7 Kekuatan Item Yang Dibina

7
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3103 KEKUATAN ITEM YANG DIBINA Menurut Gronland (1977), soalan objektif dibentuk daripada beberapa item yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa. Hal ini bermaksud item/ soalan objektif mempunyai jawapan tepat/ tertentu/ spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul. Dalam pembinaan item yang telah saya sediakan, saya terlebih dahulu menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini bertujuan untuk memastikan item-item ujian yang dibina ini meliputi keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini akan dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat menguukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang guru ingin pelajarnya kuasai. Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada guru tentang bentuk soalan yang digunakan. Dalam pembinaan item soalan objektif Bahasa Melayu, terdapat 3 bahagian item soalan objektif yang perlu ada dalam setiap soalan iaitu : Stimulus (rangsangan) Bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soala n didasarkan. Berbentuk – teks, grafik, jadual, perbualan Stem (badan) Muhammad Khairi Bin Azmi |Kekuatan Binaan Item 44

description

Kekuatan Item Yang Dibina

Transcript of 7 Kekuatan Item Yang Dibina

Page 1: 7 Kekuatan Item Yang Dibina

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3103

KEKUATAN ITEM YANG DIBINA

Menurut Gronland (1977), soalan objektif dibentuk daripada beberapa item yang

boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika

memeriksa tindak balas yang serupa. Hal ini bermaksud item/ soalan objektif mempunyai

jawapan tepat/ tertentu/ spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau

pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah,

jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan

pelengkap yang betul.

Dalam pembinaan item yang telah saya sediakan, saya terlebih dahulu menyediakan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini bertujuan untuk memastikan item-item ujian yang

dibina ini meliputi keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif

pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini akan

dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat menguukur pengetahuan,

kemahiran atau sikap yang guru ingin pelajarnya kuasai. Objektif pengajaran juga menjadi

panduan kepada guru tentang bentuk soalan yang digunakan.

Dalam pembinaan item soalan objektif Bahasa Melayu, terdapat 3 bahagian item

soalan objektif yang perlu ada dalam setiap soalan iaitu :

Stimulus (rangsangan)

Bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan didasarkan.

Berbentuk – teks, grafik, jadual, perbualan

Stem (badan)

Mengandungi tugasan dan berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.

Jawapan pilihan

Mengandungi jawapan pilihan, berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah  atau

jadual.

|Kekuatan Binaan Item 44

Page 2: 7 Kekuatan Item Yang Dibina

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3103

Contoh soalan yang telah saya bina yang menepati ketiga-tiga bahagian yang

dikehendaki adalah seperti berikut :

Bagi soalan di atas, seramai 19 orang murid dapat menjawab dengan betul dan

hanya seorang murid sahaja yang gagal menjawab dengan betul. Hal ini demikian kerana

soalan yang digubal ini menepati standard ciri-ciri binaan item yang baik yang mudah

difahami oleh murid untuk menjawabnya. Tambahan pula murid juga dapat menguasai Kata

Adjektif dengan baik. Pengganggu jawapan juga baik kerana hampir-hampir dan boleh

mengelirukan murid untuk menjawab soalan ini. Namun penguasaan murid dalam Kata

Adjektif telah menafikan penganggu-penganggu yang lain dan berjaya menjawab dengan

betul.

Selain itu terdapat juga kekuatan lain yang terdapat pada item-item soalan yang

telah saya bina iaitu menepati apa yang hendak ditaksir dan terangkum dalam sukatan

pelajaran. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang telah

dibina. Saya juga telah menggunakan bahan rangsangan (stimulus) yang sesuai dengan

tahap dan pengalaman murid sekolah rendah. Antara rangsangan yang saya telah dalam

pembinaan item objektif ialah dengan menggunakan gambar yang sesuai dengan tahap

pengalaman sedia ada murid. Berikut merupakan contoh soalan yang menggunakan

rangsangan gambar yang sesuai dengan tahap pengalaman murid sekolah rendah :

|Kekuatan Binaan Item 45

1. Shamsudin kelihatan _______________ apabila memakai baju

Melayu ketika ke masjid.

A. jelita

B. segak

C. indah

D. anggun

Page 3: 7 Kekuatan Item Yang Dibina

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3103

Apabila dianalisa dari segi bilangan murid yang dapat menjawab betul soalan yang

dibina dengan menggunakan bahan rangsangan iaitu gambar yang sesuai dengan tahap

murid sekolah rendah, semua murid dapat menjawab dengan betul bagi soalan ini. Hal ini

demikian kerana murid dibantu oleh bahan rangsangan yang sesuai dengan tahap murid

sekaligus dapat menjawab soalan dengan betul. Ternyata gambar (stimulus) amat

membantu murid dalam menjawab soalan. Murid juga dilihat menguasai kata ganda dengan

baik.

