Pengenalan bm3104

55
1.0 PENDAHULUAN Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada pengisian kurikulum, sistem bahasa dan kemahiran bernilai tambah. Semua elemen ini diajar supaya dapat memberi keyakinan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid murid. Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah renddah juga digubal dengan memberikan penekanan kepada hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ini menggabungkan peraturan yang terdapat dalam sistem bahasa dan disokong oleh pengisian kurikulum. Selaras dengan ini, Rancangan Pengajaran Harian juga pentiing agar Hasil Pembelajaran dapat tercapai. Diharap matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi, melengkapkan keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian dapat dicapai dan seterusnya melengkapkan diri murid murid dengan ilmu Bahasa Melayu yang lengkap. 1

Transcript of Pengenalan bm3104

Page 1: Pengenalan bm3104

1.0 PENDAHULUAN

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada

pengisian kurikulum, sistem bahasa dan kemahiran bernilai tambah. Semua elemen ini

diajar supaya dapat memberi keyakinan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid

– murid. Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah renddah juga digubal dengan memberikan

penekanan kepada hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ini menggabungkan peraturan

yang terdapat dalam sistem bahasa dan disokong oleh pengisian kurikulum. Selaras dengan

ini, Rancangan Pengajaran Harian juga pentiing agar Hasil Pembelajaran dapat tercapai.

Diharap matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk melengkapkan

murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi, melengkapkan keperluan diri,

memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian dapat dicapai dan seterusnya

melengkapkan diri murid – murid dengan ilmu Bahasa Melayu yang lengkap.

1

Page 2: Pengenalan bm3104

ANALISIS UNSUR-UNSUR

2.1 Hasil Pembelajaran

2

HASIL PEMBELAJARAN

Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa

Kurikulum.

Petunjuk tentang kemahiran yang perlu

dikuasai murid.

Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber,

dan prosedur pengajaran.

Dapat dicapai dengan menggjalinkan Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa, dan

Pengisian Kurikulum.

Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian

pencapaian murid.

Page 3: Pengenalan bm3104

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa.

Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang

perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang

terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu

guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan

berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil Pembelajaran

dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem

bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran

yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil

Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian

murid.

Definisi hasil pembelajaran ialah jangkaan apa yang pelajar tahu dan boleh dibuat

setelah mereka habis mengikuti sesuatu masa pengajaran yang dilakukan oleh seseorang

guru. Semua guru perlu benar-benar tahu apakah hasil pembelajaran yang ingin

disampaikan kepada setiap murid mereka. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu hasil

pembelajaran ini sangat penting kerana subjek Bahasa Melayu adalah subjek yang

merentasi kurikulum.(Rahimah Sabran, Rahim Syam, 1985 )

Hal ini disebabkan melalui subjek Bahasa Melayu murid akan dapat memperolehi

kemahiran asas seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca

dan kemahiran menulis. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat

membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.

Selain daripada itu, antara sebab lain pentingnya untuk menentukan hasil

pembelajaran adalah kerana penentuannya dapat menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh

pelajar dan membantu seorang guru memberi tumpuan dalam penguasaan hasil. Tujuan

utama apabila menentukan hasil pembelajaran akan membolehkan seorang guru

merancang dan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan alat bantu mengajar

yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu dan yang terakhir juga dapat

menolong seorang guru dalam membina ujian formatif dan sumatif. Ditambah pula dengan

trend pendidikan di Negara maju sekarang yang mementingkan ke arah penguasaan hasil

pembelajaran sehingga membawa kepada pendidikan yang lebih berorentasikan

peperiksaan semata-mata.

Sebagai contoh Hasil Pembelajaran yang ingin disampaikan oleh seorang guru ialah

memastikan muridnya dapat MENGENAL PASTI kata nama dan kata kerja. Apabila pelajar

3

Page 4: Pengenalan bm3104

dapat mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat yang diberikan itu

bermakna hasil pembelajaran itu telah dicapai. Dalam Hasil Pembelajaran merangkumi

fokus utama dan fokus sampingan.

4

Page 5: Pengenalan bm3104

5

Kemahiran Bahasa

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Betutur

Kemahiran Membaca

Kemahiran Menulis

Page 6: Pengenalan bm3104

2.2 KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran Bahasa adalah aspek terpenting yang perlu dikuasai oleh seseorang

murid untuk menguasai subjek Bahasa Melayu. Kemahiran Bahasa terbahagi kepada empat

bahagian iaitu meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan

kemahiran menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Dalam kamus Dewan Edisi Ketiga kemahiran berasal daripada kata akar mahir yang

memberi maksud kecekapan dan kepandaian. Bahasa pula bermaksud sistem lambang

bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok

manusia. Bahasa juga bermaksud percakapan yang baik atau tingkah laku yang bersopan

santun. Oleh itu, daripada sudut istilahnya, Kemahiran Bahasa boleh dikatakan sebagai

kebolehan seseorang manusia dalam menyampaikan sesuatu kepada manusia yang lain.

Selain daripada itu, pelbagai taksiran telah dibuat untuk cuba mentakrifkan bahasa.

Contoh takrifan yang telah dibuat adalah dengan mengatakan bahasa ialah satu sistem

untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan ataupun satu peralatan yang digunakan

untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain, satu sistem maksud

yang dikongsikan antara mereka, satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk

membezakan antara bentuk dan maksud, satu penuturan yang akan dapat difahami oleh

masyarakat linguistik dan pendapat akhir sekali adalah mengatakan bahasa itu adalah satu

pemikiran

Walaupun begitu Kemahiran Bahasa yang ingin dijelaskan di sini ialah kebolehan

seorang pelajar untuk menggabungkan empat bahagian kemahiran bahasa iaitu

mendengar, bertutur, membaca dan menulis untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran dalam subjek bahasa Melayu khasnya dan subjek-subjek yang lain amnya

seterusnya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

2.2.1 KEMAHIRAN MENDENGAR

Kamus Dewan Edisi Ketiga mengtakrifkan mendengar sebagai menangkap bunyi

atau suara dengan telinga. Selain itu mendengar boleh juga dikatakan memberikan

perhatian kepada kata-kata manusia. Oleh itu, Kemahiran Mendengar adalah merupakan

keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam

pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan maklum balas. Jenis kemahiran

mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mendengar secara intensif dan

mendengar secara ekstensif

6

Page 7: Pengenalan bm3104

Mendengar secara intensif dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang

biasanya dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif

boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang

berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan kepada

latihan mendengar bahasa yang dituturkan.

Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh

dijalankan dalam berbagai - bagai cara. Antaranya ialah mendengar arahan, menjawab

soalan kefahaman, mendengar untuk mendapatkan maklumat, membuat ringkasan,

menyelesaikan masalah dan latihan mendengar bahasa yang dipertuturkan.

Latihan mendengar arahan ialah dengan cara murid - murid mendengar arahan yang

diberi dan bertindak balas terhadapnya. Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru

besar, ketua darjah atau rakan - rakan mereka sendiri. Biasanya, murid - murid yang dapat

mendengar dengan baik akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dan cepat

dan dapat pula segera bertindak terhadapnya. Murid - murid seperti ini dapat menghasilkan

sesuatu tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah

melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan

sebagainya.

Seterusnya ialah dengan menjawab soalan kefahaman. Murid - murid mendengar

soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan.

Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk fakta dan biasanya boleh diperoleh

daripada petikan yang diberi. Berbagai - bagai aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid.

Antaranya ialah memberi penerangan, memberi makna, membuat huraian, menyatakan

sebab, menjelaskan sesuatu, membuat taksiran, membuat andaian interential, memberi

komen dan sebagainya.

Ketiga ialah mendengar untuk mendapatkan maklumat. Dalam latihan ini perhatian

murid - murid ditumpukan kepada bahagian - bahagian tertentu daripada apa yang mereka

dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih murid-murid mendengar dengan teliti maklumat-

maklumat yang berkenaan sahaja dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang

boleh dijalankan oleh murid-murid. Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat

kuih, mendengar dari seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli,

mendengar dan mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dan

mendapatkan maklumat maklumat tentang aktiviti - aktiviti yang dilakukan oleh orang

tertentu dalam seminggu dan sebagainya.

7

Page 8: Pengenalan bm3104

Cara yang seterusnya ialah membuat ringkasan iaitu dengan cara murid - murid

mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasan tentang apa yang telah

didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih dahulu. Murid - murid

diminta membuat catatan isi - isi penting ketika mendengar sesuatu petikan itu. Ringkasan

itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk laporan bertulis.

Kemudian menyelesaikan masalah. Murid - murid mendengar sesuatu masalah dan

kemudian diminta berbincang bersama - sama rakan mereka untuk mengatasi masalah

tersebut. Murid-murid pada mulanya diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah

dapat memahami maksudnya, mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas

itu mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid diminta

memberi penerangan atau mentafsirkan tajuk - tajuk rangsangan secara bernas dan logik.

Misalnya, 'Semua orang Melayu boleh bertutur Bahasa Melayu, tetapi bukan semua orang

Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran mendengar secara intensif.

