7.8

download 7.8

If you can't read please download the document

Transcript of 7.8

  • 1. Magnet mempunyai dua kutub iaitu, kutub utara dan kutub selatan. Kutub magnet yang sama akan menolak antara satu sama lain manakala kutub yang berbeza akan menarik antara satu sama lain.

2. Medan magnet ialah kawasan yang mengelilingi magnet di mana daya-daya magnet bertindak. Medan magnet tidak boleh dilihat, tetapi kesannya boleh diperhatikan dengan menggunakan serbuk besi dan kompas. Arah garis daya magnet dapat ditentukan dengan menggunakan kompas. Medan magnet memesongkan jarum pada kompas. Magnet yang kuat mempunyai garis daya magnet yang lebih rapat. 3. Titik neutral dalam medan magnet adalah kawasan di mana: Kesan magnet tidak dapat dirasai Tidak ada garis daya magnet Tidak mempengaruhi jarum kompas