760106075177 hbls3103

18
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER / 2013 HBLS3103 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK NAMA : KHIRRULNIZAM BIN ABDULLAH NO. MATRIKULASI : 760106075177001 NO. KAD PENGNEALAN : :760106075177

description

 

Transcript of 760106075177 hbls3103

Page 1: 760106075177 hbls3103

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER / 2013

HBLS3103

ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NAMA : KHIRRULNIZAM BIN ABDULLAH

NO. MATRIKULASI : 760106075177001

NO. KAD PENGNEALAN : :760106075177

NO. TELEFON : 0122717443

E-MEL : KHIRRULNIZAM @GMAIL.COM

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PETALING JAYA

NAMA TUTUR :

Page 2: 760106075177 hbls3103

<HBLS 3103>

BIL MUKA SURAT

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

1

Page 3: 760106075177 hbls3103

<HBLS 3103>

1.0 TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam

semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi

rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita

menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan

sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-

apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau

digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan

Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat

permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga

adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana

pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan

keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan

generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita

perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang.

Pada 9 April lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air

dan Komunikasi. Saya percaya penekanan terhadap “teknologi hijau” adalah pendekatan

yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras

dengan agenda utama Kerajaan-Kerajaan di seluruh dunia pada masa kini yang memberi

prioriti kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita

sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan

dalam menjadikan dunia ini a better place to live in.Dalam mengaplikasi teknologi hijau,

faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat dengan menjamin kualiti

alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan

menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila

kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima.

Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara.

Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat

menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh juga

meneroka peluang mengeksport produk ’hijau’ yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk

2

Page 4: 760106075177 hbls3103

<HBLS 3103>

teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharu

atau renewable energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai

sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita. Mengikut unjuran kami, menjelang

tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan daripada

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk

mempromosikan teknologi hijau. Pihak swasta, para profesional serta penyelidik harus

bekerjasama untuk mencipta dan mengkomersilkan teknologi hijau.

TENAGA SOLAR

Sumber cahaya matahari atau tenaga suria merupakan tenaga semulajadi yang boleh

diperbaharui. Tenaga suria ini tidak akan habis digunakan atau berkurangan selagi matahari

masih terus wujud dan bersinar. Tenaga suria ini amat berguna kepada penduduk dan

merupakan suatu produk yang bernilai tinggi. Cahaya matahari akan dikumpulkan, diproses

dan dipancarkan dalam bentuk gelombang mikro kepada stesen-stesen yang terdapat di bumi.

Tenaga suria yang diproses ini akan akan disalurkan kepada penduduk dalam bentuk tenaga

elektrik.

Tenaga suria ini mempunyai banyak kegunaan iaitu sebagai pemanasan seperti air panas,

pemanasan bangunan dan masakan; sebagai generasi elektrik seperti enjin pemanasan dan

fotovoltaik (satu bidang teknologi dan penyelidikan berkaitan penukaran tenaga daripada

cahaya matahari kepada tenaga elektrik); serta sebagai penyahmasinan air laut. Manusia juga

menggunakan tenaga ini untuk membakar kayu atau minyak fosil. Di Malaysia pelbagai

projek telah dilaksanakan iaitu rumah asap yang menggunakan tenaga suria di Kampung

Sungai Malau Dalam, Selama, Perak, telefon yang menggunakan tenaga suria di Pulau

Aman, Pulau Pinang serta projek menjanakan tenaga suria yang dibina di Teluk Apan, Pulau

Langkawi dan Kampung Hulu Tembeling, Pahang.

3

Page 5: 760106075177 hbls3103

<HBLS 3103>

Namun, pada hari ini tenaga suria telah mendatangkan kesan negatif kepada bumi dan

penduduk. Masalah penipisan lapisan ozon telah menyebabkan jumlah cahaya yang sampai

ke bumi bertambah banyak. Kebanyakan cahaya ini adalah dalam bentuk cahaya Nampak

dan sinaran ultra ungu. Ultra unggu yang berlebihan akan menyebabkan pelbagai penyakit

wujud di kalangan penduduk seperti kanser kulit (melanoma), sakit mata sehinga boleh

menjadi buta, melemahkan sistem imunisasi manusia dan kulit terbakar. Jumlah tenaga suria

yang berlebihan juga akan menyebabkan pemanasan global. Masalah ini akan menyebabkan

pencairan ais di kutub dan mengakibatkan banjir dan kawasan yang rendah ditenggelam air

laut. Ini akan memusnahan nyawa dan harta benda manusia seperti tempat tinggal dan

tanaman. Masalah pembesaran saiz gurun telah menyebabkan keluasan tempat tinggal

manusia semakin berkurangan. Masalah EL-Nino yang semakin giat telah menyebabkan

kemarau yang teruk dan jumlah hasil pertanian manusia menurun. Keadaan ini secara tidak

langsung akan menyebabkan kemiskinan dan kebuluran berlaku.