Akhir sekali ialah latihan mendengar bahasa yang dituturkan. Setelah murid murid

memahami dan boleh menanggapi apa yang didengarnya, guru boleh meneruskan kerja

mereka selanjutnya secara terperinci. Pada peringkat awal, murid - murid akan didedahkan

kepada bahasa - bahasa yang asli iaitu bahasa yang belum dipermudahkan. Tujuan

mendedahkan mereka kepada bentuk bahasa seperti ini adalah untuk menunjukkan kepada

mereka bahawa mereka boleh menterjemah sebahagian besar ciri-ciri bahasa walaupun

mereka tidak memahami apa yang diperkatakan. Murid-murid dapat juga menyuburkan

keyakinan diri mereka terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang

mendengar berbagai- bagai bentuk bahasa. Selain daripada belajar mengenal pasti

laras dan tujuan bahasa itu digunakan, guru boleh juga membimbing murid-murid mereka

untuk mengesan kesalahan - kesalahan yang terdapat sewaktu bahasa itu dituturkan. Guru

boleh membawa perhatian murid - murid kepada aspek - aspek bahasa yang lazim

diperkatakan seperti sebutan, intonasi, jeda, nada, tekanan, gaya, bentuk dan struktur serta

keslahan-kesalahan seperti ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran

bahasa lisan murid-murid.

Mendengar Secara Ekstensif bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara

keseluruhan dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang

seumpamanya. Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui aktiviti

lanjutan daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperolehi. Mendengar secara

ekstensif menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logis.

8

Page 9: Pengenalan bm3104

Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa

yang didengarnya itu. Kemungkinan murid - murid boleh memberi komen daripada apa yang

didengarnya, atau melengkapkan cerita, atau mencari isi penting daripada sebuah tafsiran

dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini membantu menyediakan murid - murid untuk

boleh memberi pandangan dan pendapat serta hujah dengan baik.

Aktiviti Kemahiran Mendengar

Aktiviti adalah salah satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid telah dapat

menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam kemahiran mendengar juga

terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau meningkatkan tahap kemahiran mendengar

setiap pelajar.

Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan.

Pelajar mendengar guru menyebut perkataan. Seterusnya pelajar dikehendaki mengulangi

perkataan yang disebut oleh guru berulang kali. Misalnya jika guru menyebut perkataan

ladang, padang, lantai, pantai, lali, lori, galah atau kalah, pelajar juga perlu mengulang dan

menyebut perkataan yang sama dengan guru. Hanya pelajar yang menguasai kemahiran

mendengar dengan baik dapat mengulangi perkataan yang disebut oleh guru.

Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh dilakukan kepada para pelajar. Pelajar

diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama sebutannya berulang-ulang kali. Ayat

yang dibentuk berasaskan perkataan tersebut mestilah bermakna untuk memaksimumkan

kesannya. Contoh-contoh ayat pemintal lidah ialah pandang tandan depan padang, dari

darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah, berat beras dua belas kilo dan tulang

temulang di atas belulang.

Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid diberi kertas

edaran yang mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan

bunyi dalam suatu set perkataan. Guru menyebut perkataan itu dan murid diminta

memadankannya dengan gambar berkenaan. Contoh aktiviti tersebut adalah seperti berikut

:

Arahan kepada murid : Bagi tiap-tiap soalan kamu akan mendengar tiga perkataan.

Tuliskan huruf-huruf A, B atau C dalam ruangan di bawah gambar yang sesuai.

Soalan 1 :

A = buku

B = kuku

9

Page 10: Pengenalan bm3104

C = duku

Disamping itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak balas juga

boleh dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid

terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa

aktiviti yang boleh dijalankan dengan , antaranya ialah :

I. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas.

II. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih

lama.

III. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan.

Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar

Terdapat pelbagai kaedah pengajaran kemahiran mendengar. Tujuan kaedah pengajaran

kemahiran mendengar adalah untuk menarik Minat murid, mengekalkan perhatian dan

membangkitkan rasa ingin tahu. Antara kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan dalam

kemahiran mendengar ialah kaedah permainan bahasa, kaedah bercerita, kaedah kuiz dan

kaedah soal jawab.

Permainan bahasa adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam

pengajaran kemahiran mendengar.Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang

kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat

dianogstik. Kaedah ini juga banyak menggunakan kemahiran mendengar para pelajar. Hal

ini kerana kaedah ini melibatkan interaksi antara pelajar dan guru yang memerlukan

kepekaan pelajar untuk mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru. Kebanyakan

aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa selain daripada

kemahiran mendengar iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis.

10

Page 11: Pengenalan bm3104

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam

sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini

diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu

merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan

konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan

bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan.

Selain itu, kaedah bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai

digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar kerana cerita merupakan sesuatu yang

dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kaedah ini juga memerlukan pelajar mendengar

dengan teliti cerita yang sedang atau yang akan disampaikan oleh guru. Latihan

pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa juga dapat disampaikan.

Kaedah ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur, membaca dan

menulis dalam kalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,

kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara,

gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus

dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan sekaligus

menghilangkan minat pelajar untuk mendengar.

Langkah-langkah yang boleh digunakan dalam persediaan teknik bercerita ialah

memiilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,

disesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba

masukkan aspek-aspek bahasa. Frasa atau ayat-ayat penting dihafaz. Guru perlu berlatih

bercerita seolah-olah berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum

menggunakan teknik ini. Guru hendaklah bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru juga

boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau alat bantuan mengajar yang lain.

Kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa

yang hendak disampaikan juga perlu disediakan.

Kaedah kuiz telah diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan

Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam

masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-

sekolah Melayu. Tujuannya ialah supaya guru dapat mengukuhkan pengajaran dan

memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar juga dapat

mengulangkaji sambil bergembira, dapat melupakan permasalahan mereka dengan

11

Page 12: Pengenalan bm3104

mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki dan dapat belajar kaedah cara berfikir yang

baru.

Selain itu, ia juga membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari

segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat dua bentuk pengajaran

dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu ia dijalankan secara spontan pada

peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan

sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz juga dijadikan

sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar. Pelajar perlu mendengar

dengan teliti soalan yang dikemukakan oleh guru yang bertindak sebagai pengacara supaya

mereka dapat menjawab soalan dengan baik sekaligus memerlukan mereka menguasai

kemahiran mendengar.

Disamping itu, kaedah soal jawab juga boleh digunakan dalam kaedah pengajaran

kemahiran mendengar. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan paling popular

digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan kaedah ini bukan kerana ia mudah

dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan

murid secara berkesan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran mendengar pelajar.

Kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan

dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan

menilai apa yang diajar serta memerlukan ketajaman mendengar. Tujuan utama teknik soal

jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid, untuk menggalakkan pelajar

berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis, untuk mendorong pelajar menyusun dan

menghuraikan bahan yang diajar serta meningkatkan kemahiran mendengar para pelajar.

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di

samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

2.2.2 KEMAHIRAN BERTUTUR

Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinasikan bertutur sebagai sesuatu yang

diucapkan. Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin

hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan

kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada

penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat

12

Page 13: Pengenalan bm3104

sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana

berbahasa. Kemahiran bertutur berlaku di peringkat produksi. Ia bukan dicipta oleh pelajar

tetapi ditiru dan diajuk. Oleh kerana itu, model-model yang diperdengarkan haruslah model-

model yang baik yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara berkesan.

Kemahiran bertutur ini amat penting kerana apabila kita bertutur sudah semestinya

terdapat maklumat atau informasi yang cuba disampaikan. Maklumat atau informasi

merupakan sesuatu hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan data

yang dapat menambahkan pengetahuan kepada penerima maklumat. Secara ringkas,

maklumat merupakan konteks apabila data digunakan.

Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan

buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan

perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti

perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah

memastikan murid boleh bertutur dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta

menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat.

Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian dalam kemahiran bertutur.

Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda, intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran dan

laras bahasa. Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap

huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka

menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul

mengikut bunyi, ejaan dan makna.

Tekanan pula adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan

memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku

kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. Mora

bermaksud panjang-pendek. Ianya adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya

sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas dalam Bahasa

Melayu dan kalau ada pun ia tidak membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih

ketara dalam Bahasa Inggeris dan Arab.

Jeda yang juga disebut sebagai persendian. la digunakan untuk memisahkan

elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam sesebuah

ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa

makna yang berbeza jika ia digunakan. Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau

13

Page 14: Pengenalan bm3104

menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. la kadangkala disebut sebagai nada suara.

Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis

ayat yang dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat

tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula

mempunyai intonasi yang menurun.

Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan

atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re,

Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu,

nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam Bahasa Cina. Tatabahasa

pula adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang menggabungkan kata untuk

membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. la terdiri

daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun

lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan

bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan.

Kelancaran bermaksud murid-murid boleh bertutur atau bercakap dengan baik,

kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada

gangguan semasa percakapan itu berlangsung. Kefasihan bererti murid-murid boleh

bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur dan lancar tetapi mereka juga

boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat yang dituturkan itu secara

jelas dan tepat. Mereka boleh bercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar.

Akhir sekali ialah laras bahasa. Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid

boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang

sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa itu untuk tujuan-

tujuan berkomunikasi secara berkesan.

Peringkat-Peringkat Kemahiran Bertutur

PERINGKAT AWAL

a) Melafazkan pengucapan bertatasusila.

b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.

c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat .

d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.

e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu.

f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.

g) Memberi arahan.

14

Page 15: Pengenalan bm3104

h) Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.

i) Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar.

