7_manjung_ahmad_damanhuri
-
Upload
zarah-al-zahra -
Category
Documents
-
view
88 -
download
3
Transcript of 7_manjung_ahmad_damanhuri
MENINGKATKAN PENGETAHUAN SEJARAH
PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5K2
MELALUI KAEDAH PERMAINAN BAHASA
oleh
En. Ahmad Daman Huri B. Mansor
SMK Raja Shahriman,
32700 Beruas
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar
tingkatan 5K2 semasa mempelajari Bab 1 (Kemunculan dan Perkembangan
Nasionalisme di Asia Tenggara) dan Bab 2 (Nasionalisme di Malaysia
sehingga Perang Dunia Kedua) buku teks tingkatan lima. Seramai 35 orang
pelajar dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan
difokuskan kepada pengetahuan Sejarah berkaitan nasionalisme dan
patriotisme. Tinjauan awal telah dilakukan melalui ujian bulanan (ujian pra)
dan soal jawab yang dilakukan di dalam kelas. Hasil tinjauan menunjukkan
pelajar kurang pengetahuan dalam sejarah perkembangan nasionalisme sama
ada di Malaysia dan juga di Asia Tenggara. Lima sesi pengajaran dan
pembelajaran (35 minit setiap sesi) telah dijalankan dalam tempoh 8 minggu
yang mana pelajar belajar pengetahuan sejarah melalui kaedah permainan
bahasa. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan yang sedikit
dalam prestasi pelajar. Walau bagaimanapun pelajar lebih berminat untuk
belajar dan masing-masing berlumba-lumba untuk menyelesaikan masalah
melalui kaedah permainan bahasa. Kaedah ini sedikit sebanyak mengatasi
masalah kebosanan dan daya ingatan yang lemah di kalangan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran Sejarah melalui kaedah permainan bahasa perlu
diperkenalkan oleh guru di peringkat menengah rendah. Ia boleh membantu pelajar yang
mengalami masalah daya ingatan lemah dan menjadikan proses P & P lebih menarik.
1.0 Latar Belakang Kajian / Refleksi P & P yang lalu
Sewaktu saya mengajar Sejarah di kelas Tingkatan 5K2, saya merasa terkejut
apabila mendapati ramai pelajar tidak dapat menunjukkan lokasi negara-negara di Asia
Tenggara yang pernah dijajah oleh Barat. Pelajar juga tidak dapat menyenaraikan nama-
nama tokoh nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara termasuklah negara Malaysia.
Ada pelajar yang menunjukkan negara Myanmar sebagai negara Vietnam. Selain
itu mereka juga tidak pernah mendengar nama-nama tokoh nasionalisme di Asia
Tenggara seperti Jose Rizal, Raden Adjeng Kartini, Aung San, dan Ho Chi Minh. Tokoh-
tokoh nasionalisme tempatan seperti Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut, Datuk Bahaman,
Haji Abdul Rahman Limbong, begitu asing bagi mereka. Saya telah mengajar tajuk
tersebut selama dua bulan sebelum ujian bulanan satu. Selain itu mereka juga telah
mempelajarinya ketika berada di peringkat menengah rendah.
Di dalam ujian bulanan satu, soalan-soalan yang diberikan meminta pelajar
menandakan lokasi negara-negara di Asia Tenggara yang pernah dijajah oleh Barat.
Soalan juga meminta nama-nama tokoh nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara
termasuk Malaysia. Keputusan yang saya dapati, seramai 25 orang pelajar daripada 35
tidak dapat menjawab soalan-soalan tersebut.
Apabila saya bertanya kepada pelajar tentang keadaan ini, jawapan yang mereka
berikan ialah “lupa cikgu”. Ada juga yang menjawab “tak belajar lagi cikgu”. Saya lihat
mereka dalam keadaan tidak kisah seolah-olah perkara tersebut tidak penting.
Perlukah saya mengajar semula topik tersebut? Adakah teknik pengajaran saya
tidak berkesan? Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar
mempelajari topik ini? Apabila saya membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat
panitia, sebahagian guru menyalahkan pelajar dengan menyatakan pelajar malas
membaca dan mengulangkaji. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh saya ambil
bagi menangani masalah ini?