Dengan itu, pelbagai cara pemeliharaan dan pemuliharaan perlu diambil supaya

membolehkan tenaga suria yang sederhana dan mencukupi sampai ke bumi dan

membolehkan pelbagai aktiviti manusia dilakukan. Untuk mengurangkan masalah kelebihan

kemasukan cahaya matahari, maka kerajaan telah melaksanakan langkah perundangan dan

langkah bukan perundangan untuk memelihara dan memulihara tenaga suria ini. Langkah

perundangan seperti denda dan hukuman berat terhadap pekilang yang tidak melakukan

aktiviti penapisan asap yang sempurna. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 juga perlu sentiasa

diubahsuaikan supaya masalah pencemaran boleh diatasi dan mengelakkan individu yang

melanggar peraturan. Jabatan Alam Sekitar juga perlu bertanggungjawab untuk menilai,

memantau dan mengawal segala aspek yang berkaitan denan alam sekitar dengan

4

Page 6: 760106075177 hbls3103

<HBLS 3103>

berdasarkan Akta Kualiti Alam 1974. Di samping itu, agensi-agensi ini juga boleh

menggalakkan pengusaha menggunakan tenaga suria untuk menjana kilangnya supaya lebih

berjimat dan mesra alam. Dalam hal ini, bukan sahaja boleh menggunakan tenaga suria

dengan maksimum tetapi juga boleh menjaga kualiti alam sekitar.

Langkah bukan perundangan iaitu kempen kesedaran telah diamalkan supaya masyarakat

pelbagai lapisan fahami kegunaan tenaga suria dalam kehidupan harian dan bekerjasama

memulihara masalah penipisan lapisan ozon yang banyak mendatangkan keburukan kepada

manusia sendiri seperti mengurangkan penggunaan bahan yang mengeluarkan

kloroflorokarbon dan kempen berkongsi kereta . Kerajaan juga perlu menggalakkan

penduduknya mengguanakan tenaga suria dengan sepenuhnya iaitu menggunakan bahan

pemanasan air dan generasi elektrik yang menggunakan tenaga suria. Selain itu, kerajaan

juga boleh mengimport bahan-bahan yang menggunakan tenaga suria dari negara maju

seperti kereta yang menggunakan tenaga suria dari Jepun dan Perancis. Seterusnya kerajaan

perlu menggalakkan penduduk membuat pengajian dan penyelidikan terhadapnya. Ini bukan

sahaja boleh meningkatkan hasilan teknologi negara tetapi juga meningkatkan pendapatan

dan taraf hidup penduduk.

Tenaga suria yang tidak akan habis digunakan dan amat berpotensi serta amat berguna

kepada manusia seharusnya digunakan dengan sepenuhnya. Ini terutamanya di Malaysia

yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun yang mempunyai berpotensi dalam

membangunkan teknologi tersebut.

SOLAR PANEL

5

Page 7: 760106075177 hbls3103

<HBLS 3103>

Solar panel adalah alatan yang boleh menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Kaedah penukaran cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik dikenali Photovoltaic (PV). Solar panel menghasilkan voltan arus terus.

Gambar di atas adalah pengukuran voltan yang dihasilkan oleh satu solar panel. Pengukuran voltan solar panel ketika tiada beban dikenali ‘Open Circuit Voltage’. Solar panel boleh di samakan dengan fungsi bateri untuk membekalkan voltan. Namun berbeza dengan bateri, solar panel tidak boleh menyimpan tenaga. Oleh itu, dalam sistem solar yang lengkap semestinya memerlukan bateri untuk menyimpan tenaga.

Solar panel juga berbeza dengan bateri kerana mempunyai arus maksimum. Jika bateri tidak boleh dipintaskan (short circuit) tetapi solar panel boleh ‘short circuit’ tanpa rosak. Pengukuran arus ketika ‘short’ boleh dilakukan dan mendapatkan arus maksimum. Pengukuran ‘Short Circuit Current’ seperti gambar di bawah.