PERINGKAT PERTENGAHAN

a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.

b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri.

c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.

d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.

e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa

bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya.

f) Membaca iklan dan peraturan-peraturan.

g) Memberi ucapan pendek dan mudah.

h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.

i) Memberi komen secara mudah.

j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

PERINGKAT MAJU

a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses

dan sebagainya.

b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya.

c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.

d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat.

e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.

f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.

g) Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan).

h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan

lain-lain.

i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.

j) Mendeklamasi puisi.

k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.

l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

Pemilihan Bahan Kemahiran Bertutur

15

Page 16: Pengenalan bm3104

Guru boleh memilih alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kriteria yang

berikut;

a) Bahan yang sedia ada

b) Kesesuaian dengan objektif pengajaran

c) Keberkesanannya.

Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu;

a) Guru, Murid dan Bilik darjah

Gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu

Proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya;

i. Guru menaikkan dan menurunkan tangan kanan atau menggerakan kepala

bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pertuturan.

ii. Guru menunjukkan cara membunyikan sesuatu sebutan

iii. Guru menggunakan papan tulisuntuk mencatat perkataan atau frasa yang

perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.

b) Objek Sebenar

Objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan bahan pengajaran

yang berkesan, untuk membolehkan murid;

i. Mengaitkan konsep dengan bunyi, contohnya, bunyi pelbagai kenderaan,

mergastua dan air dengan menggunakan alat audio seperti radio dan pita

rakaman.

ii. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku.

Contohnya, pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza dengan

pertuturan di pasar. Contoh ini boleh ditunjukkan atau didengar melalui alat

audio dan visual seperti television, video, filem dan transperansi.

iii. Bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan saiz,

buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan yang boleh digunakan

secara kreatif sebagai bahan bertutur.

c) Gambar

Guru digalakkan mempunyai fail untuk menyimpan gambar yang boleh digunakan

dalam pengjaran dan pembelajaran bertutur. Sama ada gambar tunggal atau gambar

bersiri boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk murid-murid bercerita,

16

Page 17: Pengenalan bm3104

berlakon, berpuisi dan berdialog. Gambar-gambar yang digunakan hendaklah sesuai

dari segisaiz, terang dan jelas.

Aktiviti-Aktiviti Bertutur

Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau

temubual dan lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang membolehkan

murid-murid mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang

paling dekat dengan situasi kehidupan sehari-hari.

Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat dipraktikkan.

Aktiviti-aktiviti di atas bolehlah dijadikan rangsangan atau model aktiviti lisan sebagai aktiviti

lanjutan di dalam kelas.

1. Aktiviti Perbualan

Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk.

Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut, oleh

kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta murid-murid sendiri memilih kawannya.

Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri yang

menceritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut tajuk yang telah

ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan menceritakan semula apa yang telah

diceritakan oleh rakan bualannya itu.

Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi: -

1. Guru menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam perbualan

itu.

2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk dibincangkan

dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk dan jika tajuk itu

tidak disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan

tajuk yang dirancangkan itu.

Contoh:

Tajuk: Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos

17

Page 18: Pengenalan bm3104

i. Kemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang berkaitan

dengannya. Misalnya, gelaran atau panggilan kepada pekerja di bahagian-bahagian

tertentu seperti posman, kerani, penjual setem, juruwang, penerima bungkusan dan

lain-lain lagi.

ii. Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos seperti setem,

bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan wang, borang telegram dan

sebagainya.

iii. Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas:

Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan, seperti setem,

telegram, bungkusan dan lain-lain.

Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap kaunter.

Tetapkan murid-murid yang akan memegang peranan sebagai pembeli,

penghantar surat, penghantar bungkusan dan sebagainya.

Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki misalnya: -

Minta beli setem.

Bertanyakan harga setem.

Minta borang telegram.

Hendak menyimpan wang.

Hendak mengeluarkan wang dan sebagainya.

iv. Perkenalkan barang-barang yang hendak digunakan itu seperti setem dengan harga-

harganya (misalnya 5 sen, 10 sen, 20 sen, 75 sen, $1.00) dan seterusnya setakat

yang sesuai dengan pengetahuan membilang dan mengenal angka yang telah sedia

ada pada murid-murid.

v. Bincangkan bentuk dan ragam ayat yang hendak digunakan.

vi. Daftarkan di papan hitam atau kad imbasan perkataan-perkataan yang diperlukan

dalam aktiviti yang akan dijalankan.

vii. Mengadakan latihan menggunakan ayat-ayat yang hendak digunakan di dalam

18

Page 19: Pengenalan bm3104

aktiviti itu.

viii. Menggunakan ayat-ayat di atas dalam situasi sebenar di pejabat pos tadi.

ix. Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi menceritakan

semula apa yang telah dibuatnya di pejabat pas sebentar tadi.

x. Guru boleh bersaal jawab dengan murid-murid lain yang mengambil bahagian

tentang apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan mereka sebentar tadi.

xi. Guru boleh menyediakan dialog pendek sebagai rangsangan pelajaran lisan untuk

aktiviti selanjutnya.

Aktiviti lisan seperti ini boleh juga dijalankan dengan menggunakan tajuk-tajuk seperti

pasar, kedai makan, kedai buah-buahan, kedai buku dan kedai runcit.

2. Aktiviti Bercerita

Dalam pengajaran lisan, bercerita memainkan peranan yang penting, bukan sahaja di

kalangan kanak-kanak malah juga di kalangan orang-orang dewasa.

o OBJEKTIF BERCERITA

a) Menyuburkan daya imaginasi kanak-kanak:

Kanak-kanak boleh secara imaginasi memasuki alam cerita tersebut dan

menggambarkan seolah-olah mereka yang terlibat. Misalnya, menjadi

angkasawan, gergasi dan haiwan.

b) Membina rasa hati:

Dalam cerita sering didapati watak-wataknya menemui kejayaan atau

mengalami bahaya-bahaya yang menyebabkan penderitaan. Keadaan ini dapat

membantu dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Sikap mereka terhadap

manusia, pendapat-pendapat, perkara-perkara dan lain-lain dalam kehidupan

secara am boleh diubah dengan cara guru membawa mereka kepada tema

cerita itu.

c) Menyuburkan akal dan kecerdasan murid-murid:

19

Page 20: Pengenalan bm3104

Semasa cerita disampaikan, minat dan rasa hairan murid-murid dibangkitkan.

Mereka digalakkan menyoal, mengemukakan pandangan dan memberi komen

terhadap peristiwa dan watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti ini boleh

diikuti dengan perbincangan selanjutnya.

d) Menggalakkan perkembangan bahasa murid-murid:

Dengan cara memperkenalkan perkataan-perkataan baru, ayat, peribahasa,

teka-teki dan sebagainya perbendaharaan kata murid-murid boleh diperluaskan.

e) Asas untuk pendidikan agama:

Ada sesetengah cerita mempunyai pengajaran atau contoh yang baik. Melalui

cerita-cerita seperti ini, terutama cerita-cerita yang mengandungi pendidikan

moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik akan dapat disemai di

kalangan murid-murid.

o PRINSIP-PRINSIP BERCERITA

Cerita harus mempunyai tema yang sesuai dan bermakna cerita dari segi tema atau jalan

cerita, bahasa dan lain-lain hendaklah bersesuaian dengan umur, latar belakang dan

pengalaman murid-murid.

a) Cerita harus menggunakan bahasa yang sesuai. lni bermaksud bahasa perlulah

mudah, tepat dan jelas serta tidak mengandungi perkataan atau rangkai kata yang

boleh mengelirukan. Perkataan atau rangkai kata yang mengandungi beberapa

pengertian harus juga dielakkan.

b) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Episod tersusun dan ada kesudahan.

Semasa menyampaikannya, guru perlu menggunakan aneka gaya, menggunakan

gerak isyarat, pergerakan, pernyataan, menggunakan cakap ajuk, lakonan dan

sebagainya.

c) Penglibatan murid-murid sepenuhnya adalah juga penting. Libatkan intelek, emosi

dan kadang-kadang fizikal murid semasa sesi bercerita. lni diikuti dengan aktiviti-

aktiviti sebagai gerakerja lanjutan.

o KEMAHIRAN BERCERITA

Berbagai-bagai kemahiran digunakan dalam kemahiran bercerita.

Kemahiran-kemahiran ini boleh dikumpulkan kepada dua komponen iaitu :-

20

Page 21: Pengenalan bm3104

a) Komponen struktur.

b) Komponen penyampaian.

Komponen Struktur

- Komponen struktur ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :-

Permulaan

Pembentukan

Penutup

i. PERMULAAN

a) Guru harus menarik perhatian murid dan keadaan ini sebaik-baiknya dapat

dikekalkan sehingga ke akhir sesuatu pembelajaran. Keadaan ini selalunya boleh

didapati melalui penggunaan gerak isyarat yang sesuai, pernyataan muka, gambar,

perhubungan penglihatan, media dan sebagainya.

b) Guru harus menunjukkan minat dan kecenderungannya untuk membentuk satu

perhubungan yang baik dengan kelas.

ii. PEMBENTUKAN

a) Bahasa yang sesuai:

Bahasa yang digunakan mestilah mudah, sesuai supaya maksud cerita dapat

disampaikan dan difahami. Penggunaan cakap ajuk di tempat-tempat yang boleh

menambahkan kesan dan menjadikan pendengar-pendengar memberi lebih

banyak perhatian kepada cerita hendaklah selalu diadakan. Perkataan-perkataan

dan rangkai kata yang kabur patut dielakkan dan jika ada perkara-perkara baru, ia

patut digambarkan sarna ada melalui lisan atau dengan cara menggunakan

gambar.

b) Kelancaran pertuturan:

Ini penting untuk perkembangan cerita yang licin. Kefahaman murid-murid akan

lebih baik dan berkesan.

c) Suara guru:

Cerita akan menjadi lebih menarik dan boleh berbentuk hiburan jika ada

perubahan-perubahan dalam suara guru. Ini ditegaskan dari segi nada, intonasi,

ketinggian, kekuatan dan sebagainya. Ini biasanya berlaku pada tempat-tempat

yang sesuai, secocok dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu.

