71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

31
1 1.0 PENDAHULUAN Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman yang berhampiran dengan sempadan antara Malaysia dan Thailand. Ianya terdiri daripada gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semenanjung Malaysia, kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah. Kawasan kajian kali ini mengambil tempat di Langkawi Permata Kedah serta sekitar Pekan Kuah. Peta 1 menunjukkan peta kawasan Langkawi. Peta 1 : Peta Langkawi Sejarah Langkawi dikatakan bermula dengan kepada seekor burung garuda yang membinasakan anak raja Rom kecuali kapal Raja Merong Mahawangsa menjadi tempat tinggal ketika itu mendarat di tanah besar mencari bekalan. Nama Langkawi diperolehi melalui beberapa sumber. Antara yang tercatat ialah oleh Laksamana Cheng Ho dalam pelayarannya ke Melaka pada tahun 1405 yang mencatatkan kepulauan Langkawi sebagai “lang-ya-kiao-yi”. Selain itu, asal-usul nama Langkawi juga dikatakan berasal daripada perkataan “lang” atau burung helang dan “kawi” sejenis batu yang bewarna perang. Perkataan “kawi” dalam bahasa Melayu kuno bermaksud coklat.

Transcript of 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

Page 1: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

1

1.0 PENDAHULUAN

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul

Aman, Malaysia. Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman yang

berhampiran dengan sempadan antara Malaysia dan Thailand. Ianya terdiri daripada

gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semenanjung Malaysia,

kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah. Kawasan kajian kali ini

mengambil tempat di Langkawi Permata Kedah serta sekitar Pekan Kuah. Peta 1

menunjukkan peta kawasan Langkawi.

Peta 1 : Peta Langkawi

Sejarah Langkawi dikatakan bermula dengan kepada seekor burung garuda

yang membinasakan anak raja Rom kecuali kapal Raja Merong Mahawangsa menjadi

tempat tinggal ketika itu mendarat di tanah besar mencari bekalan. Nama Langkawi

diperolehi melalui beberapa sumber. Antara yang tercatat ialah oleh Laksamana Cheng

Ho dalam pelayarannya ke Melaka pada tahun 1405 yang mencatatkan kepulauan

Langkawi sebagai “lang-ya-kiao-yi”. Selain itu, asal-usul nama Langkawi juga dikatakan

berasal daripada perkataan “lang” atau burung helang dan “kawi” sejenis batu yang

bewarna perang. Perkataan “kawi” dalam bahasa Melayu kuno bermaksud coklat.

Page 2: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

2

Pulau Langkawi juga merupakan pusat pelancongan yang terkenal pada masa

kini. Hal ini kerana pulau ini yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda

masa silam telah berjaya menarik ramai pelancong untuk datang ke Langkawi. Pada

tahun 1987, Langkawi telah mendapat status bebas cukai di mana barang-barang yang

dijual di sana tidak dikenakan cukai. Selepas tamat tempoh sumpahan Mahsuri selama

tujuh keturunan, akhirnya Langkawi berjaya maju sedikit semi sedikit.

Pada tahun 2001, Langkawi telah diisytiharkan sebagai Langkawi Bandaraya

Pelancongan. Kemajuan Langkawi seterusnya dapat dilihat apabila diberi status World

Geopark oleh UNESCO pada 1 Jun 2007. Pemberiaan status ini melibatkan tiga buah

kawasan iaitu Machincang Cambrian Geoforest Park, Kilim Karst Geoforest Park dan

Dayang Bunting Marble Geoforest Park atau lebih dikenali sebagai Tasik Dayang

Bunting. Pada 15 Julai 2008, Sultan Abdul Halim yang merupakan Sultan Kedah telah

menukar nama kepada Langkawi Permata Kedah sempena sambutan Jubli Emas.

Peta 2 : Peta Kawasan Kajian iaitu Pekan Kuah

Bandar terbesar di Langkawi ialah Kuah atau lebih dikenali sebagai Pekan Kuah.

Kuah merupakan pintu masuk utama ke Pulau Langkawi dan menjadi pusat perniagaan

yang terbesar di Langkawi. Sejarah asal-usul nama ini bermula apabila terdapat dua

orang yang bersahabat baik iaitu Mat Chinchang dan Mat Raya menjodohkan anak

PEKAN

KUAH

Page 3: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

3

mereka. Namun, pertelingkahan telah berlaku antara mereka pada hari majlis

perkahwinan anak mereka diadakan. Pertelingkahan itu telah menyebabkan

pergaduhan yang besar sehingga menumpahkan segalau lauk yang disediakan untuk

majlis tersebut.

Pekan Kuah pada masa dahulunya hanyalah sebuah pekan kecil yang didiami

oleh penduduk tempatan. Namun kini, pekan ini telah berubah menjadi sebuah pusat

bandar yang begitu maju. Seperti yang diketahui, Pekan Kuah merupakan pintu masuk

utama ke Pulau Langkawi. Meskipun Pekan Kuah bukanlah segah dan sesibuk bandar-

bandar besar yang lain, namun pekan ini begitu maju dengan pelbagai kemudahan

awam, penginapan dan perniagaan yang menjadi tumpuan pelancong asing baik dari

dalam negera mahupun luar negera.

Secara umumnya, kegiatan ekonomi di Langkawi adalah berasaskan

pelancongan. Selain pelancongan, kegiatan ekonomi lain yang terdapat di Langkawi

ialah peniagaan, perikanan, dan juga perkhidmatan pengangkutan. Hampir kesemua

kegiatan ekonomi yang terdapat di Langkawi adalah berkait dengan aktiviti

pelancongan. Sebagai contoh, kegiatan perikanan akuakultur seumpamanya mampu

untuk menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negeri untuk datang dan

berkunjung di Langkawi ini kerana faktor kepelbagaian spesies hidupan marin yang

menarik dan unik yang terdapat di sini.

Pelancong datang ke Langkawi kerana faktor tarikan alam semulajadi. Antara

tempat yang menjadi pilihan pelancong ialah Kilim Karst Geoforest Park yang

memaparkan landskap karst ataupun batu kapur yang unik. Ciri kepelbagaian bentuk

muka bumi juga menjadikan Langkawi sebagai salah satu destinasi popular yang ingin

dilawati seperti Langkawi Cable Car, Sky Bridge Langkawi, dan juga Air Terjun Telaga

Tujuh. Langkawi merupakan sebuah tempat yang bersejarah dan mempunyai

panorama yang indah.

Tarikan pelancong ke Langkawi seterusnya dapat membuka peluang perniagaan

yang besar kepada penduduk Langkawi khususnya. Premis-premis perniagaan dibuka

Page 4: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

4

bagi memenuhi kehendak pengguna. Perniagaan dapat dikategorikan kepada

perniagaan gedung dan juga perniagaan runcit.

Namun, apa yang membezakan perniagaan borong dan runcit ini adalah modal

yang digunakan. Perniagaan borong kebiasaannya melibatkan modal yang

besar,berbeza dengan perniagaan runcit. Gedung-gedung besar biasanya

menyediakan kemudahan-kemudahan yang lebih selesa berbanding dengan

perniagaan runcit seperti kemudahan lif, premis berhawa dingin, dan juga perkhidmatan

kad kredit. Manakala bagi perniagaan runcit pula, urusan perniagaan akan lebih mudah

untuk diuruskan kerana faktor saiz kedai yang kecil. Perniagaan gedung dan runcit

kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencari keuntungan.

Kegiatan ekonomi perniagaan ini seterusnya dapat menyumbang kepada

perkembangan ekonomi dan hasil pendapatan negara.

Selain itu, Pulau Langkawi juga turut terkenal dengan kegiatan perikanan. Sudah

semestinya menjadi kebiasaan bagi penduduk yang tinggal di tepi laut menjalankan

kegiatan perikanan sebagai sumber rezeki mereka. Perikanan boleh dikategorikan

kepada perikanan pinggir pantai, perikanan laut dalam dan perikanan akuakultur.

