7- ASPEK TATABAHASA

30
Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK 122 Standard Kandungan Aspek Tatabahasa yang digubal bertujuan menentukan keupayaan murid menguasai asas berbahasa dengan nahu yang betul. Guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini secara penggabungjalinan dengan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran lisan, membaca atau menulis. Aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid ialah golongan kata, pembentukan kata dan pembinaan ayat. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran tatabahasa in harus diajar secara berfokus dan terancang. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru perlu menetapkan objektif yang mesti dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran aspek Tatabahasa yang disediakan. Standard Kandungan Aspek Tatabahasa Murid patut mengetahui dan boleh: 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. 5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul. 5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi. Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am konkrit dan penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks. 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas tak hidup dengan betul mengikut konteks. 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama tunjuk dengan betul mengikut konteks. 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja pasif dengan betul mengikut konteks. 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif dan kata penguat dengan betul mengikut konteks. 5.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA

description

tatabahasa

Transcript of 7- ASPEK TATABAHASA

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    122

    Standard Kandungan Aspek Tatabahasa yang digubal bertujuan menentukan keupayaan murid menguasai asas berbahasa dengan nahu yang betul. Guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini secara penggabungjalinan dengan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran lisan, membaca atau menulis. Aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid ialah golongan kata, pembentukan kata dan pembinaan ayat. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran tatabahasa in harus diajar secara berfokus dan terancang. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru perlu menetapkan objektif yang mesti dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran aspek Tatabahasa yang disediakan.

    Standard Kandungan Aspek Tatabahasa Murid patut mengetahui dan boleh: 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. 5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai

    situasi dengan betul. 5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi.

    Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am konkrit dan penjodoh bilangan

    dengan betul mengikut konteks. 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas tak hidup dengan betul mengikut

    konteks. 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama tunjuk dengan betul mengikut

    konteks. 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja pasif dengan betul mengikut konteks. 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif dan kata penguat dengan betul

    mengikut konteks.

    5.0 STANDARD KANDUNGAN DAN

    STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK

    TATABAHASA

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    123

    5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul

    mengikut konteks. 5.1.7 Memahami dan menggunakan kata bantu, kata perintah dan kata pemeri dengan

    betul mengikut konteks. 5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan akhiran -an, -kan, -i, imbuhan apitan pada

    kata kerja, kata nama dan kata adjektif serta imbuhan pinjaman dengan betul dalam pelbagai situasi.

    5.2.2 Memahami dan menggunakan kata ganda separa dengan betul dalam pelbagai

    situasi. 5.2.3 Memahami dan menggunakan kata majmuk bentuk yang telah mantap dengan

    betul dalam pelbagai situasi. 5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat yang

    betul dalam pelbagai situasi. 5.3.2 Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif dengan betul dalam pelbagai

    situasi.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    124

    5.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

    TATABAHASA

    Semasa merancang strategi pengajaran dan pembelajaran bagi aspek tatabahasa, guru perlu memberi pertimbangan pada aktiviti yang sesuai dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    125

    TEMA KESIHATAN

    TAJUK Amalan Pemakanan Seimbang

    MASA

    STANDARD PEMBELAJARAN

    5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja pasif dengan betul mengikut konteks.

    OBJEKTIF

    Pada akhir pengajaran murid dapat:

    i. menyenaraikan kata kerja pasif dengan betul secara lisan dan bertulis. ii. membina ayat menggunakan kata kerja pasif mengikut konteks dengan betul.

    PENGISIAN KURIKULUM

    Ilmu : Pendidikan Kesihatan, Celik Kewangan

    Nilai : Mementingkan Kesihatan

    EMK : Kreatif dan Inovatif

    KB : Menjana Idea, Mengecam

    BCB : Bacaan Intensif

    SISTEM BAHASA Tatabahasa: Kata kerja pasif

    BAHAN BANTU BELAJAR

    Lembaran kerja, benda maujud

    PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Murid dapat menyenaraikan lima kata kerja pasif secara lisan dan bertulis dengan betul.

    REFLEKSI

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    126

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    AKTIVITI

    PENGISIAN KURIKULUM

    CATATAN

    Berbual

    1. Murid diminta untuk mengambil contoh makanan yang terdapat di dalam kotak dan berbual tentangnya

    - Kepentingan makanan seimbang - Kesan pengambilan makanan seimbang

    : tidak diserang penyakit : tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk mendapatkan rawatan

    Ilmu : Pendidikan Kesihatan Nilai :Mementingkan Kesihatan Ilmu : Celik Kewangan

    Benda maujud KB : Menjana Idea Lampiran 1

    Membaca teks dan berbincang 1. Murid diberikan teks syarahan untuk

    dibaca secara intensif.