Pelbagai kaedah P & P telah saya gunakan, namun pengetahuan pelajar tetap
rendah. Saya berpendapat kelemahan pelajar ini adalah disebabkan kaedah P & P yang
saya gunakan membosankan para pelajar sehingga ada yang sanggup tidak hadir ke kelas
sewaktu mata pelajaran Sejarah. Pelajar juga kurang diberi motivasi dan pengukuhan
ketika berada di dalam kelas. Perkara ini terjadi mungkin kerana saya cuba menghabiskan
sukatan pelajaran dengan cepat. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya
khuatir pelajar kelas ini tidak dapat menjawab dengan baik soalan objektif (Kertas 1
SPM) dan soalan berstruktur (Bahagian A Kertas 2 SPM) dalam peperiksaan SPM nanti.
Ini seterusnya akan menyebabkan pencapaian peratusan mata pelajaran Sejarah menjadi
rendah.
2.0 Fokus Kajian / Isu Keperihatinan
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar, saya hanya
akan fokuskan kajian ini kepada masalah kelemahan daya ingatan terhadap tajuk dalam
Bab 1 dan 2 (Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara dan
Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua). Pelajar saya amat lemah mengingat nama-nama
negara dan tokoh-tokoh nasionalisme. Mereka sentiasa bergantung kepada buku teks jika
ditanya soalan. Adakalanya mereka tidak menjawab kerana tidak membawa buku teks
dan sanggup didenda sedangkan soalan tersebut mudah sekali. Ini disebabkan pelajar
merasa bosan belajar sejarah dan tidak membuat ulangkaji. Mereka menganggap
pengetahuan nasionalisme itu tidak penting sebagaimana mereka menganggap mata
pelajaran Sejarah itu tidak penting. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah :
• tidak memberi tumpuan di dalam kelas
• mengantuk di dalam kelas
• ponteng kelas dan sekolah
• tidak membuat nota ringkas
• tidak membawa buku teks
• tidak membuat ulangkaji
Kaedah permainan bahasa yang digunakan mampu membuatkan pelajar lebih
berminat belajar Sejarah. Pelajar memberi lebih tumpuan dan selalu merujuk buku teks.
Pelajar juga berlumba-lumba untuk menjawab soalan-soalan yang dibuat dalam bentuk
permainan bahasa. Saya yakin pelajar yang aktif dan seronok belajar di dalam kelas
mampu menjawab soalan objektif dan struktur dengan baik. Hal ini seterusnya
diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dalam mata pelajaran Sejarah peringkat
SPM.
3.0. Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar kelas 5K2 diharapkan akan dapat
mencapai objektif berikut :
i. Objektif Umum Meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Sejarah SPM
ii. Objektif Khusus
• Membantu pelajar tingkatan 5K2 berminat belajar Sejarah
• Meningkatkan keupayaan pelajar membuat rujukan
• Meningkatkan peratus kelulusan dalam mata pelajaran Sejarah di kalangan
pelajar kelas 5K2.
4.0. Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 35 orang pelajar tingkatan 5K2 yang
terdiri daripada 17 orang pelajar perempuan dan 18 orang pelajar lelaki. Semua
pelajar di dalam kelas ini terdiri daripada kaum Melayu. Kebanyakan pelajar
mendapat pangkat C dan D dalam mata pelajaran Sejarah peringkat Penilaian
Menengah Rendah (PMR) tahun 2003.
5.0. Perancangan Tindakan
5.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan
kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti akan dibuat
bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut.
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut.
• Ujian bulanan satu yang mengandungi soalan-soalan berkaitan tajuk
Imperialisme Barat, Perubahan Sistem Politik, Nasionalisme di Asia
Tenggara, dan Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British.
• Semakan nota pelajar.
• Soal jawab lisan berkaitan isi pelajaran tersebut
• Soal selidik.
Keputusan ujian bulanan satu (ujian pra) ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah :
Ujian Bulanan Satu (Ujian Pra)
Skor 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9F 10G Jumlah
J 0 0 0 0 0 1 2 4 20 8 35
% 0 0 0 0 0 2.8 5.7 11.4 57.1 22.9 100
Lulus = 7 (20.0 %) Gagal = 28
(80.0 %)
Jaddual 1 : Analisis Skor Kelulusan Pelajar 5K2 dalam Ujian Bulanan 1
Jadual 1 menunjukkan hanya tujuh pelajar (20.0 %) lulus manakala 28 pelajar
(80.0 %) gagal dalam Ujian Bulanan Satu. Skor kelulusan juga memperlihatkan kadar
kelulusan yang tidak memuaskan iaitu seorang mendapat 6C, 2 pelajar lulus 7D dan 4
pelajar mendapat 8E.