Perikanan pinggir pantai dijalankan di laut cetek manakala perikanan laut dalam pula

melibatkan lokasi penangkapan hasil laut yang meliputi kawasan perairan

antarabangsa. Pulau Langkawi terletak di perairan Selat Melaka dan berdekatan

dengan Laut Andaman yang terletak di sebelah Barat Laut yang juga berdekatan

dengan Lautan Hindi. Manakala bagi perikanan akuakultur pula, perikanan jenis ini

melibatkan kegiatan menangkap ikan di kolam, tasik, paya dan sungai.

Kegiatan ekonomi perniagaan juga berkait rapat dengan aktiviti perkhidmatan

pengangkutan. Aktiviti perkhidmatan pengangkutan di Langkawi melibatkan

pengangkutan air dan juga darat. Pengangkutan air seperti feri dan bot merupakan

pengangkutan utama yang digunakan di Langkawi kerana untuk sampai ke Langkawi,

sudah semestinya perlu menggunakan pengangkutan air ini. Selain itu, pengangkutan

darat yang terdapat di Langkawi ialah kereta sewa dan juga teksi. Kebanyakan

pelancong yang datang ke sini mendapatkan khidmat kereta sewa mahupun teksi ini

untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Page 5: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

5

2.0 KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT

2.1 Pemerhatian

Bagi tugasan Kerja Kurus Berasaskan Ilmu kali ini, kaedah pemerhatian

merupakan kaedah paling utama dijalankan. Kegiatan ekonomi perniagaan runcit yang

ditugaskan memerlukan kami untuk memahami sendiri aktiviti perniagaan yang

dijalankan di kawasan ini. Oleh itu, kami membuat pemerhatian di kawasan-kawasan

utama yang banyaknya aktiviti perniagaan dijalankan. Pemerhatian yang dijalankan ini

bertumpu di kawasan bandar Pekan Kuah kerana di sini aktiviti perniagaan runcit lebih

giat dijalankan berbanding di kawasan pinggir bandar. Sepanjang melakukan

pemerhatian dan tinjauan di sekitar kawasan ini, kami ada merekodkan beberapa item

seperti bilangan kedai, bilangan pekerja, jenis barangan yang dijual dan lain-lain lagi. Ini

adalah sebagai bahan bukti serta rekod terhadap pemerhatian yang telah kami

jalankan.

2.2 Temubual

Bagi menyempurnakan tugasan ini, kami juga telah menemubual beberapa

orang responden yang terdiri daripada peniaga-peniaga kedai runcit dan juga pembeli

di kawasan tersebut. Maklumat yang diperolehi dari kaedah temubual sangat berguna

dan lebih teperinci. Sepanjang proses temubual dijalankan, responden memberikan

kerjasama yang baik dan menjawab hampir kesemua persoalan yang kami ajukan

berkaitan dengan aktiviti perniagaan runcit yang mereka jalankan di kawasan Pekan

Kuah ini.

2.3 Soal selidik

Soal selidik juga merupakan salah satu lagi kaedah mengumpul maklumat yang

kami jalankan untuk mendapatkan data kajian sepanjang tugasan ini. Kami telah

menyediakan borang soal selidik berkenaan dengan soalan tugasan kami iaitu

perniagaan runcit di Pekan Kuah. Selain daripada menemubual responden di kawasan

kajian, kami juga turut menjalankan soal selidik bertujuan untuk maklumat dengan lebih

Page 6: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

6

terperinci. Kebanyakan responden yang kami soal selidik adalah dari golongan peniaga

di situ.

2.4 Kajian kepustakaan

Kami turut mencari maklumat dan membuat rujukan di Perpustakaan Ibnu Sina,

IPG Kampus Dato Razali Ismail serta di perpustakaan awam Kuala Terengganu dalam

melaksanakan tugasan yang diberi ini. Kami telah berjaya mendapatkan dua tesis yang

berkaitan dengan tajuk tugasan kami ini di Perpustakaan Awam Kuala Terengganu.

Nyatanya, kajian kepustakaan banyak memberi info-info berguna kepada kami melalui

pelbagai bahan rujukan yang telah kami dapati seperti buku ilmiah, majalah, dan juga

tesis.

2.5 Eksplorasi Internet

Untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan tajuk perniagaan di

Langkawi khususnya di kawasan pekan Kuah, kami juga telah membuat rujukan

dengan melayari beberapa buah laman web di internet yang memaparkan perihal

perniagaan yang terdapat di Pekan Kuah Banyak input tambahan yang kami peroleh

dengan mengeksplorasi internet dan nyata, bahannya juga lebih meluas dan umum.

Namun begitu, walaupun maklumat yang diperolehi mencakupi data yang luas, kami

lebih menumpukan terhadap data yang kami sendiri perolehi ketika berada di san dan

hanya menjadikan sumber di internet sebagai rujukan sampingan untuk memantapkan

lagi pengetahuan kami berkenaan dengan aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.

Page 7: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

7

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 LATAR BELAKANG KEGIATAN EKONOMI

Melalui pemerhatian kami sepanjang berada di kawasan Pekan Kuah di

Langkawi ini, kegiatan ekonomi perniagaan runcit tidak kurang hebatnya jika

dibandingkan dengan kegiatan-kegiatan ekonomi yang lain seperti pelancongan,

perikanan, perkhidmatan pengangkutan dan lain-lain lagi. Bagi mengumpul hasil dan

dapatan kajian, kami telah menjalankan pemerhatian di kawasan sekitar Pekan Kuah di

samping mengadakan soal selidik dan temubual dengan beberapa orang responden di

situ yang terdiri daripada peniaga dan juga pembeli.

Perniagaan runcit di kawasan ini menunjukkan ciri-ciri yang kebiasaannya

terdapat pada perniagaan runcit secara umum. Antara ciri-ciri yang terdapat pada

perniagaan runcit di Pekan Kuah ini ialah menggunakan modal yang kecil, perniagaan

mudah dibentuk serta diurus, dimiliki oleh seorang peniaga, pengurusan perniagaan

adalah mudah, dan juga lokasi tempat perniagaan adalah strategik.

3.1.1 Dimiliki oleh seorang peniaga

Salah satu ciri perniagaan runcit yang terdapat di sini ialah perniagaan ini dimiliki

oleh seorang peniaga. Menurut salah seorang responden kami, Cik Sakinah binti Yusof

iaitu peniaga kedai runcit di kawasan Pekan Kuah ini, beliau telah menguruskan

perniagaan tersebut sejak lima tahun yang lalu secara persendirian tanpa melibatkan

mana-mana rakan kongsi yang lain. Perniagaan tersebut diwarisi daripada ayahnya

yang kini menyerahkan premis perniagaan tersebut kepadanya.

Perniagaan milikan tunggal seperti ini memberi banyak manfaat kepada peniaga

itu sendiri. Secara jelasnya, keuntungan akan dinikmati sendiri tanpa perlu berkongsi

dengan orang lain. Peniaga juga memerlukan modal yang kecil sahaja untuk

menguruskan perniagaan mereka ini. Selain itu, mereka bebas untuk membuat

keputusan sendiri tanpa perlu mendapatkan pandangan atau bertanya kepada mana-

mana pihak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Walau bagaimanapun, masih

Page 8: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

8

terdapat risiko yang terpaksa dihadapi oleh peniaga runcit seperti ini iaitu liabiliti tidak

terhad di mana peniaga harus menanggung kesemua hutang sekiranya bankrap. Hal ini

mungkin berlaku sekiranya peniaga tidak mampu untuk bersaing dan mendapatkan

keuntungan yang tinggi di samping bayaran cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan.

3.1.2 Lokasi perniagaan yang strategik

Ciri kedua perniagaan runcit yang terdapat di sini ialah lokasi perniagaannya

yang strategik. Berdasarkan pemerhatian kami, kebanyakan kedai-kedai yang terdapat

di sekitar Pekan Kuah ini adalah tertumpu di kawasan bandar yang menerima banyak

kunjungan dari pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun pelancong

antarabangsa. Hal ini berkait rapat dengan faktor ketersampaian pengangkutan dan

juga kemudahan awam yang disediakan di kawasan bandar berbanding dengan

kawasan luar bandar. Rajah 1 menunjukkan salah satu di antara lokasi perniagaan

runcit yang terdapat di sekitar kawasan Pekan Kuah.