21

Page 22: Pengenalan bm3104

d) Gerak-geri dan pernyataan yang sesuai:

Gerak isyarat dan pernyataan yang sesuai dan bermakna membantu menerangkan

atau menyampaikan maksud atau kandungan sesebuah cerita. la juga

membangkitkan minat dan memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid.

e) Rangsangan yang tepat:

Semasa bercerita rangsangan yang berbeza boleh digunakan untuk mengarahkan

minat dan perhatian murid kepada cerita keseluruhannya; misalnya, media yang

sesuai digunakan, soalan-soalan boleh dikemukakan, atau cadangan-cadangan

dan pendapat muridmurid di mana-mana yang sesuai boleh diterima dan

disesuaikan dengan cerita.

f) Aturan perkembangan cerita:

Peringkat-peringkat atau bahagian-bahagian cerita yang membentuk keseluruhan

cerita mesti dalam susunan 'dahulu-kemudian'.

g) Penjelasan tema cerita:

Ini harus dibentuk dengan baik supaya pendengar-pendengar boleh

membincangkan plot cerita, watak-watak utama dan dapat membuat gambaran

mengenai moral cerita tersebut.

h) Penglibatan murid-murid:

Semasa membentuk cerita, murid-murid boleh terlibat sama secara efektif, kognitif

dan kadang-kadang fizikal. Mereka boleh terlibat secara lisan, atau dengan

melakukan sesuatu, atau memberi pandangan dan pendapat atau sebagainya.

iii. PENUTUP

a) Cerita mempunyai kesudahan: Ini perlu untuk memenuhi objektif guru.

b) Penyediaan gerak kerja atau aktiviti lanjutan. Pelbagai bentuk aktiviti boleh mengikut

sesi bercerita. Murid-murid boleh dilibatkan dalam perbincangan, lakonan, ekspresi,

bersoal jawab dan sebagainya.

Komponen Penyampaian

Komponen penyampaian ini bertujuan untuk menyampaikan cerita dengan lebih berkesan

lagi, pelbagai kemahiran boleh digunakan oleh guru.

22

Page 23: Pengenalan bm3104

Di antaranya ialah:

i. Penggunaan bahasa:

a) Bahasa mestilah jelas. Perkataan yang sesuai adalah mustahak. Bahasa

juga harus mudah, elakkan perkataan dan rangkai kata yang kabur. Kata-

kata penghubung digunakan untuk membantu dalam perkembangan cerita.

b) Suara: Jelas dan terdapat perubahan dalam nada dan intonasi. Ini mustahak

kerana ia boleh menjadikan cerita lebih hidup, menarik, bermakna dan

dramatis.

ii. Keceriaan guru:

a) Penggunaan gerak isyarat/pernyataan: Pergerakan yang bermakna dapat

membentuk minat dan kefahaman yang lebih. la dapat menyampaikan

maksud yang sebenar.

b) Penggunaan pergerakan: Perhatian dapat dibuat dengan pencerita bergerak

tetapi dia harus pasti yang pergerakannya mempunyai tujuan dan

bersesuaian pula untuk membentuk kesan yang diper1ukan.

iii. Penglibatan murid-murid:

a) Pergerakan murid: Semasa sesi bercerita, murid-murid boleh dipanggil untuk

melakonkan sesuatu babak, situasi atau peristiwa dalam cerita. Pergerakan

yang bertujuan itu membantu dalam pembentukan cerita dan dapat

mengurangkan rasa bosan. Secara tidak langsung ia menambah penglibatan

murid-murid.

b) Jawapan murid-murid: Ini menjadi maklumat balik terhadap cerita si

pencerita. Dengan maklumat ini, guru dapat menyediakan gerak laju yang

sesuai dan mengubah ceritanya di tempat tertentu.

iv. Penggunaan alat bantuan:

a) Media alat pandang-dengar: Media pandang-dengar yang dipilih mestilah

berkaitan dengan situasi cerita dan digunakan untuk membangkitkan minat

serta memberi kefahaman yang lebih baik kepada murid-murid.

b) Contoh-contoh: Contoh-contoh yang sesuai boleh menolong murid-murid

meluaskan lagi kefahaman mereka serta berpeluang menikmati cerita itu

sepenuhnya.

v. Peneguhan:

a) Lisan: Pencerita boleh menggunakan ulangan di mana-mana yang perlu.

23

Page 24: Pengenalan bm3104

Idea murid-murid, kata-kata galakan serta komen mereka perlu diberi

perhatian dan ini penting dari segi peneguhan kognitif dan efektif.

b) Pernyataan gerak isyarat: Gerak-geri, pernyataan muka dan badan, jika

digunakan dengan betul, akan membantu menjadikan cerita lebih jelas, hidup

dan bermakna.

vi. Perkembangan cerita:

a) Langkah: Harus ada gerak laju yang sesuai semasa bercerita. lni bergantung

kepada bagaimana ia disampaikan; dengan perkataan lain, ia mengikuti satu

corak atau aturan yang sesuai untuk mengembangkan cerita.

b) Perkaitan: Peringkat-peringkat tertentu dalam cerita dikaitkan dalam cara

yang lain. Kata penghubung yang betul penggunaannya, akan memastikan

tidak ada sekatan dalam aliran cerita.

c) Hentian: Ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mendengar secara

imaginatif memikirkan masalah dan isu-isu yang disampaikan.

o DASAR PEMILIHAN CERITA

a) Cerita-cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan pengalaman, latar belakang,

peringkat umur, kebolehan otak, kecenderungan dan minat kanak-kanak.

b) Cerita-cerita itu harus menggunakan bahasa yang baik, mudah dan tidak berbelit-

belit serta betul pula tatabahasanya.

c) Isi atau tema cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pendidikan, terutama dari

segi pendidikan akhlak dan budi pekerti.

d) Cerita yang dipilih itu sebaik-baiknya biarlah daripada cerita-cerita yang boleh

dijadikan bahan lakonan atau kerja bertulis.

e) Plot cerita seharusnya menarik dan mudah difaham.

f) Cerita-cerita yang dipilih itu juga semestinya tidak menyinggung mana-mana

agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan.

g) Cerita-cerita juga tidak seharusnya rnenyentuh dasar kerajaan atau bertentangan

dengan dasar tersebut.

24

Page 25: Pengenalan bm3104

h) Cerita harus ada unsur-unsur perpaduan kebangsaan.

o CARA MENJALANKAN PELAJARAN CERITA

i. Guru rnenerangkan terlebih dahulu perkataan atau rangkai kata yang susah yang

hendak digunakan dan rnenerangkan juga perkara-perkara yang menjadi latar

belakang cerita itu

ii. Setelah rnengumpulkan murid-murid di hadapan darjah, guru terus becerita sambil

rnenunjukkan gambar-gambar atau alat bantu mengajar yang lain untuk

menguatkan lagi perhatian dan kefahaman mereka.

iii. Setelah selesai bercerita, guru bolehlah rnengemukakan soalan-soalan. Guru

bolehlah rnenyoal isi cerita dan murid-murid juga boleh menyoal.

iv. Pelajaran akan lebih rnenarik jika kanak-kanak diminta rnelakonkannya jika sesuai

dengan masa dan keadaan.

3. Aktiviti Lakonan

Lakonan bukan sahaja dapat melatih kanak-kanak bertutur dengan baik malah dapat juga

rnendorongkan rnereka beraksi dengan gerak-geri yang bersahaja. Jenis lakonan yang

boleh digunakan ialah:-

Lakonan Bisu.

Lakonan Berkait.

Lakonan Berseni Kata dan Menggunakan Pergerakan.

Lakonan Menggunakan Patung.

1. LAKONAN BISU

Lakonan ini hanya menggunakan pergerakan anggota tanpa berkata apa-apa.

Dengan berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka apakah yang

dibuat oleh pelakon itu. Dalam hal ini, murid-murid akan sentiasa berfikir dan memerhatikan

dengan teliti perhubungan pergerakan itu.

Murid-murid yang berlakon itu pula berpeluang memikirkan sesuatu yang hendak

dilakonkannya dan menghubungkannya pula dengan sesuatu kejadian itu. Lakonan jenis ini

25

Page 26: Pengenalan bm3104

adalah satu cara untuk melepaskan tenaga yang berlebihan atau melepaskan emosi yang

meluap-Iuap di kalangan mereka.

Guru bolehlah terlebih dahulu berunding dengan murid-murid yang akan mengambil

bahagian dan meminta mereka melakonkannya. Murid-murid lain diminta memerhatikan

setiap pergerakan yang dilakonkan oleh rakan-rakan mereka.

Perkara-perkara yang boleh dilakonkan ialah :-

I. Pekerjaan rumahtangga:

Membelah kayu, menyapu, membasuh kereta, mengangkat air, menyiram

bunga, membasuh baju, membuai adik dan lain-lain.