Apabila guru menyemak nota pelajar, didapati sebahagian besar pelajar tidak
mempunyai nota yang lengkap. Walaupun nota disalin di papan tulis, pelajar tidak
menyalin dengan baik. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tidak berusaha menyalin nota
dari kawan-kawan. Nota pelajar juga tidak tersusun serta tidak kemas. Walaupun amaran
telah diberi namun pelajar mengambil sikap endah tak endah. Guru juga mendapati hanya
dua orang pelajar sahaja yang membuat nota sendiri. Pelajar juga tidak mengambil
inisiatif membuat nota-nota ringkas.
Ketika guru menyoal pelajar berkaitan dengan isi pelajaran yang lalu, ramai
pelajar tidak dapat menjawab soalan tersebut. Ini membuktikan pelajar tidak membuat
ulangkaji. Pelajar hanya belajar Sejarah hanya pada waktu P & P. Pelajar juga jarang
menggunakan buku teks sebagai rujukan. Sebahagian pelajar tidak membawa buku teks
ketika sesi P & P berjalan. Pelajar tersebut tidak dapat membuat rujukan ketika guru
bertanyakan soalan.
Jadual 1 menunjukkan keputusan kaji selidik berkaitan sikap pelajar terhadap
mata pelajaran Sejarah sebelum kaedah permainan bahasa digunakan.
No. Soalan Ya Tidak Jumlah (100%)
1 Saya suka mata pelajaran Sejarah 10
40 %
25
60 % 35
2 Saya suka guru yang mengajar mata
pelajaran Sejarah
20
57 %
15
43 % 35
3 Saya suka cara guru saya mengajar mata
pelajaran Sejarah
17
49 %
18
51 % 35
4 Saya membawa buku teks Sejarah 21
60 %
14
40 % 35
5 Saya membuat ulangkaji 6
17 %
29
83 % 35
6 Saya membuat nota sendiri 2
5 %
35
95 % 35
Jadual 2: Sikap Pelajar-pelajar 5K2 Terhadap Mata Pelajaran Sejarah
Jadual 2 menunjukkan sebanyak 25 pelajar (60 %) tidak suka mata pelajaran
Sejarah. 20 pelajar (57 %) suka kepada guru Sejarah tetapi hanya 17 pelajar (49 %) suka
cara guru Sejarah mengajar. 14 pelajar (40 %) tidak membawa buku teks. Hanya 6 pelajar
(17 %) membuat ulangkaji dan hanya 2 pelajar (5 %) yang membuat nota sendiri.
Langkah seterusnya guru menyediakan 5 set soalan dalam bentuk permainan
bahasa. Bentuk permainan bahasa yang dipilih seperti teka silang kata, mencari
perkataan, melengkapkan perkataan, dan membetulkan perkataan. Kesemua soalan dibuat
berdasarkan isi pelajaran Bab 1 dan Bab 2 buku teks tingkatan 5 berkaitan dengan tajuk
Nasionalisme di Asia Tenggara dan Malaysia.
6.0. Pelaksanaan Tindakan
Setiap satu set soalan permainan bahasa ini diberikan kepada setiap pelajar pada
waktu mata pelajaran Sejarah (35 minit) selama 5 minggu berturut-turut. Pelajar
dibenarkan merujuk buku teks untuk mencari jawapan. Pelajar perlu membawa buku teks
sewaktu mata pelajaran Sejarah. 3 pelajar yang paling awal melengkapkan jawapan
dengan tepat akan diberi ganjaran.
Pemerhatian terhadap aktiviti P & P di kelas 5K2 dibuat sepanjang sesi menjawab
soalan. Setiap perubahan pelajar dicatat bagi memastikan setakat mana penguasaan
mereka merujuk buku teks dan menulis jawapan. Masalah yang dihadapi pelajar turut
direkodkan.
Pada minggu ke-6, satu ujian pos telah diadakan bagi menguji pengetahuan
pelajar tentang imperialisme Barat dan nasionalisme di Asia Tenggara.
Soalan-soalan kaji selidik yang sama (sebelum kajian dijalankan) berkaitan
dengan sikap pelajar turut diadakan pada minggu ke-7.
7.0 Dapatan Kajian
a) Berdasarkan Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian, semasa menjalankan aktiviti P & P, kebanyakan pelajar
cuba sedaya upaya menjawab soalan-soalan yang diberikan dalam bentuk permainan
bahasa. Mereka membuat rujukan dan berlumba-lumba untuk menjadi orang pertama
menjawab semua soalan. Pelajar tidak kelihatan tertekan dan tidak bosan dalam
menjawab soalan.