Rajah 1 : Lokasi perniagaan runcit di kawasan Pekan Kuah

Selain itu, perniagaan runcit di sini juga terletak berhamipran dengan tempat

tinggal pelanggan. Hal ini membolehkan penduduk setempat untuk datang berurus

niaga dengan mudahnya. Kebanyakan kedai-kedai yang terdapat di sini juga

menyediakan perkhidmatan dan barangan yang pelbagai kepada penduduk setempat.

Page 9: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

9

3.1.3 Perniagaan mudah diuruskan

Ciri perniagaan runcit yang seterusnya ialah mudah untuk diuruskan.

Pengurusan bagi perniagaan runcit adalah mudah kerana saiznya yang kecil. Hal ini

berbeza dengan perniagaan borong ataupun gedung yang sudah pastinya bersaiz jauh

lebih besar jika hendak dibandingkan dengan perniagaan runcit ini. Selain itu,

perniagaan jenis ini mudah untuk diuruskan kerana mempunyai jumlah pekerja yang

mencukupi. Selain itu, ada juga peniaga yang menggunakan perkhidmatan oleh ahli

keluarga sendiri.

Berdasarkan pemerhatian kami di salah sebuah kedai di Pekan Kuah yang

menjual cenderamata, bilangan pekerja yang diambil untuk membantu mengendalikan

urusan perniagaan tersebut adalah seramai dua orang. Menurut pengusaha perniagaan

iaitu Puan Rohaya, bilangan tersebut adalah mencukupi kerana perniagaan yang

dijalankan itu tidaklah memerlukan tenaga kerja yang ramai. Walau bagaimanapun

menurut Puan Rohaya lagi, kebiasaannya pada hari cuti umum bilangan pelanggan

yang datang membeli di kedai beliau akan meningkat namun masih lagi terkawal.

3.1.4 Modal kecil

Selain itu, perniagaan runcit juga melibatkan modal yang kecil sahaja. Secara

umumnya, perniagaan runcit sememangnya tidak melibatkan jumlah modal yang besar.

Ini jauh berbeza dengan perniagaan borong ataupun gedung yang sudah semestinya

melibatkan jumlah modal yang besar ekoran faktor barangan dan saiz kedai itu sendiri.

Pengusaha perniagaan runcit kebiasaannya mendapatkan modal sama ada

melalui simpanan sendiri ataupun pinjaman dari kawan-kawan, saudara-mara, da nada

juga yang membuat pinjaman daripada bank.

3.1.5 Mudah ditubuhkan dan dibentuk

Ciri perniagaan runcit yang terakhir yang dapat dilihat di Pekan Kuah ini ialah

perniagaan runcit di sini mudah ditubuhkan dan dibentuk. Berdasarkan hasil temubual

kami dengan beberapa orang peniaga di sekitar kawasan itu, mereka mendaftar

dengan Pendaftar Perniagaan dan juga mendapatkan lesen daripada Majlis Tempatan.

Page 10: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

10

Selain itu, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, perniagaan runcit

melibatkan modal perniagaan yang kecil sahaja. Hal ini tidak membebankan peniaga

sekaligus membantu mereka dalam menubuhkan perniagaan yang mampu untuk

berdaya saing secara sihat.

3.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Beberapa tahun kebelakangan ini, perniagaan runcit telah mendapat perhatian

yang menggalakkan di Langkawi tanpa mengira kaum dan bangsa. Hal ini kerana

perniagaan runcit merupakan pemangkin kepada aktiviti ekonomi lain seperti

perniagaan gedung dan juga perkhidmatan kereta sewa.

Bagi mendapatkan maklumat mengenai tugasan, kami menggunakan kaedah

pemerhatian, soal selidik dan temubual sebagai instrumen kajian kami. Kami telah

menemu bual beberapa orang responden di sekitar Pekan Kuah bagi mendapatkan

maklumat mengenai perniagaan runcit. Responden pertama yang kami temui adalah

Cik Sarah dan Cik Umi, iaitu pekerja kedai Tijaratul Hadith. Kedua-duanya berumur

dalam lingkungan 20-an dan masih belum berkahwin. Kebanyakan daripada responden

yang ditemui adalah berbangsa Melayu. Kedua-dua pekerja tersebut adalah penduduk

tempatan Langkawi. Hasil temubual, kami dapati mereka sudah mula bekerja di premis

perniagaan tersebut sejak 3 tahun lepas, iaitu selepas sahaja menamatkan pelajaran di

sekolah menengah.

Rajah 2 : Temubual bersama pekerja-pekerja Tijaratul Hadith

Page 11: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

11

Responden kedua pula ialah pekerja restoran Sek Seafood, Cik Fatihah. Beliau

berbangsa Melayu, berumur 35 tahun. Beliau juga merupakan penduduk tempatan

Langkawi. Menurutnya, restoran tersebut sudah lama bertapak di Pekan Kuah dan

diusahakan oleh sepasang suami isteri. Selain itu, kami juga turut menemu bual

pengusaha warung yang terletak berdekatan dengan Gedung haji Ismail Group, Pekan

Kuah. Menurut responden yang hanya mahu dikenali sebagai Mak, beliau sudah lama

mengusahakan warung tersebut bersama suaminya. Beliau merupakan penduduk asal

Kedah dan menetap di Langkawi. Menurutnya, keuntungan yang diperolehi hasil dari

jualannya itulah digunakan untuk menyara kehidupan keluarganya.

Rajah 3 : Restoran SFK Seafood

Seterusnya, kami juga turut menemubual pekerja perniagaan dobi yang terletak

berhampiran dengan Gedung Idaman Suri, iaitu Cik Sakinah. Beliau berumur dalam

lingkungan 20-an dan belum berkahwin. Premis perniagaan dobi ini pada masa yang

sama turut menjual makanan dan minuman ringan. Cik Sakinah merupakan anak

pemilik premis perniagaan ini yang mewarisi perniagaan ini daripada ayahnya.

Menurutnya, sewa di sekitar tempat perniagaannya adalah murah kerana jauh sedikit

daripada tempat tumpuan pelancong tetapi mempunyai kelebihannya tersendiri, iaitu

mempunyai saingan yang agak kurang.

Page 12: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

12

Rajah 4 : Temubual bersama Cik Sakinah, pekerja kedai dobi

Selain itu, kami juga turut menemubual pekerja kedai runcit yang berbangsa

Cina, iaitu Kedai Lim Beng An. Hasil temubual kami, kami dapat bahawa kedai itu

merupakan kedai yang diwarisi secara turun temurun. Pengusaha kedai runcit tersebut,

Encik Kiat merupakan penduduk asal Langkawi. Beliau berumur dalam lingkungan 40-

an dan sudah berkahwin.menurutnya, kedai tersebut diwarisi daripada bapanya. Beliau

menjual barangan runcit seperti makanan dan minuman serta kelengkapan dapur. Hasil

pemerhatian kami, kami dapati kebanyakan pekerja di Pekan Kuah majoritinya adalah

Melayu dan juga Cina. Pekerja yang berbangsa India jarang dilihat di sini.

Responden seterusnya ialah Puan Rohaya, pemilik kedai pakaian di Pekan

Kuah. Beliau merupakan ibu tunggal yang berumur dalam lingkungan 40-an. Beliau

telah lama terlibat dalam perniagaan runcit, iaitu sejak tahun 2008. Menurutnya lagi,

hasil perniagaan inilah yang digunakannnya untuk menyara kedua anaknya. Beliau

bukan sahaja menjual pakaian malah turut menjual kasut dan juga beg. Beliau seorang

yang peramah, jadi tidak hairanlah kedainya sentiasa penuh dengan pembeli.