    2. Guru dan murid berbincang tentang teks.

    3. Murid diberi penerangan tentang kata kerja pasif. 4. Murid diminta menggarisi kata kerja pasif

    yang terdapat dalam teks.

    EMK : Kreatif dan Inovatif

    Lampiran 2 BCB : Bacaan Intensif KB : Mengecam

    Membina ayat

    1. Murid membina ayat dengan menggunakan kata kerja pasif yang terdapat dalam teks.

    2. Murid menulis ayat tersebut dalam buku latihan.

    KB : Menjana Idea

    Penilaian

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    127

    AKTIVITI

    PENGISIAN KURIKULUM

    CATATAN

    1. Murid menukarkan ayat kata kerja aktif kepada ayat kata kerja pasif.

    Lampiran 3

    Pemulihan

    1. Murid menuliskan kata kerja pasif yang betul berpandukan kata kerja aktif yang diberi.

    Lampiran 4

    Pengayaan 1. Murid menulis satu perenggan berita

    mengenai kesihatan dengan menggunakan beberapa ayat yang mengandungi kata kerja pasif.

    Lampiran 5

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    128

    Lampiran 1

    ARAHAN :

    Guru perlu menyediakan bekas-bekas kecil yang

    diisi dengan pelbagai jenis makanan dan dimasukkan

    ke dalam sebuah kotak.

    Contoh : Nasi

    Buah limau

    Kacang

    Roti

    Sayur

    Telur

    Susu

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    129

    Lampiran 2

    Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Guru Kelas 4 Baiduri, Puan

    Iffah Humaira dan rakan-rakan yang dikasihi.

    Saya ingin menyampaikan syarahan tentang Amalan Pemakanan Seimbang

    dan Kesannya Terhadap Kesihatan.

    Kesihatan diri amatlah penting. Sekiranya kesihatan tidak dijaga, kita akan mudah

    mendapat penyakit. Zat makanan diperlukan oleh tubuh kita. Zat makanan yang

    utama seperti karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan mineral.

    Pengambilan makanan yang seimbang hendaklah diamalkan, apatah lagi

    sistem pertahanan diri dapat diperkukuh dan penyakit boleh dihindari. Saya

    berharap kawan-kawan menjadikan amalan pemakanan seimbang dan beriadah

    sebagai budaya hidup.

    Sekian, terima kasih.

    Baca teks syarahan di bawah.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    130

    Lampiran 4

    Penilaian

    1. Wahidah mencuci pinggan di dapur.

    .

    2. Mereka meraikan hari lahir Puan Maizura.

    .

    3. Pak Sawardi menangkap ikan di laut.

    .

    4. Negara Malaysia telah mengalahkan Singapura dalam perlawanan

    bola sepak itu.

    .

    5. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memajukan negara kita.

    6. Cikgu Julia menasihati murid-muridnya agar mengulang kaji

    pelajaran.

    ..

    7. Putra Arif membaca buku cerita untuk mengisi masa lapangnya.

    ..

    8. Harimau yang garang itu menerkam kijang.

    .

    9. Mak Rohana sedang menganyam sarung ketupat untuk persediaan

    menyambut hari raya.

    .

    10. Tukang kebun sedang mencantas pokok bunga.

    ....

    Tukarkan ayat aktif di bawah

    menjadi ayat pasif.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    131

    Lampiran

    Pemulihan

    Kata kerja aktif Kata kerja pasif

    Memancing

    Memasak

    Menghidang

    Menggoreng

    Merebus

    Menutup

    Menjaga

    Menghindari

    Tukarkan kata kerja aktif di bawah menjadi

    kata kerja pasif.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    132

    Lampiran 5 Pengayaan

    Kelas Empat Rajin mempunyai murid seramai 40 orang. Pada minggu ini seorang murid telah diserang penyakit demam malaria. Dua orang lagi telah ....................................................................................................................................... ...................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... .....................................................................................................................................

    ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... .....................................................................................................................................

    dimasukkan diberi dinasihatkan dilarang

    ditemani diserang dibenarkan

    Karangkan sebuah cerita

    dengan menggunakan

    perkataan-perkataan diberi.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    133

    TEMA KESELAMATAN

    TAJUK Keselamatan di Jalan raya

    MASA

    STANDARD

    PEMBELAJARAN 5.3.2

    Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif dengan

    betul dalam pelbagai situasi.