Walau bagaimanapun terdapat pelajar yang tidak bersungguh-sungguh untuk
menjawab. Kedapatan pelajar yang tidak membawa buku teks. Ada pelajar hanya meniru
jawapan daripada kawannya. Mereka tidak mahu berusaha untuk mencari jawapan
sendiri. Ada juga pelajar yang mudah putus asa apabila jawapan yang dicari tidak
dijumpai dalam buku teks.
b) Berdasarkan Ujian Pos
Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos ditunjukkan dalam Jadual 2.
Ujian Bulanan 1 (Ujian Pra)
Skor 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9F 10G Jumlah
J 0 0 0 0 0 1 2 4 20 8 35
% 0 0 0 0 0 2.8 5.7 11.4 57.1 22.9 100
Lulus = 7 (20.0 %) Gagal = 28
(80.0 %)
Ujian Pos
Skor 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9F 10G Jumlah
J 0 0 0 0 2 1 3 4 21 4 35
% 0 0 0 0 5.7 2.8 8.6 11.4 60.0 11.4 100
Lulus = 10 (28.6 %) Gagal = 25
(71.4 %)
Jadual 3 : Analisis Skor Kelulusan Pelajar 5K2
Jadual 3 menunjukkan perbandingan skor kelulusan bagi ujian pra dan ujian pos.
Dapatan ujian pos menunjukkan bilangan pelajar yang lulus telah meningkat daripada 7
(20.0 %) kepada 10 (28.6 %). Bilangan pelajar gagal dikurangkan daripada 28 (80.0 %)
kepada 25 (71.4 %). Walaupun peningkatan kelulusan adalah kecil tetapi guru berpuas
hati kerana tujuan utama kajian ialah untuk menimbulkan minat dan mengubah persepsi
dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.
c) Berdasarkan Kaji Selidik
No. Sikap Pelajar Ya Tidak Jumlah (100%)
1 Saya suka mata pelajaran Sejarah 17
49 %
18
51 % 35
2 Saya suka guru yang mengajar mata
pelajaran Sejarah
27
77 %
8
23 % 35
3 Saya suka cara guru saya mengajar mata
pelajaran Sejarah
27
77 %
8
23 % 35
4 Saya membawa buku teks Sejarah 31
89 %
4
11 % 35
5 Saya membuat ulangkaji 10
29 %
25
71 % 35
6 Saya membuat nota sendiri 2
5 %
35
95 % 35
Jadual 4: Sikap Pelajar-pelajar 5K2 Terhadap Mata Pelajaran Sejarah (Selepas
KaedahPermainan Bahasa)
Jadual 4 menunjukkan penurunan pelajar yang tidak suka mata pelajaran sejarah
daripada 25 pelajar (60 %) kepada 18 pelajar (51 %). Bilangan pelajar yang suka kepada
guru mata pelajaran Sejarah meningkat daripada 20 pelajar (57 %) kepada 27 pelajar (77
%). Begitu juga jumlah pelajar yang suka kepada cara guru mengajar meningkat daripada
17 pelajar (49 %) kepada 27 (77 %).
Jumlah pelajar yang tidak suka membawa buku teks berkurangan daripada 14
pelajar (40 %) kepada 4 (11 %). Pelajar yang membuat ulangkaji meningkat sedikit
daripada 6 (17 %) kepada 10 (29 %) manakala bilangan pelajar yang membuat nota
sendiri tidak berubah iaitu tetap 2 orang (5 %).
8.0. Refleksi Kajian
Walaupun penggunaan kaedah permainan bahasa tidak menunjukkan peningkatan
yang ketara dari segi kelulusan pelajar, namun dari segi minat belajar, keterlibatan, dan
sikap, ternyata ia dapat menarik para pelajar.
Guru berpuas hati dengan kaedah yang digunakan kerana ia merupakan satu
eksperimen kepada pelajar-pelajar yang agak lemah. Eksperimen ini boleh diteruskan lagi
jika guru telah menyediakan banyak set soalan permainan bahasa yang lengkap. Kaedah
yang sama boleh juga digunakan dalam mata pelajaran yang lain. Adalah molek jika
kepelbagaian permainan bahasa digunakan dan seterusnya dibukukan untuk kegunaan
pada masa akan datang.
Guru juga berharap semua guru bekerjasama antara satu sama lain bagi
memperbanyakkan set-set soalan permainan bahasa kerana terbukti ia dapat menarik
pelajar untuk terlibat dalam aktiviti P & P dan mengelakkan pelajar menjadi bosan di
dalam kelas. Kebosanan pelajar dalam kelas boleh menyebabkan pelanggaran disiplin
seperti ponteng kelas, ponteng sekolah, dan tidak menyiapkan kerja rumah.