II. Permainan:

Main gasing, guli, layang-layang, bermain bola, mandi sungai dan lain-lain.

III. Binatang:

Kambing makan rumput, itik berjalan, burung terbang, kambing dikejar oleh

anjing dan sebagainya.

IV. Situasi:

Membeli barang-barang, membeli setem, mengambil air sembahyang dan

sebagainya.

2. LAKONAN BERKAIT

Lakonan ini amat sesuai dijalankan pada peringkat rendah. Guru menyebut sesuatu

perkataan sambil melakonkannya sekali, misalnya duduk, tidur, saya buka buku, say a

menulis di papan hitam, saya bersikat dan sebagainya. Kanak-kanak akan dapat

menangkap perkaitan antara percakapan dengan lakonan dan akan membuatnya berulang-

ulang kali.

3. LAKONAN BERSENI KATA DAN MENGGUNAKAN PERGERAKAN

Lakonan jenis ini biasanya dijalankan dengan dua cara iaitu :-

i. Lakonan yang tidak bersengaja.

Kanak-kanak melakonkannya selepas mendengar sesuatu cerita atau kejadian dengan

tidak memerlukan persediaan yang panjang lebar. Guru memberi nasihat dan

26

Page 27: Pengenalan bm3104

cadangan sahaja. Kanak-kanak berlakon bebas dan menggunakan perkataan--

perkataan mereka sendiri.

ii. Lakonan yang bersengaja.

Lakonan jenis ini biasanya disediakan khas daripada buku-buku cerita. Murid-murid

dilatih dan diberi tugas untuk menjayakannya. Biasanya guru akan menyediakan

senikata untuk mereka.

Lakonan berseni kata ini boleh dijalankan seperti berikut :-

a. Terangkan dahulu apa yang patut dibuat oleh murid-murid sama ada dengan

menceritakan peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberi senikatanya.

b. Selepas itu guru bolehlah memilih pelakon-pelakonnya. Semasa pemilihan dibuat,

pastikan peluang berlakon itu diberi kepada semua. Guru tidak seharusnya bergantung

kepada murid-murid yang pandai sahaja.

c. Guru kemudian memberi arahan atau petunjuk bagaimana saharusnya diperbuat oleh

setiap orang pelakon.

d. Kanak-kanak melakonkannya dengan bebas sebagaimana yang dikehendaki oleh

jalan ceritanya. Jangan ganggu kanak-kanak semasa berlakon walaupun didapati tidak

memuaskan.

e. Setelah itu baharulah guru membetulkan kesilapan mereka dan jika perlu mereka

diminta melakonkannya sekali lagi sebelum memberi peluang kepada kanak-kanak

lain berlakon.

f. Guru hendaklah memberi perangsang iaitu jangan mengkritik atau menyalahkan

kanak-kanak sehingga boleh membunuh semangat dan minat mereka untuk berlakon.

g. Perlu juga guru menyediakan alat-alat seperti topeng dan pakaian yang sesuai supaya

lakonan itu menjadi lebih realistik dan berkesan.

4. LAKONAN MENGGUNAKAN PATUNG

Lakonan patung ialah lakonan antarabangsa yang tertua. Ia boleh juga digunakan

untuk menyampaikan pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah. Jenis-jenis patung

yang boleh digunakan ialah:-

i. Patung kayu:

27

Page 28: Pengenalan bm3104

Gambar binatang atau manusia diwarnakan dan kemudian dilekatkan kepada

kayu.

ii. Patung sarung tangan:

Kepala berjenis hidup-hidupan yang diperbuat daripada pelbagai alat dan

diberi pakaian.

iii. Patung tali

Anak-anak patung itu digerakkan dengan menggunakan kuasa tali yang

diikatkan kepadanya. Guru akan menunjukkan lakonan patung itu kepada

murid-murid dan melaluinya kanak-kanak dapat membetulkan kesalahan

bahasanya.

4. Aktiviti Perbincangan

Perbincangan adalah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di

kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Sewaktu berbincang,

murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan segala pandangan dan pendapat

mereka mengenai sesuatu topik. Sambil itu guru memandu serta mengarahkan pandangan-

pandangan mereka itu ke satu prinsip idea yang menyeluruh.

Melalui aktiviti mengajar begini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan

diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutarakan

idea-idea bernas dan lojik serta bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai

matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Aktiviti perbincangan biasanya dapat

menggalakkan penglibatan mereka secara aktif dan dinamik.

5. Aktiviti Syarahan atau Pidato

Aktiviti ini boleh dijalankan apabila murid-murid sudah dapat menguasai bahasa dengan

baik, boleh bertutur dengan gaya, nada dan intonasi yang betul. Tajuk yang dipilih haruslah

bersesuaian dengan minat dan umur murid-murid. Tajuk boleh diberikan beberapa hari

sebelum aktiviti dijalankan tetapi pastikan yang murid-murid tidak membaca teks yang telah

disediakannya.

6. Aktiviti Berpuisi

Aktiviti ini bertujuan untuk membiasakan murid-murid membaca puisi dengan gaya, gerak-

geri, nada suara dan intonasi yang betul di samping memperkenalkan bentuk-bentuk puisi

28

Page 29: Pengenalan bm3104

itu atau menyuruh murid-murid menciptanya atau boleh juga memetiknya daripada petikan-

petikan luar. Di antara bentuk-bentuk puisi ialah pantun, syair, gurindam dan seloka, teka-

teki dan sajak.

7. Aktiviti Temuramah

Sesi-sesi temubual atau temuramah juga boleh diadakan untuk menambahkan kemahiran

lisan. Pilih dua atau tiga orang murid bagi satu-satu sesi yang mengambil masa lebih kurang

lima hingga enam minit. Tentukan siapa yang berperanan sebagai orang yang menemuduga

dan ditemuduga. Soalan-soalan boleh dikemukakan secara spontan atau disediakan

sebelumnya.

Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur

Mackey (1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, mencadangkan beberapa

kaedah pengajaran kemahiran bertutur bagi memastikan ketepatan penggunaan aspek-

aspek bahasa dalam kemahiran lisan. Mickey mencadangkan aktiviti-aktiviti latihan seperti

meniru dan menghafal dialog, latih tubi pola ayat, latihan pandang dan sebut dan karangan

lisan.

Latih Tubi

Latihan dimulakan dengan penyebutan guru dan kemudian murid-murid meniru dan

mengulangi sebutan tersebut secara beramai-ramai, dalam kumpulan besar,kumpulan kecil

dan selanjutnya secara individu. Sekiranya murid menghadapi masalah guru akan menyebut

semula dan meminta murid-murid mengulangi sebutan itu lagi. Latih tubi sebutan meliputi

latih tubi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata, dan dan bunyi-bunyi fonem yang

diambil daripada bahagian dialog yang akanditiru dan dihafal oleh murid-murid. Latih tubi

penyebutan bunyi meliputi lati tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin

menimbulkan masalah sebutan di kalangan murid-murid. Latih tubi pasangan minimal juga

digunakan. Dalam latih tubi ini, pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang

paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan. Contohnya perkataan daki dengan

laki, tari dengan lari, malu dengan balu dan lain-lain.

Dialog Dan Nyanyian

Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan.

Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid

meniru dan menghafal dialog. Teknik latih tubi dialog adalah sama dengan teknik latih tubi

pola ayat. Kadang-kadang seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafal

29

Page 30: Pengenalan bm3104

oleh murid-murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran

lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak

dan nada yang tertentu.

Latihan Pandang Dan Sebut

Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan

sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang digunakan

dalam teks latihan. Di samping itu kad-kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian

filem dan slaid sering juga digunakan. Semua alat bantu ini digunakan dalam latih tubi

supaya murid-murid dapat menghsailkan pertuturan yang diperlukan oleh guru.

Karangan Lisan

Karangan ini merupakan karangan dalam bentuk lisan yang dihasilkan oleh murid-murid

berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut adalah dalam bentuk bersoal

jawab, latihan penghasilan dan karangan bebas.

Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan yang bedasarkan petikan yang dibaca

ataupun senarai gambar yang diberi. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki menjawab

soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.

Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberikan petikan untuk dikaji.

Kemudian murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan

perkataan mereka sendiri.

Karangan bebas hanya diberikan pada peringkat tertentu sahaja. Murid-murid

dikehendaki mencari bersama, butiran tentang tajuk tersebut dan mereka dikehendaki

berbual tentang tajuk tersebut.

2.2.3 KEMAHIRAN MEMBACA

Kamus Dewan Edisi Ketiga mengtakrifkan membaca ialah memerhatikan isi sesuatu

yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.

Mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda secara lisan iaitu

dengan kuat. Boleh juga dikatakan mengucapkan baris -baris sajak dengan penuh perasaan

di hadapan penonton.

Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar

serta sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek

30

Page 31: Pengenalan bm3104

pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai

teknik membaca.

Membaca terbahagi kepada empat jenis peringkat membaca iaitu pertama bacaan

secara mekanis (bersuara), kedua bacaan secara mentalis atau akaliah (kefahaman), ketiga

bacaan secara intensif (mendalam) dan yang keempat bacaan secara ekstensif (meluas).

Bacaan secara mekanis atau bersuara kadang-kadang menggunakan nama yang

lain seperti membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau apa-apa nama yang

digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan

dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan

seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan

dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca

yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan.

Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa

sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki

kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh

mengelompokkan kata - kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para

pendengar.

Tujuan bacaan mekanis adalah banyak seperti membolehkan murid-murid membaca

dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, membolehkan

murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul, mengembangkan atau

mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan juga apabila menggunakan

kamus, membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula

berhenti pada tempat - tempat berhenti yang betul, dapat menggunakan kemahiran bahasa

dalam mata-mata pelajaran yang lain, untuk membolehkan murid - murid mencapai

kemahiran dan kecekapan membaca bersuara, dapat mengenal pasti laras bahasa yang

pelbagai, menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan dan akhir sekali dapat mengulas isi

yang terdapat dalam bahan bacaan.

Bacaan secara mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau

menukarkakn isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan

mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan

dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebgainya tidak

dilakukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid mencapai

kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.

31

Page 32: Pengenalan bm3104

Tujuan utama bacaan jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman.

Membaca mentalis ialah kunci bagi segala ilmu pengetahuan. Bacaan mentalis merupakan

aktiviti membaca yang dapat menguasai sebahagian besar kehidupan kita. Dibandingkan

dengan bacaan nyaring, dapat dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika kegiatan membaca

dilakukan orang lain tidak akan terganggu.

Berdasarkan konsep bahawa setiap kanak - kanak harus mencari, memilih,

melangkah dan maju dengan sendiri kaedah membaca perseorangan adalah satu strategi

yang amat menarik. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara

berkesan.

Bacaan secara intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan

memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang

dibaca dengan tepat. Di samping itu ia memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-

ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa

itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan

bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Bacaan intensif melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan

bacaan. Biasanya, ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek untuk mengkaji pola

kalimat, latihan kosa kata, telaah kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang

benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu yang dipilih secara berhati - hati dengan

mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini

adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi ini,

membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah

ditekankan. Sementara dalam membaca telaah bahasa, aspek - aspek yang bersangkut-

paut dengan bahasa ditegaskan.

Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca,

mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka

bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan - perkataan dengan jelas

dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus

boleh memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan

bacaan intensif boleh dilaksanakan.

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan

kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.

32

Page 33: Pengenalan bm3104

Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti

pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan

situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan

bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Bacaan secara ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti - aktiviti

membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan

kepada beberapa aspek terutamanya menitik beratkan aspek pengukuhan asas bacaan,

menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan

membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi - isi

penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan

dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

1.0 Pemilihan Bahan Bacaan

Menentukan tahap kesukaran adalah dengan memastikan bahan itu boleh dibaca dengan

penggunaan kamus yang minimum. Sekiranya murid terpaksa merujuk terlalu banyak

perkataan sukar di dalam kamus, dia cepat letih dan keliru apabila cuba mencantumkan

semua perkataan-perkataan baru yang diperoleh maknanya dalam kamus.

Sekiranya murid baru mula membaca, cari bahan-bahan yang disediakan khas untuk

pembaca yang baru dengan membaca iklan-iklan akhbar, keterangan dibawah gambar dan

notis terutamanya apabila bahan-bahan itu dibantu dengan bahan bergambar.

Memilih tajuk bacaan adalah dengan memilih tajuk bacaan yang biasa dengan diri murid.

Kebiasaan dengan suatu tajuk membantu murid lebih mudah meneka makna perkataan

yang jarang ditemui. Keadaan ini dapat mengurangkan jurang pengetahuan bahasa. Pilih

keratan akhbar yang pendek dan petikan majalah berkaitan topik yang murid mempunyai

sedikit pengetahuan mengenainya.

Bahan yang menarik minat adalah dengan memilih bahan-bahan yang difikirkan

mendatangkan minat supaya terus membaca. Sekiranya didapati bahan yang dibaca itu

menarik, murid mungkin meneruskan bacaannya dan situasi ini menunjukkan sebahagian

daripada kejayaan murid.

AKTIVITI KEMAHIRAN MEMBACA

Aktiviti Peringkat Prabacaan

33

Page 34: Pengenalan bm3104

Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama

Memilih bentuk yang sama dan berbeza dari segi warna, bentuk dan saiz.

Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf.

Mengelaskan benda atau bentuk gambar mengikut kumpulan.

Menyusun benda atau gambar mengikut urutan.

Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis

Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan.

Membaca perkataan bergambar.

Menyusun semula huruf yang diberi untuk membina perkataan bepandukan

gambar.

Membunyikan suku kata yang ditunjukkan.

Mengeja perkataan dan membaca ayat

Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam perkataan.

Aktiviti Peringkat Membaca Dan Memahami

Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataan-perkataan

yang diberi.

Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi.

Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan.

Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah.

Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan.

Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lisan.

KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

Kaedah Mengeja

a. Mengeja dan membatang suku kata seperti b, a,= ba; t, u= tu. kemudian suku

kata ini digabungkan menjadi perkataan.

b. Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu.

Kaedah Bunyi

a) Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain,

misalnya ba, tang,= batang

b) Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan

akhirnya perkataan. Misalnya, b (beh), a (ah) = ba.

34

Page 35: Pengenalan bm3104

Kaedah Huruf

a) Mengenal nama-nama huruf – a, b, c, d,- , z, vocal dan konsonan.

b) Di dalam Bahasa Malaysia yang dibunyikan ialah:

Vocal - a, e, i, o, u

Vocal dan konsonan – ba, be, bi, bu, bo

Diftong - ai, au, oi

c) Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misalnya ba

+ tu = batu.

d) Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.

Kaedah Pandang Sebut

Kaedah ini mementingkan dua perkara iaitu:

a) Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui

gambar.

Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

2.2.4 KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat

serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu

pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat gramatis, tanda baca

dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.

35

Page 36: Pengenalan bm3104

Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada

suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa. Menulis adalah proses

memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara,hal dengan

menggunakan perantaraan bahasa.

Kemahiran menulis terbahagi kepada dua iaitu kemahiran menulis secara mekanis

dan kemahiran menulis secara pelahiran mental. Pertama, kemahiran menulis secara

mekanis melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya. Ianya penting

untuk dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menulis dengan kemas. Kedua,

kemahiran menulis secara pelahiran mental. Biasanya dikuasai selepas pelajar menguasai

kemahiran mekanis. Contohnya seperti membuat karangan melibatkan pernyataan

pendapat atau lain-lain.

Jenis kemahiran menulis

Kemahiran menulis secara mekanis

• Melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya

• Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menulis dengan kemas.

• Pelajar diperkenalkan huruf tanda bacaan dan lain-lain.

Langkah Kemahiran Menulis Secara Mekanis

• Latihan pergerakan tangan, otot dan jari

• Tunjukkan pergerakan tangan menulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan

sebagainya.

• Melatih menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar.

• Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong dan lain-lain.

• Melatih murid menulis cepat, senang dan kemas.

Kemahiran Menulis Secara Pelahiran Mental

• Biasanya dikuasai selepas pelajar menguasai kemahiran mekanis

• Contohnya membuat karangan melibatkan pernyataan pendapat atau lain-lain.

36

Page 37: Pengenalan bm3104

Peringkat Mengajar Menulis secara Pelahiran Mental :-

• Menyalin dan meniru

• Menghasilkan semula

• Menggabungkan

• Penulisan berpandu

• Penulisan bebas

Peringkat kemahiran menulis

1. PRAMENULIS

Melatih otot-otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata kepada

murid-murid.

Aktiviti boleh dilakukan dengan pelbagai cara

2. PERINGKAT MENDIRIKAN ASAS (MEKANIS)

Dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan.

Semasa menulis, murid digalakkan menyebut sambil menulis.

3. PERINGKAT UNTUK PELAHIRAN

• Mengajar murid menulis dengan bersih dan kemas dengan kepantasan

yang sesuai.

• Membolehkan murid-murid menulis dengan jarak yang sesuai antara

perkataan dalam ayat.

Contoh aktiviti pramenulis

Aktiviti membuat corak :

37

Page 38: Pengenalan bm3104

Aktiviti mewarnakan corak :

Aktiviti melukis secara menyerong atau menegak :

Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya

Contoh aktiviti peringkat mendirikan asas (mekanis) :-

1. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.

2. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu atau dua

3. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul

38

J P

Page 39: Pengenalan bm3104

4. Menulis huruf mengikut urutan yang tetap

5. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.

6. Menyalin perkataan dan ayat-ayat yang mudah.

Contoh Aktiviti Kemahiran Menulis Secara Pelahiran Mental.

• Mengisi silang kata.

• Mengisi tempat kosong dalam ayat

• Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai

• Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi

• Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai

• Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita

• Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan dan lain-lain.

Pemilihan bahan untuk kemahiran menulis

1. Buku latihan

Carta

Rajah

2. model

Transparensi dan overhead projector.

Kapur dan kertas bergaris dan tidak bergaris

Dan sebagainya.

Kesalahan biasa dalam tulisan :-

• Bentuk huruf tidak sama saiz.

• Jarak antara huruf tidak sama.

39

Page 40: Pengenalan bm3104

• Tulisan menjadi kotor.

• Kecondongan tulisan tidak sama.