    OBJEKTIF

    Pada akhir pengajaran murid dapat: i. menulis ayat pasif dengan betul berdasarkan ayat aktif yang

    diberi.

    ii. memberi pendapat tentang maklumat yang terdapat dalam poster

    PENGISIAN KURIKULUM

    Ilmu : PKJR, Celik Kewangan

    Nilai : Berhati-hati, Patuh

    EMK : Kreativiti dan Inovasi

    KB : Menjana Idea, Mengelas,

    Membanding Beza, Menyusun Atur

    SISTEM BAHASA Tatabahasa : Ayat aktif, ayat pasif.

    BAHAN BANTU BELAJAR

    Poster, keratan akhbar, lembaran kerja, senarai semak

    PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Murid dapat menulis ayat pasif berdasarkan ayat aktif yang diberi dengan betul.

    REFLEKSI

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    134

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    AKTIVITI

    PENGISIAN KURIKULUM

    CATATAN

    Bersoal jawab

    1. Murid dan guru bersoal jawab tentang poster keselamatan jalan raya yang ditunjukkan .

    2. Guru dan murid berbual tentang insuran hayat dan insuran kenderaan serta kepentingannya sekiranya berlaku kemalangan.

    Ilmu : PKJR, Nilai : Berhati-hati Ilmu: Celik Kewangan

    KB : Menjana Idea

    Lampiran 1

    Membina ayat 1. Murid membina ayat aktif berdasarkan

    poster.

    2. Murid membaca ayat aktif yang dibina.

    3. Guru menerangkan tentang ayat pasif.

    4. Murid dibimbing membina ayat pasif berdasarkan ayat aktif yang tersedia.

    KB : Menjana Idea Lampiran 1

    Dengar dan Catat 1. Beberapa orang murid diminta

    mengambil kad ayat di dalam kotak dan membacakan ayat tersebut.

    2. Murid lain menentukan sama ada ayat tersebut ayat aktif atau ayat pasif dengan mencatatkan dalam senarai semak yang disediakan.

    Lampiran 2(i) , 2(ii) KB - Mengelas

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    135

    AKTIVITI

    PENGISIAN KURIKULUM

    CATATAN

    Penilaian

    1. Murid membina ayat pasif berdasarkan ayat aktif yang diberi.

    Lampiran 3

    Pemulihan

    1. Murid menyusun semula perkataan

    menjadi ayat pasif yang betul.

    KB : Menyusun Atur Lampiran 4

    Pengayaan

    1. Guru mengedarkan satu keratan

    akhbar.

    2. Murid membaca keratan akhbar secara mentalis dan mengenal pasti ayat aktif dan ayat pasif.

    3. Murid menyalin ayat aktif dan ayat pasif pada ruangan yang betul.

    KB : Membanding Beza Lampiran 5(i), 5(ii)

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    136

    Lampiran 1

    Teliti dan bincang maklumat dalam poster keselamatan jalan raya yang ditunjukkan di bawah ini.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    137

    Lampiran 2(i)

    Baca dan fahami ayat aktif dan ayat pasif di bawah ini.

    6. Pembuli jalan raya itu telah ditangkap.

    4. Kakak membelikan ibu seutas rantai.

    1. Pekerja membaiki jalan yang rosak itu.

    3. Rumah itu dilanggar oleh lori pada bahagian depannya.

    2. Sampah sarap dibakar oleh ayah pagi tadi.

    5. Gadis itu menjahit sehelai baju untuk adiknya.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    138

    Lampiran 2(ii)

    SENARAI SEMAK

    Dengar bacaan kawan kamu dan tanda ( / ) pada ayat aktif dan ( X ) pada ayat pasif.

    Ayat Aktif Pasif

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Lengkapkan borang di bawah.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    139

    Lampiran 3

    Penilaian

    Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif yang diberi di bawah ini.

    Ayat aktif : Saya mencuci kasut sekolah.

    Ayat pasif : _____________________________________________ .

    Ayat aktif : Awak mesti menyerahkan surat itu.

    Ayat pasif : _____________________________________________ .

    Ayat aktif : Cikgu Ramlan mengarahkan murid-murid supaya beratur.

    Ayat pasif : _____________________________________________ .

    Ayat aktif : Saya akan memetik bunga itu.

    Ayat pasif : _____________________________________________ .

    Ayat aktif : Kami sudah menyusun jadual itu.

    Ayat pasif : _____________________________________________ .