9.0. Cadangan Tindakan Seterusnya
Saya bercadang untuk meneruskan kaedah ini dalam bab-bab yang seterusnya
bagi mata pelajaran Sejarah. Kaedah ini dapat menarik pelajar terlibat secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran serta mengurangkan rasa bosan pelajar di dalam
kelas. Kaedah ini juga sesuai dengan tahap kelulusan dan pengetahuan pelajar.
Pada umumnya untuk mencapai tahap pengajaran dan pembelajaran yang efektif,
pihak guru dan sekolah haruslah memainkan peranan masing-masing. Guru perlu
membuat perancangan yang teliti dan mengenalpasti pendekatan, kaedah, dan teknik
yang sesuai dengan tahap pengetahuan pelajar. Bagi pelajar yang kurang pandai, guru
harus menggunakan kaedah uang menarik bagi melibatkan pelajar semasa P & P. Jika
guru asyik mengejar sukatan mata pelajaran dan tidak menumpukan kepada pelajar,
pelajar akan mudah bosan seterusnya hilang minat belajar mata pelajaran tersebut.
Saya juga bercadang untuk mencipta lebih banyak set soalan berdasarkan kaedah
permainan bahasa. Walaupun ini akan mengambil masa yang lama, saya percaya bahawa
jika set soalan ini disediakan, ia dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar
tetapi juga kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah.
Bagi mengatasi masalah nota pelajar, saya bercadang untuk menggalakkan pelajar
membuat nota berbentuk grafik. Nota berbentuk grafik mudah dibuat dan boleh dibawa
ke mana sahaja kerana ia dibuat didalam kad-kad yang kecil. Pelajar boleh membaca
nota-nota tersebut semasa berada di dalam bas, atau di mana sahaja jika ada waktu
terluang. Walau bagaimanapun, nota ringkas ini tidak akan berfungsi jika pelajar tidak
membuat ulangkaji secara berterusan dan tidak pandai menguruskan masa dengan baik.
Saya juga bercadang untuk mengadakan latihan menjawab soalan objektif secara
latih tubi kepada pelajar apabila hampir dengan waktu peperiksaan. melalui kaedah ini
secara tidak langsung pelajar juga mengulangkaji pelajaran semasa tingkatan 4 dan 5.
Soalan-soalan akan diambil dari buku-buku latihan yang disediakan oleh pihak sekolah.
Perbincangan jawapan harus diutamakan bagi mengesan kesilapan pelajar seterusnya
membetulkan kesilapan tersebut.
10.0 PENUTUP
Kesimpulannya, masalah-masalah yang terdapat di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah sama di seluruh sekolah di Malaysia. Pada dasarnya sikap para
pelajar yang tidak serius terhadap pembelajaran menyebabkan kegagalan di dalam
peperiksaan SPM.
Kajian ini hanya menyingkap serba sedikit tentang kelemahan pelajar dalam
menguasai pengetahuan nasionalisme di Asia Tenggara dan Malaysia. Pelajar ternyata
kurang pengetahuan dan kurang semangat patriotik. Keadaan ini jika dibiarkan akan
membawa kesan negatif kepada diri pelajar tersebut, juga kepada negara yang
mengharapkan generasi masa depan mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
Sebagai seorang pendidik dan guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah, saya
sensitif dengan perkara sedemikian. Saya mengakui kelemahan yang ada selama ini iaitu
mengajar tanpa melibatkan para pelajar demi menghabiskan sukatan mata pelajaran. Oleh
itu saya perlu berubah dari sekarang dengan merangka strategi, menyusun program
pemulihan, pengukuhan, pengayaan, dan melaksanakan dengan sistematik seterusnya
menilai semula program yang telah dijalankan. semoga saya mendapat sokongan pihak
sekolah dan kekuatan dari Yang Maha Esa.
Bahan Rujukan
1. Ramlah binti Adam, Shakila Parween binti Yacob, Abdul Hakim bin Samuri,
Muslimin bin Fadzil, Sejarah KBSM Tingkatan 5 (Buku Teks), Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2003.
2. Ramlah binti Adam, Shakila Parween binti Yacob, Abdul Hakim bin Samuri,
Muslimin bin Fadzil, Sejarah KBSM Tingkatan 5 (Buku Panduan Guru),
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2003.
3. Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysiaa, 2001.
