkan perasaan ingin bebas dan terlepas daripada segala ikatan.

• Perkara yang dijadikan landasan ialah ekspresi jiwa, iaitu bahasa, bentuk irama dan pensajakan harus tunduk pada cetusan jiwa pengarangnya.

• Daripada cara penulisan yang baharu itulah timbul beberapa sifat sajak seperti balada, roman, oda, epigram, himne, elergi dan satria.