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    140

    Lampiran 4

    Pemulihan

    1. ibu dipakai Topi keledar oleh itu

    _____________________________________________________________.

    2. jalan Peraturan mesti kita raya patuhi

    _____________________________________________________________ .

    3. disaman cuai Pemandu polis yang itu kereta oleh

    _____________________________________________________________ .

    4. dibawa Mangsa oleh kemalangan hospital itu Pak Abu ke

    _____________________________________________________________ .

    5. oleh ditunggang Basikal itu cermat adik dengan

    _____________________________________________________________ .

    6. tuntun jalan raya semasa Adik saya melintas

    ____________________________________________________________ .

    Susun perkataan di bawah menjadi ayat pasif yang lengkap.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    141

    Lampiran 5(i)

    Pengayaan

    PENIAGA MAUT KERETA LANGGAR TIANG ELEKTRIK

    KAJANG, 13 Mac Seorang peniaga maut terlanggar tiang elektrik. Kejadian

    tersebut berlaku ketika hujan lebat petang semalam.

    Mangsa Azmi bin Daman, 38 tahun, memandu kereta itu dengan laju.

    Rakannya Mahadzir bin Salleh, 36 tahun, cedera di bahagian kepala dan

    dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Serdang. Difahamkan, beliau

    telah dirawat oleh seorang doktor pakar. Ketika kejadian tersebut berlaku,

    mangsa bersama rakannya dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur

    selepas balik dari tempat kerja.

    Menurut beberapa orang saksi yang melihat kejadian tersebut, kereta

    mangsa dipandu dengan laju. Kelajuan itu menyebabkan kereta terbabas dan

    melanggar tiang elektrik.

    Ibu mangsa, Sharifah binti Yusoff, 58 tahun telah dihubungi oleh pihak

    polis. Beliau tidak menyangka akan sikap anaknya yang tergesa-gesa mahu

    pulang itu adalah petanda bahawa dia akan kehilangan anak sulungnya buat

    selama-lamanya.

    Baca dan fahami berita di bawah.

    Kemudian, garisi ayat aktif dan ayat pasif.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    142

    Lampiran 5(ii)

    Ayat aktif

    1. .............

    .. .

    2. .

    .

    3. .

    . .

    Ayat pasif

    1. .............

    .. .

    2. .

    .

    3. .

    . .

    Tulis ayat aktif dan ayat pasif yang

    diperoleh daripada keratan akhbar dalam

    ruangan yang betul.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    143

    TEMA KEMASYARAKATAN

    TAJUK Kebakaran

    MASA

    STANDARD PEMBELAJARAN

    5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul mengikut konteks.

    OBJEKTIF

    Pada akhir pengajaran murid dapat: i. melengkapkan ayat dengan menggunakan kata hubung

    pancangan keterangan dengan betul mengikut konteks.

    ii. menulis ayat dengan kata hubung yang betul mengikut konteks.

    PENGISIAN KURIKULUM

    Ilmu : Sivik, Celik Kewangan

    Nila : Berhati-hati, peka

    EMK : Kreativiti dan Inovasi

    KP : Interpersonel

    KB : Menjana Idea

    SISTEM BAHASA Kosa kata: kata hubung pancangan keterangan -kerana, andai kata, manakala, ketika, agar, supaya

    BAHAN BANTU BELAJAR

    Petikan berita, lembaran kerja, kad perkataan

    PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Murid dapat melengkapkan ayat dengan menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul.

    REFLEKSI

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    144

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    AKTIVITI

    PENGISIAN KURIKULUM

    CATATAN

    Membaca 1. Guru bersoal jawab tentang bunyi siren

    yang diperdengarkan untuk mengaitkannya dengan tajuk kebakaran.

    2. Murid membaca secara mekanis petikan yang diedarkan.

    3. Murid menerangkan risiko yang dihadapi jika harta benda tidak dilindungi dengan bimbingan guru.

    4. Bersoal jawab tentang cara membantu mangsa bencana.

    Ilmu : Sivik Nilai : peka

    KB : menjana idea Lampiran 1

    Menyenaraikan kata hubung 1. Guru memberi penerangan tentang

    kata hubung pancangan.

    2. Murid menyenaraikan kata hubung berdasarkan petikan.

    3. Murid membaca ayat yang mengandungi kata hubung pancangan keterangan daripada petikan.

    KP - Interpersonel Lampiran 1

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    145

    AKTIVITI

    PENGISIAN KURIKULUM

    CATATAN

    Membina ayat 1. Murid dibahagikan kepada beberapa

    kumpulan.

    2. Wakil setiap kumpulan diminta memilih perkataan kata hubung di dalam sampul surat yang diberi.

    3. Murid diminta membaca kad perkataan tersebut dan seterusnya membina ayat menggunakan kata hubung tersebut secara spontan.

    4. Murid yang lain diminta mencatat ayat yang dibina oleh rakan mereka.

    Nilai : Bekerjasama

    KB Menjana Idea Sampul surat Kad perkataan

    Menyusun perkataan 1. Murid menyusun kad perkataan yang

    diberi supaya menjadi ayat majmuk yang lengkap.