Jenis-jenis penulisan :-

• Karangan terkawal

• Separuh terkawal

• Karangan bebas

• Karangan berpandu

Kaedah pengajaran kemahiran menulis :-

• Motivasi

• Persediaan

• Persembahan

• Perlaksanaan

• Penilaian

Proses kemahiran menulis

1. Pembelajaran tiga peringkat menulis

2. Mengajar tentang kedudukan badan,kertas dan pensel semasa menulis.

3. Mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf 

4. Kenalpasti kesalahan murid.

5. Menyediakan pelbagai alat pembelajaran.

40

Page 41: Pengenalan bm3104

41

SISTEM BAHASA

SISTEM EJAANpola keselarasan huruf vokalejaan kata pinjamanejaan kata dasar dan kata terbitan

TATABAHASAmorfologisintaksis

KOSA KATAPERIBAHASA

SEBUTAN DAN INTONASIsebutanintonasi

Page 42: Pengenalan bm3104

3.0 Sistem Bahasa

Sistem bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan,

sebutan dan intonasi, kosa kata dan juga peribahasa. Tatabahasa merupakan dasar

kecekapan berbahasa yang diajarkan secara terancang untuk ketetapan berbahsa dalam

setiap murid – murid. Dalam tatabahasa terdapat dua aspek iaitu morfologi dan sintaksis.

Menurut tatabahasa dewan edisi baharu, morfologi merupakan bidang ilmu bahasa

yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dalam Bahasa Melayu, morfologi

merupakan bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam Bahasa

Melayu. Unit – unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Sesuatu

perkataan dibentuk daripada satu atau beberapa morfem. Morfem adalah berbeza dengan

perkataan kerana perkataan berbentuk bebas dan bermakna manakala morfem boleh

bersifat bebas atau terikat. Oleh itu, proses pembentukan kata dalam Bahasa Melayu ialah

proses penyususnan morfem menurut sistem morfologi Bahasa Melayu.

Kebanyakan proses bahasa melibatkan pengimbuhan, pemajmukan dan juga

penggadaan. Terdapat pelbagai jenis peingimbuhan seperti imbuhan awalan, akhiran

sisipan dan juga apitan. Penggandaan pula merupakan proses mengulangi kata dasar untuk

menjadi satu perkataan yang bermakna. Pemajmukan ialah bentuk yang merangkaikan dua

atau lebih kiata dasar yang membawa makna tertentu. Struktur kata Bahasa Melayu pula

terdiri daripada pola suku kata dalam kata asli dan juga kata pinjaman Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mudah menerima kata pinjaman bahasa lain

suapaya dapat disesuaikan dengan keadaan semasa. Oelh itu struktur kata bahasa menjadi

semakin bertambah dan banyak. Untuk pembantukan kata pula, terdapat banyak aspek

yang dikaji dalam pembantukan kata Bahasa Melayu seperti kata tunggal, kata terbitan, kata

majmuk dan kata ganda.

Kata tunggal merupakan bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar

dan tidak menerima bentuk imbuhan dan dasar yang lain. Kata tunggal juga mengandungi

satu suku kata atau lebih suku kata. Akronim juga boleh dikategorikan di bawah

pembentukan kata tunggal. Kata terbitan pula merupakan bentuk kata yang mengandungi

kata dasar yang mengandungi imbuhan, sisipan dan apitan. Kebanyakan kata yang

menerima imbuhan merupakan morfem bebas semnetara imbuhan pula merupakan morfem

terikat. Proses pengimbuhan ini juga boleh berlaku pada kata dasar daripada jenis kata

terbitan dan juga kata majmuk. Kata ganda pula merupakan bentuk kata yang dihasilkan

daripada pengulangan kata dasar sama ada diulang secara keseluruhan atau pada

bahagian – bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Terdapat penggandaan

penuh seperti guru – guru dan juga penggandaan separa seperti lelaki.

42

Page 43: Pengenalan bm3104

Perkataan dalam sesuatu bahasa boleh digolongkan kepada beberapa golongan

mengikut kriteria masing – masing. Golongan kata dalam Bahasa Melayu terdiri daripada

empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Golongan kata nama

merangkumi sejumlah perkataan yang boleh dijadikan inti pada binaan frasa nama.

Golongan kata nama ini boleh dipecahkan kepada kata nama khas, kata nama am dan kata

ganti nama. Kata nama khas merupakan kata nama yang merujuk kepada sesuautu nama

atau benda yang khusus dan berpangkalkan hrurf besar. Kata nama am pula merupakan

perkataan yang merujuk kepada benda – benda yang umum sifatnya. Kata ganti nama

boleh dibahagikan kepada dua bahagian kecil iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti

nama diri.

Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjdi unsur

inti dalam binaan frasa kerja. Golongan ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu

kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang

tidak memerluka penyambut atau objek sesudahnya. Manakala, kata kerja tak transitif pula

merupakan kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya atau dikenali sebagai objek.

Golongan kata adjektif merupakan sejumlah perkataan yang menjadi unsur inti

dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan kumpulan

bardasarkan makna – makna perkataannya, iaitu kata adjektif sifat, kata adjektif warna, kata

adjektif unkuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif pancaindera, kata adjektif waktu, kata

adjektif cara, kata adjektif perasaan dan kata adjektif jarak. Golongan kata yang terakhir

ialah golongan kata tugas. Kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis

tetapi tidak boleh menjadi inti bagi frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji mengenai bentuk,

struktur dan binaan serta kontruktusi ayat. Sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum

atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan

untuk membetuk ayat dalam sesuatu bahasa. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah

unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaanya serta

pembahagian subjek dan predikat. Pemenggalan ayat biasa dilakukan oleh para penutur

bahasa. Ini dikenali sebagai pemenggalan frasa subjek dan frasa predikat. Aspek kedua

yang diberi perhatian pula ialah jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan dan

ayat tanya. Selain itu, ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif juga diberi perhatian dalam

bidang sintaksis ini. Susunan ayat sama ada songsang atau susnan biasa juga dilihat dalam

bodang ini. Aspek terakhir yang dikaji ialah binaan dan proses penerbitan ayat sama ada

ayat dasar, ayat tunggal dan ayat terbitan atau majmuk.

43

Page 44: Pengenalan bm3104

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa

dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau

sumber bagi pembentukan semua ayat lain. Dalam Bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh

dibahagikan kepada empat jenis. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa

sahaja, iaitu mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Perbezaan

ayat tunggal dengan ayat dasar ialah semua ayat dasar terdiri daripada ayat penyata,

manakal ayat tunggal boleh terdiri daripada jenis – jenis lain.

Sistem ejaan merupakan aspek yang terdapat dalam sistem bahasa. Sistem ejaan

mengkaji mengenai pola keselarasan huruf vokal, ejaan kata pinjaman dan ejaan kata dasar

dan kata terbitan. Sebagai satu bahasa semula jadi yang tergolong dalam salah satu bahasa

yang berkembang pesat di dunia, Bahasa Melayu tidak terkecuali menerima arus

perubahan, pembinaan dan pengembangan. Akibat pertembungan dengan bahasa –

bahasa lain. Bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi – bunyi bahasa

daripada bahasa tersebut. Terdapat lapan konsonan pinjaman yang terdiri daripada

konsonan geseran iaitu f,v,th,dh,z,sy,kh, dan gh.

Sistem bahasa yang ketiga dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu ialah sebutan

dan intonasi. Sebutan dan intonasi diajar supaya murid dapat menyebut perkataan dengan

betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kemahiran

mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid

dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan diajarkan supaya murid dapat

menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan hendaklah

menggunakan sebutan baku.

Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola iaitu jenis ayat,

susunan ayat dan ragam ayat. Dalam jenis ayat, terdapat ayat penyata, ayat tanya, ayat

seruan dan ayat perintah. Ayat penyata merupakan ayat yang diucapkan dengan maksud

membuat satu penyataan. Ayat ini bertujuan memberikan keterangan tentang sesuatu hal.

Ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat

tanya boleh dikategorikan kepada dua jenis berdasarkan sebutan dan intonasi iaitu ayat

tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. Ayat seruan ialah ayat yang

diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk melahirkan suatu keadaan

perasaan. Ayat perintah pula ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan

sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat iaitu ayat suruhan, ayat

larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud

apabila kita bercakap. Intonasi amat penting bagi tatabahasa Bahasa Melayu oleh sebab

peranannya dalam membezakan bahagian subjek dan predikat dalam ayat.

44

Page 45: Pengenalan bm3104

Susunan ayat pula terdiri daripada ayat biasa dan ayat songsang. Dalam susunan

biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya berada di hadapan konstituen predikat,

manakala susunan ayat songsang terjadi apabila proses pendepanan atau penjudulan

berlaku. Konstituen predikat biasanya berada di hadapan konstituen subjek. Unsur

penegasan perlu iaitu dengan melakukan proses pendepanan. Ragam ayat pula terdiri

daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang

mengutamakan subjek asal sebagau judul atau unsur yang diterangkan. Terdapat dua jenis

ayat aktif iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat pasif pula terbentuk asalnya

daripada ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal.

Sistem bahasa seterusnya yang ditekankan ialah dari aspek kosa kata. Kosa kata

juga boleh dikaitkan dengan perbendaharaan kata. Seperti mana yang diketahui, Bahasa

Melayu banyak mengalami pinjaman bahasa untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Oleh itu, kosa kata dalam Bahasa Melayu semakin bertambah dan menyebabkan murid –

murid perlu menguasai kosa kata ini dengan baik.

Aspek terakhir yuang terdapat dalam sistem bahasa sukatan pelajaran Bahasa

Melayu ialah peribahasa. Menurut Zaa’ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek

dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak

perkataannya. Peribahasa merupakan sebahagian daripada kiasan dalam Bahasa Melayu.