Selain menggunakan bahan rangsangan yang sesuai dengan tahap pengalaman

sedia ada murid sekolah rendah, saya juga telah membina item objektif dengan

mengunakan bahasa mudah yang sesuai dengan tahap murid sekolah rendah. Soalan dan

semua jawapan ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga. Hanya terdapat satu

sahaja jawapan yang betul dan tidak boleh lebih dari satu jawapan. Tambahan pula,

kelebihan item yang saya bina ini ialah pilihan jawapan disusun mengikut susunan

tertentu iaitu dalam contoh yang ditunjukkan di bawah adalah mengikut urutan jawapan

pendek ke panjang mengikut susunan. Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap

jawapan. Contoh soalan ini adalah seperti berikut :

|Kekuatan Binaan Item 46

Page 4: 7 Kekuatan Item Yang Dibina

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3103

Bagi soalan di atas yang menepati kriteria binaan item yang baik iaitu menggunakan

bahasa mudah dan pilihan jawapan disusun mengikut turutan, murid yang menjawab betul

bagi soalan ini ialah 19 orang murid dan hanya seorang sahaja yang gagal menjawab

dengan betul. Hal ini jelas membuktikan kekuatan soalan ini yang telah membantu murid

menjawab soalan dengan baik. Murid mudah memahami soalan dan dapat menjawab

dengan betul. Susunan jawapan yang tersususn mengikut dari pendek ke panjang juga

memudahkan murid untuk melihat jawapan yang betul. Tambahan pula ianya disokong oleh

penguasaan murid dalam kata sendi.

Setiap soalan yang dibina mengandungi istilah matapelajaran yang diterima dan

terkini. Stem atau pokok soalan adalah jelas dan berfungsi serta mengandungi maklumat

yang diperlukan oleh murid sebagai pemudah cara untuk murid menjawab. Tugasan dan

arahan juga adalah jelas dan mudah difahami bagi setiap item. Contoh item ini ialah

seperti berikut :

Apabila dianalisa bagi soalan di atas, sebanyak 19 orang murid berjaya menjawab

soalan dengan betul. Hanya seorang murid sahaja menjawab dengan salah. Hal ini

disokong oleh kekuatan soalan ini yang mempunyai arahan yang jelas. Arahan juga menjadi

|Kekuatan Binaan Item 47

11. Rafidah akan pulang ____________ kampung halamannya untuk

menyambut hari raya.

A. ke

B. pada

C. kepada

D. daripada

Kelas tambahan banyak memberikan manfaat kepada murid sekolah.

Pilih perkataan seerti bagi perkataan manfaat.

A. keuntungan

B. faedah

C. pengalaman

D. kesenangan

Page 5: 7 Kekuatan Item Yang Dibina

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3103

lebih jelas lagi apabila mempunyai penegasan dengan menghitamkan kunci soalan iaitu

“perkataan seerti” yang memudahkan murid untuk melihat dan membantu murid untuk

menjawab dengan betul. Tambahan pula soalan ini mempunyai stem yang jelas dan

mengandungi maklumat yang diperlukan oleh murid sebagai pemudah cara untuk murid

menjawab. Perkataan “manfaat” yang ingin diuji digariskan supaya murid nampak dengan

jelas perkataan yang hendak disesuaikan dengan jawapan.

Dalam item yang telah saya bina juga, semua pilihan jawapan serasi dengan stem

dari segi nahu dan tatabahasa. Dalam setiap item yang dibina juga tidak terdapat ulangan

perkataan atau frasa antara stem dan pilihan jawapan. Perkataan sepunya tidak diulang-

ulang dalam setiap pilihan jawapan. Pilihan jawapannya adalah bersifat homogen dari segi

kandungan, bentuk dan struktur bahasa. Tambahan pula, tiada distraktor yang kelihatan

“terpencil”. Contoh soalan yang memenuhi ciri-ciri tersebut ialah seperti berikut :

Apabila dialalisa soalan di atas ini, bilangan murid yang menjawab betul ialah

seramai 19 orang. Hanya seoarang sahaja murid yang menjawab dengan salah. Soalan ini

merupakan soalan aras pengetahuan. Kekuatan soalan ini ialah menepati ciri-ciri item yang

baik seperti tidak mempunyai ulangan perkataan dan pilihan jawapan adalah bersifat

homogen. Hal ini jelas membantu murid untuk memilih jawapan dengan baik. Kebanyakan

murid pandai mahupun lemah dapta menjawab soalan ini dengan baik.

Antara perkara yang penting dalam pembinaan item yang baik ialah mempunyai aras

kesukaran yang ditentukan. Aras kesukaran setiap item perlu setara. Hal ini dapat dibuktikan

melalui Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang telah saya bina sebelum membina item-item

|Kekuatan Binaan Item 48

1. Shamsudin kelihatan _______________ apabila memakai baju

Melayu ketika ke masjid.

A. jelita

B. segak

C. indah

D. anggun

Page 6: 7 Kekuatan Item Yang Dibina

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3103

objektif ini (JSU telah dilampirkan di hadapan tugasan). Saya juga telah memastikan

bahawa item-item yang dibina tidak bias terhadap mana-mana kumpulan murid sama ada

murid lemah mahupon murid pandai. Perkara ini penting untuk diambilkira supaya

memastikan item yang dibina dapat dijawab oleh semua murid.

|Kekuatan Binaan Item 49