6

Page 8: 760106075177 hbls3103

<HBLS 3103>

So, enjoy la sedikit info dari kami ni ek.=]

Kelebihan Tenaga Solar

7

Page 9: 760106075177 hbls3103

<HBLS 3103>

Kekurangan Tenaga Solar

Itu sahaja info dari kami untuk hari ini. Semoga maklumat ini berguna kepada anda.See ya next time!

=]

8

Page 10: 760106075177 hbls3103

<HBLS 3103>

PANDANGAN TOKOH MENGENAI TENAGA SOLAR

TENAGA MASA DEPAN (SOLAR)

Oleh Mohd Faizal Aziz Jambatan Sains & Teknologi Untuk Masyarakat

 Tenaga sangat penting dalam kehidupan. Hakikat ini diakui kerana tenaga bukan sahaja

diperlukan untuk tumbesaran dan pergerakan malah ia meliputi segenap aspek kehidupan

manusia termasuk aplikasi sistem yang canggih, perindustrian, pengangkutan, pertanian,

pencahayaan dan sebagainya.

Sukar dibayangkan sekiranya kita tidak mempunyai bekalan tenaga elektrik atau kehabisan

bekalan gas, diesel atau petrol. Mungkin sukar untuk kita ke sesuatu tempat tanpa kenderaan.

Surirumah atau pengusaha restoran  mungkin tidak dapat menyediakan juadah kerana

ketiadaan gas memasak. Jalanraya juga mungkin kacau-bilau akibat lampu isyarat yang tidak

berfungsi. Lampu jalan yang tidak berfungsi menambah lagi kegelapan malam. Mereka yang

bekerja di bangunan tinggi juga tentu kepenatan menaiki tangga akibat lif yang tidak

berfungsi akibat ketiadaan elektrik. Tanpa tenaga, tidak dapat dibayangkan bagaimana

kehidupan di dunia kini.

9

Page 11: 760106075177 hbls3103

<HBLS 3103>

Umumnya, sumber tenaga berpunca daripada empat sumber asas; tenaga suria,geoterma,

tenaga ombak dan tenaga nuklear. Sumber utama ialah tenaga suria daripada sinaran cahaya

matahari. Geoterma dihasilkan oleh aktiviti magma dalam perut bumi. Tenaga ombak pula

terhasil daripada peredaran bumi yang menghasilkan air pasang surut. Manakala tenaga

nuklear dihasilkan daripada pembelahan nukleus unsur-unsur tidak stabil bahan radioaktif.

Ada ura-ura mengatakan bahawa Malaysia juga berhasrat untuk memajukan tenaga nuklear

untuk penjanaan tenaga elektrik  Sehingga kini ia masih di peringkat perbincangan dan

keputusannya belum diumumkan lagi oleh kementerian yang terbabit. Banyak isu-isu

keselamatan dan pandangan pakar perlu diambil kira sebelum memutuskan untuk

menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan elektrik. Namun begitu teknologi

sinaran nuklear telah banyak dimajukan untuk kegunaan dalam bidang perubatan dan

pertanian yang sedang giat dijalankan oleh Agensi Nuklear Malaysia.

Tenaga suria digunakan dalam tiga bentuk; sinaran suria terus, tenaga yang tersimpan dalam

bentuk hidrokarbon dan tenaga tidak terus yang menghasilkan tenaga angin, tenaga hidro dan

juga tenaga terma laut. Sinaran suria dapat digunakan secara terus dengan menukarkannya

kepada tenaga elektrik menggunakan sel fotovoltaik atau digunakan sebagai tenaga haba

dalam sistem air panas suria dan juga pengeringan. Tenaga suria tersimpan dalam dua

bentuk; pertama dalam bentuk mineral yang disimpan dalam perut bumi seperti arang batu,

petroleum dan gas. Ketiga-tiga sumber ini merupakan tenaga yang amat terkenal

penggunaanya pada masa sekarang. Malah kenaikan harga bahan api utama petrol dan diesel

baru-baru ini menyebabkan ramai orang mula memandang serius tentang tenaga

keterbaharuan. Selain itu tenaga suria hidrokarbon yang boleh diperbaharui disimpan dalam

bentuk biojisim dan juga biogas.

Biojisim yang terdapat dalam tumbuhan dianggap sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui

kerana tumbuhan dapat ditanam berulangkali. Biogas pula terhasil daripada bahan organik

yang ditindakbalaskan oleh mikroorganisma tanpa kehadiran oksigen atau udara yang

menghasilkan gas metana dan karbon dioksida. Gas metana merupakan bahan bakar paling

baik dan tidak mencemarkan alam, tetapi sekiranya dilepaskan ke udara boleh

mengakibatkan kesan rumah hijau.