    2. Wakil kumpulan menampal kad perkataan yang telah disusun pada papan kapur.

    EMK : Kreativiti dan Inovasi

    KB Menyusun Atur Kad Perkataan

    Penilaian

    1. Murid melengkapkan ayat dengan kata hubung pancangan keterangan dengan betul.

    Lampiran 2

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    146

    AKTIVITI

    PENGISIAN KURIKULUM

    CATATAN

    Pemulihan 1. Murid menggariskan kata hubung

    pancangan dalam ayat yang diberi.

    KB : Mengecam Lampiran 3

    Pengayaan 1. Murid diminta mencari kata hubung

    pancangan daripada maklumat yang diberi.

    2. Murid membina ayat menggunakan kata hubung tersebut.

    KB : Mengecam Menjana Idea Lampiran 4

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    147

    Lampiran 1

    Sebuah Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang

    TAPAH, 18 September Suasana gembira sebuah keluarga

    menjelang hari raya bertukar menjadi sedih kerana satu kebakaran telah

    memusnahkan rumah mereka awal pagi tadi.

    Ketua Polis Batang Padang menjelaskan terdapat dua orang kanak-

    kanak tercedera sewaktu kejadian itu. Manakala ibu mereka hanya

    mengalami kecederaan ringan ketika cuba menyelamatkan mereka.

    Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada penggunaan ubat

    nyamuk. Tiada apa-apa yang dapat diselamatkan daripada kebakaran

    tersebut kerana api marak terlalu cepat.

    Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat menasihatkan orang ramai

    agar lebih berhati-hati supaya kejadian seumpama itu dapat dielakkan.

    Pihak Bomba menghadapi kesukaran untuk memadamkan kebakaran

    kerana tekanan air di kawasan tersebut rendah manakala air sungai yang

    berhampiran pula cetek.

    Api hanya dapat dikawal dalam masa 30 minit. Pada masa yang

    sama penduduk di kawasan itu melancarkan derma kilat untuk membantu

    mangsa kebakaran tersebut.

    Baca dan sebutkan perkataan berwarna di bawah.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    148

    1.

    2.

    3. 4. 5.

    kerana

    Dia tidak demam ke

    sekolah

    panas

    bahawa

    memberitahu sihat

    saya Azri tidak

    dia

    itu Loceng berbunyi

    apabila

    saya menekannya

    awal tidak supaya Bangunlah bas

    ketinggalan

    Susun semula perkataan yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.

    berdoa agar Ramlah anaknya cergas

    sihat dan

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    149

    Lampiran 2

    Penilaian

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    sementara bahawa supaya

    kerana ketika

    Zila membaca buku _______________ menunggu loceng berbunyi.

    Permainan itu ditangguhkan _______________hujan turun dengan lebatnya.

    Kebakaran itu berlaku ____________ mereka sedang tidur.

    Kita harus ingat ___________ rajin dan usaha ialah tangga kejayaan.

    Razak mengurangkan makanan bergula _______________ tidak mendapat penyakit kencing manis.

    Lengkapkan ayat di bawah dengan kata hubung pancangan keterangan yang sesuai.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    150

    Lampiran 3 Pemulihan

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    Garisi kata hubung pancangan dalam ayat di

    bawah.

    Dia belajar dengan tekun agar lulus dalam peperiksaan.

    Azim berlari lintang- pukang apabila dikejar oleh anjing.

    Adam dimarahi oleh ibunya kerana malas belajar.

    Karim duduk sahaja manakala orang lain sibuk mengemaskan bilik darjah itu.

    Dia sering bersenam supaya badannya sentiasa sihat.

    Azam mengalami kemalangan ketika pulang dari sekolah.

  • Aspek Tatabahasa Tahun 4 SK

    151

    Lampiran 4

    Pengayaan

    Langkah-Langkah keselamatan untuk mencegah kebakaran.

    Kita mestilah memastikan semua suis eletrik dimatikan ketika meninggalkan

    rumah.

    Pastikan setiap rumah memiliki alat pencegah kebakaran agar kebakaran

    dapat dielakkan.

    Pastikan mancis disimpan di tempat yang selamat supaya tidak dapat

    disalahgunakan oleh kanak-kanak.

    Kita harus cepat bertindak andai kata melihat kebakaran berlaku di sesuatu

    tempat.

    Elakkan daripada menggunakan barangan eletrik yang telah rosak kerana

    perbuatan tersebut boleh menyebabkan kebakaran.

    Bina ayat menggunakan kata hubung yang

    diperoleh di bawah.