4. Huraian Sukatan Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 5, Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysiaa, 2003
LAMPIRAN 1
SET SOALAN PERMAINAN BAHASA 1
T T A N A H M E L A Y U U E A P R P P N
A S S G H X S R U L J J J D D E A P O M
B B S Z Z X C B U R M A A A W R M M R I
R Y Y U A O O V F F R R Q A Z I X S T W
U E D C V F R T G B N H Y U J N M K U I
N K I I F I L I P I N A O O L D P P G A
E P O L K I U J M M Y H N B G U T R I F
I N D O N E S I A U Y H N N B S B B S W
A A U U X D D K M H R T L K R T B A N N
I I N V T D K U E O B Q X P I R A F J S
L D Z C B M P U R T E E Q A T I H D G I
H K L L C U I A E R C P Z A I A A T Q N
P O I U Y T R E K W Q E L K S N N A J G
I N D O C H I N A H G R F D H S M M A A
M N B V C X Z Z A S D F F G H J E A K P
P E N G A N G K U T A N K L O O N D I U
Q W E R T Y U I I M S C W Q A A T U I R
Z H I I E E L L K T F I V B E L A N D A
V W A O D T M K F S D S R T K K H A J I
W S D Z M J G C P E R S A I N G A N E R
1. Negara-negara di Asia Tenggara yang pernah dijajah oleh kuasa Barat.
2. Kuasa-kuasa Barat yang pernah menjajah negara-negara di Asia Tenggara.
3. Faktor-faktor Imperialisme Barat di Asia Tenggara.
LAMPIRAN 2
SET SOALAN PERMAINAN BAHASA 2
W K B E A G D E N C O M I E N D E R O I
P U L A U P I N A N G G W N P O L K I U
J M N H S Y S A R B G T R F K F P V C D
E W S A I A S N A M E L A K A D H F T G
D H J K S L Z D D X C V B N R M A Q E W
A E R T T Y U R E I O P P O Y I N U R U
S I S T E M P E N D I D I K A N B Y U T
A R E K M E W S A Q L K H J K H O G S F
R A J A P F D B D S S J O S E R I Z A L
B A A P E M M O J N B V C C S X C Z N E
A Q Z A N W X N E E C R H V U T H B S N
R Y N L G U M I N I I K I O S P A P U C
A A P W A S O F G D M I M F A U U G E O
T Y H A N T J A K R Y S I K S E L W Z M
P Q I P G O K C A S O E N A T E P A N I
E V B G K H E I R A T L H J E U E S Y E
N T D S U S L O T Y H A M E R U N I A N
G X B O T J A J I A U N G S A N G N I D
A O O E A Z N A N S G G U W A K A G L A
R O O K N A T H I A Y O E E N I R A L I
U J D A G C A C A N I R W I V I U P I O
H O G R C E N I M A S X K E D A H U W U
A H X N A P P E R A K I H A I N L R U A
G O L O N G A N I N T E L E K T U A L I
A R I A C N H K Y M P P U R A R A H O B
M E D I A M A S S A E R T R U I R M Z N
A M H N V T N L O P R O T P G Q Q U R M
T E R E N G G A N U L U A R R I O D U U
G R O I X W Q Z M N I H W U N R T A V M
D A M A N E G E R I S E M B I L A N A I
1. Faktor-faktor kemunculan Nasionalisme di Asia Tenggara.
2. Tokoh-tokoh Nasionalisme di Filipina, Indonesia, Burma, dan IndoChina
3. Struktur pemerintahan beraja Dinasti Konbaung di Burma sebelum kedatangan British.
4. Sistem pentadbiran peringkat tempatan yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina
dan barangay-barangay yang disatukan.
5. Majlis Rakyat yang ditubuhkan oleh Belanda di Indonesia.
6. Dua faktor penting yang terdapat dalam perkembangan sistem pengangkutan dan
perhubungan.