Pemilihan peribahasa perlulah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai dalam

masyarakat di Malaysia. Hal ini penting supaya adat resam Melayu tidak akan dilupakan

sehingga bila – bila.

45

Page 46: Pengenalan bm3104

46

PENGISIAN KURIKULUM

NILAI untuk melahirkan insan yang baik dan memiliki akhlak yang muliamembentuk generasi yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia.

KEWARGANEGARAANmengutamakan semngat cinta dan taat akan tanah air.meningkatkan komitmen individu terhadap negara.

ILMUmerangkumi pelbagai ilmu dan disiplin.pengetahuan semasa yang boleh diterapkan semasa proses pembelajran dijalankan.

PERATURAN SOSIOBUDAYAmeliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa.

Page 47: Pengenalan bm3104

4.0 Pengisian Kurikulum

Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan

terkini dalam pendidikan meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan dan peraturan

sosiobudaya. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan dan

di dalam kehidupan harian mereka. Di samping itu pendidikan ini diberi penekanan selaras

dengan matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani serta dapat

merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Penyerapan ilmu amat penting dalam sistem pembelajaran. Apabila ilmu itu

diperoleh barulah proses pembelajaran mencapai matlamat dan berkesan. Ilmu merangkumi

pelbagai bidang ilmu dan displin. Dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu ini bukan aspek

bahasa sahaja ditekankan tetapi semasa proses pengajaran guru boleh menerapkan

beberapa ilmu mata pelajaran yang lain seperti geografi, sejarah dan sebagainya. Pelajaran

Bahasa Melayu lebih kepada pembacaan jadi guru sedikit sebanyak boleh mendedahkan

mereka dengan ilmu-ilmu yang baru kepada mereka. Pendedahan kepada pelbagai ilmu

pengetahuan ini dapat melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas serta berkemahiran

tinggi.

Selain daripada mendedahkan pelajar dengan bahan bacaan yang pelbagai,

penyerapan ilmu juga boleh diterapkan melalui aktiviti pengajaran yang pelbagai sebagai

contoh guru boleh menerapkan pembelajaran Pendidikan Jasmani di dalam matapelajaran

Bahasa Melayu iaitu dengan melakukan aktiviti permainan bahasa yang melibatkan

pergerakan mereka. Hal ini juga dapat melahirkan murid yang cergas serta pembelajaran

yang aktif.

Sukatan pelajaran mencatatkan bahawa penerapan nilai murni dalam pendidikan

Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain

itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang

berhemah tinggi dan bepekerti mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni

masyarakat Malaysia perlu dipupuk sama ada secara langsung atau tidak langsung, selaras

dengan nilai sejagat. Usaha guru menerapkan nilai murni di sekolah merupakan amalan

menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jadi, sudah sewajarnya aspek ini

dilaksanakan dengan segala kesungguhan.

Sebenarnya, penerapan nilai murni berlaku secara berterusan dalam hidup kita sama

ada dalam masyarakat, di rumah, mahupun di sekolah. Di sekolah pula penyerapan nilai

murni dapat berlaku di luar dan di dalam bilik darjah. Penerapan nilai murni di dalam bilik

darjah dilakukan secara lebih terancang, siap dengan objektif afektifnya, dan dilaksanakan

47

Page 48: Pengenalan bm3104

dengan teknik-teknik tertentu. Satu cara yang lebih lazim untuk menerapkan nilai-nilai murni

adalah dengan menggunakan bahan-bahan bacaan yang sarat dengan nilai murni. Antara

bahan yang sesuai ialah peribahasa dan cerita teladan. Satu daripada aktiviti susulan

selepas aktiviti bacaan ialah murid menyatakan atau mengulas nilai murni itu. Paling tidak,

guru menyatakan pengajaran sesuatu cerita. Sebagai contoh, selepas menceritakan kisah

“Gagak dengan Takar”, dinyatakan subnilai kerajinan, iaitu kecekalan dan daya usaha gagak

membuahkan kejayaan atau dengan peribahasa “usaha tangga kejayaan.”

Sesungguhnya guru mempunyai peluang yang sangat banyak untuk menerapkan

nilai murni semasa berinteraksi dengan murid di dalam bilik darjah. Sebenarnya, sistem

bahasa itu sendiri mengutamakan nilai murni seperti kesantunan berbahasa. Ketika

mengajarkan bahan yang mengandungi maklumat pula, kemahiran murid untuk

menyampaikan maklumat itu perlu dititikberatkan. Pendeknya hampir kesemua aktiviti di

dalam bilik darjah dapat dimanipulasi untuk menerapkan nilai murni sama ada dengan cara

meminta murid menjadikan perkara baik sebagai teladan atau meminta mereka menjadikan

perkara buruk sebagai sempadan. Yang penting guru mesti menyedari akan kewujudan nilai

itu, menyerlahkannya kepada kelas dan memberikan peneguhan kepada murid untuk

mengamalkan nilai itu. Pendek kata, penerapan nilai murni mudah dan memang sentiasa

dapat dilaksanakan.

Aspek yang seterusnya yang terkandung di dalam pengisian kurikulum adalah

kewarganegaraan. Aspek ini juga penting bagi seseorang individu terutama pelajar sekolah

yang pada peringkat ini sedang melalui proses pengenalan mengenai negara dan bangsa.

Penting bagi seseorang individu itu untuk mengetahui akan negara dan cinta akan

negaranya. Untuk menerapkan aspek ini di dalam matapelajaran Bahasa Melayu, guru

boleh menyediakan bahan bacaan atau latihan dalam pembelajaran mengenai negara

contohnya berkaitan dengan kemerdekaan. Di sini guru boleh menceritakan mengenai

keperitan yang dihadapi oleh nenek moyang mereka demi membebaskan negara daripada

penjajah dan mencapai keamanan sehingga hari ini.

Sikap cinta akan negara sememangnya amat penting untuk diterapkan dalam diri

individu kerana apabila seseorang itu cinta akan negara mereka, mereka tidak akan

membiarkan anasir-anasir luar daripada menceroboh hak kenegaraan serta sentiasa

berusaha untuk mengekalkan keamanan yang dicapai kini. Dalam mengekalkan keamanan

yang dicapai guru perlu menerapkan sikap saling kerjasama dan memupuk perpaduan

antara semua kaum. Perpaduan ini yang memainkan peranan yang amat besar dalam

mengekalkan keamanan negara. Guru harus menegaskankan kepada pelajarnya bahawa

walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa tetapi mereka duduk

48

Page 49: Pengenalan bm3104

di bawah satu bumbung yang sama jadi mereka perlu adda sikap tolong- menolong dan

saling menghormati antara satu sama lain.

Aspek yang terakhir adalah peraturan sosiobudaya. Peraturan sosiobudaya dalam

pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan berbahasa, laras bahasa dan peribahasa

yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Aspek ini adalah penting dalam mencerminkan

ciri ketimuran yang dimiliki oleh masayarakat di Malaysia. Sememangnya masyarakat di

Malaysia kaya dengan budi bahasa dan amat menitiberatkan budi bahasa yang tinggi. Ini

dapat dilihat dengan kempen-kempen yang dijalankan tidak kira melalui media massa atau

media elektronik.

Dalam konteks ini sekolah perlu memainkan peranan dalam membantu memupuk

keperibadian bahasa yang tinggi dikalangan pelajar. Peraturan sosiobudaya ini banyak

boleh dilihat di dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Guru seharusnya mengajar setiap

daripada peraturan sosiobudaya ini di dalam pengajaran agar pelajar mendapat sepenuh

pendedahan mengenainya. Murid harus mengetahui laras-laras bahasa yang sesuai

digunakan untuk situasi-siatuasi tertentu. Kita tidak boleh menggunakan laras bahasa yang

sama untuk setiap perkara kerana ada laras bahasa yang tidak sesuai digunakan untuk

sesuatu situasi dan kadangkala tidak mudah untuk difahami. Apabila murid tahu akan

kepelbagaian laras bahasa mereka akan mudah untuk sesuaikan diri apabila berada di

pelbagai tempat dan akan faham akan bahasa yang digunakan.

Seterusnya mengenai kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa dapat dilihat

melalui nama panggilan yang digunakan untuk seseorang. Guru Bahasa Melayu perlu

menerangkan kepada pelajar mengenai nama panggilan yang sesuai digunakan untuk

individu-individu tertentu. Nama panggilan yang digunakan kadang kala mementingkan

aspek umur, pangkat serta darjat seseorang. Kita tidak boleh memanggil seseorang dengan

sewenang-wenagnya kerana ia akan boleh membangkitkan rasa tidak puas hati dikalangan

individu. Oleh yang demikian apabila di sekolah mereka sudah tahu akan perkara ini mereka

boleh mempraktikkannya apabila mereka berhadapan dengan masyarakat luar. Di sini

proses pembelajaran sedikit sebanyak telah membantu memberikan pengajaran yang

bermakna kepada individu.

Secara kesimpulan pengisian kurikulum ini amat menepati hasrat yang diutarakan di

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya ia menjadikan FPK sebagai garis

panduan dalam menghasilkan satu sukatan pelajaran yang bermakna. Di harap guru-guru di

sekolah dapat memenuhi segala pengisian kurikulum ini agar proses pengajaran dan

pembelajaran mencapai matlamatnya.

49