10

Page 12: 760106075177 hbls3103

<HBLS 3103>

Tenaga sangat diperlukan dalam semua aktiviti manusia. Oleh yang demikian tenaga

diperlukan dalam pembangunan sesebuah negara. Lebih pesat pembangunan yang

dijalankan, lebih banyak tenaga yang perlu dihasilkan untuk memenuhi pembangunan

tersebut.

Masa hadapan dalam menghadapi krisis tenaga kesan dari kenaikan harga minyak dan kos

penggunaan tenaga elektrik yang tinggi ialah penggunaan tenaga keterbaharuan. Antara

tenaga keterbaharuan yang mendapat perhatian pada masa kini ialah tenaga suria  yang

digunakan dengan meluas di negara-negara maju. Antara aplikasi tenaga suria ialah untuk

menyerap tenaga suria dan haba dalam bentuk cecair sebelum menukarkannya dalam bentuk

wap panas atau stim dengan jumlah yang banyak. Stim tersebut akan berfungsi untuk

menggerakkan turbin dan generator untuk menghasilkan tenaga elektrik. Teknologi ini

banyak digunakan untuk menara-menara solar, rumah kediaman dan resort yang mempunyai

sinaran cahaya matahari yang panjang dan mencukupi. Malaysia berpotensi untuk

memajukan sumber tenaga suria ini memandangkan iklim negara kita yang berada di garisan

khatulistiwa yang menerima pancaran matahari yang banyak sepanjang tahun. Selain itu

beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sedang giat menjalankan penyelidikan

tentang potensi tenaga ini.untuk dikomersilkan. Namun begitu beberapa faktor lain perlu

dikenalpasti untuk melaksanakannya. Informasi mengenai taburan keamatan cahaya sangat

penting sebelum menetapkan lokasi yang sesuai bagi penjanaan tenaga solar. Selain itu, luas

kawasan juga perlu diambil kira bagi memastikan serapan tenaga solar boleh mencapai

kuantiti yang mencukupi untuk penjanaan tenaga yang lebih cekap.

Selain tenaga solar, ombak juga merupakan salah satu sumber tenaga alternatif yang boleh

dibangunkan untuk penjanaan tenaga elektrik. Kita bersyukur kerana hampir keseluruhan

negeri di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dikelilingi

oleh laut. Negara maju seperti Portugal telah lama memajukan tenaga ombak untuk bekalan

elektrik mereka. Tenaga ombak boleh digunakan untuk penduduk-penduduk yang tinggal di

pesisir pantai dan juga untuk operasi pelabuhan-pelabuhan di dalam negara.

Sebenarnya penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui bukanlah perkara baharu di negara

kita. Pada tahun 1992, Profesor Dr Baharuddin Yatim dari Universiti Kebangsaan

Malaysia, telah menganggarkan bahawa hampir 12 peratus dari jumlah tenaga yang

11

Page 13: 760106075177 hbls3103

<HBLS 3103>

digunakan adalah berpunca daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui terutamanya

biojisim. Sebahagian besar penggunaan biojisim adalah dalam industri kelapa sawit.

Contohnya, loji biojisim yang dibangunkan oleh Felda Holding Berhad pada tahun 2006,

berupaya menjana tenaga elektrik sebanyak 7.2 MegaWatt daripada sumber tandan kosong

kelapa sawit.

Malaysia sebenarnya mempunyai kemampuan dari segi sumber dan modal insan untuk 

membangunkan tenaga alternatif bagi menggantikan sumber yang sedia ada. Dengan

memanfaatkan peluang dan kekuatan yang dimiliki melalui penumpuan terhadap tenaga

keterbaharuan seperti tenaga angin, solar, hidro, nuklear dan juga biojisim, kita mampu

menjadi contoh kepada negara lain dalam menghadapi krisis tenaga yang semakin

meruncing. Malaysia harus bergerak pantas dalam usaha menangani fenomena kenaikan

harga bahan api dan krisis tenaga yang berterusan dengan melihat potensi tenaga alternatif.

Istilah yang sedang hangat dibicarakan pada masa kini ialah ‘tenaga’ selepas internet,

bioteknologi dan nanoteknologi. Bak kata Geoffrey Carr, seorang kolumnis majalah The

Economist “masa hadapan  bergantung kepada kuasa dan tenaga”.

Catatan :// Artikel ini muncul di Estidotmy Julai 2008

- See more at: http://www.majalahsains.com/2010/08/tenaga-dan-masa-depan-2/#sthash.ZKbcbMxk.dpuf

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT LAMPU JALAN SOLAR

12