7. Negeri-negeri Selat.dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
8. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
LAMPIRAN 3
SET SOALAN PERMAINAN BAHASA 3
* * * M * * * M A H A R A J A L E L A *
G U R U * * * E * * * E * A * * * * * *
* * * D * * * L * * * N A N I N G * * T
* D * A * * W A P * * T * U * * * T U A
* O * * * P * K * * * A * A * * * O * H
* L * * S A B A H * * P E R A K * K * A
* S * M * H * * * * * * * I * E * J * N
B A H A M A N * M P A J A * * L * A * *
* I * T * N * * * K * * * * * A * N * B
* D * S * G * * * M * * * L I N G G I R
* * * A * * N * S * S * * * * T * G * O
S * * L * * M * B * A * * * * A * U * O
E * * E * A B D U L R A H M A N * T * K
P * * H * * * * B * A * * * * * * * * E
U * * * * * S * * * W * S K R A N G * *
T * * T E R E N G G A N U * * G * * * *
U F T I * * L * A * K * E * L A N U N *
M * * M * * A * Y * * * Z * * M * * * *
* I B A N * T * A D A T * * M A K K A H
* * * H * * * * * * * * * * * * * * * *
* * * 21
* * * 1
30
31
*
2
* * * * * * * * * * * * *
* * * * * * * * * 3
* * 34
* 20
* * * 4
* * * * * * 5
* * * * 23
* * * * * * * * *
* * * 6
* * 7
32
* *
* * 22
* * * * * * * * * * *
8
* 9 28
* * * * *
* * * * * * * * * * * * * 35
* * * * * * * * * 10
* * * * * 24
* 26
* 29
* * * * * *
19
* * * * * * * * * * * *
* * * 11
* *
* * * * * * * * * * * * * * *
* * * * * 25
* * * * 12
33
* *
* * 13
27
* * * * * *
14
* * * * * * 15
*
* * * * * * * * * * * * * *
* 16
* * 17
* * 18
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Melintang
1. Tokoh nasionalisme di Perak.
2. Majalah yang membincangkan isu Pendidikan anak-anak Melayu.
3. Kawasan Penghulu Dol Said di Melaka.
4. Penciptaan kapal ini mempercepatkan perjalanan antara Barat dan Timur.
5. Kaum atau golongan yang beranggapan bahawa agama Islam hanya untuk akhirat
sahaja.
6. Negeri yang dikuasai oleh Syarikat Borneo Utara British.
7. Negeri pertama menerima residen British.
8. Tokoh nasionalisme di Pahang.
9. Tentera rakyat Tanah Melayu Anti-Jepun.
10. Pemimpin kaum Iban dari Saribas yang menentang James Brooke di Batang Lupar.
11. Tokoh penentang British di Terengganu.
12. James Brooke telah menghapuskan orang-orang Iban di sungai ___________.
13. British memperkenalkan sistem cukai dan undang-undang tanah British di negeri ini.
14. British menyerang Naning kerana Penghulu Dol Said tidak menghantar _______ ke
Melaka.
15. Orang-orang Iban dianggap ___________ oleh James Brooke dan bertindak
menghapuskankan mereka.
16. Rentap dan Linggir adalah daripada kaum __________.
17. Penentangan rakyat tempatan adalah kerana British campur tangan dalam ________
resam orang Melayu.
18. Haji Abdul Rahman Limbong telah ditangkap dan dihukum buang negeri di _______.
Menegak
1. Negeri yang ditakluk oleh Portugis pada tahun 1511.
5. Tokoh penentang British di Kelantan.
12. Pembinaan terusan ini memendekkan perjalanan antara Barat dan Timur.
13. Bahan mentah yang kaya di Perak ialah bijih __________.
19. Tokoh ini telah membunuh J.W.W. Birch di Pasir Salak.
20. Penghulu Naning yang bangun menentang British.
21. Tokoh-tokoh gerakan Islah seperti Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi
dikenali juga sebagai kaum ___________.
22. Tokoh nasionalisme di Sabah yang menguasai daerah Tambunan.
23. Datuk Bahaman menentang campurtangan British di negeri ini.
24. Akronim bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
25. Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan dan dikenali sebagai Negeri-
negeri ___________.
26. Akronim bagi Syarikat Borneo Utara British.
27. Kubu Syarikat Borneo Utara British di Pulau ________ diserang mengejut oleh Mat
Saleh dan pengikut-pengikutnya.
28. Akronim bagi Parti Komunis Malaya.
29. Negeri yang diperintah oleh keluarga Brooke.
30. Pahlawan Iban yang terkenal kerana menentang kezaliman James Brooke di Nanga
Skrang.
31. Perjanjian Pangkor ditandatangani pada bulan _______________ 1874.
32. Negeri kelahiran tokoh nasionalisme iaitu Tok Janggut.
33. Selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, semua kuasa diambilalih oleh
Residen General. Sultan hanya berkuasa dalam bidang _____________ dan adat
istiadat Melayu.
34. Putera Gunung __________ merupakan sebuah novel yang bertemakan semangat
kebangsaan.
35. James _____________ telah menguasai Sarawak pada tahun 1842 daripada Sultan
Brunei.