Walaupun kebanyakan responden mempunyai latar belakang yang agak

berbeza, namun mempunyai sumber ekonomi yang sama. Temubual dan juga soal

selidik dengan responden-responden si sekitar Pekan Kuah banyak membantu kami

dalam mendapatkan maklumat mengenai tugasan yang diberi.

Page 13: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

13

3.3 KEPENTINGAN PERNIAGAAN

Aktiviti perniagaan melibatkan pembeli atau pengguna dan juga penjual.

Sememangnya, aktiviti perniagaan banyak mendatangkan faedah kepada pelbagai

pihak. Antara kepentingan perniagaan runcit yang dapat kami perhatikan sepanjang

berada di Langkawi iaitu di kawasan Pekan Kuah dapat kami bahagikan kepada tiga

kategori iaitu kepentingan kepada pengguna, peniaga dan juga negara.

3.3.1 Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna atau pembeli

Bagi pengguna, mereka dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka

terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan. Sebagai contoh, di kawasan Pekan

Kuah, terdapat pelbagai kedai yang menjual barangan berupa cenderamata, pakaian

dan ubat-ubatan. Dengan terdapatnya pelbagai jenis perniagaan, pengguna dapat

memilih barang mengikut cita rasa tersendiri terhadap jenis dan jenama barang yang

diingini. Carta 1 menunjukkan jenis barangan yang dijual di kedai di sekitar kawasan

Pekan Kuah, Langkawi. Hasil dapatan ini diperolehi melalui pemerhatian dan juga

temubual dengan peniaga dan juga pembeli di kawasan tersebut.

35%

15%

40%

10%

Carta 1 : Jenis Barangan yang Dijual bagi Perniagaan Runcit

Cenderamata

Kain Batik

Coklat

Minyak Gamat

Page 14: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

14

3.3.2 Pengguna dapat membuat perbandingan harga dan membeli dengan

bijak

Seperti yang telah diketahui, Pekan Kuah memang dikenali dengan pusat

membeli-belah bebas cukai. Faktor harganya yang murah sudah pasti menjadi daya

tarikan utama pembeli untuk datang membeli belah di sini. Meskipun terdapat banyak

rumah kedai yang ada di sekitar kawasan Pekan Kuah ini, barang-barang dan

perkhidmatan yang disediakan adalah hampir serupa. Namun begitu, harga bagi setiap

barangan adalah tidak sama dan berbeza mengikut peniaga itu sendiri. Oleh itu,

sebagai pengguna, mereka dapat membuat perbandingan harga dan membeli sesuatu

barangan yang dikehendaki itu dengan bijak. Mereka boleh membandingkan kualiti,

harga dan kemampuan mereka untuk membeli.

3.3.3 Mendatangkan keuntungan kepada peniaga

Manakala bagi peniaga pula, perniagaan yang dijalankan sudah semestinya

banyak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Menurut temubual yang dijalankan

dengan beberapa orang peniaga di sekitar kawasan Pekan Kuah, pada musim cuti

kebiasaannya pendapatan yang diperolehi mereka sedikit meningkat jika dibandingkan

dengan hari-hari biasa. Hal ini berkait rapat dengan kedatangan pelancong asing dan

tempatan khususnya yang mengambil peluang sempena musim cuti untuk pergi

melancong dan membeli-belah. Hasil daripada borang soal selidik yang telah kami

sediakan, peniaga di sekitar kawasan Pekan Kuah ini secara puratanya berpendapatan

tidak melebihi RM3000 pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, hasil daripada

perniagaan ini sudah cukup untuk menampung kehidupan mereka sehari-hari.

3.3.4 Mewujudkan peluang pekerjaan

Kebanyakan pekedai yang kami temubual adalah dalam kalangan masyarakat

berbangsa Melayu dan Cina. Namun, masyarakat Melayu menunjukkan peratusan yang

lebih tinggi mempelopori bidang perniagaan runcit di sekitar kawasan pekan Kuah ini.

Hal ini mendatangkan faedah kepada penduduk setempat kerana mempunyai peluang

pekerjaan yang banyak untuk diceburi. Ini dapat meningkatkan pendapatan seterusnya

dapat menaikkan taraf hidup mereka. Selain itu juga, mereka mempunyai pendapatan

Page 15: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

15

yang cukup untuk menyara keluarga dan menikmati keselesaan hidup. Graf 1 di bawah

menunjukkan peratusan bilangan peniaga runcit mengikut kaum.

3.3.5 Meningkatkan pendapatan dan hasil negara

Seperti yang telah diketahui umum, perniagaan sememangnya memberi

sumbangan yang banyak dan jelas kepada negara terutamanya dalam meningkatkan

pendapatan negara dan hasil kerajaan. Walaupun perniagaan runcit merupakan

perniagaan yang dilakukan secara kecil-kecilan saja jika hendak dibandingkan dengan

perniagaan gedung, namun perniagaan runcit melengkapi kegiatan ekonomi yang lain

yang ada di sekitar Pekan Kuah ini. Sebagai contoh, kegiatan ekonomi perniagaan

yang terdapat di Pekan Kuah mempunyai hubungan rapat dengan aktiviti pelancongan

di kawasan ini.

Pelancong yang datang ke kawasan ini sudah semestinya ingin membawa

pulang cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. Oleh itu, dengan adanya

pelbagai barangan yang dijual di sini, pengguna akan membeli barangan yang

diinginkan. Hasil daripada urus niaga jual dan beli ini akan menyumbang kepada

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Melayu Cina India

Bil

an

gan

Pe

nia

ga

( %

)

Jenis Kaum

Graf 1 : Bilangan Peniaga Runcit Mengikut Kaum

Page 16: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

16

pertumbuhan ekonomi kawasan setempat itu sendiri seterusnya meningkatkan

pendapatan negara.

3.3.6 Meningkatkan pembangunan negara

Bagi membuka sesebuah perniagaan di lot kedai, sudah semestinya peniaga

dikehendaki untuk membayar lesen perniagaan. Hasil daripada pembayaran lesen dan

cukai kepada kerajaan akan digunakan bagi melaksanakan projek-projek pembangunan

di negeri Langkawi itu sendiri terutamanya untuk menyediakan kemudahan asas yang

selesa kepada rakyat. Hasilnya dapat dilihat dengan pembinaan bangunan dan deretan

kedai yang tersusun, pembinaan jalan raya, dan kemudahan awam yang selesa seperti

telefon awam.

Secara keseluruhannya, aktiviti perniagaan runcit yang dijalankan di sekitar

kawasan Pekan Kuah banyak memberikan manfaat kepada penduduk setempat itu

sendiri dan juga pelancong yang datang. Bukan itu sahaja malah, aktiviti perniagaan

runcit ini juga dilihat sangat penting dalam memastikan kelangsungan dan membantu

dalam memperkembangkan lagi aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain di Langkawi seperti

pelancongan dan juga perkhidmatan air dan darat seperti feri dan juga kereta sewa.

3.4 MASALAH DALAM PERNIAGAAN

Kajian lapangan kali ini telah mendapati bahawa terdapat beberapa masalah

yang dihadapi oleh peniaga. Terdapat lima masalah yang berjaya dikenal pasti

sepanjang menjalankan kajian ini.

3.4.1 Pekerja

Masalah yang pertama ialah pekerja. Pekerja merupakan tenaga buruh yang

amat diperlukan dalam sektor ini. Namun, beberapa masalah telah timbul yang

berpunca daripada pekerja itu sendiri. Contohnya, berdasarkan soal selidik yang telah

dilakukan bersama salah seorang pekerja di Pekan Kuah, pekerja tersebut didapati

tidak mempunyai sebarang pengalaman mengenai bagaimana untuk menguruskan

sebuah kedai runcit. Akibat daripada itu, mereka kurang mahir dalam memberi

perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan disebabkan kekurangan pengalaman. Hal ini

Page 17: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

17

seterusnya akan mengakibatkan masalah yang lain iaitu kemahiran komunikasi yang

rendah bersama pelanggan serta menyebabkan prestasi dan kualiti kerja mereka

semakin menurun.

Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dilakukan didapati bahawa terdapat

segelintir peniaga yang tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Mereka lebih banyak menggunakan dialek kawasan mereka. Ini akan menyebabkan

kesukaran dalam proses urusan jual beli kerana terdapat segelintir pengunjung dan

pembeli yang tidak faham akan dialek tempatan. Maka, bahasa Inggeris sebagai

alternative bagi mereka untuk menerangkan kepada peniaga terssebut akan kehendak

mereka. Namun, sekiranya berlaku masalah komunikasi dan menyukarkan pengunjung

untuk faham dan mendapatkan barangan yang diperlukan, ini akan mengakibatkan

pengunjungkecewa seterusnya mematikan niat mereka untuk membeli di kedai

tersebut. Ini akan menyebabkan peniaga tersebut menerima kerugian kesan daripada

masalah ini.

3.4.2 Modal

Masalah yang seterusnya ialah modal. Seperti yang diketahui bahawa modal

amat penting dalam mengerakkan sebuah perniagaan. Pusingan modal perlu agar

memastikan bahawa perniagaan yang dijalankan tidak menghadapi masalah. Namun,

sumber modal bagi peniaga perniagaan runcit adalah daripada pelanggan yang datang

dan berbelanja di premis perniagaan mereka. Pelanggan yang terdiri daripada

pelancong dan penduduk tetap Langkawi adalah sentiasa berubah-ubah. Contohnya,

pada musim cuti sekolah, cuti umum serta hujung minggu, jumlah pelanggan adalah

lebih ramai dan ini seterusnya menyumbangkan modal kepada premis tersebut.

Namun, kadangkala kerenah pelanggan yang cerewet dan terlampau memilih

mengakibatkan banyak masa terbuang untuk melayan kerenah mereka ssedangkan

masa yang ada boleh diperuntukkan untuk merancang strategi pemasaran yang lebih

baik.

Page 18: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

18

3.4.3 Sewa yang tinggi

Peniaga perniagaan runcit juga mengalami masalah dari segi sewa. Berdasarkan

kajian, purata sewa premis perniagaan di Pekan Kuah adalah sekitar RM 1300 hingga

RM 1500 sebulan. Sesetengah premis perniagaan tidak mendapat keuntungan yang

banyak pada bulan-bulan tertentu disebabkan oleh jumlah pengujung atau pelanggan

yang berubah-ubah mengikut musim. Oleh itu, sewa itu kadangkala agak tinggi bagi

pendapatan bulanan yang tidak seberapa. Sewa yang tinggi ini membebankan pemilik

premis tersebut kerana terpaksa menanggung kos-kos lain seperti pemasaran dan

pengiklanan, pembelian barangan daripada pemborong dan sebagainya. Masalah

pengurusan kewangan yang tidak cekap juga merencatkan perjalanan kewangan

perniagaan runcit tersebut dan seterusnya mengganggu urusan lain seperti

pembayaran sewa kepada pemilik premis perniagaan tersebut.

3.4.4 Persaingan yang sengit

Pekan Kuah merupakan sebuah pusat perniagaan yang terbesar di Langkawi.

Justeru itu, ini akan melibatkan persaingan perniagaan yang sengit. Hal ini kerana

kebanyakan premis perniagaan runcit tersebut terletak berdekatan antara satu sama

lain. Jarak antara premis kadangkala terletak secara bersebelahan atau terdapat

sehingga tiga premis perniagaan runcit dalam satu bangunan perniagaan. Premis

perniagaan ini juga ada yang menjual barangan dalam kategori barangan yang sama

atau hamper sama. Contohnya, jika kedai A menjual barangan berasaskan

cenderamata, maka kedai B yang terletak bersebelahan dengannya juga turut menjual

cenderamata. Oleh yang demikian, barangan yang dijual juga adalah lebih kurang sama

dan mengakibatkan berlakunya lambakan barang yang sama namun dibezakan dengan

harga sahaja walaupun mempunyai kualiti yang sama. Perbezaan harga ini dapat

membantu pembeli untuk memilih kedai yang menawarkan harga yang lebih murah

kerana kualiti adalah sama tetapi harga barangan adalah jauh lebih murah. Persaingan

juga berlaku antara perniagaan yang lebih besar seperti perniagaan gedung kerana

ramai pengunjung lebih cenderung untuk mengunjungi gedung kerana lebih

menjimatkan masa mereka yang kebanyakannya adalah pelancong.

Page 19: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

19

3.4.5 Tempat letak kenderaan yang tidak sistematik

Masalah yang terakhir ialah kemudahan tempat letak kenderaan. Seperti yang

diketahui, Langkawi merupakan sebuah pusat pelancongan yang menggamit ramai

pengunjung untuk datang ke sana. Maka, kemudahan tempat meletak kenderaan juga

perlu bertambah seiring dengan pertambahan pelancong dan kenderaan di Langkawi.

Disebabkan tempat letak kenderaan yang terhad, terdapat sesetengah pemilik

kenderaan meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan dan ini seterusnya

mengganggu lalulintas dan menjadikan jalan sesak. Sebagai contoh, di sekitar Pekan

Kuah yang berdekatan dengan perniagaan gedung Haji Ismail Group, terdapat tempat

letak bas untuk pelancong dan pengunjung. Hal ini akan membantu mengelakkan bas-

bas tersebut diletakkan di merata tempat dan seterusnya mengganggu lalu lintas.

Namun, kemudahan ini kurang mencukupi disebabkan oleh pertambahan bilangan

kenderaan yang digunakan oleh pengunjung.

Secara tuntasnya, masalah-masalah ini sedikit sebanyak telah mengganggu

perjalanan perniagaan runcit tersebut. Namun, ianya haruslah dapat diatasi dengan

segera agar perniagaan runcit di kasawan kajian dapat berlangsung dengan baik dan

berkembang dengan baik.

3.5 LANGKAH MENGATASI MASALAH DALAM PERNIAGAAN

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, terdapat beberapa

langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam perniagaan

kecil ini.

3.5.1 Pemilik perniagaan memainkan peranan

Langkah pertama yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pekerja ialah

melalui peranan pemilik perniagaan runcit itu sendiri. Pemilik perniagaan seharusnya

memberi latihan awal kepada pekerja mereka seperti memberikan tempoh percubaan

untuk menilai prestasi kerja mereka agar pekerja yang dipilih adalah berkualiti dan

memenuhi kriteria dan kehendak yang diperlukan oleh perniagaan tersebut. Pihak

pemilik perniagaan juga boleh menyediakan kursus-kursus khas untuk pekerja mereka

Page 20: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

20

seperti menghadiri bengkel bagaimana untuk menguruskan sesebuah perniagaan serta

bengkel-bengkel komunikasi agar dapt meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.

Selain itu, pemeriksaan secara berkala juga boleh diadakan bagi memastikan

bahawa pekeja mereka membuat kerja dengan baik dan mampu melayan pelanggan

dengan baik serta menggunakan komunikasi yang sesuai dan berkesan. Pemeriksaan

berkala ini boleh dilakukan sebanyak sebulan sekali untuk memastikan bahawa mereka

telah memilih pekerja yang betul dan sesuai untuk membantu mereka mengendalikan

perniagaan runcit.

3.5.2 Strategi pemasaran yang mantap

Masalah yang kedua ialah modal. Justeru, langkah yang boleh diambil untuk

mengatasi masalah ini ialah melalui strategi pemasaran yang mantap. Strategi

pemasaran haruslah tepat mengikut target pelanggan dan masa yang sesuai. Sebagai

contoh, pihak peniaga perlulah membuat perancangan pemasaran yang khusus

mengikut musim kerana sekiranya pada musim cuti persekolahan atau cuti umum,

bilangan pengunjung yang datang adalah lebih ramai. Maka, pihak peniaga runcit

tersebut hendaklah pandai dalam melakukan promosi seperti mengadakan potongan

harga serta hadiah percuma. Promosi yang diadakan seharusnya membantu dalam

mengembalikan modal peniaga tersebut agar dapat menampung perbelanjaan

perniagaan runcit tersebut kelak.

