7) SKEMA SET 3 BAHASA MELAYU PT3.pdf

9
TERHAD PANDUAN PENSKORAN LATIHAN PT3 SET 3 BAHAGIAN A (25 markah) 1. Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i) Deretan kedai-kedai di Jalan Taming Sari telah terbakar pada petang semalam akibat litar pintas. Deretan kedai ii) Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan pembinaan projek itu di atas sebab-sebab keselamatan. atas iii) Alat penghawa dingin di bilik mesyuarat sedang dibaiki oleh juruteknik. Alat pendingin hawa iv) Ibu membeli beberapa bentuk mutiara untuk dibuat rantai tangan. butir (8 markah) * 1 markah diberikan untuk tugasan menggariskan kesalahan * 1 markah diberikan untuk tugasan membetulkan kesalahan 2. Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i) Kontrektor binaan itu diberi kuasa untuk membina stesen bas yang baharu untuk keselesaan para penumpang. Kontraktor ii) Pelajar yang cermelang dalam kokurikulum dan kurikulum sahaja akan diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. cemerlang iii) Setiap kelab dan persatuan perlu mengemaskini fail masing-masing. mengemas kini (3 markah)

Transcript of 7) SKEMA SET 3 BAHASA MELAYU PT3.pdf

  • TERHAD

    PANDUAN PENSKORAN LATIHAN PT3 SET 3

    BAHAGIAN A

    (25 markah)

    1. Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

    kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak perlu

    menyalin ayat itu semula.

    i) Deretan kedai-kedai di Jalan Taming Sari telah terbakar pada petang semalam akibat litar pintas. Deretan kedai

    ii) Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan pembinaan projek itu di atas sebab-sebab keselamatan. atas

    iii) Alat penghawa dingin di bilik mesyuarat sedang dibaiki oleh juruteknik.

    Alat pendingin hawa

    iv) Ibu membeli beberapa bentuk mutiara untuk dibuat rantai tangan.

    butir

    (8 markah)

    * 1 markah diberikan untuk tugasan menggariskan kesalahan

    * 1 markah diberikan untuk tugasan membetulkan kesalahan

    2. Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan

    kesalahan tersebut.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

    i) Kontrektor binaan itu diberi kuasa untuk membina stesen bas yang baharu

    untuk keselesaan para penumpang.

    Kontraktor

    ii) Pelajar yang cermelang dalam kokurikulum dan kurikulum sahaja akan diberi

    peluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

    cemerlang

    iii) Setiap kelab dan persatuan perlu mengemaskini fail masing-masing.

    mengemas kini

    (3 markah)

  • TERHAD

    3. Baca dan kenal pasti pola ayat dalam ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut

    berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama(FN+FN), Frasa Nama + Frasa Adjektif(FN+FA),

    Frasa Nama + Frasa Kerja(FN+FK)(,Frasa Nama+Frasa Sendi(FN+FS) .

    i. Encik Rahman seorang jurutera di syarikat Telekom Malaysia Berhad.

    FN +FN

    ii. Kami sekeluarga akan melancong ke negara Eropah pada minggu hadapan.

    FN + FK

    iii. Siswa dan siswi Universiti Sains Malaysia melakukan gotong-royong di Kolej

    Kediaman Anggerik.

    FN + FK

    iv. Aiman masih di padang walaupun hari sudah senja.

    FN +FS

    v. Pelajar harus bijak membahagikan masa agar tidak terbuang begitu sahaja..

    FN +FA

    (10 markah)

    Soalan 4

    Peribahasa

    MARKAH KRITERIA

    2 markah - Peribahasa yang tepat berdasarkan gambar

    1 markah - Peribahasa yang hampir tepat dengan maksud - Penggunaan istilah / kata yang kurang tepat tetapi tidak

    menjejaskan maksud

    0 markah - Peribahasa yang tidak tepat berdasarkan gambar - Penggunaan perkataan yang menjejaskan maksud peribahasa - Peribahasa yang tidak lengkap

  • TERHAD

    Lihat gambar di bawah dengan teliti,kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan

    gambar tersebut.

    i) Bagai lebah menghimpun madu

    ii) bagai telur di hujung tanduk

    Soalan 5 dan Soalan 6

    MARKAH KRITERIA

    3 markah - Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis

    2 markah - Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis

    - Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis

    1 markah - Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis

    0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.

    - Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.

    Madu

    Telur

  • TERHAD

    MARKAH KRITERIA

    4 markah - Isi cukup dan relevan mengikut tugasan serta ayat gramatis.

    3 markah - Isi cukup dan relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang

    gramatis.

    2 markah - Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis.

    1 markah - Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat kurang

    gramatis.

    0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis

    - Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.

    Soalan 5

    i) Mengapakah ayah tidak suka Tini bertindak sendiri ?

    (3 markah)

    - Ayah tidak mahu Tini terus menetap di kampung

    - Tindakan Tini memalukan ayah dan keluarga

    - Ayah tidak yakin dengan kemampuan Tini

    ( Pilih mana-mana dua isi)

    ii) Berdasarkan petikan drama di atas,apakah perwatakan Tini?

    ( 3 markah)

    - Seorang yang berkeyakinan tinggi

    - Seorang yang bersemangat / sanggup berjuang

    - Seorang yang berani menyatakan pendirian

    ( Pilih mana-mana dua isi)

    iii) Pada pendapat anda,apakah kelebihan bekerja sendiri?

    (4 markah)

    - Dapat bekerja mengikut masa sendiri

    - Dapat menjana pendapatan yang lebih

    - Tidak perlu mengikut arahan pihak atasan

    - Dapat bercuti mengikut keadaan

    - Tidak ada masalah untuk menguruskan keluarga

    ( Pilih mana-mana dua isi terima mana-mana isi lain yang

    sesuai)

  • TERHAD

    Soalan 6

    i) Apakah wasiat ayahanda Siti Zawiyah kepada anakandanya?

    (3 markah)

    - Menjaga tingkah laku

    - Bijak menguruskan harta

    - Harta dunia tidak kekal

    - Berbudi bahasa

    - Memuliakan ibu bapa

    - Beramah mesra

    ( Pilih mana-mana dua isi)

    ii) Nyatakan persoalan yang terdapat dalam Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah.

    (3 markah)

    - Persoalan kepentingan menjaga tingkah laku

    - Persoalan kebijaksanaan dalam menguruskan harta

    - Persoalan budi bahasa

    - Persoalan menghormati ibu bapa

    ( Pilih mana-mana dua isi)

    iii) Pada pandangan anda, apakah tindakan yang dapat dilakukan oleh anak-anak

    sewaktu ibu atau bapa sakit?

    (4 markah)

    - Menjaga kebajikan ibu bapa

    - Memberi kasih sayang dan perhatian

    - Membawa ke hospital

    - Mengupah pembantu untuk menguruskan ibu bapa yang sakit sekiranya sibuk

    bekerja

    - Menyediakan tempat tinggal yang selesa

    - Menyediakan kelengkapan yang sesuai contoh kerusi roda

    - Mendapatkan perubatan alternatif sekiranya perlu

    (pilih mana-mana dua isi - terima mana-mana jawapan lain yang sesuai)

  • TERHAD

    Soalan 7

    Novel 6:20 (Tingkatan 3)

    Tiga nilai berdasarkan petikan

    - Nilai kesyukuran bukti : Sukma amat bersyukur apabila mengetahui ibunya bukan

    pengkhianat negara seperti yang disangkannya sebelum ini.

    - Nilai keredaan- bukti : Sukma dan ayahnya reda dengan keadaan Puan Delia yang

    masih koma setelah terkena tembakan semasa operasi di Kelab WX2

    - Nilai kasih sayang- bukti : Sukma amat menyayangi ibunya walaupun setelah dia

    mendapat tahu ibunya terlibat dengan Kelab WX2

    - Nilai keinsafan- bukti : Sukma berasa bersalah dan insaf kerana mengesyaki ibunya

    pengkhianat negara.

    - 3 idea 6 markah

    - Bahasa 4 markah

    Soalan 8

    PERINGKAT MARKAH KRITERIA

    Cemerlang 13 - 15 Idea

    Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan.

    Ulasan idea yang jelas dan matang.

    Bahasa

    Ayat gramatis

    Kosa kata luas dan tepat

    Ejaan dan tanda baca betul

    Penanda wacana yang betul

    Kesalahan bahasa yang minimum

    Baik O9 - 12 Idea

    Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan

    Ulasan idea yang jelas.