LAMPIRAN 4
SET SOALAN PERMAINAN BAHASA 4
PENUHKAN RUANGAN KOTAK DI BAWAH DENGAN JAWAPAN YANG
BETUL
1. Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah
negara lain untuk kepentingan tertentu.
I M P E R I A L I S M E
2. Perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan
membebaskan tanah air.
N A S I O N A L I S M E
3. Karya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa
telah ditulis oleh
R A D E N A D J E N G K A R T I N I
4. Novel Noli Me Tangere telang dikarang oleh seorang tokoh nasionalisme yang
terkenal di Filipina iaitu
J O S E R I Z A L
5. Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda ditulis oleh
C H A I R I L A N U A R
6. Dua novel Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) yang menyindir pihak British ialah
P U T E R A G U N U N G T A H A N
A N A K M A T L E L A G I L A
7. Perjuangan seorang tokoh di India menentang British telah memberikan inspirasi
kepada nasionalis di negara-negara Asia Tenggara. Siapakah tokoh tersebut?
M A H A T M A G A N D H I
LAMPIRAN 4
SET SOALAN PERMAINAN BAHASA 4
PENUHKAN RUANGAN KOTAK DI BAWAH DENGAN JAWAPAN YANG
BETUL
1. Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah
negara lain untuk kepentingan tertentu.
M I L M
2. Perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan
membebaskan tanah air.
S O A S
3. Karya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa
telah ditulis oleh
D D N K T
4. Novel Noli Me Tangere telang dikarang oleh seorang tokoh nasionalisme yang
terkenal di Filipina iaitu
S I A
5. Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda ditulis oleh
H R A A
6. Dua novel Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) yang menyindir pihak British ialah
E R U T
K A E I
7. Perjuangan seorang tokoh di India menentang British telah memberikan inspirasi
kepada nasionalis di negara-negara Asia Tenggara. Siapakah tokoh tersebut?
H M N D
8. Dua faktor berikut telah memendekkan perjalanan antara Barat dan Timur serta
mendorong perluasan imperilaisme Barat di Asia Tenggara.
K A P A L W A P
T E R U S A N S U E Z
9. Selepas menguasai IndoChina, Perancis telah menubuhkan sebuah kerajaan pusat
yang dinamakan
U N I O N I N D O C H I N O I S E
10. Rentap berasal dari Hulu Skrang. Nama sebenar beliau ialah Libau dan bergelar
Raja Darat atau Raja Ulu. Apakah maksud perkataan Rentap?
P E N G G O N C A N G D U N I A
11. Mat Salleh ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut yang bangun
menentang Syarikat Borneo Utara British kerana Gabenor Beaufort telah
menyerang dan membakar kampungnya. Berikan nama sebenar Mat Salleh dan
nyatakan keturunannya.
M O H A M M A D S A L L E H B I N D A T U B A L U
S U K U S U L U P A I T A N
12. Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem cukai yang diperkenalkan oleh
British di Kelantan menyebabkan pihak British mengarahkan supaya beliau
ditangkap. siapakah nama sebenar Tok Jangut?
H A J I M A T H A S S A N B I N M U N A S
13. Gerakan Islah merupakan gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu
supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. Tiga tokoh pendorong
gerakan ini ialah
S H E I K H T A H I R J A L A L U D I N
S Y E D S Y E I K H A L - H A D I
D R . B U R H A N U D D I N A L - H E L M Y
8. Dua faktor berikut telah memendekkan perjalanan antara Barat dan Timur serta
mendorong perluasan imperilaisme Barat di Asia Tenggara.
A L A
E N U
9. Selepas menguasai IndoChina, Perancis telah menubuhkan sebuah kerajaan pusat
yang dinamakan
U O I C I E
10. Rentap berasal dari Hulu Skrang. Nama sebenar beliau ialah Libau dan bergelar
Raja Darat atau Raja Ulu. Apakah maksud perkataan Rentap?
N G C N
11. Mat Salleh ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut yang bangun
menentang Syarikat Borneo Utara British kerana Gabenor Beaufort telah
menyerang dan membakar kampungnya. Berikan nama sebenar Mat Salleh dan
nyatakan keturunannya.
O M A L B T A
S L I T
12. Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem cukai yang diperkenalkan oleh
British di Kelantan menyebabkan pihak British mengarahkan supaya beliau
ditangkap. siapakah nama sebenar Tok Jangut?
J M S N B U S
13. Gerakan Islah merupakan gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu
supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. Tiga tokoh pendorong
gerakan ini ialah
H K H A L D
Y E K A - I
R . R D N A - E Y