3.5.3 Mencari alternatif bijak untuk mempromosikan perniagaan

Kos pengiklanan juga perlulah diubah mengikut kemampuan pemilik agar tidak

berlaku kerugian. Sekiranya peniaga runcit tersebut tidak mampu untuk membuat

pengiklanan seperti kain rentang untuk mempromosikan kedai mereka, maka mereka

seharusnya menggunakan alternatif lain untuk mengiklankan produk di kedai mereka

seperti mengedarkan kertas edaran mengenai produk di kedai mereka kepada

pengunjung di sekitar kawasan premis perniagaan mereka. Selain itu, iklan yang

dilakukan itu haruslah berbaloi namun mampu menarik ramai pelanggan. Bilangan

pekerja yang optimum juga penting agar tidak berlaku pembaziran dalam penggunaan

pekerja. Sekiranya saiz kedai tersebut adalah tidak besar, maka memadailah untuk

Page 21: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

21

mengambil dua orang pekerja sahaja. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan berlakunya

perbuatan curi tulang, namun ianya juga dapat membantu peniaga runcit untuk

mengawal pengaliran kewangan mereka seperti untuk pembayaran gaji mereka.

3.5.4 Menyelaraskan pengurusan kewangan

Masalah yang ketiga iaitu sewa pula dapat diatasi dengan menyelaraskan

pengurusan kewangan seperti mengemaskini akaun perniagaan agar pengaliran wang

dapat dikenal pasti dan tidak digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya.

Pengaliran wang amat penting untuk direkodkan untuk membantu peniaga mengetahui

kemanakah wang atau modal perniagaan mereka digunakan dan bagaimana untuk

merancang perbelanjaan untuk perniagaan mereka. Penyewa premis perniagaan juga

boleh berbincang dengan pemilik premis untuk mengurangkan harga sewa mengikut

budi bicara agar penyewa tidak terbeban dengan sewa dan mampu mencipta

keuntungan tanpa merugikan pemilik premis.

Seperti yang diketahui, peniaga runcit mempunyai pendapatan yang tidak tetap.

Oleh yang demikian, sewa yang tinggi kadangkala tidak dapat dilunaskan kerana

perjalanan perniagaan mereka adalah tidak rancak dan mampu menghasilkan

keuntungan. Maka, peniaga yang tidak mampu membayar sewa akan merasa terbeban

seterusnya mendorong mereka untuk melakukan perkara yang bahaya seperti

meminjam wang daripada ceti haram untuk melunaskan sewa premis perniagaan

mereka.

3.5.5 Persaingan yang sihat

Persaingan adalah lumrah dalam perniagaan. Namun, ianya juga mampu

menjadi suatu masalah dalam perniagaan. Oleh itu, masalah persaingan ini boleh

diatasi dengan melakukan persaingan yang sihat di mana saling bekerjasama antara

satu sama lain dan tidak cemburu. Lokasi yang strategik juga perlu agar premis yang

yang bersebelahan tidak menjual barangan yang sama. Maka, ini adalah

tanggungjawab pemilik perniagaan tersebut untuk mencari barangan yang berbeza

agar mengurangkan persaingan sesama mereka.

Page 22: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

22

3.5.6 Peranan kerajaan dan pihak lain yang terlibat

Bagi mengatasi masalah yang kelima iaitu masalah tempat meletakkan

kenderaan, pihak kerajaan boleh menjalankan peranan mereka dengan menyediakan

lebih banyak tempat untuk meletakkan kenderaan sama ada tempat letak kenderaan

yang berbayar ataupun tidak. Pihak kerajaan boleh bekerjasama dengan pihak swasta

dalam menyediakan kawasan untuk meletakkan kenderaan yang khusus buat

pelanggan terutamanya bagi mereka yang berkenderaan sendiri seperti kereta. Pemilik

premis pula boleh menyediakan parker yang khusus buat pelanggan mereka agar

kenderaan mereka tidak diletakkan dikawasan larangan. Kesedaran sivik individu juga

perlu dalam memastikan bahawa kesesakan lalu lintas dapat dielakkan sekiranya

pemilik kenderaan mematuhi undang-undang dan tidak meletakkan kenderaan mereka

di kawasan larangan sesuka hati mereka.

Secara keseluruhannya, setiap masalah yang dihadapi oleh perniagaan runcit ini

haruslah diselesaikan dengan bijak dan berhemah agar dapat mengelakkan daripada

berlakunya kerugian. Seorang peniaga itu haruslah bijak mengawal pergerakan

perniagaan runcit agar dapat memastikan bahwa dunia perniagaan runcit mampu

berkembang pesat dan menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi negara.

3.6 KESAN PERNIAGAAN KEPADA PERSEKITARAN

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah

sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat

fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan

melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-

kegunaan berfaedah. Kesan ini akhirnya menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya

atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau

organisma-organisma lain seperti tumbuhan dan haiwan.

3.6.1 Lambakan Sampah Sarap

Terdapat banyak kegiatan ekonomi yang dikenal pasti di kawasan Pekan Kuah.

Antaranya ialah perniagan runcit dan gedung, pengangkutan darat serta laut dan juga

Page 23: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

23

aktiviti perikanan. Setiap kegiatan ekonomi mempunyai risiko dan kesannya tersendiri

kepada alam sekitar. Kawasan perniagaan runcit juga banyak menyumbang kepada

pencemaran alam sekitar. Hasil pemerhatian kami, kami dapati banyak premis

perniagaan yang tidak mengambil berat tentang kebersihan tempat perniagaan mereka.

Kami dapat lihat bahawa banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk

menyediakan sistem pembuangan sampah yang teratur di kawasan kajian. Kadangkala

tempat pembuangan sampah yang dikhususkan tidak diurus dengan baik.

Seperti yang diketahui, Langkawi merupakan sebuah pulau yang di dalamnya

padat dengan bangunan-bangunan dan penempatan penduduk. Jika sistem

pembuangan sampah tidak diselenggara dengan baik, sudah tentu ini akan memberi

impak buruk pada masa akan datang terutamanya sampah sarap yang sukar untuk

dilupuskan. Timbunan sampah sarap yang sukar dilupuskan seperti plastik dan juga

besi buruk perlulah dibuang ke dalam satu tempat khas supaya tidak mencemarkan

alam sekitar Pekan Kuah tersebut.

3.6.2 Pencemaran Udara

Seperti yang diketahui, asap dari kenderaan bermotor mengandungi gas-gas

beracun seperti karbon monoksida dan juga sulfur dioksida. Kandungan gas-gas yang

beracun yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan seterusnya

menyebabkan peningkatan suhu di kawasan tersebut. Jika masalah ini tidak

dibendung, tidak mustahil kawasan tersebut berpotensi untuk menjadi pulau haba pada

suatu hari nanti.

Pekan Kuah sentiasa padat dengan kenderaan bermotor seperti kereta , bas dan

juga lori kargo. Kebanyakan pelancong lebih suka untuk menyewa kereta dan

memandu sendiri apabila datang ke kawasan kajian. Sikap inilah yang menyumbang

kepada pencemaran udara. Apabila jumlah kereta sewa yang digunakan di kawasan

kajian semakin meningkat, tidak hairanlah indeks pencemaran udara di kawasan

tersebut semakin hari semakin meningkat.

Page 24: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

24

3.6.3 Pencemaran Air

Selain itu, sistem saliran yang tersumbat dilihat menjejaskan aktiviti perniagaan

runcit di kawasan ini. Menurut beberapa orang pelanggan yang ditemu bual, mereka

mengatakan bahawa kebanyakan peniaga tidak menjaga kebersihan di kawasan

permis mereka terutamanya peniaga kedai makan. Mereka membuang sisa makanan

dan juga sampah ke dalam longkang berhampiran premis perniagaan mereka.