    Bahasa

    Ayat masih gramatis

    Kosa kata luas

    Ejaan dan tanda baca masih betul

    Penanda wacana yang masih betul

    Kesalahan bahasa yang masih minimum

    Memuaskan

    05 - 08 Idea

    Isi tersurat atau tersirat yang masih relevan dengan

    bahan

    Ulasan idea yang kurang jelas.

    Bahasa

  • TERHAD

    Ayat kurang gramatis.

    Kosa kata terhad.

    Kesalahan bahasa yang ketara.

    Penguasaan

    Minimum

    01 - 04 Keseluruhan jawapan calon menggambarkan

    penguasaan bahasa yang tidak cekap

    Tidak menjawab tugasan

    Soalan 9

    Kriteria Penskoran

    PERINGKAT MARKAH DESKRIPSI

    Cemerlang

    25 - 30

    Idea - Idea relevan dengan tugasan - Huraian idea jelas, menarik dan matang - Contoh yang sesuai

    Bahasa

    - Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis - Penggunaan kosa kata luas dan tepat - Tanda baca betul - Kesalahan bahasa minimum

    Pengolahan

    - Pengolahan menarik, berkesan dan matang dengan pemerengganan yang sesuai

    - Format menepati tajuk tugasan - Penggunaan penanda wacana tepat - Penggunaan ungkapan menarik , tepat dan berkesan

    seperti peribahasa / pantun/cogan kata/ frasa yang menarik

    Kepujian 19- 24 Idea - Idea relevan dengan tugasan - Huraian idea jelas dan menarik - Contoh yang sesuai

    Bahasa - Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis - Penggunaan kosa kata luas - Tanda baca yang betul - Kesalahan bahasa masih minimum

  • TERHAD

    Pengolahan - Pengolahan menarik dan berkesan dengan

    pemerengganan yang sesuai - Format menepati kehendak tugasan - Penggunaan penanda wacana sesuai - Penggunaan ungkapan menarik sesuai dan berkesan

    seperti peribahasa/pantun/cogan kata/frasa yang menarik.

    Baik

    13 - 18

    Idea - Idea masih relevan dengan tugasan - Huraian idea masih jelas dan menarik - Contoh yang masih sesuai

    Bahasa

    - Penggunaan ayat masih bervariasi dan masih gramatis - Penggunaan kosa kata masih luas - Tanda baaca masih betul - Kesalahan Bahasa masih minimum

    Pengolahan

    - Pengolahan masih menarik, dan masih berkesan dengan pemerengganan yang masih sesuai

    - Format masih menepati kehendak tugasan - Penggunaan penanda wacana masih sesuai

    Memuaskan

    07- 12

    Idea - Idea kurang relevan dengan tugasan - Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik - Tiada contoh atau contoh kurang sesuai

    Bahasa

    - Pengguna ayat kurang bervariasi dan kurang gramatis - Penggunaan kosa kata terhad - Kesalahan Bahasa ketara

    Pengolahan

    - Pengolahan kurang menarik, kurang berkesan dan pemerengganan yang kurang sesuai

    - Format kurang menepati kehendak tugasan - Penggunaan penanda wacana kurang sesuai

    Penguasaan Minimum

    01 06

    - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan kemahiran menulis yang lemah

    - Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak menepati kehendak soalan / terpesong

  • TERHAD

    i)Format : Ceramah

    Cadangan isi:

    - Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal

    - Jabatan Kesihatan melakukan semburan kabus secara berkala

    - Memastikan tiada air bertakung ( tin-tin,tayar, tempat pelapik pasu bunga dll)

    - Meletakkan ubat membasmi jentik-jentik (abate) dalam tempat air bertakung

    (seperti kolah)/ Membersihkan kolah sekurang-kurangnya seminggu sekali

    ii)Tidak berformat

    Cadangan isi:

    - Didikan sejak kecil-membiasakan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang

    - Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam mengambil pemakanan yang

    seimbang

    - Ibu bapa mengawal anak-anak daripada mengambil makanan ringan/segera

    - Ibu bapa memasak makanan untuk anak-anak/ tidak membeli makanan dari luar

    - Ibu bapa menyediakan bekal untuk anak-anak

    iii)Tidak berformat

    Cadangan isi

    - Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum

    - Mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang baru

    - Melahirkan rakyat yang sihat

    - Meningkatkan ekonomi negara

    - Membuka peluang pekerjaan dalam bidang sukan