7. Topik 1 Metodologi, Kaedah Dan Teknik Ms 1-6

8
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran TOPIK 1 : METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN SINOPSIS Bidang ini bertujuan membolehkan pelajar mengenal pasti sumber metodologi al-Quran serta membuat perbandingan antara metodologi pembelajaran zaman silam dan yang dilaksanakan di Malaysia serta mengaplikasikan kaedah P&P al- Quran di dalam bilik darjah. Melalui tajuk ini pelajar akan dilatih untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan kreatif serta berkesan dalam menyampaikan ilmu al-Quran. Tajuk ini juga akan memberi pendedahan tentang konsep, kemahiran asas, perancangan dan amali pengajaran mikro dan makro bagi pendidikan al-Quran. HASIL PEMBELAJARAN Pelajar dapat ; i. mengenalpasti metodologi dan kaedah pengajaran al-Quran zaman Rasulullah s.a.w; ii. membandingbeza metodologi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di zaman Rasulullah s.a.w dan Sahabat dengan kaedah P&P al-Quran di Malaysia hingga kini; iii. mengaplikasi metodologi dan kaedah pengajaran pembelajaran al-Quran yang diamalkan di dalam sistem Persekolahan Malaysia; iv. membina, memilih dan menilai sumber pengajaran yang sesuai dengan pendidikan al-Quran; dan v. mengaplikasi kemahiran asas pengajaran mikro dan makro dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. 1

Transcript of 7. Topik 1 Metodologi, Kaedah Dan Teknik Ms 1-6

Page 1: 7. Topik 1 Metodologi, Kaedah Dan Teknik Ms 1-6

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran

TOPIK 1 : METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN

SINOPSIS

Bidang ini bertujuan membolehkan pelajar mengenal pasti sumber metodologi al-Quran

serta membuat perbandingan antara metodologi pembelajaran zaman silam dan yang

dilaksanakan di Malaysia serta mengaplikasikan kaedah P&P al-Quran di dalam bilik darjah.

Melalui tajuk ini pelajar akan dilatih untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai

dan kreatif serta berkesan dalam menyampaikan ilmu al-Quran. Tajuk ini juga akan memberi

pendedahan tentang konsep, kemahiran asas, perancangan dan amali pengajaran mikro

dan makro bagi pendidikan al-Quran.

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat ;

i. mengenalpasti metodologi dan kaedah pengajaran al-Quran zaman Rasulullah s.a.w;

ii. membandingbeza metodologi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di zaman

Rasulullah s.a.w dan Sahabat dengan kaedah P&P al-Quran di Malaysia hingga kini;

iii. mengaplikasi metodologi dan kaedah pengajaran pembelajaran al-Quran yang

diamalkan di dalam sistem Persekolahan Malaysia;

iv. membina, memilih dan menilai sumber pengajaran yang sesuai dengan pendidikan

al-Quran; dan

v. mengaplikasi kemahiran asas pengajaran mikro dan makro dalam pengajaran dan

pembelajaran al-Quran.

1

Page 2: 7. Topik 1 Metodologi, Kaedah Dan Teknik Ms 1-6

TAJUK 1.1 : METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RASULULLAH, SAHABAT DAN TABI’IN.

1.1.1 Kaedah Talaqqi Musyafahah1.1.2 Kaedah Tasmik1.1.3 Kaedah Tadarus1.1.4 Kaedah Tikrar / Mulazamah1.1.5 Kaedah Imla’i

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran

TOPIK 1 METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN

1.1.1. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH

Pengenalan

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan. Talaqqi

Talaqqi pada bahasa : pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.Talaqqi pada Istilah : Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.

Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.

Musyafahah

Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir. Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya ( mengikut )

Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.

Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul

2

Page 3: 7. Topik 1 Metodologi, Kaedah Dan Teknik Ms 1-6

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran

secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah

1. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.2. Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka)3. Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.4. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid.

Objektif

1. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.2. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.3. Membaca dengan betul dan fasih.4. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

Ciri-Ciri

1. Disampaikan secara individu dan kumpulan. 2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik 3. Perlu penglibatan murid yang aktif. 4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas. 5. Perlu ada teks.

Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid.2. Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca.3. Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru).4. Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman.5. Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang.6. Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis.7. Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid

mengikut)8. Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiranmembaca,

mendengar bacaan guru dalam kumpulan dengan bimbingan naqib di bawah pengawasan guru.

9. Mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya.10.Guru menerangkan hukum tajwid bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad

imbasan. Guru menulis di papan tulis.11.Pemulihan - dengan mempamirkan carta ayat al-Quran samada ditulis di

papan gulung, manila kad atau sebagainya. Pemulihan boleh dilakukan secara latihan mengeja dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau murid turus.

12.Penilaian - guru meminta seorang atau dua orang murid membaca beberapa ayat. Guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang terdapat di dalam ayat.

13.Aktiviti susulan – murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat yang tidak sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu berikutnya.

3

Page 4: 7. Topik 1 Metodologi, Kaedah Dan Teknik Ms 1-6

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran

1.1.2. KAEDAH TASMIK

Pengenalan

Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca mereka akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih,menelaah, menguji dan megesahkan maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid diminta membaca dan guru mendengar.

Kaedah Tasmik bacaan ayat al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan hafazan. Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan. Selepas itu murid boleh ditanya mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

Objektif

1. Mengetahui pencapaian murid.2. kenal pasti tahap pencapaian.3. Menyedarkan kesilapan bacaan.4. Meningkatkan kemahiran indidvidu.5. mengklafikasikan murid mengikut pencapaian

Pelaksanaan

1. Guru mendengar dan meneliti bacaan murid.2. Murid dikehendaki membaca kumpulan dan individu bergilir-gilir.3. Murid dikehendaki membaca dengan suara yang nyaring.

Kekuatan1. Guru dapat membetulkan bacaan murid dengan tepat2. Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik3. Guru dapat mempastikan murid tidak melakukan kesilapan.4. Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan murid dengan tepat5. Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid.

1.1.3. KAEDAH TADARUS

Pengenalan

Pada bahasa : Belajar mengajarPada Istilah : Pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat yang sama atau berlainan dan diteliti oleh ahli halaqah yang lain.

Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4 orang. Seorang membaca yang lain mendengar danmembetulkan bacaan jika terdapat kesalahan dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua kumpulan. Murid-murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya. Jika sampai kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya membaca atau mengeja.

4

Page 5: 7. Topik 1 Metodologi, Kaedah Dan Teknik Ms 1-6

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran

Objektif:

1. Meningkatkan kemahiran sesama murid2. Guru dapat memantau pencapaian murid.3. Murid mendapat keyakinan diri.4. Pencapaian murid dapat diselaraskan.

Prinsip

1 . Bacaan dilaksanakan dalam halaqah.2. Pembacaan secara bergilir dan diperhati serta dibetulkan oleh ahli halaqah.3. Apabila berlaku kesalahan, teguran terus dilakukan.4. Bacaan dilakukan dengan jelas dan terang dan didengari di kalangan ahli.

Pelaksanaan :

1. Hendaklah ditentukan bahan/ ayat.2. Hendaklah ditentukan ahli dalam kumpulan halaqat mengikut peringkat kemahiran.3. Jumlah ahli kumpulan tidak melebihi dari 5 orang.4. Hendaklah dilantik seorang murid turus sebagai pembimbing/naqib.5. Guru hanya memantau aktiviti murid, dan hanya membantu apabila perlu.

Kekuatan

1. Bimbingan terus guru dan ahli halaqah.2. Pengajaran dan Pembelajaran secara aktif3. Berani mencuba4. Membina keyakinan diri.

1.1.4. KAEDAH TIKRAR / MULAZAMAH (Latih tubi/Ulangan)

Pengenalan

Maksud Tikrar pada bahasa ; Ulangan berkali-kali

Pada Istilah : Aktiviti bacaan berulang-ulang kali untukmenguatkaningatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali. Selepas guru membaca, murid-murid ikut. Seorang murid membaca dan dikuti oleh murid-murid lain. Murid-murid membaca secara kelas. Murid-murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja.

Objektif:1. Murid dapatmenyebut huruf /kalimah dengan betul dan fasih.2. Menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal.3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.

5

Page 6: 7. Topik 1 Metodologi, Kaedah Dan Teknik Ms 1-6

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran

Pelaksanaan:1. Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan.2. Memastikan tahap kebolehan murid.3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan teliti.4. Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas hati.5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya.

Kekuatan:1. Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.3. Dapat membina keyakinan diri murid.

1.1.5. KAEDAH IMLA’I

Murid menyalin ayat yang hendak dihafaz dua atau tiga kali bergantung kepada panjang atau pendek ayat itu. Semasa menyalin ayat itu murid-murid dikehendaki mengingati ayat tersebut. Kombinasi di antara menulis dan membaca ini boleh mengukuhkan ingatan mengenai ayat al-Quran yang hendak dihafaz itu.

6