Impaknya, saliran longkang tersebut tersumbat sekaligus menyebabkan air tidak dapat

menyusup keluar dan akhirnya mengeluarkan bau yang busuk.

Pada masa yang sama, pihak peniaga kedai makan itu sendiri tidak mempunyai

inisiatif untuk membersihkan longkang kecil di belakang premis perniagaan mereka.

Mereka lebih selesa membiarkan longkang tersebut tersumbat dan seterusnya

mengeluarkan bau yang busuk. Masalah pencemaran ini perlu diatasi dengan segera.

Hal ini kerana, jika tidak dibendung dari awal, masalah ini semestinya akan memberi

impak yang buruk kepada alam sekitar pada masa akan datang.

Rajah 5 : Sampah-sampah yang dibuang ke dalam longkang.

Page 25: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

25

3.6.4 Peningkatan Suhu

Selain itu, kesesakan lalu lintas di kawasan pekan Kuah juga menyumbang

kepada pencemaran alam sekitar, iaitu pencemaran bunyi dan pencemaran udara. Di

Langkawi, pekan Kuah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri

terutamanya pada musim cuti persekolahan. Hasil pemerhatian kami, kami dapati

tempat letak kereta di kawasan Pekan Kuah sentiasa padat dengan kenderaan. Selain

itu, kawasan Pekan Kuah juga sentiasa penuh dengan lori-lori kargo yang menghantar

stok bekalan kepada peniaga. Secara tidak langsung, asap yang datang dari kenderaan

menyebabkan indeks pencemaran udara di kawasan kajian semakin hari semakin

meningkat.

3.6.5 Pencemaran Bunyi

Langkawi sememangnya sentiasa padat dengan pengunjung dari dalam dan luar

negara terutamanya pada musim cuti sekolah. Pencemaran bunyi yang berlaku di

sekitar kawasan Pekan Kuah sememangnya mengganggu ketenteraman kawasan

tersebut. Pencemaran ini adalah berpunca daripada kesesakan jalan raya di kawasan

tersebut. Menurut responden yang ditemu bual, kebanyakan pemandu yang berada di

sekitar kawasan kajian adalah pelancong-pelancong yang datang ke tempat tersebut

dan menyewa kereta bagi memudahkan mereka bergerak. Sikap tidak sabar yang ada

dalam diri mereka menyebabkan pencemaran bunyi berlaku. Mereka sering

membunyikan hon apabila terlalu lama berada dalam kesesakan. Hon yang dibunyikan

sememangnya menggangu masyarakat tempatan dan juga pelancong lain yang ada di

sekitar kawasan tersebut.

3.7 LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Beberapa tahun kebelakangan ini, perniagaan kecil telah mendapat perhatian

yang menggalakkan di Langkawi tanpa mengira kaum dan bangsa. Oleh itu, pihak

kerajaan seharusnya peka dengan kebersihan di sekitar Pulau Langkawi bagi menarik

lebih ramai pelancong datang ke sana. Beberapa langkah boleh dilakukan oleh pihak

Page 26: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

26

kerajaan mahupun individu itu sendiri bagi mengatasi masalah pencemaran yang

berlaku di kawasan perniagaan runcit sekitar Pekan Kuah.

3.7.1 Pihak Kerajaan

Pihak kerajaan, khususnya Majlis Perbandaran Langkawi perlulah memainkan

peranan mereka dalam mengatasi masalah ini. Pihak Perbandaran perlulah

menyediakan jadual pengutipan sampah secara berkala di kawasan Pekan Kuah.

Dengan itu, tiada lagi timbunan sampah yang mengeluarkan bau yang tidak

menyenangkan serta pada masa yang sama menganggu penglihatan pelancong yang

datang ke pulau tersebut. Selain itu, kerajaan juga perlu peka kepada sampah sarap

yang sukar untuk dilupuskan seperti plastik dan juga besi buruk. Sampah sarap

tersebut perlulah diletak dan dihimpunkan pada satu tempat supaya tidak

mencemarkan alam sekitar. Hal ini kerana alam sekitar yang bersih mampu untuk

menambat hati pelancong supaya datang kembali ke Langkawi pada masa akan

datang.

Selain itu, kerajaan perlulah mengadakan kempen ‘Cintai Alam Sekitar’ bagi

memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam diri penduduk tempatan mahupun

pelancong. Walaupun kempen sebegini sentiasa didengar namun jika pihak kerajaan

menjayakannya dengan baik, sudah tentu orang ramai akan mula sedar akan

pentingnya menjaga kebersihan. Dengan itu, jumlah sampah sarap yang dibuang

secara merata-rata akan berkurangan.

Selain itu, masalah sistem saliran yang tersumbat juga membawa kepada

pencemaran alam sekitar terutamanya menyumbang kepada pencemaran air. Peniaga

kedai makan khususnya, dilihat tidak begitu menitikberatkan kebersihan kawasan

perniagaan mereka. Bagi mengatasi masalah ini, para peniaga seharusnya diberi

penekanan agar menjaga kebersihan di kawasan perniagaan mereka. Pihak kerajaan

seharusnya memantau tahap kebersihan di premis perniagaan serta mengenakan

denda bagi peniaga yang tidak menjaga kebersihan premis perniagaan mereka.

Page 27: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

27

Dengan itu, mereka akan lebih prihatin untuk menjaga kebersihan di kawasan

perniagaan mereka.

Selain itu, pihak kerajaan juga perlulah menyediakan sistem perparitan dan

saliran dengan lebih terancang supaya sisa-sisa buangan tidak menganggu sistem

saliran di kawasan tersebut. Pihak kerajaan juga perlu menyelanggara sistem

perparitan secara berkala di kawasan Pekan Kuah supaya masalah saliran tersumbat

dan berbau dapat dikurangkan.

Sudah bertahun-tahun Langkawi menjadi destinasi pelancongan utama dan

menarik di mata dunia yang seterusnya menjadikan Langkawi sebagai pulau

peranginan yang mesti dikunjungi. Tetapi, kemudahan infrastruktur di kawasan kajian

masih perlu ditingkatkan lagi. Sebagai contoh, sebuah kedai makan terletak

bersebelahan dengan sebuah longkang besar yang mengeluarkan bau yang tidak

menyenangkan. Jadi tidak mustahil jika makanan yang disediakan akan tercemar. Akan

tetapi, kedai makan tersebut menjadi tumpuan pelancong kerana mereka tiada pilihan

lain. Hal ini kerana tiada tempat yang khusus yang disediakan untuk mereka berniaga.

Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya membina satu kawasan yang spesifik

seperti food court untuk para peniaga kedai makan menjalankan perniagaan mereka.

Dengan itu, kebersihan di kawasan perniagaan mereka akan terjamin dan pada masa

yang masa memudahkan pihak Majlis Perbandaran untuk memantau tahap kebersihan

kedai mereka.

3.7.2 Individu dan Pihak Terlibat

Banyak cara yang boleh dilakukan bagi membendung masalah ini. Menurut

responden yang ditemu bual, pada musim cuti persekolahan, kawasan Pekan Kuah

penuh dengan kenderaan bermotor seperti kereta dan juga lori kargo sehinggakan

berlakunya kesesakan yang sangat teruk di kawasan tersebut. Beliau mencadangkan

agar pihak kerajaan menyediakan tempat letak kereta yang secukupnya di kawasan itu.

Menurutnya lagi, penggunaan kereta sewa di kawasan Pekan Kuah haruslah dihadkan

agar pencemaran udara dan bunyi di kawasan kajian boleh dikurangkan. Menurutnya

Page 28: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

28

lagi, para pemandu juga perlu diberi denda supaya timbulnya kesedaran sivik, dalam

diri mereka agar tidak meletakkan kereta di bahu jalan.

Selain itu, ada juga di antara para peniaga yang mencadangkan agar

penggunaan pengangkutan awam digunakan secara efisien di kawasan kajian.

