6A. PENGENALAN

2
PENGENALAN Teknologi merupakan kemahiran dalam menggunakan pengetahuan secara sistematik dan praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. Dengan ini, teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru dan diterima dengan pemahaman yang mendalam oleh pelajar. Antara strategi pengajaran dapat dipelbagaikan dengan menggunakan teknologi seperti komputer, internet dan kalkulator saintifik. Dengan menjadikan teknologi sebagai bahan bantu mengajar secara langsung dapat meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas, serta meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh membawa kepada pengajaran yang lebih efektif dan meningkatkan prestasi pelajar (Garofalo et. al., 2000) http://eprints.utm.my/6580/4/ sitinuradibahmp051222d07tttCHAP1.pdf Kerja kursus EDU 3053 ini mengandungi 3 tugasan. Tugasan 1 adalah amali fotografi di mana 5 imej telah dihasilkan menggunakan kamera DSLR. Antara teknik-teknik yang digunakan ialah limited depth of field, extended depth of field, panning, slow shutter speed dan fast shutter speed. Tugasan 2 pula adalah rancangan pengajaran

description

EDU

Transcript of 6A. PENGENALAN

PENGENALANTeknologi merupakan kemahiran dalam menggunakan pengetahuan secara sistematik dan praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. Dengan ini, teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru dan diterima dengan pemahaman yang mendalam oleh pelajar.

Antara strategi pengajaran dapat dipelbagaikan dengan menggunakan teknologi seperti komputer, internet dan kalkulator saintifik. Dengan menjadikan teknologi sebagai bahan bantu mengajar secara langsung dapat meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas, serta meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh membawa kepada pengajaran yang lebih efektif dan meningkatkan prestasi pelajar (Garofalo et. al., 2000)

http://eprints.utm.my/6580/4/sitinuradibahmp051222d07tttCHAP1.pdf

Kerja kursus EDU 3053 ini mengandungi 3 tugasan. Tugasan 1 adalah amali fotografi di mana 5 imej telah dihasilkan menggunakan kamera DSLR. Antara teknik-teknik yang digunakan ialah limited depth of field, extended depth of field, panning, slow shutter speed dan fast shutter speed. Tugasan 2 pula adalah rancangan pengajaran harian (RPH) dengan menggunakan Model ASSURE. Saya telah memilik mata pelajaran Sains Tahun 4 yang bertajuk Sifat Bahan (Unit 7) sebagai pengajaran saya. Manakala bagi tugasan 3, ia adalah tugasan kumpulan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada Leong Shu Min, Ling Ing Hua dan Soh Yi Han. Kami telah memilih RPH rakan Leong Shu Min yang bertajuk Magnet sebagai isi kandungan video. Video ini mengandungi pengajaran tentang bentuk magnet, tindakan magnet serta daya tarikan dan daya tolakan antara kutub-kutub magnet.