Penggunaan bas bagi menggantikan penggunaan kereta sewa dapat mengurangkan

kesesakan jalan raya di sekitar Pekan Kuah seterusnya mengurangkan pencemaran

udara di kawasan kajian.

Sikap cintakan alam sekitar di dalam diri individu itu sendiri juga penting bagi

menangani masalah ini. Penekanan terhadap nilai-nilai murni dalam diri generasi muda

melalui subjek Sivik mahupun Geografi mampu membentuk generasi yang cintakan

alam sekitar pada masa akan datang. Dengan itu, pencemaran dapat dikurangkan dari

masa ke semasa dan kawasan Pekan Kuah akan lebih terpelihara daripada

pencemaran alam sekitar. Pada masa yang sama, pelancong luar juga akan

menghormati serta mengagumi sikap dan mentaliti rakayat di negara kita.

3.8 POTENSI PERNIAGAAN RUNCIT PADA MASA DEPAN

Setiap aktiviti ekonomi mempunyai potensinya sendiri terutamanya ekonomi

perniagaan yang semakin hari semakin berkembang dengan pesat. Seperti yang

diketahui, perniagaan ialah aktiviti membeli dan menjual barang dan perkhidmatan

untuk mengaut keuntungan.

3.8.1 Mampu berkembang menjadi pemborong jika diberi insentif

Perniagaan runcit mampu berkembang menjadi pemborong pada masa akan

datang jika diberi insentif oleh kerajaan. Bank dan institusi kewangan menyediakan

pelbagai perkhidmatan yang dapat membantu para peniaga. Antaranya ialah

kemudahan penyimpanan, kemudahan pembayaran serta sumber pembiayaan. Bank

menyediakan pelbagai jenis akaun simpanan dan pelaburan yang membolehkan

peniaga menyimpan wang terbiarnya untuk mendapatkan faedah. Dengan bantuan

Page 29: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

29

yang diberikan, sudah tentu perniagaan runcit mampu untuk berkembang dengan lebih

pesat.

Selain itu, bank juga menyediakan pelbagai kemudahan pembayaran yang

menyenangkan para peniaga untuk menerima dan melakukan bayaran. Pada masa

yang sama, pihak bank juga membantu para peniaga yang mengalami kekurangan

modal dengan cara memberi pinjaman dan overdraf. Dengan itu, perniagaan runcit

akan dapat meningkatkatkan taraf perniagaannya seperti gedung ataupun pemborong

dan akhirnya perniagaan ini akan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar

negara kerana menyediakan semua barangan yang diperlukan oleh pelanggan.

3.8.2 Pembinaan Food Court untuk peniaga kedai makan

Hasil dapatan kami, kami dapati bahawa tiada tempat yang khusus yang

disediakan kepada peniaga kedai makan. Jadi, jika pihak kerajaan menyediakan satu

tempat yang khusus kepada para peniaga kedai makan untuk berniaga, sudah tentu

perniagaan mereka akan lebih berkembang. Pada masa yang sama, pemantauan

kebersihan yang diadakan akan menjadi lebih mudah. Selain itu, jaminan kualiti

kebersihan terhadap kedai-kedai makan juga akan lebih terjamin dan para pelancong

tidak akan ragu-ragu untuk memilih tempat untuk mereka menjamu selera.

3.8.3 Peluang kerja kepada anak tempatan seterusnya mengurangkan

kadar pekerja asing

Jika lebih banyak kawasan baru dibuka untuk perniagaan, sudah tentu ini akan

memberi banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Secara tidak

langsung, kadar penggunaan pekerja asing dapat dikurangkan dan dihapuskan.

Tambahan pula, dengan mengambil pekerja tempatan, masalah komunikasi antara

majikan dan pekerja juga dapat diatasi. Pekerja yang baru perlu diberikan latihan

dengan secukupnya kerana pekerja yang mahir dan berpengalaman akan memberikan

faedah kepada para pengusaha dan peniaga. Hal kerana pekerja dianggap aset bagi

perniagaan dan hasil kerja mereka pastinya berkualiti. Kadar sewa yang berpatutan

Page 30: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

30

akan memberikan faedah dan galakan untuk pengusaha untuk menceburi sesuatu jenis

perniagaan.

3.8.4 Perniagaan secara online

Teknologi yang canggih boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam

sesebuah perniagaan. Perniagaan runcit mampu untuk berkembang jika menggunakan

ICT sebagai medium kedua dalam memajukan perniagaan tersebut. Mungkin pada

masa akan datang, orang ramai akan lebih tertumpu kepada perniagaan secara online.

Hal ini kerana kaedah pemasaran menggunakan ICT dapat memudahkan serta

mempercepatkan penyaluran maklumat dan hebahan kepada umum.

Mengaplikasikan ICT dalam perniagaan adalah antara pemangkin kepada

kejayaan dan keberkesanan mana-mana operasi perniagaan. Kehebatan perniagaan

melalui internet ini terbukti apabila usahawan tidak perlu bertemu mata dengan

pelanggan kerana komunikasi hanya melalui internet sahaja. Pembayaran pula boleh

dilakukan melalui beberapa cara seperti perbankan internet atau kad kredit. Dengan itu,

perniagaan runcit dapat menambah keuntungan perniagaan mereka dan pada masa

yang sama, pelanggan mudah untuk membeli barangan yang diperlukan tanpa perlu

pergi ke Langkawi.

3.8.5 Kemudahan infrastruktur yang lebih baik mampu tarik lebih ramai

pelancong

Akhir sekali, kemudahan infrastruktur yang lengkap serta pengangkutan awam

yang efisien mampu menarik ramai pelancong ke premis perniagaan di kawasan kajian

pada masa akan datang. Jika masalah kesesakan serta kekurangan tempat letak kereta

dapat diatasi, sudah tentu perniagaan runcit di kawasan kajian dapat berkembang maju.

Page 31: 71919455 Kerja Kursus Geografi Persekitaran Kajian Lapangan Di Langkawi Perniagaan Runcit

31

4.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, perniagaan runcit merujuk kepada urus niaga membeli

barang-barang pukal daripada pemborong dan dijual kepada pengguna dalam kuantiti

yang kecil. Tujuan perniagaan runcit adalah untuk mengaut keuntungan dengan

menyediakan barang-barang dan perkhidmatan yang diperlukan pengguna. Perniagaan

runcit juga adalah sebagai pelengkap kepada perniagaan gedung.

Hasil daripada kajian ini, kami dapat meningkatkan kecekapan dalam mengurus

kajian luar melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik dan juga mengumpul data

secara ‘first hand’ di sesuatu tempat. Kami menjalankan kajian lapangan di sekitar

Pekan Kuah dan fokus utama kami ialah perniagaan runcit. Sewaktu melakukan kajian,

kami menggunakan soal selidik dan temubual sebagai instrumen kajian kami. Seperti

yang diketahui, Pekan Kuah merupakan tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar

negeri serta dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tempat letak kereta dan kedai

makan.

Perniagaan runcit di Pekan Kuah terbahagi kepada kedai yang menjual barangan

secara runcit dan juga kedai makan. Selepas menjalankan beberapa temu bual dan

juga soal selidik, kami dapat mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh

para peniaga dan pengguna di kawasan berkenaan serta cara untuk mengatasinya.

Antara masalah yang dihadapi adalah seperti kadar sewa yang mahal, pekerja kurang

mahir serta kesesakan lalu lintas. Perniagaan runcit juga menyumbang kepada

pencemaran alam sekitar. Dengan melakukan tugasan ini, kami juga dapat

menghubungkaitkan pengetahuan yang telah dipelajari di institut dengan pengalaman

yang diperolahi di kawasan kajian. Dengan itu, kami dapat memberi beberapa

cadangan bagi menangani masalah yang menyebabkan berlakunya pencemaran.

Namun begitu, aktiviti perniagaan runcit inilah yang membantu pengguna dalam

memenuhi kehendak mereka dan pada masa yang sama memberi keuntungan kepada

peniaga yang akhirnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.